REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

Monday 19 September 2011

LLP 2

LIKU-LIKU PERASAAN 2

FIRMA SHARRIFF & LUQMAN
PEGUAMBELA & PEGUAMCARA,
AYER KEROH

“SHARRIFF, kau ada kes yang nak dibicarakan tak?” Soal Tan Sri Luqman apabila dia masuk ke pejabat sahabatnya itu. Datuk Tuan Sharriff menggeleng.
“Kenapa?” Soalnya.
              “Ada sorang perempuan ni nak aku bicarakan kes dia. Tapi masalahnya, kes rasuah yang anak guam aku hadapi tu tak habis lagi.”
              “Jadi?” Soal Datuk Sharriff semula.
              “Aku nak kau tolong belakan perempuan tu. Kepala aku tengah berselirat dengan kes rasuah tu,” jawab Tan Sri Luqman. Tanpa banyak bunyi, Datuk Tuan Sharriff mengangguk.
              “Nanti esok kau suruhlah perempuan tu datang kat firma kita ni,” balas Datuk Tuan Sharriff. Giliran Tan Sri Luqman pula mengangguk. Tan Sri Luqman memasang niat untuk ke pejabatnya tapi lekas-lekas Datuk Sharriff memanggil namanya. Tan Sri Luqman menoleh.
              “Apa kes perempuan tu?”
“Dia difitnah,” jawab Tan Sri Luqman.
              “Difitnah?” Datuk Tuan Sharriff terkejut. Sahabatnya mengangguk.
              “Ceritanya macam ni, bekas suami dia ada ambil gambar dia dengan seorang usahawan iaitu kawan lama suaminya, kononnya untuk dijadikan kenangan. Kemudian, dah tiga bulan lepas tu, laki dia ceraikan dia. Seminggu kemudian, tiba-tiba usahawan tu mengadakan sidang media di pejabatnya dan mengaku bahawa dia memang ada hubungan sulit dengan perempuan ni.” cerita Tan Sri Luqman.
              “Perempuan tu siapa?” soal Datuk Tuan Sharriff.
“Model sambilan.” Tan Sri Luqman tidka berterus terang sepenuhnya.
              “Lepas tu apa terjadi?” Soal Datuk Tuan Sharriff lagi.
              “Katanya, tak lama kemudian, isteri usahawan tu datang ke rumah dia dan serang dia tak tentu pasal. Dia pun berasa malu sebab ramai jugak jiran tengok dia dengan isteri usahawan tu bergaduh.”               
             “Dia nak saman laki tu ke?” soalnya. Tan Sri Luqman mengangguk.
             “Berapa?”
             “Aku agak mungkin dalam RM 5 juta.” Jawab Tan Sri Luqman.
             “Okey, terima kasih,” ucap Datuk Tuan Sharriff. Tan Sri Luqman terus masuk ke pejabatnya semula. tak lama kemudian, Tan Sri Luqman datang semula ke pejabatnya.
             “Aku dah telefon perempuan tu. Nanti makan tengah hari, kau ikut aku. Dia jumpa kita kat restoran. Okey?” cadang Tan Sri Luqman.
             “Tak bolehlah Man. Makan tengah hari nanti, aku kena balik makan kat rumah. Malam tadi bini aku kata nak masakkan makanan yang istimewa untuk aku. Aku tak sanggup nak lukakan hati dia. Dahlah dia tak sihat.” Jawab Datuk Tuan Sharriff. Tan Sri Luqman tidak memaksa. Itu bukan sikapnya.
             “Kalau macam tu, macam nilah. Kau balik makan tengah hari. Agak-agak dah pukul 1.30 tengah hari nanti, kita jumpa di tempat biasa. Setuju?” Tan Sri Luqman memberi cadangan yang lain. Datuk Tuan Sharriff terangguk-angguk.


KAMPUNG HANG TUAH

“ASSALAMUALAIKUM,” Datuk Tuan Sharriff memberi salam apabila masuk di beranda.
“Waalaikumussalam,” suara Datin Rosmah yang nyaring dari dapur menusuk telinga Datuk Tuan Sharriff.
“Oh, abang. Baru sampai ke?” Soal Datin Rosmah sambil membuka pintu besi yang sengaja dikunci. Dia mencium tangan suaminya dan mengambil beg Datuk Tuan Sharriff untuk dibawa masuk ke dalam bilik dan kemudian turun ke dapur pula.
“Hmm, baru sampai. Hisham mana?” Soalnya pula sambil mengorak langkah untuk ke dapur.
              “Ada kat atas. Main komputer agaknya.” Jawab Datin Rosmah sambil menceduk nasi untuk suaminya.
              “Panggillah dia turun. Makan dengan kita sekali.” Datin Rosmah memandang suaminya.
              “Abang ingat dia nak makan semeja dengan abang lagi ke?” Datin Rosmah membalas. Keluhan Datuk Tuan Sharriff kedengaran terlalu berat. Peristiwa lampau masih memburu dirinya yang telah ditimpa kekesalan. Di telinganya, masih terngiang-ngiang esak tangis dan jeritan nyaring Fairuz seperti pesalah yang disumbat masuk ke dalam penjara tanpa sekelumit rasa belas kasihan.
              “Abang rasa bersalah sangat Mah. Memang kejadian tu dah berbelas-belas tahun tinggalkan kita tapi hidup abang dibayangi dengan peristiwa tu. Abang tak pernah tahu sejak bila abang ada sikap yang sebegitu,” Datuk Tuan Sharriff meluahkan perasaannya. Dia hampir menangis. Isterinya memandangnya.
              “Itulah abang. Masa tu Mah kata jangan ikut sangat perasaan tu. Sekarang, abang tengok. Fairuz dah bencikan abang. Malah, diseksanya perasaan abang.” Datuk Tuan Sharriff tertunduk seketika. “Sudahlah bang. Yang sudah berlalu tu, biarlah. Sekarang, kita tumpukan perhatian kita untuk hari-hari esok yang akan datang. Lagipun, apa yang nak abang kesalkan? Benda dah berlaku. Nak buat macam mana?” akhirnya, Datuk Tuan Sharriff mendengar kata-kata isterinya.
Fairuz turun ke dapur untuk mengisi air di dalam jagnya.
“Sham, mari makan,” Datuk Tuan Sharriff mempelawa. Fairuz menjeling ayahnya.
              “Buat apa nak makan semeja dengan orang yang dah dera Hisham? Buat sakit mata aje tengok muka orang tu,” tanpa berlengah, Fairuz terus keluar dari dapur dan menuju ke biliknya. Datuk Tuan Sharriff memandang isterinya. Air matanya hampir-hampir menitis.
              “Sudahlah bang. Tak elok menangis depan rezeki.” Datin Rosmah cuba menenangkan suaminya. Dia mengesat air mata suaminya yang mula mengalir. Datuk Tuan Sharriff akur dan mereka mula menjamu selera.


No comments:

Post a Comment