REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

Tuesday 22 February 2011

WUC 16

WAKE UP CALL 16

TAMAN BUKIT BERUANG HEIGHTS

“KAMU tak keluar malam ni?” soal Puan Sri Sharifah apabila melihat Fahem termenung di tepi kolam sejak lepas Maghrib tadi. Fahem menoleh apabila mendengar suara mummynya. Dia melemparkan senyuman manis.
        “Letihlah, mummy. Badan ni, terasa sengal-sengal. Lama sangat dalam kapal terbang.” Fahem memberikan jawapan. Puan Sri Sharifah merenung air kolam yang berbalam-balam.
        “Kamu ni... bila nak kahwin? Calon dah ada, takkan tak kahwin lagi? Mummy tak mahu kejadian kat pejabat hari tu berulang lagi. Itu nasib baik mummy, makwe kamu dengan orang kamu yang nampak. Kalau staf kamu nampak, kamu tak malu?” Puan Sri Sharifah mula membebel. Fahem sudah terdiam.     
        “Calon? Fahem belum ada calon lagilah, mummy!” jawapan yang jujur dari anak sulungnya membuatkan Puan Sri Sharifah meradang.
        “Habis perempuan yang dengan kamu dalam pejabat tu, bukan calon menantu mummy?” Fahem sudah terkulat-kulat. Puan Sri Sharifah merenung wajah Fahem. Lelaki itu sudah menundukkan kepala. Perlahan-lahan, Fahem menggeleng. Puan Sri Sharifah melepaskan nafas berat.
       “Kenapa kamu buat macam tu Fahem?”
       “Err...” Fahem kehilangan kata-kata.
       “Kamu sayangkan dia?” soal Puan Sri Sharifah.
       Fahem mengangguk. “Memang Fahem sayang pada dia tapi...”
       “Kamu tak mahu kahwin dengan dia? Perempuan tu hanya kamu jadikan tempat untuk melepaskan nafsu kamu?” Puan Sri Sharifah sudah mengasak. Kebisuan anaknya membuatkan Puan Sri Sharifah mula mengesyaki sesuatu.
       “Cakap dengan mummy betul-betul! Jangan nak menipu!” gertak Puan Sri Sharifah. Hatinya sudah mendidih dengan perangai anaknya.
       “Cakap betul-betul Fahem! Jangan nak tipu dengan mummy!” begitulah perangai Puan Sri Sharifah. Bila dia merasakan anaknya ingin menipu, barulah dia akan marah.
       “Err... sebenarnya memang kami couple tapi... Fahem tak terfikir lagi untuk kahwin dalam masa terdekat ni.” jawab Fahem dengan hati-hati.
       “Ya ke? Ataupun... Fahem dah tebuk dia tapi tak nak bertangggungjawab? Ataupun... dah ada calon lain?” Puan Sri Sharifah menyindirnya. Pengalaman lalu telah banyak mengajarnya. Dia tahu bagaimana cara seorang lelaki playboy memberi pelbagai alasan untuk mengelakkan perkahwinan dengan wanita yang telah ditebuknya. Fahem sudah terdiam. Macam mana mummy tahu? Fahem menyoal dirinya sendiri.
      “Erm... Fahem sebenarnya... jatuh hati pada... Syuhadah. Guru kelas Zariff.” Fahem menyuarakan isi hatinya. puan Sri Sharifah yang marah tiba-tiba menjadi sejuk.
      “Kalau macam tu, apa kata nanti... mummy dengan daddy pinangkan untuk Fahem. Nak?” usul Puan Sri Sharifah. Fahem terkejut.
      “Err... nanti dululah mummy. Lagipun, Fahem saja yang sayangkan dia. Dia? Macam ni. Fahem cuba pikat dia dulu. Nanti bila kami dah steady, Fahem akan suruh mummy dan daddy pinangkan dia untuk Fahem.” Fahem memberitahu rancangannya. Puan Sri Sharifah tersenyum gembira. Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu.
      “Habis, perempuan yang dalam office kamu tu? Macam mana pulak?” soal Puan Sri Sharifah.
      “Emmm... dia tu... ya memang kami saling menyayangi tapi perangai dia sejak akhir-akhir ni, berubah. Fahem pun dah tawar hati dengan dia.” Fahem berdalih.
      “Betul ni?” Puan Sri Sharifah inginkan kepastian. Fahem mengangguk.
      “Baik, kalau macam tu... tolong terangkan pada mummy tentang kejadian di pejabat tu.”
      “Fahem panggil dia masa tu, untuk bincang tentang soal kerja. Tiba-tiba, dia yang goda Fahem. Fahem tolak tapi dia datang jugak. Dan akhirnya...” Fahem sengaja menggantungkan ayatnya. Sengaja dia mereka-reka cerita supaya mummynya melihat dia berada di pihak yang benar.
      “Fahem tergoda juga dengan dia?” Puan Sri Sharifah cuba menyambung ayat tersebut. Fahem mengangguk lagi.
      Puan Sri Sharifah melepaskan nafas berat. “Kamu tu, lepas ni jangan nak keluar malam lagi. Mummy tak suka. Kalau sebulan tu, dua tiga kali tak apa juga. Ini... tiap-tiap malam! Apa Fahem buat?” fahem sudah terkulat-kulat. Apa aku nak jawab ni?
      “Apa yang Cik Pah bebelkan pada Fahem tu?” soal Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin. Bebelan isterinya tidak ubah seperti arwah emak angkatnya, Hajah Limah. Pantang dia buat salah, mesti arwah emak angkatnya membebel. Dia tidak kisah jika dimarah tapi bila arwah emak angkatnya mula membebel, dia seperti ingin cabut lari saja dari rumah wanita itu.
       Fahem yang mendengar suara daddynya terasa seperti tali gantung yang membelit lehernya sudah dibuka. Oh daddy, kaulah penyelamatku ! Thank you!
       “Emm, mummy berbual dengan daddy ya. Fahem ada kerja sikit kat atas.” Fahem ingin segera melepaskan dirinya.
        “Yalah.” Puan Sri Sharifah mengalah. Dia tahu, Fahem sengaja ingin mengelakkan dirinya. Lantas dia menggenggam tangan suaminya.
        “Pah ni bukan apa bang, Pah takut kalau-kalau Fahem tu buat benda tak senonoh kat luar sana. Tiap-tiap malam dia keluar, kadang-kadang tak balik. Pah takut kalau dia tebuk banyak betina kat luar sana tu.” Puan Sri Sharifah melahirkan kegusarannya. Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin juga begitu. Hatinya kuat mengatakan bahawa Fahem memang mengamalkan aktiviti yang tidak sihat di luar sana.
        “Abang pun ada juga terfikir benda macam tu. Apa kata macam ni. Kita pasang spy untuk intip dia.” Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin mengusulkan cadangannya.
        “Alah bang. Tak payah pasang spy. Abang upah saja orang-orang kanan dia untuk beritahu segala aktiviti luar Fahem kepada kita. Habis cerita!” Puan Sri Sharifah terus membuat keputusan. Suaminya hanya mengangguk setuju.

FAHEM menyemak beberapa dokumen yang terlah ditaip semula oleh Mazidah untuk mesyuarat bersama kliennya esok tengah hari. Dia mengambil briefcase hitamnya di tepi meja kerja dan mula menyelongkar. Mana pulak katalog ni? Dia menggaru kepalanya seketika. diselongkar sekali lagi briefcasenya. Apa yang dicari masih belum dijumpai. Akhirnya, dia menelefon Mazidah.
        “You nak apa?” soal Mazidah. Dia langsung tiada hati untuk mengucapkan helo atau bertanya tentang khabar lelaki itu. Setelah mengetahui pemergian lelaki itu ke Thailand adalah untuk berpeleseran, dia sudah malas untuk melayan Fahem lagi.
        “Erm... I nak tanya. You ada simpan tak katalog biru yang kita nak tunjuk untuk klien esok?” Tanya Fahem. Hatinya masih sempat tertanya-tanya. Kenapa dengan Mazidah hari ini? Biasanya jika dia menelefon wanita itu, suaranya berbunga ceria dan kedengaran manaj. Tetapi kali ni?
        “Mana I tahu you letak kat mana!” jawab Mazidah dengan kasar.
        “Yalah... manalah tahu kalau-kalau you Nampak mana katalog tu. Sebab I tak ingat I letak kat manalah I call you!” Fahem sudah mula menjawab dengan kasar. Nada suranya sudah sama dengan Mazidah.
        “Entah, I tak... kejap. I rasa you berikan katalog tu padfa daddy you sebelum you pergi ke Thailand.” Jawab Mazidha setelah tiba-tiba dia teringatkan hal itu.
        “Got it!” Fahem menjerit gembira.
        “Thank you sayang. Nanti kita honeymoon hujung tahun ni, ok!” usik Fahem.
        Mazidah di hujung talian hanya mencebik. “Sayang konon! Habis makwe siam you yang kat Thailand tu, apa cerita? You tak payahlah nak ayat-ayat pada I! I dah muak. Sana you sayang, sini you sayang. Habis kalau dengan sepuluh perempuan you cakap macam, sepuluh orang tu semua you nak buat bini?” Mazidah menempelak Fahem.
        Di hujung talian sebelah sana, Fahem hanay ketawa. Membebel pulak minah ni!
        “Oklah darling, I surrender. You win. Puas?” biarlah kali ini Mazidha menang pula. Fahem malas untuk memanjangkan perbalahan yang remeh-temeh.
        “Hmm... yelah. Bye!” terus Mazidah menamatkan talian, membiarkan Fahem terkulat-kulat di sebelah sana.





“APA perkembangan perempuan tu?” soal Fahem kepada Dino dan Zaki. Dia telah mengarahkan agar mereka mengintip pergerakan Fiona. Gambar Fiona bersama seorang lelaki yang ditunjukkan oleh Dino masih berpusing-pusing di dalam kepalanya. Dia seperti tidak percaya. Apa hubungan mereka berdua sebenarnya? Setelah siapsiap kerjanya sekitar 10.30 tadi, dia ingin tidur. Namun ‘wake up call’ yang dibuat oleh Faizal membuatkan dia ke sini secepat mungkin.
         “Perkembangannya... mereka berdua semakin rapat. Dan, ini adalah gambar-gambar yang dapat kami tangkap.” Jelas Zaki sambil menyerahkan sekeping sampul surat panjang. Tanpa menunggu lama, Fahem terus membuka sampul surat tersebut. Isinya ditarik dengan laju.
        Terbeliak biji mata Fahem setelah melihat isi sampul tadi. Ditatap sekeping demi sekeping gambar-gambar tersebut sebelum dilayangkannya di atas meja. Tak guna!!!jeritnya dalam hati.
        “Dino, Zaki... aku nak kau dua orang terus intip dia. Tapi ingat, jangan sampai mereka tersedar yang kau orang intip mereka!” Fahem member arahan. Kedua-duanya mengangguk akur sebelum pergi.
        Fahem melepaskan nafas berat. Ditarik sebatang rokok yang diisi di dalam Cigaratte Case and Lighter berwarna hitam jenama Playboy lalu diselitkan di mulut sebelum api dinyalakan di hujung rokok. Asap yang keluar berkepul-kepul amat memuaskan hatinya. Terasa segala masalahnya ikut keluar bersama asap tadi. Habis sebatang rokok, dia berniat untuk tidur.
       Baru saja ingin melelapkan mata, ringtone lagu Cold nyanyian Crossfade menyapa telinganya. Siapa pulak telefon ni? Tidak mahu telefon itu menjerit lama, terus dijawab panggilan itu.
       “Tuan, Mark dah ambil alih kawasan kita.” Beritahu Razif.
       “What?!” berlapi-lapis dahi Fahem apabila mendengar khabar dari Razif. Tak guna kau Mark!
       “Kawasan yang mana?” desaknya.
       “Berhampiran dengan kawasan pembinaan syarikat tuan.” Beritahu Razif.
       “Sial kau Mark!” Fahem menyumpah.

“TUAN, kami dapat maklumat yang Mark sekarang berada di apartmen tuan, bersama Fiona.” Beritahu Faizal yang sentiasa diarahkan untuk mengawal dari jauh apartmen Fahem yang diduduki oleh Fiona. Apartmen tersebut memang atas nama Fahem. Fiona hanya menumpang saja di situ.
       “Kita ke sana cepat!” arah Fahem. Najib yang sedang memandu, akur. Hati Fahem jangan dikira. Memang menggelegak marah.
       Perjalanan yang memakan masa 20 minit akhirnya sampai juga. Dengan pantas, Fahem mengatur langkah menuju ike lif. Sebaik saja pintu lif dibuka, dengan segera mereka menyumbatkan diri. Perjalanan untuk sampai ke tingkat 26 terasa jauh. Padahal, di dalam kotak lif  itu hanya ada mereka saja.

 DENGAN kunci yang ada, Fahem membuka pintu perlahan-lahan.
       “Orang-orang Mark tak ada. Dia seorang saja.” Faizal memaklumkan kepadanya secara berbisik. Fahem mengangguk faham. Setelah menjengah ke dalam apartmen dan mendapati tiada siapa, berulah mereka masuk sesenyap yang mungkin.
        Fahem terus meluru ke pintu bilik utama. Dilekapkan telinganya di pintu bilik. Terdengarlah rengekan-rengekan manja Fiona yang meminta sesuatu dari Mark. Dia memandang orang-orangnya. Masing-masing mengangguk. Akur dengan rancangan yang telah diatur. Fahem berdiri di tepi pintu. Perlahan-lahan, dia memulas tombol pintu. Tak kunci!
        Mark yang sedang berseronok bersama Fiona terkejut beruk setelah melihat pintu bilik tiba-tiba terbuka? Angkara siapa? Hantu ke? Fikrnya? Dnegan pantas dia bangun dari ribaan Fiona dan terus ke muka pintu.
        Fahem dan gengnya sudah bersiap sedia. Ternampak saja kepala Mark terjegul sedikit, Fahem terus saja menumbuk muka putih melepak itu. Mark jatuh pengsan. Fiona yang melihat Mark pengsan terus berlari keluar. Langkahnya terhenti setengah jalan apabila melihat wajah bengis Fahem di muka pintu.
       “Sayang...” Fiona kehilangan kata-kata.
       “Apa sayang-sayang?!” Fahem menempelak. Ditolak tubuh Fiona sehingga wanita itu terbaring di atas katil. Dikalihkan pandangannya kepada konco-konconya.
       “Kau orang ikat dia. Lepas tu letak dia di sofa depan!” arahnya. Orang-orangnya segera mengangguk akur. Faizal dan Najib segera membongkok dan mengambil segulung tali guni di bawah katil dan mula mengikat Mark. Lelaki itu masih tidak sedar lagi.
        “Ohhh... selama ni you buat onar belakang I ya! Apa yang you saying sangat dengan si Mark tu? Apa yang dia dah bagi pada you?” Fahem mula memaki hamun.
        “You jangan salah faham saying. Dia datang sini nak cari you. I cakaplah yang you tak ada. Tiba-tiba dia heret I masuk dalam bilik ni dan mintak  layan dia. I langsung tak kenal dia.” Fiona mula membelit-belitkan lidah untuk mempertahankan dirinya. Namun wajah Fahem makin bengis.
        “Argh!!! You tak payah nak tipu I! You ingat I tak dengar you panggil dia sayang tadi? You jangan ingat I bodoh tau! Kalau dia datang nak cari I, dia akan bawak geng dia! You kena ingat Fiona. Selama ni siapa yang sponsor hidup you? Apartmen ni siapa punya? Kereta Vios you tu... duit siapa yang you pakai untuk down payment kalau bukan kad debit I yang bergesek-gesek kat mesin tu?!” Fahem mula mengungkit.
        “Eh... you nak mengungkit ya?” nada suara Fiona sudah mula tinggi.
        “A’ah, I mengungkit. Kenapa?” Fahem sengajamenyimbah minyak ke tubuh genit itu.
        “You nak kurang ajar dengan I ya?” dada Fiona sudah berombak-ombak. Tak boleh jadi si Fahem ni. Dah pandai melawan pulak!
        “Apa kurang ajar? You tahu tak, kalau takde undang-undang yang dikenakan kepada pembunuh, memang I dah bunuh you dengan Mark. You tahu tak?!” Fahem mengugut. Kalau diikut rasa hati yang terlalu sakit itu, memang dibunuh saja kedua-dua makhluk tidak berguna itu! Serta-merta, mindanya diterjah lagu ‘Wake Up Call’, nyanyian Marron 5. Sedikit sebanyak, lagu itu seperti kena dengan situasinya sekarang.  


I didn't hear what you were saying.
I live on raw emotion baby
I answer questions never maybe
And I'm not kind if you betray me.
So who the hell are you to say we
Never would have made it babe.

If you needed love
Well then ask for love
Could have given love
Now I’m taking love
And it’s not my fault
Cause you both deserve
What is coming now
So don’t say a word

Wake up call
Caught you in the morning with another one in my bed
Don't you care about me anymore?
Don’t you care about me? I don't think so.
Six foot tall
Came without a warning so I had to shoot him dead
He won't come around here anymore
Come around here? I don't think so.


Would have bled to make you happy
You didn't need to treat me that way
And now you beat me at my own game
And now I find you sleeping soundly
And your lovers screaming loudly
Hear a sound and hit the ground

If you needed love
Well then ask for love
Could have given love
Now I’m taking love
And it’s not my fault
Cause you both deserve
What’s coming now
So don’t say a word

Wake up call
Caught you in the morning with another one in my bed
Don't you care about me anymore?
Don’t you care about me? I don't think so.
Six foot tall
Came without a warning so I had to shoot him dead
He won't come around here anymore
Come around here?
I don’t feel so bad, I don’t feel so bad, I don’t feel so bad

I'm so sorry darling
Did I do the wrong thing?
Oh, what was I thinking?
Is his heart still beating?

Woah oh oh


Wake up call
Caught you in the morning with another one in my bed
Don't you care about me anymore?
Don’t you care about me? I don't think so.
Six foot tall
Came without a warning so I had to shoot him dead
He won't come around here anymore
Come around here anymore? I don’t feel so bad

I don’t feel so bad (Wake up call)
I don’t feel so bad (Caught you in the morning with another one in my bed)
I don’t feel so bad (Don’t you care about me anymore?)
Care about me? I don’t feel so bad.
Wake up call
Caught you in the morning with another one in my bed
Don't you care about me anymore?

Tuesday 8 February 2011

Maaf.....

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua followers, pengunjung dan pembaca blog ini. Saya ingin meminta maaf kerana tidak dapat men'update'kan tulisan saya di dalam blog dan juga di penulisan2u. Ini kerana terdapat beberapa masalah teknikal yang berlaku pada komputer saya. Harap anda mampu bersabar. Insya-ALLAH bila dah ok, saya akan updatekan tulisan-tulisan saya. Terima kasih.