REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

Friday 20 January 2012

WUC 27

WAKE UP CALL 27

MEREKA tiba di rumah Tan Siew Ming pada jam 11.30 pagi.dari dalam kereta Fahem, Nur Sumayyah dapat melihat banyak kereta di halaman rumah. Tentu anak cucunya pulang, bisik hatinya sendiri. Fahem menoleh ke kiri. Sejak pertengkaran tadi, suasana sepi menjadi peneman mereka berdua. Masing-masing dengan ego sendiri.
“Marilah.” Ajak Fahem. Nur Sumayyah hanya menjawab ‘hmmm’ saja.
“Haa… sudah sampai pun ini loving couple.” Ujar David Tan, anak kepada Tan Ah Lau, anak sulung kepada pasangan Tan Siew Ming dan mendiang Tan He Shen.
Nur Sumayyah hanya tersenyum malu. Fahem memeluk bapa saudaranya itu.
“Kau sihat, Fahem?” soal Tan Ah Lau. Fahem tersengih.
“Sihat. Kalau Fahem tak sihat, Fahem takkan ada di sini, Uncle Lau. Duduk kat hiospital aje!” Jawabnya. Abang kepada mummynya itu tergelak-gelak.
“Betul jugak kata kau.” Akuinya. Anita Chui, isterinya hanya menggeleng.
“Kenapa abang tak jemput mereka masuk? Boleh lagi berborak di luar. Fahem, ajak tunang kamu ni masuk. Uncle kamu bukan reti mahu jemput tetamu masuk, dibiarkan saja orang tu!” Anita Chui masih lagi membebel walaupun Nur Sumayyah dan Fahem sudah masuk.
“Kenapa lambat Fahem?” soal Puan Sri Sharifah. Fahem hanya tersengih.
“Tak adalah. Mana ada lambat?” dia mempertahankan dirinya. Nur Sumayyah bersalaman dengan bakal mertuanya.
“Sumayyah sihat?” soal Puan Sri Sharifah.
“Sihat walafiat, alhamdulillah.” Jawabnya sambil tersenyum.
“Eh, Sumayyah… baru sampai?” soal Tan Sri Tuan Haji Ahmad Izzuddin yang baru keluar dari bilik.
“Ya, pakcik.”
“Mak ayah kamu sihat?” soal Tan Sri Tuan Haji Ahmad Izzuddin.
Nur Sumayyah mengangguk. “Sihat. Mereka kirim pada pakcik dan makcik.”
“Waalaikumsalam.” Jawab Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin dan isterinya di sebelah.
“Kenapa tak ajak mak dengan ayah kamu sekali?” soal Puan Sri Sharifah.
“Mak dengan ayah ke Perlis. Lawat datuk saudara saya masuk ICU.” Jawab Nur Sumayyah.
“Ohhh.” Jawab pasangan suami isteri itu.”
“Sumayyah duduk dulu. Nanti, bila tiba waktu makan, makcik panggil kamu.” Ujar Puan Sri Sharifah sambil menuju ke dapur. Nur Sumayyah ingin bersuara namun wanita itu sudah meninggalkannya. Dia terasa janggal tinggal seorang diri di ruang tamu itu.
Fateeha keluar dari dapur untuk berehat sebentar. Dia terpandang Nur Sumayyah yang kaku di kusyen bagai orang bodoh.
“Abang Fahem mana?” soal Fateeha setelah duduk di sebelah bakal kakak iparnya. Nur Sumayyah menudingkan jarinya di beranda. Fateeha menjengah sedikit. Kelihatan Fahem sedang rancak berbual dengan Ding Hou Zhen, abang kepada Ding Xian Jie.
“Hmm… dia kalau dah berbual Hou Zhen, memang lupa orang sekeliling. Benda yang selalu dibualkan… bisnes dengan perempuan. Takde kerja lain agaknya!” tempelak Fateeha. Nur Sumayyah tersengih. Fahem masuk ke dalam, diikuti oleh Ding Hou Zhen. Mereka duduk bertentangan dengan Nur Sumayyah dan Fateeha.
“Abang dengan Hou Zhen berbual apa kat depan tadi?” soal Fateeha. Fahem mencebik. Dia menghisap rokoknya dan melepaskan asap nipis yang berkepul-kepul keluar dari hidungnya.
Nur Sumayyah hanya memerhatikan Fahem. Dia hairan. Di hadapan matanya kini, Fahem menghisap rokok namun bibirnya langsung tidak hitam.
“Sumayyah ingat tak sepupu yang Fahem ceritakan tu? Yang bakar kawasan binaan syarikat?” soal Fahem. Nur Sumayyah mengangguk perlahan-lahan sambil mengingati cerita tersebut. Fateeha tercengang.
“Siapa yang bakar kawasan binaan syarikat, bang?” soalnya dengan gelabah.
“Xian Jie.” Jawab Fahem dengan selamba.
“Sumayyah dah ingat tak?” soal Fahem. Nur Sumayyah mengangguk. Ding Hou Zhen memandang tunang sepupunya sambil tersenyum.
“Yang duduk di sebelah Fahem ni, abang dia. Namanya Ding Hou Zhen.” Fahem memperkenalkan. Nur Sumayyah menghulurkan seulas senyuman sebagai salam perkenalan. Senyumannya dibalas dengan senyuman manis oleh Ding Hou Zhen, juga sebagai salam perkenalan.
“Abang, dengar tak Fateeha tanya tadi?” soal Fateeha. Fahem tersengih.
“Kami berbual pasal bisnes, perempuan, dan yang terbaru… pasal Xian Jie.” Jawab Fahem. Fateeha memandang Nur Sumayyah.
“Betul kan apa yang Fateeha cakap tadi?” Nur Sumayyah mengangguk sambil tersenyum.
“Oklah kak, Fateeha nak ke dapur dulu.” Ucap Fateeha sambil berdiri. Nur Sumayyah menarik tangannya. Fateeha berpaling.
“Akak ikut ke dapur sekali.” Pinta Nur Sumayyah. Fateeha mengerutkan dahinya.
“Kenapa? Akak kan tetamu? Duduk sajalah menghadap tunang akak tu.” Ujar Fateeha.
Nur Sumayyah melepaskan nafas berat. “Akak rasa canggung. Tak tahu nak buat apa. Sekurang-kurangnya, bolehlah akak tolong apa-apa bila di dapur nanti.” Nur Sumayyah memberi jawapan. Oleh kerana terlalu kesian, Fateeha mengangguk setuju.
“Lah, kenapa tak duduk saja di depan?” soal Tan Siew Ming sambil mengemas meja yang penuh dengan pinggan mangkuk. Nur Sumayyah tersenyum.
“Tak tahu nak buat apa.” Jawabnya.  Deng Zhao Wei, menantu bongsu Tan Siew Ming mencelah.
“Kau hadap sajalah muka ‘Jet Li’ kat depan tu. Dia kan tunang kau!” katanya diikuti oleh tawa saudara-mara yang ada di situ.
Nur Sumayyah tersipu malu. Dia hanya mendengar kaum hawa yang ada di situ mentertawakannya. Nur Sumayyah akui, Fahem seperti ada iras-iras dengan pelakon China bertaraf antarabangsa itu. Namun, apa yang dihairankan? Fahem mempunyai darah campuran Cina-Melayu.
Tanpa berlengah, Nur Sumayyah membantu Tan Mei Ling mengemas meja dan membasuh mangkuk.
“Haiyaa kakak, tak payah buat ini semua! Kakak itu tetamu saja ooo! Duduk diam-diam sajalah.” Bebel Tan Siew Lan pula. Nur Sumayyah terus berdiri di sinki sambil membasuh mangkuk. Dia tidak mempedulikan kata-kata mereka.
Fateeha merengus. “Siew Lan, tak payahlah nak membebel banyak-banyak. Bakal menantu mummy ni memang keras kepala sikit. Esok bila dah kahwin, tak tahulah macam mana. Dua-dua keras kepala.” Mereka yang berada di dapur, sekali lagi tergelak. Nur Sumayyah menoleh ke belakang, memandang Fateeha dengan mata yang membulat. Fateeha dapat menangkap amaran tersebut namun dia buat tidak tahu.
Tan Siew Ming menyuruh anak menantu dan cucu-cucunya mengangkat mangkuk yang sudah diisi untuk dihidang di meja depan.
Sepuluh minit kemudian, semuanya sudah siap dihidang. Tan Hwa Ling memanggil kaum lelaki yan g edang bersantai di beranda dan ruang menonton tv untuk sama-sama di dalam acara makan bersama-sama.
Nur Sumayyah memandang sekilas hidangan di atas meja. Banyaknya hidangan! Detiknya di dalam hati.
“Banyaknya lauk.” Ujar Nur Sumayyah. Tan Siew Ming tersenyum.
“Macam nilah nenek bila setiap hari pertama Tahun Baru Cina. Semua anak-anak balik. Kebanyakan anak nenek, mentua mereka dah tak ada lagi. Sebab itulah tiap-tiap tahun mereka ke sini. Kalau ada pun, cuma besan nenek yang kedua dan yang keempat.” Ujar Tan Siew Ming. Nur Sumayyah tersenyum.
“Kakak kalau mau tahu ooo, nenek punya Nasi Ayam Hainan, manyak sedap ooo. Itu, belum lagi Luohan Zhai sama Yee Sang. Sekali makan, mesti teringin mahu makan lagi maa.” Ding Law Wong bergurau. Nur Sumayyah tersenyum.
“Oleh kerana semua sudah ada, mari kita sama-sama makan.” Ujar Tan Siew Ming. Mereka mengangguk setuju. Masing-masing memegang sepasang chopstick dan menggaul Yee Sang bersama-sama.
‘Lo Hei’ – melambung Yee Sang, adaalah satu adat resam Tahun Baru Cina di Malaysia dan Singapura yang mana saudara-mara berkumpul di keliling meja lalu melambung cebisan ramuan ke udara dengan penyepit apabila disuruh, sambil melaungkan ucapan untuk menandakan bermulanya tahun yang makmur.
Hidangan disediakan secara buffet. Ambil makan dan duduk di bawah. Ada juga beberapa buah meja plastik bulat untuk diduduki oleh beberapa orang. Puan Sri Sharifah menyuruh Nur Sumayyah duduk di situ, ditemani oleh Zariff, Afiq  dan Fateeha. Manakala dia dan suaminya lebih suka duduk di beranda luar. Makan sambil menikmati udara sejuk yang nyaman.
Sementara di meja bulat, Nur Sumayyah sudah terkaku apabila Fahem duduk disebelahnya.
“Kenapa kak?” soal Fateeha apabila melihat bakal kakak iparnya terkaku. Nur Sumayyah menghadiahkan senyuman plastic.
“Tak… tak ada apa-apalah. Makanlah.” Fahem menjeling tunangnya. Tanpa mempedulikan wanita itu, dia terus menyambung menikmati Nasi Ayam Hainan.
“Zariff.” Panggil Tan Wee Zher, iaitu anak kepada adik lelaki pertama Puan Sri Sharifah, Tan Kah Eng.
“Hari tu PMR, dapat berapa?” soal abang sepupunya dengan senyuman.
Zariff tersenyum-senyum sumbing. “Straight E,” jawabnya dengan sengihan sumbing yang masih belum hilang. Mereka yang mendengar, sudah ternganga tidak percaya.
“Kau ni biar betul. Tak percayalah abang.” Jawab abang sepupunya.
“Kau tahu tak, budak sorang ni memang! Macam mana nak dapat 8A, kalau asyik gaduh aje di sekolah. Kau tak percaya, tanya tunang aku ni, guru tingkatan dia masa tingkatan tiga.
“Betul ke cikgu?” soal Tan Wee Zher. Nur Sumayyah tersenyum sambil mengangguk.
“Pasal gaduh tu… betul. Tapi pasal straight E tu… huruf  ‘E’ perlu ditukar kepada huruf ‘A’. Baru betul.” Jawab Nur Sumayyah dengan jujur. Tan Wee Zher tersengih.
“Tahniah Zariff.” Ucapnya. Zariff tersenyum sambil mengucapkan terima kasih.
Zariff memandang abangnya. “Abang janji nak belikan Zariff hadiah kalau dapat 8A. tapi, mana hadiahnya?” Fahem mengangguk.
“Ada dalam kereta. Nanti, kejap lagi abang bagi.”
“Sumayyah, tambah lagi.” Ujar Tan Siew Ming.
“Takpelah nek. Dah kenyang ni.” Jawab Nur Sumayyah. Tanpa menghiraukan jawapan Nur Sumayyah, Tan Mei Ling membawakan semangkuk Yee Sang dan Louhan Zhai dan diletakkan di atas meja yang dihuni oleh Nur Sumayyah dan Fahem adik beradik.
“Dia sebenarnya nak tambah nek, tapi dia malu. Dia suruh Fahem ambilkan. Mengada-ngada betul dia ni! Bukan senang nak jadi tunang dia. Susah!” bebel Fahem dengan selamba. Nur Sumayyah membulatkan biji matanya. Mereka tergelak mendengar bebelan Fahem itu.
Fahem bangun dan ke meja makan untuk menambah lagi makanan. Selepas beberapa saat kemudian, dia kembali semula ke meja dengan sepinggan penuh Nasi Ayam Hainan. Bulat mata Nur Sumayyah memandang tunangnya itu.
“Awak ni, mengandung ke? Selera bukan main lagi! Mengalahkan orang berbadan dua!” sindir Nur Sumayyah. Fahem menjeling.
“Siapa berbadan dua? Sumayyah? Sumayyah mengandung ke? Baik Sumayyah cakap dengan Fahem, Sumayyah mengandungkan anak siapa!”  gertak Fahem. Nur Sumayyah menggeleng.
“Ke situ pulak!” malas melayan kerenah tunangnya, Nur Sumayyah meneguk sedikit air sarsi di dalam gelas kacanya.
“Nasib kaulah bila dah jadi bini dia nanti. Tapi, bagus jugak. Boleh habiskan lauk-pauk. Tekdelah terbuang begitu saja, membazir.” Usik Diana Meng, menantu keempat Tan Siew Ming. Nur Sumayyah tersengih.
Dari pemerhatiannya, Nur Sumayyah dapat merasakan keluarga Cina ini memang rapat. Walaupun Puan Sri Sharifah sudah memeluk Islam, itu bukanlah alasan terbaik mereka untuk memutuskan hubungan kekeluargaan.

NUR SUMAYYAH melihat jam tangan di tangan kirinya. 1.30 tengah hari. Pasti sudah masuk waktu Zuhur, bisik hatinya. Dia memandnag Fahem yang kusyuk menunggu Buletin 1.30 di TV3. Dia mencuit bahu tunangnya.
“Sumayyah nak tumpang solat Zuhur.” Nur Sumayyah meminta izin. Fahem menoleh ke kiri.
“Masuklah dalam bilik tu.” Jawabnya ringkas. Nur Sumayyah mengangguk faham.
“Pukul berapa nak balik?” soal Nur Sumayyah.
“Pukul 5 petang.” Jawab Fahem. Nur Sumayyah membulatkan biji matanya.
“Ada apa lagi lepas ni?” soalnya.
“Nanti petang, ada tarian naga dengan tarian singa kat halaman rumah nenek. Nak tidur… nak berehat-rehat dalam bilik tu pun, boleh jugak.” Jelas Fahem.
Fahem bangun dan mengajak Nur Sumayyah menuju ke blik tersebut. Nur Sumayyah membulatkan biji matanya.
“Janganlah fikir yang bukan-bulan. Tadi, Sumayyah jugak yang cakap nak tumpang sembahyang! Fahem cuma nak tunjukkan aje.” Ujar Fahem apabila dapat membaca isyarat ‘mata bulat’ Nur Sumayyah. Wanita itu malu sendiri namun dia buat selamba.
Ketika Fahem membuka pintu bilik tersebut, dia  melihat mummynya sednag menyusukan adik bongsunya.
“Masuklah Sumayyah. Tak payah nak malu-malu, takut-takut. Makcik ada.” Ujar Puan Sri Sharifah.
Fahem duduk di birai katil. Dia mencuit pipi adiknya.
“Adik abang ni, tak malu betul. Dah sekolah pun, masih nak menyusu jugak!” usik Fahem. Afiq hanya menjeling. Puan Sri Sharifah tersenyum sambil mengajak bakal menantunya duduk di birai katil.
“Cakap si Afiq, pandai! Kamu tu, sampai darjah satu pun nak menyusu lagi dengan mummy. Padahal masa tu, Fateeha yang setahun lebih pun dah putus hisap susu!” Puan Sri Sharifah menempelak anak sulungnya. Fahem hanya mencebikkan bibir. Afiq dan Nur Sumayyah menggelakkan dirinya namun dia buat tidak tahu.
“Lama juga dia menyusu dengan makcik.umur dia dah berapa tahun sekarang?” soal Nur Sumayyah.
“Lima.” Jawab Afiq dengan petah. Puan Sri Sharifah membulatkan biji matanya.
“Ai… orang lain yang ditanya, orang lain yang jawab!” Nur Sumayyah hanya tersenyum melihat ulah dua beranak itu.
“Hujung tahun lepas memang makcik nak hentikan tapi dia asyik melalak aje macam kena dera. Nak tak nak, terpaksalah amkcik teruskan juga menyusukan dia. Sebelum tu makcik dah jumpa dengn doktor dan minta pandangan dari mereka. Doktor cakap, taka da masalah kalau terus susukan dia. Tap makcik dengan pakcik kamu dah rancnag, sama ada pertengahan tahun atau hujung tahun ni… makcik akan putuskan juga. Nanti bila masuk darjah satu lagi payah.” Ujar Puan Sri Sharifah dengan panjang lebar. Nur Sumayyah tersenyum lagi.
“Maca sepupu sayalah. Bila anak dia dah nak masuk tadika, dia terpaksa putuskan awal. Tapi saya ada dengar, betul ke budak yang menyusu lama dengan ibunya, dia anak manja ibu?” soal Nur Sumayyah. Puan Sri Sharifah mengangguk mengiakan. Sesekali Nur Sumayyah menjeling Fahem dan Afiw bermain gusti di atas karpet lembut.
“Memang betul pun. Tapi macam kes makcik ni, dia pun memang anak bongsu. Jadi tak adalah abang-abang dengan kakak dia cemburu,” jelas Puan Sri Sharifah. Nur Sumayyah mengangguk faham.
Fahem dan Afiq masuk ke dalam bilik air untuk berwudhuk. Mereka keluar semula dan mengambil kopiah hitam pada penyidai. Fahem memulakan solatnya, manakala Afiq mengikut pergerakan tubuh abangnya.
“Kalau Sumayyah nak sembahyang, sembahyanglah di sini. Nak baring-baring ke,manalah tahu kan… kot-kot penat.” Tadi Puan Sri Sharifah melihat bakal menantunya itu begitu setia berdiri di sinki untuk membasuh pinggan mangkuk kotor. Beberapa orang anak buahnya turut membantu. Anak daranya juga tidak ketinggalan.
Mereka terus berbual. Bercerita tentang dunia perempuan. Resepi terbarulah, fesyen tudung terbarulah, dekorasi lamanlah, dan lain-lain lagi. Kadangakal mereka bercerita tentang politik,kemudian terpesong kepada dunia artis pula.
“Mak dengan ayah kamu dah balik?” soal Puan Sri Sharifah. Nur Sumayyah menggeleng.
“Belum lagi.” Jawabnya.
“Berapa lama lagi mereka kat sana?” soal Puan Sri Sharifah. Nur Sumayyah berfikir seketika.
“Mak kata, mungkin esok atau lusa baliklah.” Jawabnya.
“Pandai ikut orang sembahyang.” Puji Nur Sumayyah ketika melihat Afiq mengikut pergerakan Fahem ketika solat.
“Memang. Kalau makcik sembahyang pun, kadangkala dia ikut juga.” Balas Puan Sri Sharifah. Dia memandang bakal menantunya yang leka melihat tingkah Afiq.
“Makcik nak ucap terima kasih pada kamu Sumayyah sebab sudi terima Fahem walaupun tahu perangai buruk dia. Yalah, sejak akhir-akhir ni, makcik tengok Fahem rajin bersolat. Bukan maksud makcik dulu dia langsung tak solat, tapi acuh tak acuh. Makcik harap, biarlah dia berubah betul-betul, bukan main-main. Bila dah kahwin nanti, kamu pantau-pantaulah si Fahem tu. Manalah tahu kot-kot ada makwe-makwe dia yang masih nak menempel pada dia lagi. Yalah, jantan banyak duit! Makcik bukan apa, manalah tahu kalau-kalau perempuan tu hasut ke, apa ke! Minta dijauhkanlah semua tu!”
Nur Sumayyah mengangguk faham. “Insya-ALLAH makcik. Eh, saya nak tumpang solatlah, boleh makcik?” Nur Sumayyah meminta izin walaupun sudah diberi keizinan. Puan Sri Sharifah mengangguk membenarkan.
“Sumayyah, Fahem nak keluar sekejap. Dalam pukul 4.00, Fahem pulang.” Fahem memberitahu. Puan Sri Sharifah mengerutkan dahi.
“Kamu nak ke mana?”
“Ada hal sikit nak jumpa makwe kat disko!” Fahem berseloroh. Puan Sri Sharifah membulatkan mata. Nur Sumayyah tersentak mendengar jawapan tunangnya. Sempat bakal ibu mertuanya membaling bantal kecil pada anak sulungnya itu sebelum Fahem hilang di sebalik pintu.

FAHEM melangkah masuk ke dalam klinik. Dia duduk di ruang menunggu setelah berkata sesuatu kepada petugas kaunter tadi. Sementara menunggu gilirannya tiba, dia menonton televisyen yang terpasang.
Tidak lama kemudian, gilirannya tiba untuk berjumpa dengan doktor. Dia masuk ke bilik doktor yang telah dibukakan pintunya. Sebaik saja pintu tersebut ditutup,…
“Hai sayang!” ucap Dr. Catrina. Fahem tersenyum  dan duduk di kerusi yang disediakan.
“So, macam mana dengan kedua-dua sayang I?” soal Fahem. Dr. Catrina tersenyum. Dia mengharapkan agar lelaki itu bertanya tentang khabar dirinya dan melepaskan rindu seperti selalu.
“Khabar I, you tak nak tanya?” duga Dr. Catrina. Fahem tersenyum tawar. Tidak ada seorang pun dari koleksi teman wanitanya termasuk kawan-kawannya kecuali Nizam yang tahu bahawa Dr. Catrina adalah kekasihnya juga. Kekasih gelap sejak dua tahun lalu. Tapi, itu semua cerita lama. Dia mahu mulakan episod baru di dalam drama hidupnya.
Dr. Catrina memanggil seorang pembantunya masuk. Kemudian, dia mengarahkan sesuatu. Fahem melihat pembantu yang berbaju kurung biru laut itu mengangguk-anggukkan kepala beberapa kali. Kemudian, pembantu tersebut masuk ke bilik belakang melalui pintu penghubung. Tak lama kemudian, pembantu tadi keluar sambil membawa dua buah sangkar. Di dalamnya terdapat seekor kucing parsi dan seeekor iguana hijau. Fahem tersenyum memandang kedua-dua ‘sayangnya’.
Dr. Catrina hanya memandang lelaki itu. Sifat penyayang amat terserlah melalui pancaran mata dan raup wajahnya.
“Roberto, Carlos, macam mana… sihat?” tanya Fahem kepada kucing dan iguana yang masih berada di dalam sangkar yang berlainan.
Dr. Catrina tergelak kecil tatkala mendengar Fahem memanggil binatang-binatang kesayangannya. Fahem pernah bercerita kepadanya. Oleh kerana tidak tahu nama apa yang sesuai, dia menggunakan nama bekas pertahanan Brazil yang terkenal, Roberto Carlos sebagai nama binatang peliharaannya. Fahem juga pernah memberitahunya bahawa Brazil adalah favourite teamnya ketika Piala Dunia.
“So, dah sihat betullah kedua-duanya ni?” Fahem inginkan kepastian. Dr. Catrina mengangguk.
“Apa sakit Carlos sebenarnya?” soal Fahem ingin tahu. Dr. Catrina menarik nafas seketika.
“Sebelum tu, I nak tanya you. Apa yang you dah buat pada Carlos?” soal Dr. Catrina dengan seriaus. Fahem mempamerkan muka tidak bersalah.
“Buat apa? I manja-manjakan dia macam biasalah. Lepas tu, dia main-main dengan Roberto pulak. Takkan itupun tak boleh?” Fahem jawab sejujurnya.
Dr. Catrina mengeluh halus. “Fahem, I tahu you tarik kulit Carlos ketika dia salin kulit, betul tak?” Dr. Catrina menduga. Fahem terkejut seketika namun dia mengangguk.
Dr. Catrina menepuk dahi. “Yang tangan you gatal pergi tarik kulit dia kenapa? Sebab itulah kulit dia terkopek dan luka. Nasib baik tak teruk sangat.” Bebel Dr. Catrina. Fahem hanya menyengih saja.
“I nak bermanja-manja dengan dia. Tapi, I gelilah tengok kulit dia terkopek-kopek. Lambat sangat nak tunggu semua tertanggal, I ambil inisiatif sendiri untuk menarik semua kulit-kulit lama dia tu.” Jawab Fahem, masih dengan sengihnya lagi.
“Banyaklah you punya inisiatif sendiri! Bila dah jadi macam ni, kan susah! Lain kali, biarkan saja. Iguana hijau selalunya akan mengambil masa sehingga dua minggu untuk memastikan semua kulit lamanya tertanggal. Sangkar yang you buatkan untuk dia, besar tak?” tanya Dr. Catrina. Fahem mengangguk.
“Dalam sangkar tu, ada tak tempat untuk dia bertenggek ke… maksud I, tempat supaya dia boleh jalan atas kayu, sabagai contoh.” Soal Dr. Catrina. Fahem mengangguk lagi.
“So, lepas ni kalau dia bersalin kulit, you jangan kacau! Biarkan semua kulit tu tertanggal sendiri.” Terang Dr. Catrina.
Fahem mengeluh. “Alah, nanti gelilah I kalau nak manja-manja dengan dia.” Fahem tetap tidak puas hati. Dr. Catrina membulatkan biji mata. Macam mana dia ingin memberi kefahaman yang jelas?
“Dah memang macam tu cara dia bersalin kulit, nak buat macam mana. Ikut ajelah. Habis, masa you tarik kulit dia tu, dia marah tak?”
Fahem mengangguk. “Banyak kali juga dia libaskan ekor dia. Habis tangan I kena duri tajam kat ekor tu.” Dr. Catrina tergelak tanda mengejek.
“Padan muka. Hari-hari, you bagi dia makan apa?”
“Selalu I bagi dia buah betik, kacang hijau dengan roti. I ikut berdasarkan jadual yang you bagi. Mana yang boleh bagi kadang-kadang. Mana yang boleh bagi selalu. Roberto pulak, apa cerita?”
“Roberto you ni sebenarnya demam. Kucing akan bertindakbalas kepada sesuatu jangkitan atau penyakit yang menyerangnya, dikenali sebagai ‘Pyrexia’. Suhu normal tubuh badan kucing adalah 37.7 – 39.1 darjah Celcius.
Kucing yang diserang demam biasanya akan menunjukkan beberapa tanda seperti hilang selera makan, keletihan, menggigil, dan tak memberi respon terhadap sesuatu perkara yang selalu menarik perhatiannya. Sebagai contoh, jika selama ni dia elok saja main-main, manja-manja dengan you, tapi bila dia demam, senang cakap… dia moody. Macam kita.” Dr. Catrina menjelaskan dengan panjang lebar.
“Macam mana dengan sambutan klinik you?” soal Fahem.
“Oklah. Banyak jugak pesakit I.” jawab Dr.C atrina.
“Selama lima tahun you kendalikan klinik ni, apa peristiwa yang you tak dapat lupakan?”
Dr. Catrina berfikir seketika. “I dibelit ular sawa.” Jawbanya. Fahem mengerutkan dahi.
“Mana datang pulak ular sawa dalam klinik you?” soalnya.
“Lupa ke? klinik I kan… klinik haiwan! Masa tu, adalah seorang mamat ni bawa ular sawa kesayangan dia. Katanya ular sawa dia luka. I pun tengoklah luka pada ekor ular tu. Mamat ni pun tak perasan agaknya. Kami sama-sama tengok luka ular tu. Tiba-tiba I rasa tak boleh bernafas. Rupanya, ular sawa tu dah belit dada I. I menjerit kuat-kuat! Nasib baiklah mamat tu pujuk ular dia tu elok-elok. Akhirnya ularkan tu leraikan juga belitan kat dada I!” Fahem tergelak. Dalam diam, dia hairan. Ada juga manusia yang sanggup memelihara ular sawa sebagai haiwan peliharaan. Dia teringatkan Lan Senario. Pelawak itu adalah antara manusia yang menjadikan ular sawa sebagai haiwan peliharaannya.
“I sure, kalau ular sawa tu belit you satu badan pun, dia takkan sanggup nak telan you.”
“Kenapa pulak?” tanya Dr. Catrina. Fahem mula mempamerkan sengihan sengalnya.
“Orang cantik, seksi, badan slim, dia takkan sanggup punya!” Fahemt erus menyakat. Dr. Catrina membulatkan matanya.
“Ada saja nak kenakan orang.” Kutuk Dr. Catrina perlahan namun tetap dapat mendengarnya. Dia tergelak sendirian.
“So, kalau tak ada apa-apa lagi, I balik dulu, terima kasih sebab sudi rawat Roberto dengan Carlos.” Dr. Catrina mengangguk dan tersenyum. Fahem berdiri dan menjinjing kedua-dua sangkar tersebut.
“Lagi satu I nak ingatkan you.” Ujar Dr. Catrina sebelum Fahem memulas tombol pintu.
“Bila suhu kucing meningkat kepada 39.1 darjah Celcius, you mesti sentiasa perhatikan dia. Untuk menurunkan suhu panas pada badannya,…”
“Buka kipas laju-laju ataupun buka aircond sejuk-sejuk.” Tambah Fahem. Dr. Catrina mengangguk.
“Dan you mesti selalu menyediakan air sejuk untuk mengelakkan kucing you dari dehidrasi.” Fahem mengangguk faham. Sambil tersenyum, sekali lagi dia mengucapkan terima kasih.

AFIQ terus meluru mendapatkan abangnya apabila melihat Fahem menjinjit dua buah sangkar..
“Roberto!” afiq membuka sangkar yang menempat seekor anak kucing Parsi berwarna kelabu itu dan terus memeluknya apabila kucing itu keluar. Fahem tersenyum melihat gelagat adiknya.
Fahem memandang Zariff yang sedang menghadap telefon bimbitnya.
“Mana Kak Sumayyah?” soalnya. Zariff menunjukkan arah dapur. Fahem membuka sangkar Carlos dan mengeluarkan Carlos. Iguana hijau itu ditenggekkan pada bahu kanannya. Dia ke dapur dengan senyap. Dilihat, Nur Sumayyah leka berbual bersama kaum Hawa yang lain, sekali-sekala diselang-seli dengan tawa yang halus. Neneknya ingin bersuara setelah melihatnya namun dengan cepat dia merintangkan jari telunjuk pada bibirnya, tanda diam. Beberapa orang kaum Hawa yang sedar dengan kedatangannya juga ditunjukkan isyarat yang sama. Senyap-senyap, dia meletakkan Carlos pada bahu kanan Nur Sumayyah.
Nur Sumayyah yang ingin memandang Tan Siew Lan disebelahnya, tiba-tiba…
“Aaaaarghh! Biawak komodo! Tolong!” Nur Sumayyah menjerit ketakutan. Pinggan bersih yang sudah dilap terhempas di atas meja tetapi mujurlah tidak pecah.
Dari satu sudut, Nur Sumayyah dapat menangkap suara orang ketawa dengan kuat di pintu masuk dapur.
Nur Sumayyah menjegilkan mata. Fahem mendekatinya.
“Oklah sayang, lepas ni abang tak buat lagi.” Ujar Fahem sambil meletakkan semula Carlos di atas bahu kanannya.”
“Buat sekali lagi, putus tunang!” Nur Sumayyah memberi amaran. Fahem hanya tersengih.
“Jet Li kau sudah pulang. Pergilah layan dia kat depan. Lagipun, dah tak ada kerja lagi di dapur ni.” Ujar  Anita Chui. Tan Mei Ling hanya tergelak mendengar ayat dari menantu sulungnya itu.
Nur Sumayyah ingin membantah tetapi semua menyokong kata-kata Anita Chui. Akhirnya, dia mengikut Fahem dari belakang.
“Anak kucing Parsi pada Afiq tu, namanya Roberto. Dan iguana ni, namanya Carlos. Kan sayang?” Fahem mengelus-ngelus lembut iguana hijau yang berusia tujuh bulan itu. Carlos menganggukkan sekali dua kepalanya.
“Fahem suka bela haiwan ke?” soal Nur Sumayyah. Fahem tersenyum sambil mengangguk.
“Fahem suka tengok iguana ni. Cantik. Nak jaga dia, senang saja. Syaratnya, kita mesti kena ada masa untuk sentiasa memanjakan dia. Kalau dia dah merajuk, dia libaskan ekor dia tu pada kita. Lagi satu, tempat dia kita kena selalu kena bersihkan sebab iguana sebenarnya adalah pembersih. Kat rumah nenek di kampung, Fahem ada bela ayam.” Terang Fahem. Nur Sumayyah ingin membelai Carlos namun dia takut.
“Dia tak gigit. Pegang sajalah.” Ujar Fahem. Perlahan-lahan,  Nur Sumayyah mendaratkan tangannya pada badan haiwan reptilia itu.
“Selalunya, Fahem bagi dia makan apa?” soalnya.
“Roti, mangga, buah betik, sayur kacang hijau. Kadang-kadang, kena juga bagi benda yang berlainan sebagai snek dia. Contohnya buah pisang, anggur, bunga raya, strawberi dan macam-macam lagilah. Sekali-sekala, Fahem akan memberi makanan seperti cili benggala dan tomato sebagai penambah rasa dan pewarna. Makanan ini akan dicampur dengan makanan asasnya supaya makanan yang dihidangkan akan menarik seleranya.
Lagipun, Fahem ada jadual makanan untuk dia. Apa yang kita boleh beri hari-hari. Apa yang boleh dimakan sekali-sekala, apa yang langsung tak boleh dimakan.” Terangnya dengan panjang lebar.
“Abang, kenapa Roberto asyik nak cakar seluar Afiq saja?” soalnya sambil duduk di riba abangnya.
“Tentu dia rindukan Afiq.” Jawabnya ringkas. Nur Sumayyah hanya tersenyum sendiri melihat luah dua beradik itu. Tidak sangka. Di sebalik kaca mata seorang mafia yang bersifat tegas, terselit rasa kasih dan sayang kepada binatang ciptaan ALLAH SWT.
Petang itu selepas melihat pertunjukan naga, Fahem menghantar Nur Sumayyah pulang.
“Penat sangat ke? Fahem tengok, banyak kali Sumayyah menguap.” Ujar Fahem. Nur Sumayyah hanya mengangguk.
“Seronok?” soal Fahem sambil memandu.
“Seronok. Seronok sangat-sangat.” Jawab Nur Sumayyah dengan mata yang sambil tertutup. Fahem memandang dengan simpati. Biarlah, dah tiba nanti baru kejutkan.

“YOU can’t do this to me!” Fahem menghamburkan marahnya. Wanita yang duduk di depannya hanya membuat muka selamba walaupun telah dimaki hamun oleh majikan sendiri.
“You nak tahu tak kenapa I nak berhenti?” soal Mazidah. Fahem merenung bekas kekasihnya itu, menunggu jawapan dengan debaran.
“Sebab I dah muak nak tengok muka pura-pura you lagi! Lagipun. I dah bosan kerja dengan you. Asyik kena marah saja. Bukannya I tak boleh kena marah langsung. Tapi cara you marah I, I dapat rasa yang you memang bencikan I. Masa benci, bukan main lagi you marah I. Tapi bila you nak benda tu, bukan main elok saja suara you kan. Lemah gemalai mengalahkan perempuan!” terang Mazidah. Fahem terdiam.
“I tak peduli. Apapun, you tetap tak boleh berhenti! I perlukan khidmat you sebagai seorang setiausaha!” Fahem membuat keputusan muktamad.
Mazidah tergelak sinis. “You kena ingat, you hanya orang nombor dua dalam syarikat ni!” selar Mazidah sambil menekankan pada perkataan ‘nombor dua’. Fahem mendengus.
Tanpa mempedulikan lelaki itu, Mazidah bangun dan melangkah keluar. Dia duduk termenung seketika di kerusinya. Ketika termenung, dia terpandang Noraisya sedang melintasinya.
“Sya, Tan Sri ada dalam bilik tak?” soalnya. Noraisya mengangguk sambil tersengih.
“Kenapa? Akak nak dating dengan Tan Sri ke?” seloroh wanita bertudung ungu itu. Mazidah membulatkan biji matanya namun dia ikut sama ketawa.
“Tak apalah. Tak dapat anak, dapat daddy dia pun, jadilah. Lagipun Tan Sri tu, hensem juga tau!” balas Mazidah. Noraisya hanya tergelak perlahan. Memang dia akui, Tan Sri Tuan Haji Ahmad Izzuddin masih kacak.
Mazidah menapak ke bilik orang nombor satu Izzuddin Supplier Holdings itu lalu mengetuk pintu.
Tan Sri Tuan Haji Ahmad Izzuddin memberikan arahan masuk setelah mendengar ketukan bertalu-talu dari luar.
“Silakan duduk. Ada apa jumpa saya ni?” soal lelaki itu. Mazidah menyerahkan surat perletakan jawatannya.
Tan Sri Tuan Haji Ahmad Izzuddin membaca seketika surat itu. Selesai saja, dia memandang wanita di hadapannya.
“Kenapa?” soalnya ringkas.
“Saya nak cari pengalaman untuk kerja di tempat lain pula.” Jawab Mazidah. Tan Sri Tuan Haji Ahmad Izzuddin mengerutkan dahinya.
“Awak dah dapat tawaran bekerja di tempat lain ke?” soalnya. Mazidah mengangguk.
“Saya nak tengok surat tawaran tu.” Tegas lelaki itu.
“Saya ttt…. Tertinggal…” Mazidah kehilangan kata-kata. Tan Sri Tuan Haji Ahmad Izzuddin tergelak.
“Mazidah, saya tak mahu memperjudikan nasib awak. Selagi awak tak tunjukkan kepada saya surat tawaran tu, selagi itulah saya takkan berhentikan awak!” Tan Sri Tuan Haji Ahmad Izzuddin membuat keputusan muktamad.
“Tapi Tan Sri…” Mazidah kehilangan kata-kata.
“Dan awak jangan ingat saya tak tahu apa-apa. Awak dah putus dengan Fahem. Itu saya tahu. Oleh sebab awak tak mahu tengok lagi muka playboy dia tu, awak sanggup nak letak jawatan?” Tan Sri Tuan Haji Ahmad Izzuddin menduga. Mazidah terkedu dengan teori bos besarnya.
Tan Sri Tuan Haji Ahmad Izzuddin tergelak seketika. “Mazidah, mungkin kali ni ALLAH takdirkan yang anak saya tu bukanlah yang terbaik untuk awak. Manalah tahu, satu hari nanti ustaz ataupun ulama’ tersohor akan jadi suami awak. Siapa tahu?
Saya sayangkan awak macam saya sayangkan anak-anak saya. Pada saya, awak adalah setiausaha terbaik dalam syarikat ni. Syarikat ni masih memerlukan khidmat awak. Janganlah kerana awak dah putus hati, putus cinta dengan Fahem… awak sanggup untuk letak jawatan. Hah, saya ada satu idea. Pengurus kewangan kita yang baru, Encik Ikmal masih belum ada setiusaha. Apa kata awak jadi setiausaha dia? Dan Fahem, saya akan carikan setiausaha yang lain.” Ujar Tan Sri Tuan Haji Ahmad Izzuddin dengan panjang lebar.
“Tapi saya masih tetap sebumbung dengan dia.” Mazidah beralasan.
Lelaki itu tidak mempedulikan alasan Mazidah. Dia menekan butang di interkom, memberi arahan kepada setiausahanya supa memanggil CEO berjumpa dengannya sekarang.
Tak lama kemudian, Fahem masuk setelah mendapat arahan masuk dari daddynya.
“Daddy dah buat keputusan.” Ujar Tan Sri Tuan Haji Ahmad Izzuddin setelah melihat Fahem duduk di sebelah Mazidah.
“Keputusan apa?” soal Fahem dengan dada berdebar. Jangalah dia setuju dengan Mazidah! Jerit hatinya.
“Mazidah takkan jadi setiausaha kamu lagi. Dia..”
“No way! Fahem tak mahu dia berhenti!” bantah Fahem. Dia memang terlalu sayangkan wanita itu. Dan dia juga akan bernikah dengan Nur Sumayyah pada bulan Mac nanti. Satu perkara yang langsung dia tidak faham – siapa Mazidah sebenarnya? Wanita itu mempunyai aura yang terlalu kuat. Dia memang ingin melepaskan wanita itu pergi setelah dia bertunang tetapi sebahagian hatinya melarang keras.
“Dengar dulu apa daddy nak kata. Dia takkan jadi setiausaha kamu lagi kerana dia akan menjadi setiausaha kepada Pengurus Kewangan kita yang baru, Encik Ikmal.” Terangnya.
Fahem tetap menggeleng, tanda tidak percaya. “Fahem tak mahu. Kalau daddy nak bagi lelaki tu setiausaha, tolong cari orang baru. Mazidah, jangan kacau!” Fahem tidak peduli. Dia tidak mahu orang lain yang menjadi setiausahanya. Ini kerana, dia sudah serasi dengan cara kerja Mazidah yang cepat dan pantas.

p/s : sorry sbb ambil masa terlalu lama. selamat membaca!