REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

Tuesday 12 October 2010

CSU 11

CINTA SEORANG USTAZ 11

SANDRA sudah bertekad. Dia akan meninggalkan Iskandar. Dia akan pergi jauh. Ke tempat yang mungkin lelaki itu tidak dapat jejakinya lagi. Sandra sedar, dia memang tidak layak untuk Iskandar setelah menegtahui status dirinya yang sebenar. Dia jadi malu. Malu pada diri sendiri… malu pada Iskandar yang datang dari susur galur yang baik. Dan lebih hina, dia terasa bahawa dirinya terlalu jijik dan kotor. Mana mungkin seorang ustaz mahu beristerikan wanita jijik sepertinya?
        Dinihari yang dingin, buat pertama kali dalam hidup, Sandra bangun untuk menunaikan solat. Selama dia berkawan dengan Iskandar, lelaki itu lembut dalam menegurnya.Kata-katanya tidak sinis. Iskandar ada mengatakan bahawa arwah abah angkatnya yang banyak mengajarnya cara-cara berdakwah dengan lembut.
        “Arwah abah I selalu cakap. Bila kita berdakwah, kita tak boleh terlalu berkeras dan memaksa. Malah, kita kena sentiasa berlembut. Walaupun diumpat keji, dihina orang, kita haruslah sentiasa tersenyum kepada mereka. Manalah tahu, bila kita sentiasa sedekahkan senyuman yang ikhlas, mungkin hati mereka cair dan seterusnya menerima dakwah kita.
       Dan apabila kita nak menegur orang supaya meninggalkan sesuatu yang keji dan memulakan sesuatu yang baik, haruslah menggunakan pendekatan yang begitu juga. Contohnya, I nak berdakwah pada you supaya pakai pakaian yang lebih sopan. Takkanlah I nak terjerit sampai satu restoran dengar? ‘Sayang, I nak you pakai baju yang menutup aurat! I tak suka you pakai macam ni! Kalau tak, I telanjangkan you kat sini!’ Takkanlah I nak cakap macam tu? Tidakkah itu akan mengaibkan diri you? Itulah psikologi yang selalu diajar oleh arwah abah I masa I belajar di Kelantan dulu.”
       Selesai bersolat Tahajjud, dia cuba melakukan Solat Sunat Taubat. Tiba-tiba terdetik sesuatu di hatinya. Macam mana nak lafaz niat? Mindanya terus teringat pesanan Mak Cik Esah yang menjaganya sejak dari kecil.
       “Lafaz niat tu tak penting nak. Apa yang penting nawaitu kita dalam hati nak solat apa. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui.”
      Selesai solat, dia mengambil muqaddam yang dibeli di Mydin MITC tadi. Merangkak-rangkak dia membaca satu-satu huruf. Sehingga mukasurat tiga, dia berhenti. Dia masih teringatkan Iskandar. Lelaki itu tidak pernah meninggalkan solat. Jika mereka merancang untuk keluar dari jam 11 pagi hingga 5 petang, lelaki itu tetap singgah di masjid atau surau di sepanjang perjalanan untuk mendirikan solat. Iskandar tidak lupa untuk mengajaknya sekali.
      Bila dikatakan cuti, Iskandar hanya tersengih. Bila dikatakan dia tidak tahu niat untuk bersolat, Iskandar mengatakan bahawa niat dalam hati semasa takbiratul ihram itulah yang penting. Lafaz niat jika tidak tahu, mengapa. Tapi seelok-eloknya, tahulah. Bila dikatakan dia hanya berpakaian singkat, Iskandar terus mengambil beg kertas dari belakang dan menguhulurkannya.
       “Dalam ni ada jubah warna hitam serta sehelai tudung. You sarung saja baju ni dalam kereta. Dan kemudian, you pergi ke tempat wudhuk wanita. Lepas berwudhuk, you terus naik dan solat.”
       Sandra menangis. Air matanya deras menuruni pipi, bagaikan Angel Waterfalls di Venezuela. YA ALLAH, KAU berikanlah kepadaku kekuatan untuk melupakan lelaki sebaik Iskandar. Sesungguhnya, dia memang tidak layak untuk diriku yang kotor dan hina ini. Akhirnya, Sandra tertidur di atas sejadah permberian Iskandar dangan badan yang dibungkus sepasang telekung yang juga dihadiahkan oleh Iskandar.






VILLA JANNAH

SUDAH beberapa hari Datuk Alexander memerhatikan Iskandar. Jika dahulu, setiap hujung minggu saja, mesti anak lelakinya itu lesap. Pergi pagi. Petang baru pulang. Bila ditanya ke mana, katanya bermain tenis atau futsal bersama rakan-rakan lelaki. Tak pun menghabiskan masa bersama Sandra dengan berjalan-jalan di tepi pantai, window shopping di JJ atau melakukan aktiviti sukan bersama wanita itu di pagi hari.
        Namun sejak seminggu ini, dia melihat Iskandar asyik termenung. Bila diajak makan, hanya dua tiga suap saja yang lepas ke dalam anak tekak. Biasanya, dialah orang yang paling lama menghadap makanan. Kadangkala makan nasi sampai dua tiga kali tambah tetapi badan begitu juga.
       Datuk Alexander mula diterpa rasa bersalah. Ketika dia asyik menikmati air terjun buatan di laman rumahnya, Datin Aminah datang membawa sedulang jus oren.
       “Kenapa bang?” tanya Datin Aminah. Selalunya selepas sembahyang subuh di hari minggu, suaminya akan tidur semula hingga 7.30 pagi dan akan bangun sambil berjalan di sekeliling taman. Jika rajin, Iskandar akan menemaninya berjogging di taman permainan berdekatan. Jika tak banyak halangan, dia juga akan mengikutnya. Naum hari ini, lepas saja sembahyang subuh sekitar 6.15, suaminya duduk termenung di wakaf yang dibina di hadapan air terjun buatan.
        Datuk Alexander menarik nafas berat. “Abang risau tengok Is tu. Seminggu ni, dia asyik terperap saja dalam bilik. Dia macam nak jauhkan diri dari abang saja.” Jawab Datuk Alexander. Datin Aminah senyum. Ingatkan suaminya memikirkan hal dunia.
        “Perasaan abang saja tu. Takkanlah dia sanggup buat begitu pada abang? Lagipun...”
        “Kamu nak kemana tu, Is?” tanya Datuk Alexander apabila melihat Iskandar menjinjing beg sandang menuju ke BMW M6 Coupenya. Iskandar tetap kelihatan kacak walau  hanya berseluar jeans putih dan bert-shirt hitam.
       “Is nak ke rumah arwah abah. Tengoklah, dalam hari Selasa nanti Is baliklah.” Dia menapak ke wakaf dan menyalam mummy dan daddynya.
      “Assalamualaikum.” Pantas kakinya menapak ke keretanya. Datuk Alexander dan DAtin Aminah saling berpandangan. Mereka kehilangan kata-kata.
      
DI SEBUAH KAMPUNG

“KAN aku dah kata, ustaz tu memang ada hati dengan kau? Kenapalah kau susah sangat nak faham?” Najwa memandang Laila. Wajah rakan baiknya itu gelisah.
       “Kau ni... nak masuk sejuta kali aku cakap! Ustaz nak aku terima dia sebab dia takut kalau daddy dia carikan wanita yang tak sepadan dengan dia! Tak menepati citarasa dia!” Laila masih teringat lagi kata-kata Ustaznya ketika dia mahu keluar dari bilik guru.

 “Walaupun saya tak sayang awak, tapi sekurang-kurangnya saya tahu perangai awak. Sekurang-kurangnya saya dah kenal awak walaupun tak sampai setahun. Kalau daddy saya carikan perempuan yang entah apa-apa, nayalah saya! Mana tahu, dia sengaja nak kikis harta keluarga saya ke, kan?”
       “Takkanlah wanita bertudung berperangai macam tu? Mustahillah!”  Iskandar menggelengkan kepala.
      “Orang zaman sekarang ni... kulit je sama coklat. Hatinya... ada yang merah... ada yang biru, ada yang hitam, ada yang pink... macam-macam warna!”
      Laila menggeleng. “Ustaz ni entah apa-apa entah! Bukan kulitlah... tapi rambut yang sama hitam!” Laila membetulkan peribahasa. Suka-suki suku mak dia je nak tukar-tukar peribahasa.
      “Tak semua orang rambut sama hitam. Orang tua bila dah beruban... putih jugak rambutnya! Orang putih... contoh macam saya nie... ada perang-perang sikit rambut saya. Ada jugak rambut yang berkarat. Mungkin air paip kat rumah dia berkeladak agaknya!” Iskandar tetap tidak mahu mengalah. Malas mahu melayan Iskandar, Laila menapak keluar dengan laju.


PERHENTIAN MUADZAM, PAHANG

SEMENTARA menunggu pesanannya sampai, Iskandar mencongak mengatur perjalanannya.
        Dalam 9 malam, sampailah aku ke Kelantan. Tak lama kemudian, makanan yang dipesan tiba. Iskandar mula makan dengan teratur. Sambil makan, dia berfikir tentang dirinya.
        Kenapalah daddy ragu-ragu sangat dengan Sandra tue. Dia taklah sejahat manapun. Cuma cara pemakaian saja. Tapi aku yakin, aku pasti boleh ubah fizikalnya. Selesai menjamah makanannya, Iskandar ke musollah dan membuat solat jamak. Selesai semuanya, dia meneruskan perjalanan. Dia sudah menelefon Tuan Pengetua untuk bercuti dua hari iaitu hari Isnin dan Selasa.








No comments:

Post a Comment