REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

Tuesday 21 April 2015

WUC 38


WAKE UP CALL 38

 

SUDAH sebulan Nur Sumayyah menghadiahkan dua orang putera untuk suaminya. Kini, dia menetap di rumah orang tua Fahem. Genap sebulan, barulah Puan Sri Sharifah membenarkan mereka tinggal di rumah mereka. Ini untuk memastikan agar menantu sulungnya itu benar-benar sihat sebelum mula bekerja semula.

            “Banyaknya lauk mummy masak. Ada tetamu nak datang ke?” soal Nur Sumayyah tatkala tiba di dapur. Puan Sri Sharifah menoleh seketika kepada menantunya dan memberikan sebuah senyuman manis.

            “Ha ah, keluarga pakcik Mokhtar kamu nak datang malam ni. Dia nak merisik Fateeha untuk Nizam. Tu yang mummy masak lauk lebih sikit,” jawabnya sambil mengacau-ngacau tom yam di atas dapur.

            “Oooh… patutlah ada orang tu, Sumayyah tengok berseri semacam saja hari ni, mummy,” usiknya apabila Fateeha yang sedang mengelap pinggan memandangnya. Adik iparnya itu tersengih-sengih malu.

            “Kak Sumayyah nak tahu tak… orang cakap kalau macam nilah reaksi perempuan bila orang mengusik dia pasal kahwin, tu tandanya dah merenyam sangat nak kahwin… tak sabar-sabar!” Zariff yang sedang memotong tomato mengusik kakaknya. Wajah Fateeha yang tadinya ceria terus bertukar masam. Kain lap pinggan di tangannya dibaling tepat mengenai muka Zariff.

            “Amboi amboi amboi mulut tu… mengalahkan orang tua pulak, kan! Cili mulut tu karang baru tahu!” balas Fateeha. Nur Sumayyah tergelak melihat ulah kedua-dua adik iparnya itu. Zariff memang sudah diketahui perangainya… suka mengusik. Ketika dia sedang mengajar di dalam kelas, sempat juga Zariff mengusik kawan-kawannya. Sekali-sekala, dia pun turut terkena!

            “Mummy, tengok Kak Fateeha ni, main baling-baling kain lap pinggan kat muka orang pulak!” Zariff mengadu kepada mummynya dengan bengang.

            “Habis dah kau cakap akak ni gatal sangat nak kahwin! Nasiblah kau, kena kain terbang!” Fateeha tetap tidak mahu kalah.

            Puan Sri Sharifah menggeleng kepala. “Kamu tengok tu, Sumayyah. Asyik nak melenting saja si Fateeha ni. Agaknya bila dah kahwin dengan si Nizam esok…”

            “Hari-hari Abang Nizam kena pinggan terbang, mummy,” Zariff menyampuk. Seketika kemudian, seisi dapur mentertawakan Fateeha.

            “Apa yang abang dengar kecoh-kecoh sampai kat ruang tamu sana?” soal Tan Sri Tuan Haji Ahmad Izzuddin. Risau juga dia. Mana tahu, mereka tergelak sakan hingga dapur banglo itu runtuh!

            “Abang tengoklah dua orang anak abang ni! Bertengkar tak habis-habis!” Puan Sri Sharifah mengadu kepada suaminya pula.

            Tan Sri Tuan Haji Ahmad Izzuddin hanya tersenyum kecil. Faham sangat dengan perangai keanak-anakan Fateeha. Suasana sunyi seketika. Tanpa mereka sedari, Fahem masuk ke dapur dan terus memeluk isterinya dari belakang.

            “Aaaarghhhhh!” Nur Sumayyah menjerit sekuat hati akibat terlalu terkejut kerana dipeluk dari belakang dan dicium pipinya.

            Semua mata menoleh ke arah pasangan suami isteri itu. Fahem hanya tersengih.

            “Abang Fahem jangan nak buat adegan bukan-bukan kat sini eh! Fateeha dengan Zariff ni suci murni lagi tahu!” dengan serius Fateeha memberi amaran. Sekali lagi, dapur itu bergema dengan tawa mereka sekeluarga.

            “Okeylah mummy, daddy… kami naik dulu. Nak tengok dua orang Hang Tuah kat atas tu,” ujar Fahem sambil menarik tangan isterinya yang duduk di kerusi.

            Mummy dan daddynya mengangguk.

 

FAHEM menjeling isterinya yang sibuk menyusukan Fahmi di atas katil. Dia tidak faham, semenjak pindah ke rumah orang tuanya isterinya telah berubah laku. Nur Sumayyah hanya akan tersenyum apabila mereka berada bersama dengan ahli keluarganya yang lain. Apabila di dalam bilik atau mereka berdua sahaja, pasti wanita itu akan diam sediam-diamnya.

            “Sayang, kenapa ni?” soal Fahem sambil melipat sejadah yang sudah digunakan. Nur Sumayyah mengangkat kepala, menatap seketika wajah suaminya. Sejurus kemudian dia menggeleng.

            Fahem menuju ke katil. Dia duduk di sebelah isterinya. Bahu si isteri diraih. Dikucup perlahan ubun-ubun Nur Sumayyah. Wanita itu masih tetap mendiamkan diri. Bengang dengan keadaan itu, Fahem bangun dan mengambil telefon bimbitnya di atas meja. Dia mencari music folder. Seketika kemudian, dia mengambil gitarnya di sebuah sudut dan menarik kerusi meja solek dan meletekkannya di tepi katil. Nur Sumayyah menjeling seketika perbuatan suaminya.  Fahem terus memainkan sebuah lagu dari telefon bimbitnya sambil dia memetik gitar.

 

Pretty woman, walking down the street

Pretty woman, the kind I like to meet

Pretty woman… I don’t believe you, you’re not the truth

No one could look as good as you

Mercy

Pretty woman, won’t you pardon me

Pretty woman, I couldn’t help but see

Pretty woman, that you look lovely as can be

Are you lonely just like me, wow

Pretty woman, stop a while

Pretty woman, talk a while 

Pretty woman, give your smile to me

Pretty woman, yeah yeah yeah

Pretty woman, look my way

Pretty woman, say you’ll stay with me

Cause I need you, I’ll treat you right

Come with me baby, be mine tonight

Pretty woman, don’t walk on by

Pretty woman, don’t make me cry

Pretty woman, don’t walk away, hey… okay

If that’s the way it must be, okay

I guess I’ll go home, it’s late

There’ll be tomorrow night, but wait

What do I see

Is she walking back to me

Yeah, she’s walking back to me

Oh, oh , pretty woman

 

            Akhirnya Nur Sumayyah mengukir sebuah senyuman manis, khas untuk suaminya. Tidak dapat dinafikan, Fahem memang pandai mengubati rajuk dan bad moodnya.

            “That’s my girl, my wife, my soulmate.” Fahem menggosok-gosok perlahan kepala isterinya.

            Tangannya ditepis. Walaupun perlahan, namun Fahem tetap berkecil hati. Dia cuba menyabarkan diri. Akhirnya dia bangun untuk mengambil kotak sekotak rokok, pemetik api dan telefon bimbitnya yang terletak di atas meja di sebelah katil. Tanpa sebarang kata, dia terus keluar dan menuju ke beranda rumah. Nur Sumayyah hanya memandang sayu langkah suaminya melepasi pintu bilik.

 

“MACAM mana dengan hal budak-budak ni?” soal Tuan Mokhtar ketika mereka sedang bersantai-santai di ruang tamu mewah itu.

            Tan Sri Tuan Haji Ahmad Izzuddin tersenyum kecil. “Macam mana, macam mana?” soal Tan Sri Tuan Haji Ahmad Izzuddin dengan nada gurau. Tuan Mokhtar dan isteri serta Puan Sri Sharifah turut tergelak.

            “Yalah. Aku rasa Din, elok dah alang-alang nak berbincang ni, baik terus merisik je. Nanti mereka terus bertunang. Tak payah nak dua tiga kali kerja, kan,” cadang Tuan Mokhtar. Tersenuym kecil Tan Sri Tuan Haji Ahmad Izzuddin mendengar cadangan itu.

            “Kamu ni dah tak sabar nak bermenantu ke, Mokh?” usiknya lagi. Terus bergema ruang tamu banglo itu dengan tawa Tuan Mokhtar dan isteri.

            Si isteri mencuit sedikit lengan suaminya. “Abang ni, gelak tu perlahan-lahan sikit. Terkejut cucu-cucu si Din!” walaupun teguran itu perlahan, namun tetap didengari oleh pasangan tuan rumah. Tersenyum kecil Puan Sri Sharifah dan suaminya.

            “Zariff,” teriak Tan Sri Tuan Haji Ahmad Izzuddin memanggil anak ketiganya. Zariff keluar dari dapur menuju ke sofa yang diduduki oleh kedua orang tuanya.

            “Ya daddy?”

            “Tolong panggilkan Abang Fahem dengan Abang Nizam kat luar kejap, nak.” Arah si bapa. Zariff mengangguk faham lalu mengorak langkah menuju ke beranda, melaksanakan arahan daddynya.

            Tak lama kemudian, kedua-dua pemuda itu masuk. Kemudian Zariff diarahkan pula oleh mummynya untuk memanggil kakaknya yang sedang bersantai bersama Nur Sumayyah dan anak-anak di ruang keluarga yang bersebelahan dengan ruang tamu.

            “Fateeha, daddy nak tanya kamu. Setuju tak kalau pakcik Mokhtar nak merisik kamu sekarang?” soal Tan Sri Tuan Haji Ahmad Izzuddin dengan hati-hati.

            Fateeha yang duduk bersama kedua orang tuanya di sofa panjang hanya menundukkan muka sambil bermain-main dengan jari-jemarinya yang bertaup. Malu benar barangkali. Sekali lagi soalan sama diulang tetapi ditanya oleh mummynya pula.

            Fahem yang hanya duduk di sofa satu tempat duduk hanya tersengih-sengih melihat reaksi adiknya. ‘Malulah tu’. Kutuknya dalam hati.

            “Jawablah Fateeha. Nizam dah tak sabar nak dengar jawapan kamu,” usik Fahem. Puan Sri Shraifah berdehem beberapa kali, sebagai teguran kepada Fahem. Tuan Mokhtar dan Puan Mahira tergrlak kecil.

            Mendengar usikan Fahem, automatik kepala Fateeha terangkat. Tatkala ingin memandang abangnya, matanya bersabung seketika dengan pandangan redup yang diberikan oleh Nizam. Lantas niat di hati yang ingin bertikam lidah dengan Fahem terus mati. Kepalanya tunduk semula.

            “Fateeha?” Puan Sri Sharifah memeluk seketika bahu anaknya. Dengan kepala yang masih menunduk, dia mengangguk.

            Nizam menarik nafas lega. Sebenarnya dia sudah berbincang degan Fateeha yang anak dara itu aakan dirisik pada malam ini. ‘Fateeha ni, saja buat gempak.’ Bebelnya dalam hati.

            Lantas Puan Mahira mengeluarkan cincin tanda di dalam beg tangannya dan menyerahkan kotak cincin berwarna biru itu kepada Puan Sri Sharifah.

            Puan Sri Sharifah kemudiannya mengeluarkan cincin tersebut dari tempatnya dan menyarungkannya di jari manis anak perempuan tunggalnya. Secara tiba-tiba, pancaran cahaya menyilaukan pandangan mereka seketika.

            Zariff hanya tersenyum tatkala semua mata memandang ke arahnya. “Mengabadikan kenangan manis di dalam gambar,” jawabnya dengan mulut yang masih tersengih panjang.

            Fateeha dengan pantas mengambil sebuah majalah di bawah meja dan memukul kuat bahu adiknya.

            “Aduuhhh! Apa Kak Fateeha ni! Depan bakal mak bapak mertua pun nak jadi ganas jugak ke?” bentak Zariff sambil mengurut bahunya yang dipukul.

            Tuan Mokhtar dan Puan Mahira tidak dapat menahan gelak. Namun mereka sedia maklum. Anak-anak kawan baik mereka memang lepas laku sahaja bila mereka datang.

            Suasana kembali diam seketika. Mata Tan Sri Tuan Haji Ahmad Izzuddin ternampak sebuah sampul pos ekspress yang terletak elok di atas meja kecil bersebelahan sofanya. Dia membelek seketika. ‘Nama aku ni’. Detik hatinya. Hingar-bingar suasana ruang tamu itu tidak dihiraukannya. Sampul pos ekspress itu lebih menarik perhatiannya.

            Dengan rakus dia mengoyakkan sampul pos ekspress yang bersaiz 220mm x 110mm. beberapa keping gambar melorot jatuh di atas pahanya. Dikutip semuanya. Mata tuanya menatap gambar-gambar tersebut.

            “Fahem Izzuddin!”

No comments:

Post a Comment