REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

Wednesday 23 November 2011

Malaysia vs. Syria

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan tahniah kepada pasukan Harimau Muda kerana berjaya bertahan mematahkan serangan-serangan berbahaya dari pasukan Syria. Walaupun kita tewas 0-2 kepada Syria, janganlah kita mencemuh mereka. Mereka telah menunjukkan semangat juang yang tinggi untuk negara. Baru saja pulang dari Palembang, mereka tidak sempat berehat dan terpaksa turun berlatih untuk menentang Syria hari ini. Mungkin kita tidak ada rezeki untuk ke Olimpik 2012. Tetapi manalah tahu, kita berjaya untuk Sukan Olimpik yang lain.
Harapan saya, kita mesti sentiasa memberikan sokongan seratus peratus kita kepada Skuad bolasepak negara - Harimau Muda & Harimau Malaya tidak kira sama ada mereka menang atau kalah. Jika bukan kita yang menyokong mereka, siapa lagi yang ingin menyokong mereka?
Sukan bolasepak negara kita sedang dalam usaha untuk mengecapi kegemilangan seperti di zaman Allahyarham SuperMokh. Skuad Harimau ingin menjadi setaraf dengan pasukan-pasukan antarabangsa yang hebat seperti Brazil, Sepanyol, Itali dll.
Pesanan saya, janganlah kita menyokong dan memuji-muji mereka ketika mereka berjaya membawa kejayaan saja dan mencemuh-cemuh mereka ketika mereka gagal memberikan kemenangan kepada kita. Kita haruslah menjadi tulang belakang kepada mereka untuk memastikan sukan bolasepak negara terus meniti kejayaan pada masa akan datang.

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA!!!

No comments:

Post a Comment