REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

Wednesday 12 January 2011

WUC 13

WAKE UP CALL 13

“YAHOO!!! Merdeka!!!” Zariff dan rakan-rakannya menjerit kegembiraan setelah keluar dari dewan peperiksaan PMR. Akhirnya, terlepas sudah sebuah beban yang sentiasa memberati dadanya. Pelajar-pelajar yang lain juga sama. Ada yang menjerit, ada yang ketawa tidak henti. Tidak kurang juga ada yang membaling sebuah bukunya ke dalam bakul sampah. Entah kenapa pelajar itu membuat tindakan sebegitu, langsung tak diambil peduli oleh orang lain.
          Dengan pantas, Zariff bergandingan dengan Zafirah menuju ke bilik guru. Mereka tidak sabar menemui Nur Syuhadah. Nur Syuhadah yang sedang bercakap dengan emaknya sungguh terkeut kerana tiba-tiba saja sepasang kekasih ‘monyet’ itu sudah berdiri di hadapannya.
         “Macam mana? Ok tak tadi?” soalnya sambil mengajak mereka duduk di sebuah kusyen. Zariff dan Zafirah berpadangan seketika.
         “Ok saja cikgu.” jawab Zariff dengan ringkas.
         “Confident boleh dapat 8A?” duga Nur Syuhadah. Kedua-duanya mengangguk.
         “Confident sangat cikgu. Kitaorang kan pelajar cemerlang?” Zariff memuji diri sendiri. Zafirah sudah menjelingnya tapi dia buat-buat tidak tahu.
         “Cikgu berbuallah dulu dengan Zafirah. Saya nak tidur sekejap.” Uajr Zariff. Mereka bersetuju.
         Zariff tersedar apabila mendengar hilai tawa Nur Syuhadah dan Zafirah yang perlahan, tetapi tak ubah seperti Pontianak. Ni kalau Abang Fahem dengar, mesti dia ingat Cikgu Nur Syuhadah ada saka Pontianak ataupun keturunan pontianak. Dia menjeling jam nadi pemberian Fahem di pergelangan tangan kirinya. Sudah jam 1.30 tengah hari.  Tadi dia keluar dari dewan peperiksaan sekitar 11.05 pagi. Mereka berjalan muju ke bilik guru mengambil masa lima minit. Sudah 11.10. kemudian, dia berbual seketika dalam 15 minit sebelum tertidur. Maknanya, dia sudah tertidur selama 2 jam 5 minit.
        Lantas dia menelefon abangnya. Fahem memesan padanya pagi tadi agar menelefonnya jika sudah habis peperiksaan. Dia mencapai Sony Ericcson W905 lalu mencari nama abangnya. setelah jumpa, dia membuat missed call. Tak lama kemudian, Fahem menelefonnya semula.
        “Assalamualaikum. Hah, ada apa? Dah habis exam ke?” soal Fahem di hujung talian.
        “Ha’ah. Dah habis. Cuma nak tungu Abang Fahem angkat saja.” Jawab Zariff.
        “Erm, kau kat mana tu? Dekat wakaf?” teka Fahem.
        “Taklah. Zariff dengan Zafirah tengah berbual dengan buah hati abang. Lepas kitaorang habis exam tadi, terus kitaorang turun jumpa dia.” Terang Zariff. Jawapan itu amat mengujakan Fahem.
        “Apa kata, Zariff ajak Zafirah dengan Cikgu Syuhadah tunggu kat luar sekolah. Kat bus stop tu. Kejap lagi, abang amek kamu semua dan kita makan kat restoran. Nak?” Fahem mencadangkan idea. Zariff sudah tersenyum.
        “Boleh gak. Okey, Zariff cakap dengan dia sekarang.” Tanpa mengucapkan salam, masing-masing memutuskan perbualan. Zariff memandang Nur Syuhadah dan Zafirah bersilih ganti.
        “Kenapa Zariff?” soal Zafirah. Zariff tersenyum.
        “Cikgu, Zafirah, Abang Fahem ajak makan tengah hari. Jom kita makan.” Zariff menyampaikan pesanan Fahem. Nur Syuhadah terasa berat hati mahu mengikutnya. Waktu kerjanya akan habis jam 2 petang. Kini baru 1.45 ada lagi 15 minit sebelum waktu kerjanya habis.
        “Tak apalah Zariff. Cakap dengan abang kamu, lain kali saja, ya? Cikgu ada banyak kerja nak buat. Lagipun, cikgu tumpang kereta Cikgu Salwa kamu sebab kereta cikgu masih rosak lagi. ” Jawabnya serab-salah. Dia merasa serba salah kerana kini dia sedang bekerja dengan  kerajaan. Jika syarikat swasta tu., lainlah. Sudah tentu waktu begini adalah waktu rehat bagi mereka. Tambahan pula, waktu kerjanya akan habis dalam masa 15 minit saja lagi. Dia tidak reti menipu untuk pulang awal. Zariff mengeluh seketika. Dia melihat jam tangannya lagi. Tinggal sepuluh minit saja untuk ke jam 2 petang. Tiba-tiba dia mendapat satu akal.
       “Macam nilah cikgu. Ni tinggal lagi sepuluh minit je nak ke pukul dua. Cikgu kemaskan barang-barang cikgu. Lepas tu, kita ke pejabat untuk punch card. Lepas tu, kita keluar dan ikut abang saya makan. Dah habis nanti,abang saya hantarkanlah. Cikgu cakap saja dengan Cikgu Salwa yang cikgu dah janji dengan kawan.” Jelas Zariff sambil memandang telefon bimbitnya sekejap-sekejap. Pasti kejap lagi abangnya telefon. Tepat jangkaannya. Fahem menelefonnya.
       “Kau kat mana? Abang dah tunggu kat bus stop ni. cepat turun.” Terus Fahem mematikan talian. Zariff memandang Nur Syuhadah.
       “Jomlah cikgu. Tinggal lagi 5 minit je nak ke pukul dua. Cikgu ikut je cakap saya. Kesian abang saya dah tunggu kat bawah.” Ujar Zariff sambil berpura-pura membuat muka sedih. Simpati dengan wajah Zariff, akhirnya Nur Syuhadah dan Zafirah bersetuju untuk mengikut rancangan Zariff tadi.

FAHEM sudah menyorokkan lima naskhah Majalah Playboy di bawah kerusinya. Majalah itu memang dipesan dari Indonesia dan dihantar di alamat apartmennya. Fahem menanti lagi di bus stop. Tak lama kemudian dia ternampak kelibat Zariff dari cermin hala ke belakang. Hatinya cukup teruja apabila melihat Nur Syuhadah dan Zafirah yang sudi memenuhi permintaannya. Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. Pantas dia meraba-raba di bawah kerusi di sebelah pemandu. Dapat! Dia menarik sehelai baju dalam warna merah jambu dan disorokkan di bawah kerusinya. Si Wani punyalah ni! sesudah saja mereka bershopping malam tadi, Wani terus saja membuka baju dalamnya untuk mencuba baju dalam yang baru dibelinya. Sejahat-jahat dia yang selalu meniduri wanita yang bukan isterinya, fikirannya tetap waras supaya tidak melakukan hobinya itu di dalam kereta. Setakat berpeluk cium di dalam kereta, beranilah dia. Kalau yang lebih, kereta bukanlah satu tempat yang sesuai walaupun cermin keretanya bertinted gelap gila. Silap haribulan, kenapa tangkap dengan orang JAIM gamaknya! Baju dalam yang lama itu hanya dibiarkan saja di seat sebelah pemandu itu. Nasib baiklah ketika membawa daddynya berjumpa klien pagi tadi, dia sempat menyembunyikannya.
          “Assalamualaikum.” Sapa Nur Syuhadah.
          “Waalaikumsalam” balas Fahem. Mereka saling berbalas senyuman. “Masuklah.” Jemputnya. Zariff menolak kerusi di sebelah pemandu itu ke hadapan. Kemudian, dia masuk ke seat belakang dan memanggil Zafirah duduk di sebelahnya. Nur Syuhadah sudah terpinga-pinga. Dia mengalih pandangannya ke wajah bersih Zariff. Dalam bahasa isyarat, dia bertanya mahu duduk di mana. Zariff yang seperti faham dengan pertanyaan itu segera membalas.
          “Cikgu duduklah di depan sebelah Abang Fahem.” Dalam diam, Nur Syuhadah dapat merasakan Zariff dan Zafirah sengaja menyuruhnya duduk di hadapan. Setelah semua selesa dengan tempat duduk masing-maisng, Fahem melajukan keretanya. Dia tidak perlu membuka hawa dingin kerana dia membuka bumbung keretanya. Fresh air lebih menyamankan.
          “Abang Fahem, lepas ni tolong hantar Cikgu...”
          “Kalau dah abang yang ajak, tentulah abang akan hantar Zafirah dengan Nur Syuhadah. Apalah Zariff ni.” Fahem memotong ayat adiknya. Zariff sudah tersengih. Nur Syuhadah dan Zafirah hanya mendengar ulah dua beradik itu.

MEREKA tiba di Sunset Hotel milik Fahem setelah mengharungi perjalanan yang memakan masa lebih kurang 20 minit. Mereka terus menuju ke restoran eksklusif di situ, Restoran Dunia Melayu. Apabila penyambut tetamu melihat saja wajah Fahem, dia segera menghubungi pengurusnya menerusi walkie-talkie. Tak lama kemudian pengurus wanita berusia 34 tahun itu segera menuju ke pintu utama.
          “Selamat datang, Tuan Fahem. Tuan nak makan di tempat eksklusif atau di bahagian luar?’ soal pengurus beranak tiga itu.
          Fahem tersenyum. “Tak apalah, Kak Nasuhah, kami duduk di luar. Dapat jugak tengok pemandangan.” Pengurus itu membawa mereka ke sebuah meja yang sentiasa tersimpan kemas untuk Fahem. Di bahagian dalam juga ada satu lagi meja khas untuk Fahem saja.
         “Tuan Fahem nak makan apa?” soal pengurus tersebut. Pelayan di sebelahnya bersedia untuk mencatit pesanan. Fahem merenung wajah Nur Syuhadah, Zariff dan Zafirah bersilih ganti.
         “Kami tak kisah nak makan apa saja, Abang Fahem.” Sahut Zafirah. Fikirannya buntu.
         “Syuhadah, Zariff? Nak makan apa?” soalnya.
         “Syuhadah tak kisah, Fahem.” Zariff mengangguk. Memberi isyarat yang jawapannya sama seperti mereka.
         “Eh, janganlah macam tu. Cakap saja nak makan apa.” Ujar Fahem.
         Nur Syuhadah memandang pengurus itu dengan seulas senyuman. “Laksa ada?” soalnya. Pengurus tadi mengangguk sambil tersenyum. Zafirah berfikir seketika.
         “Nasi kerabu ada?” soal Zafirah pula. Seperti tadi, pengurus itu mengangguk sambil tersenyum.
         “Tomyam ada?” soal Zariff pula. Pelayan wanita itu pula mengangguk.
         “Erm, bagi Fahem... bihun sup special satu.” Jawabnya sambil tersenyum.
         “Air?’ soal Nasuhah.
          “Saya nak pink guava satu.” Jawab Fahem.
          “Saya pula... teh limau ais.” Beritahu Nur Syuhadah. Zariff memandang Zafirah. Dia tahu kesukaan wanita idamannya itu.
          “Jus epal dan saya... jus oren.” Beritahu Zariff pula.
          “Tuan Fahem nak air lai ci kang?” soal pengurus itu lagi. Fahem mengangguk. “Boleh  jugak.” Akhirnya, Kak Nasuhah dan pelayan tadi pergi ke dapur mereka.
           Nur Syuhadah memandang Fahem.
           “Mereka betl-betul layan Fahem dengan baik.” Puji Nur Syuhadah. Fahem hanya tersenyum.
           “Yang sebenarnya, saya tak mahu pun dilayan begitu. Tapi dah mereka yang nak layan saya begitu, macam mana saya nak halang?” balas Fahem.
           “Kenapa mereka layan Fahem dengan baik?” soal Nur Syuhadah lagi. Fahem tersenyum tawar.
           “Sebenarnya, Fahem kesian dengan tauke restoran ni. masa dia mintak nak masuk dalam premis hotel Fahem ni, Fahem memang betul-betul simpati dengan cerita dia. Dia pernah mohon untuk masuk dalam beberapa hotel ternama tapi yalah... susah sikit. At last, dia cuba masuk dalam resort. Pun susah jugak. Mentah-mentah dia ditolak. Padahal owner resort tu kata dia, orang Melayu kita jugak.” Fahem berhenti seketika.
           “Akhirnya, Fahem benarkan dia masuk. First time datang sini,  Fahem rasa nasi kerabu dia. Punyalah sedap, TUHAN saja yang tahu. Dengan daging salai, dengan ikan masin, dengan telur itik... fuhh... memang sedap. Tapi dia tahu selera Fahem. Setiap kali Fahem mintak nasi kerabu, dia takkan letak taugeh dengan kacang panjang. Sebab masa first time datang sini, itu yang Fahem cakapkan. Sejak itu, setiap kali Fahem order nasi kerabu, dia dah tahu.
           Lepas tu, Fahem rasalah macam-macam masakan. Tom yam, laksa penang, mee bandung, macam-macam.... memang sedap. Restoran ni sebenarnya mengumpulkan masakan dari seluruh Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak. Dari makanan berat sampailah kepada kuih-muih dan kek. Kalau nak buat order pun boleh.” Cerita Fahem dengan panjang lebar.

SETELAH menghantar Zafirah, Fahem terus menuju ke arah rumah Nur Syuhadah. Ketika dalam perjalanan, telefon Fahem tiba-tiba berbunyi. Dijeling seketika nama yang tertera. Fahem menepuk dahi. Dia serba salah. Sama ada mahu menjawab atau membiarkan saja. Kalau aku tak jawab Syuhadah mesti syak bukan-bukan. Kalau aku jawab, aku takut kalau dia dengar apa-apa nanti. Telefonnya terus berbunyi. Akhirnya, Fahem membetulkan sedikit Bluetooth Sony Ericsson model HBH PV703 dan menjawab panggilan tersebut.
          “Hai sayang.” Suara Fiona menyapa telinganya dengan ceria.
          “Hai, emm… you nak apa?” soal Fahem.
          “Kita keluar tengah hari ni?” pinta Fiona dengan manja.
          “Keluar? Buat apa? Lagipun, I ada banyak kerja kat pejabat ni. I tak larat. I sibuk.” Fahem beralasan. Terdengar Fiona mengeluh hampa.
          “You jangan ingat I tak tahu you tengah buat apa sekarang Fahem!” belum sempat Fahem membalas, Fiona tiba-tiba mematikan talian. Fuhh, lega. Tak payah nak dengar mak nenek itu membebel. Tiba-tiba, ada sebuah kereta melanggar keretanya dari belakang. Keadaan itu menyebabkan Fahem memberhentikan keretanya di tepi setelah kereta di belakangnya melakukan perkara yang sama.
          “Siapa pulak yang berani langgar kereta aku ni?” kata Fahem kepada dirinya sendiri. Dia memandang Nur Syuhadah.
          “Syuhadah tunggu dalam kereta, Fahem nak ke kereta belakang sekejap.” Ujar Fahem sebelum membuka pintu. Ketika kaki kanannya mencecah ke atas jalan, dilihat sepasang kaki berkasut tinggi tiba-tiba terpacak. Siapa ni? Lalu diangkat mukanya. Terkulat-kulat wajah Fahem apabila melihat wajah Fiona yang sudah merah menyala. Tertelan-telan air liurnya.
          “Oh, ni kerja you ya? Menggatal dengan betina lain? You ni, memang suka menipu kan? Bila I ajak, ada saja alasan you! Kalau si Mazidah, si Camylia ataupun si… Wani GRO tu ajak you, bukan main cepat you start enjin kereta ya!” Fiona menghamburkan marahnya. Fahem menegakkan jari telunjuk ke bibirnya. Isyarat supaya Fiona diam. Dia tidka mahu nur Syuhadah mendengar segala keburukan dirinya.
          “Yang you nak tuduh tak tentu pasal ni, kenapa? Salah ke I keluar dengan cikgu adik I ni? Lagipun, si Zariff ni ada sekali. Makwe dia pun ada! Tapi I dah hantar tadi. Apa masalah you ni?” soal Fahem dengan raut muka yang cukup tegang. Nur Syuhadah hanya memerhatikan aksi pasangan itu. Tidak kuasa dia mahu mencampuri urusan peribadi mereka.
          “Amboi… amboi, sejak akhir-akhir ni you dah pandai tengking I, ya!” Fiona menolak Fahem sekuat hati sehingga menyebabkan Fahem terbaring di atas riba Nur Syuhadah.
          “Arghhh!” Nur Syuhadah menjerit kerana terlalu terkejut. Jeritan itu menyebabkan Zariff terbangun. Dia menjengah ke depan. Dilihat Fahem cuba bangun namun Fiona seperti ingin mencekik mati abangnya. Guru kelasnya pula terus berusaha menolak kepala Fahem yang mendarat entah berapa lama di ribanya.
          “I bagi amaran pada you Fahem. Lepas ni kalau you tipu I lagi, tahulah apa I nak buat pada you!” Fioan melepaskan tangannya setelah mencekik Fahem sepuas hatinya dan terus masuk ke dalam kereta rakannya di belakang. Tanpa berlengah, Nur Syuhadah terus saja menolak kepala Fahem sehingga lelaki itu duduk betul-betul di tempat pemandu. Muka Nur Syuhadah sudah pucat lesai. Malu pada orang yang lalu lalang di situ. Mesti ada orang akan mengata aku nanti! Nampak saja pakai tudung tapi… buat maksiat! Tempat open pulak tu! Tepi jalan! Sepanjang perjalanan, Nur Syuhadah langsung tidak memandang Fahem. Beberapa kali Fahem memohon maaf kepadanya namun dia tetap buat keras.

FAHEM sempat menaikkan bumbung keretanya dan mengunci pintu kereta dari tempat duduknya ketika sampai di rumah Nur Syuhadah.. wanita itu sudah terkedu. Dijeling Fahem yang memandangnya.
         “Fahem, tolong jangan berperangai macam budak-budak boleh tak? Syuhadah nak keluar!” Nur Syuhadah memarahi Fahem namun dengan nada suara yang masih boleh dikawal.
         Fahem tersenyum. “Boleh tapi Syuhadah kena maafkan Fahem dulu. Fahem mintak maaf. Bukan Fahem sengaja nak jatuh atas Syuhadah. Tapi syok jugak!” Fahem memohon maaf namun dia sempat menaikkan darah Nur Syuhadah lagi.
         “Kalau dah kata macam tu, Syuhadah tak nak maafkan.” Ugut Nur Syuhadah.
         “Fahem pun tak nak bukakan pintu. Kalau Syuhadah nak keluar, tolong cakap, Syuhadah maafkan Fahem. Boleh? Tolonglah!” Fahem sudah mendesak.
         “Yalah, yalah!” Nur Syuhadah akhirnya mengalah. Fahem tersenyum puas. Baurlah dia membuka punat pada pintu kereta. tergesa-gesa Nur Syuhadah keluar. Zariff melompat ke tempat depan. Dijeling abangnya.
         “Apalah abang ni! Padan muka! Kan Cikgu Syuhadah dah marah!” Zariff memarahi Fahem sebelum dia tidur semula. Fahem tersenyum lagi.

1 comment: