REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

Tuesday 12 October 2010

CSU 6

CINTA SEORANG USTAZ 6

BULAN MAC

ISKANDAR terpaksa mengetuai Pasukan Rumah Biru atau Pasukan Dr. Mahathir kerana guru yang sepatutnya iaitu cikgu Norhayati pergi bersalin. Tiga empat orang cikgu rumah itu pula sedang berkursus.  Dua orang cikgu wanita iaitu Cikgu Hidayah dan Cikgu Narita adalah guru sementara.
      “Laila. Awak pergi ke khemah pengurusan Hari Sukan dan minta dia hantarkan sekotak air mineral di sini.” Arah Iskandar. Laila patuh. Dia mengajak Najwa ke sana.
      “Aku tengok ustaz tu macam suka dengan kau je, Laila.” Najwa bertanya. Laila mencebik.
      “Kau jangan jadi wartawan gossip kat sekolah ni eh! Kau kan tahu, ustaz tu ada makwe! Satu trillion kali lebih cantik dari aku tau!” Laila malas mahu melayan Najwa.
      Najwa diam saja. Aku tanya sikit, dah angin macam tu!
     “Cikgu Ainah, ustaz minta sekotak mineral untuk Rumah Dr. Mahathir.”  Cikgu Ainah mengangguk.
     “Armand, tolong hantarkan sekotak mineral kecil tu untuk Rumah Dr. Mahathir.” Armand mengangguk mendengar arahan ibunya.


DENGAN rakus Iskandar menghabiskan sebotol mineral. Hisy… budak-budak pompuan  nie tahu diri tu pendek, tak payahlah nak plan gantung reben tinggi-tinggi! Sudahnya, aku jugak yang kena! Bentaknya dalam hati. Dahlah hampir semua budak laki busy. Yang bersukan, yang ada latihan perbarisan, yang ada main pancaragam! Fuhh. Yang ada kat khemah ni pun, datangkan blur memanjang! Terajang karang! Suruh buat tu, ‘ah’? Suruh buat ni, ‘ah’? Semua yang datangkan ‘ah’, bila nak ‘yalah’ pulak? Iskandar menggeleng lagi.

Someday we gonna rise up on that wind you know
Someday we gonna dance with those lions
Someday we gonna break free from these chains and keep on flyin'

MANA handset aku? Iskandar meraba-raba kocek track suitnya. Ringtone ‘Someday’ terus bernyanyi-nyanyi. Alah! Iskandar menggaru kepala. Dahlah mahal aku beli? Di satu sudut, Laila dan Najwa sedang menghias bunga manggar warna biru pada sepanduk untuk acara perbarisan nanti.
      Kenapa punggung aku bergetar ni? Tak lama kemudian, ia terhenti. Baru menarik nafas lega tiga saat, ia bergetar lagi.
      Aku ada dudukkan apa-apa ke? Bila dibangun…
      Ya Allah, handset ustaz! Laila menepuk dahi. Mampus aku! Perlahan-lahan, Laila menuju ke Iskandar sambil membawa telefon bimbit lelaki itu.
      “Ustaz...” Laila menyerahkan telefon tersebut kepada Iskandar. Melihat telefon bimbitnya, Iskandar terus menymbut dan menciumnya beberapa kali.
      “Kat mana awak jumpa?” soal Iskandar sambil menyemak missed call yang masuk.
      “Sss... saya terdudukkan kat atas rumput.” Jawab Laila.
      Iskandar menepuk dahi. “Macam mana boleh ada atas rumput pulak?” Laila mengangkat bahu.
      Pedulilah! Janji, darling aku ni aku dah dapat balik! Sedang Iskandar leka bermain SMS dengan Sandra, Laila menjerit dari belakang khemah.
      “Ustaz... ada ular! Tolong!” pantas Iskandar menyimpan handset dalam kocek dan ke belakang khemah. Semua pelajar dan guru sementara itu sudah berada di hadapannya.  Dilihat seekor ular hitam sepanjang 1 meter  sedang mengembang-ngembangkan kepalanya. Iskandar merenung mata ular hitam itu.  Ular hitam yang ingin memuntahkan bisanya kepada Iskandar terus diam bila Iskandar berkomunikasi dengannya.
      “Hai ular. Kalau kau jin, kalu larilah. Kalau kau ular, kau tunggu aku sampai aku datang pukul kau!” Iskandar memberi amaran sebanyak tiga kali seperti yang pernah diajar oleh ustaznya. Dengan pantas, ular tersebut lari. Iskandar menarik nafas lega. Namun nalurinya menyatakan sesuatu. Ini mesti angkara seseorang!

...........................................
DI VILLA JANNAH

“DADDY, Is dapat rasa ada orang yang nak bunuh kita sekeluarga.” Ucap Iskandar selepas menghirup secawan teh. Simon Brown hanya memerhatikan anak dan cucunya.
       “Macam mana kau tahu?” soal Datuk Alexander sambil terus meneliti laporan saham dalam Utusan Malaysia.
       “Tadi masa kat sekolah, masa Is dengan budak-budak tengah hias khemah, tetiba je ada budak menjerit kat belakang khemah. Dia cakap ada ular hitam. Is pun pergilah jenguk. Rupanya memang ada. Tapi bila Is renung ular tu lama-lama, Is rasa memang ada orang yang nak bunuh kita sekeluarga.” Dalam kepala Datuk Alexander memang sudah tersemat seukir nama. Tapi dia tidak mahu buruk sangka.

.............................................

SMK TAMAN INDAH

“SAYA minta maaf tentang kelmarin.” Ucap Iskandar ketika Najwa dan Laila sedang bersembang kosong di tepi khemah.
        “Saya tak patut buat awak macam tu. Bila dah berdua-duaan, yang ketiga ialah syaitan. Dan yang ketiga tu ada dalam diri saya dengan rakan seperjuangannya,iaitu nafsu yang sukar dikawal.” Laila mengangguk tanda memaafkan.
       “Saya harap ustaz tak ulanginya lagi. Bukan pada saya saja, tapi pada semua wanita yang masih haram kepada ustaz.” Iskandar mengangguk setuju.
       “Ustaz, boleh saya tanya satu soalan?” Najwa bersuara. Laila menyiku tangannya tapi dia buat-buat tak tahu. Iskandar memandang anak muridnya. Manis mukanya. Sama macam Laila.
       “Kenapa ustaz ni tak rupa macam budak tahfiz pun? Maksud saya, macam lebih pada rock, terlalu duniawi. Tak rupa pelajar tahfiz langsung yang selalu pakai jubah... serban  semua tue.” Iskandar menyimpul senyum mendengar soalan tu.
       “Salah ke kalau budak tahfiz macam saya pakai baju t-shirt, track suit dengan kasut sukan macam ni?” Iskandar bertanya balik. Najwa menggeleng. Alah ustaz nie... nak kenakan aku plak!
       “Saya tak kata salah cuma...”
       “Itu cuma sunnah Rasulullah S.A.W. Hari-hari saya pakai. Complete dengan serban, minyak atar lagi. Tapi saya cuma pakai waktu sembahyang, dengar ceramah, dan apabila ke masjid dan surau. Tapi, awak takkan tak perasan? Kan setiap Jumaat saya pakai baju Melayu? Kalau Jumaat ni baju melayu dengan songkok hitam, Jumaat depan saya pakai jubah dengan serban. Saya dah mintak izin Tuan Pengetua pun.” Najwa terkulat-kulat. Ada ke? Bila dia pakai? Aku tak perasan pun!
       “Pada saya, saya tak kisah kalau pakai apa saja asalkan sopan, pakaian yang kita pakai tak melambangkan sesuatu yang bertentangan dengan Islam, juga tak ada simbol-simbol agama lain.”
       “Ustaz belajar kat sekolah tahfiz mana?” soal Laila.
       “Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat Pulai Chondong, Kelantan.” Jawab Iskandar.

No comments:

Post a Comment