REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

Tuesday 15 November 2011

CSU 28

CINTA SEORANG USTAZ 28

LAPANGAN TERBANG HEATHROW, LONDON

MEREKA tiba tepat jam 12.00 tengah hari. Sebaik saja melepasi kaunter imigresen, Iskandar terus duduk di ruang menunggu. Datuk Alexander memandang sekeliling.
“Pukul berapa kamu janji dengan Darren?” soal Datin Aminah. Iskandar membuka matanya yang baru saja lelap.
“Is suruh dia datang 11.45.” jawab Iskandar. Laila, Mohd Lazim dan Mak Munah langsung tidak mengantuk. Mereka teruja untuk melihat negara orang.
“Abang Lazim, Kak Munah dengan Laila lapar tak?” soal Datin Aminah. Mereka bertiga menggeleng. Datuk Alexander tersenyum.
“Is, pergi beli roti dengan air untuk keluarga Laila.” Arah Datuk Alexander. Iskandar mengangguk akur.
“Eh, tak payahlah susah-susah.” Mak Munah menahan. Iskandar hanya tersengih.
“Tak apalah makcik. Sementara nak tunggu dua pupu saya, baik makcik sekeluarga makan dulu. Kalau tak, kebulur nanti.” Balas Iskandar. Dia bangun lalu mengatur langkah menuju ke sana. Tiba-tiba, Datin AMinah memanggilnya.
“Bawalah Laila sekali. Boleh jugak dia tengok airport ni.” Ujarnya. Iskandar mengangguk sambil memandnag Laila. Laila pula memandnag kedua ibu bapanya, isyarat untuk meminta izin. Dengan senang hati, mereka membenarkan. Mereka berjalan beriringan menuju ke sebuah kedai makanan.
Laila hanya memandang sekaliling, terlalu teruja kerana dapat melihat tempat orang.
“Kenapa senyaol saja?” soal Iskandar. Laila tersenyum.
“Inilah pertama kali saya ke luar negara. Pertama kali jugalah saya naik kapal terbang.” Ujar Laila. Iskandar hanya tersenyum kecil. Mereka berhenti di sebuah kedai menjual pelbagai jenis roti.
“Laila nak roti apa?” soal Iskandar laila hanya mengangkat bahu.
“Apa-apa ajelah asalkan halal.” Jawabnya. Iskandar mengangguk. Dia memilih beberapa jenis roti berinti planta, sardin, tuna dan sayur-sayuran. Tidak lupa juga beberapa botol air mineral. Setelah membayar di kaunter, mereka keluar semula.
“Ustaz, kalau saya tanya… ustaz jangan marah ya.” Iskandar hanya mengangguk.
“Roti-roti yang ustaz beli tu, ustaz yakin ke semuanya halal?” soal Laila dengan ragu-ragu. Iskandar tergelak perlahan.
“Saya yakin, ia halal. Lagipum, kedai tu sebenarnya milik orang Islam. Awak tak payah risaulah, roti ni memang halal.” Iskandar menyedapkan hati anak muridnya itu.
Tiba saja di tempat menunggu, Iskandar melihat Darren rancak berbual bersama Datuk Alexander. Darren saja, sebaik sahaja ternampak dua pupunya…
“Is…” dia terus meluru ke arah Iskandar dan memeluk ustaz muda itu.
“How are you?” soal Darren sambil menepuk-nepuk belakang Iskandar.
“I’m fine.” Jawabnya.
“Come on, let’s get the van.” Ajak Darren. Mereka semua bangun sambil menarik bagasi masing-masing.

DARREN memandu van dengan tenang. Iskandar di sebelahnya hanya memandang ke luar tingkap. Di bahagian belakang, Datuk Alexander rancak berbual bersama Mohd. Lazim. Manakala Datin Aminah, Mak Munah dan Laila seronok menikmati pemandangan di luar van sambil berbincang mengenainya.
“Sejuknya, Minah.” Adu Mak Munah. Datin Aminah tersenyum.
“Biasalah kak, musim salji. Tak lama lagi nak Krismas.” Ujar Datin Aminah. Mak Munah mengangguk faham.
“Cantik kan, mak?” soal Laila. Mak Munah mengangguk. Di depan, Iskandar meminta sesuatu dari Darren.
“Can you drop by a while at the Anjuman Hidaya Heathrow Mosque? We want to pray for a while.” Pintanya. Darren mengangguk setuju. Dari Cromer Road, dia menyusur keluar ke Inner Ring West. Dia meneruskan perjalanan sehingga memasuki Tunnel Road West.  Keluar saja dari Tunnel Road West, dia memutarkan stereng van ke jalan separuh bulatan Tunnel Road East. Kemudian, dia menyusur ke kiri untuk keluar ke Bath Road.
Tiba-tiba, Iskandar teringat sesuatu. Lantas, dia menoleh ke belakang.
“Daddy, nak singgah McD tak? Dah nak dekat ni. Takut nanti diorang lapar pulak.” ujarnya. Datuk Alexander mengangguk.
“Bagus jugak cadangan kamu, Is. Laila, Encik Lazim, Kak Munah… kita singgah makan di McD dulu ya. Nak ke Somerset, berjam-jam.” Ujar Datin Aminah.
“Tapi, tadi kan kita dah makan roti. Buat alas perut.” Mohd Lazim memberi alasan.
“Takpelah pakcik. Macam yang mummy cakap. Nak ke Somerset, bukannya seminit dua. Berjam-jam. Sepanjang perjalanan tu, susah nak jumpa restoran halal. Saya rasa, eloklah kalau kita berhenti di McD tu. Sekurang-kurangnya, kita tahu apa yang dia jual.” Sampuk Natasha pula. Akhirnya, mereka sekeluarga bersetuju.
Iskandar berkata sesuatu kepada Darren. Sepupunya itu memberi signal kiri untuk membelok ke Mondial Way. Restoran makanan segera betul-betul berada di selekoh jalan. Dia memberi signal untuk ke kanan dan terus memarkir van hitam itu di hadapan restoran McDonald.

“LEPAS ni, kita nak ke mana?” soal Laila kepada Iskandar yang duduk di hadapannya. Lelaki itu tersenyum.
“Kita sembahyang dulu di Masjid Anjuman Hidaya Heathrow. Buat sembahyang Jamak Qasar. Saya takut kalau kita tak sempat nak sembahyang Asar bila tiba rumah datuk saya nanti.” Jawab Iskandar. Mereka semua mendengar dengan teliti kata-kata ustaz muda itu.
“Berapa jauh dari sini nak ke rumah datuk kamu? Maksud pakcik, berapa jam?” soal Mohd. Lazim.
Iskandar mengerutkan dahi seketika. “Saya tak ingat. Tapi, adalah dalam 160 batu. Lebih kurang… 80 kilometer. Kalau ikut jarak, macam dari Melaka ke KL lah.” Jawab Iskandar.
 Mohd Lazim mencongak di dalam hati. Akhirnya dia bersuara. “Kalau macam tu, perjalanannya lebih kurang dalam satu, dua jam sajalah.” Kata Mohd Lazim berdasarkan pengalamannya. Mereka mengangguk setuju.
Mereka terus berbual-bual sambil makan. Datin Aminah, Mak Munah dan Natasha seronok berbual tentang rancangan Cake Boss yang disiarkan di Travel and Living Channel. Darren pula sedang berbincang sesuatu dengan bosnya, Sean Messer melalui telefon bimbitnya. Datuk Alexander pula kusyuk mendengar cerita-cerita seram yang disampaikan oleh Mohd Lazim kepadanya ketika memandu lori. Sekali-sekala, dia bertanya rupa hantu tersebut, dan apakah perasaan Mohd. Lazim dan kawannya. Iskandar pula seronok bercerita kepada Laila tentang ladang yang luas milik datuknya.
“Bila awak sampai, awak lihatlah nanti. Betapa indahnya bumi ciptaanNYA. Tambahan pula, sekarang musim salji. Rumah-rumah di sana Semuanya cantik-cantik belaka.” Ujar Iskandar. Tanpa disedari, dia telah terambil minuman Laila.
“Errr… ustaz…” Laila menuding jarinya ke arah cawan kertas yang dipegang oleh Iskandar namun lelaki itu tetap buat tidak tahu.
Iskandar mengerutkan dahinya. “Kenapa lain macam saja rasa air coke ni?” soalnya kepada dirinya sendiri. Lalu dibuka penutup cawan kertas itu. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat warna air tersebut. Sambil tersengih, dia mengangkat kepala memandang Laila yang sudah membulatkan biji matanya.
“Maaflah sayang, abang terambil air oren Laila.” Iskandar meminta maaf sambil tersengih. Laila mendengus geram.
“Lain kali, tengok dulu sebelum nak minum. Sibuk orang letak air kat situ, dia pun nak letak kat situ jugak!” bebel Laila. Sibuk aje! Orang letak cawan kat depan pinggan, dia pun letak situ jugak! Kan… dah tertukar! Bentak hatinya.
“Semua dah habis makan?” Darren bersuara. Dia sedang belajar untuk bertutur Bahasa Melayu melalui Iskandar. Semuanya mengangguk.
Mereka keluar dari restoran McDonald dan menaiki semula van. Darren keluar semula ke Bath Road untuk menuju ke Masjid Anjuman Hidaya Heathrow. Kali ini, Datuk Alexander duduk di hadapan bersama Darren. Natasha duduk bersama Datin Aminah, Mohd Lazim duduk bersama Mak Munah dan Laila duduk bersama Iskandar di belakang sekali.
“Saya tengok, banyak bangunan di sini guna bata merah. Lagi cantik. Betul tak, ustaz?” Laial meminta pendapat Iskandar. Lelaki itu mengangguk.
“Saya suka tengok bangunan yang macam tu. Sebab itulah, rumah kami di Malaysia pun, daddy saya lebih suka guna bata merah. Alasannya, jimat. Tak perlu nak tukar cat setiap berapa tahun. Cuma kami hanya tukar cat pada bahagian dalam rumah saja.” Ujar Iskandar. Laila mengangguk.
Tiba di kawasan perumahan, Laila mendapati banyak rumah yang didirikan dengan menggunakan batu-bata merah. Sepanjang perjalanan, Laila leka memerhatikan kawasan sekeliling. Iskandar tidak mengganggu.
Tiba di satu simpang, Darren membelokkan van ke kiri, masuk ke High Street. Tiba di simpang pertam, dia pusing ke kiri, menyusuri Park Lane untuk ke Masjid Anjuman Hidaya Heathrow. Darren memperlahankan larian van kerana terdapat kereta yang diparkir pada kiri dan kanan jalan.
Tiba saja di Masjid Anjuman Hidaya Heathrow, Darren memarkir keretanya di dalam kawasan tersebut. Mereka turun dari van sambil memandang kawasan sekeliling.
“Marilah, kita solat dulu.” Ujar Iskandar. Laila dan Mak Munah mengikut langkah Datin Aminah dan Natasha menuju ke tempat wudhuk wanita. Mohd Lazim mengikut langkah Datuk Alexander dan Iskandar menuju ke tempat wudhuk lelaki.

“BAGUS tempat wudhuk dia kan, mak? Siap boleh duduk.” Komen Laila. Mak Munah mengangguk setuju. Datin Aminah tersenyum.
“Bukan apa, kak.” Yalah, senang kalau orang yang sakit kaki, orang-orang tua… nak ambil wudhuk. Taklah terbongkok-bongkok.” Jelas Datin Aminah sambil membuka tudungnya dan diletakkan di tampat duduk wudhuk sebelah. Selepas semua mengambil wudhuk, mereka mengenakan semula tudung dan menuju ke ruang solat.
Iskandar mengimamkan solat mereka. Solat Asar dijamakkan sekali di dalam waktu solat Zuhur. Selesai saja bersolat, mereka saling bersalaman. Lelaki bersalaman dengan lelaki. Wanita bersalaman sesame mereka.
Mereka memakai semula kasut dan terus menuju ke van. Kelihatan Darren tidur dengan begitu nyenyak sekali di tempat pemandu. Mereka tergelak sesame sendiri.
“Nyenyak betul anak sedara Datuk tidur. Penat sangat kot.” Ujar Mohd. Lazim. Mereka tergelak perlahan mendengar kata-kata pemandu lori itu.
Perlahan-lahan, Iskandar membuka pintu pada bahagian pemandu dan menggoyangkan perlahan-lahan bahu Darren. Lelaki itu mencelikkan matanya.
“Already done?” soalnya. Iskandar mengangguk. Dengan pantas, dia memutar kunci. Setelah memastikan masuk, dia membelok keluar dari kawasan Masjid Anjuman Hidaya Heathrow untuk menuju  semula ke jalan besar Bath Road. Dia perlu meneruskan perjalanan hingga di persimpangan berdekatan Ramada Jarvis Hotels untuk membuat pusingan U.
Darren terus menyusur masuk ke Nene Road. Ketika di Nene Road Roundabout, dia yang berada pada arah jam 6 mengambil arah jam 12. Tiba saja disimpang, dia membelok ke kanan dan masuk ke Northern Perimeter road.
Dia membelok ke kanan, mengambil jalan berbentuk U untuk berpatah semula ke Tunnel Road West.
“Macam mana? Seronok?” soal Datuk Alexander yang duduk di belakang sekali bersama Mohd Lazim. Pemandu lori itu tersenyum.
“Dapat juga kita lihat alam ciptaan ALLAH SWT. Cantik.” Komennya. Mereka berbual lagi tentang banyak perkara. Riuh rendah suara Datin Aminah, Mak Munah, Natasha dan Laila bercerita itu dan ini. Biasalah, mulut perempuan. Selepas penat bercerita itu dan ini, akhirnya mereka tertidur.

MEREKA tersedar ketika Darren secara tiba-tiba menekan brek.
“Darren, what happen?” soal Datuk Alexander.
“Nothing, uncle.” Jawab Darren perlahan. Sebuah kereta kompak di depannya yang memandu terlalu perlahan menyebabkan Darren hamper-hampir terlanggar belakang kereta itu.
“Does we already arrived at Somerset?” soal Datin Aminah.
“Dah sampai mummy..” Jawab Iskandar.
Di persimpangan 22, mereka keluar dari lebuhraya M5 untuk ke arah A38. Tiba saja di roundabout, mereka mengambil laluan arah jam 9 dari tempat mereka untuk ke Midomer Norton.
“Cantik ladnag mereka, kan?” Mak Munah mengajukan soalan kepada Natasha. Anak dara itu mengangguk.
“Betul makcik. Bila kami balik ke sini, saya suka tengok ladang diorang. Cantik-cantik. Rumah mereka pun cantik-cantik. Nak pulak, sekarnag ni musim salji. Tak berapa hari lagi, dah Krismas. Lagi seoronok. Ujar Natasha.
Tiba di bulatan yang berdekatan Tesco Stores, Darren mengambil arah hadapan, melalui West Roda. Sekali lagi dia melalui bulatan. Dia mengambil arah kanan, ke Borthmead Road. Tiba di simpang keempat, dia memutar stereng van ke kiri, menyusur masuk ke North Road. Darren memberi signal kanan setelah tiba di hadapan rumah Simon Brown. Rumah Simon Brown adalah di tepi jalan North Road. Sebaik sahaj Darren memarkir kereta, mereka keluar dari van. Laila, Mohd Lazim dan Mak Munah terpegun melihat rumah ala Inggeris. Rumah dua tingkat yang dibina dari batu-bata merah ini tidaklah sebesar mana. Namun ia tetap cantik. Walaupun lamannya tidak ebsar, namun kelihatan bersih.
“Kak Munah, Abang lazim, Laila… mari masuk.” Ajak Datuk Alexander. Mereka mengangguk akur.
“Wlcome home, my son.” Suara Simon Brwon dari dapur amat memeranjatkan mereka. Simon berpelukan dengan Datuk Alexander. Melepaskan rindu yang menggunung. Natasha dan Iskandar turut berpelukan dengan datuk mereka. Datin AMinah pula hanya mencium tangan ketua paderi itu sebagai tanda hormat.
“How are you, daddy?” soal Datuk Alexander.
“I’m fine. You?” soalnya pula. Datuk Alexander mengangguk saja.
“Mari, Is tunjukkan bilik.” Iskandar menggamit tangan kepada Laila, Mak Munah dan Mohd Lazim. Mereka mengikut rentak kaki anak muda itu naik ke atas.
Tiba saja di pintu bilik tamu, Iskandar mempersilakan mereka masuk.
“Makcik, pakcik dan Laila… rehat dulu. Nanti petang, saya akan panggil untuk turun makan. Lepas tu, bila dah senja, bolehlah kita solat Maghrib.” Ujarnya smabil tersenyum. Mereka bertiga mengangguk.
Laila menutup pintu bilik. Mereka bertiga memandang sekeliling bilik tersebut. Terdapat sebuah bilik mandi, sebuah katil king size, sebuah televisyen kecil, sebuah meja tulis dan rak buku. Mak Munah menolak tingkap. Angin sejuk mendamaikan mereka. Apabila salji turun, mereka bertiga segera menadah tangan untuk merasainya.

“Seornoknya kalau macam ni hari-hari di Malaysia. Kan mak, abah?” adu Laila. Kedua ibu bapanya hanya tersengih.
“Kalau hari-hari macam ni, macam aman baju yang kamu jemur tu nak kering? Kamu tu, kalau hujan sampai berdentum guruh saja, dah peluk mak kamu kuat-kuat!” Mohd Lazim sempat menempelak anaknya. Laila menairk muka masam. Mak Munah hanya tersengih. Senang hati melihat ulah anak dan suaminya itu.


No comments:

Post a Comment