REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

Thursday 6 November 2014

WUC 34


WAKE UP CALL 34

 

IPK MELAKA, BUKIT BERUANG

 

“BERAPA banyak musuh kau ni, sebenarnya? Kejap tayar kereta kena tembaklah, pejabat kena geledahlah! Fahem… Fahem…” bebel DSP Ryan tatkala rakannya duduk di hadapannya.

            “Eh… banyak pula bebel kau. Apa cerita kes pecah masuk pejabat aku? Dah boleh masuk ke belum pejabat tu?”soal Fahem. Tidak sabar menunggu hasil siasatan polis. DSP Ryan meneliti sebuah fail seketika. Kemudian, dia mengeluarkan sehelai kertas A4 lalu diletakkan di hadapan Fahem.

            “Pernah tengok tak?” soal DSP Ryan. Fahem memerhati betul-betul gambar itu. Terbeliak biji matanya. Apa lagi mahunya? Tidak mungkin mereka mencarinya kini? Apa salahnya kepada mereka?

            “Memang aku pernah tengok.” Jawab Fahem. DSP Ryan mengerutkan dahi. Dia tahu, ada lagi yang ingin dikatakan oleh rakannya itu.

            “Tapi…” DSP Ryan membiarkan ayatnya disambung Fahem.

            “Aku tak faham. Apa mereka nak dari aku… sampai kat sini mereka cari aku. Salahkah kalau nak menuntut keadilan?” bingung seketika kepalanya. DSP Ryan melepaskan nafas berat.

            “Manusia tamak haloba, memang macam tu. Celah mana pun kita pergi, mereka tetap akan cari walaupun kita tak salah dengan mereka. Pada kita, kita memang tak salah. Tapi pada mereka…? Fikirlah sendiri.” Kata-kata DSP Ryan mengingatkannya kepada Mazidah, setiausaha sementaranya. Wanita itu pernah memberitahunya beberapa minggu lepas bahawa seorang lelaki Inggeris telah mencarinya di pejabat. Apabila Mazidah mengatakan dia cuti sakit, lelaki Inggeris itu meninggalkan sekeping kad untuk dihubungi. Dia tidak terus menghubungi lelaki itu tetapi telah mengupah seorang penyiasat. Hasilnya sangat menakjubkan!

            Fahem mengeluarkan dompetnya dan menarik kad lelaki Inggeris itu.

            “Nah, aku rasa kau perlukan benda ni sebagai bahan bukti.” DSP Ryan membuat muka pelik namun tangannya tetap mengambil kad tersebut.

            “Siapa ni?” dibaca sekali lagi tulisan yang tertera pada kad tersebut.

            Arthur McCohen. Managing Director of Illionis Inc.

            “Dia sebenarnya salah seorang dari…” kata-katanya terhenti tatkala mendengar pintu bilik pejabat rakannya diketuk dari luar. Arahan masuk diberi.

            “Tuan, Tuan Razali minta tuan ke bilk mesyuarat. Ada taklimat tergempar.” Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal memberitahu. DSP Ryan mengangguk faham.

            Fahem yang faham akan situasi tersebut terus bangkit. “Oklah Ryan. Nanti kalau ada apa-apa perkembangan, kau telefonlah aku.” Mereka berjabat tangan sebelum Fahem keluar dari pejabat tersebut.

           

 

BANDA HILIR, MELAKA

 

BERKERUT-KERUT dahinya menadah kemarahan pihak sebelah sana. Jika tidak memikirkan habuan lumayan yang akan diterimanya, sudah lama dia menarik diri dari rancangan ini. Arahan terus didengar dengan teliti.

            “Kau ingat tak ni, apa yang aku cakapkan?” herdik orang di dalam talian.

            “Ya, Datuk. Saya faham. Saya akan jalankan rancangan kita secepat mungkin.” Mark mengesat peluh yang mula membasahi dahinya.

            “Kalau dah faham, apalagi… cepatlah jalankan! Aku nak hasilnya cepat! Cubalah jangan bagi darah aku naik!” Mark ditengking lagi.

            “Baik Datuk. Saya akan jalankan secepat mungkin.”

            “ Jangan nak baik Datuk… baik Datuk! Orang atas dah bising dah. Selagi tak ada hasil, jangan telefon aku!” dia sudah muak menerima desakan dari pihak atasannya berkenaan hal ini. Maka, dia perlu menyelesaikannya dengan segera.

            Tak lama kemudian, talian diputuskan. Mark menoleh ke kiri, melihat wajah pelik Fiona yang sedang merenungnya.

            “Apa pula masalah kali ni?” soalnya lagi sambil menyelak perlahan-lahan majalah Wanita di tangannya.

            “Apa lagi, hal itulah. Pening betul kepala I. Dia ingat, senang agaknya nak buat kerja tu!” tangannya mengeluarkan kotak rokok dari kocek seluar. Baru saja dia ingin mengeluarkan sebatang, kotak rokoknya dirampas oleh Fiona.

            “You ni, asalkan stress aje, rokok! Tak ada benda lain ke?” Fiona mencampakkan kotak rokok tadi ke atas meja. Mark mengeluh.

            “Habis, nak hisap apa lagi? Takkan you nak suruh I hisap dadah pulak setiap kali stress?” entah apa-apa betul sifat perempuan seorang ni. Mark benar-benar tidak faham! Fiona melepaskan nafas berat.

            “Terus terang I cakap. Bila I tengok you hisap rokok, langsung tak macho! Hilang watak ganas you!”

            Itu pula yang dibacanya? Mark sudah hilang sabar! “Habis pada mata you, siapa yang macho bila hisap rokok?” Fiona sudah tersenyum penuh makna.

            Mark menjulingkan matanya ke atas seketika.

            “Sudahlah Fiona. Dia dah kahwin. Dah nak timang anak dah. Tak payahlah nak teringatkan dia sangat. I yang ada depan mata you ni, tak nak pula you layan! Tak nak pulak you teringat!”

             Fiona menjeling. “Sebab you sentiasa depan mata I lah, I tak teringat kat you. Hari-hari pandang, bosan juga kan?” Mark menggeleng kepala. Apa-apa sajalah…

 

MEREKA masih leka membelek-belek baju bayi sedangkan tanpa disedari, waktu telah menginjak ke 2.30 petang. Si suami langsung terlupa mereka masih belum makan tengah hari. Makanan terakhir mereka adalah sarapan yang menghampiri jam sembilan pagi tadi.

            “Abang, warna pink  ni cantik sangat.” Ujar Nur Sumayyah sambil menunjukkan sepasang baju bayi kepada suaminya.

            Fahem mengangguk setuju namun seketika kemudian dia menggeleng.

            “Tak naklah warna tu. Kita tak tahu apa jantina anak kita, sayang. Kalau keluar perempuan tak apa juga. Sekali dapat anak lelaki, abang tak nak anak lelaki abang jadi ‘sotong kurita’.” Nur Sumayyah menjeling apabila mendengar ayat laser suaminya.

            “Apa abang cakap macam tu pulak?” mulut… laser yang amat! Tak padan dengan mafia!

            Fahem tergelak perlahan. “Abang bukannya apa… cuma berjaga-jaga.”

            Malas mahu melayan suaminya, Nur Sumayyah bergerak ke bahagian pampers dan tisu basah. Dia mencapai beberapa bungkus tisu basah dan lampin pakai buang bersaiz new born. Tak lama kemudian, Fahem datang kepadanya sambil membawa bakul yang berisi pakaian dan barangan bayi lain yang telah mereka pilih. Si suami menjeling seketika jam tangan.

            “Dah 2.45 petang. Jom, kita pergi makan. Nanti kesian anak kita lapar.” Ajak Fahem. Nur Sumayyah mengangguk akur. Selepas membayar, mereka keluar mencari destinasi untuk memenuhi perut masing-masing.

 

DOUBLECHEESE BURGER dua set.” Pesanan yang sama membuatkan dua insan saling berpandangan seketika. Terasa dunia sepi, hanya mereka sahaja berada di situ. Lama mata mereka bertautan, menikam hingga ke sanubari.

            Ketukan di meja kaunter mengembalikan mereka ke dunia nyata.

            “Encik, cik… satu pesanan yang sama ke?” Tanya pekerja McDonald’s berkenaan.

            “Bukan.” Jawab Mazidah.

            “Ya.” Fahem memberikan jawapan serentak. Pekerja tadi semakin bingung.

            “Bukan. Berlainan order. Makan sini ya, dik.” Mazidah memutuskan. Pekerja tadi terus mengangguk. Sementara menunggu pesanan Mazidah sampai, pekerja tadi mengambil pesanan Fahem pula.

            “Kenapa tak sudi saya belanja awak?” soal Fahem. Mazidah hanya buat tidak tahu.

            “Sayang… I’m talking to you!” Fahem geram dengan sikap Mazidah. Baru sahaja Fahem ingin menambah kemarahannya, pesanan mereka sampai.

            Sebelum kembali ke mejanya, Mazidah sempat menyatakan sesuatu. “I’m not your sayang anymore!” Fahem terkedu dengan ayat tersebut.

 

NUR SUMAYYAH sibuk menyemak Kertas Ujian Percubaan Pendidikan Islam SPM. Menggeleng kepalanya tatkala membaca jawapan para pelajar, terutamanya di bahagian tajwid. Hampir sahaja dia ingin mengilai mengalahkan pontianak. Mana tidaknya… jawapan yang sepatutnya Mad Aridh Lissukun, bertukar menjadi Mad Arif Sukun. Tetapi itu masih boleh diterima lagi. Jawapan yang paling kelakar… Mat Sukun! Astaghfirullahalazim… mengucap panjang Nur Sumayyah sambil menahan perut akibat terlampau banyak ketawa.

            Fahem malas mengambil tahu apa sebab isterinya tertawa hingga sakit perut. Otaknya masih memikirkan tentang kejadian di McDonald’s tadi. Wanita itu sedikit cengkung, namun keanggunannya tetap seperti dahulu. Fahem akui, dia masih menyayangi wanita itu, dan masih berharap dia akan menjadi isterinya. Lamunannya berkecai tatkala mendengar isterinya mengaduh kesakitan. Lekas-lekas dia mendapatkan isterinya di meja kerja.

            “Sayang ni, ingat-ingatlah sikit anak dalam perut tu. Ini tak, ketawa tak ingat dunia. Kan, dah sakit perut tu,” bebelnya sambil memimpin Nur Sumayyah menuju ke katil.

            Nur Sumayyah hanya tersenyum mendengar bebelan suaminya. “Abang ni, risau tak bertempat sangat,” rungut Nur Sumayyah.

            “Banyaklah Sumayyah punya tak bertempat. Karang kalau awak dah terberanak kat sini jugak, siapa nak jadi bidannya? Abang jugak!” Fahem masih belum berhenti membebel.

            Dia memimpin isterinya hingga ke katil dan mendudukkan wanita itu. Nur Sumayyah sudah kaget.

            “Abang nak buat apa ni? Sumayyah tak habis kerja lagi ni.” ujar si isteri sambil cuba bangun namun Fahem pantas menekan bahu isterinya agar duduk semula.

            “Sumayyah baring. Abang nak sapu Bio Oil kat perut tu.” Arah Fahem dengan tegas.

            “Kejap lagilah, bang. Sumayyah nak habiskan tanda kertas. Nanti Sumayyah tidur…”

            “Tak ada, tak ada… sekarang jugak. Gelak dah banyak-banyak, sakit nanti perut tu. Tiap-tiap malam nanti menggaru perut saja!”

 

BANDAR MELAKA

 

DIA sedang membelek satu persatu gambar yang bersepah di atas meja kopi itu. Hatinya puas dengan kualiti gambar-gambar berkenaan. Lebih puas lagi apabila melihat wajah-wajah yang terpapar di dalam gambar tersebut. Hatinya mula bersorak gembira. Dia tahu, tidak lama lagi misinya akan berjaya.

            Dia… seorang wanita campuran Yahudi-Amerika dan Melayu. Ayahnya, seorang lelaki perantau. Dihalau oleh keluarga kerana cuba mengasaskan sebuah ajaran sesat. Berkali-kali keluarganya cuba menariknya kembali ke pangkal jalan, namun… pendiriannya tetap teguh dengan ajaran sesat tersebut. Di Amerika, dia berkenalan dengan seorang wanita berdarah Yahudi-Amerika beragama Islam. Tatkala itu, barulah dia tahu bahawa tidak semua Yahudi membenci umat Islam. Atas dasar suka sama suka, mereka berkahwin. Perlahan-lahan, wanita itu menariknya semula ke pangkuan agama Islam. Pernah juga isterinya memujuknya untuk pulang ke kampung, namun dia tidak mengendahkannya.

            Wanita itu ketawa dengan senang hati. Dia mahu memastikan hasil dari kerjanya ini, akan memuaskan hatinya dan memberikan ‘kemenangan’ mutlak kepadanya. Jika dia tidak dapat, orang lain juga tidak akan dapat! Tak lama kemudian, telefon bimbitnya menjerit minta diangkat. Lalu lekas dia menjawab panggilan tersebut.

            “Dah sedia?” soal pihak sebelah sana.

            “Aku dah lama bersedia dengan semua ni. Cuma aku nak cari masa yang lebih sesuai.” Jawabnya.

            “Bila?”

            “Kau akan tahu kemudian.” Klik. Panggilan ditamatkan. Sekali lagi, pandangannya tajam menikam wajah lelaki yang tersenyum di dalam gambar itu. Sungguh, dia tidak sabar menunggu detik kejatuhan lelaki itu.

Thursday 15 May 2014

WUC 33


WAKE UP CALL 33
 

IZZUDIN SUPPLIER HOLDINGS

 KEKECOHAN di bilik mesyuarat menarik minat Fahem untuk menapak ke situ. Semakin dekat, semakin kuat dia mendengar hilai tawa manusia-manusia di dalam bilik tersebut. Diam-diam, dia berdiri di tepi pintu dan memerhatikan sepuluh orang pekerja wanita sedang menyiapkan hadiah-hadiah untuk hari keluarga syarikat. Mereka tidak menyedari kehadirannya kerana badannya disebalik dinding. Hanya kepala sahaja dijenguk sedikit ke dalam.

            “Kau datang dengan siapa, Mazidah?” soal Mashitah, salah seorang pekerja di bahagian Sumber Manusia.

Mazidah hanya mengangkat bahu.

            “Tak tahu lagi nak pergi dengan siapa.” jawabnya ringkas.

            “Atau kau masih ada hati nak pergi dengan CEO kita?”sebaris ayat pedas yang keluar  dari mulut Nurul Huda, ibu kepada tiga orang anak itu membuatkan Mazidah tersentak. Malah yang lain juga menunjukkan reaksi sama. Walaupun Nurul Huda dikenali sebagai pendiam, tetapi bila sekali membuka mulut, berasap juga telinga yang menadah ayat-ayat pedasnya. Fahem yang sedang mengintai turut terkejut. Dalam diam, dia tetap ingin mendengar jawapan bekas kekasihnya.

            “Kau gila ke apa, Huda? Kan ke dia tu dah jadi laki orang? Tak inginlah aku pergi dengan dia!”

Nurul Huda melepaskan nafas berat.

            “Manalah tahu kot dia masih ada hati lagi dengan kau? Dia kan, masih bujang tiga?” akhirnya mereka tergelak juga. Kerana bengang, Mazidah membaling plastik-plastik yang sudah direnyukkan tadi kepada Nurul Huda.

            “Banyaklah kau punya bujang tiga! Habis bini dia, mana dia nak campak?” sekali-sekala layan kepala gila Nurul Huda, elok juga. Menenangkan fikiran!

            “Apasal bengap benar kau ni Mazidah? Kouta dia kosong tiga lagi kan? Penat aku cakap tadi! Tak payahlah dia nak buang bini dia!” mereka terus tergelak. Berair-air mata Mazidah kerana terlampau banyak gelak. Kepalanya diangkat, menghala ke pintu. Alangkah terkejutnya dia tatkala orang yang diumpat sedang mengintip mereka membuat kerja-kerja menyipkan hadiah.

            Fahem yang sudah terkantoi, berpura-pura berdehem sambil berjalan masuk. “Dari luar lagi saya dengar hilai tawa awak semua. Apa yang kelakar sangat?” terkedu mereka semua tatkala mendengar suara ala-ala Mark Westlife itu.

            “Tak ada apa-apa, Tuan Fahem. Saja kitaorang bincang pasal poligami zaman sekarang.” Selamba Nurafeefah membalas sambil tangannya sibuk membetulkan riben pada hamper.

            “Oh, tiba-tiba berminat nak bincang pasal poligami… kenapa? Awak nak suruh suami awak amalkan ke?” Fahem sudah mula ‘memedas’. Mengutuk aku aje kerjanya! Nurafeefah menjeling CEO muda itu seketika. Perghh, mulut tak ada insurans! Harap muka aje kacak!

            “Daripada Tuan Fahem suruh suami saya amalkan, baik tuan sendiri yang amalkan. Rasanya tak salah kan? Dah alang-alang Tuan Fahem ramai makwe… penuhkan ajelah kouta tu.” semua mata memandang Nurafeefah. Dia memang diketahui sebagai pekerja yang paling selamba walaupun ketika lelaki itu memetir.

            Mencerlun mata lelaki itu memandang Nurafeefah. Badan kecil, mulut boleh tahan! Omelnya dalam hati.

“Saya boleh aje kalau nak buat macam tu. Tak payah tunggu dua tiga tahun… sekarang pun boleh! Tapi, mengenangkan bini saya baik sangat, tak sampai hati pula saya nak meng’empat’kan dia!” Fahem menambahkan cili api supaya ayatnya lebih berapi.

            Melihat wanita kecil molek itu diam, hatinya puas. Paling dia malas jika bertekak dengan Nurafeefah. Ada sahaja benda yang ingin dibangkitkan supaya dia menang.

            “Hah. Dia siap semua hadiah? Mazidah, persiapan majlis macam mana… ok?” soalnya sambil tangannya menguis-nguis riben yang dihiaskan pada setiap hamper dan hadiah.

            “Okey Tuan Fahem. Semua berjalan lancar.” Jawab Mazidah. Sebagai pengerusi kelab, dia mesti mengambil tahu semuanya dan meneliti kerja-kerja mereka. Dia tidak mahu hari keluarga yang akan datang ada pincang di mana-mana.

 

d’ SUFI RESORT, PANTAI PUTERI          

 

“RAMAI  juga ya staf abang.” Ujar Nur Sumayyah tatkala sampai di kanopi. Fahem tersenyum

            “Alhamdulillah. Daddy pandai jaga semua pekerja. Kebajikan semua staf dijaga. Tak silap abang, adalah dalam 105 orang. Itu baru HQ. Belum branch lain. Stor pembinaan lagi.” Jawab Fahem. Beberapa orang staf wanita yang lalu di hadapan mereka, bersalaman dengan Nur Sumayyah.

            “Resort siapalah ni, ya bang? Cantik sangat. Nampak ciri-ciri Islam. Siap ada gambar wali Songo. Gambar pahlawan Melaka pun ada juga. Nama resort pun… d’Sufi Resort. Mesti pemiliknya boleh tahan, kan?” Nur Sumayyah masih lagi leka memerhatikan lobi di bangunan pentadbiran.

            Fahem tersenyum sahaja. “Mana abang tahu siapa punya resort. Tapi tadi ada seorang pelayan restoran tu cerita dengan abang. Katanya… nama Sufi tu diambil sempena  nama kekasih pemilik ni yang dah meninggal dunia.”

            Nur Sumayyah terangguk-angguk mendengar cerita Fahem. Tanpa mereka sedari, sekumpulan lelaki menghampiri mereka lalu berjabat tangan dengan Fahem.

            “Tuan Fahem, ni data pelancong yang check-in resort ni. saya dah siapkan dari semua aspek, macam yang tuan minta.” Kenyataan salah seorang lelaki itu membuatkan Nur Sumayyah berpaling. Belum sempat dia bertanya apa-apa, lelaki yang berbaju kemeja biru pula bersuara.

            “Tuan Fahem kata nak buat majlis suai kenal dengan semua staf resort. Agak-agak, bila Tuan Fahem ada masa lapang… boleh saya aturkan majlisnya.”

            “Kenapa pulak abang nak bersuai kenal dengan staf resort ni?” soal Nur Sumayyah yang masih bingung.

            “Err… emmm…” dia menjeling seketika Mohd Abid yang bermuka selamba.

            Tiba-tiba Nur Sumayyah teringatkan sesuatu. SUFI. Dikerling seketika cincin tunangnya. Nama resort yang tertulis pada bahagian reception… dan cerita Fahem tentang sejarah nama d’Sufi Resort. Perlahan-lahan, dia memandang suaminya yang sudah tersengih-sengih bagai orang sengal.

            “Kenapa tak bagitahu Sumayyah yang resort ni milik abang?” soalnya dengan geram sambil tangannya mencubit si suami.

            “Auwww… ni apasal pulak tiba-tiba jadi sepit udang galah ni?” Fahem menggosok-gosok lengannya yang dicubit. Kumpulan lelaki tadi telah meninggalkan mereka.

            “Saja buat Sumayyah tertanya-tanya tadi kan? Menyampah betul!” Nur Sumayyah merajuk manja. Fahem melepaskan nafas berat.

            “Alah, benda kecil saja kan? Tak payahlah kita nak bergaduh. Sangat. Dah, jom kita ke sana. Diorang macam dah nak mula majlis.”

 

KANAK-KANAK kelihatan riang menyiapkan istana pasir masing-masing. Masa yang diberi adalah 20 minit. Terdiri daripada empat kumpulan, mereka semua dalm lingkungan umur di antara enam hingga 10 tahun.

            “Okey anak-anak, masa yang diberi tinggal 10 minit lagi!” jerit penjaga masa. Apalagi, kanak-kanak semua makin tidak tentu arah mencari bahan-bahan yang boleh dijadikan hiasan untuk istana pasir mereka.

“Lima… empat… tiga… dua … satu… priiiiiittt! Masa dah tamat. Anak-anak sila ke tepi. Pengadil akan mengira markah untuk istana pasir yang dibina.”

Tatkala pengadil sedang mengira markah, semua staf sudah berada di khemah untuk menyaksikan pertandingan karaoke.

“Peserta pertama… Tuan Fahem Izzuddin.” Faham yang sedang berborak bersama Nizam segera bangkit menuju ke pentas. Pertandingan karaoke mereka berbeza. Peserta boleh membawa lagu sendiri untuk pertandingan. Oleh itu, Fahem telah membawa  pendrive sendiri untuk pertandingan ini. Alat tersebut diberikan kepada petugas teknikal. Dia memberitahu kepada petugas tersebut lagu yang ingin dinyanyikan.

 

 

 

It still feels like our first night together
Feels like the first kiss
It's getting better baby
No one can better this
Still holding on
You're still the one
First time our eyes met
Same feeling I get
Only feels much stronger
I want to love you longer
Do you still turn the fire on?


So if you're feeling lonely, don't
You're the only one I'll ever want
I only want to make it good
So if I love you, a little more than I should

 

            Terpegun semua tatkala mendengar Fahem mendendangkan lagu Bryan Adams. Orang tidak perasan, namun Mazidah tahu lagu itu memang ditujukan untuknya.

            Nur Sumayyah hairan… dia tidak tahu siapa yang suaminya renung dengan panahan mata yang tajam.

Please forgive me, I know not what I do
Please forgive me, I can't stop loving you
Don't deny me, this pain I'm going through
Please forgive me, if I need you like I do
Please believe me, every word I say is true
Please forgive me, I can't stop loving you

Still feels like our best times are together
Feels like the first touch
We're still getting closer baby
Can't get closer enough
Still holding on
You're still number one
I remember the smell of your skin
I remember everything
I remember all your moves
I remember you yeah
I remember the nights, you know I still do

 

            Bagi Fahem, lagu ini adalah medium untuk dia meluahkan rasa hatinya kepada Mazidah yang masih utuh walaupun sudah berkahwin dan bakal menimang cahaya mata.

So if you're feeling lonely, don't
You're the only one I'll ever want
I only want to make it good
So if I love you a little more than I should


The one thing I'm sure of
Is the way we make love
The one thing I depend on
Is for us to stay strong
With every word and every breath I'm praying
That's why I'm saying,

Please forgive me, I know not what I do
Please forgive me, I can't stop loving you
Don't deny me, this pain I'm going through
Please forgive me, if I need you like I do
Babe believe it, every word I say is true
Please forgive me, if I can't stop loving you
No, believe me, I don't know what I do
Please forgive me, I can't stop loving you

 

            Tanpa diduga, dia mencabut sekuntum bunga ros bersama tangkai di pentas dan turun ke khemah menghampiri Mazidah yang duduk di meja hadapan. Spontan Mazidah mendongak. Bunga ros tadi dihulurkan. Tiba-tiba… cup! Bibir Mazidah menjadi sasaran. Mereka terkedu seketika.

            Tatkala Fahem berpusing untuk naik ke pentas semula, matanya bertembung dengan pandangan mata si isteri yang menahan marah. Tak guna punya suami… memalukan aku!

 

 

SEMINGGU sudah berlalu. Namun, Nur Sumayyah masih dingin dengan suaminya. Tugasan sebagai isteri tetap dilakukan setiap hari tetapi dia masih tidak bersuara seperti biasa dengan suaminya. Hanya beberapa ayat sahaja. ‘Makanan dah siap. Kalau nak makan, saya dah hidangkan.’ Ataupun ‘saya pergi kerja dulu’, ‘pakaian abang untuk esok semua saya dah siapkan’.

            Fahem tidak peduli, malam ini dia perlu menjernihkan semula hubungannya dengan Nur Sumayyah. Isterinya yang sedang melipat baju sambil menonton televisyen dijeling seketika. Puntung rokok ditenyeh-tenyehkan di dalam ashtray agar baranya terpadam.

            Perlahan-lahan dia bangun dan duduk di atas permaidani lembut. Tangan si isteri yang lincah melipat baju sambil matanya menghala ke televisyen dielus seketika. Nur Sumayyah tersentak. Sebuah jelingan maut dihadiahkan untuk Fahem.

            Fahem hanya tersengih. “Janganlah jeling abang, tak elok tau jeling-jeling suami.” Dia melentokkan kepalanya pada bahu kiri Nur Sumayyah namun wanita pantas menolak bahu suaminya.

            “Oh, jeling tak elok. Yang abang cium perempuan lain, depan orang ramai tu… eloklah?” bidas Nur Sumayyah. Tanpa mempedulikan Fahem, tangannya terus melipat baju yang tinggal sedikit.

            “Abang minta maaf. Abang hilang kawalan masa tu. Bukannya abang sengaja.  Semuanya di luar kawalan.” Fahem tetap mempertahankan dirinya.

            “Hilang kawalan konon! Kalau iya pun nak menunjukkan ‘kasih sayang’ abang pada perempuan tu, tak payahlah sampai nak cium dia. Abang ni tak malu ke orang tengok? Abang tahu tak, Sumayyah rasa malu sangat waktu tu. Orang mesti ingat Sumayyah tak pandai jaga suami. Nama saja ustazah, suami sorang pun tak pandai nak jaga!”

            “Percayalah cakap abang… mereka tak akan cakap apa-apa. Berani mereka nak kutuk isteri abang? Memang kenalah dengan abang nanti!” Nur Sumayyah mencebik mendengar kata-kata suaminya.

            Fahem ada dengar-dengar gosip berkenaan peristiwa itu di pejabat namun dia buat tidak endah. Wanita dan gosip… mana boleh dipisahkan? Dia teringat kata-kata daddynya ketika bertandang ke rumah orang tuanya dua hari lalu.

            “Jangan buat perangai macam tu lagi! Kalau iya pun diri tu masih sayangkan Mazidah, banyak lagi cara untuk kamu luahkan selain dari nak cium dia sesuka hati. Apa… masa buat tu kamu tak fikir ke apa perasaan isteri kamu? Orang tentu akan mengata dia. Kamu kena fikirkan juga maruah isteri kamu. Jangan nak hentam keromo saja. Kamu tu dah kahwin. Kena jaga rumah tangga kamu, maruah kamu suami isteri. Daddy dengar banyak gosip tentang hal itu kat pejabat. Kamu tak kesiankan Mazidah? Kamu tak fikir apa perasaan dia? Dia tu dahlah perempuan. Lelaki mana nakkan dia bila dapat tahu tentang kejadian tu. Kamu bagitahu daddy.”

            “Sayang… abang minta maaf sangat-sangat ni.” Fahem terus merayu. Nur Sumayyah merenung wajah suaminya seketika.

            “Abang ingat tak apa yang Sumayyah cakap dengan abang pada malam pertama kita?” Tanya si isteri. Fahem mengerutkan dahi seketika. Dia benar-benar tidak ingat. Lantas digeleng kepalanya perlahan-lahan.

            Nur Sumayyah menghela nafsanya seketika. Dijeling si suami yang sedang menanti jawapannya.

            “Sumayyah tak kisah kalau abang nak penuhkan kouta yang  tinggal. Tapi satu saja Sumayyah nak ingatkan… jangan berzina!” dia mengulang semula amarannya.

            Ingatan Fahem menerjah semula pada malam pertama mereka. Barulah dia teringat, Nur Sumayyah ada mengatakan perkara itu selepas dia membawa isterinya ‘mengembara’. Tetapi ketika itu dia memikirkan Nur Sumayyah hanya main-main.

            “Ingat tak?”

            “Ingat. Abang sangkakan masa tu sayang main-main.”

            “Apa yang Sumayyah cakap waktu tu, Sumayyah memang memaksudkannya. Sumayyah tak mahu abang lalai dalam mengemudikan bahtera perkahwinan kita. Kalau abang tak betul, siapa yang nak pimpin Sumayyah? Sebab tu, Sumayyah perlu tegur abang dan abang perlu tegur Sumayyah bila kita buat silap. Barulah perkahwinan kita diberkati ALLAH.” Panjang lebar ustazah muda itu memberi tazkirah percuma kepada suaminya. Fahem mengangguk akur mendengar tazkirah isterinya.

            “Sumayyah, abang janji abang takkan buat macam tu lagi. Kalau abang leka, abang hanyut… Sumayyah sedarkan abang ya. Abang nak perkahwinan kita aman bahagia sampai ke akhirat.”