REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

Friday 30 November 2012

Akhirnya... Palestin Mendapat Status Negara Bukan pemerhati PBB

Ketika saya buka laman web Utusan untuk mambaca intisari rancangan, saya terbaca tajuk sebuah berita terkini  'Palestin diiktiraf Negara Bukan Anggota PBB'.
      Ketika saya membaca berita berkenaan, Ya ALLAH, terharu sungguh saya. Spontan, saya mengucapkan syukur alhamdulillah kepada NYA. Di sini saya copy paste berita tersebut.

NEW YORK 30 Nov. - Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam mengiktiraf Palestin sebagai negara pemerhati bukan anggota dalam badan dunia itu.
Dalam kekalahan besar kepada Amerika Syarikat (AS) dan Israel itu, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas menyifatkan kemenangan tersebut sebagai ‘sijil lahir’ untuk negara Palestin.
Hanya sembilan daripada 193 negara anggota PBB mengundi untuk menentang penaiktarafan status itu, termasuklah AS, Israel dan Kanada, manakala Australia dan Jerman antara 41 negara yang mengambil pendirian berkecuali. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121130/lu_11/Palestin-diiktiraf-negara-pemerhati-bukan-anggota-PBB#ixzz2DiSgmVVt
© Utusan Melayu (M) Bhd

Kemudian, sengaja saya search 'status palestin' pada enjian carian google. banyak juga laman web yang memuatkan berita berkenaan. saya memilih untuk membaca pada laman wab klpos. Di bawah adalah berita tersebut.

Terkini : PBB Luluskan NaikTaraf Status Palestin

Friday, 30 November 2012 10:02 Tun Izhalmi

 


NEW YORK, 30 Nov -Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengesahkan status negara Palestin di PBB telah dinaik taraf, walaupun mendapat tentangan dari Amerika Syarikat dan Israel.

Resolusi yang diluluskan turut menaikkan status Palestin dari "entiti pemerhati bukan ahli" kepada "negara pemerhati bukan ahli," kategori yang sama diberikan kepada Vatican, dimana status ini mampu memberi kelebihan kepada dalam urusan mereka dengan Israel.

Para pemimpin Palestin, yang mendapat kerjasama dari puluhan negara yang menyokong untuk membangunkan draf rasmi, akhirnya mendapat dari Eropah terutamanya Perancis dan Sepanyol.

Undian yang berlangsung malam tadi menyaksikan 138 perwakilan memihak , sembilan menentang dan 41 berkecuali, termasuk Jerman.

Keputusan ini hadir diwaktu konflik lapan hari yang tercetus diantara Israel dan Hamas, yang meyaksikan satu siri serangan udara dan roket dilancarkan Israel sehingga mengancam kestabilan serantau.

"Kehadiran kami disini adalah untuk mengesahkan kesahihan negera yang berdaulat kini perlu mencapai kemerdekaan, dan itulah Palestin," kata Abbas.

Walaubagaimanapun, duta Israel ke PBB Ron Prosor berkata langkah itu sebahagian besarnya telah mengabaikan isu-isu lama secara khusus, seperti pertikaian tanah penempatan, dan ianya tidak boleh menggantikan rundingan langsung antara BaitulMuqaddis dan Ramallah.

alt

Resolusi ini "tidak membawa kepada keamanan," kata Prosor, sebagai mengkritik Abbas kerana gagal mewakili Semenanjung Gaza, di mana Hamas mengawal dan menguasai wilayah tersebut.

"Ini hanya meletakkan segala usaha semakin terkebelakang," katanya.

Tahun lalu, Palestin telah memulakan usaha melobi agar negara tersebut mendapat pengiktirafan sebagai ahli tetap PBB namun gagal disebabkan tidak mendapat sokongan dan kelulusan Majlis Keselamatan. Walaubagaimanapun, resolusi sebagai pemerhati di PBB hanya memerlukan undian majoriti dari 193 perwakilan.

Amerika Syarikat dan Israel masih tetap berdegil dan tidak berganjak dari keputusan untuk tidak memberikan pengiktirafan penuh terhadap Palestin dengan alasan merosakkan pelan perdamaian di Timur Tengah.

Walaubagaimanapun, bekas Perdana Menteri Israel Ehud Olmert, melontarkan pandangan yang cukup berbeza dan menyokong usul PBB terhadap negara Palestin.

"Apa yang dilakukan oleh Palestin hari ini (di PBB) adalah perkara paling asas dan strategik dalam pembentukan "penyelesaian dua buah negara".

Beliau bagaimanapun masih skeptikal dengan pelan perdamaian diantara kedua-dua pihak namun masih mahu melihat Israel memulakan dahulu langkah awal proses "penyelesaian dua buah negara". "Masa sebenarnya semakin suntuk terhadap Israel, bukannya Palestin," katanya.


 

 

Saturday 10 November 2012

Cristiano Ronaldo Dikecam Israel Kerana Sokong Palestin


Cristiano Ronaldo Sokong Palestin – Gambar terkini Cristiano Ronaldo sokong perjuangan rakyat Palestin. Tahukah anda? Ronaldo telah di anti oleh Israel kerana dia telah menjadi duta baru untuk Palestine (Duta Pembebasan Palestin)..


Keratan berita sebelum ini:

Mantan pemain Manchester United itu dengan penuh keikhlasan memberikan kasut emas yang diraihnya musim 2011 kepada kepada lembaga amal kelabnya. Hal itu dilakukan pemain berjuluk CR7 itu untuk membantu anak-anak Palestin.

Laman Qodsna pada akhir tahun lalu memberitahu, lembaga amal Real Madrid melelong kasut emas milik Ronaldo itu hingga 1,4 juta euro. Wang hasil lelong itu disumbangkan untuk membina beberapa sekolah yang hancur di sepanjang di Jalur Gaza. Sokongan Pemain Terbaik Dunia pada 2008 tersebut tidak berhenti sampai di situ.

Sebelumnya ketika masih memperkuat pasukan Merah, dalam sebuah acara, Ronaldo mengenakan skaf Palestin. Tindakannya itu mendapat kecaman hebat dari lobi-lobi Zionis dan media barat. Beberapa media barat yang bersekutu dengan Yahudi seakan memusuhinya dan mencitrakan segala keburukannya.

Namun ada juga sebahagian media Britain menyebut aksi Ronaldo itu sebagai bentuk kemanusiaan. Ia menunjukkan kepedulian terhadap krisis Palestin dan rakyat Jalur Gaza. Ronaldo dikhabarkan pernah secara langsung berkunjung ke tanah pendudukan Palestin pada 2007 dan 2005.

Lagi info berkaitan:

Pada 20hb November 2011 dia menjual kasutnya dalam satu jualan lelong Real Madrid Foundation dengan mendermakan dana ke sekolah-sekolah di Gaza. Lelong bermula di €700 sebelum ditamatkan di €2,400. Menjual kasut-kasut sukan akan membantu membina 8 sekolah dalam wilayah Palestin, di mana dibiayai 100 peratus oleh Real Madrid Foundation.

Menurut pelbagai laporan, Real Madrid Foundation telah membantu membina 167 sekolah dalam 66 negara, termasuk banyak projek lain, supaya beribu kanak-kanak dalam 66 negara boleh mempunyai satu pendidikan lebih baik dan satu masa depan lebih cerah

Kenapa Cristiano Ronaldo sokong Palestin?

Sebab utama mengapa Cristiano Ronaldo menyokong Palestin ialah kerana dia percaya kepada Pembebasan Palestin.

Satu lagi sebab ialah kerana dia benci melihat anak-anak menempuhi perkara sama di mana dia dan keluarganya melaluinya sebelum menjadi seorang pemain bola sepak yang dibayar tinggi, yang hidup satu kehidupan yang miskin. Dia dan keluarganya tidak pernah melalui suasana peperangan seperti di Palestin, tetapi mereka melalui satu kehidupan yang sangat daif. Dia suka melihat kanak-kanak Palestin mempunyai masa depan yang lebih cerah.

Kemudian ada pula orang ambil kesempatan edit gambar Cristiano Ronaldo pegang gambar frame kalimah Lailahaillah. Sempat lagi tu..

Gambar yang diedit:



Gambar asal:

 
Apapun, pasal gambar tu biar jelah, yang penting (point) CR7 dan kelab Real Madrid sokong Palestin berbanding kelab lawannya Barcelona yang cenderung kepada Israel dan Anti-Islam. Lihat saja bagaimana player Barcelona, David Villa kurang ajar dengan player Real Madrid Mesut Ozil .

Palestin memang menjadi rebutan antara Islam, Kristian dan Yahudi, dan sungguh di bawah pemerintahan Islam selepas penaklukannya oleh Salehuddin Al-Ayubi, Palestin aman selama beberapa abad. Sebagai umat Islam kita harus menyokong umat Islam dan rakyat di Palestin demi menjaga Tanah Suci ke-2 umat Islam selepas Mekah dan Madinah yang dahulunya menjadi kiblat Rasulullah.

 Saya terharu sangat bila terbaca berita nie.  Walaupun luarannya Cristiano Ronaldo tu kaki perempuan, ramai makwe, tapi hati dia yang sebenarnya amat mulia. dia dah menyumbang. Kita, bila lagi? Walaupun tak dapat menyumbangkan apa-apa, kita berdoa saja pun dah cukup. Selain itu, usaha memboikot barang Israel perlu juga dilakukan.
Apa yang lebih terharu pada saya, dia menjual kasut emasnya semata-mata untuk Palestin pada 20/11/2011! 20/11 tu tarikh lahir saya!
Nasib baiklah saya ni penyokong tegar Real Madrid dan Cristiano Ronaldo. Sememangnya saya berbangga dengan beliau.