REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

Tuesday 20 September 2011

LLP 9

LIKU-LIKU PERASAAN 9

KAMPUNG HANG TUAH,
MELAKA

“ABANG, Sham dah bincang dengan Mah.” Ujar Datin Rosmah ketika menuangkan air teh susu untuk suaminya ketika minum petang di beranda rumah. Datuk Tuan Sharriff memandangnya.
“Bincang apa?” soalnya. Datin Rosmah tersenyum.
“Dia minta pendapat dan izin dari Mah untuk bertunang dengan Iqa anak Abang Deris. Mah terus aje bagi ‘green light’ tapi Mah tak mahu belakangkan abang.” Sebagai isteri, dia tidak mahu membelakangkan suaminya dalam segala hal penting dalam keluarga mereka walaupun pasangan itu bertengkar malam tadi. Padanya, seorang suami yang menjadi ketua keluarga mestilah mengetahui semua perkara penting yang berlaku di dalam keluarga yang dipimpinnya.
Datuk Tuan Sharriff tersenyum. “Abang tak kisah, Mah. Pada abang, dia nak bertunang atau berkahwin dengan sesiapapun abang tak kisah asalkan budak tu baik luar dalam sudahlah.” Datuk Tuan Sharriff memberikan pandangan. Datin Rosmah mengangguk kecil.
“Ada dia beritahu Mah bila kita nak melamar Iqa?” tanya Datuk Sharriff lagi. Datin Rosmah menggeleng.
“Bila tarikhnya, takde pulak dia cakap pada Mah. Tapi masa Mah kat universiti tadi, dia ada telefon dan bincangkan hal ni. Katanya, malam ni dia akan bincang tarikhnya.” Jawab Datin Rosmah. Datuk Tuan Sharriff mengangguk kecil.


ISWARA aeroback milik Fairuz berlabuh di perkarangan rumah Datuk Tuan Sharriff. Fairuz keluar dari keretanya sambil menjinjing briefcasenya dan melangkah masuk ke beranda rumah. Dia menyalam ibunya sebelum membuka kasut. Datuk Tuan Sharriff terasa hati.
“Minum, Sham.” Pelawa Datin Rosmah. Fairuz menggeleng.
“Nanti dululah, mak. Sham nak naik atas. Nak mandi dan sembahyang dulu. Lepas tu baru Hisham turun balik tapi Hisham harap bila Hisham turun, orang tua ni takde kat sini.” Kata-kata sinis itu diikuti dengan renungan tajam yang menerkam mata ayahnya. Datuk Tuan Sharriff hanya tertunduk apabila direnung begitu. Tanpa menunggu lama, Fairuz terus masuk ke dalam rumah.
Datin Rosmah mengangguk lemah. Datuk Tuan Sharriff masuk ke dalam rumah dan keluar semula sambil membawa kunci motor dan telefon bimbitnya.
“Abang nak ke mana?” soal Datin Rosmah ketika Datuk Tuan Sharriff terkial-kial memakai selipar. Dia memandang isterinya.
“Abang nak ke rumah abah sekejap. Ada hal sikit.” Jawabnya sambil memakai topi keledar.
“Hal apa?” soal Datin Rosmah lagi.
“Ayah kepada kawan abah dah meninggal. Jadi, dia minta tolong dari abang untuk uruskan wasiat si mati.” Bohong Datuk Tuan Sharriff. Datin Rosmah mengangguk. Tanpa berlengah, Datuk Tuan Sharriff naik dan terus menghidupkan enjin motornya.

SETELAH setengah jam  Datuk Tuan Sharriff keluar, Fairuz duduk si beranda sambil menikmati minuman petang.
“Mak, Sham nak bincang pasal hal pertunangan tu dengan mak.” Fairuz bersuara setelah lama mendiamkan diri. Datin Rosmah memandangnya.
“Kata nak bincang malam ni?” soal Datin Rosmah. Fairuz tersipu-sipu malu.
“Malam ni Hisham ada date dengan Ami.” Jawab Fairuz. Datin Rosmah tersenyum.
“Hal apa yang kau nak bincangkan?” soal Datin Rosmah lagi.
“Hisham ingat Hisham nak bertunang bulan Mei nanti.” Hampir tersedak Datin Rosmah ketika dia menghirup air teh susu yang masih panas.
“Kenapa lama sangat?” soalnya. Dia mengelap mulutnya dengan sehelai tisu yang diletakkan sekotak di atas meja.
“Sham ingat, kami nak bertunang pada hari jadi kami nanti sebab tarikh hari jadi sama. Nanti selalulah kami ingat. Tapi hal ni belum dibincang. Nanti malam ni Sham nak bincang dengan Iqa.” Jawab Fairuz dengan selamba. Datin Rosmah terangguk-angguk.
“Lagipun Hisham nak kumpulkan duit dulu sebab duit simpanan Hisham yang ada sekarang ni tak cukup.” Tambahnya lagi. Datin Rosmah memandangnya.
“Gunalah duit mak dulu. Nanti bila duit Hisham dah cukup, Hisham bayarlah balik duit mak.” Cadang Datin Rosmah.
Fairuz menggeleng. “Tak payahlah, mak. Manalah tahu kalau-kalau mak nak guna duit tu nanti.” Fairuz membantah. Datin Rosmah hanya mengangguk lemah.
“Kalau itulah keputusan kau, mak tak boleh nak bantah.” Datin Rosmah akhirnya mengalah.
Fairuz menjenguk ke dalam rumah. “Ayah mana, mak?” soal Fairuz. Datin Rosmah memandangnya.
“Dia ke rumah atuk kau. Katanya, ada hal.” Pendek jawapan Datin Rosmah. 


SETENGAH JAM perjalanan, Datuk Tuan Sharriff tiba di rumah abahnya. Motornya diletakkan di tempat letak kereta yang kosong. Dia turun dari motor dan memberi salam.
Tidak lama kemudian, ibunya, Puan Sri Rabaisyah menjawab salamnya dan terkedek-kedek berlari menuju ke pintu utama sambil membawa segugus kunci rumah.
“Oh, Arriff. Tunggu kejap. Umi buka pintu besi ni.” Datuk Tuan Sharriff mengangguk. Setelah membuka pintu besi, Datuk Tuan Sharriff terus menyalam tangan uminya dan masuk ke dalam rumah banglo itu.
“Bini kau mana?” soal Puan Sri Rabaisyah seraya menjenguk ke luar ruamh.
“Arriff datang sorang aje.” Datuk Sharriff meletakkan kunci motor dan telefon bimbitnya di atas meja kecil di sebelah kusyen.
“Abah mana, umi? Arriff tak nampak pun kereta dia kat luar tu.” Giliran Datuk Tuan Sharriff pula mengajukan soalan.
“Abah kau keluar. Katanya nak jumpa kawan sekejap.” Ringkas jawapan Puan Sri Rabaisyah. Datuk Tuan Sharriff terangguk-angguk.
“Sebenarnya umi, Arriff ada hal yang nak dibincangkan dengan umi dan abah.” Datuk Tuan Sharriff menyatakan hajatnya datang ke rumah orang tuanya.
“Kalau macam tu, kita tunggu abah kau balik.” Cadang Puan Sri Rabaisyah. Anak lelakinya itu terangguk-angguk.
Tidak sampai lima minit, sebuah kereta Toyota Corolla Altis berwarna hitam memasuki perkarangan rumah dan diparkir di sebuah tempat letak kereta yang masih kosong.
“Agaknya abah kamu dah baliklah tu,” ujar Puan Sri Rabaisyah apabila melihat kereta Toyota Corolla Altis milik suaminya. Tan Sri Tuan Umar keluar dari keretanya dan melangkah masuk ke dalam rumah. Puan Sri Rabaisyah segera bangun dan menyalam tangan suaminya.
“Motor Kriss yang warna hitam tu, kau punya ke?” soal Tan Sri Tuan Umar sambil duduk di sofa. Datuk Tuan Sharriff mengangguk. “Malaslah nak naik kereta kalau jalan dalam kampung. Motor senang sikit.” Jawab Datuk Sharriff.
“Kau baru beli ke?” soal abahnya lagi. Datuk Tuan Sharriff hanya mengangguk.
“Abang, Arriff ada hajat datang ke rumah kita kali ni.” Ujar Puan Sri Rabaisyah sambil memandang suaminya. Tan Sri Tuan Umar terkejut.
“Hajat apa?” soalnya. Isterinya hanya mengangkat bahu tanda tidak mengerti. Dia memandang anak keduanya itu. Datuk Tuan Sharriff faham isyarat abahnya.
“Sebenarnya Arriff nak mintak pandangan umi dan abah.” Datuk Tuan Sharriff memulakan pertuturannya dengan berhati-hati.
“Pandangan pasal apa?” soal Tan Sri Tuan Umar dengan tidak sabar.
“Arriff dah fikir masak-masak dan Arriff nak kahwin balik dengan…” kata-katanya mati di situ. Dia tertunduk seketika.
“Kahwin balik dengan Sharifah?” sambung Tan Sri Tuan Umar. Dia mengangkat kepalanya dan mengangguk sekali. Tan Sri Tuan Umar tergelak dengan sinis. Puan Sri Rabaisyah terkejut.
“Kau dah tanya anak bini kau? Kau dah tanya pendapat mereka?” soalan Tan Sri Tuan Umar bertubi-tubi menyerang Datuk Tuan Sharriff. Dia diam seketika.
“Kau tu peguam. Macam ni ke caranya kau selesaikan masalah? Abah bukan nak melarang jugak bukan nak menggalakkan. Tapi kau fikirlah baik-baik. Masa mula-mula kahwin, dia yang terhegeh-hegeh pada kau tapi kau tak layan dia. Kemudian bila dah kahwin lama, kau pulak sukakan dia tapi dia yang tak layan kau. Abah tak kisah kalau kau nak kahwin lain tapi kau kena tanya anak bini kau dulu.” Tan Sri Tuan Umar mula bersyarah. Mukanya yang sentiasa serius ketika membincangkan hal-hal keluarga menyebabkan Datuk Tuan Sharriff tidak berani mengangkat kepala.
“Betul cakap abah kau tu, Arriff. Umi pun rasa begitu. Kau kena tanya anak bini kau terutamanya si Hisham tu. Kau dahlah ada konflik besar dengan dia. Itupun belum selesai walaupun dah berbelas tahun. Ini, kau dah nak tambah masalah lagi? Kalau begitulah, jawabnya sampai kiamat pun dia takkan maafkan kau.” Puan Sri Rabaisyah memberi nasihat.
“Alah. Cucu yang sorang tu, takkanlah umi dengan abah tak tahu perangainya?” Pasangan suami isteri itu saling berpandangan.
“Maksud kau… kau nak ketepikan dia?” duga Puan Sri Rabaisyah. Dengan lambat, Datuk Tuan Sharriff  mengangguk. Tan Sri Tuan Umar menepuk dahi.
“Kau gilakah Arriff? Dia tu anak kau! Takkanlah kau nak belakangkan dia? Kau nak dia makin benci pada kau? Begitu?” Tan Sri Umar mula naik angin.
“Kau jangan jadi bodoh Arriff. Abah hantar kau belajar di Universiti Harvard kat US tu suruh kau jadi orang yang baik-baik! Jadi ketua keluarga yang baik! Bukannya buat perangai tak tentu hala! Kenapa kau beria-ia sangat nak kahwin dengan Sharifah? Kau dah ada bini yang baik, bertanggungjawab, cantik, pandai bergaya lagi tu.  Sedangkan masa bercerai, kau sendiri yang lafazkan talak pada dia.” Soal Tan Sri Tuan Umar. Datuk Tuan Sharriff menarik nafas sedalam-dalamnya. Kemudian dia memandang umi dan abahnya  bersilih ganti.
“Sebab… sebab Arriff percaya yang Sharifah akan berubah seratus peratus.” Jawab Datuk Tuan Sharriff dengan tenang. Tan Sri Tuan Umar menghamburkan ketawa sinisnya kepada Datuk Sharriff. Anaknya itu terkejut.
“Kenapa abah gelak?” soal Datuk Tuan Sharriff yang hairan melihat perangai abahnya.
“Abah tak tahu lah sama ada Sharriff yang duduk di hadapan abah ni, anak abah ke bukan.” Datuk Tuan Sharriff  bertambah terkejut.
“Kenapa abah cakap macam tu?”
“Abah tak tahulah sama ada kau ingat atau tidak apa yang kau katakan,” sambung Tan Sri Tuan Umar.
“Maksud abah?”
“Maksud abah… lepas bercerai kau kata kau takkan kahwin semula dengan Sharifah walaupun  dia merayu berjuta-juta kali. Tapi sekarang, baru dua tiga kali dia merayu, kau dah cair?” sindiran dari Tan Sri Tuan Umar menyebabkan mulut Datuk Tuan Sharriff yang selama ini lantang di dalam mahkamah membela anak guamnya kini terkatup rapat. Mulutnya bagai dimangga dan dirantai dengan rantai besi.

No comments:

Post a Comment