REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

Thursday 10 March 2011

WUC 17

WAKE UP CALL 17


Beberapa bulan kemudian

Puasa sudah. Aidilfitri pun sudah. Hari ini 25 September 2010, Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin membuat kenduri doa selamat. Dia juga berhajat untuk membuat tahlil buat ayahanda tercintanya, Tuan Haji Izzuddin yang telah lama kembali ke rahmatullah. Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin telah menjemput jemaah surau dan masjid berdekatan untuk tahlil dan bacaan doa selamat.
         
DI dapur, kaum hawa sibuk memasak, memotong bawang, mencuci pinggan mangkuk dan macam-macam pekerjaan lagi. Nur Syuhadah juga tidak terkecuali membantu. Dalam hati, Nur Syuhadah bersyukur sangat-sangat. Baru saja berkenalan, ibunya Puan Rafeah dan Puan Sri Sharifah sudah boleh bergelak ketawa dan bergurau mesra. Lagak mereka tak ubah seperti sahabat yang tidak bertemu selama berdekad-dekad.
         Dari ruang tamu, Fahem hanya  merenung wajah Nur Syuhadah yang sakan berbual dengan sepupunya, Tan Siew Lan sambil mengelap pinggan mangkuk yang sudah dibasuh. Walaupun Puan Sri Sharifah telah lama memeluk Islam, mummynya tidak pernah melupakan keluarga asalnya. Puan Sri Sharifah pernah mengadu dengannya. ‘Jika mummy tak jumpa daddy kamu, entah macam manalah hidup mummy sekarang. Entah-entah, sudah jadi pelacur tua agaknya. Tak pun, mungkin dijual entah di mana-mana Negara.’
        “Apa yang kamu renung tu, Fahem?” soal Tan Mei Ling, neneknya. Fahem tersenyum.
        “Tak ada apalah, nenek.” Jawab Fahem sambil terus menyusun beg-beg kertas yang berisi ke dalam kotak.
         “Kamu jangan mahu menipu sama nenek tau! Nenek tahu apa yang kamu pandang. Kamu sukakan perempuan yang sedang berbual dengan Siew Lan, kan?” duga Tan Mei Ling.
         Fahem hanya tergelak perlahan. Tiba-tiba bahunya dicuit seseorang dari arah belakang. Bila ditoleh, Puan Sri Sharifah hanya menghadiahkan senyuman manis untuknya.
         “Mama jangan percaya sama ini budak tahu. Hari tu, dia sendiri yang cakap dengan Pah yang dia nak pikat ustazah Zariff tu.” Puan Sri Sharifah mula menyakat Fahem. Membulat biji mata anak sulungnya itu.
         “Apa mummy ni... cakap macam tu pulak.” Fahem menempelak mumynya. Puan Sri Sharifah dan Tan Mei Ling sudah tergelak.
         “Mama mahu tahu tak? Cucu mama ni cuba nak menipu mama. Mama janganlah percaya dengan cakap dia. Tapi kan mama, kalau dia jadi kahwin dengan itu perempuan, orang yang paling gembira sekali adalah Pah.” Puan Sri Sharifah tetap mahu menegakkan kebenaran.
         “Sudahlah! Nenek tak usah percaya cakap mummy. Sejak akhir-akhir ni, mummy memang selalu melalut bukan-bukan.” Pintas Fahem. Tan Mei Ling hanya menggelengkan kepala apabila melihat ulah dua beranak itu.

BETUL ke tak mamat ni? Detik hati Nur Syuhadah. Dia nak pikat aku? Nur Syuhadah menelan air-liurnya berkali-kali. Tak naklah aku dengan jantan gila betina tu! Gumam hatinya lagi.
        Nur Syuhadah cuba membayangkan situasi setelah perkahwinan dia dengan Fahem. Mesti tiap-tiap malam keluar pergi night club. Pergi berjoli dengan betina-betina tak senonoh kat sana! Lepas tu, balik mabuk-mabuk, ada kesan gincu sana-sini. Kalau dia saja tak apa. Kalau dia dera aku nanti, lagi teruk!
       Tepukan di tangan kirinya membuatkan dia tersedar. Cepat Nur Syuhadah mengangkat kepala.
       “Kakak amoi aa, apa lu menung ma?” soal Tan Siew Lan sambil tersenyum.
       “Tak ada apa-apalah Siew Lan. Kakak cuma fikirkan tentang keputusan PMR si Zariff nanti. Entah dapat 8A ke, tidak ke.” Nur Syuhadah berdalih.
        “Ya ke?” duga Tan Siew Lan. Nur Syuhadah sudah menjeling.
        “Habis tu, Siew Lan ingat, saya fikirkan apa?” Tan Siew Lan sudah tergelak dengan jawapan Nur Syuhadah itu.
        “Kakak tidak usah tipu sama saya ooo. Saya tahu, kakak tengah fikirkan Abang Fahem. Betul tak?” Tan Siew Lan mula memasang jerat. Nur Syuhadah tergelak sekali lagi.
       “Mana a...”
       “Mana ada apa, Syuhadah?” soal Fahem sambil duduk melutut. Matanya merenung wajah Nur Syuhadah yang mula resah dan terus diam dengan kehadirannya.
       Nur Syuhadah terus merenung lantai. Tak menyangka bahawa orang yang menjadi topik perbualan mereka tiba-tiba muncul di depan biji mata.
       “Erm, tak ada apa-apalah. Kami saja berbual kosong.” Jawab Nur Syuhadah. Waktu-waktu macam ni lah dia sibuk kat dapur ni. Duduk diam-diam kat depan tu, sudahlah! Bentak hatinya.
       “Fahem ke dapur ni sebab nak angkat pinggan-pinggan yang dah dilap untuk dibawa ke depan. Bakal mentua Syuhadah yang suruh.” Dalam memberi jawapan, Fahem sempat mengusik buah hatinya. Muka Nur Syuhadah sudah merah menyala. Kurang asam jawa punya jantan!

SELESAI saja bacaan tahlil dan doa selamat, Fahem mengajak Nizam duduk di gazebo. Jemaah masjid dan surau yang dijemput oleh daddynya terlalu ramai.  Jadi, sementara menunggu keadaan di dalam khemah reda, Fahem mengajal Nizam duduk di situ dahulu.
       “Apasal Ahad lepas kau tak pergi Aloha? Kan aku ajak kau ke sana. Aku buat parti hari jadi untuk Dahlia.” Soal Nizam setelah menyalakan sebatang rokok di mulutnya.
       Fahem hanya tersenyum hambar. “Aku busy. Lagipun, aku dah malas dengan semua tu. Kenapa kau tak buat kat kondo? Kan senang, privacy sikit.” Fahem membalas. Nizam tergelak.
       “Sengaja aku nak buat lain dari yang lain. Lagipun, dah berapa kali dia mintak aku buat birthday party dia kat situ. Nak tak nak, aku ikut ajelah.” Nizam memberikan jawapan. Fahem hanya tergelak perlahan.
       “Aku nak stop semua tu, Zam. Umur aku ni dah 28 tahun. Lagi dua tahun, dah  masuk 30. Aku rasa, dah tiba masanya untuk aku hentikan semua ni dan lakukan perubahan. Kalau betul nak hari-hari, aku perlu bernikah dengan seorang perempuan yang boleh melahirkan anak-anak yang comel untuk aku.” Fahem berhujah. Nizam terdiam. Dalam hati, dia mengakui. Kata-kata Fahem ada benarnya. Sampai bila mereka ingin begini. Memang selama ini, dia memakai kondom apabila bersama dengan wanita. Tapi manalah tahu, takdir ALLAH... tak siapa yang boleh jangka. Buatnya kalau kondom tu bocor, tak ke haru hidupnya. Dia tidak mahu jadi seperti Fahem. Dia tahu, Mazidah pernah mengandungkan anak Fahem. Lelaki itu ada menceritakan kepadanya.
       “Nasib baiklah masa tu Mazidah tak sampai sebulan, kan?” soal Nizam, sedikit perlahan. Dia takut, jika ada orang mendengar soalannya. Fahem hanya tersengih sambil mengangguk.
       “Tapi, dia mengamuk gila bila aku suruh abort. Aku paksa jugak. Apa nak buat Zam, aku kena jaga reputasi. Nak tak nak kenalah aku buat macam tu. Lagipun, satu office dah tahu aku ada affair dengan dia. Kalau perut dia memboyot nanti, staf aku takkan fikir orang lain. Mesti diorang akan tuding jari pada aku. Sebelum berlaku lebih teruk, baik aku ambil langkah macam tu.” Fahem memberikan jawapan yang panjang namun dengan nada berbisik.
       Mata Fahem memerhatikan suasana di dalam khemah. Masih ramai lagi. Matanya tiba-tiba terlekat pada Nur Syuhadah yang sedang makan bersama-sama Puan Rafeah, Tan Siew Lan dan Tan Mei Ling. Ayah Nur Syuhadah, Encik Abdul Ghani sedang makan bersama jemaah masjid dan surau. Fahem mencuit bahu Nizam yang sibuk bermesej entah dengan siapa.
       “Apa?” soal Nizam sambil menjongketkan keningnya. Fahem menudingkan jarinya.
       “Kau nampak tak perempuan bertudung warna ungu yang duduk dekat sebelah nenek aku tu?” Nizam mengikut hala tudingan jari Fahem. Melihat wajah lembut Nur Syuhadah, hatinya mula terbuai.
       Fahem yang perasan dengan renungan Nizam, terus menepuk kuat bahu kawannya.  “Kau jangan nak potong line eh. Dia aku punya.” Fahem memberi amaran. Nizam hanya tersengih.
       “Eh, kau dengan Fiona apa cerita?” Tanya Nizam. Fahem merenung wajahnya.
       “Kenapa?” dia tidak segera menjawab pertanyaan itu.
       “Takdelah. Hari tu aku nampak dia dengan Mark. Tu yang aku pelik.” Luah Nizam.
       “Kami dah break. Orang-orang aku pernah nampak diorang. Jadi, dia tangkap gambar dan terus tunjukkan pada aku. Hari masa aku baru balik dari Thailand, malam tu aku dapat tangkap dia dengan Mark dekat kondo aku. Aku pun apalagi, terus usir dia waktu tu jugak!” tanpa menunggu lama, Nizam sudah menghamburkan gelaknya.
       “Apa yang kau gelakkan?” soal Fahem seperti tidak puas hati.
       “Aku bukan gelakkan cerita kau tapi sebab cara kau bercerita tu.” Jawab Nizam lalu terus menyambung gelaknya. Fahem hanya menggelengkan kepala.
       “Dah. Jom makan. Aku tengok orang kat khemah tu pun dah surut.” Ajak Fahem. Nizam terus bangun  dan mengikut langkah laju Fahem itu.
   
“BILA kamu bertolak?” soal Hajjah Zakiah sambil setelah meneguk sedikit air anggur. Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin tersenyum sambil memandang emak kesayangannya. “Insya-ALLAH, 20 haribulan Oktober nanti. Kami dapat penerbangan pertama.” Jawabnya. Nur Syuhadah mengangguk-angguk.
        “Mesti pakcik dengan makcik rasa seronok kan?” duga Nur Syuhadah.
        Puan Sri Sharifah memandang suaminya sambil tersenyum. “Memang kami seronok sangat Syuhadah. Tak terkata rasanya.” luah Puan Sri Sharifah. Suasana sunyi seketika. Tiba-tiba, Fahem muncul bersama-sama Nizam sambil membawa sepinggan kuih. Dia terus duduk di tempat neneknya, Hajjah Zakiah yang bangun untuk mengambil makanan. Nur Syuhadah yang sedang berbual-bual bersama Fateeha yang baru saja duduk di sebelahnya sudah terkedu. Apahal pulak mamat ni duduk depan aku? Bukan tadi nenek dia ke yang duduk situ? Bila masa pulak nenek dia hilang?
         “Awak sibuk sangat berbual dengan adik saya. Sebab tulah awak tak perasan bila nenek saya bangun.” Fahem menjawab soalan Nur Syuhadah. Wanita berbaju kurung itu terkedu sekali lagi. Bila masa aku tanya apa-apa pada dia? Hatinya semakin pelik.
         “Syuhadah dah makan ke belum?” soal Fahem setelah habis mengunyah kuih koci. Nizam yang duduk di sebelah kanannya sudah tersengih. Nak jual minyaklah tu.
         “Abang Fahem tak nampak ke? Kan Fateeha tengah berbual dengan Kak Syuhadah ni. Sibuk aje!” Fateeha memberontak. Fahem mencebik.
         “Oh... kau ‘tengah’ berbual dengan dia ya? Sekarang kau ke tepi! Biar abang pulak yang berbual dengan dia!” perli Fahem. Fateeha mendengus geram. Fahem tersenyum riang kerana berjaya menaikkan marah adiknya. Fateeha menjeling.
        “Emm... Syuhadah terasa nak ke Mekah tak?’ soal Fahem. Nizam menjelingnya. Lain macam aje cara nak mengurat? Nur Syuhadah tersenyum.
       “Kalau Fahem tanya sekali, sejuta kali Syuhadah jawab yang Syuhadah nak ke sana. Memang Syuhadah terlalu mengimpikan sangat nak ke sana.” Jawab Nur Syuhadah. Senyuman di bibirnya masih lagi berkuntum.
       Fahem tergelak perlahan. “Fahem pun nak ke sana jugak. Yalah... dalam agama ni, kalau orang yang tak mampu, nak pergi boleh, tak pergi pun tak apa. Tapi kalau orang berada macam Fahem, wajib pergi.” Perlahan saja nada suara Fahem.
       “Bila nak pergi ke sana?” Nur Syuhadah mengajukan soalan.  Fahem tersengih.
       “Fahem nak ke sana bersama-sama isteri Fahem. Itulah hadiah dari Fahem untuk isteri tercinta.” Beritahu Fahem. Nur Syuhadah tersenyum lagi.
       “Tentu beruntung isteri Fahem nanti, kan? Dapat suami sebaik Fahem. Menghadiahkan pakej haji untuk isteri tersayang. Semoga berbahagialah hidup Fahem nanti.” Doa Nur Syuhadah. Fahem tersenyum. Fahem merenung wajah bersih milik daddynya yang sedang melayan seorang rakan dari kampungnya. Dia menjeling mummynya yang sedang berbual-bual bersama jiran-jiran dan sahabatnya. Fahem merenung dirinya sendiri. Dia memang mengimpikan untuk hidup bahagia. Dia tahu, sudah tiba masanya untuk dia meninggalkan dunia foya-foyanya. Perempuan untuk berhibur memanglah terlalu ramai. Sukar untuk dibilang. Silap-silap, guna kalkulator pun masih belum mampu untuk mendapat jumlah sebenarnya.  Dia sedar, dia memerlukan wanita sebaik Nur Syuhadah untuk membimbing dirinya ke jalan yang benar. Dia tidak mahu kejadian Mazidah mengandungkan anak haramnya berlaku pada wanita lain yang pernah disetubuhinya. Dia memandang Nur Syuhadah yang sudah berbual semula dengan Fateeha. Nizam yang duduk di sebelahnya sudah habis makan. Lelaki itu sedang meneguk air anggur beberapa kali sambil menghisap rokok.
        “Kak Syuhadah, bila keputusan PMR keluar?” Fahem terdengar soalan yang keluar dari mulut Fateeha. Dia juga ingin tahu.
        “Hmm, kalau tak silap Kak Syuhadah, 23 haribulan 12 nanti. Kenapa?” soalnya.
        “Kami risau. Takut juga kalau-kalau si Zariff tu tak dapat 8A. Kami mengharapkan pada dia.” Sampuk Fahem. Fateeha menjeling abangnya.
        “Abang ni sibuklah. Suka menyampuk tau!” Fateeha menarik muka. Nur Syuhadah dan Fahem sudah tergelak. Nizam hanya tersengih. Cantik juga adik Fahem ni! Bisk hatinya.
       “Abang bukannya apa, Fateeha. Abang takut juga tunggu keputusan dia. Sebab masa dia tingkatan tiga ni, dia banyak main-main. Hari tu dia bertumbuk dengan budak tingkatan lima. Lepas tu, dia suka lempang mana-mana budak laki yang kacau makwe dia, si Zafirah tu.” Jelas Fahem. Fateeha mengangguk-angguk. Tiba-tiba dia membulatkan biji matanya.
       “Dia bergaduh? Bila? Fateeha tak tahu pun!” Fateeha mula hairan. Fahem tersengih.
       “Saja abang tak mahu bagitahu. Nanti kau bocorkan apda daddy dengan mummy.” Fahem memberi alasan. Fateeha menjeling abangnya. Nur Syuhadah dan Nizam hanya menjadi saksi kepada pertengkaran dua beradik susuan itu.
       “Abang bohong eh?” Fateeha cuba menyedapkan hatinya. Selama ini, Zariff seorang yang cukup penyabar. Mana mungkin dia bertumbuk tak tentu pasal?
       Fahem menggeleng. “Kalau kau tak percaya, kau tanya pada Syuhadah. Dia sendiri yang telefon abang, mintak dileraikan pergaduhan tu.” Fateeha memandang Nur Syuhadah.
       “Betul ke Kak Syuhadah?” Fateeha inginkan kepastian. Nur Syuhadah mengangguk.
       “Teruk tak cedera dia?” tanyanya lagi. Fahem menggeleng.
       “Nasib baik budak tu tumbuk perut dia saja. Tapi, dia yang tumbuk biji mata budak tu. Lebam sebelah biji mata budak tu!” Fahem bercerita.
       “Apa puncanya, Kak Syuhadah?” Fateeha menyoal Nur Syuhadah semula. Nur Syuhadah mula menceritakan apa yang terjadi. Fateeha mula tergelak sambil menggeleng-gelengkan kepala. Zariff... Zariff...
       Sedang mereka berempat berbual dengan seronok., tiba-tiba Nizam mencuit siku Fahem.
       “Ada apa?” soalnya dengan perlahan. Nizam memuncungkan bibirnya ke satu arah. Fahem mengikut arah muncung Nizam. Terbeliak biji matanya melihat Mazidah yang membaluti tubuhnya dengan sepasang baju kurung berwarna biru cair. Ya ALLAH, cantiknya! Pujinya dalam hati. Kebetulan, Mazidah memandangnya juga. Pandangan mereka bertaut. Fahem cuba senyum namun Mazidah buat tidak tahu. Wanita itu melangkah. Fahem mengagak, Mazidah tentu menuju kepadanya. Namun dia silap. Mazidah dan Diyya sedang melangkah ke tempat mummynya bersembang.
        Puan Sri Sharifah melayan Mazidah dan Diyya dengan penuh mesra. Mereka dijemput menjamu selera. Fahem ingin melangkah ke tempat yang diduduk oleh Diyya dan Mazidah tetapi apabila melihat jelingan maut Diyya, dia terus membatukan dirinya.

“AGAKNYA, semua staf dah balik kot. Aku tak nampak pun staf syarikat.” Ujar Mazidah setelah menghabiskan makanannya. Diyya mengangguk.
        “Yalah tu. Kita aje yang datang lambat. Lagipun, dah nak dekat 10.30. mesti diorang dah balik.” Balas Diyya. Mazidah menganggukkan kepala tanda setuju dengan kata-kata Diyya.
        Diyya perasan lirikan mata Mazidah yang sesekali menjeling Fahem. Lelaki itu kelihatan seronok berbual bersama dua orang wanita dan seorang lelaki. Diyya menghembuskan nafasnya.
        “Sudahlah Mazidah. Kau lupakan jelah jantan tak guna tu.” Diyya memberi nasihat. Mazidah merenung wajahnya.
        “Kau tahu tak, sejak aku tahu dia ke Thailand adalah untuk bercuti dan berhibur dnegan makwe siam dia tu, aku dah tak ada masa nak layan dia. Aku dah muak dengan janji-janji manis dia yang mengalahkan sarang semut tu. Tak kuasa aku nak layan dia lagi!” Mazidah membaut keputusan. Dia akan minta putus dengan Fahem. Ini adalah keputusan muktamadnya.







Tuesday 1 March 2011

CSU 24

CINTA SEORANG USTAZ 24

Istana Kesultanan Melayu Melaka

DOUGLAS melilaukan matanya di sekeliling kawasan berkenaan. Memang banyak kesan sejarah yang tinggal di sini untuk tatapan masyarakat zaman ini. Douglas teringat diari moyang kepada moyangnya, Christoper Brown. Penjajahan di Tanah Melayu adalah salah satu pengalaman manis dalam hidupnya. Memang banyak hasil bumi yang masih belum diterokai. Namun Christoper mengagumi pahlawan-pahlawan Tanah Melayu ketika itu seperti Mat Kilau, Dato’ Maharajalela, Dolsaid, Dato’ Bahaman dan ramai lagi. Mereka sanggup menggadaikan apa sahaja demi untuk menghalau para penjajah dari terus merobek tanah air mereka.
      “Wow, this place are full with history. It’s amazing.” Puji Darren. Dia melihat-lihat kawasan sekeliling. Kekagumannya semakin bertambah apabila melihat replika istana tersebut dikelilingi oleh kawasan-kawasan  bersejarah seperti A’ Famosa, Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Bukit St. Paul dan Gereja St. Paul.
       Datin Aminah, Laila, Najwa, Mak Munah, Iskandar, Natasha dan Datuk Alexander bangga dengan pujian tersebut. Kerana itulah Melaka digelar sebagai Melaka Bandaraya Bersejarah. Pada 7 Julai 2008, Melaka telah mendapat pengiktirafan sebagai Tapak Warisan Dunia ketika Mesyuarat Jawatankuasa Mesyuarat Warisan Dunia (WHC). Ini baru saja di Banda Hilir. Belum lagi di Alor Gajah, Jasin, Sungai Udang, Pulau Besar, Kuala Linggi dan banyak algi.
       “Come on, let’s get the ticket to enter the palace.” Ajak Datuk Alexander.

“WOW! Honey, I fell like I’m in the real palace.” Luah Hatahway setelah berdiri di luar replika istana yang besar itu. Apabila mereka naik, maka terlihatlah dua buah patung yang menjaga pintu utama sambil memegang sebatang lembing tajam. Darren merenung ke dalam anak mata kaku patung pengawal itu. Rasa gerun tiba-tiba menyelubungi dirinya. Sedangkan aku tenung macam ni saja pun aku dah takut, apatah lagi kalau mereka memang betul-betul hidup? Memang kena cekik aku ni agaknya! Mersti mereka akan menyangka bahawa aku adalah penjajah. Tapi memang pun aku keturunan penjajah! Suara hatinya berkata-kata.
        Tepukan di bahu kirinya membuatkan Darren terjerit perlahan.
       “What’s worng with you, my buddy?” soal Iskandar sambil tersengih.
       “Nothing.” Jawab Darren sambil tersengih. Laila, Najwa  dan Mak Munah hanya memerhatikan kedua lelaki itu.  
       “Don’t try to lie to lie to me. I know you want to hiding something from me. Just telling me the truth!” desak Iskandar. Laila membulatkan biji matanya. Pendesak juga ‘pakwe’ aku ni.
Walaupun telo Inggeris British mereka terlalu pekat, sedikit sebanyak Laila dan Najwa tetap dapat menangkap meaksud di sebalik kata-kata mereka.
        Darren mula menceritakan tentang kegalauan hatinya tadi. Iskandar yang sudah tidak dapat tahan, terus tertawa besar. Laila mula menepuk dahi sambil memandang Mak Munah yang rancak berbual bersama Datin Aminah.
        “Kesiannya mak kau, Laila. Bakal dapat menantu ustaz yang berperangai bukan ustaz.” Kata Najwa dengan muka yang ‘tiada perasaan’. Laila menjeling. Kena jugak budak ni karang!
        “Apa yang tercegat lagi? Marilah masuk.” Ajak Datuk Alexander. Semuanya menganggguk setuju.

“WOW! I don’t know, how to describe about this with the word.” I’m so... so speechless.” Kedengaran pujian yangt ak terhingga keluar dari mulut Douglas. Mereka bergerak ke Balairong Seri.
      “Macam ini rupanya cara raja bermesyuarat.” Satu per satu perkataan yang keluar dari mulut Hatahway. Datin Aminah tersenyum.
      Kemudian mereka bergerak menuju ke ruang pameran pula. Setiap catatan peristiwa diiringi gambar pada dinding. Catatan peristiwa itu dituli dalam dua bahasa. Melayu dan Inggeris.
       “What a pity.” Keluh Darren kepada Iskandar setelah membaca peristiwa mengenai hang Jebat yang dibunuh oleh Hang Tuah.
       “What are you pity of?’ soal Iskandar sambil memandang Laila, Natasha dan Najwa yang sedang tergelak perlahan. Entah apa yang digelakkan, dia sendiri tidak tahu.
       “I’m so pity with Hang Jebat and Hang Tuah. Hang Jebat were tried to defence Hang Tuah but Hang Tuah were too subservient with king’s command. The king were so greedy and cruel. And Hang Jebat became a victim.” Luah Darren lagi. Iskandar hanya tersenyum hambar. Dia tahu tentang peristiwa itu. Peristiwa yang menyebabkan Hang Jebat dibunuh.
        Yang sebenarnya, Hang Jebat berani menentang dan menderhaka adalah kerana geram dengan keputusan Sultan Melaka yang terlalu mengikut nafsu ketika memberi hukuman kepada sahabat baiknya, Hang Tuah tanpa membuat sebarang usul periksa.
        Sifat Hang Jebat yang liar dan berani menderhakai Sultan Melaka adalah untuk menuntut bela ketidakadilan yang dilakukan terhadap Hang Tuah, seorang laksamana yang terlalu setia dengan Sultan Melaka yang zalim.
        Hang Tuah sebenarnya telah difitnah oleh pegawai-pegawai di istana. Bila hal ini dipanjangkan di hadapan Sultan Melaka, baginda murka dan menitahkan Bendahara supaya Laksamana Hang Tuah dibuang dengan segera kerana menderhaka kepada mereka tetapi baginda dinasihati agar memeriksa terlebih dahulu sebelum dibuang. Tetapi Sultan Melaka enggan dan mengarahkan bentara kedua dengan alat senjata supaya pergi mencari laksamana di Kuala Melaka.
        Raja Melaka begitu murka setelah mengetahui bahawa Hang Tuah berkehendak dengan salah seorang dayang istana. Tanpa berfikir panjang , baginda tidak lagi mendengar nasihat Bendahara. Malah dalam keadaan marah, baginada mula hilang pertimbangan. Segala jasa bakti dan kebaikan Hang Tuah tidak lagi diperhitungkan hanya kerana seorang perempuan.
       Ketika itu, laksamana bersama keluarganya di dalam perahu kecil. Laksamana yang mengetahui akan hal itu, pergi ke istana dengan perahu Hang Jebat. Sampai saja, laksamana duduk di Balai Gendang. Sultan Melaka mengarahkan agar Bendahara melakukan pembuangan Hang Tuah. Bendahara terpaksa melakukannya dengan perasaan sedih.
        Hang Jebat dan Hang Kasturi menangis dan memeluk Hang Tuah. Laksamana itu memberikan Keris Pandak yang diminta oleh Raja kepada Hang Jebat. Hang Tuah sempat memberikan nasihat kepada mereka berdua.
        Selepas kejadian Hang Tuah dibuang, Raja sering tidak menghadap orang selama tujuh hari. Hang Jebat cuba menawan hati baginda dengan berbagai cara. Hang Jebat semakin liar sehingga sering bersuka ria di istana dan bermukah dengan dayang-dayang istana. Malahan, Hang Jebat menganggap istana adalah tempat tinggalnya. Perbuatan keji ini membuatkan Raja Melaka menjadi murka namun apalah dayanya. Selagi Keris Pandak Laksamana Hang Tuah masih berada di tangan Hang Jebat, tiada sesiapa dapat mengalahkannya.
        Raja Melaka terpaksa berpindah ke rumah Bendahara Paduka Raja bersama-sama dengan Tun Teja, Raden Emas Ayu serta putera-putera baginda. Pelbagai percubaan dilakukan untuk membunuh Hang Jebat namun tetap tidak berjaya. Raja Melaka akhirnya menyesal dengan hukuman baginda ke atas Hang Tuah. Pada masa inilah, Bendahara Paduka Raja membongkar rahsia bahawa Hang Tuah hanya bersembunyi di Hulu Melaka. Dia tidak dibunuh. Tun Pekerma dan Tun Kasturi dititahkan agar menjemput laksamana dengan segera.
        Jika ditanya pada Iskandar, dia mengangumi Hang Tuah dan Hang Jebat. Tetapi dalam kes ini, dia lebih menyanjungi Hang Jebat kerana keberaniannya demi untuk menuntut keadilan untuk Hang Tuah. Memang di dalam agama, kita disuruh agar taat kepada pemerintah. Tetapi jika pemerintah itu menyuruh sesuatu yang keji, haruskah arahan itu dipatuhi? Padanya, taat kepada pemerintah biarlah berpada-pada.
       
“KALAU Tasha Tanya, Laila jangan marah tau.” Natasha memohon izin. Laila tersenyum sambil memandang Najwa.
         “Dalam kiraan saya, dah hamper setahun Laila kenal dengan Abang Is kan? Jadi, macam mana perangai dia di sekolah?” soal Natasha.
         Fuhhh... lega. Ingatkan dia nak tyanya bila aku nak kahwin dengan abang kesayangan dia tu!
         “Kat sekolah, dia ok. Tak suka marah-marah. Tak pernah bawa rotan untuk menghukum kami. Dan dia suka mengajar dalam keadaan santai, tak tertekan. Jadi, kami tak rasa bosan.” Jawab Laila. Najwa terus membaca catatan peristiwa di situ. Tetapi dia dapat mencuri dnegar perbualan mereka berdua.
         “Betul ke Najwa?” Natasha menginginkan kepastian.
         Najwa tersenyum sambil mengangguk-angguk. “Dan yang paling peing... dia suka main mata dengan Laila setiap kali masuk kelas kami.” Laila membulatkan biji matanya setelah Najwa menghabiskan kata-katnaya.
        “Kau ni kenapa? Nak cari pasal dengan aku eh?” balas Laila dengan nada berbisik.
        “Mana ada aku cari pasal dengan kau?” Najwa mempertahankan dirinya. Natasha hanya tersenyum apabila melihat ulah dua sahabat karib itu.
        “Betul ke Najwa?” sekali lagi Natasha ingin mendapat kepastian. Gatal jugak abang aku ni!
        “Ya. Betul Kak Tasha. Lepas tu, setiap kali dia Tanya soalan, Laila adalah orang pertama yang disoal. Bila Laila bagi jawapan betul, dia puji. Bila Laila bagi jawapan salah pun, dia teteap jugak memuji.” Najwa menyedapkan ceritanya.  Laila sudah membulatkan biji matanya sebagai tanda amaran. Najwa dan Natasha sudah melambakkan tawa mereka.

DARREN menoleh ke belakang. Bunyi ketawa gabungan suara Natasha dan Najwa telah menarik minatnya. Dia tertarik dengan gelak Najwa yang sedikit kuat tetapi lembut. Iskandar yang sedang berbalas SMS dengan Hamka mengikut hala pandangan mata Darren.
         “Hei boy... what are you looking for?” soal Iskandar sambil pandangannya masih lekat pada ulah tiga anak remaja perempuan itu.
         Darren tersengih. “Nothing.” Darren cuba menyembunyikan rasa hatinya.
         Iskandar merenung dua pupunya. “Don’t try to lie to me. I know, you keep hiding something from me.” Iskandar mendesak. Malas mahu membalas kata, dia mengikut langkah Datuk Alexander, Douglas, Datin Aminah, Hathaway dan Mak Munah naik ke tingkat atas. Iskandar memberi isyarat kepada tiga orang remaja perempuan itu agar naik ke atas.

KELUAR saja dari Istana Melaka,mereka bersiar-siar di taman yang berhadapan dengan istana. Douglas, Darren dan Hathaway mengambil gambar kenang-kenangan. Kemudian, Darren menyuruh Iskandar mengambil gambarnya yang sedang berdiri di jambatan kayu. Iskandar sudah bersedia untuk mengambil gambarnya tetapi tiba-tiba saja Darren berkata ‘nanti’.
         “Why?” soal Iskandar sambil melepaskan lelah.
         “I want to invite Laila’s friend to take a picture with me.” Bisik Darren ke telinga Iskandar. Muka ustaz muda itu yang tadinya berkerut, kini sudah mula tergelak.
         “Laila, mari sekejap.” Laung Iskandar. Agak perlahan namun dengan suasan aman damai dan sunyi sepi, laungannya masih boleh didengari walaupun Laila, Natasha dan Najwa duduk sedikit jauh darinya.
         ‘Ada apa?’ soal Laila dengan bahasa isyarat.
         “Sinilah sekejap. Ajak Najwa sekali.” Arah Iskandar.
         “Pergilah Laila, Najwa. Nanti kalau dia merajuk, susuk pulak nak pujuk.” Natasha pula yang menyuruh.
         “Kakak?” Najwa mengajukan soalannya.
         “Takpelah. Saya duduk sini saja. Kamu berdua pergola.” Arah Natasha sekali lagi.
         “Ada apa?” soal Laila.
         Iskandar tersenyum sambil memberitahu sesuatu kepada Laila dengan suara yang amat perlahan. Laila terkejut. Namunsesaat kemudian bibitnya tersenyum lebar. Dia membisikkan apa yang dikatakan oleh Iskandar kepada Najwa pula. Darren melihat muka Najwa berkerut setrillion.
          “Kesianlah pada dia, Najwa. Harapan orang jauh tak elok dipersiakan.” Iskandar menagih simpati. Najwa ingin membuka mulut dan ingin berkata ‘tidak mahu’. Tetapi oelh kerana Laila terlalu mendesaknya, akhirnya dia bersetuju juga.
         Keluar saja dari istana, mereka menapak ke A’Famosa, Gereja St. Paul, kubu di puncak Bukit St. Paul dan Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan.
        
SETELAH tiga jam berjalan, perhentian terakhir mereka adalah di Dataran Pahlawan untuk menjamu selera.
         Setelah masing-masing membeli makanan dan dibawa ke meja, akhirnya mereka duduk untuk mengaminkan doa yang dibacakan oleh Iskandar. Selsai saja , Iskandar menunggy Darren menghabiskan bacaan doanya. Setelah Douglas, , Darren dan Hathaway menyebut ‘Amen’, barulah mereka menjamu selera bersama-sama.
         “Seronok?” soal Iskandar kepada Laila dan Najwa. Mereka berdua mengangguk serentak.
        “Kalau lepas ni kita jalan-jalan macam ni lagi, boleh kan?” pinta Iskandar. Laila mengangguk tetapi tiba-tiba menggeleng.
        “Malas!” balasnya.
        “Kakak Munah memang suka dengan bunga ke?” soal Hathaway dalam Bahasa Malaysia. Ketika mereka mengambil Mak Munah, Laila dan Najwa, Hathaway terpukau dengan keindahan halaman rumah kampung itu.
        “Memang akak suka sangat.” Jawab Mak Munah.
        “If you want to know, actually she want to open a flower shop.” Sampuk Datin Aminah pula. Mak Munah mencubit perlahan lengan kawannya itu. Spontan, mereka bertiga tertawa.
        Datuk Alexander dan Douglas tak habis-habis membicarakan tentang bisnes, isu semasa dan lain-lain isu.
        Mereka menjamu selera bagai sebuah keluarga besar. Natasha yang dapat membaca isi hati Darren, tidak habis-habis mengusik lelaki itu. Mendengar Laila, Iskandar dan Natasha tidak habis-habis menggelakkan dirinya, dia tetap buat tidak tahu. Matanya masih lagi merenung wajah Najwa yang duduk di hadapannya. Ada apa pada wanita ini sebenarnya?

CSU 23

CINTA SEORANG USTAZ 23

VILLA JANNAH

ISKANDAR hanya menonton tv LCDnya dengan pandangan kosong. DVD siri Midsomer Murders yang dipasangnya langsung tidak mampu menghilangkan keresahan hatinya. kepalanya masih ligat memikirkan tentang Sandra. Figura wanita kesayangannya itu masih menari-nari di matanya. Sandra kelihatan ayu dan manis dengan selendang yang senada warnanya dengan jubah bercorak bunga. Walaupun mereka sudah putus tetapi hati Iskandar masih menyintai wanita itu.
        Tiba-tiba dia teringatkan Laila. Iskandar cuba untuk menyemai kasih sayang terhadap anak muridnya itu. Iskandar akui, Laila dan Sandra adalah wanita yang baik. Datuk Alexander menolak Sandra kerana wanita itu berpakaian singkat. Diambil telefon bimbitnya dan dia membuka folder Image. Kemudian, dia melihat gambar-gambar yang ada secara slide. Gambar antara dia dan Sandra ketika makan di McD, Pizza Hut dan bersiar-siar di sekitar Banda Hilir. Kemudian, gambar Laila pula yang muncul. Gambar itu diambil secara kandid oleh Iskandar ketika mereka melawat Simon di hospital kelmarin. Anak muridnya itu memiliki muka yang biasa-biasa saja. Tidak secantik Sandra. Iskandar menghela nafas panjang. Pintu biliknya diketuk dari luar. Iskandar bangun dan melangkah untuk membuka pintu. Wajah Darren menghiasi pandangannya. Lalu dia menjemput dua pupunya itu masuk.
        Darren duduk di birai katil. Dia memandang wajah Iskandar.
        “Do you like my present?” soal Darren. Iskandar mengangguk.
        “Thank you. But, how do you know?” soal Iskandar.
        “Are you forget?” soal Darren.
        “What?” soalan Darren dijawab dengan soalan darinya. Darren tersenyum.
        “You asked my help to buy a Series of Midsomer Murders DVD.” Jawab Darren.
        “Astagfirullah-al-azim. I almost forget. So, how much?” soal Iskandar. Dia mencapai dompetnya dan ingin mengeluarkan not RM100 sebanyak tiga helai tetapi Darren menggeleng-gelengkan kepalanya. Tanda tidak perlu. Iskandar tetap juga ingin membayar namun Darren tetap menolak.
        “Assume that it is my present for you for your past birthday.”  Ujar Darren. Iskandar hanya tersenyum.
        “Thank you.” Ucap Iskandar. Darren hanya menganggukkan kepalanya.


KELUARGA Douglas Brown dihidangkan dengan makanan Melayu asli hasil masakan Mak Jah dan Datin Aminah yang dibantu oleh Natasha. Antara lauk yang dihidangkan adalah asam pedas keladi, ayam goreng berempah, ikan keli goreng sira sambal, dan ikan siakap bakar bersalut cili, lada hitam dan kosong. Tidak tinggal juga ketam masak lemak cili api. Douglas merupakan sepupu rapat kepada Datuk Alexander. Dia dan isterinya, Hathaway Brown ingin bercuti selama sebulan di Malaysia. Oleh itu, Datuk Alexander mengambil kesempatan agar menjemput mereka tiga beranak untuk ke rumahnya dahulu sebelum berjalan ke tempat lain.
        “Oh My God. Dad, the dishes seems really delicious. I can’t to wait anymore!” ujar Darren setelah melihat lauk-pauk di atas meja. Mereka semua sudha tergelak.
        Mak Jah ingin ke dapur namun Datuk Alexander cepat-cepat memanggilnya.
        “Kakak nak ke mana?” soal Datuk Alexander. Mak Jah tersenyum.
        “Kakak nak ke dapur... ada kerja sikit.” Mak Jah beralasan. Datin Aminah tahu Mak Jah sengaja memberi alasan. Mungkin malu untuk makan semeja dengan tetamu dari British itu.
        “Marilah duduk makan sekali. Duduk sebelah saya.” Ajak Datin Aminah. Mak Jah keberatan namun apabila melihat mereka semua memandangnya, mahu tidak mahu terpaksa dia duduk di sebelah Datin Aminah. Setelah Iskandar membaca doa, Douglas pula mengambil giliran untuk membaca doa mengikut adat penganut Kristian. Selesai saja, barulah mereka semua menjamu selera.
        “How’s your father? Did he fine?” soal Datuk Alexander sambil mematah-matahkan kulit ketam untuk dimakan isinya. Douglas tersenyum.
        “Anyway, he’s fine. “ jawab Douglas dengan ringkas.
        “Is, how’s your work?” soal Hathaway kepada Iskandar. Lelaki itu tersenyum.
        “Fine. I got a good student’s. They have a very excellent attitude.” Jawab Iskandar.
        “William... did he fine?” soal Douglas. Datuk Alexander mengangguk sambil tersenyum.
        “Don’t try to lie to me. When I look into your eyes...I know, whether your tell me truth or not!” tegas Douglas. Dia kenal dengan Datuk Alexander sejak dari kecil. Seboleh mungkin, sepupunya itu tidak suka untuk memburuk-burukkan adiknya sendiri. Itu adalah antara sifat terpuji Alexander.
       “Yeah... you’re right. How can I say to you? Erm... our relationship are too cold.” Jawab Datuk Alexander.
      “Does he still hate you?” soal Douglas. Datuk Alexander hanya tersenyum tawar.
      “Where do you want to sleep for a night?” soal Datuk Alexander, untuk mengalih topic mereka.
      “I think we want to spare a night at the hotel.” Jawab Douglas.
      “Why don’t you just stay in my house for a night?” ajak Datuk Alexander. Datin Aminah mengangguk. Hathaway memandang suaminya. Mengaharpkan agar suaminya setuju. Dia ingin mempelajari Bahasa Melayu dari Datin Aminah. Doyglas tersenyum. Dia memandang isterinya yang sudah melebar senyumnya. Akhirnya, dia mengangguk.

“ALAH, Laila ajaklah mak Laila. Mesti syok. Abang amek esok, pukul 10 pagi ya?” Iskandar cuba membuat keputusan.
    “Hei, jangan nak pandai-pandai buat keputusan ya? Laila dengan mak Laila ada banyak kerja.” Jawab Laila.
     “Alah, dalam pukul 2 ke, baliklah. Laila takkan tak kesian pada abang... sorang-sorang takde teman?” Iskandar pura-pura merajuk. Laila mengeluh. Jantan ni...
    “Alah, Laila malaslah. Sabtu Ahad biasanya memang kami banyak kerja.” Laila masih beralasan.
    “Takpelah kalau macam tu.” Iskandar terus menamatkan perbualan setelah Laila menjawab salamnya.
     “You called your girlfriend?” soal Darren yang sudah berdiri di belakangnya. Iskandar menoleh dan tersenyum. Walaupun dia tidak memahami BahasaMelayu, namunda ri nada percakapan Iskandar, Darren tahu yang dua pupunya sedang menelefon buah hatinya.
     “You want to go out with her?” soal Darren. Iskandar sudah tergelak. Iskandar duduk di meja teh. Angin nyaman menyapa badan mereka berdua yang sedang bersantai di balkoni di bilik Iskandar.
     “I just want to invite she and her  mother to go out with us tomorrow morning.” Ujar Iskandar. Darren sudah tersenyum-senyum bagai kerang busuk. Kerang pun tidak sebusuk itu bila tersenyum.
     “When you want to get married?” soal Darren. Dengan pantas, Iskandar bangun untuk mencubit dua pupunya tu namun Darren cepat berlari. Dia tahu, tangan Iskandar mahu menjadi seperti ketam, ingin mencubit orang saja kerjanya. Darren berhenti dan duduk di kerusi yang disorongkan di dalam meja kerja Iskandar.
     “I’m just asking. Why do you want to pinch me?” soal Darren sambil teresengih.
     “I’m not ready yet, ok?” jawab Iskandar. Mana mungkin dia mahu berkahwin dengan Laila sekarang.
     “So, how’s your life as a teacher?” soal Darren lagi.
     “I’m happy. I can share my knowledge to everyone. It’s giving a satisfaction in my life. I like it.” Jawab Iskandar dengan bangga. Darren tersenyum sambil menepuk bahu Iskandar.
     “If you like this way, just continue your work. Do it better.” Darren memberi kata perangsang. Iskandar tersenyum. Lantas, dia melangkah ke dalam almari dan mengeluarkan DVD Siri Midsomer Murders yang dihadiahkan oleh Darren. Dia membuka semula DVD yang siri satu. Sambil duduk di sofa, mereka mula menontonnya.

“BETUL ke ni Laila? Kenapa kau tak beritahu aku selama ni?” soal Najwa setelah Laila menceritakan tentang surat yang dikirim oleh Armand.
      “Sebab, aku tunggu masa yang sesuai.” Jawab Laila sambil meneka-nekan butang Kalculator Saintifik Casio fx-570MS.
      “Habis tu, kau bagi jawapan apa pada dia?” soal Najwa sambil menyelaj buku latihan Matematiknya. Paling bosan bila mempelajari bab Set. Bulat sana, bulat sini. Pening kepalanya.
      “Aku tak balas lagi. Lagipun, kau mesti boleh agak jawapan aku, kan? Takkan pulak aku nak tinggalkan ustaz kesayangan kau tu.” Najwa mengangguk. betul juga kata Laila.
      “Kempunanlah si Armand tu. Kesian dia.” Najwa meluahkan simpatinya. Laila menggeleng.
      “Kalau kesian, kau sajalah yang terima dia.” Usik Laila. Najwa mencebik.
      “Hei... kalau setakat jantan anak emak tu, kau bagi aku free pun, aku tetap tak mahu. Harap muka saja hensem. Tapi bila kita tegur sikit,...”
      “Aku anak cikgu, aku anak cikgu.” Najwa dan Laila menggayakanintonasi suara seperti Armand. Akhirnya, kedua-duanya tergelak. Sedang merekamembuat kerja di beranda, tiba-tiba sebuah kereta merah sudah berhenti di hadapan rumah Laila. Laia tidak perasan kerana kereta itu membelakanginya. Najwa yang perasan segera mencuit lengan Laila.
      “Ada apa?” soal Laila. Najwa memuncungkan bibirnya ke arah kereta tersebut. Laila memusingkan kepalanya. Sebaik sja ternampak sebuah kereta yang amat dikenalinya, dengan segera dia mencapau tudung di kusyen sebelah dan menyarungnya. Najwa juga sama.
       “Assalamualaikum.” Iskandar masih memberi salam.
       “Waalaikumsalam.” Jawab Najwa dan Laila serentak.
       “Naiklah.” Ajak Laila. Tanpa disuruh, Najwa terus meluru ke dapur untuk memberitahu kedatangan Iskanar kepada Mak Munah.

AIR mata Mak Munah masih laju.badan Datin Aminah dipeluk seerat mungkin. Setelah bertahu, akhirnya berjumpa juga mereka berdua.
        “Bertahun kita tak jumpa ya, kak?” ucap Datin Aminah. Mak Munah mengangguk. selepas berkahwin dengan Alexander, Aminah terus berhijrah ke Kuala Lumpur. Dia telah memberikan alamat terbarunya di dalam surat yang ditulis untuk Mak Munah. Tetapi sayangnya, Mak Munah sudah tidak tinggal di situ lagi. Rumahnya sudah hangus dalma sebuah kebakaran. Akibatnya, dia pulang ke kampung dan membuat rumah di atas tanah yang telah diwasiatkan kepadanya. Sejak dari itu, perhubungan mereka terputus.
       “Alex macam mana? Sihat?” soal Mak Munah. Datin Aminah mengangguk.
       “Macam tu jugak kak. Cuma sekarang, dia dah tak banyak naik darah. Kalau masa muda-muda dulu, yalah. Sekarang ni, dah tua. Dah tak tahu nak marah siapa lagi.” Jawab atin Aminah. Mereka semua sudah tersenyum. Tak disangka pula hari ini aka nada adegan-adegan Jejak Kasih. Bisik Natasha di dalam hati.
       “Kenalkan kak, Iskandar ni anak ketiga saya dan ni, Natasha, anak bongsu saya.” Datin Aminah memperkenalkan mereka. Natasha menghulurkan tangan untuk mencium tangan Mak Munah. Wnaita itu hanya tersenyum.
      “Dan ini pulak, anak sedara saya, Darren. Anak kepada sepupu Abang Alex.” Mak Munah tersenyum kepada Darren. Lelaki itu membalas senyumannya. Sebagai tanda perkenalan.
       Iskandar asyik menjeling-jeling Laila yang duduk di antara Natasha dan Najwa.
       “Darren, she is my girlfriend. Her name is Laila.” Beritahu Iskandar kepada Darren yang duduk di sebelahnya.
       “Which one?” soal Darren.
       “In the middle.” Jawab Iskandar. Laila yang mendengar perbualan itu…. Ya Allah, dah macam rancangan Invite Mr Wright. Ini betul-betul slanga British ni. langsung faham tak faham. Pekat! Detik hati Laila. Bila Darren tersenyum kepadanya, dia membalas senyuman itu.
       “Suami kakak mana?” soal Datin Aminah.
       “Alah, orang bawa lori… faham-faham ajelah. Dia tak ada. Dia bawa lori ke Johor. Hantar barang kat sana. Hari tu, yang masa Is datang sini, dia tengah bercuti.” Beritahu Mak Munah.
       “Oh begitu.” Balas Datin Aminah.
       “Jemputlah makan.” Ajak Mak Munah. Kebetulan memang dia ada buat goreng pisang tadi. Mereka mula menjamu selera. Najwa membantu Laila menghidangkan air teh yang telah dituang ke dalam cawan. Bila air itu habis, Laila segera membawa jag kaca itu ke dapur dan datang semula ke hadapan sambil menatang sebuah dulang kecil yang berisi dua jag kaca yang penuh dengan air teh.
       “Sedap kakak masak. Masakan kakak masih tak ubah macam dulu.” Datin Aminah memuji teman lamanya itu. Mak Munah hanya tersenyum.
       “Alah… tak payahlah nak puji-puji kakak. Makan sajalah.” Mak Munah seperti anak dara muda. Malu-malu kucing. Datin Aminah tergelak perlahan.
       “Sebenarnya, Minah ingat nak ajak kakak dengan Laila untuk berjalan esok. Yalah, sepupu si Alex tu datang ke sini untuk melancong. Jadi, apa salahnya kalau kita berjalan sekali. Boleh?” Datin Aminah sedang menunggu jawapan Mak Munah. Wanita itu hanya tersenyum.
       “Kakak tak kisah, tapi… kau kenalah tanya si Laila.” Ujar Mak Munah. Iskandar tersenyum sambil memandang buah hatinya. Laila sudah menjeling tajam wajah lelaki kacukan itu. Dilihatnya Darren tersengih-sengih sambil menoleh ke arah Iskandar. Ustaznya turut tersenyum.
        “Wow! I feel so scare when I look her glance!” Darren bergurau. Iskandar sudah melambakkan gelaknya. Datin Aminah lantas membulatkan biji matnaya apabila memandang anak bujangnya itu. Serta merta Iskandar berhenti ketawa. Darren juga.