REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

Wednesday 8 August 2012

WUC 28


WAKE UP CALL 28
 
MAK KIAH  dan suaminya tidak terkata saat mendengar penjelasan anak sulungnya, Ir. Muazzam. Seketika, dia merenung wajah bersih Mazidah.
  “Betul ke ni Idah, Zam?” soal Mak Kiah yang masih ragu-ragu. Ir. Muazzam mengangguk perlahan. Tanpa diduga, dia memeluk erat tubuh anaknya yang langsing itu.
  Air mata Pak Razak tumpah jua. Anak yang disangka hilang, rupa-rupanya masih hidup. Dam hati, dia memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada ALLAH SWT.
  Siti Hajar, menantu sulung Mak Kiah mengurut perlahan  belakang ibu mertuanya itu. Apabila tangisan Mak Kiah semakin menjadi, menantu keduanya pula iaitu Marissa meleraikan dengan perlahan pelukan padu Mak Kiah terhadap anak bongsunya itu.
  Perlahan-lahan, Mazidha menghadap muka emaknya. Dikesat air mata yang tumpah di pipi tua itu.
  “Sudahlah emak. Tak payahlah nak menangis macam ni sekali. Idah kan masih ada lagi? Betul-betul depan mata mak.”  Mazidah memujuk ibunya. Mak Kiah akur. Giliran Pak Razak pula memeluk anak tunggal perempuannya itu.
  “Abah benar-benar rindukan kau, nak.” Ucap Pak Razak bersama tangisan kecil. Mazidah memeluk abahnya sepenuh hati.
  “Sudahlah abah. Jangan nangis sangat. Idah pun rindukan abah juga selama ni. Tapi, sekarang kan kita dah verjumpa?” dia memujuk abahnya sambil mengusap perlahan belakang abahnya.
  Pak Razak meleraikan pelukannya. Dia memimpin Mazidah duduk di sebelah Mak Kiah.
   “Selama ni, Idah duduk mana?” soal Pak Razak.
  “Lepas Idah dihanyutkan arus banjir, ada sepasang suami isteri yang jumpa Idah dan bela Idah untuk beberapa hari. Kata mereka, mereka memang nak sangat jaga Idah kerana mereka tiada anak. Tapi diasebabkan keadaan mereka yang terlalu miskin, mereka terpaksa menyerahkan Idah kepada rumah anak-anak yatim. setiap bulan, mereka pasti akan melawat Idah dan membawakan masakan yang sedap-sedap untuk Idah.” Jelas Mazidah.
  “Habis, mana pasangan suami isteri tu sekarang? Idah ada melawat mereka?”
  Mazidah menggeleng.
  “Kenapa?”
  “Sebab mereka dah meningga dunia. Kemalangan ketika mahu ke pekan.” Jawab Mazidah. Suasana di antara mereka sunyi seketika. Yang kedengaran hanyalah gelak tawa cucu-cucu Mak Kiah dan Pak Razak yang menonton kartun animasi Upin & Ipin di TV9.
  “Mak, apa kata kita buat kenduri kecil-kecilan Sabtu ni.” Cadang Dr. Mizan. Mak Kiah mengerutkan wajah.
  “Untuk apa pula, Zan?” soal Ir. Muazzam. Dr.  Mizan tersengih.
  “Yalah, kan kita dah berjumpa semula dengan adik kita setelah berbelas tahun hilang. Jadi, Zan rasa tak salah kalau kita buat sedikit kenduri doa selamat… sebagai bersyukur kepada ALLAH SWT kerana memulangkan semula adik yang selama ini disangka hilang.” Jelas Dr. Mizan.
  “Bagus juga rancangan tu. Dan, kita juga boleh menghkhabarkan kepada orang kampung tentang anak yang selama ini disangka hilang.” Ujar Pak Razak pula. Terpancar kegembiraan pada wajah Mak Kiah tetapi, tiba-tiba dia bersedih semula.
  “Siapa yang nak memasak?” soal Mak Kiah. Mazidah tersenyum.
  “Upah catering sajalah, mak. Jimat sikit tenaga kita.” Mazidah memberi idea.  Siti Hajar dan Marissa mengangguk setuju.
  “Betul kata Idah, mak. Takut, tak terkemas rumah ni nanti. Lagipun, kita buat kenduri kecil-kecilan saja. Rasanya, lebih sesuai kalau kita ikut cadangan Mazidah.”
  “Tapi, mak jangan lupa pula jemput Tan Sri sekeluarga. “ Dr. Mizan mengingatkan. Mak Kiah mengangguk, ingat akan kata-kata anaknya itu.
  “Jadi, apa tunggu lagi? Marilah makan. Hari ni, kami masak istimewa untuk pertemuan bermakna ni.” Jelas Siti Hajar.
  “Siapa yang masak?” soal Pak Razak sambil mengorak langkah ke meja di dapur. Yang lain turut mengekorinya.
  “Hajar, Mar dengan Idah.” Jawab Siti Hajar dengan ringkas.



TAMAN BUKIT BERUANG HEIGHTS

“KAMU dah tempah kad kahwin, Fahem?” soa Tan Sri Tuan Haji Ahmad Izzuddin ketika melihat Fahem sedang mengeringkan diri selepas berenang di kolam.
  Fahem menoleh ke belakang. Melihat wajah suci ayahnya, dia menghulurkan senyuman manis. Puan Sri Sharifah menghulurkannya segelas jus oren yang dibancuhnya tadi.
  Fahem mengangguk. “Kejap lagi, lebih kurang dalam tiga petang nanti… Fahem dengan Sumayyah nak ke kedai buat kad tu. Nak ambil kad.” Ujar Fahem. Dia masih selesa bermalas-malasan di atas kerusi malas di tepi kolam renang.
  Tan Sri Tuan Haji Ahmad Izzuddin merenung sisi wajah anak sulungnya. Sekilas, dia memandang isterinya. Puan Sri Sharifah mengangguk sekali tatkala pandangannya bertembung dengan suaminya.
  “Kamu tu nanti bila dah kahwin, ubah perangai tu! Jangan nak cari perempuan lain lagi kat luar sana. Ingat sikit tanggungjawab kamu nanti pada siapa!” Tan Sri Tuan Haji Ahmad Izzuddin tak jemu memberi nasihat.
  Fahem menganggk. “Fahem faham, daddy.” Balasnya ringkas.
  “Baguslah kalau itu jawapan kamu.” Ujar Puan Sri Sharifah. Kadangkala, dia merasa terlalu jemu kerana menasihatkan benda yang sama terhadap anak sulungnya itu. Namun, demi tidak mahu anaknya hanyut, dia sanggup mengulangi nasihat yang sama walaupun berjutjuta kali.
  “Insya-ALLAH daddy, mummy… Fahem akan berubah untuk jadi suami dan ayah yang baik suatu hari nanti.” Janji Fahem.
  “Lagi satu. Bukan setakat itu saja! Janji untuk menjadi hamba yang paling taat di sisi ALLAH SWT. Jaga solat, ingat tanggungjawab, jangan buat benda-benda tak elok, tinggalkan segala perempuan-perempuan tak senonoh yang ada di sekeliling kamu tu!” daddynya terus mengingatkan. Fahem terus mengangguk faham.
  “Kamu dah tempah ke belum baju pengantin?” soal Puan Sri Sharifah. Fahem menggeleng.
  “Lailahaillallah! Hei, tinggal berapa minggu saja lagi, kamu masih belum tempah baju pengantin?” terkejut Tan Sri Tuan Haji Ahmad Izzuddin mendengar jawapan anaknya.
  “Fahem tak ada masa lah, mummy. Tengoklah, mungkin esok atau lusa… Fahem dengan Sumayyah akan cari butik pengantin.” Jawabnya seperti acuh tak acuh saja. Oleh kerana terlalu geram, Puan Sri Sharifah mencubit kuat-kuat paha anaknya.
  “Auwwwww! Sakitlah mummy!” Fahem menjerit kesakitan.
  “Mana mummy kau tak marah? Tingga tak berapa minggu saja lagi, kamu tu dha nak naik pelamin. Habis, kalau semua tu tak ditempah awal-awal, kelam-kabutlah nanti!” Tan Sri Tuan Haji Ahmad Izzuddin memarahi anak sulungnya.
  Fahem melihat jam pada telefon bimbitnya. 1.45 tengah hari.
  “Mummy, daddy… Fahem masuk dulu. Fahem nak siap-siap.” Fahem meminta diri. Pasangan suami isteri itu hanya mengangguk. Hilang saja kelibat pemuda itu, Puan Sri Sharifah memandang suaminya.
  “Abang rasa, boleh ke Fahem jadi suami yang baik untk Sumayyah nanti?” Puan Sri Sharifah melahirkan kegusarannya.
  Tan Sri Tuan Haji Ahmad Izzuddin hanya melepaskan nafas berat. “Wallahualam. Kita berdoa sajalah Cik Pah, supaya dia mampu menggalas tugasnya dengan sempuran. Dan juga supaya dia meninggalkan segala perangai buruknya.”
 
“SUMAYYAH, cepat sayang. Fahem dah tunggu lama kat bawah ni” laung Abdul Ghani dari ruang tamu.
  Tidak lama kemudian, Nur Sumayyah turun ke bawah.
  “Assalamualaikum.” Nur Sumayyah memberi salam.
  “Waalaikum…” suara Fahem tiba-tiba seperti tersekat setelah melihat betapa anggunnya Nur Sumayyah berdiri tegak di hadapannya. Pakaiannya cukup ringkas. Berbaju blaus labuh berlatarkan warna hitam berbunga merah, bertudung Syria hitam saiz XL,  dan berseluar slack hitam.
  Fahem terpaku seketika. Matanya terkaku tatkala melihat penampilan tunangnya. Abdul Ghani memandang anak tunggalnya sambil tersengih.
  Nur Sumayyah menepuk meja sofa di hadapan Fahem. Tepukan yang menyebabkan Fahem hampir melatah.
  “Boleh kita pergi sekarang?” pinta Nur Sumayyah. Fahem segera mengangguk sambil berdiri.
  “Kami pergi dulu mak, abah.” Nur Sumayyah meminta izin sebelum menyalam tangan kedua ibu bapanya. Fahem turut menyalam tangan bakal ibu dan bapa mertuanya.


“KITA nak ke mana ni?” soal Nur Sumayyah tatkala melihat cara pemanduan Fahem yang melebihi had laju.
  Fahem tersengih. “Nak ke mana lagi? Ambil kad kahwinlah!” jawabnya ringkas.
  Nur Sumayyah mendengus kecil. “Kalau ya pun, tak payahlah nak bawa kereta ni laju sangat. Tahulah kereta awak ni kereta mahal! Kereta buatan German!” Nur Sumayyah terus menempelak tunangnya.
  Fahem yang berjersi Real Madrid berwarna hitam dengan nombor tujuh di belakangnya hanya tersenyum. Real Madrid adalah kelab kesayangannya sejak dulu lagi. Fahem percaya, dengan kedatangan Jose Mourinho dari Inter Milan, lelaki yang menggelarkan diri sendiri sebagai ‘The Special One’ itu pasti akan memberikan kejayaan yang mengagumkan buat Real Madrid sepertimana Jose mengendalikan kelab-kelab sebelumnya. Tambahan pula ketika membuat carian ‘Jose Mourinho’ melalui enjin carian Google, lelaki berusia 48 tahun yang berasal dari Setubal, Portugal itu sentiasa mencapai kejayaan di mana-mana saja kelab yang dilatihnya.
  Bermula di FC Porto pada 2002, Jose Mourinho tidak pernah lepas dari memenangi sekurang-kurangnya satu trofi pada satu musim, kecuali pada 2007-2008 kerana tidak melatih mana-mana kelab. Sehingga beliau berpindah ke Real Madrid pada 27 Mei 2010, Jose telah berjaya merangkul 17 trofi bersama tiga kelab berbeza iaitu FC Porto, Chelsea dan Internazionale Milano yang lebih dikenali sebagai Inter Milan.
  “Apa yang Fahem kejarkan sangat? Tak payahlah terburu-buru. Nanti, tak dapat naik pelamin baru tahu!” Nur Sumayyah tidak jemu memberi nasihat.
  “Baiklah sayang! Abang kurangkan laju ya!” Fahem mengalah. Namun Nur Sumayyah tetap merasakan larian kereta itu masih laju. Sekilas, dikerlingkan matanya pada meter kereta YA ALLAH, 160km/j. Dalam diam, Nur Sumayyah mencongak. Agaknya, berapakah kelajuan pada meter tadi ketika Fahem sedang memecut laju mengalahkan Michael Schumacher?
  “Kad tu… kita tempah berapa ya?” soal Nur Sumayyah dalam ingat-ingat lupa.
  "Kan kita tempah tiga ribu! Dua ribu untuk keluarga Fahem, seribu untuk keluarga Sumayyah.” Fahem mengingatkan. Nur Sumayyah menganggukkan kepala.
  “Lepas ambil kad, nak ke mana pula?” tanya Nur Sumayyah tatkala Fahem memberhentikan kereta apabila lampu isyarat merah menonjolkan diri.
  Di sebalik kaca mata hitamnya, Fahem merenung wajah ustazah muda itu.
  “Lepas ni? Kita ke rumah kawan Fahem sekejap.” Jawabnya selamba. Wajah Nur Sumayyah sudah berubah tatkala mendengar perkataan hotel.
  “Nak buat apa ke sana?” soanya dengan dahi yang masih berkerut.
  “Fahem ada beberapa hal yang perlu diselesaikan.” terangnya secara ringkas.
  Nur Sumayyah mengangguk faham. Tatkala kiraan pada lampu isyarat berada pada nombor sepuluh, Fahem menolak gear, menekan pedal brek dan menjatuhkan brek tangan. Sebaik saja lampu hijau bertukar, Volksawagen The Eos biru tua itu meluncur laju membelah jalan.





IR-NAZ PRINTING ENTERPRISE

Fahem dan Nur Sumayyah tiba di kedai percetakan milik pasangan suami isteri, Siti Nazirah Samad dan Ahmad Nazri Jamaluddin yang terletak di Ayer Keroh.
  "Silakan duduk. Apa yang boleh saya bantu?" soal seorang pekerja wanita. Nur Sumayyah tersenyum manis sambil mengeluarkan sekeping resit pembayaran lalu dihulurkan kepada pekerja wanita tersebut.
  "Okey, abang dengan akak tunggu sekejap. Saya ambil dulu kad kahwin tu, ya." wanita itu meminta izin. kedua-duanya mengangguk.
  Fahem membelek-belek beberapa katalog yang terletak di tas meja. Tatkala ternampak katalog kad bisnes, dia baru teringat bahawa kad bisnesnya sudah tinggal sedikit. lalu dia mengambil katalog kad tersebut dan menyelak sehelai demi sehelai katalog itu.
  Berbagai jenis rekabentuk kad bisnes yang dipaparkan di dalam katalog tersebut. Tiba di sebuah muka surat, Fahem menghentikan cariannya.
  Transparent business card amat menarik pada pandangan matanya. Fahem menghulurkan katalog kad bisnes tersebut kepada tunangnya.
  "Cantik tak kalau Fahem nak buat kad macam ni?" dia meminta pendapat. Nur Sumayyah membulatkan biji matanya.
  "YA ALLAH, cantiknya. Demi ALLAH, seumur hidup, Sumayyah tak pernah tengok kad bisnes secantik ni." Nur Sumayyah jujur mengaku. Fahem hanya tersenyum.
  "Itulah. Selama ni kad bisnes Fahem hanya kad biasa. Jadi sekarang, Fahem nak ubah kad bisnes Fahem. Lagipun, kita kan orang muda. Mestilah kita nak sentiasa kelihatan berbeza dari orang lain." terang Fahem. Nur Sumayyah mengangguk setuju.
  "Tapi kalau boleh, bucu dia tu janganlah  tajam. Buatlah yang rounded punya. Taklah luka jari orang nanti." jelas Nur Sumayyah. Fahem mengangguk setuju.
  Tak lama kemudian, pekerja wanita tadi datang semula kepada mereka sambil menolak h sebuah troli. Terdapat dua buah kotak sederhana besar dan sebuah kotak kecil beserta sebuah banner yang masih digulung.
  "Ni semua adalah kad kahwin yang akak dengan abang tempah. Dan seperti yang kami janjikan, tempahan kad kahwin yang melebihi 1500 keping akan mendapat sebuah banner percuma." terang wanita itu. Nur Sumayyah dan Fahem sama-sama mengangguk faham.
  Dik, abang ni ada benda yang nak ditempah." ujar Nur Sumayyah. mata pekerja wanita itu teralih kepada Fahem.
  "Nak tempah apa, bang?" soalnya. Fahem tersengih.
  "Abang nak tempah bisnes kad. Ni design yang abang nak." jawab Fahem sambil menunjukkan katalog kad tersebut kepada wanita itu.
  Pekerja yang berusia dalam lingkungan awal 20-an itu meneliti seketika muka surat tersebut.
  "Tapi abang nak tanya ni. Kalau buat bisnes kad guna benda ni, tak patah ke?" soal Fahem inginkan kepastian. wanita itu menggeleng sambil tersenyum.
  "Abang jangan risau.  Ia takkan patah, tahan lasak. Lagipun, ia fleksibel. Abang kerja sebagai apa?” soal  wanita itu.
  “Ketua Pegawai Eksekutif.” Jawab Fahem ringkas. Wanita itu tersenyum.
  “Pada pendapat saya, abang memang sesuai guna kad bisnes macam ni. Lagipun, abang kan  masih muda. Ini memang pilihan tepat kalau abang nakkan sesuatu kelainan dalam bisnes abang.” Ujar pekerja wanita itu. Fahem mengangguk setuju.
 Pekerja tersebut menghulurkan sehelai kerta A4 kosong dan diserahkan kepada Fahem.
  “Abang tuliskan apa yang ditulis pada kad tu nanti.” Fahem mengangkat kepala.
  Fahem berfikir seketika. Tiba-tiba, dia teringat. Lantas diambil dompet di dalam poketnya dan ditarik keluarkad bisnes berwarna putih itu. Lalu dihulurkan kepada pekerja wanita itu.
  “Abang nak kau ikut apa saja yang tertulis dalam kad tu.” Arah Fahem. Pekerja itu mengangguk lagi.
  “Tapi, kad tu boleh dicetak depan belakang?” soalnya sedikit risau. Pekerja wanita itu mengangguk lagi. Hatinya menjadi lega.
  “Berapa hari boleh siap?” soal Nur Sumayyah tiba-tiba.
  “Dalam tiga hari lagi, siaplah.” Fahem mengangguk faham.
  “Kalau macam tu, dalam masa tiga empat hari lagi, nanti abang datang, ok.” Setelah Fahem membayar harga kad jemputan dan membawa masuk barang-barang tersebut ke dalam kereta, mereka berlalu pergi.


SETENGAH jam kemudian, Fahem  memberhentikan keretanya tepat di hadapan sebuah rumah teres di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh.
  “Kita dah sampai. Jom keluar.” Ajak Fahem. Nur Sumayyah mengangguk akur.
  Loceng yang terletak di tepi pagar ditekan berkali-kali. Tak lama kemudian, Mazidah keluar sambil membawa kunci solex.
  Tergesa-gesa Mazidah membuka pintu pagar dan menjemput sepasang manusia itu masuk.
  Tiba di ruang tamu, Fahem terkaku seketika. Pandangannya dan Diyya bersatu. Dia dapat melihat kemarahan di dalam mata kawan baik Mazidah itu.
  “OK… sebab sekarang keadaan darurat, kau boleh masuk.” Jemputnya dengan muka yang serius. Namun dia sempat memberikan senyuman manis untuk tunang lelaki itu.
  Tumpuan mereka teralih kepada Izreen yang tiba-tiba meraung. Mazidah terus memeluk rakan sepejabatnya itu untuk menyalurkan sedikit ketenangan.
  “Izreen, tolong cerita pada saya, apa yang terjadi sebenarnya.” Pinta Fahem.  Setiausaha Datuk Amidun itu terdiam seketika.
  “Sebenarnya, macam ni Tuan Fahem. Tuan tentu tahu tentang projek Mega Infrastruktur antara syarikat kita dengan Syarikat Bina Jurutera Sdn Bhd kan? Saya bersama Datuk Amidun pergi ke Perak untuk berjumpa dengan wakil tersebut di Hotel Seri Malaysia, Ipoh. Ketika perbincangan di kafe, saya ada dengar mereka berbincang tentang give and take.  Tapi, ketika tu… saya masih belum faham apa maksud mereka.”
  “Lepas tu apa jadi?” soal Mazidah dengan teruja. Dia mahu tahu apa yang terjadi secara jelas.
  “Malam tu, kami bertiga keluar untuk karaoke. Bila kami dah habis karaoke, kami minum lagi di kafe. Lebih kurang 12 tengah malam, barulah kami pulang ke bilik masing-masing.
  Kebetulan bilik kami bertiga saling bersebelahan. Bilik saya dengan bilik Encik Izwadi hanya bersebelahan. Tiba-tiba, saya dengar dia terjerit-jerit minta tolong. Jadi, saya pun perlahan-lahan bukalah pintu penghubung. Bila saya masuk ke dalam bilik Encik Izwadi, dia minta saya mengambil ubatnya di dalam beg.
  Ketika saya nak ambil ubat dia, tiba-tiba ada orang peluk saya dari belakang. Bila saya pusing, saya tengok Encik Izwadi tersenyum-senyum. Bila saya cuba lepaskan diri dan cuba untuk masuk semula ke dalam bilik saya, saya lihat Datuk Amidun sudeh menunggu di dalam bilik saya.” Cerita Izreen dengan panjang lebar. Air matanya sudah menitis.

ahem dapat merasakan darahnya sudah naik ke kepala. Celaka punya Datuk Amidun! Sumpahnya dalam hati.
  “Lepas tu, awak dah selamat jadi korban mereka ke?” Fahem  mengharapkan agar jawapannya adalah ‘tidak’. Seketika, wajah bersih Izreen ditenung. Kadang-kala, Fahem juga hampir tergoda dengan Izreen yang jauh lebih seksi dari Mazidah. Dia tahu, sudah beberapa kali daddynya menekankan etika pemakaian sopan ketika di pejabat. Di dalam peraturan syarikat, sudah jelas diberitahu bahawa etika pemakaian semua pekerja sama ada lelaki atau wanita haruslah sopan. Namun, wanita itu tetap tidak mengendahkan.
  “Tidak. Sebaik saja saya kuncikan pintu penghubung, saya tendang perut Datuk Amidun sekuat hati. Saya capai beg tangan saya dan saya terus turun ke lobi dan minta tolong dengan pekerja di situ untuk memanggil teksi.” Cerita Izreen dengan panjang lebar.
  “Dan awak suruh pemandu teksi tu memandu hingga ke Melaka?” soal Fahem. Izreen hanya mengangguk. Nur Sumayyah memandang tunangnya. Selama perkenalan mereka, Nur Sumayyah tidak pernah melihat Fahem marah sehingga mukanya merah padam.
  “Ok, saya akan selesaikan masalah ni. Tapi saya minta tolong dengan awak semua supaya jangan beritahu apa-apa kepada Tan Sri tentang hal ni. Faham? Biar saya yang beritahu pada daddy saya nanti.” pinta Fahem. Mereka mengangguk faham.
  Fahem menekan-nekan telefon bimbitnya, mencari nombor Razif.
  “Aku nak, kau orang intip Datuk Amidun. Dapat saja masa yang sesuai, culik dia dan bawa ke apartmen aku. Tapi ingat, jangan culik dia bila dia ada di rumah. Nanti aku umpan dia untuk keluar. Waktu tu, kau orang culik dia. Faham!” Fahem memberi arahan. Talian dimatikan setelah perbualan tamat.
  “Fahem nak buat apa? Soal Nur Sumayyah dengan cemas setelah mendengar perkataan culik.
  “I know what I want to do!” jawab Fahem. Keputusannya muktamad! Dia akan menamatkan riwayat Datuk Amidun di dalam syarikatnya.
  Sekilas, Fahem merenung lembut wajah sedih Izreen. “Awak jangan risau. Saya akan bela nasib awak.” Lalu matanya terarah ke wajah  Nur Sumayyah.
  “Sumayyah tunggu sini dahulu. Bila selesai semuanya, Fahem dakan datang semula ke sini.” Janji Fahem. Nur Sumayyah hanya mengangguk setuju. Dia tahu, Fahem pasti bimbang akan keselamatannya.
 
“YANG I tahu, sekarang hubungan mereka sedang retak sebab Datuk Amidun tak mahu belikan kereta seperti yang Shania minta. Shania juga ada ugut Datuk Amidun. Kalau dalam masa tiga bulan orang tua tu tak belikan kereta sport untuk dia, dia akan pecahkan rahsia mereka kepada Datin.” Cerita Wani. Fahem kusyuk mendengar cerita GRO itu.
  “Sekarang, you masih tinggal serumah dengan dia kan?” tanya Fahem. Wani mengangguk sekali. Perlahan-lahan, Fahem  mengurut lembut tangan wanita itu untuk menggoda.
  “I nak you call Shania dan suruh dia datang sini sekarang. Kata dengan dia, I nak buat bisnes dengan dia.” Pujuk Fahem. Wani hanya mengangguk akur sekali lagi.
  Untuk terus meyakinkan Wani, dia terus menggoda wanita itu. Kelihatan, Wani amat gelisah.
  “Ada orang nak buat bisnes dengan kita, Nia. Datanglah. Untung, kita bahagi dua, ok tak?” pujuk Wani.
  “Alah, kau tahu aku  tengah tak ada mood kan?”
  “Alah Nia, untung dia banyak tahu tak! Rugi kalau kau tak join. Aku ada di Pizza Hut Malim. Datang tau!” Wani terus memujuk.
  “Oklah. Aku siap. Dalam 20 minit, aku sampai.” Talian ditamatkan.
  “So, dia kata apa?” soal Fahem setelah Wani meletakkan telefon bimbitnya di atas meja.
  “Dia kata, dalam 20 minit lagi dia sampai.” Wani menoleh ke kiri, memandang wajah serius Fahem.
  “You nanti, jangan lupa pulak  janji you pada I,” Wani mengingatkan.
  “Sayang, ni Fahem Izzuddin tau! I takkan lupa dengan apa yang I janji, ok.” Fahem memberi jaminan. Wani hanya mencebik. Meluat dengan sifat bangga diri lelaki itu.
  Tak lama kemudian, Shania tiba. Tanpa dipelawa, dia terus duduk bertentangan dengan Wani. Sekilas, dia menjeling Fahem. Hensemnya mamat ni. Pujinya dalam hati.
  “Kenalkan, Fahem Izzuddin. He is my boy.” Fahem menyambut huluran tangan Shania.
  Shania mengerutkan dahinya seketika.
  “Macam pernah perasan saja nama you. You kerja kat mana?” soalnya.
  Fahem tersenyum. “Izzuddin Supplier Holdings. As a CEO.” Jawabnya ringkas. Terbeliak mata Shania tatkala mendengar penjelasan Fahem.
  “Bisnes apa yang you nak jalankan dengan kami berdua?” soalnya dengan tenang. Hatinya berdegup kencang setiap kali memandang wajah Fahem.
  “Macam ni. I nak perangkap Datuk Amidun, your boyfriend. Sekarang, I nak minta tolong you supaya you ajak dia keluar dan datang ke apartmen you. Bila saja dia datang ke apartmen you, I akan culik dia. Ok?” Fahem menjelaskan tentang rancangan sebenarnya.
  “I takkan buat macam tu pada dia!” Shania menetapkan keputusna muktamad. Fahem hanya tersengih tatkala mendengar kata putus wanita itu. Dia tahu, wanita seperti mampu dibeli dengan apa.
  “I nak tanya you satu soalan. Selama you dengan jantan tua tu, berapa nilai duit paling tinggi yang pernah dia bagi pada you?” Shania berfikir seketika.
  “Lima belas ribu.” Jawab Shania. Fahem hanya tergelak sinis mendengar jawapan tersebut.
  “You tanya Wani... selama dia couple dengan I, berapa nilai yang paling tinggi dia pernah dapat?” Shania memandang Wani.
  “Seratus ribu.” Jawab Wani dengan bangga walaupun tidak ditanya oleh Shania. Terbeliak mata Shania.
  “So, you nak beri kerjasama sepenuhnya pada I?” Fahem mengumpan lagi. Laju saja Shania mengangguk.
  “Kita buat macam apa yang I rancang. Bila semuanya berjalan lancar, I akan bagi you all upah... seperti yang dijanjikan.” Shania dan Wani mengangguk setuju.


LAJU saja Datuk Amidun keluar setelah Shania menelefonnya. Dia tahu, wanita itu akhirnya sudah menamatkan rajukanya yang menelan masa hanpir sebulan itu.
  “Sayang, you tunggu di apartmen tau. Jangan ke mana-mana sampai I datang, ok.” Sekali lagi Datuk Amidun menelefon kekasih gelapnya agar menunggu dirinya.
  “Ya darling, I memang sentiasa tunggu you. You tak usah risaulah sayang.” Balas Shania.
  Tiba saja di apartmen,  terkocoh-kocoh Datuk Amidun menyumbatkan diri ke dalam lif sehingga berlanggar dengan beberapa orang yang lain di situ.
  Tiba saja di tingkat lima, terkocoh-kocoh dia membuka pintu dengan menggunakan kunci pendua yang disimpannya. Sebaik saja pintu dibuka, dengan pantas dia meluru masuk dan mendapatkan bilik Shania.
  Tatkala pintu dibuka...
  “Apa ni Shania? Siapa jantan tu?” soal Datuk Amidun sambil dia meluru ke katil tersebut. Terpandang seraut wajah sinis Fahem, tiba-tiba dia menikus.
  “Eh, tuan buat apa di sini?” soalnya pura-pura ramah namun dalam hati, dadanya seakan mahu pecah apabila melihat betapa mesranya Shania membelai lelaki muda itu.
  “Aku datang sebab nak jumpa buah hati aku, Wani. Sedang kami beraksi, tiba-tiba dia masuk bilik Wani sebab nak pinjam  hair dryer. So, bila dah nampak aktiviti kami, dia pun tumpang sekaki. Lepas tu, kami dipelawa untuk sambung di biliknya sebab lebih luas katilnya. Jadi, kami ikut ajelah.” Fahem mereka-reka cerita. Dia ingin melihat sejauh manakah kemarahan lelaki tua itu apabila dia mengusik kekasih gelapnya.
  “Mana boleh macam tu, Tuan Fahem. Tak lama lagi kan, tuan nak kahwin. Takkan tak sayang tunang yang cantik kot?” Datuk Amidun membakar ketuanya itu. Sekali lagi, Fahem melemparkan senyuman sinis.
  Fahem mengeluarkan telefon bimbitnya dan menghubungi seseorang. Setelah arahan diterima, talian ditamatkan..
  “Kenapa pula tak boleh? Diri aku, hidup aku... suka hati akulah!” bentak Fahem. Datuk Amidun mula naik darah. Baru sahaja dia ingin mengeluarkan pistolnya, terasa kedua-dua belah tangannya dikilas ke belakang.
  “Eh, apa ni?” soalnya. Orang-orang Fahem menariknya duduk di ruang tamu hadapan.
  “Apa kau buat pada Izreen di Perak? Beritahu aku!” jerit Fahem. Mulut Datuk Amidun terkumat-kamit, terkial-kial mencari jawapan.
  “Mmm... mana saya ada buat apa-apa pad adia, tuan. Tak ada! Tak ada!” beria-ia Datuk Amidun membela dirinya. Berang dengan jawapan  itu, lantas Fahem mengacukan pistolnya ke kepala lelaki tersebut.
  “Aku bagi pilihan, Amidun. Kaalu kau mengaku, aku takkan laporkan hal ni kepada polis dan takkan dedahkan hubungan suit kau dengan Shania. Tapi, kalau kau tak mengaku, aku akan dedahkan segala hubungan sulit kau kepada Datin, dan aku akan laporkan kepada polis segala kegiatan haram kau.” Terbeliak biji mata lelaki tatkala mendengar ugutan Fahem.
  “Tuan, janganlah buat saya macam ni. Saya merayu pada tuan... tolonglah.” Datuk Amidun merayu.
  Seperti biasa, Fahem hanya tergelak sinis.
  “Tapi, ada satu perkara yang aku takkan mampu ubah walaupun kau mengaku atau tak.” Datuk Amidun yang baru menundukkan kepala, kembali mendongak.
  “Sama ada kau suka atau tak, kau tetap akan dipecat!” Fahem membuat keputusan muktamad.
  “Kenapa pulak saya dipecat, tuan?” soalnya yang tidak puas hati dengan tindakan orang nombor dua syarikat itu.
  “Kalau aku ceritakan semuanya pada Tan Sri tentang kau, dia pun takkan berfikir panjang untuk pecat kau. Tahu tak!” Datuk Amidun tersentak mendengar ayat tersebut.
  “Janganlah macam ni pada saya tuan. Banyak sumbangan saya pada syarikat. Takkanlah tuan nak buang saya sesuka hati saja?” Datuk Amidun masih merayu untuk dirinya.
  “Keputusan aku muktamad. Esok, kau boleh kerja untuk hari terakhir. Aku akan suruh Izreen taipkan surat perletakan jawatan untuk kau.” Fahem memberikan keputusan muktamad.
 
“BETUL ke semua bukti ni, Fahem? Bukan palsu?” soal Tan Sri Tuan Haji Ahmad Izzuddin apabila melihat beberapa helaian kertas yang diserahkan olej amak sulungnya. Fahem mengangguk.
  “Dari sumber-sumber yang boleh dipercayai, semua laporan ini adalah tepat. Fahem akan arahkan supaya Izreen menaipkan surat perletakan jawatan untuk dia.” Jelas Fahem. Daddynya mengangguk.



“INGAT apa kata saya, saya tak perlukan pekerja seperti Datuk Amidun untuk memajukan syarikat. Saya tidak suka dengan orang yang menyogokkan perempuan kepada klien. Prinsip saya, biar untung syarikat sedikit. Asalkan jangan gadaikan maruah seseorang demi sebuah bisnes yang tak seberapa. Hilang bisnes ni, boleh cari bisnes dari orang lain. Hilang maruah dan kesucian diri, sampai ke mati pun takkan dapat mengambalikan maruah dan kesucian yang hilang. Ingat pesan saya ni!” itulah antara pesanan Tan Sri Tuan Haji Ahmad Izzuddin kepada semua pekerjanya.
  “Dan sebagai kebaikan kepada semua, saya memohon sangat kepada semua pekerja. Tolonglah pakai pakaian yang sopan agar sedap mata memandang. Maaflah kepada sesiapa yang terasa tetapi ini adalah untuk kebaikan semua. Saya berharapa sangat.” Sambung presiden syarikat itu.
  Fahem turut mengambil kesempatan dalam  mesyuarat tergempar ini untuk mengedarkan kad perkahwinannya. Tatkalah para pekerjanya mendapat kad tersebut, ada yang berbisik-bisik, ada yang tersengih-sengih dan bermacam-macam lagi. Namun, hanya seorang saja yang menitiskan air mata tatkala mendapat kad tersebut namun dia mampu mengawal air matanya dari terus mengalir deras.
  “Nanti, jangan lupa datang ke majlis kahwin saya tu. Ada hadiah atau tak, saya tak kisah. Janji, awak semua mesti datang.” Ujarnya sambil menekankan perkataan ‘mesti’. Staf Izzuddin Supplier Holdings ketawa gelihati tatkala mendengar ucapan CEO mereka.
  Sejenak, mata redup Fahem dapat menangkap betapa terseksanya sepasang mata menahan air matanya dari terus mengalir. Namun, tuan kepada sepasang mata tersebut masih mampu tersenyum riang, menipu orang sekelilingnya agar dia tidak kelihatan sedih.
  Maafkan aku, Mazidah. Ucap hati Fahem dengan sayu.




2 comments:

  1. Salam penulis....wuc ni last bab berapa? Tk sbr nk habiskn bacaan.

    ReplyDelete
  2. waalaikumsalam... last? sorilah dik, x hbs lg. ni kiranya bab tgh2 la ni... tq sbb masih sudi baca hasil nukilan akak.

    ReplyDelete