REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

Sunday 27 November 2011

WUC 26

WAKE UP CALL 26

1 FEBRUARI 2011

“KHAMIS ni, Sumayyah ada buat apa-apa tak?” soal Fahem ketika dia menelefon tunangnya jam 11.30 malam.
“Em… tak ada apa-apa rasanya. Kenapa?” soal Nur Sumayyah. Hari ini, dia tumpang tidur di rumah sewa kawan baiknya, Fatimah, Zahra, Safiyyah dan Rokiah. Ini kerana, emak dan abahnya ke Perlis melawat datuk saudara mereka yang masuk wad empat hari lalu. Jika diikutkan, Nur Sumayyah memang ingin bersama untuk ke sana tetapi emak dan abahnya bertolak pagi semalam. Ketika itu pula, Nur Sumayyah perlu menghadiri mesyuarat Panitia Pendidikan Islam.
“Macam ni. Esok kan Tahun Baru Cina? Jadi, Fahem ingat nak ajak Sumayyah ke rumah nenek Fahem.” Ujar Fahem. Nur Sumayyah terkedu.
“Tapi…”
“Jangan risaulah. Nenek Fahem tu, vegetarian. Dia tak makan khinzir. Paling kuat pun, dia makan ayam saja. Lagipun, mummy Fahem yang masak nanti. Tak usah risaulah.” Fahem seperti dapat membaca kerisauan yang melanda Nur Sumayyah.
Nur Sumayyah tersentak. Bagaimana Fahem boleh membaca hatinya? “Bukan. Nanti, malulah. Semua orang Cina. Tiba-tiba, Sumayyah sorang saja yang Melayu.” Balasnya.
Kedengaran Fahem ketawa panjang. “Jangan risaulah. Semua keluarga Fahem ada. Nenek Fahem sebelah daddy pun ada. Tak usah risaulah.” Fahem memujuk lagi.
“Emm… kalau macam tu, oklah. Tapi, rumah nenek Fahem tu kat mana? Biar Sumayyah datang sendiri ke sana.” Ujar Nur Sumayyah.
“Takpe. Nanti, pukul 11.00, Fahem ambil di rumah.” Ujarnya.
“Suka hati Fahemlah.” Jawab Nur Sumayyah. Dengar saja nama Fahem disebut, Fatimah, Zahra, Rokiah dan Safiyyah menjeling Nur Sumayyah yang masih berbual di telefon.
“Tengah buat apa tu?” soal Fahem.
“Tengok TV dengan kawan-kawan.” Jawab Nur Sumayyah.       
“Adik Sumayyah rindu dengan Abang Fahem,” usik Safiyyah. Nur Sumayyah menjeling. Diam-diam, tangannya mencubit paha Safiyyah. Yang lain sudah tergelak.
“Sumayyah di mana sebenarnya?” soal Fahem. Takkanlah semua kawan-kawannya datang ke rumah Nur Sumayyah hanya kerana mahu menonton TV?
“Lupa Sumayyah nak beritahu. Kalau Fahem nak ambil Sumayyah, ambil di rumah sewa kawan Sumayyah.” Ujar Nur Sumayyah.
“Sumayyah tidur sana ke? kenapa tak tidur rumah sendiri?” soalnya dengan bingung.
“Sebenarnya mak dengan abah ke Perlis. Datuk saudara Sumayyah masuk wad. Hajat di hati, memang nak ikut bila emak dengan abah pergi pagi semalam. Tapi, Sumayyah ada mesyuarat panitia. Wajib hadir. Tu yang tak dapat ikut.” Ceritanya.
“Oh, macam tu. Kiranya, Sumayyah ni memang takut duduk ruamh sorang-soranglah ni?” usik Fahem.
Nur Sumayyah membulatkan biji matanya. “Ingat Sumayyah ni penakut sangat? Takut kalau jadi apa-apa, Sumayyah sorang saja. Tu yang Sumayyah tidur rumah sewa diorang.” Jawabnya untuk mempertahankan diri.
Kedengaran Fahem ketawa panjang di sana. “Ingatkan Sumayyah takut. Kalau takut, tidur saja di apartmen Fahem. Siap ada bodyguard lagi. Tak payah risau apapun.” Fahem terus mengusik tunangnya.
“Sudahlah! Malas Sumayyah nak layan Fahem lagi. Assalamualaikum.”
“Oklah, waalaikumsalam. Eh… jangan lupa. Nanti pukul 11.00 hari Khamis ni, Fahem datang ambil.” Fahem mengingatkan.
“Yalah… assalamualaikum.” Balas Nur Sumayyah. Sebaik saja Fahem menjawab salam sekali lagi, dia terus menekan butang merah, empat pasnag mata sudah memandangnya.
“Kenapa dengan kau orang semua?” soal Nur Sumayyah.
“Dia ajak kau ke mana?” soal Rokiah. Yang lain sudah tersengih-sengih.
“Khamis ni, kan raya Cina! Jadi, dia ajak aku ke rumah nenek dia.” Jawab Nur Sumayyah. Mereka berempat mengerutkan kening.
“Kejap. Aku tak faham. Memang, Khamis ni raya Cina. Tapi, apa pulak kena mengena raya Cina dengan nenek dia?” soal Zahra. Yang lain mengangguk. Nur Sumayyah melepaskan nafas berat.
“Si Fahem tu, mummy dia orang cina. Cina masuk Islam. Faham tak? Tapi, nenek dia dengan adik beradik mummy dia yang lain, tetap agama Buddha.” Masing-masing terkejut dengan cerita yang baru disampaikan oleh Nur Sumayyah.
“Baru aku tahu si Fahem tu kacukan rupanya. Patutlah aku tengok muka dia putih melepak macam Cina.” Komen Safiyyah.
“Mata pun sepeti sikit.” Tambah Zahra.
“Dia selalu cerita dengan aku. Setiap tahun, dia akan sambut Tahun Baru Cina dengan nenek dia.” Ujar Nur Sumayyah. Mereka mengangguk-angguk.
“Mesti seronok.” Komen Rokiah.
“Tapi, nasib baik nenek dia tak putuskan hubungan ibu-anak, kan?” tambah Zahra. Mereka mengangguk.

JAM 8.30 malam, Fahem tiba di rumah orang tuanya. Setelah menekan remote control, pagar beroda yang dibuat dari stainless steel itu terbuka. Fahem memarkir keretanya di tempat biasa. Ada sesuatu yang pelik setelah dia keluar dari kereta. Kenapa gelap semacam saja? Takkan Mak Kiah lupa nak buka lampu depan? Dia memandang ke sekeliling kawasan rumah. Lampu yang sudah terpasang hanyalah di garaj kereta, di tiang batu pada pagar sliding stainless steel dan di taman bunga mini milik Puan Sri Sharifah.
Dia menolak pintu grill stainless steel yang bercorak bunga namun berkunci. Fahem mengeluarkan kunci keretanya dan mencari kunci pintu grill pada gugusan kunci tersebut. Sebaik saja jumpa, dia terus memasukkannya ke dalam lubang kunci pada pintu grill dan memutarnya. Sebaik sahaja pintu sliding kaca ditolak…
“Daddy tak bayar bil elektrik setahun ke? Bukan main gelap lagi!” katanya kepada dirinya sendiri. Fahem menyusur ke dinding dan menekan suis lampu agar rumah itu lebih terang.
Sebaik sahaja terang benderang…
“ALLAH selamatkan kamu. ALLAH selamatkan kamu. ALLAH selamatkan Fahem Izzuddin. ALLAH selamatkan kamu!” Fahem terkejut.
“Selamat hari lahir yang ke 29, sayang.” Ujar Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin dan Puan Sri Sharifah. Pasangan suami isteri itu mendapatkan anak sulungnya dan mencium pipi Fahem di kiri dan kanan. Fateeha cepat-cepat menekan punat kamera untuk merakamkan detik manis itu.
“Apa ni, daddy? Hari jadi siapa hari ni?”soal Fahem bagai orang dungu. Fateeha mula naik angin.
“Hari jadi Abang Fahemlah! Hari ni kan 2 haribulan Februari. Takkanlah harijadi sendiri pun tak ingat?” marah Fateeha. Nizam hanya tergelak perlahan. Dia sudah mula arif dengan perangai Fateeha yang suka marah-marah pada Fahem.
Fahem menepuk dahi, YA ALLAH YA TUHANKU, kenapalah aku boleh tak ingat hari ni hari jadi aku?
“Hari-hari pakai kereta pun tak ingat!” tempelak Zariff pula. Fahem semakin mengerutkan dahi.
“Hah?” Fahem masih lagi termangu-mangu. Apa kena mengena menggunakan kereta setiap hari dengan hari jadinya?
Fateeha, Zariff dan Syazwan Afiq sudah menepuk dahi. Mak Kiah, Pak Razak, Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin dan Puan Sri Sharifah sudah menggeleng.
“Abang Fahem, nombor flat kereta abang kan, tarikh hari jadi abang!” Syazwan Afiq mengingatkan. Fahem berfikir seketika. Tiba-tiba, dia tergelak sendirian.
“Ya tak ya jugak.” Katanya kepada dirinya sendiri.
TF 2282. TF bermaksud Tuan Fahem. 2282 bermaksud tarikh lahirnya iaitu 2 haribulan Februari tahun 1982. Kereta BMW X5 nya juga mempunyai nombor pendaftaran yang hampir serupa. TFE 2282. Dari satu sudut, dia dapat menangkap tawa Nur Sumayyah dan kawan-kawannya. Dia jadi malu sendiri.
“Itulah. Kerja pagi, malam baru pulang. Tarikh hari jadi sendiri pun tak ingat.” Neneknya, Hajjah Zakiah sudah menyindirnya.
“Jangan nanti bila sudah kahwin, Fahem lupa sama isteri ooo.” Tan Siew Ming pula mengusik cucunya. Semua sudah tergelak. Nur Sumayyah dan Fahem sudah tersipu-sipu malu.
“Erm… saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang sudi hadir. Tapi, saya nak naik mandi dulu. Lepas tu, nak solat. Kemudian, saya turun dan kita sambung parti ni. Boleh tak mummy, daddy?” Fahem membuat keputusan. Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin mengangguk. Fahem segera naik ke atas.
“Emm… Fahem rasa para tetamu makanlah dulu. Takut nanti lapar pulak.” Fahem memberikan cadangan.
“Tak apa Fahem. Take your time. Kami akan tunggu kamu.” Ucap Tuan Mokhtar. Fahem mengangguk. Dengan pantas, dia mendaki tangga. Figuranya hilang di sebalik pintu biliknya.

“MACAM itulah Fahem, Sumayyah. Kalau kerja banyak sangat, malam baru balik. Dia balik 8.30 ni, kira awallah juga. Ada satu hari tu, 12.30 malam dia baru balik. Esok, bila dah kahwin dengan dia… barulah kamu tahu macam mana perangai dia.” Ujar Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin. Nur Sumayyah hanya tersenyum kecil.
Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin hanya membuat parti kecil. Antara tetamunya adalah Tuan Mokhtar dan isteri serta anak mereka, Nizam, Nur Sumayyah dan rakan-rakannya, emaknya, adiknya, para jururawat dan pembantu rumah di rumah emaknya, serta emak mertuanya, Tan Mei Ling yang ditemani oleh Tan Siew Lan.
“Mana abang ni, lambatnya!” keluh Fateeha dengan nada suara yang keras. Mereka sudah tergelak-gelak.
“Hisy, kamu ni… cubalah bawa bersabar sikit. Asyik nak naik angin saja.” Tegur Puan Sri Sharifah. Fateeha menarik muka masam.
“Betul cakap mummy kamu. Nanti bila dah kahwin, tak elok asyik nak marah-marah. Nanti Nizam tinggalkan kamu cari perempuan lain, baru kamu tahu!” usik Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin dengan muka yang sengaja diseriuskan. Fateeha menjeling daddynya.
“Daddy merepek apa ni? Bila masa pulak Fateeha kata Fateeha nak kahwin dengan Nizam?” hatinya membara dengan usikan daddynya.
Tuan Mokhtar dan isteri sudah tergelak. Mereka sudah maklum tentang hubungan Nizam dan anak perempuan tunggal kawan baiknya itu. Nizam sudah memberitahunya.
Nur Sumayyah sedang berbual-bual dengan Tan Mei Ling, Tan Siew Lan, Hajjah Zakiah dan beberapa orang jururawat peribadi Hajjah Zakiah. Sekali sekala, Nur Sumayyah bertanya tentang perubatan.
Tidak lama kemudian, Fahem turun ke bawah. Pakaiannya cukup ringkas. Berbaju t-shirt hitam berjenama polo dan berseluar jeans berawarna putih susu. Namun, lelaki itu tetap kacak di mata Nur Sumayyah.
“Hah, turun pun! Ingatkan, tak nak turun langsung!” ujar Fateeh setelah melihat kelibat abangnya yang mendekati Fahem. Mereka semua bangun.
“Mari, kita suruh dia tiup lilin.” Ujar Hajjah Zakiah. Mereka mengangguk. Fahem ke meja makan dan meniup lilin yang dipacakkan pada kek.
Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin membacakan doa selamat dan doa makan. Semua menadah tangan untuk mengaminkan doa. Tan Siew Ming dan Tan Siew Lan pula berdoa mengikut cara mereka yang tersendiri.
 Kemudian, Zariff mencabut lilin-lilin yang dicucuk pada fresh cream berwarna coklat itu. Fateeha memberikan pisau kek kepadanya untuk dipotong. Fahem menyambutnya dan memotong kek tersebut. Fateeha cepat-cepat menekan punat kamera. Kek yang sudah dipotong, diletakkan di dalam piring dan dihulurkan kepada para tetamu. Nur Sumayyah turut membantu mengagihkan piring-piring tersebut.
Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin dan Puan Sri Sharifah sibuk menjemput tetamu menjamu selera. Fateeha pula sesekali menjengah ke meja makan, melihat jika ada makanan yang kurang. Dia ternampak Mak Kiah dan Pak Razak berehat seketika di ruang tamu. Fateeha mendekati pasangan suami isteri itu.
“Mak Kiah, Pak Ajak, makanlah.” Ajak Fateeha. Suami siteri itu hanya tersenyum.
“Nantilah dulu, ramai ornag.” Mak Kiah beralasan. Fateeha menjeling.
“Alah, bukannya orang lain. Kita-kita aje.” Ujar Fateeha.
“Takpelah, kejap lagi kami makan.” Balas Mak Kiah. Fateeha mengangguk akur.
Di satu sudut, Fahem berbual-bual kosong dengan Nizam.
“Betul ke apa yang kau cerita ni?” soal Nizam. Fahem mengangguk.
“Maknanya kalau macam tu, Mak Kiah dengan Pak Ajak…” Fahem mengangguk, tahu dengan soalan yang akan diutarakan nanti. Nizam melepaskan nafas berat.
“Bakal mak mertualah tu?” usik Nizam. Fahem hanya tersenyum tawar. Sekilas, dia memandang Mak Kiah dan Pak Razak.
“Bakal mak mertua apanya! Aku dengan dia kan dah clash. Tapi, aku masih susah nak lepaskan dia.” Ujar Fahem. Nizam tergelak-gelak.
Fahem menarik nafas panjang. Dia sendiri tidak menyangka akan kebenaran tersebut. Tidak menyangka bahawa orang yang amat disayangi seperti daddy dan mummynya selama ini adalah emak dan ayah kandung kepada Mazidah.
“Kau tak bawa Dahlia?” usik Fahem. Nizam membulatkan biji matanya.
“Kau gila? Kau tahu aku nak pikat adik kau, kan? Kalau aku buat macam tu, bodohlah aku!” Nizam memarahinya. Fahem tergelak perlahan.
“Kau dengan adik aku, macam mana?” soalnya. Nizam hanya tersengih.
“Baru nak kenal. Masih di peringkat awal. Tengoklah, kalau dah betul-betul steady, aku ingat nak suruh parent aku datang merisik.” Nizam menyatakan hasratnya secara tidak rasmi.
“Fahem, mari sini.” Panggil Puan Sri Sharifah. Fahem bangun dan menuju ke sana.
“Ni, ada orang nak bagi hadiah pada kamu.” Tambah mummynya. Fahem tersenyum kelat.
“Hai, dah tua-tua macam ni pun… masih dapat hadiah juga?”Fahem berseloroh. Mereka tergeak perlahan.
Tuan Mokhtar dan isteri menuju ke arahnya. “Selamat hari jadi. Ni, hadiah dari kami berdua.” Ujar Tuan Mokhtar sambil memberikan bungkusan hadiah tersebut kepada Fahem.
“Terima kasih.”
“Ini, hadiah dari aku.” Ujar Nizam sambil memberikannya sebungkus hadiah. Fahem segera memeluk kawan baiknya sambil mengucapkan terima kasih.
“Ini, hadiah dari nenek.” Tan Siew Ming memberikan sebungkus hadiah kepadanya. Usai mengucup tangan neneknya, Fahem mengucapkan terima kasih.
Hajjah Zakiah memandang cucunya. Entah kenapa, tiba-tiba dia teringatkan arwah suaminya, Tuan Haji Izzuddin. Air matanya hampir saja mengalir Namun dia cepat-cepat mengesat matanya. Dia bangun dari kerusi dan menuju kepada Fahem yang duduk di kerusi.
“Cu, ni hadiah khas dari nenek.” Ujarnya. Fahem sudah merenungnya.
“Nek, macam pelik saja Fahem dengar ayatnya.” Hajjah Zakiah hanya tersenyum.
“Apa-apapun, terima kasih, nek.” Ucap Fahem. Hajjah Zakiah tersenyum sambil mencium dahi cucunya.
Seterusnya, perlahan-lahan Nur Sumayyah mendekati tunangnya. Dengan sebuah senyuman, dia menghulurkan hadiah untuk insan yang berjaya mencuri hatinya.
“Fahem, selamat hari lahir yang ke 29. Moga-moga, ALLAH SWT memurahkan rezeki dan dipanjangkan umur Fahem.” Ucap Nur Sumayyah. Fahem tersenyum.
“terima kasih, Sumayyah. Moga jodoh kita berkekalan hingga ke akhir nyawa.” Dia membalas. Nru Sumayyah tersenyum lagi. Kini, Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin dan Puan Sri Sharifah maju kepada anaknya untuk memberikan hadiah.
“Sayang, ini hadiah untuk anak sulung daddy dan mummy.” Ujar kedua orang tuanya. Seketika, mereka bertiga berpelukan.
“Fahem, daddy dengan mummy nak minta satu saja sempena hari jadi Fahem. Boleh?” mata Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin sudah merah. Fahem merenung mata lelaki yang berusia 56 tahun itu.
“Tolong ubah perangai. Janganlah nak berseronok sana-sini. Perempuan sana sini. Tak lama lagi, Fahem nak kahwin. Anak mummy boleh buat kan?” perlahan-lahan, Fahem mengangguk. Dia tidak pasti sama ada dia boleh berubah atau tidak. Tetapi, dia perlu mencuba.
Seterusnya, giliran Fateeha pula memberikan hadiah kepada satu-satunya abang yang dia ada.
“Selamat harijadi Abang Fahem.” Ujarnya sambil menghulurkan sebungkus hadiah yang dibalut cantik. Fahem mengucapkan terima kasih. Kemudian, Zariff dan Syazwan Afiq sama-sama menghulurkan hadiah untuk abang kesayangan mereka. Fahem mengucapkan terima kasih sambil mencium ubun-ubun kedua-dua adik lelakinya.
Kemudian, tuan rumah menjemput agar tetamu mereka makan sekali lagi. Ada yang menolak, ada juga yang memenuhi jemputan tuan rumah untuk makan sekali lagi.
“Fahem dah makan?” soal Nur Sumayyah setelah dia duduk bertentangan dengan lelaki itu. Fahem tersenyum.
“Kenapa pulak Sumayyah tanya Fahem? Sumayyah sepatutnya yang makan dulu sebab Sumayyah tu… tetamu. Fahem tuan rumah, tak apa. Makan lambat pun tak kisah.” Ujar Fahem. Dia terus menghisap rokoknya.
“Sumayyah bagi peluang ni. Kalau nak makan, Sumayyah ambilkan. Kalau tak mahu, tak apalah.” Nur Sumayyah mengumpan. Bulat mata Fahem memnadang tunangnya.
“Betul ni? Kalau macam tu, ambilkan Fahem, bihun sup.” Pintanya. Snur Sumayyah tersenyum sambil berdiri.
“Fahem tunggu sekejap. Sumayyah ambilkan bihun sup dengan air minum sekali.” Fahem termenung semula setelah Nur Sumayyah pergi. Tiba-tiba, ada seseorang menyentuh bahunya. Ditoleh kepalanya ke belakang.
“Mummy.” Sapanya sambil mempersilakan mummynya duduk. Puan Sri Sharifah duduk di sebelahnya.
“Anak mummy ni, dah makan?” soalnya. Fahem menggeleng.
“Kenapa tak makan lagi?” soalnya.
“Fahem tengah tunggu bakal menantu mummy bawa.kan.” ujar Fahem. Puan Sri Sharifah menggeleng.
“Dia yang nak ambilkan untuk Fahem.” Ucap Fahem selepas faham dengan gelengan itu. Nur Sumayyah muncul semula sambil membawa semangkuk bihun sup dan secawan air sarsi lalu diletakkan di atas meja. Fahem mencebik.
“Tak nak pakai garfu. Sumayyah tolong ambilkan chopstick kat dapur.” Pintanya bagai anak kecil. Nur Sumayyah mendengus. Dengan pantas, dia ke dapur untuk mengambil apa yang diminta. Tidak lama kemudian, Nur Sumayyah keluar semula sambil membawa sepasang chopstick buluh dan dihulurkan kepada Fahem.
“Jantan sorang ni, mengada-ngada! Kalau makan mi ke, bihun ke, nak pakai chopstick! Bila dah kahwin, kamu kena beli sedozen chopstick untuk dia!” fahem terus saja menyepit-neypit bihun tanpa mempedulikan kata-kata mummynya. Nur Sumayyah sudah tersenyum tawar.
“Mummy tak makan?” soalnya. Puan Sri Sharifah tersenyum.
“Mummy dah makan. Sumayyah dah makan?” soalnya kepada bakal menantunya.
“Dah, makcik.” Jawab ustazah muda itu.
Di satu sudut, mereka mendengar Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin mula berucap.
“Terima kasih saya ucapkan kepada anda semua kerana sudi datang ke majlis yang tak seberapa ni.” Ucap Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin.
“Sama-sama.” Jawab sebahagian dari para tetamu. Sebaik sahaja Fahem meneguk habis air sarsinya, dia segera mendekati daddynya.
“Terima kasih saya ucapkan kepada yang sudi memberi saya hadiah. Dah tua-tua pun dapat hadiah juga. Dan kepada yang tak hulurkan hadiah tu, jangan risau… saya tak apa-apa. Saya sendiri pun boleh terlupa yang hari ni sebenarnya hari jadi saya.” Ucap Fahem. Para tetamu tergelak perlahan mendengar ucapannya.

FAHEM ingin menjaga hati para tetamu yang hadir. Oleh itu, dia ingin membuka hadiah-hadiah itu sekarang juga. Sebagai permulaan, dia akan membuka hadiah dari Nur Sumayyah. Sambil menjeling tunangnya, dia tersenyum. Yang lain turut tersenyum-senyum.
“Apalah yang tunang aku bag ini?” soalnya kepada diri sendiri sambil tangannya pantas mencabut pita pelekat. Pembalut hadiah yang sdudah dibuka, dilipat dan akan disimpan elok-elok.
Fahem membuka kotak berwarna putih. Dia menarik keluar isi di dalamnya. Dua buah kopiah Al-Barakah – warna hitam dna putih menghiasi pandangannya. Dia menyorotkan matanya ke arah Nur Sumayyah yang sudah tersenyum-senyum. “Terima kasih sayang.” Ucapnya. Nur Sumayyah mengangguk.
Kemudian, Fahem mengambil hadiah yang diberi dari Tuan Mokhtar dan isteri. Dibuka perlahan-lahan dan pembalut hadiahnya pula, dilipat elok-elok.
“Macam mana uncle tahu Fahem nak benda ni?” soal Fahem. Tuan Mokhtar dan isteri tersenyum.
“Nizam ada cerita pada kami. Fahem suka dengan haruman Munif Hijjaz tapi tak pernah sempat nak beli. Sebab tu, pakcik belikan satu set untuk Fahem.” Jawab Tuan Mokhtar. Mereka tergelak. Fahem mengucapkan terima kasih.
Seterusnya, dia membuka hadiah dari Nizam. Apabila terlihat saja isi yang ditutup oleh penutup kotak lutsinar, Fahem tersenyum dan memandang Nizam.
“Aku sayang kau Nizam. You are my truly friend!” Nizam hanya tersengih mendengar ungkapan itu. Fahem mengeluarkan nunchuck yang dibuat daripada stainless steel itu.
“Aku tahu, kau punya nunchuck yang lama tu, Mark dah patahkan. Tapi, kau tak sempat nak beli baru. Sebab tulah, aku hadiah kau benda tu.” Terang Nizam. Fahem hanya tersengih.
Dia membuka hadiah yanh yang diberikan oleh Tan Siew Ming. Sepasang Samfoo berwarna hitam dan berwarna merah pada hujung lengan serta pada deretan butang amat menarik minatnya.
“Nenek buat sendiri ke baju ni?” soalnya sambil mengacu-acukan baju tersebut pada badannya. Tan Siew Ming mengangguk. Tiba-tiba, datang akalnya untuk mengusik adik saudaranya.
“Siew Lan, kau tak bagi abang hadiah pun?” soal Fahem. Tan Siew Lan sudah membulatkan biji matanya.
“Haiyaa Abang Fahem ooo, itu baju aaa… Siew Lan sama nenek yang buat tahu! Maknanya… itu baju, hadiah dari Siew Lan sama nenek. Lu mahu apa hadiah lagi, maa?” soalnya kembali dengan serius. Fahem mencebik.
“Eleh… tanya sikit pun dah nak merajuk. Kalau pakwe kau mintak, cepat saja kau bagi eh!” usiknya lagi namun dengan nada dan mimik muka yang sengaja diseriuskan. Tan Siew Lan sudah membulatkan biji matanya. Para tetamu sudah tergelak dengan ulah dua orang manusia itu.
“Lu mau apa lagi? Itu hadiah sudah bertimbun, sudahlah! Sudah tua pun, mahu hadiah lagi ka?” Para tetamu makin galak ketawa apabila mendengar ayat yang terluncur dari mulut Tan Siew Lan. Fateeha memandang kedua-duanya.
“Hey Siew Lan, tak payahlah nak gaduh dengan dia! Takde gunanya! Makin dilayan, bukan kita yang gila… tapi dia!” selamba saja Fateeha menyindir abangnya. Fahem hanya mampu bersabar. Jika tidak ada orang, memang sudah dicubit adiknya ini sehingga berbintat-bintat.
Seterusnya, Fahem membuka hadiah dari ketiga-tiga orang adiknya. Fateeha menghadiahkannya Sony Handycam 3D. Zariff pula menghadiahkannya dua helai jersi bola Harimau Malaya berwarna kuning hitam dan biru merah. Di belakangnya pula tertera nombor 10 dengan nama  ‘FAHEM’. Syazwan Afiq pula menghadiahkannya sebuah jigsaw puzzle bergambar air terjun yang telah siap dibingkaikan. 
“YA ALLAH. Terima kasih adik-adik abang.” Ucapnya. Sebenarnya, dia tidak terkata.
Seterusnya hadiah dari Hajjah Zakiah. Bulat biji matanya. Fahem terpagun seketika. Sepasang baju Melayu hitam ala-ala Raihan. Lengkap bersama kopiah  Raihan. Kemudian, terdapat sebuah tasbih kristal pada kocek baju Melayu tersebut. Fahem mengeluarkannya.
“Tasbih tu sebenarnya atuk kamu beli di Mekah. Dia nak nenek simpankan untuk kamu.” Ujar Hajjah Zakiah. Fahem termenung seketika.
Akhir sekali, dia membuka hadiah yang diberikan oleh kedua orang tuanya. Sebuah key chain bergambar Kaabah menghiasi matanya, menyebabkan air matanya tumpah.
“Tolong berubah nak. Hmm?” kedua orang tuanya sekali lagi mengutarakan permintaan mereka. Fahem mengangguk perlahan-lahan. 
Tiba-tiba, Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin mendekati anak sulungnya dan menyerahkan sebungkus hadiah kepadanya. Fahem terpinga-pinga.
“Dari siapa pulak ni, daddy?” soalnya dengan dahi yang berkerut-kerut. Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin hanya mengangkat bahu.
Fahem sudah tidak sabar. Dengan segera, dia mencabut pita-pita pelekat yang digunakan. Kotak jam tangan Rolex berwarna hitam menghiasi matanya. Dengan pantas, dia membukanya. Perhatiannya bukan kepada jam tangan Rolex Daytona, tetapi kepada sepucuk surat yang diselitkan pada belakang penutup kotak tersebut.
Matanya berlari-lari membaca ayat-ayat yang disusun pada surat tersebut. Mukanya makin merah menyala. Oleh kerana terlalu geram, dia berdiri hingga menyebabkan kerusi yang didudukinya tadi terdorong jauh. Para tetamu sudah terkejut.
“Emm, saya ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada anda semua kerana sudi hadir. Saya minta maaf, saya nak naik dulu. Tiba-tiba kepala saya sakit.” Ujar Fahem. Sambil membawa hadiah di tangannya, dia segera memanjat tangga, untuk naik ke biliknya.
Para tetamu sudah tercengang. Nur Sumayyah sudah panic namun dia berlagak tenang.
Bila pintu ditutup saja…
Fahem membalingkan kotak jam yang sudah bertutup itu ke atas katil. Kau dah melampau Mazidah!!! Tergamaknya wanita itu membuat dirinya sebegini rupa.

DARI dalam kereta, Fahem menjengah rumah sewa kawan Nur Sumayyah. Mana pulak perempuan ni, tak nampak pun? Soalnya kepada diri sendiri.
Perlahan-lahan, dia keluar dari keretanya lalu bersandar di sisi kereta. Matanya diliarkan ke sekeliling kawasan. Dijengah lagi ke dalam rumah sewa tersebut. Perlahan-lahan, dia menapak ke pintu pagar.
Tiba-tiba, sebuah kereta Honda Accord berwarna hitam berhenti di belakang keretanya. Dia memerhatikan dengan teliti kereta tersebut. Macam pernah tengok saja? Nur Sumayyah keluar dari kereta tersebut. Seorang lelaki bert-shirt ungu gelap keluar dari tempat pemandu.
Nur Sumayyah nampak terkejut dengan kedatangan Fahem. Dikerling jam di tangan kirinya.
“Kata pukul 11.00. ni, baru 10.15… awalnya?” soalnya sambil tersenyum. Muka Fahem tetap serius walaupun Nur Sumayyah memberikannya senyuman yang paling manisnya untuknya.
“Siapa tu?” soal Fahem dengan serius. Nur Sumayyah sudah terkedu. Wanita itu tidak tahu, di sebalik cermin mata hitam Ray Ban Aviator Fahem, mata lelaki itu sudah merah membakar.
Untuk meredakan keresahan hatinya, Nur Sumayyah tersenyum.
“Lupa Sumayyah nak kenalkan. Fahem, ni Abang Badrul. Sepupu Sumayyah.” Nur Sumayyah memperkenalkan. Muka Fahem tetap serius.
Badrul hanya tersenyum sambil menghulurkan tangan sebagai salam perkenalan.
“Abang Bad, ni tunang Sumayyah… Fahem Izzuddin.” Sekali lagi, Badrul tersenyum.
“CEO paling hensem kat Malaysia ni… siapa yang tak kenal. Betul tak… Tuan Fahem Izzuddin?” dalam diam, Badrul memperlekehkannya. Fahem mengerut-ngerutkan dahinya, tanda tidak senang dengan soalan itu.
“Selamat berjumpa kembali, Encik Badrul.” Ujar Fahem dengan nada sinis. Nur Sumayyah bingung.
“Jadi, Fahem dengan Abang Bad dah saling mengenalilah, ya?” soalnya setelah mendengar kata-kata Fahem. Badrul mengangguk sambil tersengih.
“Now, you’ve already engaged. So, can I take Mazidah away from the ‘safe hand’?” Badrul melontarkan soalan sinis. Fahem mula naik geram. Berang dengan perkataan ‘safe hand’, dia mengeluarkan pistol dan mengacukannya tepat ke muka Badrul. Nur Sumayyah sudah cemas namun Badrul masih kelihatan tenang.
“Fahem, sudahlah tu. Janganlah nak gaduh di sini.” Nur Sumayyah cuba memujuk tunangnya. Namun, tangan kanan Fahem masih lurus mengacukan pistol.
“Mr. Badrul, listen to me… carefully! She is still belong to me! Don’t try to take her away from me! Whether I got engaged or not, whether I got married or  not, she’ll belong to me… forever!” Nur Sumayyah hanya terkaku mendengar ayat tersebut. Namun, dia tidak melayan hatinya.
“Tak tahu pula saya, awak ni seorang lelaki yang bongkak, hipokrit. Tak cukup dengan yang satu.” Badrul terus membakar Fahem. Dengan pantas, Fahem mencampakkan pistolnya ke bawah. Dia mengepal penumbuk untuk menumbuk muka sombong Badrul . Tangan kirinya sudah menarik kolar baju Badrul.  Ketika dia ingin menghayunkan penumbuknya, Nur Sumayyah pantas berdiri di hadapan Badrul, melindungi muka abang saudaranya yang ingin ditumbuk oleh mafia di hadapannya. Campur tangan Nur Sumayyah membuatkan Fahem terpaksa menjatuhkan tangannya.
“Sumayyah tak tahu apa masalah antara Fahem dengan Abang Bad. Tapi, tolonglah Fahem. Tak mahulah gaduh pagi-pagi macam ni. Abang Bad, cukup-cukuplah tu. Janganlah asyik nak mengenakan orang saja.” Nur Sumayyah arif benar dengan perangai Badrul. Suka sangat cakap lepas.
Perlahan-lahan, Fahem termakan dengan nada lembut Nur Sumayyah. Dia membongkok untuk mengambil semula pistolnya yang sengaja dijatuhkan tadi.
“Next time, please watch your mouth!” Fahem sempat memberi amaran keras. Badrul sekali tersengih.
“Em… abang balik dulu ya, Sumayyah.” Badrul meminta diri. Nur Sumayyah hanya mengangguk.
“Fahem duduklah dulu di pangkin tu. Sumayyah nak siap sekejap.” Nur Sumayyah meminta diri untuk masuk ke dalam.

“APA yang aku dengar bising-bising kat luar tadi?” soal Safiyyah setelah melihat kelibat Nur Sumayyah.
“Abang Bad aku tu, kau tahu ajelah mulutnya. Main lepas saja cakapnya! Fahem pun apalagi, naik anginlah dia.” Ujar Nur Sumayyah. Dia masuk ke dalam bilik Rokiah untuk mengambil keperluan mandinya.
“Apa yang digaduhkan?” soal Safiyyah lagi. Nur Sumayyah hanya mengangkat bahu.
“Tak tahulah aku, oklah, aku nak mandi dulu.”

“SUMAYYAH pergi mana dengan Badrul tadi?” soal Fahem. Mukanya tetap serius.
“Pergi hospital. Bawa Mak Lang Hasnah.” Jawab Nur Sumayyah.
“Buat apa bawa dia ke sana?” soal Fahem lagi.
“Sebenarnya, mak dia ajak ke pasar pagi tadi. Tiba-tiba bila nak keluar dari bilik air lepas wudhuk, mak dia jatuh. Tu yang dia telefon Sumayyah. Kemudian, Sumayyah minta tolong dengan Zahra untuk hantar ke rumah dia. Tiba saja, terus kami bawa mak dia ke hospital.” Cerita Nur Sumayyah.
“Lepas ni, jangan keluar dengan dia lagi!” Fahem memberi amaran keras. Nur Sumayyah terkedu.
“Kenapa pulak?” soalnya.
“He’s a liar playboy!” Fahem menyatakan sebabnya. Nur Sumayyah terkejut beruk.
“Eh, cakap tu elok-elok sikit! Siapa yang playboy? Dia atau awak? Awak tak payah nak tuduh dia macam tu! Sejak kecil saya kenal dia, saya tahulah macam mana sikap dia!” Nur Sumayyah mempertahankan Badrul.
“Apa yang awak gaduhkan dengan dia tadi?” tanya Nur Sumayyah.
“Hal lelaki! Perempuan mana boleh masuk campur!” Fahem memberi jawapan dengan nada yang masih keras. Nur Sumayyah mencebik.
“Rebutkan perempuanlah tu!” Nur Sumayyah mengagak sambil mencebikkan bibirnya.
“Kalau Fahem rebut perempuan dengan dia sekalipun, Sumayyah ada masalah ke?” soalnya. Oleh kerana marah masih belum hilang, dia tidak sedar soalan yang baru diutarakan akan menjeratnya.
Nur Sumayyah menjegilkan matanya. “Dah tentulah ada. Sumayyah tak nak bila kita kahwin nanti, Fahem sibuk nak cari perempuan sana-sini kat luar sana, faham!” Nur Sumayyah menghamburkan marahnya. Dia tidak faham, adakah lelaki itu sedar atau tidak dengan apa yang diungkapkannya.
Terkebil-kebil mata Fahem menerima marah Nur Sumayyah. Tiba-tiba, dia memikirkan semula apa yang dikatakannya tadi. YA ALLAH, kenapa dengan aku ni? Soalnya kepada dirinya sendiri.

2 comments:

  1. hai Fahem masih belum berubah lagi. Kalau hati
    dh sayang sgt dgn Mazidah buat apelah nk bertunang
    dgn Sumayyah pulak? Jgn tamak...

    ReplyDelete