REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

Wednesday 15 May 2013

WUC 30


WAKE UP CALL 30

 

MAJLIS pernikahan Fahem dan Nur Sumayyah diadakan di rumah orang tua Nur Sumayyah selepas Isyak. Semua tetamu tidak sabar-sabar menunggu lafaz nikah dari mulut Fahem. Oleh kerana Nur Sumayyah adalah anak tunggal, maka Encik Ghani akan menjadi wali.

“Aku terima nikah Nur Sumayyah binti Abdul Ghani dengan mas kahwin dua ribu ringgit tunai.” Lancar Fahem menjawab lafaz nikah. Kemudian, Encik Ghani bertanya kepada imam, bilal dan beberapa orang lelaki di situ. Bila mereka mengangguk sambil menyebut sah, imam mula menadah tangan, mendoakan kesyukuran kerana hari ini sebuah masjid berjaya didirikan. Sambil itu, imam tersebut mendoakan agar jodoh mereka panjang sehingga ke akhir hayat. Fahem ketika itu memeluk daddynya sambil menitiskan air mata kegembiraan.

Tan Sri Tuan Haji Ahmad Izzuddin memandang wajah hero sulungnya. “Sekarang Fahem dah kahwin.  Daddy harap, Fahem kemudikanlah bahtera perkahwinan ini dengan penuh rasa tanggungjawab.”

Kedua pengantin meminta diri seketika kepada semua yang hadir untuk melakukan solat sunat dua rakaat beserta sujud syukur di dalam bilik pengantin.

Sepuluh minit kemudian, mereka berada di tempat duduk asal semula. Kemudian, Fahem disuruh oleh imam untuk menyerahkan mas kahwin kepada pengantin perempuan sambil melafazkan penyerahan mas kahwin kepada Nur Sumayyah. Cahaya kamera memancar menerangi malam yang indah untuk pasangan pengantin.

Tangan kanan Fahem kemudian diletakkan pada ubun-ubun Nur Sumayyah. Sambil itu, dia berdoa.

“YA ALLAH, aku memohon kepada-MU kebaikannya dan kebaikan segala yang ENGKAU ciptakan pada dirinya. Dan aku berlindung kepada-MU daripada keburukannya dan segala keburukan yang ENGKAU ciptakan pada dirinya.” Cahaya kamera terus memancar-memancar untuk merakamkan detik-detik bahagia Fahem-Nur Sumayyah agar dapat ditatap oleh anak cucu.

Nur Sumayyah mencium tangan Fahem sambil berdoa di dalam hati. YA ALLAH, jadikanlah suamiku ini suami yang soleh dan pembimbing yang baik di dunia dan akhirat.

“Adalah saya Nur Sumayyah binti abdul Ghani, isteri kepada Tuan Fahem Izzuddin bin Tuan Haji Ahmad Izzuddin dengan penuh kesyukuran menerima mas kahwin ini sebagai tanda ikatan murni dan suci. Saya akan menumpukan sepenuh perhatian dan taat setia yang tidak berleah bagi kepada suami saya dan mengharapkan agar suami sya sentiasa memberi bimbingan dan nasihat serta tunjuk ajar demi kebahagiaan bersama. Semoga perkahwinan ini mendapat restu dan redha dari ALLAH SWT.” Nur Sumayyah melafazkan penerimaan mas kahwin.

Giliran Encik Abdul Ghani pula melafazkan penyerahan tanggungjawab wali kepada pengantin lelaki. “Adalah saya Abdul Ghani bin Abdul Rauf, wali kepada Nur Sumayyah binti Abdul Ghani dari saat ini menyerahkan tanggungjawab nafkah, perlindungan, keselamatan, kasih sayang dan tanggungjawab agama Islam kepada kamu Tuan Fahem Izzuddin bin Tuan Haji Ahmad Izzuddin sebagai suami yang sah. Semoga diberkati ALLAH SWT ke atas kamu dan orang di bawah tanggungan kamu serta zuriat keturunan kamu. Amin.”

Dalam perkahwinan, lafaz memainkan peranan penting terutama bagi menjayakan acara akad nikah dan juga memberi kesan di dalam hati atas apa yang diucapkan. Pada zaman serba moden kini, lafaz-lafaz akujanji dan pengakuan semakin ditinggalkan serta tidak dipedulikan. Lantas ia tidak memberikan kesan dan impak dalam hati seseorang yang berkahwin.

Setelah wali melafazkan penyerahan tanggungjawab kepada pengantin lelaki, si ibu memberikan pula pesanan kepada anak yang bakal dijaga oleh si suami kelak. Tatkala Puan Rafeah memberikan pesanan, setitis demi setitis air mata Nur Sumayyah mengalir.

“Anakku Nur Sumayyah binti Abdul Ghani, hari ini kamu akan berpindah dari naungan dan perlindungan aya ibu ke suatu alam yang baru di bawah naungan suamimu. Ayah dan ibu telah mendidik dan mengasuhmu sebaik mungkin untuk menjadikan dirimu seorang anak yang solehah. Hari ini ayah dan ibu mengharapkan kepadamu untuk melaksanakan segala tunjuk ajar serta nasihat ayah dan ibu selama ini. Jadikanlah dirimu seorang isteri yang solehah nescaya suamimu akan menjadi teman yang mesra kepadamu.Berikanlah khidmat dan ketaatanmu kepadanya dengan jujur dan ikhlas. Hendaklah kamu menjaga perkataanmu dan budi pekertimu serta tingkah laku terhadapnya. Jagalah maruah dirimu dan jagalah maruah keluargamu. Taatilah ALLAH sepanjang hidupmu, semoga ALLAH memberikan ketabahan, keafiatan, ketenangan dan kebahagiaan kepada kamu. Ayah dan ibu memohon kemaafan di atas segala kesilapan dan kesalahan semasa mendidikmu.” Bercucuran air mata Nur Sumayyah gugur tatkala Puan Rafeah menyudahkan lafaznya.

Kemudian, Nur Sumayyah melafazkan terima kasih atas segala jasa dan budi ibu yang tidak mampu untuk dibalasnya. Walaupun air matanya sudah tiada lagi, sesekali kedengaran sendu yang ditahan tatkala melafazkan ucapan terima kasih untuk kedua orang tuanya. Tamat saja lafaz, dia mencium tangan ibu dan ayahnya dengan penuh kasih sayang. Dahinya pula dicium serentak oleh kedua orang tuanya.

Akhir sekali, pengantin lelaki melafazkan penerimaan tanggungjawab dari ibu bapa pengantin perempuan.

“Dengan ini saya Tuan Fahem Izzuddin bin Tuan Haji Ahmad Izzuddin, suami yang sah kepada Nur Sumayyah binti Abdul Ghani bersyukur kepada ALLAH di atas anugerah nikmat Iman, Islam, kesihatan dan isteri serta berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat bagi menjayakan majlis akad nikah ini. Oleh itu, mulai saat ini saya menerima tanggungjawab sebagai suami kepada isteri saya, Nur Sumayyah binti Abdul Ghani dan akan berusaha sebaik-baiknya untuk menjalankan tugas-tugas seperti berikut: - memberi nafkah zahir dan batin, penjagaan dan perlindungan yang sempurna, keselamatan yang terjamin, serta memberi bimbingan dan panduan ke jalan yang diredhai ALLAH. Saya mengharapkan doa restu dari semua pihak terutama ibu bapa tersayang dan ibu bapa mertua saya. Semoga perkahwinan ini mendapat restu dan redha ALLAH.” Selepas itu, dahi Nur Sumayyah dicium penuh kasih. Tatkala itu, flash dari kamera bersilih ganti merakamkan detik-detik indah dalam perjalanan hidup dua orang makhluk ALLAH tersebut. Saat ini, dia berjanji kepada dirinya, ini adalah wanita terakhir yang akan menjadi peneman hidupnya. Tiada lagi selepas Nur Sumayyah binti Abdul Ghani.

Tamat upacara nikah, diadakan pula majlis persandingan ringkas. Fahem dan Nur Sumayyah kelihatan cantik dan sama padan. Jubah lelaki serta serban dan jubah labuh penuh labuci berwarna putih krim menambahkan lagi keserian mereka pada malam tersebut.

 

SELESAI solat Isyak, Fahem duduk di birai katil. Dia menunggu Nur Sumayyah menyidai telekung dan sejadah di tempat penyidai.

Nur Sumayyah sudah duduk di sebelah suaminya. Sambil meramas lebut tangan isteirnya, Fahem mengucup dahi Nur Sumayyah. Satu perasaan yang sukar ditafsirkan menyelinap ke dalam hatinya. Hari ini dia dapat merasai bahawa perintah ALLAH yang melarang seseorang bersentuhan bukan dengan muhrimnya mempunyai hikmah tersendiri. Fahem dapat merasai nikmat bersentuhan dengan seorang wanita yang sudah sah menjadi isteirnya.

“Sumayyah, terima kasih sebab sudi jadi isteri abang.” Ucap Fahem. Nur Sumayyah membalas dengan senyuman manis untuk suaminya.

“Sumayyah pun nak ucapkan terima kasih sebab abang sudi jadi suami Sumayyah.” Ucap Nur Sumayyah sambil menarik tangan suaminya dan dieluskan pada pipinya.

“Abang nak makan tak?” soal Nur Sumayyah. Fahem mengangguk. Perutnya memang terasa lapar sangat.  Ketika makan beradab tadi, boleh dibilang dengan jari berapa suapan yang masuk ke dalam mulutnya.

“Jomlah turun. Boleh jugak tolong diorang untuk majlis esok.” Nur Sumayyah mengangguk setuju.

MAJLIS perkahwinan Fahem Izzuddin dan Nur Sumayyah berjalan dengan lancar dan penuh meriah. Sebelah pagi, kumpulan marhaban dari taman Nur Sumayyah menceriakan majlis. Nur Sumayyah dan Puan Rafeah sebenarnya adalah ahli kumpulan marhaban tersebut.

Nur Sumayyah didandan dengan cantik oleh mak andam. Suasananya sungguh meriah kerana Nur Sumayyah adalah anak tunggal kepada pasangan Encik Ghani dan Puan Rafeah. Tanpa diketahui sesiapa, ada yang menderita dengan perkahwinan ini. Badrul sebenarnya terkejut tatkala mendapat thau berita tentang pertunangan Nur Sumayyah. Dia menyimpan perasaan terhadap sepupunya itu sejak berusia 16 tahun. Selama ini dia menyangka Nur Sumayyah masih solo. Keakraban dia antara mereka berdua membuatka perasaan Badrul terhadap wanita itu semakin bercambah dari hari ke hari. Walaupun dia pernah menyintai Mazidah dalam diam, dia tahu cinta itu hanyalah berlandaskan nafsu semata-mata tatkala melihat cara pemakaian Mazidah yang terlebih seksi.

 

BUKIT BERUANG HEIGHTS

 

SEBAGAI anak sulung, majlis perkahwinan Fahem sememangnya terlalu meriah. Dihadiri oleh VVIP, orang-orang kenamaan, orang-orang kampung Tan Sri Tuan Haji Ahmad Izzuddin, orang-orang taman, rakan-rakan perniagaan dan ramai lagi.

Mazidah dan Diyya sudah sampai setenghah jam yang lalu namun Mazidah seperti tiada daya untuk melangkah ke banglo tersebut. 

Diyya menoleh ke kanan. Kelihatan Mazidah menitiskan air matanya. Perlahan-lahan, dia mengusap lembut belakang teman baiknya.

“Sudahlah tu, Idah. Dah TUHAN tentukan yang dia bukan jodoh kau. Nak buat macam mana.” Diyya menenangkan wanita di sebelahnya.

Mazidah menggeleng. “Aku bukan tangiskan tentang tu. Aku kesal dengan apa dia buat pada aku petang Jumaat lepas.” Mazidah memberitahu perkara sebenarnya.

“Apa yang dia buat pada kau?” soal Diyya dengan risau.

 

Imbas kembali

Dua hari lalu

 

SEJAK menjadi setiausaha kepada Encik Ikmal, Pengurus Kewangan yang baru, dia sudah jarang nampak wajah Fahem. Ini kerana pejabat Encik Ikmal berada di tingkat enam manakala pejabat Fahem pula berada di tingkat lapan. Jika berjumpa pun, hanya sebulan dua tiga kali saja. Itupun ketika mesyuarat.

Dia sedar Encik Ikmal Radzie beberapa kali cuba menggodanya. Namun dia sengaja buat tidak peduli. Satu hari, dia perlu mengikut Encik Ikmal bertemu dengan pengurus bank. Pertemuan tersebut berlanjutan sehingga jam lima setengah petang. Ketika pulang, mereka hanya berbual-bual kosong.

“Mazidah dah ada boyfriend?” soal Encik Ikmal. Mazidah segera menggeleng. Encik Ikmal hanya tersenyum sinis. Kenapa wanita ini tidak menceritakan siapa teman lelakinya? Ketika mula-mula bekerja di Izzuddin Supplier Holdings, dia sudah tahu tentang hubungan Mazidah dan Fahem. Malah, dia diberi amaran oleh beberapa orang staf di situ agar jangan ganggu Mazidah.

“Mustahillah orang secantik awak tak ada teman lelaki. Ke ataupun awak dah clash?” soal Encik Ikmal dengan berani. Spontan Mazidah menoleh ke kanan. Segaris senyuman hambar menghiasi wajahnya.

“Saya ni taklah secantik mana Encik Ikmal. Manalah ada orang nak pada saya.” Mazidah merendah diri.

Tiba-tiba sebuah kereta memintas Toyota Vios Encik Ikmal dan memaksa lelaki itu berhenti di tepi jalan.

Tiga orang lelaki keluar. Mereka berdua sudah terkedu. Lelaki berbaju putih itu mengetuk cermin kereta. Encik Ikmal terpaksa menurunkan cermin keretanya tatkala melihat tangan kanan lelaki tersebut menggenggam sepucuk pistol.

Dua orang lagi menuju ke arah Mazidah dan menarik wanita itu keluar lalu dengan pantas Mazidah ditolak ke dalam kereta Proton Saga FL di hadapan.

Lelaki berbaju putih tadi memberi amaran kepada Encik Ikmal. “Kalau kau tak mahu perempuan ni mati, jangan telefon polis.” Dengan segera lelaki tadi masuk ke kereta dan kereta buatan tempatan itu meluncur laju meninggalkan Encik Ikmal.

 

Cheng Heights Condominium

 

MAZIDAH diseret hinga ke atas katil. Lelaki berbaju putih tadi memandang bosnya yang sedang beristirehat di balkoni sambil mengambil angin petang.

“Bos, kami dah dapat dia.” Ujar lelaki berkenaan. Lelaki itu bangkit dan perlahan-lahan dia menapak ke katil. Mazidah yang matanya diikat dengan kain sudah terjerit-jerit. Perlahan-lahan, lelaki itu duduk di birai katil.

Dia mengusap lembut paha wanita itu yang sudah terselak.

“Siapa kau? Apa kau nak dari aku?” tubuh Mazidah semakin bergetar. Sejak putus dengan Fahem, tidak ada mana-mana lelaki yang berani menyentuhnya. Dia tahu di pejabatnya, terdapat beberapa orang teruna yang menyimpan perasaan terhadapnya. Tetapi oleh kerana dia adalah teman wanita kepada Fahem, tidak siapa berani mengusik ‘hak milik’ mafia itu. Usapan lelaki itu pada tubuh Mazidah membuatkan wanita itu jadi tidak tentu arah. Dia terus menjerit-jerit bagai terkena histeria. Dengan diam, ‘bos’ mengarahkan semua konco-konconya keluar. Yang tinggal hanyalah dua orang di balkoni luar sebagai penjaga keselamatannya.

Tiba-tiba Mazidah terasa badannya seperti dihempap dengan batu yang teramat berat. Oleh kerana terlalu letih melayan ‘kerenah nakal’ lelaki itu, akhirnya dia terlelap.

Dua jam kemudian, pandangan yang tadi gelap kini menjadi terang-benderang. Tangan yang tadi terikat kini sudah terlerai. Mazidah memusingkan kepalanya ke kiri dan kanan. Dia memandang ke sekliling bilik yang luas itu.

“Aku kat mana ni?” soalnya kepada dua orang lelaki yang sedang menonton televisyen. Lelaki berbaju putih tadi memandangnya. Baru saja dia ingin memberikan jawapan, pintu bilik air dibuka dari dalam. Seorang lelaki bertuala keluar dari bilik air. Lekas Mazidah menoleh ke kanan.

“Kau?” Mazidah menjegilkan matanya. Dia cuba bangun untuk membantai lelaki itu sepuas hatinya tetapi niatnya tiba-tiba terhenti tatkala melihat kondisi tubuhnya kini. Mana semua baju aku? Sekali lagi, dia menala tubuh Fahem dengan pandangan berapi.

Sambil tersengih penuh sinis, Fahem mendekati ‘buah hati’nya. “Baby sihat?” soalnya dengan tenang. Mazidah mencapai sebuah bantal lalu melemparkannya kepada lelaki tersebut. Fahem hanya tergelak bila bantal itu terkena badannya.

“Kenapa kau buat aku macam ni? Kau memang jantan sial, jantan tak guna!” jerkah Mazidah. Fahem hanya tergelak sinis menerima jerkahan-jerkahan dari bekas setiausahanya.

So, do you  feel the game too?” soalnya lagi setelah duduk di birai katil sambil membelai rambut lurus wanita itu. Tangan Mazidah pantas menampar pipi lelaki tersebut.

“Kau jangan nak kurang ajar dengan aku!” tempelak Mazidah. Fahem mengurut pipi kirinya yang ditampar. Matanya rakus meneliti wajah Mazidah yang sudah pucat. Hmm... masih cantik. Pujinya dalam hati.

“Aku tak tahu nak cakap macam mana. Tapi apa yang pasti, aku ‘perlu’ untuk menyakitkan hati kau. Dan aku rasa, tak keterlaluan kalau aku minta buat kali terkahir dari kau sebelum aku jadi hak milik kekal Nur Sumayyah selama-lamanya.” Dengan kudrat yang masih bersisa, Mazidah terus menampar lemah wajah lelaki yang semakin hampir dengan wajahnya.

 

“APA motif dia buat macam tu pada kau?” soal Diyya dengan dahi berkerut. Mazidah hanya menggeleng.

“Aku tak tahu Diyya. Katanya, dia ‘perlu’ menyakitkan hati aku.” Tanpa segan silu, Mazidah menangis di bahu Diyya.  Diyya menepuk-nepuk belakang Mazidah.

“Takpelah. Jom kita masuk dulu. Hal tu, kita selesaikan kemudian.” Ajak Diyya. Mereka keluar dari Vios maroon milik Mazidah. Toyota Vios itu juga sebenarnya dibeli oleh Fahem setelah Mazidah terlibat dengan sebuah kemalangan. Oleh kerana enjin Kancil Mazidah mengalami kerosakan yang amat teruk kerana melanggar kereta Proton Saga di hadapannya, mekanik yang juga kawan Fahem mencadangkan agar Mazidah membeli saja kereta baru. Katanya, memang Kancil tersebut boleh dibetulkan, tetapi akan memakan masa yang panjang.

Ketika mereka sampai, pengantin masih belum berarak. Kumpulan kompang dari kampung Tan Sri Tuan Haji Ahmad Izzuddin baru saja sampai. Fahem setia berdiri di sebelah bapanya, bersama-sama menyambut kehadiran tetamu.

“Eh, Mazidah. Ingatkan tak datang.” Tegur Tan Sri Tuan Haji Ahmad Izzuddin. Mazidah tersenyum.

“CEO kita kahwin, mestilah datang. Kalau tak, terbalik pejabat nanti.” Ucap Mazidah. Dalam diam, dia menyindir bekas pesangannya. Fahem hanya merenung tajam wajah sinisnya.

“Tan Sri, kenalkan ni housemate saya, Diyya.’ Diyya dan Tan Sri Tuan Haji Ahmad Izzuddin saling berbalas senyuman sebagai tanda perkenalan.

“Jemput makan Mazidah, Diyya.” Jemput tuan rumah. Sambil lalu, Diyya sempat memberi amaran.

“Jangan ingat aku tak tahu apa jadi Jumaat lepas. Kalau aku tahu lepas ni kau ganggu Mazidah lagi, sediap-sedialah kau!”

 

FAHEM sedang mengemas di khemah ketika Nur Sumayyah mendekatinya.

Hakimi yang sedang melipat kain meja sudah tersengih-sengih memandang dua orang lagi sepupunya. Leftenan Kolonel berusia 34 tahun itu bersiul. Dua orang sepupunya sudah mengangguk faham dengan arahan itu.

“Dia datang, dengan lenggang-lenggoknya...” usik mereka bertiga. Fahem memandang tiga orang dua pupunya itu sambil menggelengkan kepala.

Nur Sumayyah yang baru sahaja ingin bertanya sesuatu kepada suaminya, terus terbantut niatnya. Mukanya bagai tomato masak.

“Wei, hawau... sudah-sudahlah tu. Mengusik tak habis-habis.” Fahem memberi amaran dalam gurauan.

Kapten Hamidi memeluk tubuh-seolah-olah takut dengan amaran tersebut.

“Alamak, takut akulah. Ada orang dah bagi warning. Syyy... senyap.” Kapten Farihin pula membuat gaya mulut dizip rapat, tanda tidak boleh dibuka lagi. Fahem yang dari tadi cuba menahan gelak, langsung terburai gelaknya. Antara tiga orang itum Farihin adalah yang paling kelakar.  Pandangannya dialihkan kepada isteri yang baru dinikahi dua malam lepas.

“Kenapa?” soal Fahem.

“Abang nak makan tak? Sumayyah isikan nasi.” Soal si isteri. Fahem mengerling jam yang tersangkut di tangan kirinya. “9.15 nanti abang nak makan. Ni, abang nak kemas khemah sekejap.” Balas Fahem. Nur Sumayyah mengangguk akur sambil masuk semula ke dalam. Dia ingin menolong Fateeha mengemas dapur pula.

“Fahem, mana kau jumpa bini kau tu?” soal Hamidi.

“Kau ni kan, berjuta kali dia kata dia jumpa masa kat Mesir dulu. Kau ingat lagi ke tak, Ham?” selamba badak saja Farihin mengenakan sepupunya. Dengan muka tidak bersalah, Hamidi menjawab, “Oooh.”

 

MEREKA menikmati makan malam di khemah pengantin yang masih belum dibuka mejanya. Manalah tahu jika masih ada tetamu yang datang pada malam hari, maka mereka mempunyai meja untuk menjamu makanan.

Nur Sumayyah menuangkan air anggur untuk suaminya.  Kemudian, dia duduk di sebelah Fahem untuk makan bersama.

“Sabtu depan, ada kenduri kat rumah Nek Ngah kamu. Kamu bertiga kena datang!” Tan Sri Tuan Haji Ahmad Izzuddin memberitahu kepada tiga orang anak buahnya itu.

Hamidi mengangkat kepala. “Kenduri apa Pak Ngah Din?” Puan Sri Sharifah tersenyum.

“Si Fahem ni kan cucu Nek Ngah kamu yang pertama kahwin, tu yang dia nak buat kenduri sambut cucu menantu kat kampung. Dah Nek Ngah kamu berhajat sangat, kami ikutkan saja.” Jelas Puan Sri Sharifah.

“Oooh. Yalah, cucu kesayanganlah katakan.” Perli Farihin. Fahem menjeling dua pupunya sambil tersengih.

“Kami tak berani nak janji Pak Ngah Din, takut ada tugas atau kursus.” Sahut Hakimi sambil menuang air anggur ke dalam gelasnya.

“Yalah... kalau dah tak dapat nak buat macam mana. Tapi nanti jangan cakap pak ngah tak jemput pulak.”

Tan Sri Tuan Haji Ahmad Izzuddin tahu, anaknya lebih rapat bersama dua pupunya dari sepupu sendiri. Ini kerana, kelima-lima anak kakaknya bersifat seperti tidak reti bermasyarakat. Jika ada kenduri kendara di rumah emaknya, mereka adik beradik bagaikan mem besar di rumah itu. Setelah ditegur beberapa kali oleh emak dan nenek sendiri, barulah mereka membuat kerja.

“Kau nak buat apa lepas makan nanti?” soal Farihin yang duduk bertentangan dengan Fahem. Pengantin baru itu hanya tersengih.

“Aku tengok dari tadi cara kau tenung bini kau macam nak terkam aje. Sabarlah. Kitaorang ada lagi kat sini. Kejap lagi kau terkamlah puas-puas.” Selamba Hamidi menyudahkan ayatnya. Nur Sumayyah yang tadinya ceria tiba-tiba berubah wajah. Di bawah meja, Fahem menendang sekuat hati kaki lelaki komando itu.

“Aku tahulah dulu kau pernah jadi komando. Tak payahlah nak sepak kaki aku kuat-kuat!” untuk menjerit kesakitan, Hamidi ingin menjaga macho di hadapan Nur Sumayyah. Komandolah katakan. Serangan bertubi-tubi dari pengganas masih boleh ditahan. Jika tendangan tak seberapa seperti tadi dia menjerit melolong, jatuhlah maruahnya sebagai komando terbaik!

“Kau tanya aku lepas makan nak buat apa? Lepas makan aku nak hadiahkan kepada Malaysia bakal-bakal askar dan polis untuk keselamatan negara tercinta.” Jika diikutkan, memanglah ayat Fahem masih berlapik namun wajah Nur Sumayyah dirasakan sudah tebal 10 inci.

 

“ABANG ni, tak senonoh betul cakap macam tu tadi. Malu Sumayyah!” rungut si isteri tidak puas hati dengan kata-kata suami ketika mereka makan tadi. Fahem hanya tersengih sambil matanya memandang sekilas ke jam dinding. Hampir 12.00 tengah malam.

“Sayang, kita bersihkan badan dulu. Lepas tu kita sembahyang Isyak jemaah ya. Badan abang pun dah letih sangat ni. Dah melekit sangat rasanya.

“Abang mandi dulu. Sumayyah siapkan pakaian abang.” Ujar Nur Sumayyah. Fahem yang sedang mengambil tuala di tempat penyidai terhenti seketika.

“Kenapa tak kita mandi sekali? Jimat masa. Cepat kita sembahnyang, cepatlah kita tidur. Abang dah letih sangat ni.

Nur Sumayyah tergamam seketika. Sayup-sayup kedengaran suaminya mendendangkan sebuah lagu nyanyian Peabo Bryson dan Roberta Flack.

 

Tonight I celebrate my love for you
It seems the natural thing to do
Tonight no one's gonna find us
We'll leave the world behind us
When I make love to you
Tonight I celebrate my love for you
And hope that deep inside you feel it too
Tonight our spirits will be climbing
To the sky lit up with diamonds
When I make love to you tonight

 

 

Monday 13 May 2013

Selamat Hari Ibu

Mungkin saya sudah terlambat hampir setengah jam. Tetapi saya masih ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua ibu di seluruh dunia terutamanya kepada emaka saya yang telah membesarkan kami tujuh beradik dna menjadi manusia berguna. Segala jasanya amat sukar untuk kami balas. Terima kasih untuk segala-galanya.

Untuk itu, saya tujukan lagu BSB ini khas untuk semua ibu di dunia.