REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

Sunday 11 September 2011

WUC 23

WAKE UP CALL 23

SUDAH sepuluh minit seorang lelaki berbadan tegap berdiri di hadapan Mazidah, Namun Mazidah tetap tidak mengangkat kepala kerana terlalu asyik dengan kerjanya. Akhirnya, lelaki itu mengetuk sedikit meja Mazidah. Terus saja wanita itu mengangkat kepala.
“Assalamualaikum cik. Boleh saya jumpa dengan CEO syarikat ni?” soal Mizan. Mazidah tersenyum.
“Waalaikumsalam. Duduk dulu, encik…”
“Mizan. Mizan bin Razak.” Jawabnya sambil duduk.
“Ada buat appointment tak dengan Tuan Fahem?” soal Mazidah. Mizan menggeleng.
“Kalau macam tu, Encik Mizan mesti..”
“Eh, kau buat apa kat sini, Zan?” soal Fahem setelah dia berhenti dia meja Mazidah. Mizan tersenyum memandang anak kepada majikan emaknya.
“Surat saya dah siap?” soal Fahem. Mazidah menggeleng.
“Siap nanti, awak hantar dalm bilik ya.” Arah Fahem. Mazidah hanya mengangguk.
“Mari ke bilik aku.” Ajak Fahem. Mizan hanya mengikut langkah lelaki itu.

“ITULAH. Aku kadang-kadang kesian dengan kontraktor Melayu kelas F ni. Tapi, macam aku cakap tadi… dalam aku nak tolong dia, dia tipu aku balik.” Mizan melepaskan nafas berat. Fahem termenung seketika.
“Habis tu, kau nak buat apa sekarang?” soal Fahem.
“Aku ingat nak guna khidmat syarikat kau untuk ubahsuai rumah mak aku tu.” Mizan menyatakan hajatnya. Dia tidak rapat dengan lelaki di hadapannya ini seperti mana abangnya, Ir. Muazzam yang terlalu rapat dengan Fahem.
“Oh. Tapi, kenapa tak guna syarikat tempat abang kau kerja?” soal Fahem. Mizan menggeleng.
“Dia malas. Dia saja nak guna syarikat Tan Sri. Lagipun, yang dia tahu… sentuhan Pereka Hiasan Dalaman syarikat kau memang… kalau rumah tu rumah buruk, bila dihias betul-betul, boleh jadi macam rumah orang kaya.” Mizan memuji. Fahem hanya tersenyum. Izzuddin Supplier Holdings sedang cuba untuk menceburkan diri dalam bidang hiasan rumah. Sesuai dengan nama syarikat mereka, mereka akan membekalkan apa saja kepada pelanggan, sama ada dari segi khidmat ataupun barangan binaan.
“Itulah. Kami di sini, baru dalam langkah pertama untuk kerja supply macam ni. Itupun sebab daddy aku nak melipatgandakan untung syarikat. Banyak dapat untung, banyaklah gaji pekerja. Banyak dapat rugi, kami tak terfikir untuk membuang pekerja.” Itu adalah prinsip kerja Izzuddin Supplier Holdings.
“Eloklah kalau macam tu prinsip Tan Sri. Kadang-kadang, ada sesetengah syarikat akan sanggup membuang pekerja apabila mengalami kerugian yang teruk.” Ujar Mizan. Fahem mengangguk setuju. Apa yang dikatakan adalah benar belaka.
“Jadi, dengan siapa aku nak bincang pasal rekaan hiasan rumah aku ni?” soal Mizan. Fahem menekan butang intercom.
“Mazidah, awak tolong telefon Puan Marliana dan suruh dia jumpa saya sekarang. Itupun kalau dia tak ada meeting atau appointment.” Arah Fahem.
“Baik Tuan Fahem.” Mazidah akur.
Lima belas minit kemudian, Puan Marliana masuk ke dalam pejabat Fahem.
“Zan, ni aku kenalkan… Puan Marliana, Pereka Hiasan Dalaman syarikat kami. Dan Marliana, ini adalah Dr. Mizan, kawan saya.” Fahem memperkenalkan mereka.
“Silakan duduk, Puan Marliana.” Fahem menjemput duduk.
“Zan, ceritakanlah macam mana hiasan yang kau nak.” Ujar Fahem. Mizan mengangguk setuju.
“Macam ni Puan Mela…”
“Panggil saya Mar saja.” Sahut Marliana setelah melihat kesulitan Mizan untuk menyebut namanya. Mizan dan Fahem hanya tersengih.
“Macam ni Puan Mar. Rumah mak saya ni, rumah kayu. Rumah lama. Saya nak minta tolong dengan awak supaya buat dekorasi yang menarik.” Mizan memberitahu hajatnya. Marliana mengangguk faham.
“Encik Mizan nak rumah yang berkonsepkan apa?” soalnya. Tangan kanannya sudah bersedia untuk menulis segala butiran-butiran penting.
“Saya nak konsep tradisional tapi moden. Tapi, saya nak pekerja awak tolong varnishkan dulu rumah papan tu. Lepas tu, saya ingat nak pasang air cond yang…” Mizan memikirkan sesuatu.
“Air cond yang macam kat rumah kau tu, air cond apa?” soalnya pada Fahem.
“Central aircond?” jawab Fahem. Mizan mengangguk.
“Ya. Saya nak pasang central aircond. Lepas tu, ruang dapur saya nak pasang kipas siling. Di beranda pun saya nak pasang kipas siling juga.” Terang Mizan.
“Pagar?” soal Marliana.
“Pagar? Saya nak guna pokok… erm…. pokok pukul lapan sebagai pagar.” Mizan meluahkan keinginannya. Marliana terus saja menulis butir-butir tersebut ke dalam buku kerjanya.
“Ok. Kalau macam tu, esok Encik Mizan bawakan saya ke rumah tu. Di sana, saya akan menilai dulu macam mana keadaannya dan saya akan beri pandangan saya sendiri berkenaan dengan hiasan di luar dan dalam rumah.” Jawab Marliana. Mizan mengangguk setuju.
“Kalau Encik Mizan nak hubungi saya, yalah… mungkin ubah fikiran tentang konsep ke, apa ke… ini kad saya.” Ujar Marliana sambil menghulurkan kad namanya.
Mizan membacanya sekali imbas. Marliana Mazlan. Pereka Hiasan Dalaman Izzuddin Supplier Holdings.
“Ok. Kalau ada apa-apa saya akan telefon Puan Mar. Dan kalau Puan Mar ada apa-apa untuk diberitahu saya, ini kad saya.” balas Mizan sambil menghulurkan kadnya. Marliana mengangguk. Dia membaca sepintas lalu kad tersebut. Dr. Mizan bin Razak. Pakar Bedah Hospital Pantai. Marliana bangkit. Dia terpaksa meminta diri dahulu kerana ada temujanji dengan seorang klien.
“Aku minta tolong sangat dengan kau. Tolong jangan bagitahu mak dengan ayah aku yang aku dengan abang aku sedang ubahsuai rumah tu.” Ujar Mizan. Fahem mengerutkan kening.
“Kenapa?” soalnya. Mizan berdehem dua tiga kali.
“Sebenarnya itu kami nak jadikan hadiah untuk ulangtahun mereka yang ke… aku tak ingat pula. Tapi hujung tahun ni.” Jawb Mizan.
“Oh. Ok, aku takkan beritahu sesiapapun.” Fahem berjanji.

BEBERAPA HARI KEMUDIAN

“KIRA jadilah ni, Encik Ghani?” Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin menyoal ayah Nur Sumayyah. Lelaki itu mengangguk setuju sambil tersenyum.
“Jadi, bila nak bertunangnya ni?”
“Saya ingat, apa kata kalau kita tunangkan mereka satu haribulan satu tahun depan?” Puan Sri Sharifah mencadangkan. Puan Rafeah, suaminya, serta Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin mengangguk setuju.
“Elok jugak cadangan awak, Cik Pah. Kita tunangkan mereka awal tahun hadapan dan dua bulan kemudia, kita kahwinkan mereka.” Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin memberikan pendapatnya pula.
“Kenapa tak kahwin pertengahan tahun saja? Jadi, kami ada lebih masa untuk buat persediaan.” soal Encik Ghani. Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin memandang isterinya, Mak Kiah dan Pak Razak.
“Macam ni Encik Ghani, Puan Rafeah. Apa yang saya akan ceritakan ni, bukan untuk memburuk-burukkan anak saya sendiri. Tapi, yalah… budak-budak zaman sekarang kalau dah sebulan gaji tu nak dekat empat, lima belas ribu, Encik Ghani dengan Puan Rafeah faham-faham ajelah. Karang dia joli sana, dia joli sini. Lagi satu, anak saya ni boleh tahan juga perangai buaya daratnya. Makwe, keliling pinggang. Jadi, sebelum perangainya lebih melarat, baik kita ikat dia cepat-cepat. Sekurang-kurangnya, dia ingat yang dia tu ada tanggungjawab… ada anak bini yang tunggu di rumah. Jadi, tekdelah dia melepak di tempat yang bukan-bukan.” Panjang lebar dia menceritakan tentang Fahem. Emcik Ghani dan Puan Rafeah mengangguk faham.
“Tuan Haji takut Fahem tu, akan makan anak dara orang?” Tanya Puan Rafeah. Lelaki itu mengangguk.
“Begitulah maksud saya.” Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin mengiakan.
“Sebelum mana-mana perempuan tampil dan mengaku mereka mengandungkan anak Fahem, lebih baik kami ikat dia cepat-cepat. Tapi, saya nak tanya jugak pada Sumayyah. Dia boleh terima ke perangai Fahem yang buaya darat tu?” soal Puan Sharifah.
“Nanti sekejap. Saya panggilkan dia.” Puan Rafeah menawarkan diri. Lima minit kemudian, dia ke ruang tmau semula bersam-sama Nur Sumayyah.
“Ada apa Puan Sri?” soal Nur Sumayyah.
“Auntie nak tanya sikit. Kamu tahu tentang perangai Fahem yang buaya darat tu?” Puan Sri Sharifah menyoal. Nur Sumayyah mengangguk sambil tersenyum.
“Kamu boleh terima perangai dia?” soal si suami pula.
“Pada saya, selagi dia boleh kawal dan cuba untuk ubah perangai buruk dia, kenapa pula saya tak boleh terima dia?” Nur Sumayyah menyatakan pandangannya. Jawapan yang diberi oleh Nur Sumayyah membuatkan senyuman semua yang ada di situ menjadi lebar hingga ke telinga.

“SO, macam mana kau dengan Fahem? Selalu gaduh atau ok aje kat pejabat?” soal Diyya selepas mereka selesai makan malam. Mazidah hanya tersenyum sambil meneguk segelas air kosong.
“Kami ok aje. Ada masa, kadang-kadang aku tengok dia macam nak goda aku tapi aku buat tak tahu aje.” Jawab Mazidah.
“Baguslah tu. Aku takut kalau kau mengandungkan anak dia untuk kali kedua pula. Sorrylah, aku bukannya nak menyibuk dengan hal peribadi kau, tapi kau kan kawan aku? Aku takut bila tiba satu masa nanti, dia akan bosan dengan kau dan dia akan tinggalkan kau begitu saja. Janji untuk bersama entah ke mana, tuan punya badan pun entah ke mana!” Diyya berhujah. Mazidah mengangguk. Dia tahu, Diyya sememangnya baik. Dia jarang menengking orang. Tetapi dengan lelaki yang bernama Tuan Fahem Izzuddin, Diyya akan tetap menengking walaupun mungkin Fahem berbuat baik kepadanya.
Diyya bangun dan mengambil majalah Anjung Seri yang terletak di sebelah televisyen. Tiba-tiba dia ternampak sebuah vcd yang terletak di atas televisyen.
“VCD apa ni?” soalnya kepada Mazidah sambil membuka cover vcd tersebut. Dengan semangat ingin tahu, dia mengambil vcd tersebut dan membawanya ke meja. Kebetulan dia masih membuat kerja pada laptopnyam dia memasang vcd tersebut.
“Apa ni?” soalnya setelah membuka vcd tersebut dengan menggunakan Real Player. Mazidah menjengah laptop Diyya.
“Ohhh. Ni semua kerja si Nizamlah, kawan baik Fahem. Dia pergi record aku menyanyi kat disko.” Jawab Mazidah.
“Buat apa kau menyanyi kat sana?” tanya Diyya. Mazidah tersengih.
“Nizam tulah. Entah apa yang dia cakap dengan emcee tu, tetiba saja dia sebuat nama Fahem dengan aku. Nak tak nak, terpaksalah kitaorang naik ke pentas.”

IMBAS KEMBALI
THE DARK BLUE NITE CLUB

“YOU tengok, itu yang you kata baik?” soal Fahem sambil jari telunjuknya terarah ke tempat duduk Datuk Amidun, COO syarikatnya bersama dua orang wanita di kiri dan kanannya. Mazidah menjeling.
“Habis, you tu baik sangat?” sindir Mazidah. Fahem tersengih.
“Sekurang-kurangnya, I ni belum kahwin. Still single. Dia tu, jangankan kata dah kahwin, siap dah ada cucu! Agaknya kalau cucu dia kahwin, dia tu dah boleh jadi datuk moyang tahu!” Fahem tetap tidak mahu mengalah. Mazidah mencebik.
“Sudahlah! Kalau dah namanya lelaki gatal… dah kahwin atau belum, tetap jugak gilakan betina seksi!” Mazidah terus mengutuk teman lelakinya. Fahem hanya mampu tersengih. Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. Lantas, dijeling jam di tangan kirinya.
“Nak dekat sejam si Nizam pergi tandas. Apa yang dia buat?” dia bertanya pada dirinya sendiri.
“Baiklah tuan-tuan dan puan-puan sekalin, atas permintaan seseorang, kami ingin menjemput Tuan Fahem Izzuddin dan pasangannya, Cik Mazidah untuk naik ke pentas.fahem dan Mazidah sudah terkedu. Pantas Fahem berfikir. Celaka punya Nizam! Bentaknya dalam hati.
Pada mulanya mereka hanya membuat keras. Namun, dua orang pengawal disko hamper menarik mereka untuk naik ke pentas. Itu membuatkan mereka terpaksa naik.
Para pengunjung ramai yang bersiul-siul. Mereka kenal siapa lelaki itu. Nama Tuan Fahem Izzuddin sudah sinonim dengan disko tersebut kerana lelaki itu adalah pengunjung yang paling setia.
“Ada seseorang ni nak minta agar Encik Fahem dan pasangan cik nyanyi satu lagu. Boleh?” Emcee berbaju hitam itu meminta izin. Fahem hanya menurut.
“Nak nyanyi lagu apa?” soal emcee. Fahem berbincang dengan Mazidah seketika. Kemudian dia memberitahu emcee tersebut.
Emcee tersebut menuju ke arah ketua band di situ. Dia menyampaikan hajat Fahem. Mereka mula memainkan muzik lagu Heartbeat nyanyian Enrique Iglesias bersama Nicole Scherzinger


Heartbeat
Heartbeat Heart-heartbeat
Heartbeat
Heartbeat Heart-heartbeat
I saw you talking on the phone,
And know that you were not alone.
But you stealing my heart away,
Yeah you're stealing my heart away.
You're acting like you're on your own,
But I saw you standing with a girl (hmmm)
Stop tryin' to steal my heart away

I don't know where we going?
I don't know who we are?
I can feel your heartbeat
I can feel your heartbeat (he said to me)
I can feel your heartbeat (running through me)
Feel your heartbeat

I can feel your heartbeat (she said to me)
I can feel your heartbeat (running through me)
Your heartbeat, feel your heartbeat


  “MACAM nak saling menggoda aje gayanya? Boleh tahan jugak suara kau orang!” komen Diyya sambil menonton vcd tersebut. Mazidah tersengih.
“Biasalah. Suara orang glamor memang macam tu!” Mazidah pura-pura bangga diri. Diyya mencebik.
“Yelah. Glamor sangat!” Mazidah tertawa apabila mendengar intonasi suara Diyya. Lalu, dia memeluk bahu rakan baiknya itu.
“Alah, aku gurau pun, nak nangis ke?” Mazidha memujuknya. Akhirnya, mereka tergelak sama-sama.
“Aku nak kau janji dengan aku!” Diyya menuntut janji. Mazidah mengerutkan dahinya.
“Janji apa?”
“Janji, jangan kemabli semula pa  abos gatal kau tu walaupun dia merayu, menangis air mata darah sekalipun.” Mazidah mengangguk.  Tiba-tiba, air matanya menitis. Diyya pula mengerutkan dahinya.
“Kenapa pulak ni, Mazidah?” soal Diyya. Mazidha menggeleng.
“Aku terharu. Terharu sangat-sangat dengan kasih sayang yang kau curahkan pada aku. Agaknya kalau aku dapat kawan baik yang bukan macam kau... bila tahu aku mengandung anak luar nikah, terus aku dipinggirkan agaknya! Tak pun, hari-hari kena sindir. Tapi, kau lain Diyya. Kau lain sangat. Sanggup terima diri aku yang dah kotor ni.” Mazidha masih tersedu-sedan. Diyya tersenyum. Ingatkan apalah tadi!
“Itulah gunanya kawan. Kalau tak aku yang tolong kau, siapa lagi? Lagipun, kau tu tak ada sesiapapun kat dunia ni. Hidup kau cuma aku, Fahem, dengan kawan-kawan pejabat kau saja. Kau tahu tak, aku dah anggap kau macam… bukan adik, tapi aku rasa macam kembar saja! Sudahlah, tak mahu nangis-nangis. Esok kita nak masak apa untuk sarapan?” Diyya mengalihkan topik  perbualan mereka.
Mazidah ternsenyum kelat. “Semalam, Kak Rahida Pengurus HR tu ada bagi aku resepi nasi ayam turun-temurun keluarga dia. Esok, kita buat nasi ayam untuk sarapan. Masak untuk makan sampai malam, nak?’ Mazidah mengusulkan cadangan. Diyya mengangguk setuju.

No comments:

Post a Comment