REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

Monday 19 September 2011

LLP 5

 LIKU-LIKU PERASAAN 5

DATUK TUAN SHARRIFF sedang meyemak fail kes yang baru. Semua fail kes-kes lama disimpan oleh setiausahanya. Ketika dia sedang membelek-belek fail, interkom di atas mejanya berbunyi dan dia terus menekan punat di situ.
“Kenapa, Zahlia?” Tanya Datuk Tuan Sharriff kepada setiausahanya itu.
“Ada orang nak jumpa Datuk,” kata Zahlia. Datuk Tuan Sharriff diam. Berfikir.
“Lelaki ke perempuan?
“Perempuan Datuk,” kata setiausahanya lagi.
“Tak apalah. Suruh ajelah dia masuk.”
“Baiklah Datuk.” Selepas beberapa minit, kedengaran pintu bilik Datuk Tuan Sharriff diketuk dari luar.
“Masuk.” Kedengaran suara Datuk Tuan Sharriff dari dalam.
Seorang perempuan masuk dan menghampiri Datuk Sharriff dan terus menjalarkan tangannya di bahu lelaki itu. Datuk Sharriff yang sedang membuat kerja menoleh ke arah datangnya suara itu. Dia ternampak Sharifah sedang duduk di  sofa. Dengan  pantas, dia terus berjalan ke sofa dan menghadiahkan sebuah senyuman untuk wanita itu..
“Kenapa datang sayang, emm? Kalau tiba-tiba bini abang datang, macam mana?” Kata Datuk Tuan Sharriff sambil mengelus tangan Sharifah yang halus mulus. Tanpa disedari, Datin Rosmah sudah menyaksikan kelakuannya selama lima minit. Tiba-tiba, dia terasa seram sejuk. Lalu dia menoleh ke arah pintu. Darahnya berderau apabila muka Datin Rosmah muncul di muka pintu.
“Ini kerja abang ya? Gatal! Umur dah 50 lebih pun nak menggatal lagi!” perlahan saja suaranya tapi penuh kemarahan. Datin Rosmah mengambil pasu kaca di atas meja dan membaling ke arah Sharifah. Tanpa disedari, Datuk Tuan Sharriff pantas menampar isterirnya. Kedua-duanya tergamam.
“Abang tak payah tidur dengan Mah malam ni!” tanpa mempedulikan suaminya yang terpinga-pinga, Datin Rosmah terus meluru keluar bersama deraian air mata.
“YA ALLAH, apa yang aku dah lakukan pada isteriku?


NAZA HOTEL,
MELAKA

“MACAM mana dengan perniagaan Abang Amir? Semuanya lancar?” soal Amirah setelah mereka memesan makanan dan minuman.     
“Semuanya okey. Cuma selalunya susah sikit nak cari kontraktor untuk projek-projek syarikat abang.” Jelas Fairuz.
Amirah menganggukkan kepala. Mereka diam kembali. Tak tahu topik apa yang mahu dibualkan.
“Iqa, sebelum dengan Abang amir, Ami pernah bercinta tak?” soal Fairuz. Amirah memandang dua pupunya itu.
“Maksud Abang Amir?” soal Amirah.
“Maksud abang… sebelum Iqa bercinta dengan abang sekarang ni, ada tak Iqa bercinta dengan  orang lain?” terang Fairuz.
“Kita bercinta? Bila?” apa bendalah jantan ni mengarut. Entah bila masa aku bercinta dengan dia. Katanya dalam hati. Tapi jauh di sudut hati, dia memang menyayangi lelaki di hadapannya itu.
“Sekarang.” Jawab Fairuz selamba. Amirah mencebik. Mulalah nak melalut tu! Fairuz tersenyum melihat ulah Amirah.
“Memang Iqa pernah bercinta tapi cinta monyet masa zaman sekolah menengah dulu.” Amirah memulakan ceritanya.
“Mesti masa tu Iqa laku macam goreng pisang, kan?” duga Fairuz. Amirah mengangguk.
“Memang. Sampaikan ada sorang cikgu tu betul-betul gila habis kat Iqa.” Amirah makin seronok bercerita.
“Mesti Iqa susah nak pilih kan? Abang Amir masa sekolah pun macam tu jugak. Bila sekolah abang jadi tuan rumah, ramai yang datang. Ada jugak yang tak segan-silu mintak nombor telefon abang dan tawarkan pada abang untuk jadi couple mereka. Buaya mana boleh lepaskan mangsa. Abang pun apalagi, terimalah tawaran mereka.” Fairuz tersenyum bangga. Amirah hanya tergelak perlahan. Tiada rasa cemburu dalam dirinya.
“Along kata, Abang Amir pernah bercinta masa di universiti. Ceritalah tentang cinta Abang Amir tu.” Pinta Amirah. Fairuz merenungnya. Amirah ditimpa rasa bersalah. Renungan Fairuz yang terlalu tajam bagai mata lembing tanpa berkelip membuatkan Amirah resah dalam duduknya. Dia serba tidak kena. Kerap kali dia mengalihkan pandangan matanya ke tempat lain. Apabila dia memandang Fairuz, lelaki itu masih merenungnya. Dia terasa malu. Jahatnya mata dia! Bisik hati Amirah.
“Kenapa tenung Iqa macam tu?” soal Amirah, takut-takut. Fairuz tiba-tiba tersenyum. Dia menggelengkan kepalanya.
“Takde apa-apalah.” Fairuz meramas-ramas tanggany yang mula berpeluh. Dia melepaskan segumpal nafas yang terlalu berat.


“HEI, Sham. Kau tak mahu cari awek ke? Takkan kau nak ikut kita orang? Nanti setiap hari kita orang rehat dengan awek sendiri.” Kata Firdauz, sepupu Fairuz yang sebaya dengannya.
“Nak buat apa? Bukannya aku tak boleh belajar kat sini kalau aku tak ada makwe,” Fairuz tetap membantah.
“Nak buat apa konon. Geli aku mendengarnya. Kau tu kalau dah dapat makwe, tak agak-agak. Nanti karang terus lupa pasal pelajaran.” Azwan berseloroh. Fairuz hanya memandang Azwan dengan geram.
“Hisham, aku nak tanya kau ni,” kata Sharraffuddin. Fairuz tidak  memberikan sebarang reaksi tetapi bersedia menunggu soalan itu.
“Kau tunggu Fatimah ke?” Soalan itu membuatkan hati Fairuz membara. Dia memandang sekilas ke arah Sharraffuddin dan tunduk ke bawah.
“Aku tewas dengan Shukor. Dialah punca hubungan aku dengan Fatimah retak. Kau orang tau kan macam mana dia seksa hati aku. Masa aku terlantar di hospital dulu, dia sedap-sedap aje bawa ex-fiancee aku pergi jalan-jalan.” Fairuz bercerita dengan nada yang geram dan sayu. Rakan-rakannya mendengar dengan penuh kusyuk seperti di dalam sembahyang.
I’m sorry, Sham.” Kata Sharraffuddin, seolah-olah pertanyaannya itu bagai menghiris hati Fairuz. Fairuz mengangkat tangan, menyatakan dalam bahasa isyarat yang Sharraffuddin tidak bersalah. Tiba-tiba, seorang pelajar lelaki menghampiri mereka.
“Abang Azwan, pensyarah nak jumpa.” Kata budak tersebut kepada Azwan.
“Pensyarah yang mana?” soal Azwan.
“Encik Ahmad Faris.” Jawab pelajar lelaki itu. Azwan mengikut pelajar lelaki itu menuju ke pejabat pensyarah mereka. Yang lain hanya menyaksikan langkah Azwan.
“Hei, aku nak beritahu kau orang sesuatu,” kata Fairuz meleraikan segala kesedihan yang melingkari dalam dirinya tadi.
“Aku ada berkenan dengan sorang budak tu.” Fairuz memberitahu isi hatinya.
“Tadi kata tak payah ada makwe. Sekarang, dah berkenan pulak. Kau ni, cakap tak serupa bikin!” Firdauz menyindir sambil menjeling Fairuz.
“Kau janganlah sindir aku.
“Siapa ‘kekasih’ kau tu?”Tanya Tajuddin.
“Kau perasan tak budak perempuan yang sama course dengan kita tu?” Fairuz memberi klu.
“Siapa ya?” Sharraffuddin mengajukan soalan itu untuk diri sendiri.
“Nazirah ya?” Tanya Tajuddin kepada Fairuz. Dia berharap agar jawapannya itu betul. Fairuz hanya mengangguk sambil tersenyum.
“Ceh, tak agak-agak.” Firdauz bergurau. Ketika dia menoleh ke kiri, dia ternampak Nazirah dan rakan-rakannya berjalan menghampirinya.
“Sham,tu, awek kau,” kata Firdauz.
“Mana?”
“Dia nak dekatlah Sham.” Kata Tajuddin sambil memerhatikan lagi sekumpulan rakan-rakan itu.
“Kau dah beritahu dia ke belum?”  Tanya Sharraffuddin. Fairuz hanya menggeleng lemah.
“Dah tu, apa tunggu lagi? Pergilah.” Kata Tajuddin.
“Malulah.” Balas Fairuz.
“Pergilah. Kata Champion of Playboy.” Kata Firdauz. Dia dan rakan-rakannya menarik tangan Fairuz untuk berdiri dan menolaknya menghampiri Nazirah. Fairuz hampir-hampir terlanggar Nazirah yang  sedang berbual-bual dengan rakannya.
“Kenapa ni?” Tanya Nazirah kerana terperanjat kerana ‘buah hati’nya tiba-tiba berada di situ.
“Saya, sebenarnya.. seb…sebenarnya.. a…ada hati pada awak,” kata Fairuz dengan menggunakan segala kekuatan yang ada. Nazirah bagaikan tidak berpijak di atas bumi nyata, tidak percaya dengan kata-kata lelaki di hadapannya itu.

MEREKA berjalan-jalan di sekitar kawasan universiti. Ketika Fairuz meluahkan perasannya tadi, Nazirah juga turut mengakui yang dia juga mengalami perasaan yang sama. Nyatalah bahawa Fairuz dan Nazirah selama ini tidak bertepuk sebelah sebelah tangan.


“TAPI, cinta abang tak lama. Kami akhirnya berpisah walaupun pernah berjanji tak akan berpisah.” Fairuz memberitahu Amirah.
“Kenapa berpisah?’ soal Amirah. Fairuz menghela nafas panjang.
“Sebab… sebab… kami dah… ” Fairuz berhenti seketika. Sukar untuk dia menceritakan pengalaman pahit yang dialaminya ketika itu. Air mata jantannya hampir menitis tapi dia bertahan. Amirah dapat melihat reaksi lelaki itu ketika dia meminta penjelasan dari Fairuz.
“Takpelah. Ami tak mahu paksa kalau Abang Amir tak mahu cerita. Lagipun, Ami takde hak untuk paksa, kan?” ujar Amirah. Fairuz menggeleng.
“Takpelah. Abang akan ceritakan jugak. Lagipun abang rasa, inilah masa yang terbaik untuk abang luahkan perasaan yang lama abang pendamkan.” Amirah terkesima mendengar kata-kata itu. Mesti sesuatu yang tragis telah berlaku. Kalau tak, masakan dia berkata begitu? Hatinya berbisik.


“IR, selamat hari jadi.” Ucap Nazirah kepada Fairuz ketika dia berada di perpustakaan untuk membuat rujukan. Terkejut juga Fairuz. Nasib baiklah sakitnya tidak datang. Jika tidak, di situ juga dia pengsan.
“Mana Irah tahu yang hari ni hari jadi Ir?” soal Fairuz ketika mengambil hadiah yang dihulurkan oleh Nazirah. Nazirah tersenyum. “Kan Shah pernah bagi tahu?” Nazirah meningatkan Fairuz. Lelaki itu terkulat-kulat seketika.
“Boleh kalau Irah raikan Ir?” pinta Nazirah. Fairuz mengangguk.
“Tengah hari nanti, kita makan di restoran yang dekat-dekat sini, nak? Irah dah tempahkan untuk kita berdua.” Tambah Nazirah. Fairuz hanya mengangguk.
Ketika waktu rehat, Nazirah membawa Fairuz ke sebuah restoran yang terletak di Bandar Baru Bangi.
“Ir, sedap tak makanan kat restoran ni?” soal Nazirah.
“Sedap. Ir tak pernah rasa makanan yang terlalu sedap seperti di restoran ni. Lain kali, kita makan kat sini lagi, boleh?” pinta Fairuz. Nazirah hanya mengangguk.
“Waktu pun dah nak habis. Jom kita balik.” Ajak Fairuz setelah meneguk air minumannya yang terakhir. Mereka mendapatkan kereta Wira Nazirah. Fairuz menawarkan diri untuk memandu. Pada mulanya kelihatan Nazirah agak keberatan untuk membenarkannya namun setelah didesak beberapa kali, barulah dia membenarkannya.
Ketika di dalam kereta, mereka rancak berbual. Tiba di satu simpang, Fairuz berhenti seketika sebelum membelokkan keretanya ke kanan setelah melihat tiada kenderaan dari arah bertentangan. Tanpa disedari, sebuah kereta dari arah yang bertentangan berlari laju dan terus melanggar kereta Wira milik Nazirah. Akibatnya, pintu kiri bahagian depan kemek dan Nazirah pengsan. Fairuz jadi panik. Dengan segera, dia mencapai telefon bimbit dan menelefon ambulans. Kemudian dia sempat menelefon Firdauz tetapi tidak sempat menceritakan apa yang berlaku. Tiba-tiba, pandangan matanya jadi gelap.


FAIRUZ dan Nazirah segera dikejarkan ke hospital berdekatan. Mereka sama-sama dimasukkan ke wad ICU. Ketika inilah Firdauz, Azwan Tajuddin dan Sharraffuddin datang untuk melihat sendiri keadaan Fairuz. Dua jam telah berlalu namun tiada tanda-tanda para doktor akan keluar dari bilik pembedahan. Ketika jam di tangan menunjukkan pukul 5.30 petang, akhirnya seorang doktor pakar telah keluar dari bilik tersebut. Mereka bergegas berdiri dan mendapatkan doktor tersebut.
“Doktor, bagaimana keadaan mereka berdua?” soal Azwan. Doktor tersebut memandang mereka berempat.
“Yang lelaki, keadaannya okey cuma dia perlu berehat dengan secukupnya sebab kemalangan tu memeranjatakan dia. Tapi yang perempuan agak tenat. Dia perlu banyak berehat.” Jelas doktor itu. Mereka menganggukkan kepala tanda faham.
Esoknya, mereka berempat sekali lagi melawat Nazirah dan Fairuz. Fairuz sedang makan ubat ketika mereka tiba.
“Macam mana keadaan kau?” soal Tajuddin sambil duduk di kerusi.
“Aku okey. Cuma masa kemalangan tu, aku terkejut sikit. Eh, Nazirah apa khabar?” soal Fairuz. Semuanya diam.
“Doktor kata dia okey. Cuma kena banyak berehat.” Jawab Azwan.
“Aku nak jumpa dia. Boleh tak?” pinta Fairuz. Semuanya diam. Seorang jururawat masuk.
Nurse, boleh saya jumpa dengan kawan saya?” pinta Fairuz pada jururawat itu pula. Jururawat itu mengangguk. Rakan-rakannya membantu Fairuz untuk bangun dan duduk di kerusi roda. Tajuddin menolak kerusi roda itu menuju ke wad ICU yang menempatkan Nazirah sampai di muka pintu, Fairuz berkata sesuatu kepada Tajuddin.
“Din, kau tunggu di luar kejap. Aku nak jumpa Nazirah secara peribadi.” Pinta Fairuz. Tajuddin mengangguk. Dia meninggalkan Fairuz di muka pintu. Faruz pula menolak kerusi roda itu dengan tangannya sendiri. Dari jauh, kelihatan Nazirah sedang memerhatikannya sambil tersenyum.
“Irah apa khabar?” sapa Fairuz. Nazirah mengangguk. “Baik.” Jawabnya ringkas.
“Ir pulak, macam mana?” soal Nazirah pula.
“Macam Irah, Shah okey. Cuma kena banyak berehat.” Jawab Fairuz. Mereka berdua berbual panjang. Di penghujung perbualan mereka, Nazirah ada wasiat untuk Fairuz. Fairuz terkejut sedikit mendengar wasiat tersebut. Tiba-tiba Nazirah ingin menceritakan tentang satu rahsianya. Tapi apakan daya, baru dia memulakan ceritanya, malaikat Izrail telah jemputnya. Dari ALLAH kita datang, kepada ALLAH jugalah kita kembali. Fairuz meraung sekuat hati. Seorang jururawat yang kebetulan ingin memberi Nazirah ubat masuk ke bilik itu. Fairuz menoleh ke arah jururawat tersebut.
“Tak payah bagi ubat. Dia dah meninggal dunia.” Tanpa dipinta, Fairuz memberitahu mereka dengan tenang. Terlepas ubat-ubat dalam pegangan jururawat itu tapi jururawat tersebut tidak mudah melatah. Dia sudah biasa dengan keadaan yang sebegini.
Sejak Nazirah meninggal dunia, keadaan Fairuz makin tidak terurus. Rambutnya kusut. Jambang liar tumbuh mengotori mukanya. Baju yang dipakainya renyuk. Tidak seperti dulu yang sentiasa kelihatan licin. Matanya cekung ke dalam. Sesiapa yang melihatnya tentu tidak menyangka bahawa dia adalah Fairuz, seorang lelaki jurusan pengurusan perniagaan yang selalu mendapat jolokan sebagai lelaki Kasanova. Lelaki yang pandai menggoda wanita. Pada ketika itu, ramai yang menyalahkan Prof. Datin Rosmah kerana tidak pandai menguruskan anak sendiri.


KAMPUNG HANG TUAH,
MELAKA

“MAH, abang minta maaf. Abang tak sengaja tampar Mah, okey sayang,” Datuk Tuan Sharriff cuba memujuk isterinya.
“Hmm…minta maaf konon. Sudahlah bang. Awak ni mengikut resmi keladi. Makin tua makin gatal!” Kata-kata Datin Rosmah bagai menikam jiwanya.
“Tapi Mah, abang…..” kata-katanya dipintas oleh isterinmya.
“Sudah, Mah tak mahu dengar apa-apa lagi.”
“Abang tak sengaja, maafkan abang ye Mah. Takkanlah Mah nak abang tidur kat mana-mana aje? Mah tak kesiankan abang ke? Nanti anak-anak kita tengok, apa kata mereka?” Datuk Tuan Sharriff masih merayu pada isterinya. Datin Rosmah masih keras hati.
“Mah tak peduli malam ni abang nak tidur mana pun. Apa anak-anak nak kata, katalah. Pokoknya, Mah tak mahu abang tidur dengan Mah malam ni. Abang nak ambil bantal ke, selimut ke, cepat. Mah dah nak kunci pintu.” Suara Datin Rosmah tetap tegas namun tidak tinggi. Dia tidak mahu menjadi isteri yang derhaka.
Datuk Tuan Sharriff membawa bantal dan selimut masuk ke bilik solat yang terletak di sebelah bilik tetamu.
Macam mana aku nak berterus-terang kalau dia marah-marah aku macam tadi? Persoalan yang mengetuk ruang fikiran Datuk Tuan Sharriff akhirnya lenyap apabila dia mula tidur.

No comments:

Post a Comment