REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

Wednesday 15 December 2010

WUC 9

WAKE UP CALL 9

TAMAN BUKIT BERUANG HEIGHTS

“FAHEM, nanti hujung bulan ni, kamu pergi ke US tu. Tengok-tengokkan si Fateeha. Daddy  risau dah lama sangat dia tak telefon daddy. Emel pun tak ada. Daddy risau sangat-sangat ni.” Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin meluahkan kerisauannya. Fahem hanya tersenyum.
       “Dia ada emel kamu? Ke telefon kamu ke? Bagi poskad ke? Ada?” soal lelaki itu lagi. Fahem menggeleng.
       “Nantilah, hujung bulan nanti Fahem pergi tengok dia.” Jawab Fahem. Dia menjeling Nur Syuhadah di sebelahnya.
       “Nanti Syuhadah ikut Fahem ke US, boleh?” gurau Fahem. Muka Nur Syuhadah sudah bertukar menjadi merah dalam suku saat saja. Tak guna punya jantan. Marahnya dalam hati. Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin dan isterinya berdehem, memberi isyarat agar anak teruna mereka tidak berkata begitu lagi. Fahem faham. Dia tergelak perlahan akhirnya.
       “Syuhadah jangan ambil hati. Fahem cuma main-main saja.” Tambahnya.
       Daddy dan mummynya sudah menggelengkan kepala.
       “Fahem ni, suka sangat bergurau macam tu tau. Tengok, malu si Syuhadah tu. Tak mahu buat macam tu lagi, nak.” Puan Sri Sharifah menegur Fahem. Seperti biasa, anak sulungnya itu hanya tahu sengih saja. Nur Syuhadah hanya memasang telinga.  Dia sendiri tidak faham kenapa tiba-tiba Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin mahu menjemputnya sekali. Pada fikirannya, majlis kecil-kecilan ini hanya untuk keluarga saja. Bila ditanya kepada Zariff yang mewakili daddynya untuk menjemputnya, budak itu hanya mengangkat bahu. Bila tiba tadi, Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin menerangkan kepadanya bahawa dia ingin membaca doa selamat untuk kesihatannya yang sudah pulih. Bila ditanya kenapa menjemput dirinya sekali, lelaki separuh umur itu menjawab: ‘ Apa salahnya kita mengeratkan hubungan sesama umat Islam? Takkan berdosa pulak. Dan lagi satu, pakcik sudah menganggap Syuhadah seperti anak kandung sendiri. Tidak perlu diragui tentang jemputan itu.’ Akhirnya, Nur Syuhadah akur saja.

SELEPAS membantu Puan Sri Sharifah dan Mak Kiah di dapur, Nur Syuhadah duduk bersantai di tepi kolam setelah diajak berkali-kali oleh Puan Sri Sharifah. Semua sudah berada di situ. Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin sedang rancak berbual bersama Pak Razak, Fahem sedang bergayut entah dengan siapa, dan Zariff pula sedang bermain gitar sambil diperhatikan oleh Syazwan Afiq.
       “Syuhadah ada beritahu mak kemana Syuhadah pergi?” soal Puan Sri Sharifah setelah duduk di hadapan Nur Syuhadah. Dia mengangguk. Anggukan itu melegakan hati tua Puan Sri Sharifah.
      “Emak siap kirim salam pada makcik dan pakcik.” Tambah Nur Syuhadah. Puan Sri Sharifah tersenyum.
      “Walaikumsalam.” Sedang rancak berbual, tiba-tiba Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin memanggil isterinya. Wanita itu meminta diri sebentar. Nur Syuhadah hanya tersenyum sambil mengangguk. Takkanlah dia mahu menghalang? Sedang leka merenung kebiruan air kolam, Fahem mendekatinya.
      “Syuhadah pandang apa dalam air kolam tu? Syuhadah terbayang kita kahwin nanti ke?” Nur Syuhadah terkejut. Kepantasan mulut Fahem berkata-kata membuatkan dirinya terpaku.
      “Bila pulak kita kahwin? Fahem mimpi ke?” Nur Syuhadah mengenakan semula lelaki yang tiga tahun tua darinya itu. Fahem hanya tersengih.
      “Memanglah kita tak kahwin lagi... tapi kalau betul pun, tak salah kan? Masih sah jugak nikah kita. Kita kahwin, lelaki-perempuan. Bukannya macam di barat. Lelaki kahwin lelaki. Perempuan kahwin perempuan.” Fahem makin melalut.
      “Anyway, tak lama lagi dah nak PMR. So, Zariff macam mana di sekolah?” Fahem mula menunjukkan keprihatinannya. Nur Syuhadah menarik nafas seketika sebelum menjawab soalan itu. Baru dia mahu membuka mulut, tiba-tiba seorang wanita memanggil abang. Fahem menoleh. Bila terlihat saja wajah itu, dia terus memeluknya tanpa ragu-ragu.
      “Kenapa tak bagitahu nak balik? Boleh abang tunggu di KLIA.” Ujar Fahem setelah meleraikan pelukannya. Segera Fateeha memandang Nur Syuhadah sambil tersenyum.
      “Makwe abang eh?” sengaja diusik abang dan wanita itu. Fahem makin suka. Pantas dia mengangguk. Belum sempat dia melangkah kepada daddy dan mummynya, dia sudah diadatangi oleh mereka berdua. Setelah bersalaman, mereka duduk di kerusi yang semeja dengan Nur Syuhadah dan Fahem.
        “Mummy dengan daddy, bila nak kahwinkan abang Fahem dengan makwe dia ni?” Fateeha yang tidak tahu apa-apa terus bertanya. Nur Syuhadah sudah terkedu. Zariff sudah menepuk dahi. Daddy dan mummynya sudah membulatkan biji mata sambil merenung tajam wajah Fahem. Ini mesti kerja si Fahem! Gumam Puan Sri Sharifah dalam hati. Namun lelaki mafia itu tetap tenang saja.
       “Kak Fateeha ni kan, suka aje main tunduh-tuduh! Ni, Ustazah Nur Syuhadah, guru kelas Zariff.” Terang adiknya.
       “Ohhh... bukan akak yang sesuka hati nak menuduh. Tapi dah abang Fahem yang mengiakan, Fateeha terus sajalah tanya.” Fateeha mempertahankan dirinya. Tak lama kemudian, Mak Kiah datang sambil menatang segelas jus oren.
       “Mak Kiah! Lamanya tak jumpa Mak Kiah. Rinduuuu sangat-sangat!!!” terus dipeluk Mak Kiah selepas mak Kiah meletakkan gelas tersebut di atas meja. Fateeha mencium tangan Pak Razak yang berada dibelakang Mak Kiah.
       “Fateeha apa khabar?’ soal Mak Kiah. Dia dan suaminya memang terlalu dimanjakan oleh anak-anak majikannya. Kadang kala mereka rasa serba salah. Bila dimajukan kepada kedua-dua majikannya berkenaan hal itu, majikannya hanya menjawab: ‘Kami tak mahu mereka menganggap kamu berdua sebagai orang asing. Apatah lagi kamu berdua dah menjaga mereka sejak kecil lagi. Memang kami mengasuh anak-anak kami supaya hormat dan sayangkan kamu berdua macam mereka hormatkan kami’.
       “Fateeha khabar baik. Tapi kan Mak Kiah, Fateeha tengok Mak Kiah ni makin lama makin cantik. Mummy pun kalah. Pak Razak pun sama, hensem. Lagi hensem dari Abang Fahem.” Sempat lagi Fateeha bergurau. Mereka semua sudah tergelak.
       Nur Syuhadah hanya melihat situasi itu. Satu perkara yang dapat dipelajarinya; anak-anak Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin tidak pernah menganggap orang gaji mereka sebagai orang luar. Malah, mereka menyayangi Pak Razak dan Mak Kiah sama seperti mereka menyayangi daddy dan mummy mereka. Bukan mudah  untuk mencari anak-anak muda kaya seperti mereka sekarang.
       Fateeha memandang Nur Syuhadah. Dia mengambil tangan Nur Syuhadah lalu diciumnya.
       “Maaflah Ustazah Syuhadah sebab Fateeha cakap macam tu. Mesti Ustazah Syuhadah malu kan? Ni semua Abang Fahem punya pasallah ni!” dijeling sekilas abangnya yang sedang menaip sesuatu di telefon bimbitnya. Nur Syuhadah terus senyum.
      “Tak apa. Cuma salah faham sikit saja. Cuma kalau boleh, lepas ni bila kita berjumpa, Fateeha jangan panggil saya Ustazah Syuhadah. Panggil Kak Syuhadah pun, dah cukup.” pinta Nur Syuhadah. Fateeha menyambutnya dengan senang hati diiringi senyuman manis di bibirnya.


IZZUDDIN SUPPLIER HOLDINGS

“JADI, kamu semua dah putuskan mana kita akan pergi untuk cuti tahun ni?” soal Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin yang duduk di kepala meja. Kebanyakan mereka hanya mengangguk. satu perkara yang para pekerja senang dengan Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin ialah dia akan membawa semua stafnya untuk bercuti di hujung tahun. Jika tahun ini bergi bercuti, tahun hadapan akan diadakan pula family day. Begitulah tradisi yang diterapkan oleh Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin. Dia tidak mahu semua stafnya berkerja dalam keadaan berpuak-puak. Pegawai eksekutif satu puak dan pekerja bawahan pula lain puaknya. Bekerja dengan keadaan begitu membuatkan kerja menjadi tidak proaktif. Semua itu boleh menyebabkan kerugian syarikat.
       “Tan Sri, kami dah bincang hari tu. Apa kata jika kita bercuti di Pulau Langkawi?” Ikram mewakili semua staf  bersuara. Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin mengangguk.
       “Lain-lain tempat?” soalnya. Mereka menggeleng.
       “Baiklah. Saya pun sebenarnya tak kisah nak bercuti di mana-mana. Asalkan kita bercuti, ya tak? Anggap saja kita bercuti ni seperti kita bercuti dengan ahli keluarga kita.  Saya tak mahu ada yang bermasam muka, saling tak bertegur, sombong-menyombong, saling tak membantu, saling tak mengambil tahu, mementingkan diri sendiri. Saya tak mahu perangai macam tu. Tapi satu saya nak ingatkan. Bila tiba di sana, gembira tu, gembiralah jugak. Tapi saya tak mahu kamu gembira sangat. Saya ni, teringatkan pesan arwak mak saya. Kita ni bila pergi bercuti ke, apa ke, jangan gembira sangat, takut nanti tiba-tiba terjadi perkara buruk. Manalah tahu dalam awak semua tengah syok bermandi-manda dekat laut, tiba-tiba ombak kuat datang. Kalau datang saja lepas tu pergi, tak apa. Kalau dia bawak kamu sekali, macam mana? Tahu-tahu bila dah sedar saja, dah tiba di Indonesia. Hah, siapa nak bertanggungjawab tu?  Ringkasnya, macam nilah. Kita kena sentiasa berhati-hati. Always be alert. Faham?” semua stafnya mengangguk faham.
       “Baik, saya mahu kamu bincang elok-elok dengan keluarga kamu. Lepas tu, putuskan berapa orang nak pergi. Kemudian, kasikan senarai nama ahli keluarga kamu kepada setiausaha saya. Seorang staf diterhadkan untuk membawa tiga ahli keluarga saja.” Fahem mendengar dengan tekun setiap butir kata yang keluar dari mulut daddynya. Dia menjeling Mazidah di sebelah. Wanita itu langsung tidak mahu bercakap dengannya hari ini. Mogok apa agaknya? Entahlah... perangai perempuan, dia bukannya arif sangat. Yang paling dia arif pun, memujuk Fiona dengan set barang kemas. Itu saja. Setelah daddynya keluar, dia pula menyusul keluar dari bilik mesyuarat utama.

FAHEM terasa baru seperti baru 15 minit dia duduk di kerusi empuknya. Padahal yang sebenarnya, sudah empat jam dia duduk di situ menghadap kerja-kerjanya. Pantas di ‘lock off’kan laptopnya. Ketika dia mahu keluar dari bilik, interkomnya berbunyi.
       “Tuan Fahem, Tan Sri panggil ke pejabatnya.” Walaupun sekilas saja, namun itu sudah cukup untuk meleraikan rindunya pada Mazidah. Tak lama kemudian, dia tiba di pejabat daddynya.
       “Ada apa daddy?” soalnya sambil menutup pintu.
       “Fahem tolong wakilkan daddy jumpa dengan Encik Badrul, wakil dari Berjaya Sdn Bhd. Daddy tiba-tiba saja rasa sakit dada pula.” Ujar Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin sambil  mengurut perlahan dadanya.
       “Kamu pergi dengan Mazidah. Dia kenal dengan Encik Badrul tu. Lagipun, segala listing untuk barang-barang yang diorder tu ada pada Mazidah.” Tambahnya lagi.
       “Daddy okey ke? Fahem takut tengok daddy macam ni? Fahem bawakkan ke hospital ya?’ sarannya. Namun daddynya pantas menggeleng.    
       “Dah pergi cepat. Nanti tertunggu-tunggu pulak Encik Badrul tu.” Fahem mengangguk sambil melangkah keluar dari pejabat daddynya.
       Dari jauh, Fahem melihat Mazidah sedang mengemaskan mejanya. Mungkin untuk lunch. Dengan pantas, dia melangkah menuju ke situ. Mazidah agak terkejut. Namun, dia buat-buat tenang.
       “Daddy I suruh you temankan I pergi jumpa klien, Encik Badrul dari Berjaya Sdn. Bhd. Lagipun dia kata, listing barang yang ditempah ada dengan you.” Malas mahu bertanya apa-apa, Mazidah hanya menurut saja sambil menarik laci paling bawah sekali untuk mengambil senarai tersebut.

“YOU ni kenapa? Nak lancar mogok ke pada I? Apa? I tak bayar gaji you? Tapi I rasa you dah dapat gaji you kan?” soal Fahem sambil memandu.
        Mazidah hanya diam sejuta bahasa. Malas dia mahu berbicara dengan lelaki di sebelahnya. Dia perlu mengikut setiap tunjuk ajar Diyya. ‘Jangan layan sangat si Fahem tu. Aku takut kalau dia buat kau macam tu lagi’. Pesan Diyya masuk melekat di kepala otaknya. Diam-diam, Fahem merayapkan tangannya untuk mencari jari-jemari wanita itu. Mazidah yang dapat menghidu pergerakan tersebut terus menampar pipi kiri Fahem.
        “Eh? Yang you tiba-tiba tampar I ni pasal apa?” soal Fahem. Namun Mazidah masih diam. Bengang dengan keadaan itu, Fahem hanya meneruskan pemanduannya sehingga sampai ke destinasi.

No comments:

Post a Comment