REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

Saturday 14 May 2011

WUC 20

WAKE UP CALL 20

SEJAK dari hari itu, hubungan Fahem Izzuddin – Nur Syuhadah atau nama asalnya Nur Sumayyah, semakin rapat. Jika satu hari Fahem tidak mendengar suara Nur Sumayyah, hatinya bagai tidak keruan. Begitu juga Nur Sumayyah. Jika satu hari Fahem tidak menelefon atau mengirim mesej kepadanya, hidupnya terasa sunyi. Begitulah resam dan adat orang bercinta. Sejak dari hari itu juga, Fahem akan menjadi pemanggil tetap. Tepat jam 11.50 malam, dia akan menelefon Nur Sumayyah. Jika ketika itu dia sedang menonton televisyen, Nur Sumayyah akan membawa telefonnya naik ke atas selepas diizinkan oleh kedua orang tuanya.

 SATU malam, Fahem mengajak Nur Sumayyah keluar. Pada mulanya, Nur Sumayyah berkeras supaya Zariff dibawa bersama. Tetapi Fahem mahukan privasi. Akhirnya, Nur Sumayyah akur.
          Nampak sahaja Volkswagen The Eos biru gelap bernombor pendaftaran TF 2282, Nur Sumayyah terus saja mencium tangan emak dan ayahnya sebelum keluar dari rumah.
          “Kita nak ke mana ni, Fahem?” soal Nur Sumayyah setelah masuk ke dalam kereta. Fahem hanya tersenyum manis sambil memecutkan larian keretanya.
          “Sumayyah tunggulah. Dalam 15 minit lagi, kita sampailah.” Ujar Fahem. Akhirnya, setelah 15 minit, Fahem memarkir keretanya berdekatan Pizza Hut di Plaza Pandan Malim. Setelah membayar pesanannya, dia dan Nur Sumayyah keluar dan masuk semula ke dalam kereta.
          Nur Sumayyah pelik. Mana pulak dia ni nak bawa aku? Dia bertanya kepada dirinya sendiri.
          “Sumayyah tunggu saja. Kejap saja. Lebih kurang dalam 20 minit, sampailah kita.” Jawab Fahem. Dia seperti tahu saja persoalan yang sentiasa berpusing di dalam otak kekasihnya.
          “Yalah.” Balas Nur Sumayyah. Entah kat manalah dia nak bawa aku agaknya.
          Akhirnya, Fahem menghentikan Valkswagen The Eoc kesayangannya di tepi Lebuh Ayer Keroh. Nur Sumayyah menoleh ke kiri. Dataran MBMB menarik minatnya. Fahem hanya tersengih melihat keterujaan Nur Sumayyah. “Jom.” Ajaknya.
Dengan pantas, Nur Sumayyah keluar sambil menyangkut tali beg tangannya pada bahu kanan. Mereka mengorak langkah menuju ke tempat duduk yang disediakan. Nur Sumayyah dan Fahem duduk di hujung tempat duduk. Di tengahnya, Fahem meletakkan bungkusan Pizza Hut serta minumannya. Nur Sumayyah meletakkan meletakkan beg tangan di sebelah kirinya, berdekatan dengan bungkusan Pizza Hut.
          Mereka leka melihat pancut yang sekejap turun dan naik bagai music equalizer.
          “Eh, marilah makan dulu. Nanti sejuk pulak pizza ni.” Ajak Fahem. Nur Sumayyah mengangguk. Fahem mengeluarkan kotak pizza dari plastik. Kemudian, dihulurkan sebotol F&N strawberi kepada Nur Sumayyah dan sebatang penyedut air. Dia membuka penutup air vanilla coke dan menyedutnya sedikit. Selepas itu, dia menarik sepotong pizza. Selepas membaca bismillah, barulah dia mengunyah pizza tersebut.
          Sekali imbas, Nur Sumayyah melihat penampilan Fahem. Berbaju kemeja kotak-kotak warna putih berjalur biru cair yang tidak di tuck-in, dipadankan dengan jeans hitam. Topi biru gelap lambang Adidas menutupi kepala lelaki itu.
          “Sumayyah tahu tak, Fahem rasa gembira sangat bila Sumayyah dah ingat siapa diri Fahem yang sebenarnya.” Ujar Fahem setelah sepotong pizza sudah habis dikunyah. Dia menyedut sedikit air minumnya. Nur Sumayyah hanya tersenyum.
          “Sumayyah harap, Fahem tolonglah Sumayyah. Sumayyah masih lagi hilang ingatan.” Balas Nur Sumayyah. Fahem tersenyum senang hati.
          “Sebab itulah Fahem bawa album Fahem yang ada gambar-gambar Sumayyah.” Jawab Fahem sambil membuka zip beg sandang tepi warna hitam Beverly Hills Polo Club. Dikeluarkan album yang dibawanya dan diberikan kepada Nur Sumayyah. Wanita itu segera mengelap tengannya dengan tisu poket. Kemudian, tisu itu dihulurkan kepada Fahem. Lelaki itu menyambutnya dengan senyuman manis.
          Nur Sumayyah membelek satu per satu gambar-gambar itu. Dia tertawa kecil apabila melihat aksi mereka di dalam gambar itu. Antaranya adalah ketika mereka melakukan lawatan di Piramid Giza. Selepas itu, mengambil gambar bersama-sama dengan unta yang berada di sekitar kawasan tersebut. Ada juga gambar Fahem bersama Perdana Menteri ketika itu ( sekitar 2003), Tun Dr. Mahathir Mohamed yang membuat lawatan ke Mesir. Ada juga gambar Fahem bersama-sama dengan Dr. Yusuf Qardhawi. Tak ketinggalan juga gambar para pelajar yang sekuliah dengan Fahem.
         Nur Sumayyah akui, Fahem kelihatan segak dengan jubah putih serta kopiah yang dililit serban. Memang macho habis.
         Fahem mengeluarkan sesuatu dari kocek seluar jeansnya. Dia memandang Nur Sumayyah yang leka melihat air pancut di hadapannya.
          “Sumayyah.” Panggil Fahem. Nur Sumayyah menoleh ke kiri sambil tersenyum.
          “Setelah lama kita berpisah, akhirnya dengan ketentuan ALLAH... kita bertemu juga.” Fahem bermukadimah. Nur Sumayyah mengangguk setuju.
          “Sumayyah, sudikah Sumayyah menjadi kekasih hati Fahem seperti dulu?” soal Fahem dengan penuh berani. Nur Sumayyah tersenyum sambil mengangguk. Yes! Feham menjerit di dalam hati.
          “Walaupun Sumayyah masih hilang ingatan, tapi Sumayyah tahu, cinta Fahem pada Sumayyah tetap tidak akan luntur sehingga akhir hayat kita.” Balas Nur Sumayyah.
          “Sumayyah harap, Fahem janganlah main-mainkan perasaan Sumayyah. Dan lagi satu, Sumayyah masih hilang ingatan. Jadi, Fahem tolonglah imbas-imbaskan kepada Sumayyah tentang cinta kita yang dulu.” Serentak dengan itu, Fahem menghulurkan sebentuk cincin platinum kepada Nur Sumayyah. Wanita itu mengerutkan dahinya.
          “Cincin apa ni?” soalnya. Takkanlah cincin tunang pula?
          Fahem tersenyum.” Ini adalah cincin tanda. Tanda bahawa Sumayyah bersetuju untuk menyambung cinta kita yang lama, dan juga tanda bahawa Sumayyah telah mencuri hati Fahem. Sesiapapun takkan boleh mengambil Sumayyah dari Fahem. Hanya ajal maut saja yang memisahkan kita.”
          Nur Sumayyah membelek-belek cincin itu. Dia ternampak sebuah perkataan yang diukir di tengah-tengah cincin itu. Di sekeliling cincin itu dihias dengan berlian putih berbentuk love.
          “Sufi?” Nur Sumayyah membaca perkataan tersebut dengan muka yang berkerut. Fahem tersenyum lagi.
          “SUFI. SU untuk Sumayyah dan FI untuk Fahem Izzuddin.” Jawab Fahem.
          Nur Sumayyah tersenyum malu.
          “Yang ni, Fahem punya.” Jawab Fahem sambil menunjukkan cincin perak dengan ukiran nama yang sama seperti kepunyaan Nur Sumayyah.
          Fahem mengeluarkan MP4 dari begnya. Ditekan butang ‘on’. Setelah mencari folder Music, dia membukanya. Dia mencari-cari sebuah lagi. Setelah mendapat lagu tersebut, dia menekan butang ‘play’. Suasana sunyi menyapa mereka seketika. Lagu I Finally Found Someone nyanyian Bryan Adams dan Barbara Streisand berkumandang dari MP4, menyemarakkan lagi suasana romantis di antara mereka berdua.

I finally found someone
That knocks me off my feet
I finally found the one
That makes me feel complete
It started over coffe
We strated out as friends
It's funny how from simple things
The best things begin

This time is different
And it's all because of you
It's better than it's ever been
'Cause we can talk it though
My favouite line was
"Can I call you sometime"
It's all you had to say
To take my breath away

This is it, oh I finally found someone
Someone to share my life
I finally found the one
To be with every night
'Cause whatever I do
It's just got to be you
My life has just begun
I finally found someone

Did I keep you waiting? I didn't mind
I apologise, baby that's fine
I would wait forever just to know you were mine

You know I love your hair
Are you sure it looks right?
I love what you wear
Isn't it too tight?
You're exceptional
I can't wait for the rest of my life

This is it, oh I finally found someone
Someone to share my life
I finally found the one
To be with every night
'Cause whatever I do
It's just got to be you
My life has just begun
I finally found someone
And whatever I do
It's just got to be you
My life has just begun
I finally found someone


         “Nanti, bila daddy dan mummy balik dari Mekah, Fahem nak mintak mereka merisikkan Sumayyah untuk Fahem.” Fahem mengutarakan rancangannya. Nur Sumayyah hanya tersenyum.
          “Suka hati Fahemlah. Tapi, Fahem datanglah ke rumah, cakap elok-elok dengan ayah.” Cadang Nur Sumayyah.
          “Iyalah.” Jawab Fahem. Mereka terus menikmati malam itu dengan meliarkan mata ke sana sini, melihat suasana Ayer Keroh yang disimbahi lampu-lampu neon yang berwarna warni.
          “Fahem makan sepotong, Sumayyah makan sepotong. Habiskan pizza ni.” Ujar Fahem. Nur Sumayyah mengangguk setuju. Selesai saja makan, mereka mengemaskan barang-barang mereka. Fahem membuang sampah di tong sampah berdekatan. Kemudian, mereka menuju ke kereta.

“BUKAN main lagi I tengok you punya ex. Dah dapat awek baru ke?” Mark menyakat Fiona. Fiona menjeling lelaki kecukan Cina-Inggeris itu.
         “You ni kenapa? Suka sangat nak menyakitkan hati I?” Fiona menempelaknya. Mark hanya tersengih-sengih.
         “Tak adalah. Eh, lupakanlah pasal dia! I ada satu planning. You tahu tak, I sakit hati sebab dia ni suka rampas tempat I. Peniaga di kawasan Banda Hilir, semua dah tak takut pada I. Diorang semua dah beralih arah! Berpaling tadah pada Fahem! I dah planning untuk bakar kawasan pembinaan syarikat dia. Apa macam? Setuju tak?” Mark meminta pandangan buah hatinya.
         Fiona mendengus. “Kalau you rasa dengan cara tu dapat melunaskan dendam you pada dia, just go on!” balas Fiona seperti acuh tak acuh. Dengan pantas, dia masuk semula ke dalam kereta Mark setelah mengintip Fahem yang bersama seorang wanita bertudung dari jauh. Mark dan konco-konconya segera masuk ke dalam kereta dan bergerak meninggalkan Dataran MBMB.
         “You kata nak pergi Mexico. Bila?” soal Fiona. Mark menyalakan api di hujung rokoknya. Fiona menjeling.
         “You tahu I tak suka dengan rokok, tapi you nak jugak hisap rokok depan biji mata I kan!” Fiona merungut namun dengan nada yang keras. Sama saja macam Fahem, suka sangat hisap rokok! Bentak hatinya.
         “Alah, I bukannya selalu hisap rokok. Tak macam ex you! Masa you couple dengan dia, agak-agak satu hari berapa batang dia ambil?” soal Mark, sengaja ingin tahu tentang Fahem.
         Fiona berfikir seketika. “Rasanya kadang-kadang dua hari sekali kot. Kalau dia dah betul-betl stres, kadangkala satu hari tu dia boleh habiskan sekotak rokok!” jawab Fiona. Dalam diam dia akui, walaupun Fahem kuat merokok, giginya kelihatan putih bersih. Kadangkala bila bercakap dengannya, mulut Fahem langsung tiada bau rokok walaupun dia baru saja habis merokok. Dia tidak tahu apakah rahsia lelaki itu.
         “Sayang, you boleh tolong I tak?” pinta Fiona. Mark yang sedang meliarkan matanya melihat kawasan sekeliling, segera menoleh ke kiri.
         “Apa dia?” soalnya. Fiona tersneyum.
         “Boleh tak you suruh orang you intip Fahem?” pintanya. Dengan senang hait, Mark mengangguk. Suasana sepi seketika. Tiba-tiba, telefon bimbit Mark berdering.
         “Helo.” Sapa Mark. Fiona melihat teman lelakinya itu mengangguk-anggukkan kepalanya beberapa kali.
         “Bagus! Nanti aku beri upah pada kau seperti yang dijanjikan.” Ujar Mark. Sejurus kemudian, perbualan ditamatkan.
         “Siapa tu?” soal Fiona. Mark tersenyum.
         “Orang-orang I. Mereka beri repot, mengatakan yang mereka dah bakar kawasan pembinaan syarikat Fahem tu.” Fiona terkejut.
         “Bakar semua ke?” soalnya. Mark menggeleng.
         “Bahagian depan tu saja. Itu hanya amaran. I tahu, dia takkan serahkan kawasan Banda Hilir pada I.” Luah Mark. Fiona hanya mencebik.

“WHAT?” hampir gugur jantung Nur Sumayyah mendengar jeritan Fahem.
         “Okey. Kau orang tunggu situ. Sekarang juga aku ke sana!” balas Fahem. Serta-merta, talian ditamatkan.
         “Kenapa Fahem?” soal Nur Sumayyah dengan lembut. Fahem menoleh ke kiri untuk seketika.
         “Ada orang bakar kawasan pembinaan syarikat. Macam mana Fahem nak jawab dengan daddy? Tak lama lagi, dia nak balik.” Luah Fahem. Dalam diam, dia mencongak sendiri. Dia memang tiada musuh kecuali...
         Shit!!! Nanti kau!
         YA ALLAH, aku ni... naik fun fair atau kereta? Nur Sumayyah bermonolog di dalam hati apabila melihat cara pemanduan Fahem yang terlalu laju. Tahulah kereta mahal, tapi kalau nak mati pun, janganlah bawa aku sekali! Jerit hatinya.
         “Fahem, perlahanlah sikit bawa kereta. Sumayyah dah takut semacam ni.” Luah Nur Sumayyah dengan muka yang berkerut-kerut.tiba-tiba Fahem tergelak kecil.
         “Sorry. Fahem terpaksa hantar Sumayyah lambat sikit sebab ada masalah di tapak bina, okey?” ujar Fahem. Mahu tak mahu, Nur Sumayyah terpaksa bersetuju.
         Akhirnya, mereka tiba juga di kawasan tapak bina itu. Fahem terus menuju ke pondok pengawal yang dikerumuni oleh ramai orang. Nur Sumayyah hanya mengikut dari belakang.
         “Dhar, kau okey tak?” soal Fahem kepada pengawal keselamatan itu. Lelaki itu menggeleng perlahan.
         “Awak nampak tak siapa yang pukul awak?” soal Fahem lagi. Dharma menggeleng.
         “Saya tak kenal tuan tapi saya macam pernah perasan muka orang tu.” Jawab Dharma. Fahem ingin bertanya lanjut tetapi Dharma tiba-tiba saja muntah darah.
         “Bawa dia ke klinik sekarang.” Arah Fahem. Razif dan Zaki mengangguk laju. Mereka segera memapah Dharma untuk dibawa masuk ke dalam kereta mereka namun ditegah oleh Fahem.
         “Biar Faizal dengan Najib yang bawa. Kau berdua, ikut aku.” fahem mengarah lagi. Mereka menuju ke pejabat sementara pada bahagian depan bangunan yang sedang dibina itu. Razif dan Zaki mengangguk patuh.

“AKU suruh kau orang pantau kawasan sini kan? Kau orang buat kerja ke tidak?” soal Fahem. Hatinya sudah tidak boleh bersabar lagi. Nur Sumayyah tersengguk-sengguk menahan ngantuknya.
         “Tuan, memang kami dah pantau.” Jawab Razif. Fahem mendengus.
         “Habis tu, macam mana dia boleh tembus?” soal Fahem. Razif dan Zaki mengangkat bahu, tanda tidak tahu.
         “Mungkin dia menyamar?” Zaki mengagak. Fahem mengangguk-anggukkan kepala. Ada betula juga.
         “Kau orang rasa, siapa punya kerja?” soal Fahem, inginkan kepastian.
         “Siapa lagi tuan, kalau bukan Mark?” Razif membuat kesimpulan. Fahem mengangguk setuju. Selesai saja perbincangan mereka, Fahem mengejutkan Nur Sumayyah yang sudah tertidur dalam keadaan menongkat dagu di atas meja. Selepas saja menghantar Nur Sumayyah, dia pulang ke rumahnya. Macam mana aku nak cover balik semua tu? Tak lama lagi, daddy dah nak balik! Jenuhlah aku nak menjawab! Hati Fahem mengeluh.

1 comment:

  1. Saya suka citer ni, hopefully Fahem betul2 insaf dan kembali ke pangkal jalan before dia kahwin dgn Nur Sumayyah @ Syuhadah..

    Janganlah musuh2 Fahem culik or apa-apakan Sumayyah..

    Thanks sbb tulis citer ni saya jumpa dan follow drp penulisan2u... (^_^)

    ReplyDelete