REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

Saturday 15 January 2011

CSU 22

CINTA SEORANG USTAZ 22

VILLA JANNAH

DATUK ALEXANDER merenung malam yang damai dari balkoninya. Kerdipan bintang-bintang jauh di langit menjadi tumpuan utamanya. Deruan angin lembut dan sejuk amat mendamaikan dan menenangkan jiwanya. Dia terleka seketika. Angin lembut ini mengingatkannya kepada kampung halamannya, Midsomer Mallow. Teringat ladang milik daddynya yang tenang dan damai. Ketika berumur lima tahun, dia dan William selalu bermain-main bersama di ladang milik daddynya sehingga hari senja. Apabila malam menjelma, mereka bertiga akan duduk berdekatan unggun api setelah menikmati makan malam.   
       Ketika Krismas, orang pertama yang akan mengunjungi mereka adalah Andy Taylor, jiran di sebelah rumah daddynya. Andy adalah kawan baik daddynya sejak zaman kanak-kanak lagi. Joyce, isteri kesayangan Andy akan membawa ayam belanda panggang untuk mereka. Dia tahu, cucu tunggal pasangan itu iaitu Stephanie menyimpan perasaan terhadapnya. Tetapi, dia tidak melayannya. Beza umur di antara mereka dalam 10 tahun. Stephanie lebih sesuai dengan adiknya, William. William muda lima tahun darinya. Jika mereka berkahwin pun, beza umur mereka tidaklah jauh sangat. Dalam lima tahun saja.
        Dari kecil hinggalah dewasa, Simon asyik menghadiahkannya jigsaw puzzle saja. Ketua paderi itu tahu bahawa anak sulungnya itu memang suka bermain jigsaw puzzle. Apabila kepingan-kepingan puzzle itu menjadi sebuah gambar, Datuk Alexander akan mengajak Brown ke pekan untuk membingkaikan gambar tersebut. Kemudian, Datuk Alexander akan menggantungkan gambar tersebut di dalam biliknya ataupun di mana-mana saja ruang di dalam rumah mereka itu.
         William pula lebih suka untuk meminta novel-novel thriller apabila tiba perayaan Krismas sebagai hadiah. Antaranya adalah siri-siri novel karya Caroline Graham. William suka dengan siri novel Cif Inspektor Barnaby.
       Namun, William tidak menyangka siri Cif Inspektor Barnaby akan didramakan. Dia dan Alexander ketika itu sanggup pulang ke kampung untuk menyaksikan sendiri pembikinan drama tersebut. Mereka sempat berkenalan dengan para pelakon yang membintangi siri Midsomer Murders itu. Pelakon utama siri drama itu, John Nettles yang membawa watak DCI Tom Barnaby seakan-akan kembar kepada Alexander.
        “Abang, ke mana fikiran tu?” soal Datin Aminah. Datuk Alexander terkejut seperti nampak hantu. Segera dia mengurut dadanya sambil beristighfar.
        “Abang terkenangkan Midsomer Mallow. Dah lama abang tak balik sana. Menikmati keindahan alam yang dicipta oleh-NYA.” Jawab Datuk Alexander. Datin Aminah menggenggam tangan kiri suaminya. Mereka memang selalu begini. Mereka akan bercengkerama bersama-sama di balkoni sebelum tidur. Manalah tahu, mereka akan mati dalam tidur. Jika itulah ketentuan-NYA, maka hari ini adalah malam terakhir mereka.
       “Kalau macam tu, kita pulanglah ke kampung abang.” Usul Datin Aminah. Datuk Alexander memandang isterinya sambil tersenyum. Dibelai rambut isterinya. Datuk Alexander memang amat menyayangi keluarganya. Sehinggakan nama syarikatnya itu sanggup dibubuh nama dia, isterinya, dan keempat-empat orang anaknya. Alexis-Amina Holdings Corporation. Alexis adalah gabungan nama Datuk Alexander dan pangkal nama untuk ketiga-tiga anak lelakinya. Alex adalah singkatan namanya, Alexander. Is pula singkatan untuk ketiga-tiga anak lelakinya yang menggunakan nama Iskandar. Iskandar Ariffin yang pertama, Iskandar Izuddin yang kedua dan Iskandar Zulkarnain yang ketiga. Manakala Amina pula gabungan nama Datin Aminah dan Natasha. Ami singkatan untuk Aminah dan Na adalah singkatan untuk nama Natasha.
        “Nantilah. Tunggu projek-projek syarikat dah kurang. Nanti bolelah kita pergi ke sana berlima. Bawa Kak Jah sekali. Datin Aminah menghadiahkan suaminya seulas senyuman. Alexander yang dikenali ketika di awal perkahwinan memang amat berlainan dengan Alexander yang ada di hadapan matanya sekarang.
         Alexander yang dulu suka sangat melenting tak tentu pasal. Kadangkala, panas barannya tiba-tiba saja datang. Dia pun sendiri tidak tahu angin apa yang merasuk suaminya itu. Dan yang paling utama setiap kali ada masalah, suaminya pasti akan kelam-kabut. Tetapi kini setelah 48 tahun mendirikan rumahtangga, panas baran dan sikap kelam-kabut suaminya terhapus sedikit demi sedikit.
        “Suka hati abanglah bila-bila nak pergi. Tapi... hah, saya ada cadangan. Apa kata, cuti kita untuk ke Sarawak, kita tukarkan ke Midsomer? Kita bawaklah sekali keluarga Laila.” Cadangan yang diusulkan oleh Datin Aminah benar-benar membuatkan Datuk Alexander tersenyum hingga ke telinga.

..........................................................

“WHERE is the result?’ soal William kepada Naim ketika Naim datang ke pejabatnya. William membuka agensi pelancongan kecil-kecilan. Ibu pejabat untuk agensi ini terletak di Brimigham. William membuka agensi ini setelah menimba pengalaman selama beberapa tahun mempelajari selok-belok perniagaan.
        “Relax Mr William. It will come softly.” Naim meyakinkan bosnya itu. Dalam hati dia mengakui. William sebenarnya baik. Cuma lelaki yang berusia 68 ini terlalu berdendam kepada abangnya. Oleh sebab itu dia kelihatan jahat.
        “You’re not lying to me?” William inginkan kepastian.’
        “Yes. I’m not lying to you.” Jawab Naim dengan penuh keyakinan.
        William mengangguk, tanda dia mempercayai Naim.
        “One thing you should know is...  nobody want to buy that house. You know why? It is because the public can’t see the housing project.” Tambah Naim. William tersenyum puas. Walaupun itu untuk jangka masa pendek, sekurang-kurangnya dia sudha Berjaya mengenakan abangnya itu.
        “Good job, Naim. Well done, young man.” William memuji Naim. Kembang kempis hidung Naim menerima pujian tersebut.

.........................................

“APA hal kau datang pejabat aku?” soal Hamka. Dia terlupa bahawa dia yang menjemput Iskandar untuk ke situ. Iskandar sudah menarik muka masam.
        “Kau jangan lupa, Ham! Kau yang ajak aku datang ke opis kau yang kecil ni!” jawab Iskandar namun sempat dia memerli kawan baiknya itu.hamka tergelak.
        “A’ah. Lupa pulak aku. Aku yang jemput kau, kan?” Iskandar duduk di sofa setelah diajak oleh Hamka.
        “Apahal kau panggil aku ni? Kau kan tahu, kalau hari Sabtu macam ni aku suka tidur balik lepas solat Subuh. Kau memang betul-betul kacau daunlah!” Iskandar memarahi Hamka. Kawan baiknya itu hanya tergelak.
       “Aku nak ajak kau main golf.” Ujar Hamka. Bulat mata Iskandar memandangnya.
       “Eh sengal, aku mana reti main golf?” Iskandar beralasan. Hamka tergelak lagi.
       “Aku bukannya apa, Is. Aku kena jumpa ada klien ni. Tapi masalahnya, dia perempuan. Kalau tak betul-betul, boleh cair aku nanti. Terus aku lupa si Isha.” Hamka membalas. Iskandar mencebik.
       “Alasan! Kalau nak pasang tu, pasang ajelah! Takut lupa si Isha lah, apa lah... saja bagi macam-macam alasan.” Iskandar terus mengutuk Hamka. 
       Hamka tergelak lagi. “Kalau kau takut terkena godaan perempuan tu, apa pasal kau tak ajak Isha? Kenapa kau ajak aku?” soal Iskandar lagi.
       “Mana boleh. Nanti jatuhlah saham aku.” Iskandar mencebik.
       “Saham apa?”
       “Yalah, kalau aku bawak Isha mesti perempuan tu ingat aku ni jenis lelaki yang takut tergoda dengan pompuan lain.” Terang Hamka. Iskandar sudah tergelak besar.
       “Baguslah tu. Itu menunjukkan yang kau setia pada seorang wanita.”
       “Masalahnya, mesti perempuan tu akan fikir yang aku ni jantan pengecut. Asyik nak berkepit dengan makwe saja sebab takut digoda perempuan lain.” Hamka mempertahankan dirinya.
       “Suka hati kaulah Ham. Tak kuasa aku nak masuk campur!” Iskandar mengalah akhirnya. Dia membelek majalah Milenia Muslim yang terletak di atas meja kaca itu. Keadaan Hamka yang leka di atas meja sambil menaip sesuatu pada papan kekunci membuatkan dirinya mula meniup angin taufan.
       “Ham, kau nak pergi pukul berapa ni?” soal Iskandar dengan kasar. Aku ni dahlah ngantuk. Malam tadi layan cerita Street Kings sampai pukul 4 pagi. Hero kesukaan, Keanu Reeves. Mana boleh tak tengok?
       “Marah nampak, Is?” Hamka mengusik Iskandar. Kawannya itu menjeling.
       “Mahu tak marah? Dahlah aku ngantuk. Kau buat kerja lagi pulak tu! Aku ingat, kau ajak je, terus pergi!” Iskandar membebeli Hamka. Hamka melihat seketika jam tangannya.
       “Sekarang 9.45 pagi. aku siapkan kerja aku ni. tak banyak, tinggal sikit saja. Dalam  pukul 10 atau 10.15, kita pergilah.” Beritahu Hamka. Iskandar mengangguk faham.
       “Kalau macam tu, aku tidur dululah kat sofa ni.” Iskandar meminta izin.
       “Ok. nanti bila nak keluar, aku kejutkan kau.” Balas Hamka.
       “Hmmm...” itu saja yang Iskandar mampu balas. Matanya sudah terpejam rapat.

........................................

AYER KEROH GOLF COUNTRY CLUB

“KAU masih fikirkan tentang status daddy kau ke?” soal Hamka ketika mereka sama-sama menaiki kereta golf menuju ke padang golf.
       Iskandar mengangguk. “Benda tu sentiasa ligat 24 jam dalam otak aku ni. entahlah Ham... kadang-kadang aku macam malas nak fikir tapi bila difikir-fikirkan balik, aku rasa aku patut ambil tahu tentang nasab keturunan aku.” Iskandar mengadu. Hamka faham. Tetapi dia dapat merasakan bahawa Simon tidak mungkin melakukan perkara terkutuk itu.
        “Is, cuba kau tanya granddad kau betul-betul. Mana tahu kalau-kalau daddy au tu anak angkat dia ke, atauapun... sebelum jadi paderi dia dah berkahwin. Kemudian, bila bini dia bersalin, dia bercerai sebab perselisihan faham ke. Manalah tahu, kan?” Hamka membuat telahan. Iskandar berfikir seketika. Betul juga.

“ENCIK HAMKA dah ada makwe ke?” soal Suraya ketika mereka menikmati makan tengah hari di situ. Iskandar hanya mendiamkan diri dari tadi. Dia perasan, wanita bernama Suraya itu beberapa kali menjelingnya.
        “Mana Cik Suraya tahu?” soal Hamka. Sengaja untuk menjerat wanita itu.
        Suraya tersenyum. “Habis tu, kenapa ada love bite pada leher Encik Hamka?” soal Suraya. Hamka sudah terdiam. Dijeling Iskandar yang sedang menahan gelak.
        “Erm... takdelah. Mana ada. Saya single lagi.” Hamka cuba mengelak. Dia tahu, lepas ni teruk dia akan dibebel oleh Iskandar. Maklumlah, ustaz.
        “Lelaki zaman sekarang ni Encik Hamka, bukannya boleh percaya sangat. Dah ada makwe dikatakan takde. Dah ada anak berderet-deret, mengaku diri tu bujang lagi. Lelaki macam tu biasanya memang lelaki yang tak sedar diri.” Selamba saja Suraya menempelak Hamka. Iskandar di sebelahnya sudah tidka dapat menahan gelak. Ketika seronok dia menggelakkan Hamka, matanya tiba-tiab terpandangkan figura seorang wanita di meja hadapannya. Sandra! Penampilan wanita itu sudah jauh berubah. Tiada lagi skirt pendek dan baju tiub  yang selalu membungkus badannya. Kni dengan jubah labuh berbunga-bunga dan berselendang warna merah hati, senada dengan warna jubah tadi. Dalam hati, Is berfikir. Dia dah tak jadi model lagi ke? Dia melihat Sandra duduk di sebuah meja yang sudah dinanti oleh seorang wanita berseluar slack coklat tanah. Mungkin kawan dia kot.

“KAU ada buat dengan Isha ke?” soal Iskandar ketika mereka di dalam kereta. Hamka diam seketika. Tidak tahu bagaimana untuk merangka ayat yang sesuai. Iskandar menjelingnya.
        “Kami buat dalam kereta. Masa tu kitaorang keluar malam.  Masa lalu kat Higway SPA, hujan turun selebat-lebatnya. Oleh sebab takut aku bawa laju, aku berhnetilah kat tepi sekejap. Isha kata dia sejuk. Aku peluklah dia. Dan dia pun, bagi rangsangan yang positif. Tetiba dia cium aku. aku pun balaslah.” Cerita Hamka.
        “Habis, malam tu jugak kau pecahkan dara dia?” Iskandar menduganya. Hamke memandangnya.
        “Takdelah sampai macam tu sekali. Kami Cuma berpeluk dan bercium aje. Tak lebih dari tu. Tapi, aku tak perasan pulak bila di buat love bite kat leher aku ni.” Hamka menyambung ceritanya. Iskandar menggeleng.
        “Ham... Ham. Apa nak jadi dengan kau ni. tulah, lain kali jangan suka bawa anak dara orang keluar malam. Nasib baik berpeluk cium je. Kalau kau terlanjur, macma mana?” Iskandar terus membebel.
        Hamka tersenyum. “Okey, aku janji dengan kau. Lepas ni aku tak buat lagi.”
         “Janji dengan aku buat apa? Pergilah minta ampun pada TUHAN!”

...........................................

VILLA JANNAH

“DADDY dengan mummy biar betul?” soal Iskandar. Natasha yang duduk di sebelahnya hanya diam saja dari tadi. Terkejut juga dia mendengar cadangan mummynya itu.
          “Apa salahnya? Lagipun, kita bawak dia balik ke kampung daddy. Bukannya ke tempat maksiat.” Ujar Datuk Alexander. Datin Aminah mengangguk. menyokong kata-kata suaminya. Iskandar dan Natasha saling berpandangan.
          Tiba-tiba Iskandar tersenyum. “Is tak kisah mummy tapi nantilah, Is tanya pada Laila semula.a tapi kalau boleh, lepas dia habis SPMlah. Maknanya dalam hujung tahun.” Pinta Iskandar. Daddy dan mummynya tersenyum riang.
          “Bila dia start SPM Abang Is?” soal Natasha seteluh meneguk sedikit air suamnya. Iskandar berfikir seketika.
          “23 November.” Semua mengangguk-angguk.
          “Bila Is nak beritahu dia?” soal Datin Aminah. Iskandar berfikri lagi.
          “Tengoklah nanti Is datang ke rumah dia.” Tiba-tiba dia mendapat satu idea. “Apa kata kalau daddy, mummy dengan Tasha ikut sekali. Bolehlah kenal-kenal dengan keluarga Laila.” Iskandar
mengusulkan idea. Masing-masing sudah tersenyum.
          “Bagus juga idea kamu. Nanti, bolehlah kita merisik-risik si Laila untuk Is. Lepas tu, kita bincagkan pulak bila nak ditunangkan mereka berdua.” Sahut Datuk Alexander dengan selamba. Tangannya terus saja menyuap nasi ke dalam mulutnya. Iskandar tersedak. Dijeling daddynya.
           “Daddy! Daddy dah janjikan?!” Iskandar memandang Datuk Alexander dengan geram.



2 comments: