REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

Saturday 7 May 2011

CSU 25

CINTA SEORANG USTAZ 25


BEBERAPA BULAN KEMUDIAN

PEPERIKSAAN Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan bermula sehari saja lagi. Hari ini, Iskandar telah menasihati para pelajar tingkatan 5 setelah mereka selesai mengikuti ceramah bertajuk ‘Cara Menangani Perasaan Takut Menghadapi SPM’ yang disampaikan oleh penceramah terkenal, Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah.
        “Esok, kamu akan menghadapi SPM. Berdoalah banyak-banyak supaya kamu mendapat ketenangan hati, kelapangan dada dan fikiran, serta agar tidak gugup bila menjawab peperiksaan. Ingat pesanan Dato’ tadi,  jangan terlalu lekas nak menjawab semua soalan. Jangan bazirkan banyak masa dalam satu soalan. Kalau kita tak tahu nak fikir apa jawapan untuk sesuatu soalan, pindah ke soalan lain, jawab soalan lain dulu. Bila dah selesai, barulah kita semak semula soalan-soalan yang masih belum dijawab. Dan lagi satu pesanan saya, jangan lupa untuk minta maaf pada mak dan ayah kamu sebelum pergi ke sekolah. Cakap pada mak dan ayah, ‘Mak, ayah, tolong doakan saya supaya dapat jawab peperiksaan dengan tenang, moga fikiran saya penuh dengan ilm-ilmu yang telah diajarkan oleh para guru’. Ingat tu. Saya nak pesan banyak-banyak pun, Dato’ dah berceramah tadi. Jadi, ingatlah pesan Dato.” Iskandar menamatkan pesanannya. Kemudian, dia mempersilakan Tuan Pengetua berucap. Bapa saudaranya itu mengucapkan ribuan terima kasih kepad Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah kerana memberikan nasihat-nasihat yang amat berguna kepada para pelajar.

“ADA apa ustaz panggil kami?” soal Laila. Dia dan Najwa saling berpandangan. Iskandar memandang kedua-dua pelajarnya itu.
         “Awak nak pinjam buku Munakahat saya kan, Najwa?” soal Iskandar. Najwa mengangguk. Dia mengeluarkan buku munakahat dari dalam beg kerjanya lalu dihulurkan kepada Najwa. Sebelum Najwa menyambut, dia sempat meliarkan matanya di dalam bilik guru itu. Kemudian dia memandang Najwa.
         “Dalam buku ni ada surat. Awak jangan bagi pada orang lain buku ni.” Beritahu Iskandar.
         “Surat?” Najwa mengerutkan dahinya. Iskandar hanya mengangguk. Kemudian, dia mengeluarkan buku tajwidnya dari dalam beg dan diserahkan kepada Laila.
         “Dalam tu pun ada surat jugak ke?” Najwa menyakat. “Ustaz nak menduakan Laila ya?” tambahnya lagi. Iskandar dan Laila sudah membulatkan mata sambil merenung wajah Najwa yang seperti ‘tidak ada perasaan’.
         “Siapa punya surat?” soal Najwa. Iskandar menuding jari ke arahnya.
         “Siapa yang bagi?” soalnya lagi. Budak ni macam-macam soalanlah! Jerit hati Iskandar.
         “Awak bacalah sendiri. Ok, saya ada kerja sikit. Awak jangan buang surat tu.” Ujar Iskandar. Najwa mengangguk. Setelah memberi salam, mereka beredar dari bilik guru. Sambil berjalan menuju ke kelas, mereka berbual-bual kosong.
         “Tak sangka pula aku, sepupu Ustaz Iskandar boleh tersangkut pada kau.” Usik Laila. Najwa mengerutkan dahinya.
         “Apa maksud kau?”
         “Tu, yang bagi surat tu, mesti dia.” Laila mengagak. Najwa menarik muka masam.
         “Mana kau tahu?” soal Najwa.
         “Aku agaklah. Lagipun kau ingat tak, masa dia nak angkat gambar dengan kau, bukan main gembira lagi bila kau berdiri sebelah dia!” Laila terus mengusik. Oleh kerana terlalu geram, Najwa mencubit paha Laila.
         “Auwww, sakitlah!” Laila menjerit kesakitan sambil menggosok-gosok paha kirinya.
         “Lain kali, jangan suka nak mengutuk aku tak tentu pasal eh! Tambah-tambah pulak, kau nak gosipkan aku dengan mat salih rambut perang tu... tak ingin aku!” Najwa memberi amaran. Laila hanya tergelak.
         “Baru kau tahu macam mana sakitnya hati kena kutuk! Habis yang selama ni kau kutuk aku dengan ustaz, kau tak rasa bersalah pulak!” Laila menempelak. Najwa mengebil-ngebilkan biji matanya meminta simpati agar tidak dimarahi. Akhirnya, mereka berdua tergelak sama.


HARI Sabtu yang cerah. Iskandar mengajak rakan-rakannya... Hamka, Andy dan Black serta Haji Nik Majid yang baru tiba dari Kelantan semalam, menuju ke tapak projek perumahan Datuk Alexander. Ketika dalam perjalanan, Datuk Alexander menelefonnya.
           “Kenapa daddy?” soal Iskandar setelah menjawab salam.
           “Kamu ambil daddy di pejabat. Daddy nak ikut kamu ke sana.” Beritahu Datuk Alexander.
           “Okey.” Jawab Iskandar. Sejurus selepas itu, mereka menamatkan perbualan.
           “Siapa tu?” soal Haji Nik Majid. Iskandar tersenyum.
           “Daddy, dia suruh saya ambil di pejabat dia. Dia nak ikut ke sana sekali.” Beritahu Iskandar. Haji Nik Majid mengangguk.
           Lima belas minit kemudian, Iskandar tiba di bangunan yang menempatkan syarikat Datuk Alexander. Nampak saja Honda Stream milik anaknya, Datuk Alexander terus keluar dari lobi dan menuju ke kereta anaknya.
           “Apa khabar, haji?” soal Datuk Alexander smabil berjabat nmenghulurkan tangan. Haji Nik Majid yang duduk di hadapan segera menoleh. Dia tersenyum sambil menyambut huluran tangan lelaki Inggeris itu.
           “Sihat, alhamdulillah.” Jawabnya.
           “Anak bini semua, sihat?” soal Datuk Alexander lagi.
           “Sihat.” Jawab Haji Nik Majid. Iskandar yang sedang memandu hanya mendengar perbualan di antara Haji Nik Majid dan daddynya.
           Hampir satu jam perjalanan, akhirnya mereka tiba juga di tapak projek itu. Datuk Alexander adalah orang pertama yang keluar dari kereta. Dia memerhatikan kawasan sekeliling. Memang sunyi sepi bagai tanah perkuburan. Sememangnya Iskandar tidak berbohong.
           “Astaghfirullah-al-azim.” Ucap Haji Nik Majid. Yang lain-lain turut beristighfar. Haji Nik Majid mula membaca Al-Fatihah, Surah Al-Baqarah ayat satu hingga enam, ayat 255-257, dan ayat 284-286. Nik Haji Majid memandnag kawasan sekeliling sambil menggeleng-gelengkan kepala. Kemudian dia memandang Datuk Alexander.
           “Berat ni Datuk. Orang yang buat ni memang betul-betul dengki dengan Datuk. Tapi tak apalah, saya akan cuba pagarkan dulu kawasan ni.” Ujar Haji Nik Majid. Iskandar menoleh.
           “Bukankah kalau nak pagar kawasan ni, seelok-eloknya dilakukan pada Hari Jumaat?” taanya Iskandar. Haji Nik Majid hanya tersenyum.
           “Itulah. Tapi tak apa, pakcik ada seminggu di sini. Pakcik datang ke sini pun sebab nak rawat sepupu pakcik.” Jelas Haji Nik Majid. Mereka mengangguk faham.
           “Sepupu haji, tinggal di mana?” soal Datuk Alexander.
           “Dia tinggal di Taman Bukit Beruang.” Ringkas jawapannya.
           “Dia sakit apa?” soal Hamka. Haji Nik Majid tersenyum.
           “Ayah dia nak turunkan saka pada dia sebelum dia meninggal bulan lepas. Tapi sepupu pakcik ni, tak mahu. Tu yang dia asyik kena ganggu saja. Anak-anak dia yang belajar di asrama dan kolej pun, habis kena ganggu juga. Itulah sebab dia mintak tolong dengan pakcik.” Haji Nik Majid bercerita. Mereka mengangguk-angguk lagi, tanda faham.
           “Nasib baik dia tak mahu kan, haji? Kalau tak, haru hidup dia nanti.” Andy yang mendiamkan diri dari tadi, mula bersuara. Haji Nik Majid mengangguk.
           “Kamu semua bayangkanlah. Hanya disebabkan saka, dia dan ayah dia selalu bertegang urat. Banyak kali jugak ayah dia memaksa dia untuk terima saka tu tapi dia tetap tak mahu.” Haji Nik Majid bercerita lagi.
           “Sebab itulah, orang kata saka ni menyusahkan. Tengok sajalah macam yang haji cerita. Agaknya kalau tak bincang betul-betul pasal saka ni, bunuh-membunuh mungkin boleh terjadi.” Black membuat kesimpulan. Mereka semua mengangguk setuju.
           “Macam nilah, Datuk. Saya rasa, saya mungkin masih lama lagi di Melaka ni. Jadi, apakata nanti kita pagarkan dulu diri kita. Kemudian, kita buat solat hajat supaya ALLAH memudahkan urusan kita untuk memagar kawasan ni. Hari Jumaat lepas Maghrib, barulah kita boleh datang semula ke sini dan pagar kawasan ni.” Haji Nik Majid membuat keputusan. Mereka semua sekali lagi mengangguk setuju.
           “Haji ada nampak tak gerai di depan tu?” soal Iskandar ketika dia mengundurkan keretanya. Haji Nik Majid menoleh ke kanan dan dapat melihat dengan jelas warung using itu.
           “Kenapa?” soalnya.
           “Saya ingat, bila kita dah bersihkan dan pagar rumah ni, saya nak tolong makcik tu bersihkan pulak kawasan warung dia tu. Kedian saya tengok.” Ujar Iskandar. Haji Nik Majid mengangguk setuju.

ANGIN sepoi-sepoi bahasa menampar lembut wajah Laila dan Najwa yang sedang khusyuk mengulangkaji subjek Matematik tambahan di sebuah pondok yang berhadapan dengan sawah padi yang luas.
          Jari-jemari Laila ligat menekan-nekan kalkulator saintifiknya. Najwa pula seringkali menyelak halaman-halaman buku teks, buku tulis dan buku latihannya. Oleh kerana tertekan, dia terlentang seketika untuk merehatkan diri.
          “Kau agak-agak, senang tak soalan SPM nanti?” soal Najwa. Laila memandang seketika kawan baiknya itu.
          Laila mengangkat bahu. “Entahlah. Aku tak tahulah.” Laila mengakui. Sejujurnya, dia tidak dapat mengagak sejauh manakah senang atau susahnya soalan-soalan SPM itu nanti.
          Najwa mengerutkan dahi mendengar jawapan Laila. “Kalau nak straight A, kita kena hafal semua subjek yang berfakta.” Balas Najwa sambil mengeluh. Laila tergelak perlahan.
          “Tak payahlah kau nak hafal sangat.” Jawab Laila. Najwa yang mendengar jawapan rakannya itu segera duduk.
          “Habis tu, macam mana nak jawab soalan nanti kalau tak hafal semua?” Najwa melahirkan kegusarannya. Laila menggeleng. Dungu betul kawan aku ni.
          “Bukan macam tu maksud aku. maksud aku ialah, contohnya macam sejarah. Kau hanya perlu ingat tarikh, peristiwa yang terjadi pada hari itu, dan siapa yang terlibat di dalam peristiwa itu. Senang cakap, kau ambil point saja. Takkanlah kau nak hafal satu buku teks tu?” Laila membebel.
          “Ya tak ya jugak.” Najwa akui.
          “Kalau macam soalan yang perlukan kira-kira macam Matematik, Add Maths, Prinsip Akaun dan Ekonomi Asas,  kau kenalah ingat cara-cara pengiraan dia. Itu saja kunci untuk kita jawab dengan mudah dan senang.” Laila memberi tips lagi.
          “Tapi... bukankah PA dengan EA ada teori?” Najwa semakin bingung. Laila menepuk dahi. Nak kena penampar jugak budak sorang ni!
          “Teori dia, kau hafallah!”  Najwa ketawa mengekek-ngekek apabila melihat cara Laila menjawab soalannya.
          “Yang kau gelakkan aku kenapa?” soal Laila dengan baran.
          “Kelakarlah aku tengok kau dalam keadaan marah tadi. Cute! Ini kalau ustaz mat salleh tu nampak, mesti dia tenung kau tak habis-habis!” Najwa makin galak mengutuk sahabat baiknya itu. Laila mendengus geram. Tak guna punya kawan!
          “Eh, kau dah baca ke belum surat yang sepupu ustaz bagi tu?” tanya laila. Najwa menggeleng.
          “Setiap kali aku pasang niat untk baca, asyik terlupa aje!” jawab Najwa sambil membuka zip kecil pada bahagian depan beg galasnya. dia mengeluarkan sepucuk surat dan membuka lipatannya.
          “Kau baca sama-sama dengan aku tau.” Pinta Najwa. Laila mengangguk.

          Kepada saudari Najwa.

Seumur hidup saya, inilah kali pertama saya merasai perasaan cinta. Selama ini, cinta saya hanyalah kepada diri saya, kedua ibu bapa saya, agama saya, saudara-mara saya, bangsa saya dan negara saya.
          Sejak pertama kali melihat wajah awak, hati saya cukup bergetar   rasanya. Saya akui, awak tidaklah secantik dan seseksi wanita-wanita di Britain. Tetapi saya tahu, kecantikan awak adalah asli. Terlalu asli. Mungkinkah kecantikan yang asli itu membuatkan saya mula tergila-gilakan awak?
          Saya seperti dapat merasakan bahawa jodoh di antara kita terlalu kuat. Mungkin selepas ini, wajah awak akan sentiasa menghiasi laman otak saya. Yang pastinya, saya takkan mencari wanita lain di Britan.

Sekian, terima kasih.

Darren Brown.

          Kertas A4 yang bertinta itu dilipat semula. Najwa mengeluh halus. Kenapalah dalam banyak-banyak lelaki, mat salleh jugak yang tersangkut dengan aku?! jerit hatinya. Dia menoleh ke kiri apabila mendengar tawa halus yang keluar dari mulut Laila. Lantas dia menepuk kuat bahu kanan Laila.
          “Seronok gelakkan aku?” sindir Najwa sambil biji matanya membulat. Laila menggeleng-gelengkan kepalanya.
          “Mana ada aku gelakkan kau?” dia cuba menahan tawanya tetapi terlalu sukar.
          “Habis yang kau gelak tadi tu, apa? Kau gelakkan siapa? Setan yang duduk kat atas kepala aku?”
          Laila meredakan gelaknya. “Kau ni. Aku bukannya apa. Aku bukannya gelakkan kau tapi aku gelakkan orang yang tulis surat tu. Bukan main lagi. Ayat-ayat dia tu, tak tahan! Mengalahkan ayat dalam surat si Armand!” Laila mengutuk lagi. Najwa mencebik.
          “Tapi pandai pulak dia tulis Bahasa Melayu.” Ujar Najwa. Laila mula terfikir.
          “Agaknya dia rangka surat tu dalam Bahasa Inggeris. Lepas tu dia suruhlah ustaz transfer ke Bahasa Melayu.” Laila mengagak. Najwa mengangguk setuju.
          “Dahlah! Kita asyik cakap pasal dia saj. Jomlah, kita sambung ulangkaji subjek. Lagi bagus. SPM pun nak dekat.” Ajak Najwa setelah rimas dengan cerita mengenai surat dari Darren Brown.
Laila mengangguk setuju.

“ASSALAMUALAIKUM.” Sapa Iskandar setelah Laila menekan punat hijau.
           “Waalaikumsalam.” Jawab Laila.
           “Sihat?” soal Iskandar.
           “Alhamdulillah, sihat walafiat. Ada apa ustaz telefon saya ni?”
           “Saja telefon awak. Nak tahu, awak dah study ke belum. Minggu depan dah SPM.” Balas Iskandar. Kalua boleh, dia ingin melihat pelajar harapannya itu mendapat 9 A1.
          “Dah. Saya dah study dengan Najwa petang tadi. Tiap-tiap petang, kitaorang akan study dekat pondok di tepi sawah. Dapat angin yang nyaman, baru seronok nak belajar.” Laila bercerita dengan seronok. Iskandar di sebelah sana sudah tersenyum.
          “Awak cakap nama Najwa, baru saya teringat. Dia dah baca ke belum, surat yang sepupu saya bagi tu?” soal Iskandar.
          “Dah. Kami baca sama-sama masa kat pondok tadi.” Jawab Laila.
          “Oh.”
          “Ermm, ustaz ke yang ajar sepupu ustaz tulis Bahasa Melayu?” tanya Laila. Kedengaran Iskandar tertawa perlahan.
          “Dia karang dalam Bahasa Inggeris. Kemudian, saya terjemahkan. Kemudian, dia terus tulis ayat terjemahan saya tu ke dalam surat yang nak diberi pada Najwa.” Iskandar menjawab secara terperinci.
          “Ohhh.” Laila memberi reaksi.
          “Oklah, Laila. Saya nak tanya tentang tu saja. Bukannya apa, sepupu saya tu... setiap kali kitaorang YM, dia asyik tanya soalan yang sama saja. Saya jawablah tak tahu. Awak tahu dia kata apa? Dia suruh saya telefon awak dan tanya tentang hal tu! Itu yang saya telefon awak ni.” Iskandar bercerita.
           “Oh, begitu ceritanya.”
           “Oklah, saya ada kerja sikit. Assalamualaikum.” Iskandar meminta diri.
           “Waalaikumsalam.” Laila menjawab salam ustaz muda itu.


MYDIN MITC, MELAKA
         
ISKANDAR meliarkan matanya ke sekeliling kawasan kedai karpet itu. Datin Aminah dan Datuk Alexander sibuk membelek-belek karpet yang ditunjukkan oleh pekerja kedai tersebut. Cantik jugak karpet-karpet ni. Bisik hatinya.
          Kelihatan pasangan suami isteri itu sedang berbincang dengan pekerja kedai tersebut. Bosan dengan keadaan sebegitu, Iskandar menuju kea rah daddy dan mummnya.
          “Lama lagi ke daddy dengan mummy kat kedai ni?” soal Iskandar. Datuk Alexander mengangguk.
          “Lamalah jugak. Kenapa?” soal Datin Aminah.
          “Is nak ke kedai frame Mutiara Egypt tu. Nak tengok frame sekejap.” Iskandar meminta izin. Bukan kerana dia seperti kanak-kanak kecil yang sentiasa dipantau oleh kedua orang tua. Jika ada apa-apa, sekurang-kurangnya daddy dan mummynya tahu ke mana dia menghilang.
         “Oklah. Tapi, Is... mummy ingat nak beli satu karpet yang besar sikit untuk letak dalam bilik kamu. Kamu pilihlah karpet mana yang kamu nak.” Ujar Datin Aminah. Iskandar berfikir seketika. Boleh jugak. Karpet dalam bilik aku tu pun dah berburai bulunya. Romeo, Juliet dengan Juan punya pasallah ni! Dicakar-cakarnya karpet tu sampai dah tak rupa karpet.
         “Is nak karpet yang itulah.” Jawab Iskandar sambil menunjuk ke arah karpet yang diminatinya. Datuk Alexander, Datin Aminah, Iskandar dan pekerja kedai tadi segera bergerak kea rah yang ditunjuk.
         “Ini karpet concord. Karpet ni memang kebiasaannya bercorak Parsi. Tebal karpet ni, lebih kurang dalam satun centimetre dengan corak timbul pada setiap lekukan gambar. Motifnya pula didominasi bunga dengan bulu yang tebal. Kalau encik pakai karpet ni, memang nampak mewah dan elegan.” Jelas pekerja kedai itu. Iskandar memilih karpet corak berpetak-petk ditengahnya. Warna yang dipilih adalah warna berber, supaya petak-petak pada bahagian tengah karpet tidak terlalu menonjol. Jika dia memilih warna yang terlalu garang seperti merah atau hijau, biji matanya tentu akan berpinar apabila melihat corak petak-petak pada karpet itu.
         “Ini warna yang kamu nak?” Datin Aminah menyoal untuk kepastian. Iskandar mengangguk. Kemudian, Iskandar meminta izin untuk beredar dari situ dan melangkah ke kedai Mutiara Egypt.

“SANDRA! Dah lama I tak jumpa you!” sapa Iskandar apabila melihat Sandra, bekas teman wanitanya sedang membelek-belek beberapa frame berisi Ayat Kursi. Sandra pantas menoleh ke kiri. Iskandar! Dia segera ingin berlalu namun Iskandar menghalangnya. Beberapa kali biji matanya naik turun melihat figura Sandra.
        YA ALLAH, cantiknya dia. Hanya dengan seluar slack hitam, dipadankan dengan balus hitam berbunga merah, serta tudung sarung bersaiz besar dipin belakang, Sandra kelihatan anggun. Mekapnya juga sudah berubah. Yang Iskandar nampak, dia hanya berbedak, secalit gincu, dan memakai sedikit celak serta eyebrow liner yang menampakkan keningnya seperti lebat.
        “Sandra, janganlah macma ni. Kalaupun kita dah tak couple lagi, takkanlah kita langsung tak boleh jadi sahabat?” soal Iskandar. Sandra hanya menundukkan wajahnya.
        “I tak nak ganggu hubungan yang terjalin antara you dengan student you. Kalu benar itulah jodoh you, I doakan agar you bahagia sehingga ke akhir hayat bersama dia.” Ucap Sandra dengan tenang. Iskandar tersentak. Macam mana dia tahu tentang aku dan Laila?
        “Macam...”
        “Hari tu, I terserempak dengan Hamka dan Isha di A&W. Hamka cerita pasal you. Tapi you jangan risau. Ia tak cemburu dan takkan cemburu.” Pantas Sandra meminta percakapan Iskandar.
        Iskandar mengangguk-angguk faham. “Kalau macma tu, tak salah kalau kita saling bersahaabt kan?” Iskandar meminta kepastian. Sandra hanya mengangkat bahu. Tanda ‘no comment’.
        “I ada beberapa barang yang nak dibeli. Assalamualaikum.” Dengan tenang, Sandra meminta diri. Iskandar pula dibiarkan termangu-mangu seorang diri. 


2 comments:

  1. Alahai wujud lg Sandra. Tp saya suka perubahan Sandra cuma xnak la sebab dia Ustaz Is permainkan hati Laila. Klu betul cinta Sandra kenapa libatkan Laila dlm hidup Ustaz?

    ReplyDelete
  2. stuju dgn komen diats..... pape pn cepat2 la smbung cite ni...^^

    ReplyDelete