REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

Friday 15 October 2010

WUC 3

WAKE UP CALL 3


FAHEM hanya memandang Fiona yang sedang membelek sehelai skirt pendek di JJ. Matanya memandang sekeliling pusat beli-belah itu. Tidak ramai orang di bahagian situ. Tiba-tiba matanya terhenti pada sesusuk tubuh di hadapan kedai buku Popular. Nur Syuhadah! Dijeling Fiona beberapa saat. Pandangannya jatuh semula kepada wanita tersebut.
          “Err.... sayang. I nak pergi kedai buku tu sekejap. Ada barang sikit I nak beli. You pilih saja baju kat sini. Nanti I datang, I bayar.” Belum sempat Fiona membuka mulut, Fahem sudah melangkah meninggalkannya.
          Masuk ke dalam kedai Popular, Fahem mencari-cari wajah Nur Syuhadah. Apabila terjumpa wajah itu, di belakangnya ternampaklah Zaki yang sedang membelak-belek sebuah buku berkenaan Donald Trump. Sesekali, matanya menjeling-jeling Nur Syuhadah yang sedang membelek-belek novel ADAM keluaran Alaf 21 bersama seorang rakannya.
         Fahem pula berpura-pura melihat-lihat pen jenama Parker di bahagian belakang. Tubuh badannya yang tinggi membuatkan dia dapat melihat Nur Syuhadah dengan jelas walaupun terlindung di sebalik rak-rak buku.
         Fahem terus menapak ke arah Nur Syuhadah. Sambil berpura-pura membelek sebuah buku, dengan sengaja dia melanggar Nur Syuhadah. Matanya sempat memandang Zaki dan mengangguk Zaki faham. Dia terus meletakkan buku tersebut dan mencapai sebuah buku permainan Sudoku. Selepas membayarnya, dia terus keluar dan duduk di sebuah kerusi berdekatan.
        “Maaf, cik. Saya tak senga...”
        “Cikgu Syuhadah...”
        “Encik Fahem...” kedua-duanya serentak bersuara. Kemudian, mereka tergelak.
        “Cikgu buat apa kat sini?” soal Fahem. Matanya memandang sekejap rakan Nur Syuhadah yang sedang mencari-cari sebuah buku.
        Nur Syuhadah tersenyum. “Saya saja jalan-jalan dengan kawan saya. Bisalah hujung minggu macam ni, selalu keluar dengan kawan-kawan.”
        “Boyfriend ke?” Fahem sengaja menduga wanita itu. Makin lama berjumpa, dia terasa seperti sudah jatuh cinta. Kalau Fiona tahu, mati hidup balik hingga Hari Kiamat pun wanita itu tidak akan melepaskan dirinya.
        Nur Syuhadah menggeleng sambil tersenyum lagi. “Taklah. Kawan perempuan. Tu, tengah cari buku.” Nur Syuhadah menuding jari ke arah Safiyyah, rakan sepermainannya dari kecil.
        “Oh.” Jawab Fahem. Padahal dia tahu itu memang kawan Nur Syuhadah. Dari perbualan mereka, dia sudah dapat merasakannya.
       “Encik Fahem...”
       “Jangan panggil saya encik. Bila terserempak kat luar, panggil sajalah Fahem.” Pintasnya. Nur Syuhadah tersenyum lagi. Fahem merenung mukanya. Dia ni asyik tersenyum saja. Agaknya masa mak dia lahirkan dia, mak dia asyik tersenyum aje. Sebab tu dia suka sangat tersenyum-senyum tak berkesudahan.
       “Fahem buat apa kat sini?” tanya Nur Syuhadah.
       “Nak panggil abang ke, sayang ke, pun boleh.” Fahem makin menjadi-jadi.
       “Sayang!” suara Fiona menerjah telinganya dari belakang. Fahem memusingkan kepalanya perlahan-lahan ke belakang.
        Muka tegang Fiona menghiasi pandangannya. “You jangan nak menggatal di sini.” Safiyyah yang sudah berdiri di belakang Nur Syuhadah terkejut melihat adegan tersebut.
        “You kata you nak beli barang sekejap. Mana barangnya?” soal Fiona apabila melihat tangan Fahem tidak memegang apa-apa. Naya aku! Fiona dah tahu.
       “No, err... tadi I memang nak pergi ke tempat pen Parker tu. Bila jalan, I saja tengok buku Donald Trump ni. Lepas tu I terlanggar perempuan ni. Then...”
       “Then, you jatuh cinta dengan dia? Jatuh cinta pandang pertama?” suara Fiona walaupun perlahan, namun cukup untuk menimbulkan ketakutan dalam diri Fahem.
       “No... bukan macam tu. Actually dia sebenarnya guru kelas Zariff. I jumpa dia masa I pergi ambik buku rekod adik I hari tu. Yang masa daddy dengan mummy I pergi Jerman.” Pantas Fahem menjawab. Dia tidak suka bila ada orang mencelah ketika dia bercakap.
       “So, sekarang you pergi ambil pen mana yang you nak beli dan terus bayar kat depan. You jangan nak menggatal sana-sini!” pantas Fiona menarik tangan Fahem. Dia ingin melambaikan tangannya kepada Nur Syuhadah namun Fiona pantas menarik tangannya ke bawah. Fahem terus mengambil tiga batang pen Parker bermata fountain –doufold demi, doufold cloisonné dan sonnet yang harganya beratus-ratus ringgit.

FAHEM terus memberi isyarat mata kepada Zaki supaya terus mengekori Nur Syuhadah. Zaki yang faham terus menurut perintah.
        Walaupun berada beberapa langkah di belakang Nur Syuhadah dan Safiyyah, Zaki masih dapat mendengar butir bicara mereka.
        “Tadi tu, pakwe kau ke?” soal Safiyyah ketika mereka masuk ke Reject Shop yang tidak jauh dari kedai buku Popular.
        Nur Syuhadah sudah agak. Safiyyah pasti bertanya tentang itu.
        “Mana ada. Kau jangan nak buat andaian yang macam tu ya.” Nur Syuhadah memberi amaran. Safiyyah tergelak perlahan.
        “Kalau betul pun, apa salahnya, kan?” dia menyakat lagi teman baiknya. Pantas Nur Syuhadah mencubit lengan kiri Safiyyah.
        “Sudahlah, malas aku nak layan kau!” ujarnya sambil membelek seluar jeans wanita di situ. Safiyyah memandang sekeliling. Zaki ketika itu sedang membelek sebuah jaket warna hitam.
       “Ada, aku dapat rasa yang ada orang ikut kita dari tadi.” Safiyyah melahirkan kegusarannya. Mata Nur Syuhadah melilau ke sekeliling sudut. Tiada apa yang mencurigakan. Dia memandang Safiyyah semula.
       “Mana ada. Kau n pandai ajelah!” malas mahu melayan sahabatnya, Nur Syuhadah terus menuju ke kaunter untuk membayar dua helai jeans hitam. Terkedek-kedek Safiyyah mengikut langkahnya.

“YOU cakap dengan I, apa hubungan you dengan betina tu?” Fiona mula naik angin apabila menaiki Volkswagen The Eos biru gelap milik Fahem.  Bila berjalan berdua, Fahem lebih suka menaiki kereta itu. Namun bodyguardnya sentiasa mengawasinya dari jauh. Takut jika bos mereka dibunuh.
      “Kan I dah cakap. Perempuan tu sebenarnya guru kelas Zariff. Takkan itupun tak faham?” ujar Fahem dengan lembut. Dia tahu. Jika Fiona mula naik angin, dia mesti berlembut. Jika dia sama-sama angin, akan berganda-gandalah angin mereka. Mungkin sebulan pun belum tentu hilang.
      “Ohhh... guru kelas Zariff. Habis yang you suruh dia panggil abang... sayang... Bukan main you nak menggatal ya!” jerkah Fiona lagi sambil tangannya sudah mencubit lengan kiri Fahem yang sedang memandu menuju ke jalan besar.
      “Auwww... sakitlah! Betul apa yang I cakap. I memang tak ada apa-apa dengan dia.” Fahem meyakinkan Fiona. Tiba-tiba dia mendapat idea.
      “Okey, malam ni you tidur kat apartmen I, bolehlah kita bermesra-mesra.” Fahem mengenakan
umpan. Dia tahu perangai Fiona. Jika dia mengumpan dengan sesuatu, kemarahan wanita itu akan lenyap dalam masa suku saat saja.
      “Betul?” Fiona inginkan kepastian. Fahem mengangguk sambil tersenyum. Segera dia menelefon bodyguardnya dan mengatakan yang dia akan ke apartmen peribadinya.

TING... ting. Dua kali dentingan sudah menunjukkan jam 2 pagi. Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin memandang isterinya. Puan Sri Sharifah mula gelisah. Dia memandang Zariff dan Syazwan Afiq bersilih ganti.
      “Zariff... takkanlah abang Fahem tak beritahu Zariff dia kat mana?” tanya Puan Sri Sharifah. Dia suka berlembut bila bertanyakan sesuatu dengan anak-anaknya. Tetapi jika masih belum mendapat jawapan, barulah dia akan mengeraskan suaranya. Itulah yang membuatkan Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin terlalu menyayangi dirinya.
       Zariff menggeleng. Belum sempat dia menjawab soalan mamanya, handsetnya berbunyi. Menandakan ada mesej masuk. Pantas dibuka. ‘mintak-mintaklah Abang Fahem.’ Doanya dimakbulkan.
 ‘Abg d aprtmen abg dgn Kak Fiona.’
  Zariff memandang daddy dan mummynya sambil mengeluh halus.

1 comment: