REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

Monday 9 April 2012

CSU 29

CINTA SEORANG USTAZ 29


MIDSOMER NORTON

PAGI yang indah. Mereka bersarapan dengan penuh berselera. Setelah Iskandar membacakan doa, mereka mula menjamu selera.
Mohd Lazim, Mak Munah dan Laila mengerutkan dahi.
“Apa ni?” spontan, soalan itu terkeluar dari mulut Laila.
“Sayang, inilah sarapan orang putih. Diorang bukannya makan mi goreng, bihun goreng, nasi goreng, capati, roti canai, nasi lemak macam kita untuk sarapan. Sarapan mereka ringkas saja.”
Datuk Alexander tergelak perlahan dengan reaksi yang ditunjukkan oleh keluarga Laila itu.
“Kami orang Inggeris, hanya bersarapan yang ringkas-ringkas saja. Kami tak makan berat-berat sebagai sarapan.” Ujar Datuk Alexander.
Mak Munah sekali lagi memandang pinggan tersebut.Sosej ayam, tomato, kacang bakar, cendawan, kentang, roti goreng,
Setelah bersarapan, Laila dan Mak Munah membantu Datin Aminah dan Natasha mengemas meja dan membasuh pinggan mangkuk yang kotor. Sementara Iskandar, Datuk Alexander dan Mohd Lazim sudah duduk di sofa lembut. Iskandar mengambil akbar Western Mercury. Dia membeleknya dari muka hadapan sehinggalah ke belakang.
“Apa aktiviti kita hari ni?” soal Natasha kepada abangnya. Iskandar tersenyum kecil.
“Tadi abang ada telefon Darren, suruh dia datang pukul 10 nanti. Kejap lagi, kita jalan-jalan di sekitar kawasan sini.” Ujarnya.
“Nak jalan-jalan di mana?” soal mummynya.
“Mula-mula, kita ke Radstock Museum. Lepas tu, kita ke Somerset & Dorset Railway Heritage Trust. Lepas tu, adalah tempat-tempat menarik yang Is dan Darren sudah rancangkan.” Jawabnya. Mereka mengangguk setuju.

“DONE?” soal Darren setelah duduk di sebelah Iskandar. Mereka mengangguk.
“Darren, do you want to eat something?” soal Simon Brown dari dapur. Cucu saudaranya itu hanya tersengih.
“Sure.” Jawab Darren dengan ringkas. Simon meletakkan semangkuk buah-buahan di atas meja untuk dimakan oleh semua orang, terutamanya Darren.
Darren mengambil segugus anggur lalu dipetik satu persatu dan dimasukkan ke dalam mulutnya.
Iskandar menggeleng.
“Hisy… tak senonoh betul anak mat saleh sorang ni.” Bebelnya sambil menggelengkan kepala. Darren hanya tersengih. Dia tahu, Iskandar membebel tentangnya.
Simon Brown mengiringi mereka hingga ke muka pintu. Datuk Alexander sempat mencium ayahnya sebelum menaiki van.
“So, where we want to go first?” soal Darren. Iskandar berfikir seketika.
“Emmm… firstly, we go to the Wells and Mendip Museum. Then, Frome Museum.After that, Radstock Museum. And lastly, Somerset and Dorset Railway Heritage.” Jawab Iskandar setelah berfikir dalam-dalam. Dia tidak mahu Darren berpusing-pusing ke sana sini. Lebih elok jika diaturkan semuanya secara tersusun.
Darren membelok ke kiri setelah keluar dari rumah datuk saudaranya.Tiba di roundabout tiga simpang, dia menghala ke kanan, keluar ke Jalan Northmead Road.
Di belakang, Datin Aminah dan Mak Munah bercerita macam-mcam tentang kecantikan kawasan Midsomer Norton.
“Cantik-cantik rumah diorang kan? Bersih pulak tu.” Puji Mak Munah. Datin Aminah mengangguk.
“Betul tu Kak Munah. Bertambah cantik bila salji turun. Tapi cantik lagi negara kita, betul tak?” ujar Datin Aminah. Mak Munah mengangguk setuju.
“Rumah mereka ni, kadang-kadang bila tengok dari luar, macam kecil. Tapi bila dah masuk, bukan main besar lagi. “ tambah Datin Aminah.
“Akak suka tengok rumah yang dibuat dari batu-bata. Cantik. Nampak semula jadi. Tak adalah tiap-tiap tahun, nak kena beli cat saja.” Salji yang turun menyebabkan berlaku sedikit kesesakan jalan.
Laila sempat mengambil gambar di luar ketika van yang dinaiki berhenti seketika. Sekali-sekala, dia menarik-narik baju sejuknya agar tidak terasa terlalu sejuk.
Iskandar menoleh ke belakang seketika. “Laila sejuk ke? Mari, Abang Is pelukkan, nak?” Iskandar menyakatnya. Laila mendengus marah.
“Eei, tak malu! Kita belum ada ikatan yang sah! Apa… awak dah tak ingat ke dosa pahala?” Laila menyindirnya. Iskandar ketawa kecil.
“Alah, gurau-gurau pun tak boleh. Abang ingat hukum-hakam ALLAH. Ingat abang ni terlalu desperate sangat ke dengan semua tu?” Iskandar mempertahankan dirinya. Laila hanya menggelengkan kepala. Malas mahu melayan kerenah bekas guru kelasnya, dia menoleh ke kiri. Melihat salji yang turun lebih aman rasanya dari melayan Ustaz Iskandar yang mula merepak yang bukan-bukan.
Tiba di roundabout, Darren memusingkan stereng ke kiri menuju ke Ticket Mead. Sambil meneruskan perjalanan, dia mendengar siaran radio.
Di bahagian belakang, mereka semua rancak berbual. Laila lebih suka tidur-tidur ayam. Sesekali, Iskandar mengusik tidurnya. Lelaki itu membaling ular getah padanya namun dia tidak sedar. Dia tersedar ketika merasakan cuaca terlalu sejuk. Ketika dia ingin memeluk tubuhnya sendiri, dia ternampak ular getah di atas ribanya.
“Arghhhhhhhhh!” Laila menjerit sambil memeluk Natasha di sebelahnya.
“Kenapa Laila?” soal Natasha. Laila menunjukkan ular getah di atas ribanya. Sekilas, Natasha memandang abangnya di hadapan. Dari gerakan tubuh lelaki itu, Natasha tahu bahawa abangnya sudah tergelak sakan.
“Kenapa tu?” soal Datin Aminah dan Mak Munah.
“Mummy tengoklah anak manja mummy kat depan tu! Dia baling ular getah pada Laila. Mahu tak terkejut orang tu!” jawab Natasha. Datin Aminah menggeleng-geleng.
“Alah, Is saja nak bergurau dengan bakal isteri Is. Takkan itupun tak boleh?” Iskandar mempertahankan dirinya. Tawanya masih bersisa.
“Bukan tak boleh. Tapi, manalah tahu kalau-kalau si Laila ni mati akibat terlampau terkejut? Putih mata kamu nanti!” Datuk Alexander menegur anak ketiganya. Semua menggelakkan Iskandar.
“Kalau dia mati, Is carilah yang lain. Apa susah? Berlambak perempuan kat dunia ni. Yang seksi, tak seksi, semua ada!” kata-kata Iskandar membuatkan Laila sakit hati, dengan geram, dia membaling ular getah itu kepada Iskandar semula.
“Marah ek?” solanya sambil menoleh ke belakang. Malas mahu melayan Iskandar, Laila berpura-pura tidur.
Suasana kembali sepi. Masing-masing mula mengembara di alam mimpi.

AKHIRNYA, mereka tiba di Wells and Mendip Museum. Darren memarkir van ditempat yang telah disediakan. Mereka keluar dari van.
Datuk Alexander menghulurkan beberapa helai duit Pound Sterling kepada Darren untuk membeli tiket.
Sementara menunggu Darren, mereka berdiri di tepi pintu masuk utama. Tidak lama kemudian, Darren menghampiri mereka dan menghulurkan tiket seorang sekeping untuk masuk ke dalam muzium.
“Ini muzium apa?” soal Mohd. Lazim setelah masuk. Laila dan Mak Munah memandang sekeliling muzium itu.
“Baiklah. Saya akan ceritakan serba-sedikit tentang muzium ni. Wells and Mendip Museum ini sebenarnya ditubuhkan oleh Herbert E. Balch. Herbert E. Balch sebenarnya adalah seorang ahli arkeologi,ahli alamiah, dan ahli geologi yang meneroka Mendip Hills. Sebuah jalan di bandaraya Wells, iaitu Jalan Balch diletakkan namanya kerana kejayaan beliau dalm bidang arkeologi.” Terang Datuk Aexander.
“Patutlah banyak tengkorak di sini.’ Ujar Laila pula. Mereka ketawa perlahan.
Mereka melihat bangunan muzium tersebut dengan kagum.
Dahulunya, muzium ini adalah Dewan Chancellors. Ia masih mengekalkan asal-usul senibina pada abad ke -15. Namun, kebanyakan daripada fabrik semasa bangunan ialah dari abad ke – 17 dan 18.
             “Kita ke Balch Room dulu. Kemudian, Geology Room,  The Sampler Room, dan akhir sekali… The Library.” Iskandar mengaturkan. Mereka setuju saja.
Tiba di Balch Room, tidak ramai pengunjung di situ. Balch Room menempatkan koleksi artifak, yang secara pukalnya di sekitar Mendip.
Antara koleksi tersebut termasuklah tengkorak beruang perang yang dijumpai di Wookey Hole, sejumlah besar alat-alat pada zaman batu, dan koleksi artifak-artifak menarik pada Zaman Besi yang ditemui oleh Balch ketika bertahun-tahun dia membuat kerja-kerja pengorekan gua di sekitar kawasan Wookey Hole.
15 minit menghabiskan masa di The Balch Room, mereka bergerak ke Geology Room pula.
The Geology Room menempatkan koleksi-koleksi penting seperti mineral dan fosil-fosil yang kebanyakannya mula dijumpai di kawasan Mendip. Turut dipamerkan di sini adalah paku pakis dari Carboniferous, ikan dari Jura, dan mutiara gua dari Mendip.
Mereka tidak lama di situ. Mereka bergerak ke The Sampler Room. Mereka berkeliaran di situ. Tidak ramai orang yang mengunjungi muzium tersebut hari ini. Oleh itu, bilik tersebut tidaklah terlau sesak.
Sepertimana koleksi-koleksi geologikal dan arkeologikal, bilik ini menempatkan banyak artifak sosial. Ini termasuklah beberapa contoh sulaman pada pertengahan tahun kurun kelapan belas yang dipamerkan di dalam Eveleen Perkins Sampler Room.
Akhir sekali, mereka ke perpustakaan. Perpustakaan ini menempatkan koleksi buku, kertas dan prosiding kepentingan negara. Dan ia adalah stor pengetahuan yang paling bernilai.
“Kita nak ke mana pulak ni?” soal Datin Aminah setelah keluar dari muzium tersebut.
“Kita ke… Frome Museum.” Jawab Datuk Alexander.

AKHIRNYA, mereka tiba di Muzium Frome. Turun dari van, mereka terkaku sektika. Bangunan yang bercirikan rekabentuk Itali itu dipandang dari bawah. Bangunannya tidak terlau lebar tetapi memanjang.
Tanpa berlengah, mereka segera masuk.
“Biar saya terangkan serba sedikit tentang muzium ni. Muzium ini menempatkan koleksi sejarah tempatan dan koleksi terpenting dari pengasas gangsa, J.W Singer. Untuk pengetahuan lebih lanjut, mari kita ke bi?” Tanya lik pameran.” Ajak Iskandar. Semua mengikut.
Di dalam muzium ni terdapat dua bilik pameran. Satu perpustakaan dan satu lagi adalah bilik yang menempatkan artifak-artifak perindutrian tempatan, peta-peta dan gambar-gambar.
Mereka bergerak ke bilik pameran yang menempatkan segala macam jenis artifak. “Ini adalah bilik pamerana yang saya katakan tadi.” Tambah Iskandar. Mereka mengelilingi bilik tersebut. Di satu sudut, terdapat pameran tantang kerja-kerja percetakan Butler dan Tanner termasuk akhbar percetakan lama. Di sudut lain, terdapat gambar-gambar, gambarajah-gambarajah, rancangan-rancangan dan alat-alat dari ironworks of Mells James Fussell.
“J.W. Singer menubuhkan syarikat yang bernama Messrs J.W. Singer & Son Ltd. Syarikatnya membuat loyang menghias untuk gereja-gereja tempatan. “ sampuk Datuk Alexander. Yang lain mengangguk faham.
Mereka akhirya keluar dari Frome Museum dalam keadaan keletihan. Laila menguk air mineral yang dibeli oleh Iskandar untuk semua orang ketika Darren mengisi minyak van tadi.
“Nak makan dulu ke… atau habiskan jalan dulu?” soal Iskandar, ingin meminta persetujuan semua. Datuk Alexander merenung seketika jam tangannya.
“Sekarang sudah 12.30. Kalau kat Malaysia, perut dah buat konsert ni! Kita makan dululah. Lepas tu kita sambung semula.” Datuk Alexander memutuskan. Yang lain mengangguk setuju.

“SEDAPNYA spaghetti kat sini.” Laila bersuara. 
“Tapi halal tak?” soal Mak Munah. Iskandar dan Mohd. Lazim sudah tergelak terbahak-bahak.
“Awak dah mencekik setengah pinggan, baru nak  tanya halal ke tak.” Mohd. Lazim menyindir isterinya sendiri.
“Ayah!” Laila menegur ayahnya namun lelaki itu buat tidak tahu saja.
“Makcik, kalau masakan kat kedai ni tak halal, saya takkan bawa semua ke sini.” Jawab Iskandar. Terkelip-kelip mata Mak Munah mendengar penjelasan ustaz muda itu.
“Betul juga, kan.” Mak Munah mengaku.
“Lagipun kak, tauke kedai ni sebenarnya orang Islam. Orang Itali. Jangan risaulah. Makanan di sini memang hala belaka.” Sampuk Datin Aminah pula, semata-mata untk meyakinkan teman lamanya itu.
“Macam mana? Seronok jalan-jalan tadi?” soal Datuk Alexander kepada Laila. Hamba ALLAH yang berusia 17 tahun itu mengangguk.
“Dapat juga saya lihat alam semulajadi ciptaan ALLAH SWT.” Jawab Laila ringkas. Mereka mengangguk-anggukkan kepala.
“Jadi, boleh ingatlah semua fakta-fakta yang ada dalam muzium tadi?” Tanya Datuk Alexander lagi.
Laila berfikir seketika. “Bolehlah.” Iskandar tersengih. Tiba-tiba dia mendapat idea.
“Siapa yang menubuhkan Muzium Wells dan Mendip?” soal Iskandar. Dia sengaja ingin mengenakan Laila. Laila menjeling geram ke arahnya.
“Entah apa-apa Abang Is ni. Tanya soalan macam tu pulak!” Natasha menempelak abangnya.
Iskandar menjeling adiknya yang sedang meneguk sedikit air mineral.
“Eh… abang punya bakal isteri. Abang punya sukalah!” Iskandar membela diri. Datuk Alexander dan Datin Aminah sudah menggeleng-gelengkan kepala.
“Entah siapa nak kahwin dengan dia agaknya!” Laila terus membebel sebelum menyuap sesudu spaghetti. Mohd Lazim dan Mak Munah hanya tersengih-sengih.
“Habis tu, kau nak kahwin dengan siapa?” soal Iskandar, dengan nada yang sengaja dikasarkan sedikit.
“Mark Feehily! Kenapa? Cemburu?” Iskandar dan Darren terus melambakkan tawa mereka setelah Laila menyebut nama anggota kumpulan Westlife itu.
“Kau kahwinlah dengan dia! Biasanya kalau suami curang, diorang ada perempuan simpanan. Tapi, jangan terkejut pulak nanti kalau kau kahwin dengan Mark, dia ada pakwe simpanan!” Iskandar terus menyakat teman wanitanya. Mereka yang mendengar, terus tergelak-gelak perlahan.
“Kenapa pulak?” soal Mohd Lazim.
“Orang zaman sekarang, Encik Lazim. Pasnagan bercinta sepatutnya lelaki-perempuan. Ni tak… lelaki-lelaki.” Jelas Datuk Alexander. Mak Munah dan suaminya mengerutkan muka.
“Kenapa pula macam tu jadinya?” Tanya Mak Munah pula.
Datuk Alexander melepaskan nafas berat. “Itulah yang dinamakan kebebasan oleh barat, Kak Munah. Pada orang-orang Barat, jika sesiapa di antara mereka yang menentang kebebasan seperti ini, mereka akan dianggap kolot dan tidak menghormati hak asasi orang lain walaupun mereka tahu bahawa perkara itu jauh bertentangan dengan fitrah manusia.”
“Macam tu pulak.” Mohd. Lazim memberi reaksi.
“Saya ni pun orang Barat juga. Darren pun orang Barat juga. Tapi, kami tak pernah menyokong hubungan songsang sesama jantina ni!” tambah Datuk Alexander.
“Masih ada orang Barat yang berfikiran normal, tidak terlalu terikut-ikut dengan budaya-budaya songsang pada masa kini.” Ujar Darren, yang kini sudah fasih berbahasa Melayu.
“Si Mark Westlife tu… harap muka saja hensem tapi hampeh! Gay rupanya! Sama saja macam anggota kumpulan Boyzone yang dah mati tu… Stephen Gately. Muka bukan main hensem. Tapi… siap ada pakwe! Macam mana perasaan mereka boleh jatuh cinta sesama lelaki? Tak faham betul!” jelas Iskandar. Mereka menghabiskan makanan dan minuman masing-masing. Tidak lama kemudian, Iskandar harga makanan di kaunter dan mereka keluar dari kedai tersebut untuk menyambung semula perjalanan tadi.

SETNGAH jam perjalanan, akhirnya mereka tiba di Radstock Museum. Darren memarkir van di tempat yang bersesuaian. Mereka keluar dengan perasaan yang sungguh luar biasa.
Pada bahagian hadapan muzium, tersergam indah replika roda melombong arang batu. Mereka menapak perlahan untuk masuk ke dalam muzium kerana leka memerhatikan replika roda tersebut. Iskandar yang berjalan di hadapan Laila tiba-tiba berhenti dan menyebabkan Laila terlanggarnya.
“Ni kenapa pulak kaki tu tiba-tiba gatal nak berhwnti? Kan orang tengah jalan ni!” marah Laila. Mereka yang mendengar buaran marah Laila turut berhenti.
Iskandar memerhatikannya sambil tersengih. “Abang Is ada terfikir. Apa kata kita ambil gambar di replika tu?” Iskandar memerikan cadangan. Mak Munah dan Mohd. Lazim sudah tersengih-sengih.
“Pergilah Laila. Nanti kempunan bakal suami awak tu tak ada gambar kenangan dengan awak kat sini!” selamba ayahnya menuturkan ayat tersebut. Laila menjeling ayahnya. Mak Munah menguis siku suaminya.
“Abang ni! Ada pulak usik anak kita macam tu,” tegurnya dengan suara perlahan. Tanpa memikirkan gelora di hati Laila, Iskandar menyerahkan kameranya kepada Darren untuk merakam detik-detik manis itu.Secara spontan, Darren mengambil curi-curi ketika Iskandar dna Laila sedang bertengkar.
“Cepat Darren. Nanti singa ni naik angin.” Arah Iskandar. Setelah membuat kiraan dari tiga, Darren menekan punat kamera untuk merakam gambar-gambar tersebut. Kemudian,Iskandar mengajak semua sekali untuk bergambar bersama-sama termasuk Darren. Iskandar memilih untuk mengambil gambar dalam kiraan sepuluh saat pada kameranya. Ketika lampu merah masih berkelip-kelip, lekas-lekas dia bersama yang lain untuk bergambar. Setelah bunyi ‘tit’ kedengaran, mereka bersrai. Iskandar menutup semula kameranya. Mereka menapak semula untuk ke dalam muzium.

SECARA ringkasnya, Laila dapat mentafsirkan bahawa Radstock Museum adalah sebuah muzium yang mempamerkan cara hidup dan sumber utama di Somerset utama sejak abad ke 19.
Ini kerana kebanyakan barang-barang yang dipamerkan adalah berkaitan dengan geologi dan lapangan arang Somerset yang sudah lama tidak digunakan. Kawasan lain termasuklah juga dari aspek sejarah tempatan. Ini termasuklah sekolah-sekolah, kedia-kedai dan industri-industri seperti pertanian, kedai-kedai peleburan dan dan  kedai-kedai tukang kayu.
Akhirnya, Iskandar dan Datyuk Alexander mengambil keputusan untuk pulamg sahaja selepas melihat masing-masing mula menguap panjang.
Di dalam perjalanan, suasana di daam van sunyi sepi. Yang kedengaran hanyalah suara DJ dan lagu-lagu yang diputarkan menerusi corong radio. Darren berbual rancak bersama Iskandar. Berbual tentang masa depan, buah hati, kehidupan masing-masing, keadaan sekeliling dan yang paing tidak lekang adalah tentang kerja mereka. Oleh kerana terlalu penat, Iskandar akhirnya meminta diri untuk tidur. Darren hanya membenarkan dengan anggukan kepala saja. hampir sejam perjalanan, akhirnya mereka tiba di rumah Simon Brown.

MEREKA disambut dengan pelbagai lauk-pauk setelah tiba di rumah paderi itu. Datuk Alexander adalah manusia yang paling teruja apabila melihat masakan ayah kesayangannya itu. Sudha lama dia tidak menjamah air tangan ayahnya. Walaupun mereka berlainan agama, namun air tangan orang tuasendiri masih sukar untuk ditandingi orang lain. Dalam erti kata lain, air tangan orang tua kita mempunyai keistimewaan tersendiri.
“Come on. Have a seat.” Jemput Simon. Lekas mereka duduk. Tanpa disedari, Laila duduk di sebelah Iskandar. Dia terlalu asyik memandang hidnagan di atas meja sehingga tidak sedar di sebelah siapa dia duduk. Semua mata memerhatikannya. Mak Munah yang duduk di sebelahnya, perlahan-lahan menggoncangkan dengan perlahan lengan anaknya.
“Kenapa kamu tercengang?” soalnya. Laila baru tersedar. Mendengar tawa di sebelahnya, dia menoleh ke kiri. Alangkah terkejtnya dia apabila melihat Iskandar sudah tersengih-sengih di hadapannya.
“Kenapa Abang Is sibuk duduk sini? Pergilah duduk depan sana!” marahanya namun dengan nada perlahan. Iskandar membulatkan biji matanya.
“Laila… dengar sini baik-b aik! Abang yang duduk sini dulu tahu! Punyalah asyik awak pandang makanan kat atas meja sampai awak tak sedar awak duduk sebelah siapa! Jadi, jangan nak salahkan abang seratus peratus.” Iskandar mempertahankan dirinya.
Laila terdiam mendengar kata-kata bekas guru kelasnya. Alamak… kalau macam tu, akulah yang… Hisy, malunya! Jerit hatinya.
“So, can we start now?” soal Simon. Datuk Alexander mengangguk laju. Dia sudah tidak sabar untuk merasai air tangan dari ayahnya sendiri.
Iskandar membaca doa makan. Laila, Mak Munah, Mohd Lazim, Datuk Alexander dan Datin Aminah mengaminkan dengan penuh kesyukuran setelah ustaz muda itu habis membaca doa. Tiba giliran Simon dan Darren membaca doa mengikut agama mereka pula. Setelah Simon dan Darren habis berdoa, mereka mula makan bersama-sama.
Yorkshire Pudding, Roast lamb, Bangers and Mash, Toad in the Hole, Coslow dan akhir sekali sup cendawan memang membuka selera mereka.
“Are you cook all of this, dad?” soa Datuk Alexander dengan teruja. Sudah lama benar dia tidak merasai air tangan ayahnya.
“Yes. I miss to cook for you, Alex.” Ujar Simon. Datuk Alexander terharu. Dia bangun dan meluru ke arah daddynya. Dengan air mata yang mula berlinangan, dia memeluk daddynya. Simon bangun dan memeluk anaknya itu seerat mungkin. Mereka yang berada di meja makan terpegun seketika dengan adegan tersebut.
Datin Aminah bangun dan menarik suaminya perlahan-lahan.
“Dahlah bang, tak mahu nangis-nangis depan rezeki. Tak elok.” Pujuk Datin Aminah. Datuk Alexander mengangguk akur. Isteri kesayangannya membantu mengesat air matanya.
“YA ALLAH, susah-susah saja Mr. Simon siapkan makanan sedap-sedap untuk kami.”  ujar Mohd. Lazim. Simon hanya tersenyum sipu.
“Alah, tak ada susahny a, Encik Lazim.” Ujar Simon dalam Bahasa Melayu. Namun slanga Inggerisnya masih ketara.
“Makan ajelah makcik, pakcik. Jangan malu-malu. Datuk saya ni, kalau masak memang sedap.” Ujar Iskandar. Mereka menyambung semula acara makan yang tergendala seketika tadi.

“ESOK, mereka akan sambut Krismas.” Ujar Iskandar setelah mengimamkan solat Isyak di bilik atas. Dia memandang seorang demi seorang  jemaahnya.
“Jadi, janganlah kita terikut-ikut dengan perayaan mereka.” Tambahnya. Laila sudah mengerutkan dahinya.
“Macam mana nak buat ustaz, sedangkan ni rumah datuk ustaz.” Laila melahirkan kegusarannya.
Mereka tergelak mendengar kata-kata remaja yang berumur 17 tahun itu.
“Macam ni sayang. Tak kisah kalau kita nak makan bersama. Selagi masakan tersebut halal. Dalam kes kita ni, makanan memang gerenti halal sebab kita yang masak. Dan, kita boleh juga mengucapkan Selamat Hari Krismas atau dalam Englishnya Merry Christmas, kerana itu melambangkan kesopanan dan tatasusila kita sebagai umat Islam yang mempunyai sikap toleransi. Bukan bersikap rasis. Ataupun, bila tetamu datang dan sapa kita dengan ucapan Merry Christmas, apa salahnya kalau kita balas ‘May God bless you’? ataupun… ‘May God bless you and give you the guidances’. Semoga Tuhan merahmati kamu dan memberi petunjuk kepada kamu.”
“Tapi Is, bila jam tepat 12 malam saja, mereka terus nyanyi lagu Jingle Bell, kita nak buat apa?” soal Mohd Lazim pula. Iskandar tersenyum kecil.
“Kita duduk-duduklah kat luar pakcik. Ataupun kita tengok tv ke, tak kisahlah, asalkan jangan meraikan hari Krismas bersama-sama mereka.” Jawab Iskandar.
“Habis, contohlah kalau mereka ajak kita ke rumah mereka. Wajib ke kita memenuhi jemputan tu?” soal Mak Munah pula.
Mohd Lazim menjeling isterinya di belakang. “Awak ingat orang-orang dekat sini kenal awak ke? Siap nak jemput ke rumah bagai!” Mohd Lazim menyakat isteirnya. Mak Munah sudah menarik muka masam.
“Abang ni kan, Munah tanya saja lah. Nak tambah pengetahuan, salah ke?” Mak Munah membalas. Yang lain sudah ketawa melihat ulah sepasang suami isteri itu. Laila hanya mampu menggeleng dengan sikap ayahnya.
“Ayah ni, kalau satu hari tak usik mak… tak boleh ke?” Laila seperti membela Mak Munah.
“Yalah, ayah nak usik siapa lagi? Takkan ayah nak usik Datin Aminah pulak? Marah Datuk nanti.” Mohd Lazim mempertahankan dirinya. Sekali lagi, mereka semua tergelak. Sekali lagi, Laila hanya mampu menggelengkan kepala sambil melepaskan nafas berat.
“Boleh, makcik. Tak salah. Asalkan kita tahu bahawa makanan yang disediakan adalah halal, kita tak terlibat dengan aktiviti keagamaan mereka, tempat tersebut bersih, dan tidak salah juga jika kita memberikan mereka hadiah ketika datang ke rumah mereka sebagai memenuhi jemputan.” Mereka mengangguk faham dengan penerangan yang diberikan oleh Iskandar tadi.

HARI ini, 25 Disember, penganut Kristian di seluruh dunia menyambut Hari Natal. Tidak ketinggalan juga Simon Brown. Darren serta ibu dan bapanya turut meraikan Krismas di situ.
Ramai juga saudara-mara, sahabat-sahabat dan jiran-jiran terdekat datang ke rumah Simon Brown. Ada juga kawan-kawan Datuk Alexander sejak dari sejak dari sekolah yang turut hadir. Ada yang bertanya khabar, berapa ramai orang, dan  sudah ada berapa orang cucu. Datuk Alexander memperkenalkan isteri dan anak-anaknya kepada sahabat-sahabatnya.
Simon adalah ketua paderi yang dihormati ramai. Di kawasan kejiranannya, terdapat beberapa keluarga yang menganut agama Islam. Terdapat juga beberapa keluarga berbangsa Yahudi yang menganut agama Islam dan ada juga Yahudi yang beragama Yahudi.
Simon sentiasa mengingatkan penduduk di kawasan tersebut agar saling menghormati sesama agama. Dia selalu berucap; “Jika kita mahu orang menghormati diri kita dan agama kita, kita haruslah menghormati mereka dan agama mereka. Setiap agama mengajar kepada umatnya agar berkasih sayang sesama manusia, mengamalkan nilai-nilai murni serta menghormati hak-hak beragama orang lain”.
Demi menghormati tetamunya, Simon tidak akan menggunakan bahan masakan yang haram dari sisi Islam seperti khinzir dan arak. Padanya, adalah penting untuk menjaga hubungan sesama manusia di dunia ini tanpa mengira agama dan bangsa.
“Firstly, I want to wish a Merry Christmas to all of you. I appreciate the attendance all of you to my house. Second, I want to introduce my special guests to all of you who come so far from Malaysia. Alex, let’s introduce them.” Pinta Simon. Datuk Alexander akur.
“This is my wife, Datin Aminah. Then, he is my third child… Iskandar Zulkarnain. And, she is the last and only my daughter, Natasha.” Datuk Alexander memperkenalkan dahulu keluarganya sambil menunjukkan seorang demi seorang dengan menggunakan ibu jari kanannya.
“So, this is Mr. Mohd. Lazim. And this is his wife, Madam Maimunah. And… the pretty girl, is their only daughter. Her name is Laila. My future daughter in-law.” Terang Datuk Alexander. Orang ramai tergelak seketika apabila mendengar ayat Datuk Alexander yang terakhir.
“So, when they will getting married?” soal Hans Couver, salah seorang sahabat lama Datuk Alexander.
“I’ll don’t know. Maybe this year, maybe next year. Or, it could be four or five year from now. But I hope, it could be next year.” Sekali lagi para tetamu tergelak lagi tatkala mendengar ucapan Datuk Alexander.
“Come on, let’s eat.” Ajak Simon.
“But, I feel sorry to all of you. For respect our guest, I wouldn’t serve the food that is illegal beside their religion.” Simon menegaskan. Mereka mengangguk akur. Faham dengan apa yang dmikatakan oleh ketua paderi mereka.

SUDAH tiga kali Iskandar menguap di hadapan televisyen. Namun, dia masih malas untuk bangun dan tidur di dalam biliknya. Laila hanya memerhatikan Iskandar yang masih lagi tegak menonton televisyen.
“Abang Is ni, Laila tengok dah menguap tiga empat kali. Pergilah masuk tidur.” Ujar Laila. Iskandar menggeleng. Dia tetap mahu menonton drama bersiri Sherlock. Bila pulang ke kampung daddynya, itulah drama bersiri yang paling diminatinya.
“Abang tak ngantuk lagilah.” Balasnya perlahan. Laila mencebik.
“Tak payahlah nak hipokrit! Menguap nak dekat tiga empat kali, tak ngantuk konon!” tempelak Laila. Iskandar hanya tersengih.
“Abang suka tengok drama ni! Lagi setengah jam, habislah.” Jawab Iskandar.
“Penat kan berjalan dari satu rumah ke satu rumah.” Adu Laila. Iskandar tersengih sekai lagi.
“Macam mana kita beraya, lebih kurang begituah juga mereka beraya.”
“Tapi, tak bedosakah?” soal Laila inginkan kepastian. Iskandar merenung seketika bekas pelajarnya itu.
“Kan Abang Is dah terangkan hari tu? Seeloknya, kita penuhi jemputan mereka. Cuba Laila letakkan diri Laila seketika sebagai penganut Kristian. Kemudian, Laila menjemput teman rapat Laila yang beragama Islam agar datang sempena Krismas. Tapi, dia tak datang. Apa persepsi Laila terhadapa Islam ketika itu?” soal Iskandar. Laila berfikir seketika.
“Islam adalah agama yang terkongkong, tidak menjaga hubungan sesama manusia tanpa mengira agama dan bangsa. Tidak mesra dengan penganut agama lain.” Laila menjawab sebaik yang mungkin.
“Baik. Itu adalah jawapan Laila. Sekarang Abang Is nak tanya lagi. Laila nak ke mereka memberi persepsi yang sebegitu terhadap agama kita?” Laila segera menggeleng.
Iskandar menepuk tangannya sekali. “Itulah pentingnya kita melawat sesama manusia. Mungkin hari ni, dia ada. Mana tahu, esok lusa dia tak ada? Adakah masa untuk kita meminta maaf jika ada tersilap dengan mereka? Dan… selagi  kita sekadar memenuhi jemputan mereka dan tidak terikut-ikut dengan perlakuan agama mereka, itu sudah dikira memadai. Kita tidak mahu terjebak dengan agama mereka, tetapi dalam masa yang sama kita tidak mahu mereka member persepsi yang negatif tentang kita dan agama kita. Jadi, jalan yang terbaik adalah memenuhi jemputan mereka. Tapi dengan syarat, jangan makan makanan yang haram seperti arak dan khinzir. Jika ragu-ragu, ambillah buah-buahan… jika ada, sebagai makanan kita.” Jelas Iskandar dengan panjang lebar.

8 comments:

  1. akak ble novel cinta seorang ustaz nk kluar di pasaran???

    ReplyDelete
  2. entahlah dik. akak sendiri pon x pasti bile blh dipasarkan. maaflah klu lama sgt menunggu. kak sendiri pun klu blh nak jugak kcpt habiskan. byk lagi idea dlm kepala otak ni.akak mmg busy sgat. maklumle bar keje bln 2 ari tu... keje bkn normal. pg ptg, pg ptg. hrp adik fahamlah. buat sementara waktu ni, adik bacalah dulu kt blog akak ni ye sbb akak dh htr pd penulisan2u tp diorang mcm lmbt aje nk publish kt lama web.

    ReplyDelete
  3. salam akak..cite nie, dh d buku kn ke???sye try cr kat mana2 bookstore, tak jumpe pun...sye harap sgt2 akak reply komen sye...

    ReplyDelete
  4. Cerita ni dah dibukukan ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. belum lagi Dyan Imani... lambat atau cepat, insya allah akan ada jugak...

      Delete
  5. Salam akak,
    Baru hari ni sy jumpa blog penulis yg dh lama sy cari. Akhirnya jumpa.
    Novel Kak Maz memang terbaik. Kalau dah terbit maklumkan ye... =)

    ReplyDelete
  6. terima kasih Rose Aleyna... owh ya ke br jumpa blog saya? mcm mana jumpa... insya allah... ada FB. klu ada, boleh sy beri prkembangan novel.. klu nk add sy, Maz Omar.

    ReplyDelete