REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

Tuesday 12 October 2010

CSU 2

CINTA SEORANG USTAZ 2

DI SEKOLAH

ISKANDAR sedang mengetuai bacaan Yasin di Dewan Utama untuk Ustaz Zakaria yang koma tiga minggu lepas kerana kemalangan. “Ya Allah Ya Tuhan kami, selamatkanlah Ustaz Zakaria. Kau berikanlah semangat di dalam dirinya untuk melawan kesakitannya. Sesungguhnya kami sedar itu semua adalah ujian dari-Mu untuk memantapkan iman kami kepada-Mu. Kau tabahkanlah hati-hati kami terutamanya ahli keluarga Ustaz Zakaria dalam menempuhi ujian-Mu ini. Sesungguhnya, kami redha dengan segala qada’ dan qadar-Mu.” Itulah antara doa yang dibacakan oleh Iskandar.

“KAU ingat, aku ni gila kuasa sangat ke? Dah Tuan Pengetua suruh aku lead bacaan Yasin, aku ikut ajelah!” Iskandar tahu ada mulut-mulut jahat yang mengata dirinya.
          “Eeii.. kalau ye pun kau marah group cikgu perempuan tu, janganlah kau lepaskan api panas kau tu kat aku! Bukan aku yang mengata kau!” Sebulan mengenali Iskandar, Cikgu Hafizuddin faham dengan perangai Iskandar yang cepat saja datang ribut taufan. Seminggu pun belum tentu hilang!
           Masih berdesir di telinga Iskandar mulut-mulut burung murai group cikgu perempuan tu tadi. Hebatnya diorang mengata, sampai aku lalu belakang diorang pun boleh tak perasan! Nak kata aku halimunan, diorang Nampak aku masa baca Yasin tadi!
           Diorang punya kusyuk  mendengar Cikgu Ainah berkhutbah tentang dirinya mengalahkan kusyuk mendegar imam berkhutbah waktu sembahyang raya!
          “Eei, kau tahu tak, menyampah aku tengok si Is tu. Dia ingat dia bagus sangat? Baca Yasin tak tengok Yasin konon? Dia pikir dia budak tahfiz, banyak pandai dia tu!”
“Aalah.... aku rasa dia ni guna-gunakan Tuan Pengetua kot untuk ketuai bacaan Yasin tu? Kau tengoklah, sejak dia masuk sekolah ni bulan lepas, Tuan Pengetua tu datangkan menurut aje cakap dia! Lepas tu kau tengokklah, naik kereta mewah-mewah, entah mana dapat duit banyak agaknya, tak tahulah aku! Entah-entah, dia dapat rasuah agaknya!” mulut-mulut yang langsung takde insurans!
        “Diaorang siap tuduh aku ni dapat rasuah! Nasib baik diorang tu semua tu betina! Kalau jantan, aku panggil  je geng mafia kawan aku belasah diorang! Sampai hilang kaki tangan sume.  Lepas tu, tulang-tulang diorang aku sedekahkan kat anjing-anjing gila tepi jalan!” ribut taufannya masih belum hilang.
        “Dahlah tu. Kau ni kalau tengah marah, kau punya ayat tu tak rupa ustaz langsung! Kalah Ketua Setan! Aku confirm kalau Persatuan Setan Sedunia ada Perhimpunan Agung, kau mesti boleh jadi Presiden tau. Lepas tu, ATSS pun mesti setia pada kau, ikut je apa arahan kau!”
        “Apa bendanya ATSS tu? Dari aku kecil macam kereta mainan sampai besar panjang macam limosin BMW, tak pernah pun dia lalu kat telinga aku ni!”
        “ATSS tue... Angkatan Tentera Setan Sedunia!” jawab Cikgu Hafizuddin. Iskandar mencebik. Nak kenakan akulah tue!
        “Kalau nak diikut rasa hati, nak aje aku simenkan semua mulut-mulut diorang! Harap muka aje lawa, perangai  macam air sungai. Bukan main keroh lagi!” Iskandar tetap berkicau-kicau bagai murai tercabut ekor.
       Ya Allah dia ni! “Is, sudah-sudahlah. Mulut kau pun dah macam group cikgu-cikgu perempuan tu jugak! Berkicau-kicau mengalahkan burung kakak tua! Sudahlah, aku blah dulu!” lelaki berusia 32 tahun itu berdiri.
        “Kau nak ke mana Fiz? Lepaklah dulu dengan aku. Banyak benda yang aku nak cakap pasal group cikgu perempuan tu!”

        “Aku ada kelas Sejarahlah. Kau ingat, aku nak dengar ceramah kau! Kalau tak puas hati sangat, kau pergilah ceramah kat group cikgu perempuan tu. Aku gerenti, esok mulut diorang mesti macam kena gam gajah! Tak boleh nak bukak langsung!”

.............................................

HAJAH MUNAH sedang mengangkat kain ketika Laila tiba di halaman.
       “Lambat kau balik, Laila?” naik di beranda, Hajah Munah terus melipat baju.
       “Ada sukan tadi, mak. Tu yang penat tu. semalam kan Laila dah cakap dengan mak.” Lepas meletakkan kasut di rak, terus dia masuk ke dalam biliknya.
       Habis melipat, Hajah  Munah termenung mengenangkan Zulkarnain. Manalah kau, Zul? Dah 20 tahun kita tak berjumpa. Kali terakhir mereka berjumpa ialah beberapa bulan selepas Pengisytiharan Kemerdekaan. Masih tersemat di benak Hajah Munah bagaimana Zulkarnain yang kelam-kabut terlanggar adik angkatnya, Aminah.
.................................
53 TAHUN LALU

“MANA Brown?” soal Michael Chris, ketua Pasukan Briged St. John's Ambulance dan Palang Merah British kepada semua anak buahnya. Masing-masing mengangkat bahu.

“KAK MUNAH, kita duduk depan tu, nampak jelas sikit muka Tunku Abdul Rahman.” Ajak Aminah. Munah setuju saja. Ketika mereka berjalan untuk ke hadapan, tiba-tiba seorang pemuda orang putih melanggar Aminah. Akibatnya, wanita berusia 15 tahun itu terjatuh. Brown segera memandang wanita yang dilanggarnya.
        “Maaf adik, ssaya tak sengaja.” Brown memohon maaf kepada Aminah dengan slanga British.
        “Adik ada luka-luka tak?” soalnya lagi. Laju Aminah menggeleng. Munah memandang lelaki itu.
        “Jangan berani-berani nak sentuh kami!” Munah memberi amaran keras sambil menepis tangan Brown. Dia ingat akan pesan emaknya. ‘Orang putih memang baik dari orang Jepun tapi kita tak tahu hati budi mereka. Jadi, kena sentiasa berjaga-jaga.’ Lelaki berusia 20 tahun  itu terkejut. Namun mata nakal lelakinya sempat menjamah wajah Aminah yang putih bersih.      
      Beberapa bulan kemudian, Aminah terserempak dengan Brown ketika menghadiri majlis perkahwinan sepupunya, seorang anggota polis.
        “Awaks buat apas di sini?” soal Brown. Aminah dan Munah terkejut.
        “Oh... encik ni yang langgar saya masa tu kan?” Brown mengangguk mengiakan.
        “Sebenarnya, lelaki yang kahwin tu, Ahmad... sepupu saya.” Jawab Aminah.
        “Ohh... begitu. Ssaya kenal Ahmad ketika dia cedera terkena peluru sesats rakan saya.” Brown memberitahu tanpa ditanya. Pertemuan kali kedua membuatkan Brown terkifir dengan sangat yakin  bahawa Aminah memang tercipta untuknya.
      
“MAK dah sampai Mekah ke?” soal Laila yang mahu mengangkat baju yang sudah dilipat.
        “Hisy, kamu ni Laila... suka sangat memerli mak begitu!” terus Hajah Munah memuncung. Laila tahu emaknya saja-saja mengajuk.
        “Mak, sedar-sedarlah sikit diri tu. Kalau budak-budak muncung macam tu, cantik. Nak  jugak Laila tengok. Ni, dah tua! Mat Lampir pun kalah!” Laila terus-terusan mengusik emaknya dnegan bersahaja.
        Agak kurang ajar bahasa anak aku ni! “Yelah... yelah...  mak sedar diri. Orang dah tak pedulikan kita, sebab tulah dia mengutuk begitu.
       “Alah mak ni, Laila gurau jelah!” akhirnya Laila dan Hajah Munah tergelak.

No comments:

Post a Comment