REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

Friday 7 January 2011

WUC 12

WAKE UP CALL 12

HARI ini, pihak sekolah telah menjemput ibu bapa untuk semua pelajar tingkatan 3 dan tingkatan 5 datang ke sekolah kerana para ibu bapa akan mendengar taklimat dari Tuan Pengetua, Guru Penolong Kanan dan Pengerusi PIBG. Tamat saja taklimat, ibu bapa akan bertemu semula dengan guru kelas anak masing-masing untuk membincangkan tentang pelajat buat kali kedua.

“MANA adik you?” soal Fiona sambil matanya meliar ke sana sini. Fahem hanya mengangkat bahu. Dia mengajak Fiona duduk di kantin dahulu. Mereka penat. Mata mereka masih liar mencari kelibat Zariff.
       “Assalamualaikum.” Sapa seseorang dari belakang Fahem. Fahem menoleh. Terlihat saja wajah Nur Syuhadah, riak mukanya terus menjadi ceria.
       “Waalaikumsalam. Syuhadah ada nampak Zariff?” soalnya. Nur Syuhadah menghadiahkan Fahem seulas senyuman manis. Aduh... manisnya. Puji Fahem dalam hati. Fiona terus memusingkan kepalanya sebaik saja mendengar Fahem seperti berbual dengan seseorang. Bulat mata Fiona apabila melihat Fahem berbual mesra bersama Nur Syuhadah. Hatinya mula membakar.
       “Mana adik you?” soal Fiona, terus mematikan perbualan mereka. Fahem sudah mematikan senyumannya.
       “I tak nampak pun.” Jawab Fahem dengan ringkas. Fahem cuba menarik tangannya dari bertaut rapat dengan tangan Fiona tetapi Fiona seperti terus-terusan menggenggam tangannya. Dipandang mata Fiona. Wanita itu mumbulatkan biji matanya. Memberi amaran agar jangan cuba-cuba untuk menarik tangannya. Keadaan itu menyebabkan dia terpaksa membiarkan saja tangannya di dalam genggaman wanita itu.
       “Tan Sri tak datang ke?” soal Nur Syuhadah. Fahem menggeleng. Nur Syuhadah sempat menjeling tangan kiri Fahem yang bersatu dengan tangan kanan Fiona.
       “Dia baru pergi Sabah pagi tadi. Fahem ada tanya juga, kenapa tak pergi sekolah hari ini. Dia kata,  dia memang nak pergi tapi kebetulan ada hal penting kat Sabah. Dan pagi tadi dia dapat panggilan, kawan baik dia meninggal di Kota Belud Sabah pukul 3 pagi tadi. Patutnya flight dia pukul 10 tapi terpaksa dicepatkan ke pukul 8.00 pagi. Nasib baik ada kosong.” Jelas Fahem.
       “Ohhh. Jadi, tu yang Fahem kena pergi sini?” soal Nur Syuhadah lagi. Fahem mengangguk.
       “Kalau macam tu, masuklah dalam dewan dulu. Lagipun, kami tengah tunggu Pengerusi PIBG.” Saran Nur Syuhadah. Fahem akur.
       “Kalau dah itu kata Syuhadah, Fahem masuk dulu.” Fahem seperti meminta izin. Nur Syuhadah tersenyum, tanda mengizinkan. Fahem dan Fiona beriringan menuju ke dewan yang bersebelahan dengan kantin.
       “Amboi, bukan main you, ya? Nak menggatal dengan cikgu betina tu!” Fiona memarahinya, namun dengan nada suara yang perlahan.
       “Mana ada?” balas Fahem. Tangan kiri Fiona sempat mencubit lengan kiri Fahem.
       “Auwww! Sakitlah, you tahu tak!” Fahem menunjukkan reaksi tidak senangnya. Mereka masuk ke dalam dewan dan duduk di bahagian belakang. Dia memerhatikan suasana di dalam dewan itu seketika. Tempat duduk dibahagikan kepada dua kumpulan. Para ibu bapa duduk di bahagian kiri dewan. Manakala pelajar lelaki dan perempuan duduk di bahagian kanan dewan. Di tengah-tengah antara bahagian ibu bapa dan guru, terdapat sebuah lorong, agar mudah untuk dilalui. Pelajar perempuan di bahagian hadapan dan di belakangnya pelajar lelaki. Namun, kerusi untuk pelajar lelaki dijauhkan sedikit ke belakang. Takut jika didekatkan, sesuatu yang buruk akan berlaku. Fahem duduk di bahagian tepi lorong laluan. Walaupun beberapa kali meliarkan biji matanya, dia masih tidak dapat menangkap wajah Zariff. Manalah budak ni duduk agaknya?
       “Seronok you pergi Itali?” soal Fahem seakan berbisik kepada Fiona. Wanita itu mengangguk sambil tersenyum.
       “Best sangat. I ada belikan cenderahati untuk you.” Jawab Fiona sambil tersenyum. Fahem membalas senyumannya. Tiba-tiba, Fahem terasa seperti dibaling sesuatu di belakang bahu kanannya. Pantas dia berpaling. Dari agakanya, pembaling itu adalah dari kalangan pelajar. Lalu, dia memusingkan kepalanya. Dia mengerutkan dahi. Siapa pulak yang baling ni? Tiba-tiba, dia ternampak Zariff yang duduk sebaris dengannya sudah tersengih-sengih.
       “Kau yang baling kat abang eh?’ soalnya setelah Zariff mendekatinya. Zariff menganggguk. Lalu ditarik abangnya ke belakang. Fahem melihat ada banyak meja yang diduduki oleh guru-guru kelas. dan apabila ternampak Nutr Syuhadah, pandangan mereka bertaut sekali lagi. Senyuman manis terukir pada kedua-dua bibir anak muda itu.
       “Abang Fahem!” Zariff menjerit perlahan di telinga kanan abangnya. Fahem menjeling Zariff.
       “Apa?” soalnya.
       “Abang nak pikat Cikgu Syuhadah, kan?” soal Zariff. Fahem mengangguk. Dia tahu hati Fahem.
Lalu, Zariff menepuk dahinya.
       “Kalau dah tahu abang nak pikat Cikgu Syuhadah, yang abang bawa, Fiona... Fiona, tu, kenapa?” soal Zariff lagi sambil menyanyikan lagu Fiona dari kumpulan 4U2C ketika menyebut nama Fiona. Fahem sudah terkulat-kulat.
       “Bukannya abang nak sangat bawak dia. Tadi, abang jumpa dia sekejap. Lepas tu, tetiba je masa lalu kat jalan luar tu, abang teringatkan kau. Nak hantar dia, abang malas nak patah balik. Nak tak nak, abang terpaksalah bawak dia. Faham!” jelas Fahem.
       “Alasan semata-mata!” Zariff tetap memarahi Fahem. Abangnya sudah membulatkan biji mata.
       “Ingat abang sengaja nak tipu?” Fahem membalas. Zariff sudah tersengih.
       “Oh... dah, jom kita duduk balik.” Ajak Zariff. Fahem melangkah ke kerusinya.


TAMAT saja taklimat sekitar 12.30 tengah hari, Fahem adalah orang pertama yang melangkah ke meja yang diduduki oleh Nur Syuhadah. Fiona jauh ditinggalkan. Biarlah wanita itu. Pandailah Fiona mencari dirinya di mana.
        “Eh, Fahem. Bila duduk ni?” soal Nur Syuhadah untuk menutup rasa gugupnya.
        Fahem hanya tersengih. “Nak dekat satu minit Fahem duduk tapi Syuhadah kusyuk sangat berbual dengan budak tu.” Jawab Fahem. Mereka hanya tersenyum. Fiona yang ternampak kelibat Fahem segera melangkah kepada lelaki itu dan terus duduk di sebelahnya. Fahem terkejut. Zariff pula berada di sisi meja.
        “Jadi, macam mana si Zariff ni sekarang?” soal Fahem. Nur Syuhadah merenung seketika buku rekod Zariff dan keputusan Trial PMRnya.
        “Kelakuannya semakin baik. Dia dah tak bergaduh lagi cuma yang hari tu saja. Dia banyak mengulangkaji pelajaran bersama rakan-rakannya. Dan... trialnya  juga menunjukkan prestasi yang bagus.” Jelas Nur Syuhadah.
        “Hai... abang kaki pukul, adik pun jadi kaki pukul jugak?” sindir Fiona apabila mendengar penjelasan Nur Syuhadah. Dia menjeling wajah Fahem yang langsung tidak memberikan sebarang reaksi. Nur Syuhadah hanya mampu tersenyum.
        “Hari tu, Syuhadah ada perasan yang dia bertekak dengan sorang budak tingkatan empat. Tak tahulah kenapa. Tapi, mereka hampir bertumbuk. Nasib baik Syuhadah cepat datang. Kalau tak... memang dah lebam dah muka tu.” Tambah Nur Syuhadah. Fahem membulatkan biji mata sambil merenung muka Zariff.
        “Hari tu, Zariff dah  janji dengan abang tak mahu bergaduh lagi kan?” Fahem mengingatkan Zariff. Adiknya sudah tersengih.
        “Masa tu, perasaan marah dah tak terkawal. Tapi, nasib baik dia tak kena penumbuk Zariff!” Zariff beralasan. Fahem hanya mencebik. Malas mahu berlawan kata dengan adiknya. Bukan kerana takut kalah, tapi sebab ada ramai lagi ibu bapa yang menunggu giliran di belakangnya.
        “Ermm... Fahem harap Syuhadah pukul-pukul saja si Zariff ni kalau dia buat perangai. Fahem tak kisah. Kami beransur dululah.” Ucap Fahem sambil bangun.
        “Fahem, nanti kejap. Ni ada surat dari pihak sekolah. Kami akan mengadakan solat hajat hari Sabtu ni. Fahem suruh Tan Sri datang ya? Kalau Fahem nak sama-sama solat hajat dengan kami pun, datanglah.” Jelas Nur Syuhadah sambil menghulurkan sekeping kertas yang bertinta kepada Fahem. Fahem mengangguk sambil tersenyum. Lalu, dia memandang adiknya.
        “Zariff boleh balik sekali ke?” soalnya kepada Nur Syuhadah.
        “Boleh.” Jawab Nur Syuhadah sambil mengangguk. dengan pantas Zariff mengikut langkah abangnya.


ZARIFF terus saja duduk di bahagian hadapan, di sebelah abangnya. Dia tidak terfikir yang Fiona ada bersama mereka. Ketika dia telah melelapkan matanya beberapa saat, tiba-tiba belakang badannya ditepuk dengan kuat. Lantas dia terjaga. Lalu dia menoleh ke kiri. Hatinya membuak marah.
        “Kak Fiona ni kenapa?” soalnya dengan kasar. Fiona mendengus geram.
        “Yang kau duduk sini kenapa?” soalnya dengan geram.
        “Suka hati sayalah. Kereta abang saya. Apa hak kakak nak halang saya duduk depan?” Zariff membalas balik dengan nada angkuh. Fiona terasa ingin menampar saja budak belum cukup umur itu. Perangai Zariff tak ubah seperti Fahem.
        “Sayang... you tengok adik you ni!” Fiona mengadu. Fahem hanya buat tidak tahu.
        “Alah, you duduk ajelah kat belakang tu. Bukannya hina pun. Lagi luas tempatnya.” Fahem terus menyokong Zariff. Adiknya sudah tersengih dalam hati.
        “Hei budak, kau tak reti-reti nak keluar dulu? Aku nak duduk kat belakang? Kau tolaklah kerusi tu ke depan!” Fiona memarahi Zariff.
        “Alah, Kak Fiona panjat ajelah dari tepi tu. Tu pun susah ke?” Zariff mengenakan Fiona. Fahem sudah meledakkan tawanya. Terbayang di mindanya... Fiona yang memakai skirt ketat memanjat dari tepi kereta untuk naik ke tempat duduk belakang. Mesti mata lelaki-lelaki yang berada di sekitar kawasan itu takkan melepaskan peluang menonton adegan percuma itu.
        “Kurang ajar punya budak!” Fiona mengangkat tangan kanannya untuk menampar mulut celupar Zariff namun Fahem dapat membaca gerak-gerinya.
        “Sudahlah tu, sayang. You ni, dengan budak-budak pun nak bergaduh. Zariff, kau duduk belakang. Lagi luas. Siap boleh baring.” Arah Fahem. Dengan malas, Zariff melompat ke belakang. Dengan senang hati, Fiona duduk di sebelah Fahem.

“SEDAPNYA lauk yang Mak Kiah masak hari ni.” puji Fahem setelah Mak Kiah meletakkan sejag air limau ais di atas meja. Mak Kiah hanya tersenyum mendengar pujian anak majikannya itu.
        “Mak Kiah jangan percaya dengan Abang Fahem ni. Dia ni, mengampu  aje lebih!” Fateeha mengenakan Fahem. Abang susuannya itu hanya mencebik. Fateeha sebenarnya hanyalah anak angkat kepada Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin dan Puan Sri Sharifah. Selepas tiga tahun melahirkan Fahem, pasangan suami isteri itu pernah cuba beberapa kali untuk mendapatkan anak kedua. Bila berjumpa doktor pakar, doktor mengatakan bahawa Puan Sri Sharifah tidak boleh mengandung lagi. Hanya ALLAH saja yang tahu bagaimana remuknya pasangan suami isteri itu.
        Dengan semangat bertawakkal kepada ALLAH mereka mencuba lagi untuk beberapa tahun. Antaranya Puan Sri Sharifah memakan jamu dan ubat-ubatan untuk hamil. Mereka juga pernah membuat persenyawaan di dalam tabung uji menggunakan benih mereka berdua. Namun kaedah itu masih juga tidak berhasil. Akhirnya, mereka redha pada ketentuan ALLAH.
        Pada tahun1988, Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin menerima jemputan dari seorang rakannya untuk menghadiri majlis kesyukuran di sebuah rumah perlindungan wanita dan remaja. Puan Sri Sharifah melihat seorang wanita yang dalam agakannya berusia 20 tahun sedang mengendong seorang bayi. Dia menapak di situ. Hasil dari soal jawabnya, wanita itu telah dirogol ketika oleh seseorang yang tidak dikenali ketika menuju ke pekan. Lalu, dia mengusulkan kepada suaminya untuk menjadikan bayi itu sebagai anak angkat. Mereka meluahkan hajat untuk membuat bayi perempuan tersebut sebagai anak angkat kepada pengasas rumah perlindungan tersebut.
        Akhirnya, hajat Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin dan Puan Sri Sharifah tercapai. Puan Sri Sharifah mengambil pil merangsang susu payudara untuk menyusukan Fateeha. Mereka memberikan wang poket kepada ibu Fateeha, Zaleha sebanyak dua ribu ringgit. Sejak dari itu, mereka tidak menghalang jika Zaleha mahu melawat anaknya. Pada pasangan suami isteri itu, mereka tidak menginginkan anak lagi setelah mendapat sepasang anak yang comel. Namun, rezeki ALLAH, siapa yang mampu menolak? Setelah tujuh tahun, akhirnya mereka mendapat Zariff Izzuddin dan Syazwan Afiq Izzuddin menyusul 11 tahun kemudian.
        Ketika Fateeh berumur 17 tahun, mereka telah menceritakan hal yang sebenar. Pada mulanya Fateeha bengang kerana dirinya seperti dipermain-mainkan. Namun dengan pujukan yang Fahem lakukan setiap hari tentang hakikat takdir itu, dia mula menerima dengan perlahan-lahan. Dan kini, dia selalu melawat Zaleha di Rembau. Ibunya kini sudah berkeluarga dan memiliki tiga orang anak yang comel.

FAHEM menelentang di atas katilnya. Tadi, dia menelefon Mazidah, memberitahu bahaw dia akan masuk pejabat sekitar 3 petang. Fahem melelapkan mata seketika. Namun, matanya tiba-tiba terbuka. Dia menarik laci yang menyimpan diarinya. Ditarik keluar diari itu. Setelah mencari, akhirnya  dia jumpa juga. Ditarik keluar gambar seorang wanita berpakaian seksi. Dia mencium gambar itu. Bibirnya tiba-tiba tersenyum.
      “Yuwaree... Yuwaree. Bilalah aku nak jumpa kau lagi ni?” soal Fahem kepada dirinya sendiri. Dia berfikir seketika. Isnin ni, aku cuti. Jadi, boleh pergi Thailand Jumaat malam. Ahad malam baliklah. Isnin boleh cuti. Yuwaree adalah salah seorang staf di Laguna Beach Resort, Phuket. Mereka berkenalan ketika Fahem dan rombongannya datang ke Thailand atas urusan kerja. Ketika malam, Fahem menuju ke kelab malam. Di situlah mereka berkenalan. Hubungan sulit mereka masih belum dapat dihidu oleh sesiap sehingga kini. Setiap kali ke sana, Yuwareelah yang menjadi teman di atas katilnya.
       “Sayang, I will coming.” Ucapnya lagi sambil mencium gambar itu.

“MAZIDAH.” Panggil Fahem ketika wanita kesayangannya itu leka membuat kerja.
       “Ada apa Tuan Fahem?” soal Mazidah sambil menoleh.
       “Awak tolong tempahkan tiket ke Phuket atas akaun peribadi saya. Saya nak flight Jumaat, malam... minggu...” sekali lagi Fahem berfikir. Alamak, macam mana aku boleh lupa? Hari Sabtu nanti ada solat hajat kat sekolah Zariff. Mana boleh tak pergi?
       “Erm, awak book flight malam untuk hari Jumaat minggu depan. Atas akaun peribadi saya, ok?” tanpa menunggu balasan dari Mazidah, dia terus melangkah menuju ke pejabatnya. Dia tahu, jika dia lama-lama di situ, Mazidah akan bertanya padanya.

No comments:

Post a Comment