REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

Saturday 30 October 2010

CSU 14

CINTA SEORANG USTAZ 14

VILLA JANNAH

“MAKANLAH Laila. Jangan takut.” Pelawa Datuk Alexander. Laila mengangguk perlahan. Disuapnya nasi ke dalam mulut perlahan-lahan. Ditolehkan kepalanya ke kiri. Terkejut dia dengan Iskandar. Rasa tadi dia ada tambah nasi. Tambah lagi? Kuat makan betul anak mat salih ni!
Datuk Alexander yang faham dengan pandangan Laila mula tersenyum.
           “Abang Is kamu memang begitu. Kalau makan, kadang-kadang bertambah sampai 10 kali tapi badan begitu juga.” Laila mengangguk faham. Dijeling pula pinggan Iskandar. Nasinya tidak banyak tetapi sayur dan ulam saja sudah penuh sepinggan.
          “Abang Is memang macam tu, Laila. Kalau dia tengah makan, jangan kacau. Kalau tak, nanti dia naik angin macam Hulk Hogen.” Natasha menambah-nambah cerita. Iskandar sudah merenungnya bagai mahu menerkam adiknya itu.
          “Kau jangan banyak cakap boleh tak? Dari kau menyemak-nyemak duduk kat rumah ni, baik kau balik ke rumah nenek kat Midsomer tu. Luas sikit pemandangan mata aku ni.” Iskandar terus bertikam lidah dengan Natasha. Adiknya mula memuncung. Laila hanya menjadi saksi kepada pertengkaran dua beradik itu.
          “Bila orang cakap, memuncung. Bila orang cakap, memuncung. Ikat muncung tu karang, kasi buat cium ular hitam, baru tahu!” makin menjadi-jadi Iskandar menyakat Natasha. Natasha yang duduk bertentangan dengannya sudah menendang kakinya di bawah meja. Datuk Alexander dan Datin Aminah menggelengkan kepala melihat perlakuan kedua-dua anaknya.
          “Kamu orang berdua ni, sudah-sudahlah tu. Kan kita ada tetamu ni. Cubalah buat perangai senonoh sikit!” Datin Aminah memberi amaran. Laila hanya ternyum melihat ‘Abang Is’nya dimarah secara live di depannya.
          “Macam nilah keadaannya kalau mereka berdua bertemu, Laila. Tak boleh diam. Asyik nak bercakar macam anjing dengan kucing.” Datin Aminah bercerita.
          “Tapi Is dengan Tasha bukan anjing dengan kucing.” Pantas Iskandar menyampuk.
          “Hisy... budak ni! Menyampuk pula!” Datin Aminah memarahi Iskandar. Laila hanya tersenyum.
          “Tapi seronok jugak auntie, ada jugak kawan nak dibuat bising. Saya nie, lagilah dahsyat. Tak ada sesiapa nak bergurau macam ni. Saya anak tunggal. Kalau ada pun, cuma kawan baik saya, Najwa.” Jawab Laila. Tak sedap pula rasanya asyik senyap saja. Rasa canggung pula. Selesai makan malam, Laila dan Natasha membantu Mak Jah mengemas meja walaupun wanita tua itu menegah mereka beberapa kali. Datin Aminah pula sibuk membuat sejag jus oren untuk dihidang di ruang tamu. Habis mengemas, Natasha mengajak Laila menyertai keluarga mereka.
          Ketika mereka sedang bercerita, Laila dapat merasakan ada sesuatu berjalan di atas kakinya dan menjilat-jilat kakinya. Bila ditoleh ke bawah…
          “Arghhhhhhh…” Laila bangun dan bersandar di dinding.
          “Kenapa Laila?” soal Datin Aminah pula. Laila terus menunjukkan tangannya ke bawah. Mereka semua suda tergelak. Dengan selamba Iskandar mengambil Juan dan meletakkan di atas bahu kanannya.
          “Namanya Juan, binatang peliharaan abang. Awak jangan risau. Dia tahu awak buah hati abang, sebab tulah dia tak berani nak gigit awak. Kalau orang lain, dah lama kena gigit.” Jelas Iskandar. Sengaja membahasakan dirinya ‘abang’. Laila mengurut dada. Takut pun ada. Geram pun ada. Rasa maca nak disimen saja mulut Iskandar sehingga tak boleh dibuka!
        Ada ke iguana buat pelihara? Tak pernah orang buat! Dahlah besar! Adik beradik komodo ke apa? Juan turun ke bawah melalui belakang badan Iskandar dan dia duduk di tayar kereta Iskandar. Iskandar yang menghantar Juan dengan matanya memusingkan semula kepalanya namun cepat –cepat dia memandang semula Juan. Entah kenapa, dia rasa ada yang tak kena.
          “Juan!” jeritnya apbila melihat seekor ular hitam mahu melepaskan bisanya kea rah Juan yang sudah garang. Pantas diambil Juan dan meletakkannya di atas bahu. Semua yang ada di atas meja tersebut mula memandang Iskandar.
         “Kenapa Is?” soal Datin Aminah. Natasha terus menjerit apabila melihat seekor ular hitam yang sudah menegak. Segera dipeluk Datuk Alexander.
         “Aku dah kata… jangan ganggu keluarga aku lagi! Aku tak pernah kacau kau! Aku tahu, kau hanyalah jin. Bukannya ular sebenar-benar ular.” Dengan berani, Iskandar merenung balik mata ular hitam itu. Laila sudah menyorok di belakang Datin Aminah. Dia juga kelihatan takut.
         “Wahai jin, kau pergilah. Aku tak mahu membunuh kau. Aku tahu kau hanya dijelmakan oleh tuan kau untuk membuat kacau dalam keluarga aku. Tolonglah keluar dari kawasan rumah aku. Tolonglah jangan ganggu aku, keluarga aku, kawasan rumah aku, dan haiwan-haiwan peliharaan aku. Aku tak pernah ganggu kau. Jadi… tolonglah jangan ganggu aku.” Iskandar berdiplomasi.
        “Aku tak mahu keluar dari rumah ini selagi kerja aku belum selesai.” Iskandar menjadi terkejut. Takkanlah ular ni boleh bercakap. Tak mungkin!
       Seperti dapat membaca fikiran Iskandar, ular tersebut menyambung kata-katanya. “Ya, memang aku yang bercakap. ALLAH telah menganugerahkan kelebihan kepada kau untuk mendengar apa yang aku katakan!” ular tersebut sudah mengembang-ngembangkan kepalanya. Tiba-tiba Datuk Alexander memberikan kepada Iskandar sebatang kayu yang amat panjang. Memang kayu itu sengaja diletakkan di tepi pintu utama. Takut jika ada sesuatu yang tak diingini berlaku.
      Iskandar pantas mengambil kayu tersebut dan mengusik-usik sedikit ular tersebut supaya pergi. Tiba-tiba Iskandar ternampak sesuatu pada ular tersebut. Terdapat dua garis putih di belakangnya. Lantas dia teringat cerita yang pernah disampaikan oleh Haji Abdullah Fahim.
       “Rasulullah S.A.W memerintahkan supaya membunuh sahaja ular yang bergaris dua putih di belakangnya kerana ular tersebut akan membutakan mata dan dapat menggugurkan kandungan wanita yang hamil.” Dengan menyebut nama ALLAH diiringi basmalah, Iskandar memukul ular tersebut sehingga mati.

“MAAF jika keadaan tadi menakutkan awak.” Ucap Iskandar ketika Honda Streamnya meluncur laju di atas jalanraya.
        “Saya tak tahu kenapa Uncle William saya sanggup buat macam ni pada keluarga saya. Saya tahu... Uncle William guna bomoh untuk menghancurkan kami sekeluarga.” Cerita Iskandar Laila hanya mendengar.
        “Uncle William tu siapa ustaz?” soal Laila. Perasaan ingin tahunya membara.
        “Apa awak panggil saya?” soal Iskandar. Laila mengerutkan dahi.
        “Ustazlah. Habis nak panggil apa? Sami Buddha?” Laila balas dengan jawapan yang agak kasar. Senyap-senyap, Iskandar merayapkan tangannya untuk mencari tangan Laila. Laila terkejut. Pantas ditoleh ke kanan.
        “Apa ni ustaz?” soal Laila sambil cuba menarik tangannya yang digenggam kuat.
        “Saya akan terus pegang tangan awak selagi awak tak panggil abang atau Abang Is bila kita berdua atau di depan family saya!” Iskandar meletakkan syarat. 
        YA ALLAH, gatalnya ustaz aku ni! “Ustaz ingat saya nak panggil ustaz macam tu? Ingat, ustaz dah janji pada saya dengan Najwa yang ustaz takkan...”
        “Kalau awak nak saya tepati janji tu, panggil saya abang atau Abang Is. Lepas tu, baru saya lepaskan tangan awak.” Syarat lagi! Muak Laila. Oleh kerana terpaksa, akhirnya dia akur.
       “Baiklah, saya akan panggil begitu jika kita berdua dan berada dalam keluarga awak.” Jawab Laila.
       “Uncle William tu sebenarnya adik daddy abang.” Jawab Iskandar. Seperti yang termaktub dalam perjanjian mereka, Iskandar segera melepaskan tangan.
       “Maksud A.... Ab..... Abang Is..... err... adik Datuk Alexander?” payah betul Laila mahu menyebut ‘Abang Is’. Saja nak menyusahkan aku, nak mengenakan aku! Bentaknya dalam hati. Iskandar sudah tergelak.
      “Kesiannya buah hati abang ni. Nak sebut ‘Abang Is’ pun payah? Tergagap-gagap pulak tu!”
Iskandar terus meledakkan tawanya. Laila sudah memuncung.
      “Rumah sayang kat mana?” soal Iskandar. Laila hanya meminta agar Iskandar menurunkannya di tepi jalan saja. Lagipun antara jalan besar dan rumahnya tidaklah sejauh manapun.


SMK TAMAN INDAH

“BENGANG aku dengan ustaz tu! Dia dengan daddy dia sama saja!” bentak Laila ketika dia dan Najwa duduk di sebuah kerusi berdekatan Taman Islamik. Najwa yang sedang mengunyah karipap sardin menolehnya. Habis ditelan semuanya, barulah dia bersuara.
        “Kenapa? Apa yang ustaz dengan daddy dia buat pada kau?” soal Najwa. Laila meneguk menyedut sedikit air kotak teh hijau yang dibeli di koperasi tadi.
        “Dahlah masa kat hospital... bila mummy dengan daddy dia tanya aku ni makwe dia ke... dia tersengih aje! Lepas tu, daddy dia selamba aje suruh aku panggil ustaz, Abang Is? Kau bayangkan betapa malunya aku! Huh!” Najwa sudah tergelak. Dia meneguk sedikit air jus oren yang dibeli.
        “Memang betul pun kan?” Najwa mengusik. Laila menjeling.
        “Itupun sebab a...”
        “Assalamualaikum.” Terdengar satu suara menyapa mereka. kedua-duanya menoleh ke kanan.
YA ALLAH, tak aman rasanya dunia aku! Laila menjerit dalam hati. Najwa di sebelahnya sudah terkekeh-kekeh.
        Iskandar meliarkan matanya di sekeliling kawasan itu. Nobody. Dia memandang semula dua sahabat baik itu.
        “Sayang sihat hari ni? Abang sihat walafiat... Alhamdulillah.” Ujar Iskandar sambil tersengih. Laila sudah mengecilkan biji matanya sambil merenung Iskandar. Kalaulah aku ni anaconda, dah lama aku belit je jantan ni buat makanan! Menyakitkan hati saja!
        “Sihat Alhamdulillah.” Laila menjawab acuh tidak acuh saja. Najwa sudah tersengih.
        “Tak baik kau layan bakal suami kau macam tu, Laila. Nanti dia tinggalkan kau, baru kau tahu!” Najwa sudah mengusiknya. Laila merengus kasar.
        “Lagi bagus kalau macam tu! Aku pun tak ingin nak kahwin dengan anak mat salih ni! Dia ingat diri dia hensem sangat agaknya?! Perasan aje!” Laila terus-terusan mengutuk Iskandar. Tetapi... ustaz ni takde perasaan ke? Menyengih saja! Aku kutuk pun menyengih jugak! Menyengih memanjang!
        “Sayang... abang...” kata-kata Iskandar terhenti apabila Laila merenungnya.
        “Ustaz Iskandar Zulkarnain Datuk Alexander Al-Hafiz, saya rasa kita dah bincang tentang benda ni kan? Perkataan tu hanya akan digunakan bila kita berdua ataupun depan family ustaz! Jangan nak mengada-ngada guna kat sekolah! Kalau bebudak dengar, habis kita!” Laila memberi amaran. Namun Iskandar sedikit pun tidak gentar.
        “Tak takut pun!” sengaja dibakar hati Laila.
        “Eei... malas nak layan orang gila ni! Jangankan nak layan, nak pandang muka dia pun dah nak termuntah aku! Jomlah Najwa!” Laila menarik tangan Najwa supaya beredar dari situ.
        “Nak termuntah konon! Kejap lagi awak kena tengok jugak muka saya!” ujar Iskandar sambil tertawa. Laila baru teringat. Kejap lagikan kelas dia? Dia menepuk dahi. Alaaa.... kena menghadap muka dia lagi!!! Arghhh geramnya aku! Jerit Laila dalam hati.

No comments:

Post a Comment