REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

Monday 19 September 2011

LLP 3

 LIKU-LIKU PERASAAN 3

BATU BERENDAM,
MELAKA

“KAU?”  Datuk Tuan Sharriff menjegilkan matanya. Dia menjeling Tan Sri Luqman.
“Kenapa tak cakap awal-awal, Man?” Datuk Tuan Sharriff mula menyinga.
              “Alah, benda tu kan dah lepas? Apa yang nak kau fikirkan lagi?” pujuk Tan Sri Luqman. Datuk Tuan Sharriff memandang sahabatnya bagai seekor harimau lapar yang ingin membaham mangsanya.
 “Kalau kes perempuan ni, aku tak mahu ambil! Kau uruskanlah sendiri. Aku tak mahu ada urusan langsung dengan dia!” tanpa menghiraukan orang pelanggan-pelanggan restoran yang memandang gelagat mereka, Datuk Tuan Sharriff terus keluar dari restoran tersebut. Dia terus memandu kereta Wiranya ke pejabat. Ketika dalam perjalanannya, fikirannya melayang jauh mengenang peristiwa yang pahit bagai hempedu dalam hidupnya.


“SAYANG pergi mana ni? Malam baru balik. Dah tak ingat jalan nak pulang rumah ke?” Soalnya dengan penuh sindiran. Selama ini, dia memang tidak berani melawan kata-kata isterinya. Ketika itu, dia memang lelaki yang dayus. Mendengar apa sahaja kata isterinya. Sharifah tersenyum.
“Takdelah. I saja melepak kat disko. Bosanlah asyik terperap aje kat rumah. Tak buat apa-apa benda pun,” jawab Sharifah dengan selamba. Tuan Sharriff terkejut.
“Melepak kat disko? Hei, kau tahu tak yang kau tu dah ada tanggungjawab sendiri? Hah? Aku ni tanggungjawab kau tau! Bertanggungjawab melayan aku!” inilah kali pertama  Tuan Sharriff memarahi Sharifah dengan suara yang amat tinggi. Sharifah memandangnya.
“Ya! Aku pergi disko! Buat apa aku duduk rumah? Kau bukannya sukakakan aku pun. Betul tak?” suara Sharifah lebih tinggi daripada Tuan Sharriff. Terkejut Tuan Sharriff apabila mendengar butir-butir perkataan dari Sharifah.
“Kau tahu tak, selama ni aku sayangkan kau. Kau ingat, selama ni aku sesuka hati ajak kau tidur dengan aku kalau aku tak suka kau? Hemm?” suara Tuan Sharriff rendah tetapi tegas. Giliran Sharifah pula yang terkejut.
“Ah, aku tak peduli semua tu. Kalau kau nak tahu, sekarang ni ada lelaki lain yang cintakan aku. Lebih kaya dan lebih bijak dari kau walaupun kau tu peguam yang terbaik setakat yang aku tahu!” Sharifah menjelaskan kedudukan sebenarnya. Tuan Sharriff terpana.
“Dulu, kau yang beria-ia sangat cintakan aku dan kata akan tunggu aku cintakan kau walau seribu tahun tapi aku tak layan kau. Sekarang, aku cintakan kau tapi kau tak suka aku pulak. Padahal, masuk tahun ni, belum lagi dua tahun kita kahwin. Mana perginya semangat kau yang dulu tu? Mana?” soal Tuan Sharriff. Sharifah mendengus.
“Aku tak peduli. Aku nak kau ceraikan aku,” pinta Sharifah. Suaminya terkejut. Pada mulanya Tuan Sharriff enggan tetapi setelah didesak oleh Sharifah, akhirnya mereka bercerai. Kebetulan ketika itu, ibu bapa mereka datang. Maka, ibu bapa mereka dijadikan saksi perceraian antara Tuan Sharriff dan Sharifah.


FIRMA GUAMAN SHARRIFF&LUQMAN
PEGUAMBELA&PEGUAMCARA,
AYER KEROH

“ARRIFF, kau tak boleh buat macam ni,” kata Tan Sri Luqman apabila tiba di pejabat Datuk Tuan Sharriff. Sahabatnya memandangnya.
“Maksud kau? Aku reject kes dia? Hmm?” Datuk Tuan Sharriff menyoal Tan Sri Luqman. Tan Sri Luqman mengangguk.
“Dia mintak khidmat kita. Kita kena tolong dia. Lagipun, tu kan dah memang kerja kita? Membela orang yang teraniaya?” Datuk Tuan Sharriff memandang Tan Sri Luqman.
“Hei, kau dengar sini baik-baik Luqman. Kalau kau mintak tolong dengan aku lagi supaya handle kes dia, aku takkan jadi kawan kau lagi untuk selama-lamanya! Faham?!” Datuk Tuan Sharriff mengugut. Tan Sri Luqman terpana.
“Tapi…” Tan Sri Luqman tidak habis cakap kerana Datuk Sharriff memotong cakapnya.
“Takde tapi-tapi. Kalau hitam aku cakap, hitamlah. Aku peduli apa kalau ada orang tipu dia? Dahlah suka terhegeh-hegeh tak tentu pasal!”
“Maksud kau?” soalan Tan Sri Luqman. Dia tahu kawannya pernah berkahwin dengan Sharifah atas dasar ikut kata orang tua. Yang selebihnya, dia tidak tahu. Datuk Tuan Sharriff tidak pernah bercerita lebih-lebih tentang rumah tangganya.
“Dulu aku pernah kahwin dengan dia. Itupun atas dasar ikut kata ayah aku. Dia risau umur aku dah lanjut tapi tak kahwin-kahwin lagi. Masa mula-mula kahwin, dia yang terhegeh-hegeh sukakan aku. Bila aku dah suka kat dia, dia pulak yang benci aku. Dia ada laki lain. Kononnya lebih kaya dan lebih pandai dari aku. Tapi bila dah orang tu  kenakan dia, pandai pulak dia cari kita!” Tan Sri Luqman memandangnya.
“Ingat kata-kata aku tu!” dengan pantas, Datuk Tuan Sharriff berlalu pergi.
Sharifah keluar dari pejabat Tan Sri Luqman. Dia ternampak kelibat Datuk Tuan Sharriff dan dia memanggil nama lelaki itu. Datuk Tuan Sharriff yang mendengar namanya dipanggil oleh suara yang memang dikenalinya berlalu dengan pantas.


“ARRIFF, tunggulah aku!” Sharifah masih terjerit apabila melihat Datuk Tuan Sharriff menghampiri kereta Wiranya. Sharifah pantas berlari dan memegang lengan Datuk Tuan Sharriff apabila lelaki itu membuka pintu keretanya.
“Kau nak apa lagi? Tak puas-puas ke kau dah sakitkan hati aku? Hah?!” Datuk Tuan Sharriff memarahi Sharifah sambil menarik tangannya yang digenggam kuat. Perempuan itu mempamerkan muka seposennya.
“Tolonglah maafkan I Arriff. I tahu, masa tu I hilang pertimbangan. I tak tahu apa yang I mintak dari you.” Sharifah masih merayu. Datuk Tuan Sharriff memandang Sharifah dengan sinis.
“Hmm, hilang pertimbangan konon. Blahlah kau! Kenapa kau tak bersama lagi dengan orang yang lebih kaya dan lebih bijak dari aku tu? Pandai pulak kau ye. Bila  dia dah tipu kau, pandai pulak kau cari lubang nak mintak tolong aku! Perempuan tak guna! Sebelum aku bukak bunga silat aku, lebih baik kau pergi dari sini cepat!” gertak Datuk Tuan Sharriff. Sharifah masih enggan berganjak.
“Arriff, kita kahwin balik?” permintaan dari Sharifah menyebabkan niat Datuk Tuan Sharriff untuk masuk ke dalam kereta terbantut.
“Apa kau kata?! Kau ulang sekali lagi?!” pinta Datuk Tuan Sharriff. Memang dia sudah dengar apa yang dikatakan tetapi dia sengaja meminta Sharifah mengulanginya. Kepalanya hanya tertunduk.
“Kita kahwin balik?” Sharifah mengulanginya. Datuk Tuan Sharriff menampar kuat pipi Sharifah yang halus.
“Hei perempuan, kau tak malu ke? Kau dah hancurkan hati aku. Lepas tu, kau suruh aku ceraikan kau. Sekarang, kau nak aku kahwin dengan kau balik?” soal Datuk Tuan Sharriff dengan suara yang kasar bagai halilintar berdentum. Sharifah mengangguk.
 “Kau dengar sini baik-baik. Aku sekarang dah kahwin lain. Aku dah ada anak. Anak aku dah besar-besar semua. Cuma ada dua tiga orang aje yang masih kecil lagi. Hidup aku dah aman bahagia sekarang. Kalau kau ganggu aku lagi, tahulah aku apa nak dibuat dengan kau!” Sharifah masih belum mengalah.
“Aku nak tebus kesalahan aku yang lalu. Aku tahu, aku yang bersalah. Please, forgive me my dear?” suara lunak merdu Sharifah menyebabkan Datuk Tuan Sharriff tersepit. Antara memilih Datin Rosmah yang tidak suka bermadu atau memilih Sharifah yang benar-benar menyesal!

“KURANG AJAR! Ingat dia pergi kerja, rupa-rupanya main perempuan belakang mak ye. Siap dia!” tanpa menunggu lama, Fairuz turun dari kereta dan meluru ke kereta ayahnya.
“Ayah buat apa ni? Main perempuan?” Fairuz menyoal dengan penuh sindiran. Datuk Tuan Sharriff memandang anaknya. Mungkin ada peluang aku nak jauhkan diri dari Sharifah ni.
“Ini sebenarnya kekasih lama ayah. Dia datang nak kacau ayah. Dia nak ayah kahwin dengan dia. Tapi ayah tak mahu. Ayah masih sayangkan mak kamu.” Terang Datuk Sharriff. Fairuz memandang Sharifah.
“Saya nak ingatkan mak cik. Kalau mak cik kacau ayah saya lagi, siap sedialah mak cik. Saya akan buat mak cik menderita macam mana yang ayah saya alami!” Fairuz berpura-pura menyelamatkan ayahnya dari genggaman Sharifah. Tanpa menghiraukan ayahnya yang terpinga-pinga,  Fairuz berjalan mendapatkan kereta Kancilnya.

No comments:

Post a Comment