REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

Friday 12 November 2010

CSU 15

CINTA SEORANG USTAZ 15

DI SEBUAH KAMPUNG

ISKANDAR merenung wajah wanita kesayangannya. Ditenung lagi wajah yang sudah terlelap akibat keletihan. Dicium pipi Laila perlahan-lahan. Tangannya mengusap-usap ubun-ubun Laila sambil berselawat. Iskandar memandang lagi tubuh badan Laila yang sedang membelakanginya. Perut boyot berusia lima bulan yang mengandungi anaknya diusap perlahan-lahan sambil membaca beberapa potong ayat Al-Quran. Diam-diam, dia mendansakan jarinya di pipi wanita itu. Bila melihat Laila mahu bergerak, dia cepat-cepat menarik tangannya. Bila Laila kembali tidur, dia meniup cuping telinga Laila. Bila wanita itu menggaru-garu telinganya dan memusingkan badan, Iskandar berpura-pura tidur terlentang. Laila tiba-tiba memeluk pinggang Iskandar dengan erat. Seperti orang takut hantu. Iskandar pun apalagi... terus saja memeluk Laila dan mencium penuh berahi wanita itu.
        “Arrrrrrrrrrrrrrgh!” terus Laila menjerit. Iskandar terus menekup  mulutnya.
        “Jangan buat Laila macam ni, bang. Laila kan tengah mengandung?” rayu Laila sambil memeluk erat bantal peluknya pula. Tiba-tiba dia terasa Iskandar membantainya dengan sebiji bantal.
       “Alah, abang tak peduli! Abang dah lama gersang ni, ha! Cepat layan abang!” Iskandar memerintah.
       “Abang nie... kan Laila mengandung? Penatlah nak layan abang.” Laila marah-marah manja. Minta simpati.
       “Arggghhh... abang tak peduli semua tu! Abang nak Laila layan abang cepat!” arah Iskandar sambil menindih badan isterinya. Perut Laila yang memboyot terasa senak. Iskandar sudah menampar lembut pipinya.

“ABANG mana yang kau mimpi ni? Bila masa kau mengandung?” soal Hajah Munah sambil menepuk punggung anaknya.  Terus Laila duduk. Ngantuknya tiba-tiba hilang.
        “Err... tak... ttt.. tak ada apa-apalah mak ni. Laila mengigau aje. Emak tak payahlah nak fikir-fikir sangat.” Terketar-ketar Laila member jawapan. Mak Munah menggelengkan kepala.
        “Entah ya entah tidaklah agaknya tu!” malas mahu melayan anaknya, Mak Munah keluar dan menuju ke biliknya semula, sambung tidur. Selepas Mak Munah hilang di balik pintu biliknya, Laila menarik nafas lega. YA ALLAH, nasib baik tak terkeluar nama ustaz sengal tu tadi. Kalau tak, mahu mak aku jadi Detektif Hajime Kindaichi nanti! Detiknya dalam hati. Dikerlingkan matanya ke dinding. Pukul 3 pagi. Agaknya ‘Abang Is’ aku tengah buat apa ya? Tiba-tiba Laila menggelengkan kepala. Eh Laila, yang kau seibuk-sibuk nak amek tahu pasal dia, kenapa? Nak mampos?! Lagi sekali Laila menggeleng. Baik aku tidur saja. Pening kepala aku memikirkan si ‘Fabio Cannavaro’ tu!


“TOLONGLAH tok bomoh. Hantar apa saja kat rumah Datuk Alexander tu. Tak kisahlah. Jin ke, setan ke, iblis ke. Asalkan keluarga dia musnah.” Pak Jemain menghentikan seketika bacaan jampinya. Dia menjeling William yang duduk di muka pintu sambil kakinya dijuntaikan di atas tangga. Dia memandang semula Naim, lelaki di hadapannya.
        “Atuk cakap kau jangan marah.” Pak Jemain memulakan bicaranya. Naim terus mengangguk.
        “Apa bangang sangat kau ni? Kan senang kalau kau bunuh  je keluarga dia! Tak payah nak pakai santau ke, jin ke, setan ke. Jimat kos. Kalau nak lagi dahsyat, kau bakar je sekali mayat diorang lepas kau bunuh. Rumah-rumah dia tu kau bakar sekali. Habsi cerita!” Pak Jemain memberi idea. Naim terkedu seketika. Eh orang tua ni, nak mengajar aku pulak!
       “Tok bomoh, Mr. William ni tak mahu dia mati. Tapi dia nak tengok keluarga abang dia menderita. Faham tak? Tok bomoh jangan nak mengajar saya! Saya tahu apa yang saya buat!” Naim sudah naik angin. pak Jemain hanya menggeleng.
        “Kau panggil bos kau ke mari. Ada benda aku nak cakap dengan dia!” arah Pak Jemain. William terus membuntuti langkah Naim. Dua orang lagi bodyguarnya, Bill dan Philby duduk mengapit Naim dan William.
       “Tok bomoh cakap saja dalam bahasa Melayu. Nanti saya translatekan untuk Mr. William.” Ujar Naim. Pak Jemain hanya mengangguk.
       “Err... Mr William. One thing you should know is... Datuk Alexander and his family are  too immune to be destroyed with spell and voodoo.” Ujar Pak Jemain. Bulat biji mata Naim mendengarnya. Umang aih! Bukan main lai bahaso Inggeris nyo! Mang aih! Din pon kalah!
       “What do you mean?” soal William. Dia menjeling Naim yang terkulat-kulat.
       “Ermm... you know his son, Iskandar Zulkarnain?” soal Pak Jemain. William mengangguk.
       “He defend his family and his house surroundings with verses of the Qur’an.” Jawab Pak Jemain. William faham. Dia berfikir seketika.
       “Do you have any idea?” soal William. Pak Jemain menggeleng. William menumbuk tapak tangan kirinya.


SMK TAMAN INDAH

“AWAK boleh ikut saya tak, Laila?” soal Iskandar ketika Laila meletakkan buku latihan Agam Islam di atas mejanya.
       “Ikut ke mana?” soal Laial. Sengaja diperlahankan suaranya. Dia tidka mahu orang lain mendengar perbualan mereka.
       “Macam ni. Kawan saya nak sambut hari jadi adik dia yang ke 5. Dia nak buat hari Sabtu lepas tapi terpaksa tangguh sebab nenek dia meninggal hari Jumaat sehari sebelum  tu.” Jawab Iskandar.
       “Kat mana?” soal Laila lagi. Tiba-tiba dia ternampak Cikgu Ainah memerhati tingkah mereka.
       “Ustaz, Cikgu Ainah pandnag kitalah.” Adu Laila. Iskandar mengerutkan kening sambil memandang semula ‘musuh ketat’nya itu. Dia mengangkat kening sebagai isyarat bertanya ‘Apa pandang-pandang’. Cikgu Ainah terus mencebik dan menyambung kerjanya menanda buku latihan pelajar.
       Iskandar menulis sesuatu di atas buku nota kecilnya. Kemudian dikoyakkan dan diberi kepada Laila.

          Hari: Sabtu (lusa)
          Jam : 2.00 petang
          Tempat : Taman Muzaffar Heights, Ayer Keroh.
          P/s    : tunggu sy di  jln besar kg awk. Lpas zuhur lbh kurang 1.45,
                     Sy amek.
   
     “Ok.” jawab Laila. Setuju dengan rancangan Iskandar.

.....................................
DI SEBUAH KAMPUNG

“AKU risaulah Najwa. Aku tak tahu nak jawab apa bila mak aku tanya nanti.” Laila melahirkan kegusarannya ketika bertemu dengan Najwa di sebuah pondok di hadapan rumahnya. Najwa merenung kawan baiknya.
        “Kau cakap sajalah terus terang yang kau keluar dengan ustaz. Habis cerita.” Najwa memberi idea. Membuntang biji mata Laila.
        “Kau gila! Mahu mati terperanjat mak aku tu nanti!” Laila membantah. Tanpa disedari, Mak Munah yang sedang berehat di balik pokok binjai mendengar perbualan mereka. Entah kenapa bila dia mendengar anaknya akan keluar dengan ustaz, hatinya terasa ingin melonjak. Pantas dia bangun dan menuju ke pondok tersebut.
        “Keluar saja Laila. Mak tak marah. Asalkan kamu pandai jaga diri.” Ujar Mak Munah sebaik saja keluar dari ‘persembunyian’nya.
       Mak aku ke tu? Tekanya apabila melihat wajah Najwa sudah pucat. Lalu ditolehkan kepalanya ke belakang. “Mak!” tanpa pamitan, dia terus rebah.
       “Laila!” Najwa dan Mak Munah terjerit serentak.


“EMAK ni demam kus kus ke??” soal Laila bila emaknya terus menyokong dia keluar dengan Iskandar. Mak Munah hanya tersenyum.
       “Mak ni teringin sangat nak bermenantu. Kamu yang pertama, kamulah yang terakhir.” Jawab Mak Munah sambil mengusap pipinya penuh kasih sayang. Laila menepuk dahi.
       “Mak... Laila ni SPM pun tak amek lagi tau! Yang mak suka sangat ni kenapa?” balas Laila. Najwa sudah ketawa mengekeh. Tak disangka pula Mak Munah menerima baik hal ini.
       “Mak... tolonglah  jangan ma...”
       “Assalamualaikum.” Kedengaran seseorang memberi salam dari luar. Macam pernah kenal je suara tu? Detik hati Laila.
       “Waalaikumsalam.” Mak Munah melangkah ke hadapan.
       “Anak ni siapa?” soal Mak Munah. Iskandar masih duduk di pangkin.
       “Saya ni Ustaz Iskandar. Guru kelas Laila.” Jawab Iskandar sambil tersenyum.
       “Ohh. Marilah masuk.” Ajak Mak Munah. Dengan senang hati, Iskandar menanggalkan capal coklatnya dan diletakkan di tepi tangga.
       “Duduklah, nak.” Ajak Mak Munah. Laila dan Najwa yang melihat Iskandar tersengih di set kerusi kayu jati pantas melarikan diri ke dalam bilik. Untuk menutup aurat. Mereka keluar semula dengan baju t-shirt berlengan panjang dan bertudung.
       Iskandar melebarkan sengihnya apabil dua sahabat karib itu duduk bersimpuh di sisi Mak Munah yang duduk di atas kerusi.
       “Apa hajat ustaz datang ke rumah mak cik ni?” soal Mak Munah dengan ramah. Iskandar tersengih lagi. Laila dan Najwa saling berpandangan.
       “Ustaz ni tak penat agaknya, asyik tersengih saja! Dia ada sawan sengih tak berkesudahan ke?” bisik Najwa kepada Laila. Laila hanay tergelak sedikit.
       “Agaknya kot.” Bisik Laila pula namun mata mereka tidak putus dari memandang wajah Iskandar.
      “Saya sebenarnya nak ajak anak mak cik ikut saya ke rumah kawan saya. Ada kenduri doa selamat. Dia buat hari jadi adik dia sekali.” Jawab Iskandar. Mak Munah tersenyum lagi.
      “Kalau begitu, mak cik benarkan.” Jawab Mak Munah dengan senang hati. Laila membuntangkan biji matanya.
      “Mak???” Laila mengerutkan mukanya.


“KAMI pergi dulu, mak cik.” Mak Munah sempat melambaikan tangan kepada Iskandar dan Laila. Mak Munah hanya memandang BMW M6 Coupe meluncur pergi. Dalam hati dia sempat berdoa. Ya Allah, jika ENgkau tentukan lelaki itu adalah jodoh anakku, aku mensyukurinya dank au berkatilah serta rohmatilah rumahtangga mereka.

“TAK baik tau memuncung macam tu depan bakal suami.” Sakat Iskandar. Laila menjeling.
      “Ustaz ingat kelakarlah tu?” sindir Laila.
      “Sayang nak abang pegang tangan sayang ke?” tanya Iskandar. Alamak! Laila baru teringat.
      “Hisy... menyusahkan saja!”omel Laila. Iskandar hanya tersenyum.

“ASSALAMUALAIKUM.” Iskandar memberi salam sambil membuka capalnya. Hamka yang sedang meneguk air sarsi segera menoleh.
     “Eh, Is. Masuklah. Dik, mari masuk. Jangan malu-malu.” Ajak Hamka. Laila hanya tersenyum.
     “Duduk dulu. Pak imam tengah baca doa. Kejap lagi kita boleh makan.” Tambah Hamka. Iskandar dan Laila duduk di kerusi makan sambil menadah tangan. Tak lama kemudian, pak imam mengaminkan doa diikuti yang lain. 
     “Makan pak imam.” Jemput ayah Hamka.
     “Yang lain-lain pun, bolehlah makan, ya.” Hamka menjemput tetamu-tetamu yang hadir.
     “Jom kita amek makan.” Ajak Iskandar.
     “Nantilah. Tunggu orang susut dulu. Lagipun, ramai lelaki kat situ. Segan saya. Kalau terlanggar ke, apa ke, mesti Abang Is cemburu.” Jawab Laila diikuti sindiran. Iskandar menjeling.
     “Wah, dah pandai nak kenakan abang ya.” Setelah susut orang di meja hidangan, berulah mereka bergerak ke situ. Laila hanya mengambil laksa. Iskandar pula mengambil semangkuk bihun sup. Kedua-dua mereka mengambil air sarsi. Kemudian, mereka duduk semula.
     “Is, kau apa cerita?” soal Hamka setelah duduk di hadapan mereka.
     “Apa cerita apa? Aku macam ni sajalah.” Jawab Iskandar. Bihun sup terus melalui tekaknya.
     “Kau tak cerita kat aku pun pasal makwe baru kau ni.” Ujar Hamka pula. Iskandar memandang teman baiknya.
     “Aku rasa aku ada cerita kat kau.” Balasnya. Hamka menggeleng.
     “Mana ada. Kau cuma cerita yang kau nak cari seorang perempuan lepas Sandra tinggalkan kau supaya daddy kau tak pilihkan calon untuk kau.”
     “Okey. Ni Laila. Anak murid aku. Tahun ni nak amek SPM.” Iskandar membuka cerita.
     “Ohhh.” Hamka member reaksi.
     “Aku bukannya apa, Ham. Walaupun kami tak saling menyintai, tapi sekurang-kurangnya hampir setahun aku jadi cikgu kelas dia, aku mengajar dia, aku tahu perangai dia. Manalah tahu kalau-kalau calon daddy aku tu cuma nak rampas harta keluarga aku je, atau nak kikis duit aku sampai habis. Hati manusia, mana kita tahu kan?” Hamka mengangguk, mengiakan apa yang dikatakan oleh Iskandar.
     “Jadi, sekarang Sandra tu ada contact kau lagi tak?” soal Hamka pula. Iskandar hanya menggeleng.
     “Kejap eh. Aku nak amek laksa kejap.” Terus ISkandar bangun. Hamka memerhatikan pula raut wajah Laila. Nak kata cun macam Isha, tak. Tapi good-lookinglah. Wajahnya licin.
     “Jadi, apa perangai yang dia pernah buat apda awak?” Hamka memulakan siasatan. Belum sempat Laila memberi jawapan, Iskandar sudah tiba.
     “Apa soalan kau tadi, oh... pasal Sandra ya? Dia tak contact aku lagi. Dia memang betul-betul nak break dengan aku. aku call tak jawab, emel pun tak balas, mesej apatah lagi. Habuk pun takde! Tapi aku faham, kalau aku kat tempat dia pun, mesti aku akan rasa diri aku terlalu kotor, jijik dna hina untuk seorang lelaki bergelar ustaz.” Iskandar memberikan jawapan.
     “Biasalah tu, Is. Tapi aku tahu, dia sebenarnya memang baik. Tapi... yalah, dah daddy kau tak setuju, nak buat macma mana? Kau tentu tak mahu jadi anak derhaka, kan?” tambah Hamka. Iskandar mengangguk mengiakan.

No comments:

Post a Comment