REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

Wednesday 22 December 2010

WUC 10

WAKE UP CALL 10

MAZIDAH meliarkan matanya di sekeliling kawasan restoran itu. Dicari-cari kelibat Badrul. Meliar mata Fahem mencari kelibat yang sama tetapi dia tidak mengenali Badrul.
       Akhirnya, mata Mazidah terhenti pada seorang lelaki yang sedang duduk seorang diri di sebuah meja sambil menyedut sedikit air minumnya.
       “Mari kita ke sana.” Ajak Mazidah. Fahem hanya mengikut langkah wanita itu dari belakang.
       “Assalamualaikum Encik Badrul.” Sapa Mazidah. Badrul tersenyum sambil menjawab salam wanita itu. Buah hatinya sudah tiba. Sejak pertemuan kali pertama, entah kenapa Badrul begitu tertarik dengan Mazidah. Ketika Mazidah bersama Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin tempoh hari, wanita itu berpakaian sopan. Seluar slack hitam dipadankan dengan kemeja putih kosong. Walaupun kali ini kelihatan agak seksi sedikit, tetapi keseksiannya tidaklah terlalu ekstrim. Badrul menghulurkan senyuman manisnya.
       “Tan Sri mana? Tak nampak pun?” soal Badrul sambil matanya melilau ke sana-sini.
       “Kejap lagi dia sampai.” Tak lama kemudian, Fahem terus duduk di sebelah Mazidah. Tadi, dia berbual seketika setelah terserempak dengan kawan satu sekolahnya, Arief. Setelah bertukar nombor telefon, dia menuju ke meja yang dihuni oleh Mazidah dan seorang lelaki.
       “Encik Badrul?” soal Fahem dengan sopan. Badrul menjawab dengan senyuman. Mereka bersalaman.
       “Mana Tan Sri?” sekali lagi dia bertanya. Dia rasa kekok untuk berbual dan berbincang bersama Fahem.
       “Oh, dia sakit dada. Jadi, dia wakilkan saya untuk jumpa Encik Badrul.” Jawab Fahem. Badrul masih tersenyum.
       “Oh, lupa I nak kenalkan. Encik Badrul, ni CEO kami... Tuan Fahem Izzuddin. Anak sulung Tan Sri. Tuan Fahem, ini Encik Badrul, Jurutera Berjaya Sdn. Bhd.” Mazidah memperkenalkan kedua-dua lelaki itu. Kedua-duanya berbalas senyuman.
       Dari pengamatan Fahem, dia tahu Badrul sebenarnya ada hati terhadap Mazidah. Oleh itu, tangan kirinya sengaja memeluk pinggang Mazidah manakala tangan kanannya pula meramas-ramas tangan kanan Mazidah. Biar Badrul rasa cemburu. Jangkaannya tepat. Dilihatnya Badrul hanya menelan-nelan air liurnya beberapa kali. Matanya tidak lepas dari melihat genggaman tangan Fahem dan Mazidah. Tangan kiri Fahem dilihat sentiasa melekat pada pinggang Mazidah. Sekali-sekala, tangan itu naik dan turun, mengusap-usap rangka badan Mazidah yang begitu menggiurkan.
       Tak lama kemudian, seorang pelayan datang kepada mereka.
       “Dik, tolong bagi saya Char Kuey Teow satu, Nasi Goreng Pattaya satu, Tomyam satu, jus epal satu, jus pink guava satu, dan... Badrul, you nak makan apa?” soal Fahem. Badrul hanya menggeleng.
       “Eh, janganlah macam tu. Kita bukannya selalu jumpa. Sekali-sekala I belanja. Cakaplah, nak makan apa?” dilihatnya Badrul sedang berfikir seketika. Matanya menerawang melihat sekeliling kawasan restoran itu.
       “Hmm... bagi saya black pepper chicken chop sajalah.” Balas Badrul sambil tersenyum.
       “Kenyang ke? Nasi-nasi, tak mahu? Dah tengah hari ni.” soal Fahem. Badrul menggeleng perlahan.
       “Okey. Air?” tanya Fahem lagi. Badrul mengangkat sedikit gelasnya. Air laicinya sudah tinggal suku saja.
       “Laici satu.” Belum sempat Badrul menyampuk, pelayan tadi sudah pergi.
       Sementara menunggu pesanan tiba, mereka mula berbincang tentang bisnes.
       “Sayang, mana you punya list tu?” soal Fahem. Sengaja dia memanggil Mazidah begitu. Sengaja membuatkan Badrul cemburu. Pantas Mazidah mengeluarkannya dari fail kerjanya. Lalu Fahem meneliti seketika sebelum memberikannya kepada Badrul.
       “Betul kan senarai-senarai barang yang you order dalam tu?” soal Fahem. Badrul meneliti seketika. Kemudian, dia mengangguk perlahan. Dia mengeluarkan sehelai kertas dari dalam briefcasenya. Kemudian dihulurkan kertas itu kepada Fahem.
       “BOD pihak kami dah bincang. Untuk projek kali ni, mungkin kami perlukan lebih Simen Portland Penahan Sulfat. Sebab kawasan pembinaan kami akan meliputi 9-10% kawasan air.”  Jelas Badrul. Fahem mengangguk sedikit. Pesanan sudah tiba. Fahem mengagih-agihkan makanan masing-masing. Mereka mula menjamu selera.  Badrul mejeling genggaman tangan Fahem dan Mazidah yang sudah terlerai. Ingatkan tengah makan pun nak pegang-pegang jugak. Bisiknya dalam hati. Amanlah sikit biji mata dia. Tapi sangkaannya jauh meleset. Fahem dengan selamba menyuapkan Char Kuey Teownya ke dalam mulut Mazidah. Mazidah pula menyuapkan sedikit Nasi Goreng Pattayanya ke dalam mulut Fahem. Mereka sama-sama berbalas senyuman.
        Selepas menghirup tiga empat sudu tomyam, Fahem mula berbual kosong dengan Badrul.
       “You dah kahwin?’soalnya. Badrul menggeleng.
       “Kenapa tak cari? You muda lagi, ada rupa, ada kerja, jawatan pun elok, mesti ada orang nak punya.” Fahem sengaja memancing Badrul.
       Badrul tergelak. “Takdelah. Siapalah nak kat I ni?” Badrul merendah diri.
       “Kalau macam tu, I tolong you carikan.”
       “You nak carikan untuk I? Kalau you nak carikan, you kena cari macam Mazidah. Barulah I terangkat. Takkan pandang perempuan lain.” Dalam gurauan, Badrul memang menyatakan maksud yang sebenarnya. Ketika mula-mula Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin membawa Mazidah bersama, hatinya memang sudah terpikat dengan wanita itu.
      “Badrul, kalau you cakap terus-terang kan senang? Cakap sajalah yang you nak setiausaha I ni.” Fahem sudah mengenakan jerat. Mereka berdua sudah tergelak.
      “Kalau you boleh bagi... I terima saja.” Badrul makin galak bergurau. Fahem hanya menjeling senyuman Mazidah.

“YOU memang suka dengan jantan tu, kan?” serang Fahem ketika mereka mahu pulang ke pejabat.
      “Kalau I suka dia pun, apa kaitan dengan you pulak?” Mazidah membalas kata-kata Fahem.
      “Because you are mine! In and out! I tak suka mana-mana lelaki yang pegang you atau cuba nak goda you!” Fahem tetap mempertahankan haknya. Mazidah sudah tergelak sinis.
      “I’m yours? I milik you ya? Jadi, I tak boleh ada affair dengan mana-mana lelaki lah?”
      Fahem mengangguk. Pantas Mazidah mencubit paha lelaki itu 360 darjah.
      “Auwwwww! You ni kenapa? Tetiba nak cubit I? Kan I tengah drive ni?”
      “Oh, yang you jadi boy I tapi ada betina lain boleh? Kenapa I tak boleh pulak?” Mazidah sudah mula menunjukkan taufannya. Fahem sudah terdiam.
      “Dah tentu-tentulah sebab you tu perempuan! Kalau you ada dua orang boyfriend pun, you bukannya  boleh ada dua orang suami dalam satu masa yang sama. Lelaki lainlah.” Fahem sengaja membakar hati Mazidah. Oleh kerana terlalu berang, Mazidah memukul-mukul balakang badan Fahem dengan beg tangannya.
     “You memang sengaja nak cari pasal dengan I kan?” dada Mazidah sudah berombak-ombak.
     “I bukan nak cari pasal. I cuma nak...” belum sempat dia menghabiskan ayatnya, telefon bimbitnya berbunyi. Dijeling nama di skrin telefon. Nur Syuhadah. Dengan pantas dia ingin menekan butang hijau namun reaksi gembiranya dapat dibaca oleh Mazidah. Tanpa berlengah, Mazidah terus merampas telefon bimbitnya. Fahem sudah terkedu. Keretanya sudah siap diparking di tempat parking peribadinya.
      “You ni kenapa? Tetiba nak rampas handset I?” bentak Fahem. Mazidah membulatkan biji matanya.
      “Oh, kalau betina tu telefon, bukan main lagi you punya senyum eh!” Fahem sudah tergelak.
      “Bakal isteri I, memanglah I suka.” Entah kenapa Fahem rasa seronok mempermainkan perasaan Mazidah hari ini. Riak wajah Mazidah sudah berubah.
      “You dah bincang dengan perempuan tu ke?” soal Mazidah. Fahem mengangguk. Luarannya serius tetapi hatinya hanya ALLAH saja yang tahu. Fahem masih cuba menahan gelaknya.
      “You jangan nak main-main, Fahem. Ingat sikit, perut I ni pernah mengandungkan anak you tahu!” Mazidah mengugut. Air matanya sudah menitis.
      “Kami dah tempah kad. Minggu depan kami kahwin.” Dia membuka dashboard di tempat Mazidah duduk. Lalu dikeluarkan sekeping kad bersampul putih dan dihulurkan kepada Mazidah. Perlahan-lahan, Mazidah membuka sampul surat itu. Ditarik kad jemputan berwarnah merah jambu di dalamnya. Kad itu dibuka namun pantas Mazidah menutup matanya. Bila dibuka matanya, air matanya makin laju apabila melihat  ayat-ayat jemputan itu.



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dengan Izin Allah Ke Atas HambaNya Yang Merancang. Kami

Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin bin Tuan Haji Izzuddin
Dan
Puan Sri Sharifah binti Abdullah

Sejambak Mawar Setepak Sirih Dihulurkan Untuk Kehadiran
Dato’ Sri/ Tan Sri / Dato’ / Datin Sri/ Puan Sri/ Datin / Tuan /Puan /Encik / Cik

                                                                                   
Suami/ Isteri sekeluarga ke majlis
Tambatan janji, izin berwali, ijab bersaksi, ankanda yang dikasihi

Tuan Fahem Izzuddin bin Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin
Dengan pasangan hatinya
Nur Syuhadah binti Abdul Ghani


Mazidah sudah tersedu-sedan. Harapannya sia-sia. Menitis lagi air mata dukanya.
      “You memang jantan tak guna! You dah sedap puaskan nafsu you pada I, alih-alih you nak kahwin dengan perempuan ni? Memang malang sungguh nasib perempuan ni sebab you yang jadi pilihannya!” Mazidah sudah tidak dapat menahan kesedihannya. Akhirnya, air mata deras mengalir bagai air terjun. Fahem sudah tidak dapat menahan. Akhirnya, dia ketawa. Namun, tawanya hanya sebentar saja.
      “Takdelah, I main-main saja. You jangan risau, I akan sentiasa dengan you.”  Pujuk Fahem. Dia beralah akhirnya. Tidak sanggup untuk melihat air mata Mazidah tumpah lebih deras. Mazidah menolak tubuhnya.
      “You tak payahlah nak mengayat-ayat pada I lagi!” Mazidah ingin keluar dari kereta namun Fahem pantas menangkap tangannya.
      “You janganlah macam ni. Semua tu, tak betul. I saja buat macam tu.” Pujuk Fahem. Mazidah kalah lagi. Akhirnya, dia terpujuk dengan rayuan Fahem.
      “Jom kita keluar. Ni dah 2.30 petang. Nanti ada saja  gossip untuk kita.” Ujar Fahem. Mazidah mengangguk. Fahem mematikan enjin. Mazidah mengambil beg tangan dan fail kerjanya yang sudah jatuh di kaki. Keluar dari kereta, mereka menuju ke lif sambil lengan mereka berpaut mesra. Fahem dan Mazidah tidak peduli jika ada mata yang nampak.

............................................

“ASSALAMUALAIKUM, Syuhadah.” Fahem memberi salam.
        “Waalaikumsalam. Ada apa, Fahem?” soal Nur Syuhadah. Pelik juga dia, selama perkenalan mereka Fahem tidak pernah pula menelefonnya.
        “Tak ada apa-apa. Cuma Fahem nak tanya. Tadi, kenapa Syuhadah telefon Fahem? Ada perkara penting ke?” soal Fahem. Nur Syuhadah tergelak perlahan. Walaupun Nur Syuhadah tidak menggoda, tetapi Fahem merasakan seperti dia digoda oleh Nur Syuhadah. Gelak Nur Syuhadah amat menenangkan jiwa lelakinya.
        “Oh, yang petang tadi tu, ya? Syuhadah nak beritahu pada Fahem yang Zariff pengsan masa dia di bus stop tadi. Kebetulan memang Syuhadah nak balik, ada orang telefon. Lepas tu, Syuhadah parking kereta di tepi bus stop. Tak sangka pulak tiba-tiba ternampak Zariff terbaring kat atas lantai. Syuhadah telefon Fahem tapi Fahem tak jawab pun. Jadi, Syuhadah hantarlah Zariff  ke klinik. Bila doktor kata tak ada apa-apa, Syuhadah terus hantar Zariff ke rumah.” Jawab Nur Syuhadah.
        “Oh, ingatkan apa tadi. Maaflah, masa tu Fahem ada meeting. Tu yang tak boleh nak jawab.” Fahem berhelah.
        “Oh... jadi sekarang ni... Zariff macam mana?” soal Nur Syuhadah. Fahem terkedu seketika.
        “Erm... Fahem kat apartmen Fahem. Ada banyak kerja nak buat. Kalau kat rumah, memang takkan boleh aman. Tambah pula bila si Fateeha tu ada. Lagi satu kerja pun tak boleh jadi.” Cerita Fahem. Mazidah yang duduk di atas ribanya segera mencubit lengannya. Fahem terkedu seketika. Nak menjerit tidak boleh. Akhirnya, dia dan Nur Syuhadah sama-sama tergelak.
         “Emm... Syuhadah pun ada kerja jugak. Jadi Syuhadah minta diri dulu. Assalamualaikum.” Selepas Fahem menjawab salamnya, barulah Nur Syuhadah menekan butang merah.

.............................

“BILA masa pulak aku kacau makwe kau?” Zariff sudah naik angin. Ditarik lagi kolar baju Rosdi. Kawan-kawan Zariff- Zahid, Hamidi, Benjy dan Faizul sudah berjaga-jaga di kelilingnya. Mereka tahu, Zariff jika sudah naik angin, boleh tahan juga.
       “Yang dekat dalam perpustakaan tu, kau buat apa?!” Rosdi memaki hamun Zariff. Tanpa mempedulikan tiga orang rakan Rosdi yang sudah memegang senjata pertahanan, Zariff terus menendang perut Rosdi.
       “Eh bodoh, itu aku cuma berbincang dengan dia! Kau faham tak?” Zariff menyatakan kebenaran. Namun Rosdi masih tidak berpuas hati.
       “Hai, takkanlah berbincang pun sampai nak pegang-pegang tangan makwe aku?” Rosdi ingin menumbuk muka Zariff namun Zariff sempat menunduk. Kawan-kawan Rosdi mahu memegang tangan Zariff namun geng Zariff sudah mengelilinginya.  
      
“CIKGU, tolong cikgu. Zariff bergaduh dengan budak tingkatan 5. Kat luar sekolah! Cepat cikgu!”
       “Zariff, jangan bergaduhlah! Awak ni!” Nur Syuhadah cuba meleraikan pergaduhan itu apabila sampai namun keadaan Zariff yang bagai dirasuk syaitan menyebabkan dia menolak guru kelasnya hingga terjatuh di atas tanah. Dalam keadaan begitu, Nur Syuhadah tiba-tiba mendapat akal.
       “Assalamualaikum Fahem. Awak boleh datang ke sekolah sekarang tak?” soal Nur Syuhadah.
       “Kenapa?” soal Fahem setelah menjawab salam buah hatinya.
       “Adik awak, Zariff bergaduh di luar sekolah. Dia bergaduh dengan budak tingkatan 5. Saya nak leraikan dia, dia tolak saya balik!” Nur Syudah memberitahu.
        “Syuhadah, awak jangan risau. Memang saya nak ke sana sekarang. Sekarang saya di simpang jalan besar ni. Tak lama lagi, sampailah. Awak tunggu saja, ok?”
        “Ok. Assalamualaikum.” Nur Syuhadah menamatkan perbualannya. Tiba-tiba, sebuah BMW X5 berhenti di belakangnya. Cepat-cepat Fahem keluar dari kereta. Orang-orangnya juga sama. Cepat-cepat dia meleraikan pergaduhan itu dan menarik Zariff  ke dalam pelukannya. Dilihat hidung adiknya sudah berdarah. Mata Fahem seperti sudah berapi. Dia memandang sekeliling.
        “Siapa yang tumbuk adik aku?” soalnya dengan kasar. Geng Zariff dengan pantas menudingkan jari mereka ke arah Rosdi. Dia mendekati budak lelaki berusia 17 tahun itu.
        “Aku tak mahu gaduh dengan budak sekolah. Bila aku tanya, kau tolong jawab elok-elok. Kau yang tumbuk adik aku?” soalnya dengan lembut sedikit. Rosdi mengangguk. Kepalanya masih tertunduk. Sekali imbas, dia menjeling Fahem dan gengnya. Dia pernah dengar cerita bahawa abang Zariff adalah seorang mafia. Selama ini dia sangkakan semua itu hanya khabar angin, namun hari ini Allah ingin membuktikan kepadanya bahawa apa yang didengarinya itu adalah benar.
        “Sebab apa?’ soalnya dengan kasar. Rosdi mengangkat kepala seketika. Apa yang dapat dilihat, Zariff tersenyum-senyum sinis sambil memandangnya.
        “Sebab... er... sebab dia kacau makwe saya. Dia pegang tangan makwe saya. Dekat library pulak tu.” Jawab Rosdi. Fahem menjeling adiknya yang sudah duduk di tepi longkang.
        “Betul ni, Zariff?” walaupun Zariff adiknya, dia berlu bersikap adil. Jika Zariff salah, dia akan menampar adiknya itu. Jika Rosdi yang salah, dia akan memberi kata dua. Untuk memukul budak sekolah, itu bukan keputusan yang baik.
        “Mana ada, bang. Masa kat library tu, bukan Zariff yang pegang tangan dia, tapi Zafirah.” Jawab Zariff.
        “A’ah, Abang Fahem. Saya yang pegang tangan Umairah, bukannya Zariff. Sebab Umairah ada cakap yang tangan dia tetiba sejuk. Saya peganglah.” Zafirah segera memberitahu.
        “Betul apa yang Zariff dan Zafirah tu cakap. Bukan Zariff yang pegang tangan saya, tapi Zafirah.” Umairah menyampuk. “Si Rosdi ni yang ambil tindakan melulu. Tak habis saya cakap, dia dah serang si Zariff di bus stop.” Tambahnya lagi. Fahem mengangguk faham.
       “Kau orang berdua ni tak malu ke, bergaduh tak tentu pasal? Nasib baik dah pukul 3.30. Takde budak. Tantu kau orang ada kelas tambahan, kan? Kalau ada budak, dah tentu kau orang akan tengok pergaduhan kau orang ni!” Fahem memandang kedua-duanya.
       “Kau Rosdi. Cuba siasat betul-betul! Dengar dulu makwe kau cerita sampai habis. Ini tak, dia tak habis cerita lagi, kau dah belasah adik aku, ya?” Fahem memandang Zariff pula. “Ni lagi sorang. Lain kali kalau bergaduh pun, janganlah tumbuk kat muka. Tengok, biji mata dia dah lebam! Kalau dia buat repot polis, siapa nak jawab?” kedua-duanya hanya menundukkan kepala masing-masing.
        “Aku nak kau dua orang minta maaf. Cepat!” Fahem mengarahkan kedua-duanya. Akhirnya, Zariff dan Rosdi saling bermaafan.


No comments:

Post a Comment