REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

Monday 19 September 2011

LLP 4

LIKU-LIKU PERASAAN 4

MALIM JAYA,
MELAKA

“AYAH, Arriff tak mahu terima Ifah. Bila Ifah mintak tolong dia jadi peguambela Ifah, dia tolak!” Sharifah mengadu kepada ayahnya, Haji Abi Dzar.
      “Kau pun satu. Yang kau tu dulu terhegeh-hegeh suruh dia ceraikan kau buat apa? Kau tak malu ajak dia kahwin dengan kau balik? Ayah yakin, sekarang ni mesti dia dah ada anak bini yang baru. Biar padan muka kau! Macam mana kau jumpa dia?” marah Haji Abi Dzar. Sharifah memuncung.
      “Masa Ifah jalan-jalan, Ifah nampak ada firma guaman dekat Ayer Keroh. Ifah pun pergilah. Jumpa sorang peguam tu. Namanya Tan Sri Luqman. Tapi dia tak boleh terima kes Ifah sebab dia ada kes yang belum diselesaikan lagi. Jadi, dia mintak tolong kawan dia. Kami berjumpa kat Batu Berendam. Bila kami berjumpa, tak sangka pulak kawan Tan Sri tu rupa-rupanya Arriff. Waktu tu jugak dia kata kalau Ifah lah orang yang kena tipu tu, dia takkan bela Ifah. Banyak kali jugak Ifah merayu tapi tak dilayannya.” Cerita Sharifah dengan panjang lebar.
      “Sudahlah, Ifah. Jangan diganggu si Arriff tu. Dia dah ada keluarga baru. Biarlah dia hidup bahagia dengan keluarga baru dia tu. Takut nanti kalau kau ganggu dia, rumah tangga yang sekarang aman nanti tiba-tiba bergoncang. Ayah nak pesan satu saja pada kau. Sedangkan kalau keluar dengan laki atau bini orang pun dah berdosa, inikan lagi nak meruntuhkan masjid yang orang tu bina? Lagilah berdosa! Ingat pesan ayah tu,” Haji Abi Dzar mula berkhutbah. Sharifah mengangguk.
       

USTAZ AWALUDDIN sedang menunaikan solat Asar secara berjemaah dengan isterinya ketika Fairuz datang.
      “Assalamualaikum anak abah.” Sapaan dari Ustaz Awaluddin menyebabkan Fairuz yang sedang membaca surat khabar terkejut sedikit. Fairuz tersenyum riang selepas menjawab salam. Dia memeluk abahnya untuk melepaskan rindu kerana sudah lama tidak menjenguk abahnya walaupun abahnya sihat.
      “Abah tahu. Sham mesti ada masalah kan? Kalau tak, masakan bila pulak abah tengok muka asyik berkerut aje,” duga Ustaz Awaluddin. Sejak Fairuz berkenalan dengan Ustaz Awaluddin ketika di tingkatan satu, dia sudah menganggap lelaki itu seperti ayah kandungnya. Fairuz mengangguk perlahan-perlahan. Ustaz Awaluddin mengajak Fairuz masuk ke bilik bacaannya. Dia tidak mahu berbincang masalah Fairuz di depan anak-anaknya. Jika masalah remeh-temeh, tidak mengapa. Tetapi jika masalah yang melibatkan keburukan ayahnya atau orang lain, bukankah akan mendatangkan aib?
      “Apa masalah ayah Sham?” Ustaz Awaluddin memulakan sesi soal jawab. Dia tahu krisis antara Fairuz dan Datuk Tuan Sharriff sudah lama berlanjutan. Jika Fairuz datang dengan muka yang bermasalah, dia tahu masalah itu pasti berkaitan dengan ayahnya.
      “Tadi Sham nak jumpa kawan-kawan Sham. Sham lalu depan firma ayah. Lepas tu, Sham nampak ayah dengan sorang perempuan. Pada Sham, mesti perempuan tu makwe dia. Mesti dia akan menduakan mak Sham nanti.” Jawab Fairuz. Ustaz Awaluddin tersenyum.
      “Boleh tak Sham beritahu ciri-ciri perempuan tu? Manalah tahu kalau-kalau abah kenal perempuan tu,” pinta Ustaz Awaluddin.
      “Berdasarkan apa yang Sham nampak, perempuan tu tinggi lampai. Masa Sham pergi kat ayah, ayah kata perempuan tu kekasih lama dia. Dia ajak ayah kahwin balik. Tapi Sham tak fahamlah abah. Kenapa perempuan tu kata ‘kahwin balik’? Setahu Hisham, ayah tak kahwin lagi sebelum kahwin dengan mak. Abah kenal ke perempuan tu?” soal Fairuz. Ustaz Awaluddin mengangguk.
      “Nama perempuan tu Sharifah. Dia kawan abah. Kami dulu sekampung dengan ayah kamu tu,” Ustaz Awaluddin bercerita serba-sedikit latar belakang Sharifah.
      “Tapi kenapa dia cakap nak ‘kahwin balik’? Itu yang Sham tak faham,” soalnya lagi. Ustaz Awaluddin hanya terdiam. Dia sedang memikirkan idea yang boleh meyakinkan Fairuz.
      “Mungkin orang tu tersasul agaknya? Manalah tahu kahwin di situ bermaksud bersama kembali macam dulu?” Ustaz awaluddin cuba melindungi hal yang sebenarnya. Fairuz mengangguk. Tidak mengesyaki apa-apa.
      “Abah, Sham nak tanya sikit boleh tak?” soal Fairuz. Ustaz Awaluddin menggelabah tetapi cuba menenangkan dirinya. Dia mengangguk.
      “Boleh tak jika Sham menganggap yang abah ni macam ayah Sham? Dan, adakah abah menyayangi Sham seperti anak abah sendiri?” soal Fairuz. Ustaz Awaluddin terkejut.
      “Apalah yang Sham merepek ni? Siapa kata tak boleh? Memang abah sayangkan Sham macam abah sayangkan Khadijah dan Khalid. Kenapa tanya macam tu?” soal Ustaz Awaluddin pula. Fairuz menggeleng.
      “Takdelah. Sham takut kalau abah sayang sangat kat Sham, tentu nasib Khalid dan Kadijah sama seperti nasib Sham. Dia mata ayah, Sham macam tak pernah wujud dalam hidup dia.” Jawab Fairuz. Ustaz Awaluddin terkejut sekali lagi.
      “Kenapa cakap macam tu, Sham? Tak elok cakap begitu. Sebagai seorang ayah, abah yakin ayah Sham tak pernah fikirkan perkara sebegitu malah dah tentu dia berusaha untuk mendekatkan dirinya pada Sham.” ujar Ustaz Awaluddin. Fairuz didera rasa bersalah dan berdosa. Dia tak tahu bila krisis antara dia dan ayahnya akan berakhir. Ustaz Awaluddin memeluk Fairuz bagai memeluk anak sendiri. Fairuz terasa belaian dari seorang ayah walaupun hanya ayah angkat. Mungkin, inilah yang ingin dilakukan oleh ayah untuk menebus kesalahannya padaku.


KAMPUNG HANG TUAH

“ARRIFF, boleh kita jumpa?” soal Sharifah ketika dia menelefon Datuk Tuan Sharriff. Eh, mana pulak dia dapat nombor aku ni? Jangan-jangan si Wal yang bagi tak? Kalau si Wal tak bagi pun, mesti dia cari dalam telefon orang tu! Datuk Tuan Sharriff tidak mengendahkan persoalan itu seketika.
“Eh, mana kau dapat nombor aku?” soal Datuk Sharriff. Ketika ini, dia sedang membuat kerja-kerjanya di dalam pejabat mini yang dibina di dalam bilik tidurnya.
“Aaa… saya… cari dalam… dalam telefon abang long,” jawab Sharifah. Dah agak dah! Bisik hati Datuk Tuan Sharriff.
 “Kau nak apa?” Dia memandang isterinya yang sedang berbaring melayan anak bongsunya, Farrizz sambil menonton televisyen di hujung katil.
“Kita jumpa Arriff? Banyak benda yang I nak bincang dengan you,” jawab Sharifah. Datuk Tuan Sharriff mendengus.
“Kau nak bincang pasal apa lagi? Kau tak dengar ke amaran anak aku? Kalau kau ganggu aku lagi, dia akan seksa hidup kau. Biar kau menderita!” tanpa memberikan sebarang peluang untuk Sharifah bercakap, Datuk Tuan Sharriff terus mematikan telefon.
“Abang ada apa-apa masalah ke?” soal Datin Rosmah apabila mendengar suaminya menyumpah seranah di dalam pejabat mini. Datuk Tuan Sharriff menggeleng. Dia menuju ke katil dan membelai anaknya yang sudah tidur.
“Abang takde apa-apa masalah Mah. Ni dah lewat malam. Marilah kita tidur,” katanya sambil baring dan menarik selimut.

KATA-KATA Ustaz Awaluddin masih terngiang-ngiang di anak telinga Fairuz. ‘Sebagai seorang ayah, abah yakin ayah Sham tak pernah fikirkan perkara sebegitu malah sudah tentu dia makin berusaha untuk mendekatkan dirinya pada Sham.’ Tiba-tiba, rasa bersalah memenuhi segenap ruang tubuh Fairuz. Adakah aku ni anak derhaka?
-‘Tak. Kau bukan anak derhaka. Tapi kau adalah anak yang paling terbaik pernah aku lihat.’ Tiba-tiba satu suara menerjah gegendang telinga Fairuz.
-‘Tak! Aku anak derhaka! Aku dah menyakitkan hati ayah aku.’ Suara hati Fairuz bertindih dengan suara tadi.
-‘Memang patut pun kau seksa hati ayah kau. Dia yang mula dera hati dan perasaan kau. Jadi, sekarang adalah masanya untuk kau membalas dendam terhadap perbuatan ayah kau tu!’ Suara itu bergema lagi di telinga Fairuz. Dia berfikir dua kali. Betul jugak dia cakap. Inilah masanya untuk aku membalas dendm terhadap perbuatan ayahku. Fikirannnya mula dirasuk oleh hasutan syaitan.
-‘Tapi macam mana?’ soal Fairuz kepada suara itu. Dia memang bertekad untuk membalas dendam pada ayahnya atas apa yang berlaku 18 tahun lalu.
-‘Sekarang kau dah tahu yang kekasih lama ayah kau datang balik dalam hidup dia. Jadi, kau gunakan kesempatan ni untuk menghancurkan hidup ayah kau. Hancurkan hidup dia sehancur-hancurnya.’ Suara itu bergema lagi. Fairuz akhirnya mengangguk. Dalam otaknya, dia sedang merancang sesuatu yang boleh membuatkan ayahnya merana seumur hidup.

No comments:

Post a Comment