REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

Tuesday 20 September 2011

LLP 10

LIKU-LIKU PERASAAN 10

FAIRUZ mengajak Amirah makan malam di sebuah restoran yang bertentangan dengan King’s Hotel. Dia pernah mendengar pekerjanya bercerita tentang restoran ini. Servicenya sungguh memuaskan hati. Para pelanggan tidak perlu menunggu pesanan mereka dengan lama seperti kebanyakan restoran lain. Tambahan pula, masakannya sungguh sedap.
Seorang pelayan lelaki menghampiri mereka apabila ternampak Fairuz dan Amirah masuk ke restoran.
“Abang nak makan apa?” soal pelayan tersebut dengan mesra. Fairuz tersenyum.
“Iqa nak makan apa?” soal Fairuz kepada Amirah.
“Nasi goreng cili padi.” Jawab Amirah.
“Minum?” tanya Fairuz lagi.
“Macam biasalah.” Jawab Amirah. Padanya, Fairuz memang sudah mengetahui minuman kesukaannya.
“Air strawberi satu dan limau ais satu. Kemudian makanan saya, Kuih teaw tom yam.” Kata Fairuz sambil tersenyum. Pelayan itu berlalu pergi dan masuk ke dalam restoran.
“Iqa, kita bertunang, nak?” cadang Fairuz. Amirah tampak terkejut. Apalah yang mamat ni melalut?
“Abang Amir, Iqa belum habis belajar lagi. Takkanlah dah nak bertunang?” Amirah cuba membantah. Dia tidak mahu menjadi seperti kakak saudaranya, Kak Ina. Walaupun Kak Ina masih belum mendirikan rumah tangga, namun tunangan Kak Ina suka mengongkong hidup kakak saudaranya itu. Baginya, lelaki itu melampaui batas.
“Iqa belajarlah macam biasa. Kita bertunang. Bukannya berkahwin. Kalau berkahwin, lainlah.” Pujuk Fairuz.
“Iqa tak nak hidup Ami terkongkong. Ke sana tak boleh, ke sini tak boleh!”
“Siapa yang nak kongkong hidup kau?” Fairuz meminta kepastian.
“Iqa tak nak jadi macam Kak Ina. Kesian dia tau! Bukannya senang dapat tawaran kerja kat luar negara. Dia tak boleh ke Auckland disebabkan perangai tunangnya yang suka kongkong hidupnya. Akibatnya, kerjaya dia sebagai jurutera musnah begitu aje! Agaknya kalau dah berkahwin, nak berkunjung ke rumah saudara-mara pun tidak boleh!” Fairuz diam seketika. Dia sengaja membiarkan Amirah menyejukkan hatinya. Setelah Amirah juga diam, akhirnya dia bersuara.
“Iqa, petang tadi Abang Amir dah berbincang dengan mak abang.” Fairuz mula menyusun ayat.
“Bincang pasal apa?” 
“Abang Amir beritahu mak abang yang kita mungkin bertunang pada hari lahir kita nanti.” Amirah terkejut.
“Kenapa tak bincang dengan Iqa dulu?’ soalnya lagi separuh marah. Fairuz buat muka seposen.
“Abang Amir cuma cadangkan aje.” Amirah mengangguk.
“Kalau macam tu, Iqa akan bincang benda ni dengan ibu dan ayah Iqa.” Fairuz mengangguk kecil. Tidak lama kemudian, pelayan yang datang tadi menuju ke arah mereka sambil membawa makanan dan minuman yang dipesan. Setelah pelayan itu pergi, mereka mula mengisi perut.

SEORANG perempuan yang bertudung litup menghampiri meja mereka.
“Assalamualaikum encik. Boleh tumpang tanya tak?” soal wanita itu. Amirah dan Fairuz seraya mengangkat kepala. Terkejut Izah bila melihat wajah Fairuz.
“Kau, Fairuz ke?” soal Izah. Fairuz terkejut. Siapa minah ni?
“Macam mana awak tahu nama saya?” soal Fairuz yang masih lagi bingung.
“Takkan tak kenal saya lagi? Izah? Perempuan yang menyebabkan kemeja kawan awak jadi kotor.” Izah memberi klu pada Fairuz. Dirinya masih dibelenggu kebingungan. Betul ke ni Izah? Bisiknya dalam hati.
“Tapi dulu kau pakai cermin mata tebal, kan?” Fairuz masih tidak puas hati. Takkanlah Izah yang comot bertukar jadi wanita anggun? Dia juga hampir-hampir terpesona dengan keayuan Izah.
“Itu dulu. Tapi tak lagi sekarang.” Jawab Izah.
“Eh! Duduklah.” Fairuz mempersilakan Izah duduk. Izah duduk dia antara Fairuz dan Amirah di meja empat segi itu.
“Pesanlah makanan. Aku belanja.” Pelawa Fairuz.
“Takpelah. Aku baru makan tadi.” Jawab Izah.
“Kalau macam tu, pesan air aje.” Izah mengangguk. Dia memesan jus oren.
“Kau duduk mana sekarang ni?” soal Fairuz. Izah tidak menjawab soalan Fairuz. Dia memandang Amirah.
“Eh! Awak Amirah, kan? Budak komputer. Am I right?” duga Izah. Amirah mengangguk.
“Macam mana kau boleh kenal Amirah?” soal Fairuz. Izah tersenyum.
“Aku jadi pensyarah kat kolej. Dia ni laku macam goreng pisang kat kolej tau! Ramai pelajar lelaki malah pensyarah lelaki juga gilakan dia. Tak ketinggalan pengetua kami juga sukakan dia.” Jawab Izah dengan selamba. Muka Amirah merona merah bila Izah berkata begitu. Hati Fairuz pula tiba-tiba cemburu apabila mendengar penjelasan Izah.
“Macam mana boleh kenal dengan kawan saya ni?”  tanya Izah sambil memandang Fairuz.
“Sebenarnya… err… ka.. kami… ” Amirah tergagap-gagap untuk menyatakan sesuatu.
“Sebenaranya dia makwe aku. Saja aku bawa dia jalan-jalan. Bosanlah asyik dok rumah aje. Lagipun kami sekampung.” Fairuz memberi jawapan dengan selamba. Amirah membuntangkan matanya. Fairuz buat-buat tidak nampak.
“Beruntung kau Fairuz sebab dapat makwe macam dia. Dahlah cantik. Rajin. Smart pulak tu.” Puji Izah. Muka Amirah merona merah lagi. Nasib baiklah waktu malam. Kalau tidak, tentu dia malu bila mereka dapat melihat mukanya yang merah.
“Biasalah tu. Tengoklah abang dia. Sama jugak macam dia.” Fairuz sengaja memasang perangkap samar.
“Siapa abang dia?” laju Izah bertanya. Fairuz tersenyum. Masuk jugak dia dalam perangkap aku! Gumamnya dalam hati.
“Siapa lagi… Azwan, lah.” Jawab Fairuz. Hampir tersedak Izah apabila mendengar nama yang sudah sekian lama bertakhta di hatinya itu. Memang tidak dinafikan, selama ini dia menunggu Azwan untuk menjadi teman hidupnya. Menunggu Azwan kembali dalam kehidupannya ibarat menunggu bulan jatuh ke riba.
“Tipulah. Kau saja nak kenakan aku ye?” duga Izah. Dia tidak tahu apa yang harus diucapkan. Perasaannya bercelaru tatkala mendengar nama Azwan. 
“Tipu apa pulak? Dah memang yang ni adik dia. Kau tak mahu berkenalan ke dengan bakal adik ipar kau ni?” Fairuz sengaja memperlahankan ayat terakhirnya agar Amirah tidak mendengarinya. Namun dia tersilap. Amirah telah mendengarnya.
“Bakal adik ipar? Apa Abang Amir cakap ni?” Amirah mengerutkan keningnya. Fairuz tersenyum.
“Sebenarnya, dia ni bakal jadi akak ipar kau nanti.” Laju Fairuz berkata-kata. Izah tidak sempat menghalang.  Dia membuntangkan biji matanya.
“Mana Abang Amir tahu? Cakap pakai sedap mulut aje! Entah bila masalah Cik Izah kenal dengan Along!” Amirah memarahi Fairuz. Izah tersenyum. Sekurang-kurangnya Amirah tidak terlalu mempercayai buah hatinya.
“Kau apa tahu? Aku belajar sekolej dengan mereka, aku tahulah!” Fairuz memarahi Amirah pula. Amirah terdiam. Malas nak bergaduh dengan Fairuz. Dia tahu, dia mesti kalah. Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu.
“Tadi Cik Izah kata nak tumpang tanya. Tanya apa?” soal Amirah.
“Oh… saya nak tanya jalan ke Jaya Jusco. Boleh beritahu jalannya?” tanya Izah.
“Kau terus ikut jalan ni. Kemudian kau pusing balik dan tiba dia simpang empat berdekatan King’s Hotel tu, kau belok kiri.” Sambil memberikan arahan, Fairuz menunjukan King’s Hotel yang bertentangan dengan restoran tersebut. Izah mengangguk kecil tanda faham.
“Wei.. dari tadi aku tanya kau. Kau duduk mana sekarang?” soal Fairuz semula.
“Oh… Cheng Heights kat Bertam Malim.” Pantas Izah menjawab.
“Nanti boleh tak kalau aku ke sana tiap-tiap hari?” Fairuz menyakat Izah.
“Buat apa?” Izah makin kaget.
“Nanti aku kan kahwin dengan kau? Kau dah lupa ke?” untuk kali kedua, Fairuz mengenakan Izah sambil mengenyitkan matanya.
“Diamlah kau! Siapa kata aku nak kahwin dengan kau?” Izah merenung Fairuz.
“Akulah!” jawab Fairuz. Amirah hanya melihat gelagat Fairuz dan Izah tanpa berniat untuk mencampurinya.
“Eh, dahlah. Aku nak pergi Jusco ni. Nak beli barang dapur.” Izah meminta diri. Selebihnya, dia tidak mahu mengganggu dua merpati sejoli itu.
“Alah, kita boraklah. Lama aku tak jumpa kau. Bergunung rindu aku.” Ucap Fairuz. Izah berfikir seketika.
“Okey, macam nilah. Kita tukar-tukar nombor. Okey?” cadang Izah. Fairuz mengangguk. Nombor telefon Amirah juga Izah minta. Begitu juga dengan Amirah. Izah bangun dan bersalaman dengan Amirah. Mata Amirah dan Fairuz hanya menyoroti langkah Izah ke kereta kancilnya.
“Kesian dia. Masa kami belajar di kolej, abang kau langsung tak pandang dia. Abang tahu, dalam hati abang kau, dia memang sukakan Izah selepas kejadian di kafe tapi dia tak luahkan pun. Abang dengan kawan-kawan abang cuma nasihatkan aje. Kami malas nak campur urusan dia.” Cerita Fairuz. Amirah hanya menjadi pendengar. Fairuz memandang Amirah.
“Hah! Hal kita, macam mana?” Fairuz menyoal kembali.
“Hal apa?” Amirah buat-buat Tanya.
“Eh! Dia buat-buat tanya pulak? Hal pertunangan kitalah!” Fairuz menyindir Amirah.
“Macam yang Ami cakap tadi, hal ni Ami akan bincang dengan ayah dan ibu Ami.” Amirah mengulangi keputusannya. Fairuz mengangguk tanda setuju.


KAMPUNG HANG TUAH

AMIRAH melambaikan tangannya kepada Fairuz ketika lelaki itu menghantarnya pulang. Dia masuk ke dalam rumah. Azwan sedang bersantai di luar rumah bersama isterinya, Anita.
“Hai, seronok nampak?” soal Azwan sambil memeluk pinggang Anita ketika Amirah melintasinya. Pasangan suami isteri itu sedang bersantai di luar menikmati angin malam. 
“Habis, Iqa tak boleh berseronok macam Along berseronok dengan Kak Nita? Hmm?” Amirah menyindir Azwan. Anita hanya tersenyum melihat ulah dua beradik itu.
“Eh! Nak menyindir orang pulak!” Azwan mengajak Anita masuk ke dalam bilik mereka.
“Along, Iqa nak cakap sekejap.” Panggil Amirah ketika Azwan Anita ingin menaiki tangga.
“Nak apa? Kacaulah! Orang ada kerja kat atas tau!” Azwan sengaja memuncungkan mulutnya. Amirah terdiam seketika. Dia tahu, abangnya bukan ada kerja tapi yalah… orang baru kahwin, faham-faham ajelah.  
Selepas beberapa minggu dia memulakan perniagaan, dia  sudah berkahwin dengan Anita, orang gajinya sendiri dengan meminjam sedikit duit dari ayahnya setelah ibu ayahnya mendesak beberapa kali. Mereka faham yang Azwan dan Anita saling menyintai sebelum Azwan masuk universiti. Bila kahwin, buat apapun tidak menjadi dosa. Bagi Datuk Idris dan Datin Zuraidah mereka tidak kisah bermenantukan orang gaji. Orang gaji pun manusia juga, bukannya gorilla!
Amirah tidak boleh menunggu lama. Hal  ni sangat penting. Dia menggamit tangannya.
“Sinilah kejap. Iqa ada hal nak bincang dengan Along ni. Hal bisnes.” Amirah cuba berbohong. Azwan tergelak besar.
“Hal bisnes? Kau tau ke tak selok-belok bisnes ni? Kau nak mengira duit pun tak tahu!” Azwan menggunakan peluang ni untuk menyindir Amirah. Adiknya meradang.
“Alah, ni urgent sangat. Tentang masa depan Iqa dan Along sendiri.” Azwan akhirnya mengalah. Anita masuk dalam bilik dahulu.
“Jom, kita bincang kat bilik Iqa.” Ajak Amirah. Azwan hanya mengikuti langkah Amirah. Setelah masuk ke dalam bilik adiknya, Azwan duduk di sofa panjang. Amirah pula duduk di sisi katil.
“Along teka, tadi Iqa jumpa siapa?” Amirah berteka-teki.
“Eh! Dia main teka-teki pulak! Kau jumpa ‘buah hati pengarang jantung’ kau tu lah! Takkanlah kau jumpa Roberto Carlos pulak?” Azwan menyindir Amirah lagi. Dia tahu Amirah penyokong kuat pasukan bolasepak Jerman.  Jadi, dia sengaja memprovok Amirah dengan menyebut nama pemain pertahanan Brazil itu. Adiknya meradang seketika sambil menggeleng.
“Bukan. Iqa jumpa buah hati abang.” Amirah berterus-terang tapi tidak sepenuhnya.
“Abang mana ada buah hati? Buah hati abang, Kak Nita kau ajelah. Mana ada yang lain?” Azwan cuba berdalih.
“Iqa jumpa Izah.” Amirah memberitahu Azwan. Azwan terkejut. Mana mungkin? Dia ada kata yang dia akan ke England lepas habis kursus komputer. Takkan kejap aje dia di England? Jangan-jangan Izah yang dia jumpa ni, kawan dia kot? Azwan cuba menyedapkan hatinya.
“Izah kawan kau ke?” duga Azwan. Amirah menggeleng.
“Kan Iqa dah cakap, Izah buah hati Along.” Kata Amirah sambil tersenyum. Azwan menggeleng. Dia bangun dan ingin keluar dari bilik.
“Along ingat, Iqa tak tahu? Along selalu mengigau dan sebut nama Izah setiap malam, kan?” Amirah memerangkap Azwan. Niat Azwan untuk keluar dari bilik tiba-tiba mati. Dia memandang adiknya.
“Abang tak mahu kau bincangkan hal ni dengan abang lagi!” selepas memberi amaran tersebut, Azwan terus meluru keluar dan masuk ke biliknya. Dia terus berbaring di sebelah isterinya. Hatinya galau tiba-tiba.
“Hal apa yang Ami bincang dengan abang?” soal Anita yang sedang membaca majalah sambil berbaring. Azwan memandang isterinya.
“Takde. Dia kata Hisham nak pinang dia. Ibu dengan ayah takde rumah. Sebab tu lah dia bagi tahu benda ni pada abang dulu. Takut kalau dia direct beritahu ibu dengan ayah nanti, dia kena sound.” Azwan berbohong. Anita tersenyum sambil mengusap pipi Azwan.
“Baguslah tu. Ibu dan ayah nak makan dia ke kalau dia beritahu hal ni?” Azwan menggeleng.
“Sudahlah, mari kita tidur. Esok kena bangun awal. Banyak kerja yang nak dibuat.” Kata Azwan sambil menarik selimut membungkus tubuh mereka. Anita memeluknya dan terus melelapkan mata. Tetapi Azwan tidak terus melelapkan mata. Fikirannya tiba-tiba memikirkan Izah, seorang perempuan yang pernah mengetuk hati lelakinya suatu ketika dahulu.


AZWAN sedang menuju ke kafe kolej bersama rakan-rakannya. Mereka terus ke kaunter makanan untuk membeli makanan dan minuman. Tiba di satu laluan, seorang pelajar lelaki sedang berlari dan tidak sempat mengelak dari terlanggar Izah. Izah yang sedang membawa secawan kopi panas tiba-tiba terlanggar Azwan ketika mereka berselisih. Air kopi berkocak dan terpercik mengenai baju kemeja lengan pendek Azwan yang putih bersih.
Shit! Hoi! Kau tak tahu nak bawa air betul-betul ke? Tengok, habis kotor baju aku. Nasib baik aku pakai baju t-shirt kat dalam tau! Kalau tak, kau nak bagi aku baju kau?” Azwan memarahi Izah. Izah – seorang pelajar perempuan yang tua tujuh tahun darinya dan mengambil kursus yang sama dengannya. Dia hanya mendiamkan diri dan menundukkan kepala ketika dimarahi oleh Azwan.
“Lain kali, tengok orang dulu kalau nak jalan. Ini tidak! Main jalan aje!” sambung Azwan.
“Saya minta maaf.” Ucap Izah. Azwan memandangnya dengan geram.
“Kau ingat dengan kata-kata maaf tu, baju aku yang kotor ni boleh bersih balik?” Azwan makin berang. Seperti tadi, Izah hanya mendiamkan diri.
“Sudah-sudahlah tu, Wan. Dia dah mintak maaf, sudahlah.” Fairuz cuba menenangkan hati Azwan yang sedang mendidih. “Maafkan kawan saya ni. Dia memang begini. Berapi satu badan tapi hatinya baik.” Sambung Fairuz. Tanpa memandang wajah Izah yang sugul, Azwan terus berlalu dengan muka yang bengang.
Izah terus duduk di sebuah meja yang diduduki oleh tiga orang rakannya.
“Apasal si Wan tu, Izah? Berang semacam aje?” soal kawannya, Zita yang baru dikenalinya tiga bulan yang lalu.
“Ada sorang budak tu berlari dan terlanggar aku. Lepas tu, aku pulak terlanggar Azwan. Kopi yang aku bawa tu berkocak dan terpercik kat kemeja Azwan. Apalagi? Dia bambu aku habis-habis! Aku dah mintak maaf pun, dia masih nak marah lagi. Menyampah betul! Sombong mengalahkan anak raja pulak! Malu aku kena marah depan budak-budak kolej yang tengah makan!” cerita Izah. Norita pula memandangnya.
“Aku dengar, diorang satu geng tu, semua anak Datuk. Tapi, si Azwan tu sombong dari yang lain-lain. Yang aku tengok okey, cuma Fairuz dengan Tajuddin. Diorang berdua tu sengal sikit. Firdauz pun okey jugak tapi perangai dia bingai-bingai gila. Sharafuddin pulak, pendiam aku tengok tapi kelakar.” Tanpa dipinta, Norita memberikan pendapatnya.
    
SETELAH keluar dari kafe, mereka berlima duduk di sebuah bangku yang terletak di bawah pohon yang rendang.
“Kau ni Wan, tak patut kau buat budak tu macam tu. Kesian dia. Dia mintak maaf pun, dah dikira baiklah tu tau!” Ucap Sharraffuddin setelah menyedut air sarsi dalam tin. Azwan memandang Sharafuddin.
“Kalau nak diikutkan hati aku yang panas masa tu, dah lama aku nak sepak dia sampai tersungkur, kau tahu tak?” marah Azwan masih belum reda. Yang lain hanya memandang tanpa bersuara.
“Kenapa kau tak sepak dia sampai tersungkur tadi?” soal Firdauz, sengaja mahu memprovokasi Azwan. Azwan hanya memandang Firdauz dengan pandangan yang penuh dengan kemarahan.
“Sebab aku tak mahu aibkan dia! Lagipun dia tu perempuan. Malas aku nak panjang-panjangkan cerita.” balas Azwan.
“Tak mahu aibkan dia konon! Habis tu, yang kau marah dia depan semua orang kat kafe dengan suara kau yang kuat tu, tak mengaibkan dia?” Tajuddin pula menyampuk. Sengaja memprovokasi Azwan. Merah telinga Azwan mendengar sindiran kawan-kawannya. Waktu kelas telah bermula. Mereka naik ke tingkat tiga di mana kelas komputer mereka ditempatkan.
Apabila mereka masuk ke dalam kelas, Azwan terus meluru ke arah Izah. Baju kemeja yang disangkutkan dibahu dilemparkan pada Izah.
“Aku nak kau basuh baju ni sampai bersih. Esok aku nak kau bagi balik dalam keadaan bersih dan sempurna. Faham!” tanpa seulas senyuman, Azwan terus menoleh dan duduk di tempatnya. Izah hanya mengangguk bagai orang dungu.
    
MATA Azwan terpaku melihat sebuah kotak lutsinar yang diisi dengan sehelai kemeja putih miliknya. Dia membuka kotak itu dan mengambil baju kemeja tersebut. Bajunya begitu cantik dan sempurna tanpa sedikitpun kesan kedut. Dia memandang Izah yang terpacak di depannya. Niatnya hanya untuk mengenakan Izah tetapi dia tidak menyangka Izah betul-betul mengikut arahannya malah dia melakukan lebih dari itu!
“Sa… saya nak mintak maaf dengan awak pasal semalam. Baju kemeja ni, sebenarnya makwe saya yang bagi sehari sebelum insiden semalam. Pasal tu lah saya excited sangat nak pakai. Tapi hal saya suruh awak basuh baju ni, sebenarnya saya saja nak kenakan awak. But I didn’t expect that you take it very seriously.” Walau sekeras mana pun kerak nasi, akhirnya lembut juga bila dijirus dek air. Begitulah juga dengan perangai Azwan. Sekeras mana pun hati dia, akan lembut juga bila Izah mengikut permintaannya.            
Sejak hari itu, mereka menjadi sahabat karib. Kadangkala Azwan terlupa kawan-kawannya yang lain. Tapi nasib baiklah semua kawan-kawannya open minded apatah lagi jika hal -hal perempuan. Benih cinta mula bercambah dalam perasaan mereka berdua tapi sayang ianya tidak diucapkan.


AZWAN bangun semula dan menuju ke bilik Amirah. Dia ingin mengetuk pintu bilik adiknya tapi niatnya terhalang. Mungkin juga adiknya sudah tidur. Dia ingin berpatah semula ke bilik tetapi hatinya kuat untuk menemui adiknya. Dia mengetuk pintu bilik Amirah. Nasibnya baik. Amirah masih belum tidur. Amirah sedang melayari internet.
“Iqa, abang nak tanya sikit.” Amirah memandangnya. Tanpa disuruh, Azwan duduk di sofa.
“Tanya apa?” soal Amirah sambil mendaftar masuk e-melnya.
“Iqa ada nombor telefon Izah tak?” soal Azwan. Amirah tersenyum.
“Along ni macam tahu-tahu aje Ami ada nombor dia?” dengan sinis Amirah memerli abangnya. Azwan tersenyum sumbing.
“Ada. Along carilah dalam telefon Iqa ni.” Katanya sambil mengunjukkan telefon bimbitnya kepada Azwan. Dengan pantas, Azwan menghidupkan telefon bimbit milik Amirah dan mencari nama Izah. Kemudian dia menekan butang select. Nombor telefon Izah tertera di skrin. Dia mencapai telefonnya pula dan menyalin nombor telefon Izah ke dalam telefonnya. Amirah hanya memerhatikan pergerakan Azwan. Dah masuk perangkap pun!
“Tadi bukan main lagi bagi amaran supaya tak bincang hal ni dengan Along. Apa mimpi Along tetiba nak ambil nombor dia?” soal Amirah. Azwan terdiam. Seperti yang dijangka, Amirah akan bertanyakan soalan sebegitu.
“Abang rasa bersalah pada dia.” Jelas Azwan. Amirah memandangnya.
“Rasa bersalah? Apa yang Along buat sampai rasa bersalah?” tanya Amirah lagi. Azwan melepaskan nafas berat. Banyak soal pulak minah ni! Macam aku ni betul-betul pesalah pulak!
“Abang pernah cintakan dia selepas satu insiden yang berlaku antara kami. Tapi abang tak pernah menyatakannya. Kawan-kawan abang memang tahu yang abang cintakan dia tapi abang segan untuk berterus-terang.” Jawab Azwan serba ringkas.
“Insiden? Insiden apa?” soalan seterusnya meluncur keluar dari mulut Amirah. Azwan diam seketika.
“Ceritanya begini, masa tu abang…” Azwan menceritakan insiden yang berlaku di kafe kolej. Memang dia akui, sebelum kejadian itu berlaku, dia tidak memandang Izah walau sebelah mata pun. Cermin mata Izah yang berbingkai tebal seperti orang dulu-dulu dan pemakaian tudungnya yang suka diikat begitu saja dan tidak mengikut arus perubahan fesyen tudung menyebabkan dia melihat ‘badut’ dalam diri perempuan itu.
“Oh, begitu ceritanya.” Ujar Amirah sambil terangguk-angguk. Azwan melihat jam di dinding bilik. Tepat 12.00 tengah malam.
“Eh, abang tidur dululah. Nanti esok kita sambung lagi.” Azwan bangun dan mengorak langkah keluar dari bilik adiknya. Amirah hanya mengangguk.
    
JARI-JEMARI Azwan gatal untuk menekan butang call pada telefonnya. Dia mundar-mandir di hujung katil. Dia mengerling ke arah jam dinding. Sudah 12.10 tengah malam. Mungkin Izah sudah tidur. Oleh kerana dia bimbang isterinya akan bangun, dia membuka sliding door dan melangkah ke balkoni di luar biliknya dan duduk di set meja teh di hujung baloni yang diapit dua buah kerusi kayu. Di hujung balkoni yang di sebelah kiri pula menempatkan garden chair. Selalunya pada waktu petang, dia akan menikmati minuman petang bersama Anita di set meja teh itu. Setelah berfikir masak-masak, akhirnya dia mengambil keputusan untuk menelefon Izah.
Setelah beberapa minit menunggu, akhirnya panggilan Azwan terjawab.
“Assalamualaikum.” Azwan memberi salam.
“Waalaikumussalam. Encik ni siapa? Nak cakap dengan siapa?” soal Izah bertubi-tubi.
“Nama saya Azwan Hafizi bin Idris. Saya ingin bercakap dengan Nurul Izah.” Jawab Azwan dengan tenang.
“Az… Azwan? Fizi? Mana Fizi dapat nombor Izah?” soal Izah. Dia hanya memanggil Azwan dengan nama Fizi. Hatinya terkejut dalam gembira. Terkejut kerana Azwan tiba-tiba muncul dalam hidupnya. Gembira pula kerana dapat mendengar semula suara yang pernah dirinduinya. Ketika dia tinggal di Causton, dia benar-benar menjadi seorang perindu.
Remember… tadi Izah jumpa adik Fizi.” Azwan memberi jawapan. Azwan memang sengaja menggelarkan dirinya Fizi ketika berbual dengan Izah. Nampak lebih istimewa.
“Fizi ambil nombor Izah dari dia ke?”
“Ya.” Sepatah Azwan jawab.
“Fizi kenapa tak tidur lagi? Kan dah lewat malam ni?” tanya Izah. Dia sengaja mencari alasan untuk mengelak dari berbual panjang dengan Azwan.
“Fizi tak mengantuk lagi. Tak tahu nak buat apa.” Jawab Azwan dengan selamba.
“Oh, begitu.” Hanya itu yang mampu Izah luahkan.
“Di England, Izah tinggal di mana?” Azwan mula mencari topik perbualan.
“Di Causton.”
“Oh.” Mereka berbual panjang. Kadangkala kelihatan Azwan tertawa. Sekali-sekala dia tersenyum pula.         
Azwan menjenguk ke dalam dan melihat jam yang digantung pada dinding yang bertentangan dengan sliding door. Sudah pukul 3.00 pagi. Ini bermakna, dia berbual dengan Izah selama dua jam empat puluh lima minit dan meninggalkan isterinya tidur sendirian.
“Err… Izah, esok kita keluar boleh tak?” pinta Azwan.
“Esok? Pukul berapa?” soalan Azwan dijawab dengan pertanyaan Izah.
At noon?” cadang Azwan.
“Okey. Kita nak jumpa kat mana?” soal Izah kembali.
“Fizi jemput Izah?” cadang Azwan lagi.
“Err...” Izah kehilangan kata-kata.
“Izah kerja kat mana?”
“Kolej Seri Melaka.” Jawab Izah.
“Eh! Tu tempat adik Fizi belajar. Nanti Fizi jemput Izah di sana ya.”
“Okey.”
“Assalamualaikum Izah. Good night, my dear.” Ucap Azwan sebelum mematikan telefon.
“Waalaikumussalam. You too.” Ucap Izah.
Azwan bangun dan masuk semula ke dalam bilik. Dia mengunci sliding door dan menarik langsir yang ditariknya ketika keluar tadi. Azwan merebahkan tubuhnya di sebelah Anita dan melelapkan mata.

LLP 9

LIKU-LIKU PERASAAN 9

KAMPUNG HANG TUAH,
MELAKA

“ABANG, Sham dah bincang dengan Mah.” Ujar Datin Rosmah ketika menuangkan air teh susu untuk suaminya ketika minum petang di beranda rumah. Datuk Tuan Sharriff memandangnya.
“Bincang apa?” soalnya. Datin Rosmah tersenyum.
“Dia minta pendapat dan izin dari Mah untuk bertunang dengan Iqa anak Abang Deris. Mah terus aje bagi ‘green light’ tapi Mah tak mahu belakangkan abang.” Sebagai isteri, dia tidak mahu membelakangkan suaminya dalam segala hal penting dalam keluarga mereka walaupun pasangan itu bertengkar malam tadi. Padanya, seorang suami yang menjadi ketua keluarga mestilah mengetahui semua perkara penting yang berlaku di dalam keluarga yang dipimpinnya.
Datuk Tuan Sharriff tersenyum. “Abang tak kisah, Mah. Pada abang, dia nak bertunang atau berkahwin dengan sesiapapun abang tak kisah asalkan budak tu baik luar dalam sudahlah.” Datuk Tuan Sharriff memberikan pandangan. Datin Rosmah mengangguk kecil.
“Ada dia beritahu Mah bila kita nak melamar Iqa?” tanya Datuk Sharriff lagi. Datin Rosmah menggeleng.
“Bila tarikhnya, takde pulak dia cakap pada Mah. Tapi masa Mah kat universiti tadi, dia ada telefon dan bincangkan hal ni. Katanya, malam ni dia akan bincang tarikhnya.” Jawab Datin Rosmah. Datuk Tuan Sharriff mengangguk kecil.


ISWARA aeroback milik Fairuz berlabuh di perkarangan rumah Datuk Tuan Sharriff. Fairuz keluar dari keretanya sambil menjinjing briefcasenya dan melangkah masuk ke beranda rumah. Dia menyalam ibunya sebelum membuka kasut. Datuk Tuan Sharriff terasa hati.
“Minum, Sham.” Pelawa Datin Rosmah. Fairuz menggeleng.
“Nanti dululah, mak. Sham nak naik atas. Nak mandi dan sembahyang dulu. Lepas tu baru Hisham turun balik tapi Hisham harap bila Hisham turun, orang tua ni takde kat sini.” Kata-kata sinis itu diikuti dengan renungan tajam yang menerkam mata ayahnya. Datuk Tuan Sharriff hanya tertunduk apabila direnung begitu. Tanpa menunggu lama, Fairuz terus masuk ke dalam rumah.
Datin Rosmah mengangguk lemah. Datuk Tuan Sharriff masuk ke dalam rumah dan keluar semula sambil membawa kunci motor dan telefon bimbitnya.
“Abang nak ke mana?” soal Datin Rosmah ketika Datuk Tuan Sharriff terkial-kial memakai selipar. Dia memandang isterinya.
“Abang nak ke rumah abah sekejap. Ada hal sikit.” Jawabnya sambil memakai topi keledar.
“Hal apa?” soal Datin Rosmah lagi.
“Ayah kepada kawan abah dah meninggal. Jadi, dia minta tolong dari abang untuk uruskan wasiat si mati.” Bohong Datuk Tuan Sharriff. Datin Rosmah mengangguk. Tanpa berlengah, Datuk Tuan Sharriff naik dan terus menghidupkan enjin motornya.

SETELAH setengah jam  Datuk Tuan Sharriff keluar, Fairuz duduk si beranda sambil menikmati minuman petang.
“Mak, Sham nak bincang pasal hal pertunangan tu dengan mak.” Fairuz bersuara setelah lama mendiamkan diri. Datin Rosmah memandangnya.
“Kata nak bincang malam ni?” soal Datin Rosmah. Fairuz tersipu-sipu malu.
“Malam ni Hisham ada date dengan Ami.” Jawab Fairuz. Datin Rosmah tersenyum.
“Hal apa yang kau nak bincangkan?” soal Datin Rosmah lagi.
“Hisham ingat Hisham nak bertunang bulan Mei nanti.” Hampir tersedak Datin Rosmah ketika dia menghirup air teh susu yang masih panas.
“Kenapa lama sangat?” soalnya. Dia mengelap mulutnya dengan sehelai tisu yang diletakkan sekotak di atas meja.
“Sham ingat, kami nak bertunang pada hari jadi kami nanti sebab tarikh hari jadi sama. Nanti selalulah kami ingat. Tapi hal ni belum dibincang. Nanti malam ni Sham nak bincang dengan Iqa.” Jawab Fairuz dengan selamba. Datin Rosmah terangguk-angguk.
“Lagipun Hisham nak kumpulkan duit dulu sebab duit simpanan Hisham yang ada sekarang ni tak cukup.” Tambahnya lagi. Datin Rosmah memandangnya.
“Gunalah duit mak dulu. Nanti bila duit Hisham dah cukup, Hisham bayarlah balik duit mak.” Cadang Datin Rosmah.
Fairuz menggeleng. “Tak payahlah, mak. Manalah tahu kalau-kalau mak nak guna duit tu nanti.” Fairuz membantah. Datin Rosmah hanya mengangguk lemah.
“Kalau itulah keputusan kau, mak tak boleh nak bantah.” Datin Rosmah akhirnya mengalah.
Fairuz menjenguk ke dalam rumah. “Ayah mana, mak?” soal Fairuz. Datin Rosmah memandangnya.
“Dia ke rumah atuk kau. Katanya, ada hal.” Pendek jawapan Datin Rosmah. 


SETENGAH JAM perjalanan, Datuk Tuan Sharriff tiba di rumah abahnya. Motornya diletakkan di tempat letak kereta yang kosong. Dia turun dari motor dan memberi salam.
Tidak lama kemudian, ibunya, Puan Sri Rabaisyah menjawab salamnya dan terkedek-kedek berlari menuju ke pintu utama sambil membawa segugus kunci rumah.
“Oh, Arriff. Tunggu kejap. Umi buka pintu besi ni.” Datuk Tuan Sharriff mengangguk. Setelah membuka pintu besi, Datuk Tuan Sharriff terus menyalam tangan uminya dan masuk ke dalam rumah banglo itu.
“Bini kau mana?” soal Puan Sri Rabaisyah seraya menjenguk ke luar ruamh.
“Arriff datang sorang aje.” Datuk Sharriff meletakkan kunci motor dan telefon bimbitnya di atas meja kecil di sebelah kusyen.
“Abah mana, umi? Arriff tak nampak pun kereta dia kat luar tu.” Giliran Datuk Tuan Sharriff pula mengajukan soalan.
“Abah kau keluar. Katanya nak jumpa kawan sekejap.” Ringkas jawapan Puan Sri Rabaisyah. Datuk Tuan Sharriff terangguk-angguk.
“Sebenarnya umi, Arriff ada hal yang nak dibincangkan dengan umi dan abah.” Datuk Tuan Sharriff menyatakan hajatnya datang ke rumah orang tuanya.
“Kalau macam tu, kita tunggu abah kau balik.” Cadang Puan Sri Rabaisyah. Anak lelakinya itu terangguk-angguk.
Tidak sampai lima minit, sebuah kereta Toyota Corolla Altis berwarna hitam memasuki perkarangan rumah dan diparkir di sebuah tempat letak kereta yang masih kosong.
“Agaknya abah kamu dah baliklah tu,” ujar Puan Sri Rabaisyah apabila melihat kereta Toyota Corolla Altis milik suaminya. Tan Sri Tuan Umar keluar dari keretanya dan melangkah masuk ke dalam rumah. Puan Sri Rabaisyah segera bangun dan menyalam tangan suaminya.
“Motor Kriss yang warna hitam tu, kau punya ke?” soal Tan Sri Tuan Umar sambil duduk di sofa. Datuk Tuan Sharriff mengangguk. “Malaslah nak naik kereta kalau jalan dalam kampung. Motor senang sikit.” Jawab Datuk Sharriff.
“Kau baru beli ke?” soal abahnya lagi. Datuk Tuan Sharriff hanya mengangguk.
“Abang, Arriff ada hajat datang ke rumah kita kali ni.” Ujar Puan Sri Rabaisyah sambil memandang suaminya. Tan Sri Tuan Umar terkejut.
“Hajat apa?” soalnya. Isterinya hanya mengangkat bahu tanda tidak mengerti. Dia memandang anak keduanya itu. Datuk Tuan Sharriff faham isyarat abahnya.
“Sebenarnya Arriff nak mintak pandangan umi dan abah.” Datuk Tuan Sharriff memulakan pertuturannya dengan berhati-hati.
“Pandangan pasal apa?” soal Tan Sri Tuan Umar dengan tidak sabar.
“Arriff dah fikir masak-masak dan Arriff nak kahwin balik dengan…” kata-katanya mati di situ. Dia tertunduk seketika.
“Kahwin balik dengan Sharifah?” sambung Tan Sri Tuan Umar. Dia mengangkat kepalanya dan mengangguk sekali. Tan Sri Tuan Umar tergelak dengan sinis. Puan Sri Rabaisyah terkejut.
“Kau dah tanya anak bini kau? Kau dah tanya pendapat mereka?” soalan Tan Sri Tuan Umar bertubi-tubi menyerang Datuk Tuan Sharriff. Dia diam seketika.
“Kau tu peguam. Macam ni ke caranya kau selesaikan masalah? Abah bukan nak melarang jugak bukan nak menggalakkan. Tapi kau fikirlah baik-baik. Masa mula-mula kahwin, dia yang terhegeh-hegeh pada kau tapi kau tak layan dia. Kemudian bila dah kahwin lama, kau pulak sukakan dia tapi dia yang tak layan kau. Abah tak kisah kalau kau nak kahwin lain tapi kau kena tanya anak bini kau dulu.” Tan Sri Tuan Umar mula bersyarah. Mukanya yang sentiasa serius ketika membincangkan hal-hal keluarga menyebabkan Datuk Tuan Sharriff tidak berani mengangkat kepala.
“Betul cakap abah kau tu, Arriff. Umi pun rasa begitu. Kau kena tanya anak bini kau terutamanya si Hisham tu. Kau dahlah ada konflik besar dengan dia. Itupun belum selesai walaupun dah berbelas tahun. Ini, kau dah nak tambah masalah lagi? Kalau begitulah, jawabnya sampai kiamat pun dia takkan maafkan kau.” Puan Sri Rabaisyah memberi nasihat.
“Alah. Cucu yang sorang tu, takkanlah umi dengan abah tak tahu perangainya?” Pasangan suami isteri itu saling berpandangan.
“Maksud kau… kau nak ketepikan dia?” duga Puan Sri Rabaisyah. Dengan lambat, Datuk Tuan Sharriff  mengangguk. Tan Sri Tuan Umar menepuk dahi.
“Kau gilakah Arriff? Dia tu anak kau! Takkanlah kau nak belakangkan dia? Kau nak dia makin benci pada kau? Begitu?” Tan Sri Umar mula naik angin.
“Kau jangan jadi bodoh Arriff. Abah hantar kau belajar di Universiti Harvard kat US tu suruh kau jadi orang yang baik-baik! Jadi ketua keluarga yang baik! Bukannya buat perangai tak tentu hala! Kenapa kau beria-ia sangat nak kahwin dengan Sharifah? Kau dah ada bini yang baik, bertanggungjawab, cantik, pandai bergaya lagi tu.  Sedangkan masa bercerai, kau sendiri yang lafazkan talak pada dia.” Soal Tan Sri Tuan Umar. Datuk Tuan Sharriff menarik nafas sedalam-dalamnya. Kemudian dia memandang umi dan abahnya  bersilih ganti.
“Sebab… sebab Arriff percaya yang Sharifah akan berubah seratus peratus.” Jawab Datuk Tuan Sharriff dengan tenang. Tan Sri Tuan Umar menghamburkan ketawa sinisnya kepada Datuk Sharriff. Anaknya itu terkejut.
“Kenapa abah gelak?” soal Datuk Tuan Sharriff yang hairan melihat perangai abahnya.
“Abah tak tahu lah sama ada Sharriff yang duduk di hadapan abah ni, anak abah ke bukan.” Datuk Tuan Sharriff  bertambah terkejut.
“Kenapa abah cakap macam tu?”
“Abah tak tahulah sama ada kau ingat atau tidak apa yang kau katakan,” sambung Tan Sri Tuan Umar.
“Maksud abah?”
“Maksud abah… lepas bercerai kau kata kau takkan kahwin semula dengan Sharifah walaupun  dia merayu berjuta-juta kali. Tapi sekarang, baru dua tiga kali dia merayu, kau dah cair?” sindiran dari Tan Sri Tuan Umar menyebabkan mulut Datuk Tuan Sharriff yang selama ini lantang di dalam mahkamah membela anak guamnya kini terkatup rapat. Mulutnya bagai dimangga dan dirantai dengan rantai besi.