REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

Tuesday 12 October 2010

CSU 7

CINTA SEORANG USTAZ 7

HARI sukan SMK Taman Indah telahpun tamat seminggu lalu. Tetapi, minggu ini masih ada lagi aktiviti untuk guru-guru iaitu Hari Keluarga. Cikgu Ainah sibuk mengeluarkan barang-barang dari Toyota Alphard suaminya.
        “Mand, tolong ibu.” Cikgu Ainah memanggil Armand. Armand bangun dari batang kelapa yang sudah tumbang.  Ketika dipusingkan kepalanya ke kanan...
        “Bu, siapa yang Ustaz Is bawa tue?” Iskandar dan Sandra jalan beriringan kearah mereka sambil berpimpin tangan.

“AKU tak tahulah kenapa Tuan Pengetua terima ada sorang ustaz tak betul kat sekolah kita. Nama aje ustaz. Taste bukan main tinggi! Nak cari makwe yang seksi-seksi. Itu ke budak tahfiz? Teruk kan?” Cikgu Ainah terus mengutuk.
        Murai yang sekor ni memang betul-betul dah tercabut ekor ni! Iskandar masih cuba bersabar.
        “Itulah. Dia tak malu agaknya?” Cikgu Zainah membalas. Mereka menjeling-jeling Iskandar.
        “Zamrul, kami harap kau janganlah macam orang tu ye. Kalau nak cari makwe nanti, carilah yang sepadan dengan kau. Bertudung labuh, pakai jubah. Barulah sedap mata memandang. Jangan jadi macam ada orang tue. Panas kitaorang dibuatnya. Jangan kata nak pandang betina tu, nak pandang orang tu pun dah panas macam kena bakar!”
       “Betul tu Kak Ainah!” balas Zamrul.
       Hafizuddin bersama isteri yang makan semeja dengan Iskandar hanya menepuk-nepuk belakang badan lelaki itu.
       “Sabar jelah Is. Diorang memang macam tu.” Hafizuddin berbisik.
        Lagi satu minit ke 10.30 pagi. 59... 60! Ting... 10.30 pagi. Murai tercabut ekor ni mesti kena bom. Dah setengah jam dia tembak aku je! Ni, aku plak bomkan dia. Biar satu badan tercabut.
        “Din, nak tahu sesuatu?” Iskandar berbisik di telinga Hafizuddin. Lelaki itu mengerutkan kening, bertanya guna isyarat.
         “It’s time for revenge!”
         “Din, kau tahu tak, aku tak malu kalau aku ada makwe macam ni. Malah aku rasa bangga. Kau nak tahu sebab apa aku cakap macam tu?” Iskandar memulakan misinya.
         “Sebab apa?” maka, Hafizuddin pun terlibat dalam misi tersebut.
         “Sebab aku tahu dia nak berubah.” Mata Iskandar menjengah muka Sandra seketika. Sayu saja mukanya.
         “Ah... jantan! Alasan semata-mata!”
         “Memang muka tak malu dia tu, Kak Nah. Berkepit dengan betina tak senonoh macam tu!”
         “Din, aku dengar ada orang cakap aku tak malulah. Aku tak kisah pun. Tapi kau kena ingat ni, Din. Aku lagi malu kalau golongan pendidik macam kita ataupun golongan cendiakawan agama tak mahu membantu orang macam makwe aku nie untuk berubah. Kau cuba fikir, kalau kita tak bantu orang macam mereka, apa mereka akan anggap?”
         “Mungkin... mereka akan anggap kita sombong, nak berkawan dengan orang kelas kita aje. Diorang tak layak untuk berkawan dengan kita.” Jawab Hafizuddin.
         “Betul! Seribu markah untuk kau! Aku tahu apa yang aku buat, Din. Tapi aku sedih, Din.”
         “Kenapa?”
         “Sebab aku tak sangka ada golongan pendidik yang cetek fikiran macam ada orang tu, Din.” Iskandar sengaja menuang minyak tanah ke badan Cikgu Ainah. Cikgu berusia lewat 30-an itu terdiam.            
        Rasakanlah! Kau ingat, kau aje yang betul?! Takat laki kau keje jurutera kat JKR pun, dah nak belagak! Aku ni yang anak Datuk takde papepun! Siap mix Inggeris Midsomer-Melayu Melaka lagi!

....................................
VILLA JANNAH

PAGI Ahad yang Indah. Iskandar suka tidur semula selepas solat sbuh. Tepat jam 10 pagi, dia akan bangun dan akan menjerit ‘Selamat Pagi Dunia’ tetapi kali ni...
       “Argh!!! Juan, kenapa kau suka buat aku terkejut?” Iskandar memulakan paginya dengan memarahi iguana hijau kesayangannya, Juan.
       “Biasa kan kau tido kat toto kecik tu! Apahal plak malam ni kau tidur dekat aku?!” tangan kirinya membantai sedikit badan Juan. Juan hanya mengebil-ngebilkan biji matanya. Meminta simpati dari tuannya. Pantas Iskandar meletakkan semula Juan dio toto keciknya. 30 minit menghuni dalam bilik air, dia keluar. Dengan mengenakan baju pagoda, seluar pendek Bermuda dan jam adidas response II twin di tangan kirinya, dia turun ke bawah. Juan masih setia bertenggek di atas bahu kanannya.

“LAMBAT kau bangun Is?” soal Datuk Alexander sambil membaca Mingguan Malaysia. Dia tahu tapi dia sengaja bertanya. Sesekali dia menjeling anaknya yang sedang mencicah jemput-jemput( a.k.a cekodok) ke dalam piring kecil yang berisi masak lemak cili api.
        “Daddy kan tahu, hari Ahad yang indah macam ni, Is malas nak bangun awal.” Tanpa pamitan, dia sambung mengunyah cekodoknya. Tiba-tiba bila dimasukkan tangannya dalam mangkuk yang berisi cekodok tadi...
       “Eh, dah habis dah?” berkerut dahinya. Lajunya aku makan.
       “Habis tu, mana taknya! Kau kunyah! Si Juan tu pun kunyah. Juan tu daddy tengok dah macam kau jugak! Patutnya bagi tumbuh-tumbuhan, buah-buahan. Ini, kau kasi cekodok. Kau ingat, selera dia sama dengan kau?!” tempelak Datuk Alexander. Iskandar tarik muka. Malas melayan daddynya, dia terus membawa segala cawan dan pinggan mangkuk kotor ke sinki dan dibasuhnya.
       Iskandar terus ke pintu belakang. Setiap Ahad, dia akan membuat lawatan rasmi di belakang. Dia menapak ke sebuah pintu besi yang disambung dengan kawat hijau. Ditolak selak pintu. Bila pintu ditolak, segera dia menerpa ke reban anak ayamnya. Dedak yang disimpan dalam sebuah kotak dicedok sedikit dan diletakkan dalam mangkuk. Bekas putih di dalam reban dikeluarkan dan diganti air baru. Anak ayam pun nak air yang bersih juga. Pantas lidah Juan mahu menangkap seekor anak ayam namun Iskandar sudah mengetuk kepala Juan.
       “Kau jangan kacau anak-anak aku. Nanti aku hantar kat kedai makan cina buat lauk nak?’ Iskandar mengugut. Macam Juan faham saja ugutannya. Dan terus dikebilkan lagi matanya. Tiba di reban arnabnya, dia memasukkan carrot yang sudah dipotong. Ketika dia ingin berdiri, dia seperti terlihat sesuatu di bawah reban arnab itu. Ular hitam!
      “Hai ular! Apa lagi yang kau nak?” Iskandar tahu, ular ini adalah ular hitam di sekolah tempoh hari. Ditenung ular hitam itu lama-lama. Dia seperti ternampak kelibat adik daddynya, Uncle William.
     “Tolong jangan ganggu aku, keluarga aku dan binatang-binatang peliharaan aku ni. Aku tahu kau jin. Baik kau pergi sekarang!” walaupun sudah diberi amaran sebanyak tiga kali, ular hitam itu tetap tidak lari. Iskandar terpaksa mengambil sebatang kayu yang disandarkan pada kawat dan memukul ular tersebut perlahan-lahan sehingga ‘pak anjang’ itu melarikan diri.

“KAU kat mana?” soal Iskandar kepada si pemanggil ketika dia menonton kartun Oggy and the Cockroaches bersama Juan dan tiga ekor kucing parsinya. Kedua-dua ekor anak kucing parsi dilihat sedang bermain-main dengan ekor Juan yang melentik-lentik. Manakala ibu kucing pula sedang enak bersandar di badan Juan. Tangan kanannya mengelus perlaha kedua-dua ekor anak kucing itu.
       “Kau tiba pukul berapa?” suara di sana menjawab.
       “Nanti tunggu sampai aku datang.” Habis menjawab, talian dimatikan.

No comments:

Post a Comment