REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

Friday 5 November 2010

WUC 5

WAKE UP CALL 5

SEKALI LAGI, Fahem terpaksa menjadi Pemangku Pengarah Urusan apabila Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin masuk hospital setelah mengadu kepada Puan Sri Sharifah yang dia sakit dada. Lebih mengharukan, Mesyuarat  Ahli Lembaga Pengarah akan diadakan hari ini jam 9 pagi nanti.
     Daddy ni, kalau nak sakit, tunggulah sebulan dua. Baru lepas cuti, masuk pejabat satu dua hari dah sakit pulak? Hai... Fahem mengeluh dalam hati. Dia sudah menyuruh Mazidah mengingatkannya tentang mesyuarat tersebut.
     “Tuan Fahem, semua Ahli Lembaga Pengarah sudah menunggu di Bilik Persidangan.” Suara Mazidah bergema di interkom.
     “Baiklah, awak suruh mereka tunggu. Dalam lima minit, saya sampai.” Balas Fahem melalui interkom.


“I make you some coffee, supaya you tak mengantuk.” Ujar Mazidah sambil meletakkan secawan kopi di meja sofa dalam bilik Fahem. Lelaki itu mengambil cawan tersebut dan menghirup sedikit. Sedap. Manis. Pujinya dalam hati.
        “Apa yang dibincang dalam mesyuarat tadi?’ soal Mazidah sambil memicit-micit bahu Fahem.
Fahem menguap beberapa kali. Lalu tangan kiriya memeluk pinggang Mazidah yang duduk di sebelahnya. Tangan kanannya menghirup lagi kopi tersebut sehingga habis. “I cakap pasal projek. I tak nak projek yang tak berepot dan tak suka projek terbengkalai.” Ringkas jawapan Fahem. Direnung jam tangannya. Jarum pendek hampir ke nombor satu.
       “You dah makan?” soal Fahem apabila Mazidah melentokkan kepalanya di bahu lelaki itu. Mazidah menggeleng.
       “You nak makan apa?” soal Fahem sambil mencari nama Razif dalam senarai handsetnya.
       “Mi goreng mamak sajalah. Dengan jus oren.” Jawab Mazidah. Fahem menelefon Razif. Tak lama kemudian, Razif menjawab.
       “Ada apa tuan?” soalnya.
        “Awak tolong belikan saya nasi goreng cili padi satu dengan seafood tomyam ,lepas tu awak belikan mi goreng mamak satu. Air... awak beli sekotak jus epal dengan sekotak jus oren.”
        “Baik tuan.” Razif akur.
        “Sayang... I dengar, daddy you nak bubar syarikat. I mean, dia nak bubar perniagaan kita. Selama ni kan kita buat perniagaan supply kan... ni nak buat pernigaan construction pulak. Betul ke?” soal Mazidah. Jari runcingnya menekan-nekan remote tv, mencari siaran Astro yang menarik untuk ditontoni. Dalam kepala Fahem bila sudah berdua begini, tiada benda lain yang difikirkan selain yang satu tu saja. Dalam diam, dia mencium tengkuk Mazidah dan wanita itu menolak badannya perlahan.
       “Sayang, you kena ingat, ni office. Bukan apartmen you tau.” Mazidah tergelak. Fahem tersenyum tawar.
       “Daddy I ada bincang benda tu dengan I kat rumah tapi I cakap balik... daripada kita bubar, baik kita kembangkan saja perniagaan. I mean, supply tetap supply, dan construction business tu, side income. So, daddy I setuju.” Jawab Fahem. Namun dia masih tidak puas dengan tadi. Kali ini, dia mula mencium Mazidah dengan rakus. Wanita itu memberi reaksi positif. Dia mula melayan nafsu dan kehendak Fahem. Ketika bergelut, pintu pejabatnya dibuka dari luar. Puan Sri Sharifah, Razif dan Fiona menyaksikan adegan panas itu. Fahem dan Mazidah tidak perasan. Mereka sudah tenggeleam dengan tuntutan nafsu.
       “Sayaaaaaaaaaanggggg!” dengan pantas Fiona meluru kepada Fahem dan memukul badan lelaki itu dengan beg tangan merahnya berkali-kali. Fahem sudah tidak dapat mengelak.
       “Berani you ada betina lain selain I ya!” Fiona memukul lagi badannya. Dia memandang baju Mazidah. Tiga butang pertama dari atas sudah terbuka. Tanpa fikir panjang, dia terus membantai pula wanita itu. Fahem dan Mazidah sudah berdiri. Fahem bediri di hadapan Mazidah untuk mengelak dari dipukul.
       “Betina tak guna! Fahem, you tepi! I nak bantai betina tak guna ni!” Razif dan Puan Sri Sharifah hanya menyaksikannya  dari tempat duduk mereka di meja Fahem. Tak kuasa untuk masuk campur.
       “Fiona... jangan buat kecoh boleh tak? Ini pejabat tau! Bukannya tempat boxing. Awak nak gaduh dengan anak saya... saya tak kisah tapi tolong bergaduh di tempat lain. Jangan bergaduh dalam pejabat!” Puan Sri Sharifah memberi amaran. Dia datang  untuk mengajak anaknya membeli sedikit buah-buahan lantas melawat Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin. Namun siapa sangka... sudah ditakdirkan ‘rezeki’nya untuk menonton sebabak adegan panas dalam pejabat.
       “Err... mummy datang... err... nak...” Fahem kehilangan kata-kata. Dia sudah tidak tahu untuk berkata apa.
       “Mummy sebenarnya nak ajak kamu pergi beli buah... lepas tu tengok daddy kamu sekejap tapi dah macam ni... biarlah mummy pergi sendiri.” Baru Fahem teringat yang dia sudah berjanji dengan mummynya untuk melawat daddynya. Sebelum Puan Sri Sharifah keluar, Fahem sempat mencium tangannya. Rasa kesal menujah dirinya. Kalaulah aku tak ikut nafsu sangat... takdelah mummy sedih begitu. Fahem menarik Fiona dan dudukkan wanita itu di kusyen.
       “Okey, please sayang. You nak pukul I... nak tembak I dengan M16 ke, I tak kisah tapi tolonglah... please jangan pukul Mazidah dan jangan buat kecoh kat syarikat I. Please, ok?” Fahem mahu mencium pipi Fiona namun Fiona pantas menolak dada sasa lelaki itu.
       “Ohhh... berani you main dengan betina lain belakang I. I tak peduli! I nak you putuskan hubungan you dengan dia!” Fiona menampakkan kemarahannya. Fahem hanya merenung Mazidah yang sudah membutangkan semula bajunya. Mazidah hanya menundukkan kepala.
      Razif malas mahu menunggu lama-lama, lalu dia melangkah ke tempat Fahem duduk.
      “Saya dah letakkan makanan yang tuan pesan di atas meja.” Beritahu Razif sebelum dia keluar. Fahem hanya mengangguk faham sambil menghulurkan RM 50 kepada Razif. Sebagai ganti duit dia membeli makanan tadi.
      Tanpa menunggu lama, Mazidah keluar. Seleranya untuk makan sudah mati.
      “I tak peduli Fahem! I tak nak kongsi you dengan sesiapa! You jangan nak menggatal cari betina lain sana-sini!” Fiona marah semula. Ketika Fahem menarik tangannya, dia merentapnya dengan kasar dan terus keluar. Fahem terus ke meja dan menekan interkom.
      “Mazidah, masuk ke bilik saya!” Fahem memberi arahan. Mazidah yang mendengar arahan tersebut  masuk dengan langkah yang malas.

“COME on, makan.” Ajak Fahem sambil mengambil bungkusan dari atas meja kerjanya dan membawanya ke meja kusyen. Dihulurkan bekas polisterin berisi mi goreng mamak kepada Mazidah. Wanita itu menolak. Fahem hampa.
      “Kenapa? You marah pasal hal tadi?” soal Fahem. Mazidah hanya diam. Yalah tu agaknya. Fahem merapatkan kepala wanita itu ke dadanya.
      “Sudahlah... pasal Fiona tu nanti... tahulah I nak uruskan. So sekarang, you makan dulu. I tak nak perut you masuk angin.”  Mazidah setuju. Diambil garfu plastik yang diletakkan di dalam bekas polisterin itu. Dia menyuap perlahan-lahan. Kemudian, disuapkan sedikit kepada Fahem. Lelaki itu pula kemudian menyuapkan nasi goreng ke dalam mulut Mazidah. Selepas itu, dia memberi satu lagi sudu untuk dibuat hirup tomyam. Fahem dan Mazidah membuka penutup jus yang dipesan. Selepas meneguk sedikit, Fahem menyuakan jus epalnya kepada Mazidah. Wanita itu juga sama. Mereka sama-sama tergelak.

“TAN SRI sakit apa sebenarnya?” soal Nur Syuhadah ketika duduk di birai katil. Direnung wajah tua itu. Daddy Zariff  ni taklah hensem sangat tapi good-lookinglah. Tak nampak tua pun. Masih boleh memikat wanita muda. Pujinya dalam hati.
      “Entahlah cikgu. Masa baru balik dari Jerman, sihat. Masuk hari kedua  saja, dah sakit dada. Oleh sebab risau, tu yang makcik kamu hantar pakcik ke hospital.” Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin batuk sedikit. “Orang tua macam pakcik ni, biasalah selalu sakit. Maklumlah...”
      “Tulang kami orang tua ni semua, dah longgar. Ajal pun dah keliling pinggang aje.” Sampuk Puan Sri Sharifah ketika menutup pintu.
      “Awak ni, tak habis abang cakap, awak dah sambung?” Puan Sri Sharifah menjeling suaminya.
      “Dah awak tu... bila bercakap saja, nak tercungap. Lepas tu, terbatuk-batuk. Saya sambungkanlah.” Perlinya. Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin memandang ke pintu.
      “Kata nak datang dengan Fahem. Dianya mana?” soalnya lagi.
      “Dia ada hal kat pejabat. Ni siapa?” soal Puan Sri Sharifah. Pantas Nur Syuhadah bangun dan mencium tangan wanita itu.
      “Saya Nur Syuhadah, guru kelas Zariff. Tadi masa saya lawat kawan saya, saya ternampak Zariff kat luar. Bila saya tanya, rupanya Tan Sri yang sakit.” Jawab Nur Syuhadah sambil tersenyum.
      “Manis muka Nur Syuhadah. Bang, kan elok kalau Fahem buat dia jadi menantu?” Puan Sri Sharifah mencadangkan. Suaminya berdehem sambil menjeling Nur Syuhadah. Wajah wanita muda itu seudah merah menahan malu. Puan Sri Sharifah tersenyum.
      “Maaflah... auntie bergurau saja.” Nur Syuhadah mengangguk faham. Janganlah betul-betul. Pintu ditolak dari luar. Fahem muncul bersama Mazidah.
      “Assalamualaikum daddy.” Fahem terus mencapai tangan daddynya dan cium. Mazidah hanya tersenyum.
      “Tan Sri ok?” soal Mazidah. Tan Sri Tuan Ahamd Izzuddin mengangguk sambil tersenyum.
      Fahem memandang Nur Syuhadah. Hisy... kalaulah aku tahu dia ada, tak adanya kau bawa Mazidah sekali! Menyesalnya aku!
       “Cikgu pun ada?” tanya Fahem. Nur Syuhadah tersenyum lagi.
       “Kebetulan saya datang lawat kawan saya tadi. Terserempak dengan Zariff. Dia kata, Tan Sri masuk hospital. Terus saya jenguk.” Beritahu Nur Syuhadah.
       “Tak payah Tan Sri Puan Sri dengan kami. Panggil saja pakcik makcik.” Lantas Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin memandang anak sulungnya.
       “Kamu ada hal apa? Ada meeting ke?” soalnya. Fahem dan Mazidah sudah terdiam.
       “Dia bergaduh dengan makwe dia yang model tu dalam pejabat.”Puan Sri Sharifah yang menjawabkan. Fahem sudah tersimen. Mummy nie... janganlah cerita depan Nur Syuhadah!
       “Gaduh apa? Dia serang kamu dengan Mazidah di pejabat?” teka daddynya.      
“Err... tak... sebenarnya....” Fahem kehilangan kata-kata.
       “Yalah tu!” malas dia mahu memanjangkan hal itu. Buat menyemak kepala saja. Dia akan bertanya kemudian. Dia tidak mahu mengaibkan Fahem di depan Nur Syuhadah.
       “Mesyuarat tadi macam mana?” soal Tan Sri Tuan Ahamd Izzuddin lagi. Puan Sri Sharifah mendengus.
       “Tengoklah tu cikgu, nie terlantar kat hospital ni... tapi masih sibuk dengan hal syarikat! Cubalah rehat-rehatkan kepala abang tu! Tak usahlah abang risau sangat. Fahem ada nak jaga pejabat!” pintas isterinya. Lelaki tua itu sudah tersengih.
       “Yalah Cik Pah oiii!” mereka semua tergelak. Mazidah perasan Fahem asyik memandang wanita bertudung itu sedari tadi. Nak pasang lagilah tue! Bentaknya dalam hati.
        “Daddy, Fateeha tak telefon daddy ke?” soal Fahem sambil duduk di birai katil. Bersebelahan dengan Nur Syuhadah. Ustazah muda itu dapat merasakan yang Fahem sengaja melanggar pergelangan tangannya.
        Daddynya menggeleng. “Tak ada pulak. Daddy ingat, nanti kamu pergilah jenguk dia kat US tu. Risau jugak daddy. Dah lama dia tak telefon.” Fahem menjeling Nur Syuhadah di sebelahnya. Nur Syuhadah tahu tetapi dia sengaja buat-buat tidak nampak.
        “Err... Tan Sri... saya mintak diri dulu.” Nur Syuhadah berdiri dan mencium tangan Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin dan Puan Sri Sharifah.
        “Err... cikgu.” Fahem memanggilnya. Nur Syuhadah terhenti di muka pintu dan memusing ke belakang.
        “Err... cikgu hati-hati kat bawah. Tadi saya nampak ada orang gila kat bawah. Tak tahulah macam mana boleh terlepas.” Orang gila? Nur Syuhadah tersenyum tawar.
        “Kalau gitu kamu suruh saja si Zariff tu hantar sampai...” belum habis ayat daddynya, Zariff sudah menuju ke tandas.
        “Daddy suruhlah Abang Fahem hantar. Zariff nak masuk tandas.” Zariff dengan mudah memberi jalan kepada abangnya.
        “Err... tak apalah Tan Sri, saya bo...”
        “Tak apa. Fahem, pergi hantar sampai ke kereta.” Dengan senang hati, Fahem mengiringi Nur Syuhadah. Nur Syuhadah keberatan. Dia lihat wanita yang bersama Fahem tadi seperti sudah berubah muka. Dia takut jika mereka beuuda bergaduh kerananya. Dia tidak mahu kajadian di kedai buku Popular berlaku lagi.

“MAKWE Encik Fahem tak marah ke Encik Fahem hantar saya sampai bawah?” tanya Nur Syuhadah. Ketika itu, mereka di dalam lif.
       “Kan saya dah cakap jangan panggil saya encik bila jumpa di luar. Panggil saja Fahem. Kalau takut nak panggil Fahem, panggil abang. Kalau takut juga nak panggil abang, panggil sayang ke, darling ke...” Fahem menjeling ke kiri. Wajah Nur Syuhadah sudah kemerahan. Lebih-lebih pulak jantan ni! Tiba di parking kereta, Fahem mengikut langkah Nur Syuhadah sehingga wanita itu berhenti di sebuah kereta Wira Aeroback biru cair.
       “Ni ke kereta cikgu?” soal Fahem. Nur Syuhadah mengangguk. Fahem tergelak.
       “Kebetulan... sebelah ni kereta saya.” Ujar Fahem sambil menepuk-nepuk bumbung Valkswagen The Eos warna biru gelap. Nur Syuhadah hanya tersenyum sambil menjeling kereta vlakswagen yang cerminnya bertinted gelap.
       “Ni sajalah yang mampu saya pakai, Fahem. Sesuailah dengan gaji saya.” Nur Syuhadah merendah diri. Fahem hanya tersenyum.
       “Cikgu...”
       “Bila jumpa saya kat luar, tak payahlah panggil cikgu. Panggil Syuhadah saja. Ok?” Fahem mengangguk.
       “Syuhadah jangan risau. Bila kita kahwin, Fahem akan belikan Syuhadah BMW  7 series ke, X series ke, M series ke tak kisahlah. Ikut suka sayang. Ok?” Fahem makin memasang jerat. Dia terasa seperti mahu memiliki wanita itu. Entahlah... sejak bertemu dengan ustazah muda ini, hatinya menghasut dirinya untuk memiliki gadis kecil molek ini. Dia akan rugi jika tidak memilikinya.
       Nur Syuhadah yang mendengar ayat itu sudah merah menyala mukanya. Fahem ni nak menggatal ke apa? Makwe dua orang pun tak cukup-cukup lagi ke? Pelahapnya!
       Belum sempat Nur Syuhadah membalas, tiba-tiba sebuah Vios melintasi mereka dan melepaskan sedas tembakan. Tanpa berfikir lama, Fahem memeluk Nur Syuhadah dan mereka sama-sama terjatuh dia atas tar. Dengan drastik, Fahem tercium bibir Nur Syuhadah yang merah merekah. mereka terkedu seketika.
       “Ada!” Safiyyah memanggil nama kawan baiknya. Astaghfirullah-al-azim. Lekas Nur Syuhadah menolak dengan kuat tubuh Fahem yang sasa dan dia bingkas bangun. Membersihkan mulutnya dengan sehelai tisu.
       “Err... Syuhadah, Fahem minta maaf. Fahem tak sengaja. Fahem cuma nak selamatkan Syuhadah tapi... entahlah... tak sengaja. Sorry again.”
       “Ermm... maaf diterima. Tapi lain kali, jangan buat lagi. Assalamualaikum!” pantas Nur Syuhadah dan Safiyyah masuk ke dalam kereta.
       “Macam mana kau ada kat sini?” soal Nur Syuhadah ketika mengundurkan kereta.
       “Aku datang dengan Rokiah tapi dia kata dia kena balik awal. Kebetulan masa aku lalu kat sini, aku perasan kereta kau. Aku pergilah.” Jawab Safiyyah.

“KAN betul aku teka? Dia mesti pakwe kau kan?” soal Safiyyah. Kejadian di parking lot tadi masih menghantui matanya.
       Nur Syuhadah menjeling. “Banyaklah kau punya pakwe!” marah Nur Syuhadah sambil membalingkan sebiji bantal kecil kepada Safiyyah. Rakan baiknya itu sudah tergelak.
       “Habis... macam mana boleh jadi macam tu?” soal Safiyyah. Nur Syuhadah menghela nafas panjang sambil beristighfar beberapa kali.
       “Sebenarnya dia hantar aku sampai kat kereta. Lepas tu, masa kami berbual-bual tiba-tiba aje ada sebuah Vios ni lepaskan tembakan. Mungkin sebab nak selamatkan aku, dia peluk aku dan kami tak sangka sama-sama jatuh. Dan dia pun, tanpa sedar tercium aku. Apa? Kau ingat aku ni nak sangat diperlakukan begitu?” Nur Syuhadah menjeling lagi rakannya.
       “Hantar sampai kat kereta? Apa maksud kau?” Safiyyah masih mahu mengorek rahsia.
      Hisy... banyak tanya betul budak ni! “Dialah yang cakap kat ruang legar bawah tu ada orang gila. Sudahnya, daddy dia suruh dia hantar aku masa aku dah habis lawat daddy dia. Nak tak nak, aku ikut jelah. Kau jangan nak buat andaian melulu eh!” Nur Syuhadah memberi amaran. “Fatimah dengan Zahra mana?” soal Nur Syuhadah apabila melihat rumah sewa Safiyyah itu sunyi.
      “Mereka pergi ke surau. Ada bacaan Yasin malam Jumaat macam ni. Biasanya memang kami pergi bertiga tapi aku period.” Jawab Safiyyah. Kedua-dua mereka sudah senyap. Nur Syuhadah masih memikirkan sesuatu. Di manakah dia pernah melihat muka seiras Fahem? Di manakah dia pernah mendengar suara garau yang sama dengan suara Fahem? Hatinya beristighfar lagi.

No comments:

Post a Comment