REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

Sunday 18 January 2015

WUC 36


WAKE UP CALL 36

 

IZZUDDIN SUPPLIER HOLDINGS

 

MAZIDAH mengerutkan wajahnya. Ditolehkan kepalanya ke kiri dan kanan. Tiada siapa yang boleh ditanya tentang kegusaran hatinya. Siapa yang bagi ni? Hatinya terus tertanya-tanya. Dia mengambil kembali sejambak bunga yang baru sahaja diletakkan tadi.

            “Wah, kau dapat bunga, Idah. Siapa yang bagi?” soal Wardina, salah seorang kerani di Jabatan Kewangan. Mazidah menjongketkan bahunya.

            “Itulah yang aku tengah fikirkan ni.” jawab Mazidah. Wardina mengangkat-angkat keningnya.

            “Encik Ikmal kot. Mana tahu, mungkin dia nak minta maaf pada kau. Semalam kan, dia marah kau.” Duga Wardina. Satu Jabatan Kewangan sudah tahu tentang hubungan antara Ikmal dan Mazidah. Ikmal sudah mengakuinya, namun Mazidah hanya menganggap itu adalah gosip biasa. Dia langsung tiada hati dengan bos baharunya itu, cuma menganggap Ikmal sebagai teman rapat sahaja.

            “Takkan tak ada apa-apa kad kot?” soal Wardina.

            “Ha ah kan… aku tak terfikir pulak tadi.” Sekali lagi, dia menelek tiga kuntum bunga ros merah itu. Tatkala itu, dia ternampak sebatang kad yang terselit di antara batang-batang bunga tersebut. Ditariknya kad berwarna biru muda itu.

            “Tu ada kad, cuba tengok kot dia ada tulis siapa namanya,”  Wardina turut teruja untuk mengetahui siapa penghantar kad tersebut.

 

            Until the day the ocean

            Doesn’t touch the sand

            Now and forever

            I will be your man

           

            Menggeletar rasa lutut Mazidah tatkala membaca kad tersebut. Biarpun tiada nama, dia tahu siapa yang mengirimkan bunga dan kad itu. Dia tahu lelaki itu memang sukakakan lagu Richard Marx yang satu ini.

            “Siapa yang…” belum sempat Wardina menghabiskan soalannya, Ikmal sudah memanggil Mazidah.

            “Okeylah, tengah hari nanti aku nak sambung siasat kau pasal bunga ni tau. Bye!” Wardina melangkah ke mejanya, meninggalkan Mazidah yang masih termangu-mangu. Tanpa disedari, dirinya diperhatikan oleh Ikmal yang berada di dalam bilik.

            Sekali lagi interkom di atas mejanya berbunyi.

            “Apa yang awak tunggu lagi? Saya nak jumpa awak sekarang!” suara Ikmal yang keluar dari interkom membuatkan Mazidah lekas-lekas mengambil buku dan pen sebelum masuk ke dalam pejabat lelaki itu.

 

“SAYANG, do you okay?” soal Ikmal setelah Mazidah menyatakan agendanya untuk hari ini. Tatkala sampai di pejabat tadi, Ikmal benar-benar terkejut apabila melihat sejambak bunga ros merah yang elok terletak di atas meja. Sehingga kini dia masih tiada idea siapa yang memberikan bunga itu kepada wanita yang sudah lama bertakhta di hatinya.

            How many time should I told to you? Don’t call me sayang! And for your further information, I’m fine just now!” jawab Mazidah namun dengan nada yang masih boleh dikawal.

            Ikmal bangun dan mendekati setiausahanya. Dia memegang erat bahu Mazidah namun kuat tangan wanita itu menepis.

            “Kalau tak ada apa-apa lagi Encik Ikmal, saya keluar dulu.” Pantas Mazidah menapak ke arah pintu namun Ikmal sempat menarik lengannya.

            “Siapa yang hantar bunga pada you tadi?” soal Ikmal, sedikit cemburu.

            “Apa pasal pulak you sibuk nak tahu siapa yang hantar bunga pada I?”

            Because you are my future wife!” nada Ikmal sedikit naik.

            Mazidah tergelak sinis. “Bila masa pulak I setuju nak jadi isteri you? I rasa I tak pernah cakap apa-apa tentang benda ni dengan you. Jadi, jangan nak perasan!” kuat Mazidah menarik tangannya dan terus keluar dari pejabat bosnya.

            Ikmal terkaku seketika. Dalam diam, dia tahu siapa yang menghantar bunga itu kepada ‘bakal isterinya’. Dia mula terfikir untuk memberi kata dua kepada lelaki tersebut.

 

KEADAAN sunyi sepi seketika. Masing-masing leka menikmati hidangan. Nur Sumayyah menambah lagi nasi ke dalam pinggan Fahem apabila suaminya menghulurkan pinggan kepadanya. Lauk asam pedas ikan sepat masin dan sawi goreng membuatkan dia benar-benar berselera hari ini.

            Pada Nur Sumayyah, menjaga makan minum Fahem teramatlah senang. Tidaklah cerewet mana. Asalkan ada pedas, ikan, daging atau ayam, serta tidak ketinggalan sayur.

            Nur Sumayyah menyuap perlahan nasi ke mulutnya. Perlakuannya itu diperhatinya oleh suaminya.

            “Sayang, kenapa? Tak sihat ke?” soal Fahem. Risau juga dia.

            Sepatutnya isterinya yang makan bertambah kerana berbadan dua, ini… dia pula yang menambah. Rasanya, ini sudah kali kedua menambah nasi. Patutlah Nizam selalu mengatakan badannya sudah sedikit berisi. Tetapi pada Fahem, dia tetap segak dan macho seperti biasa!

            “Sumayyah risaulah, bang.” Nur Sumayyah meluahkan kegusarannya.

            “Risau kenapa?” soal Fahem sambil mencubit sedikit ikan masin sepat.

            “Sejak akhir-akhir ni, Sumayyah rasa macam ada orang follow kereta Sumayyah dari belakang.” Fahem mengangkat kepala.

            Follow yang macam mana?” soalnya lagi. Dia yang sudah selesai makan, meneguk sedikit oren sunquick.

            “Setiap kali Sumayyah balik dari sekolah, mesti ada kereta Honda Accord yang ikut Sumayyah dari belakang.” Nur Sumayyah menceritakan serba sedikit.

            Fahem mengerutkan dahi. “Perasaan Sumayyah saja, kot? Kereta yang sama ke?” soal Fahem. Nur Sumayyah mengangguk lagi.

            “Kereta okey tak?” soal Fahem. Nur Sumayyah mengerutkan dahi. Suami aku ni, kenapa? Risaukan kereta daripada aku! Hatinya menggerutu.

            “Abang ni, sepatutnya abang tanya Sumayyah ni yang okey ke tak! Ini tidak, kereta tu juga yang ditanya dulu!” sebal hati si isteri seketika.

            Fahem hanya tersengih. Dia membelikan Nur Sumayyah sebuah BMW 5 Series beberapa minggu lalu. Keputusan itu diambil setelah Nur Sumayyah asyik mengadu Proton Wiranya selalu sahaja rosak. Itu pun pada mulanya Nur Sumayyah menolak, katanya hanya ingin menggunakan kereta biasa sahaja, sesuai dengan gajinya. Takut juga pegawai SPRM mengejarnya. Namun Fahem tetap berkeras. Dia tahu Nur Sumayyah sama dengan dirinya, peminat tegar kereta buatan Jerman.

            “Abang bukan apa, kereta baharu tu! Takut juga kalau orang tu tembak ke, langgar ke!”

            Nur Sumayyah terdiam seketika. Pertama kali dia membawa kereta berwarna hitam itu ke sekolah, ramai di kalangan cikgu menyindirnya. Yang paling sakit hati, ada yang sanggup menuduhnya mengamalkan rasuah! Dia yang tidak suka mencari gaduh akhirnya dengan selamba menjawab; “Akak lupa ke? Suami saya kan CEO syarikat besar!” Sejak dari itu, tiada lagi telinganya mendengar sindiran-sindiran pedas dari rakan sejawatan.

            “Tak apalah, nanti abang suruh budak-budak ini iring Sumayyah pergi balik sekolah,” ujar Fahem. Nur Sumayyah mengangguk akur.

 

IZZUDDIN SUPPLIER HOLDINGS

 

“POSITIF, tuan! Memang mereka orang Mark. Kami dah siasat, mereka memang ada rancangan untuk membunuh tuan.” Jawapan dari Razif membuatkan Fahem mengerutkan dahinya seketika.

            “Kenapa pulak mereka nak bunuh aku?”

            “Permintaan orang atasan!” jawapan yang keluar dari corong telefon itu membuatkan Fahem semakin berteka-teki.

            “Siapa orang atasan tu?”

            “Kami belum siasat lagi, tuan,”

            “Tak apalah, kau orang cari lagi apa sahaja maklumat. Nanti laporkan pada aku! Dan lagi satu. Mulai esok, aku nak kau dengan Najib tolong iring Sumayyah pergi dan balik sekolah. Faham!” tegas arahan diberikan.

            “Faham tuan!” Razif menerima arahan.

            Klik! Talian dimatikan. Fahem membiarkan dirinya dibelenggu segala persoalan. Maklumat yang diterima dari Razif benar-benar membuatkannya terkedu dan keliru. Siapakah yang benar-benar ingin membunuhnya? Dia sudah dapat meneka namun satu perkara yang dia tidak faham, kenapa Mark perlu memburunya?

            Mereka sudah mencapai kata sepakat mengenai kawasan masing-masing. Dan Fahem, dia sebenarnya tidak hairan dengan kawasan yang ditakluki oleh Mark. Tanpa melibatkan diri dengan dunia mafia pun, dia boleh kaya. Namun apa yang membuatkan dia terpaksa masuk ke dunia gelap itu dan bertelingkah dengan Mark adalah kerana hampir semua kawasan yang dikuasai oleh lelaki bangsat itu kebanyakannya terdiri daripada para pengusaha dan peniaga berbangsa Melayu, bangsanya sendiri.

            Kebanyakan geng-geng kecil yang sering memeras ugut wang perlindungan dari para peniaga sudah tumpas di tangan kumpulannya. Rondaan yang dilakukan oleh orang-orangnya setiap minggu membuatkan dia sentiasa berpuas hati. Tiada lagi pemeras ugut di kawasan mereka dan kawasan sekitarnya.

            Tatkala dia menyalurkan maklumat itu kepada DSP Rayyan, lelaki itu benar-benar memuji tindakan kumpulannya. Bersama-sama membantu pihak polis menjaga keselamatan dan ketenteraman awam.

 

DIA benar-benar bengang apabila sebuah Toyota Vios secara tiba-tiba memintas keretanya. Dalam hati, Fahem menyumpah seranah lelaki yang memandu kenderaan tersebut.

            Macam selalu nampak aje kereta ni? Detik hatinya. Sebelum keluar dari kereta, dia sempat meraba pinggangnya, ingin memastikan Pistol Mamba kesayangannya sentiasa berada di situ.

             Dia menunggu di sisi keretanya. Tak lama kemudian, seorang lelaki berbaju t-shirt biru gelap keluar dari tempat pemandu. Perlahan-lahan, dia menghampiri Fahem.

            “Aku nak bagi amaran pada kau, jangan berani-berani nak ganggu Mazidah lagi!” Ikmal memberikan amaran keras.

            Fahem hanya tergelak bersahaja tatkala mendengar amaran yang langsung dia tidak takut. Lupakah lelaki itu, dia berhadapan dengan siapa sekarang ini? Fahem tahu Ikmal pasti sudah mengetahui identitinya sebagai mafia. Ikmal yang semakin panas hatinya, mengepalkan kedua belah tangannya menjadi penumbuk.

            Fahem menepuk bahu Ikmal perlahan-lahan. “Aku tak salahkan kau sebab jatuh hati pada dia. Mazidah memang perempuan yang cukup pakej untuk dijadikan isteri. Cantik, pandai bergaya, pandai masak. Senang kata, serba serbi tahulah. Tapi, kau perlu selami hati dia… tanya pada dia betul-betul nama siapa yang dah terukir cantik dalam hati dan jantung dia.”

            Ikmal mahu melayangkan penumbuknya namun…

            “Ikmal, jangan!” Mazidah keluar dari kereta dan mendekati mereka. Dia tidak mahu Pengurus Kewangan muda itu mencari pasal dengan Fahem. Dari tadi dia memerhatikan situasi mereka berdua dari dalam kereta Ikmal. Dia keluar bersama Ikmal pada malam ini pun kerana hari ini merupakan hari jadi lelaki tersebut.

            “Sudahlah tu! Janganlah nak bertumbuk tepi jalan! Tak malu ke orang tengok?” perangai macam budak-budak! Omel Mazidah dalam hati.

             Automatik, kedua-dua lelaki tersebut menoleh ke arah suara tersebut datang.

            Makin lebar senyuman Fahem.

            Long time no see, baby!” sapa Fahem kepada bekas setiausahanya. Mazidah hanya merenung kosong wajah Fahem.

            Suasana sunyi seketika. Fahem dan Mazidah saling berpandangan. Ikmal mengambil peluang tersebut untuk menatap wajah Mazidah, ingin melihat apakah reaksi wanita itu setelah lama tidak berjumpa bekas kekasih hati. Walaupun pada waktu itu malam sudah menjengah, dia dapat melihat satu reaksi dari wajah wanita itu.

            Ya, reaksi seorang wanita yang terlalu rindu kepada sang kekasih yang sudah dimiliki orang lain. Selajur, dia merenung wajah putih bersih Fahem. Dari raut wajah lelaki itu, terlakar sebuah perasaan yang sarat dengan rindu, khas untuk wanita di hadapannya.

            Apabila melihat keadaan tersebut seperti tidak mahu pergi, Ikmal berdehem beberapa kali. Fahem dan Mazidah, kedua-duanya tersentak.

            So, Ikmal… jangan marah aku bila kau tanya pada dia dan jawapannya… nama Tuan Fahem Izzuddin masih elok terukir dalam hati dia.” Tanpa berlengah, dia meninggalkan dua figura tersebut. Dan jawapan tersebut, benar-benar membakar seluruh tubuh Ikmal.

           

 

BANDAR MELAKA

 
“BODOH! Kenapa tak tembak saja dia?” ketua mereka menghamburkan kemarahan di atas kebodohan anak-anak buahnya. Anak-anak buahnya yang seramai empat orang itu hanya mendiamkan diri. Mereka tahu, memang salah mereka juga.

            “Bos, kami memang dah nak tembak tapi, tiba-tiba pulak ada kereta peronda polis. Takkan nak buat pasal depan polis, bos? Free aje kami kena tangkap nanti,” ujar salah seorang dari mereka.

            Lelaki yang dipanggil bos itu terdiam seketika. Betul juga. Detik hatinya. Lantas dia memandang keempat-empat orang bawahannya itu.

            “Aku nak kau orang intip dia. Dapat saja peluang, terus bunuh. Faham!” semuanya mengangguk faham.

            Siap kau kali ni, Tuan Fahem Izzuddin! Aku akan lenyapkan kau dari muka bumi. Azamnya dalam hati.

            “Bos, bini dia macam mana?” soal salah seorang dari mereka. Lelaki yang dipanggil bos mengangkat kepala yang baru sahaja tunduk.

            “Bini dia? Bini dia… hmm… jangan buat apa-apa. Cuma intip aje. Sebab aku cuma nak gertak dia.” ‘Bos’ memberi arahan kepada anak-anak buahnya. Mereka mengangguk faham. Mereka mula bersurai untuk menjalankan tugas-tugas yang diberikan.

            Sementara ‘bos’ pula duduk di sofa sambil memikirkan sesuatu di dalam kepalanya. Perlahan-lahan, senyuman jahatnya terukir. Dia sudah tidak sabar untuk mendapatkan habuannya setelah membunuh ‘kembar’ Jet Li itu nanti.

            Ketawa yang pada mulanya perlahan, bertukar menjadi kuat dan menakutkan. Zaman kejatuhan kau akan bermula, Tuan Fahm Izzuddin…

           

No comments:

Post a Comment