REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

Tuesday 30 November 2010

CSU 17

CINTA SEORANG USTAZ 17


GUNUNG LEDANG

“APA kata lepas ni kita mendaki nak?” Hamka memberi idea ketika mereka sedang meneguk air mineralnya. Iskandar yang sedang menghirup sup maggi cup terhenti sebentar.
        “Aku setuju je, Ham. Tapi, kau kena tanya kawan kau yang keje gomen ni, la.” Balas Black pula. Isakndar memandang Black yang mengunyah semula Gardenia Fibremeal.
        “Aku tak kisah kalau nak mendaki. Tapi, kena tunggu budak cuti sekolahlah. Kalau setakat cuti Sabtu Ahad kau nak ajak mendaki, mau jadi macam Cikgu Shaari aku nanti. Dia tidur dalam kelas sebab buat part-time kat kelab, aku ni tidur dalam kelas sebab mendaki Gunung Ledang. Mau mengamuk adik mummy aku nanti.” Jawab Iskandar dengan selamba. Semua rakannya yang di situ sudah tergelak.
        “Alah, Pengetua tu kan bapa sedara kau jugak. Katalah kau MC ke, apa ke. Bukannya kau memonteng.” Andy memberi idea. Iskandar menggeleng.
       “Walaupun Tuan Pengetua tu bapak sedara aku, tapi aku tak suka nak amek kesempatan. Tak mahulah aku. Nanti ada pulak mulut-mulut yang mengata aku dengan bapak sedara aku. Malaslah aku.” jawab Iskandar. Terus disuap maggi ke dalam mulutnya.  Hamka dan Isha saling berpandangan. Isha dapat membaca sesuatu yang tersirat di dalam senyuman Hamka kepada Iskandar.
       “Is... apa kata bila time mendaki nanti, kau bawak awek baru kau tu.” Hamka mengutarakan sesuatu. Iskandar yang sedang menghirup sup maggi cup tersedak-sedak. Kemudian terbatuk-batuk pula. Cepat-cepat dicapai botol mineralnya dan diteguk dua tiga kali. Mereka semua sudah tergelak.
       “Celakalah kau, Ham! Tersedak aku, tahu!” Iskandar sudah menitiskan air mata sedikit akibat daripada kesedakan tadi. Mereka semua saling berpandangan.
       “Dahsyat kau Is. Baru break dengan Sandra, kau dah berani pasang lain?” soal Black. Iskandar menggeleng.
       “Aku terpaksalah. Aku takut kalau daddy aku carikan perempuan yang entah apa-apa untuk aku. Manalah tahu, nanti harap saja pakai tudung. Tapi, nak mengikis harta keluarga aku pulak. Sekurang-kurangnya, awek baru aku ni student aku. Aku kenal perangai dia macam mana. Lagi satu, hari-hari jumpa dia. Tak payah nak membazir duit keluar dinner atau lunch. Tatap muka dia dalam kelas, dahlah. Terubat jugak rindu aku.” jawab Iskandar dengan muka tak bersalahnya.
       “Student???” semua rakan-raknnya terperanjat.
       “Kau biar betul, Is?” Soal Donny pula. Malas mahu melayan, Iskandar sekadar mengangguk sahaja.
       “Budak yang kau bawak dulu tu?” Andy meminta kepastian. Iskandar mengangguk lagi dengan malas.
       “Wei, kita ni asyik bercerita saja. Jomlah mandi.” Ujar Iskandar. Dalam pada itu, dia mengelak untuk menjawab segala soalan dari rakan-rakannya. Dia belum bersedia. Kalau salah jawab, memang teruk dia disindir nanti. Berdiam diri adalah lebih baik buat masa ini.
       Mereka semua bersetuju. Hamka, Andy dan Balck mahu membuka baju mereka namun Iskandar pantas menegah.
       “Come onlah, takkan belum kahwin nak tunjuk body? Tak surpriselah! Dah lepas kahwin nanti, kau telanjang depan diorang, mesti diorang suka punya.” Iskandar memberi nasihat dalam bentuk gurauan. Mereka berempat sudah tergelak. Dengan bert-shirt putih tebal dengan track suit panjang, Iskandar turun ke dalam air terjun perlahan-lahan. Mereka mandi di dalam dua kumpulan – lelaki dan wanita namun rapat sedikit. Takut pula jika terjadi apa-apa terhadapa ketiga-tiga wanita tersebut. Ketika mereka bermain-main air, Iskandar ternampak sesusuk tubuh di sebalik pokok besar di tebing yang bertentangan dengan kawasan perkhemahan mereka. Diamati figura tersebut. Iskandar terkejut. Granddad? Macam mana orang tua tu boleh sampai ke sini? Ketika otaknya kigat bekerja, tiba-tiba sekujur tubuh wanita tua muncul dari belakang tubuh lelaki tersebut. Makin terkejut Iskandar. Rakan-rakannya yang seronok bermain air langsung tidak mempedulikannya. Dan dia juga tidak mempedulikan mereka. Hamka perasan yang Iskandar tidak menyertai mereka semua. Segera disiku sedikit pinggang rakannya itu.
         “Oo si Hamka main dalam air!” Iskandar melatah. Semua sudah tergelak.
         “Kau kenapa Is?” soal Hamka.
         “Wei korang. Berhenti main air sekejap.” Arah Iskandar. Semua menurut arahannya.
         “Kau nampak tak dua orang tua Inggeris tu?” soal Iskandar sambil jari telunjuk kanannya menuding ke arah tersebut. Mereka semua memandang tempat tersebut. Namun tiada siapa. Mereka menggelengkan kepala.
         Iskandar mula hairan. “Tulah... kat pokok besar tu. Takkan kau orang tak nampak. Tengok... dia gamit kita suruh datang ke sana.” Tambah Iskandar. Mereka menoleh lagi.
         “Mana ada Is? Kau jangan main-main Is.” Balas Black. Bulu romanya sudah berdiri tegak seperti menyanyikan lagu kebangsaan. Tanpa mempedulikan rakan-rakannya, Iskandar membuat keputusan.
         “Aku nak ke sanalah.” Ujar Iskandar sambil mengorak langkah namun semua sahabatnya cepat membuat bulatan. Ingin menghalangnya dari ke sana.
         “Kau ni Is. Janganlah macam ni. Manalah tahu orang tua tu sebenarnya ‘benda tu’. Mungkin dia nak uji kau.” Ujar Donny. Iskandar berfikir dua tiga kali. Betul juga apa yang Donny cakap.


DI SEBUAH KAMPUNG

“ABANG tahu, ada orang sukakan anak dara kita ni.” Beritahu Mak Munah ketika mencedokkan nasi untuk suaminya. Tiga bulan tidak berjumpa suaminya, rindu pula. Mak Munah pekerjaan Mohd Lazim sebagai pemandu lori. Kadangkala, memandu lori kontena. Lailayang sedang menuang sirap limau ke dalam gelas sudah menjeling muka emaknya yang kelihatan gembira. Minta-mintalah abah marahkan mak. Doanya dalam hati.
       “Siapa?” soal Mohd. Lazim dengan wajah yang ceria. Hemm... abah nie... hatinya makin mendongkol geram.
      “Nama budak laki nie... Iskandar Zulkarnain bin Datuk Alexander Al-Hafiz. Guru kelas si Lailalah. Budak tu ustaz, bang.” Beritahu Mak Munah lagi.
     “Mak...” Laila menegur emaknya. Mohd Lazim dan Mak Munah sudah tergelak.
     “Kenapa nama bapak dia macam orang putih saja?” soal Mohd Lazim. Dalam hati, dia bersyukur. Ada juga orang yang hendakkan anak daranya ini.
     “Bukan macam abah... tapi memang bapak dia orang putih pun.” Jawab Laila dengan malas. Terangkat kening Mohd. Lazim. Setelah mengaminkan doa, mereka bertiga makan dengan penuh selera.
     “Maknanya, ustaz kamu tu orang putih tulenlah?” soal Mohd Lazim sambil mengambil sedikit kobis yang dicincang halus di dalam mangkuk kaca. Laila menggeleng.
    “Dia kacukan. Bapa dia orang putih. Mak dia orang Melayu.” Beritahu Laila. Mohd Lazim dan Mak Munah mengangguk faham.
    “Ohh. Kalau macam tu, telefonlah ustaz tu, ajak dia datang rumah kita. Makan kat sini.” Ajak Mohd Lazim. Laila membulatkan biji matanya.
     “Abah... dah gila agaknya abah ni ya?” Laila menepuk dahinya. Apalah nak jadi dengan mak abah aku ni??? Sebelum masuk tingaktan 5, bukan main lagi mak abahnya memberi nasihat. ‘Jangan gatal nak bercinta. Ingat, awak tu nak SPM. Tumpu pada pelajaran dulu. Habis SPM, baru boleh bercinta.’ Mak Munah dan Mohd Lazim saling berpandangan sambil tergelak.
     “Apa salahnya? Tak lama lagi, jadi jugak menantu kami.” Selamba saja Mohd Lazim menjawab. Mendengar saja perkataan ‘menantu’, terus Laila tersedak. Diteguk sedikit sirap limaunya. Laila hanya menjeling mak dan abahnya yang sudah tersenyum mengejek. Hisy... kenapalah dengan mak abah aku hari ni???

ASAHAN, MELAKA

KETIKA melalui sebuah kawasan perumahan yang baru siap, Iskandar meminta Black menghentikan Nissan X-Trailnya.
       “Kenapa Is?” soal Black. Iskandar melihat kawasan sekeliling dari dalam kereta.
       “Aku dapat rasa macam ada yang tak kena dengan projek daddy aku ni.” Lantas Iskandar turun dari kereta. Yang lain juga sama. Kali ini pemandangannya lebih luas. Kawasan itu dirasakan seperti mati, tidak berseri. Dipandang lagi sekeliling kawasan tersebut. Kemudian, didekatinya. Alangkah terkejutnya Iskandar apabila melihat tanah merah yang diletakkan lurus, seperti benteng di sekeliling kawasan tersebut. Astaghfirullah-al-azim! Iskandar beristighfar di dalam hati.
       “Ini... sihir tanah kubur.” Dia berkata pada dirinya sendiri.
       “Apa Is? Sihir tanah kubur?” walaupun perlahan, Andy dan Hamka masih dapat mendengar butir katanya. Iskandar menoleh ke arah mereka dan mengangguk.
       “Aku syak... ada orang tengah cuba nak lingkupkan perniagaan daddy aku.” tambah Iskandar. Dipandang lagi kawasan tersebut. Dia membaca Ayatul-kursi.
      “Tapi Is... sihir tanah kubur? Aku tak pernah dengar pun?” soal Black.
      “Ada ke sihir tanah kubur?” soal Isha pula. Donny dan Watie saling berpandangan. Mereka mengangguk serentak.
      “Ada. Tok bomoh ni, mereka akan ambik tanah di mana-mana kubur.... aku dengar kalau dapat kubur tok bomoh ke, pengamal ilmu hitam ke, lagi bagus. Lepas tu, mereka akan tabuhkan di tempat yang pelanggan mereka suruh. Jadi bila orang luar lalu di kawasan yang ditabuhkan tanah kubur tu, mereka akan lihat kawasan tu suram, tak berseri, kawasan tu kelihatna usang walaupun kelihatan cantik. Yalah macam orang mati. Bila orang mati kan, suram, semuanya tak berseri, usang. Macam tulah jugak. Kadang-kadang, ada yang langsung tak nampak kawasan tu.” Terang Iskandar.
       “Habis tu, kau tahu ke siapa yang buat ni?” soal Donny. Iskandar menganggguk.
       “Aku rasa aku dapat agak siapa tapi aku tak mahu menuduh.” Jawab Iskandar. Hamka memandang iskandar pula.
       “Maksud kau...” belum habis ayatnya, Iskandar sudah meletakkan jari telunjuk di mulutnya. Isyarat supaya diam.
       “Habis tu, kau nak buat apa sekarang?” soal Watie yang masih memandang kawasan sekeliling.
       “Tengoklah. Aku akan beritahu daddy aku hal ni. Dan aku akan bawa Nik Haji Majid, adik ipar abah aku dari Kelantan untuk membantu aku membersihkan kawasan ni.” jawab Iskandar.
       “Marilah, kita makan kat kedai depan tu. Perut aku pun dah lapar ni.” ajak Iskandar. Tiba-tiba semua mata memandangnya.
       “Is... kau ni mengelamun ke apa? Mana ada kedai makan kat depan tu?” tempelak Andy. Yang lain mengangguk. Bagai setuju dengan kata-kata Andy.
       “Yalah, mana ada kedai makan di depan tu, Is. Mata kau dah terpeleot ke, Is?” tambah Donny pula. Mereka sudah tergelak. Namun tidak pada Hamka. Walaupun dia seperti yang lain, tidak nampak kedai itu tapi dia tahu, Iskandar tidak berbohong.
       “Mana tak terpeleot? Dah dua hari tak dengar suara student kesayangannya.” Black mengusiknya pula. Iskandar hanya tersenyum tawar. Dia malas mahu melayan mereka. Di situ, memang ada kedai makan. Memang mereka tidak nampak selagi kedai itu ‘diselubungi’ tanah kubur. Iskandar tahu, mata hatinya tidak menipu. Mata kasarnya juga tidak menipu. Naum, mata rakan-rakannya ditipu oleh sihir. Dalam hati, dia mencongak sesuatu. Nantilah, bila dah bersihkan tempat ni, aku tolong makcik tu bersihkan kawasan kedai dia pula.

ALEXIS-AMINA HOLDINGS CORPORATION

MACAM mana boleh jadi macam ni? soal Datuk Alexander dalam hati. Pantas ditekan interkom. Kemudian dia meminta setiausahanya memanggil Shakir, Pegawai Strategi Pemasaran dan Daniel, Pengurus Penjualan. Tak lama kemudian, mereka masuk setelah Datuk Alexnder membenarkannya.
       “Macam mana boleh jadi macam ni Shakir, Daniel?” soal Datuk Alexander dengan lembut.  Shakir dan Daniel mengangkat bahu.
       “Kami pun tak tahulah, Datuk. Biasanya bila kita open, ramai yang daftar untuk membeli. Tapi ni, satu pun tak ada. Itu yang kami musykil, Datuk.” Jawab Daniel.
       “Kamu ada letak banner, papan-papan tanda, iklan di kawasan sekitar tentang perumahan yang kita jual?” soal Datuk Alexander kepada Shakir pula. Lelaki berusia 35 tahun itu mengangguk.
       “Saya dah letak, Datuk. Dan saya pun ada tulis boleh lihat rumah contoh bila dah siap nanti.”  Jawab Shakir. Ketiga-tiga mereka terdiam seketika. Datuk Alexander melihat jam tangannya. 3.45 petang. Interkom di atas mejanya berbunyi.
        “Datuk, anak Datuk, Encik Iskandar nak jumpa.” Suara setiausahanya bergema. Dengan pantas, Datuk Alexander mengarahkan agar Iskandar berjumpa dengannya.
        Sekali ketuk, Iskandar mendengar daddynya memberi arahan supaya masuk. Bila masuk, dia melihat dua orang pekerja daddynya sedang meneliti beberapa dokumen. Dia bersalaman dengan kedua-dua pekerja itu sambil tersenyum. Kemudian, dicium tangan daddynya pula.
        “Ada apa kamu datang ni?” soal Datuk Alaexander.
        “Saja... nak lawat daddy, tak boleh?” jawab Iskandar. Datuk Alexander mencebik.
        “Cara Is bagi jawapan, macamlah kita ni duduk berasingan.” Iskandar hanya tersengih.
        “Ni kenapa muka semua sugul semacam saja?” soal Iskandar.
        “Ni ha, pasal projek baru di Asahan tu. Selalunya bila kami open untuk daftar masuk rumah, ramai yang daftar. Tapi ni, langsung tak ada.” Jawab Datuk Alexander. Diramas-ramas rambutnya yang perang itu.
        “Is tahu kenapa.” Iskandar bersuara. Tiga pasang mata memandangnya.
        “Kenapa?” soal Datuk Alexander seperti tidak sabar. Iskandar menarik nafas panjang seketika.
        “Mari kita semua duduk kat sofa dulu.” Ajak Iskandar.

“BETUL ke ni? Is jangan nak tipu daddy.” Datuk Alexander memberi amaran.
        Iskandar tergelak sedikit. “Daddy ingat, Is ada masa ke nak tipu benda-benda macam ni?” balas Iskandar. Daniel dan Shakir saling berpandangan. Mereka memandang wajah Datuk Alexander.
        “Jadi, maksud Iskandar, mereka tak nampak langsung kawasan perumahan tu?” soal Daniel. Iskandar mengangguk.
       “Tak semua orang nampak. Dan tak semua orang tak nampak. Tpai yang nampak tu, mereka melihat kawasan perumahan tu macam tanah perkuburan. Suram, sunyi, sepi, mati, tak ceria, tak berseri, orang takut nak ke sana. Senang cerita... macam mana diorang tengok tanah perkuburan, macam tulah dia tengok kawasan perumahan tu.” Terang Iskandar. Datuk Alexander menghela nafas panjang.
       “Nampaknya uncle kamu memang betul-betul nak musnahkan daddy.” Luah Datuk Alexander. Iskandar memandang daddynya.
       “Daddy, tak elok kita tuduh Uncle William yang buat semua tu.” Ujar Iskandar. Datuk Alexander memandangnya.
       “Daddy dah boleh agak! Memang ni semua kerja dia. Dia memang berdendam sangat dengan daddy. Dari dulu sampai sekarang!”
       “Okey, Is ada fikir macam tu jugak. Tapi, itu belakang cerita. Sekarang ni, Is rasa daddy kena bersihkan kawasan tu. Nanti Is akan bawa Nik Haji Majid dari Kelantan untuk bantu Is. Daddy jangan risau, okay?” tambah Iskandar. Datuk Alexander mengangguk faham.




Tuesday 23 November 2010

Najib... Najib... Apa Kau Nak Buat dengan Malaysia???

Assalamualaikum dan salam sejahtera kpd para pembaca & follower. Hari ni, sy nak bincang sikit pasal Program Transformasi Ekonomi atau dlm Englishnya Economic Transformation Programme (ETP). Saya sebenarnya x berapa nk ikut sgt program nie... tp antara yg sy tahu ialah ttg idea Datuk Seri Najib yg mengandungi 131 Projek Perumahan, 12 laporan makmal dan 60 peluang perniagaan. semua cadangan tersebut akan mewujudkan 3.3 juta peluang pekerjaan tambahan. Dan menariknya, salah satu program tersebut ialah mahu jadikan Malaysia sbg sebuah hab hiburan malam! Najib ni benar ke tak benar? Wayar dlm kepala dia dah tercabut ke apa? nak tahu apa cerita... sy ada scan artikel ni dr I Luv Islam Bil. 36.

discan dari majalan ILUVISLAM  Bil. 36 MS 11.

Berikut adalah reaksi dari ahli ulama terkenal yang juga Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria berdasarkan perkara di atas.

discan dari majalan ILUVISLAM  Bil. 36 MS 11.


 
Berikut pula adalah reaksi dari orang ramai.

discan dari majalan ILUVISLAM  Bil. 36 MS 11.

Apa yang Najib nak buat sebenarnya? Apa? Dia ingat Malaysia ni milik dia sorang saja? Orang lain pun ada hak jugak walaupun kau tu Perdana Menteri!!! Setakat hab hiburan dengan nak buat kasino, kelab malam terkemuka, pelbagai... semua tu langsung x berbaloi... entah-entah orang putih dh muak tengok sume tu. Maklumlah kt US kn ada macam-macam... Las Vegas yg terkenal dgn kasino2 gergasi... dgn Hollywood yg terletak d antara Los Angeles n California. Najib nie... macam dah takde idea lain agaknya? Banyak lagi benda yg boleh dibuat utk mendatangkan pendapatan negara. Sektor pertanian... perikanan... perladangan... byk... terlalu byk... cuma kau saja yg x mahu nk surf betul2. Saya pun x tahu apa tujuan dia sebenarnya utk buat mcm tue. Masa zaman TDM (Tun Dr. Mahathir) dulu, mana ada benda2 macam ni? Xde... xde... Kalau kau nak pi berhibur kat kelab malam tue, kau punya pasallah tapi jgn sampai jadikan tue sume sbg sumber pendapatan negara! Haram tau! Ni sume yg buat rakyat marah benar dgn kau!
       Si Datuk Seri Jamil Khir Baharom boleh plak cakap begini. " rancangan PM itu hanyalah cadangan drpd makmal. Ia masih perlu dikaji dari aspek perlaksanaannya bagi memastikan setiap masyarakat beroleh manfaat." (dipetik dr akhbar Sinar Harian tarikh 30/10/2010). Kan senang klu ko tolak je!!! Apa nak dikaji-kaji lagi! Awak tue dulu kn penceramah dlm KAGAT (Kor Agama Tentera). Awak besti dah boleh agak sumber pendapatan dari kegiatan macam tu halal/haram. Apalah nk jadi Malaysia ni agaknya... Sila bagi komen anda...


WUC 7

WAKE UP CALL 7

MAZIDAH terus ke ladies selepas keluar dari bilik mesyuarat jam 3 petang. Tiba saja di sinki, dia memuntahkan semua isi perutnya. Kenapa dengan aku ni? Dia menyoal dirinya sendiri. Kemudian, dia termuntah lagi. Dia mengurut tekaknya. Apabila merasakan sudah okey, dia berkumur. Setelah itu, ditarik tisu pada dinding dan dilap mulutnya. Dia berkaca seketika. Setelah penampilan dirinya okey, dia keluar. Fahem yang kebetulan menuju ke tandas lelaki terkejut melihat Mazidah yang sudah pucat mukanya.   
        “Sayang, kenapa ni?” soal Fahem dengan cemas. Diliarkan matanya di sekeliling kawasan itu. Dihalakan semula pandangannya kepada wanita di hadapannya itu.
        “You okey tak?” soalnya lagi. Mazidah hanya mengangguk. Belum sempat maju setapak untuk ke pejabat, dia terasa mahu muntah lagi. Pantas dia berlari masuk ke dalam tandas semula. Fahem hanya terkulat-kulat. Akhirnya, dia melangkah ke tandas lelaki.

MAZIDAH membulatkan biji matanya. Hari ni dah 25 haribulan, biasanya aku kena dalam 20 haribulan. Dia bermonolog sendirian sambil biji matanya tidak lepas dari memandang calendar di atas meja. Baru saja dia duduk untuk menaip surat yang diarahkan oleh Fahem, kepalanya tiba-tiba berdenyut-denyut dan terlalu berat. Oleh kerana tidak tahan, dia bangun dan menuju ke pantry. Sekurang-kurangnya dengan secawan kopis panas, mungkin boleh meredakan sakit kepalanya. Sebaik saja kaki kanannya melepasi pintu, dia terus rebah. Fahem yang kebetulan sedang membancuh Nescafe terkejut apabila mendengar bunyi sesuatu jatuh di muka pintu. Pantas dia berjalan menuju ke situ. Ya Allah, Mazidah.
        Diangkat kepala Mazidah dan ditampar perlahan pipi wanita itu berkali-kali.
        “Bangun sayang. Mazidah... bangun.” Panggilnya lagi. Kebetulan beberapa pekerja wanita sedang melintasi pantry. Fahem memanggil mereka dan meminta mereka membantunya mengangkat Mazidah menuju ke bilik rehat.
       “Kenapa dengan Mazidah, Encik Fahem?” soal Reena, salah seorang kerani di situ. Mandy, Shania dan Qistyna memandang Fahem yang sedang berusaha mengejutkan Mazidah.
       “Encik Fahem, saya rasa Mazidah ni pengsanlah.” Ujar Qystina sambil mengipas-ngipaskan muka Mazidah dengan surat khabar. Fahem memandang mereka berempat.
       “Kalau macam tu... Mandy, awak tolong cakap dengan Tan Sri saya balik awal. Cakap pada dia, Mazidah tak sihat dan saya nak hantar dia ke klinik.” Arah Fahem. Dengan pantas, Mandy menuju ke bilik Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin untuk memaklumkan amanah Fahem.


AYER KEROH

“SHE’S got pregnant. Almost two weeks. Congratulation.” Dengan senyuman, Dr. Amri berjabat tangan dengan Fahem. Terkejut juga Fahem mendengar butir kata kawannya itu. Direnung wajah Mazidah yang sudah kemerahan.
         “Kau biar betul, Ri?” Fahem inginkan kepastian. Dr. Amri tersenyum.
         “Kau ingat aku main-main?” soalnya lagi. Dia tahu wanita itu bukan isteri Fahem. Malah, lelaki itu tidak pernah menghantar kad kahwin kepadanya.
         “Ambil ubat di depan. Dan, tolong pastikan yang dia makan ubat-ubat yang dibekalkan, ok?” Dr. Amri terus menghulurkan sehelai kertas kepada pembantunya. Pantas Fahem bangun. Setelah berjabat tangan dengan kawan lamanya, dia dan Mazidah terus keluar. Mereka duduk di ruang menunggu. Selepas nama Mazidah  disebut, segera mereka bangun dan menuju ke kaunter perubatan. Setelah membayar kos perubatan, Fahem memimpin tangan Mazidah menuju ke keretanya.

“YOU jangan nak tipu, Fahem! You yang tanggalkan kondom I, betul tak?” Mazidah mula naik angin di dalam kereta. Dia membantai-bantai bahu Fahem. Dada lelaki itu juga tidak lepas dari tumbukannya.
         “Sayang... janganlah nak mengamuk tak tentu pasal. Malulah, orang pandang.” Fahem cuba berlembut. Dia tahu, memang salah dia menanggalkan kondom yang dipakai oleh Mazidah.
         “Orang sibuk bawak kereta! Tak adanya dia nak tengok kereta you! Lagipun, cermin kereta you gelap. You ingat, orang nampak?” Mazidah terus-terusan naik angin. Belakang badan Fahem ditumbuk berkali-kali tetapi kali ini dengan beg tangannya pula.
         “Aduh!!! Sudahlah tu. Sakit badan I ni you pukul, tahu tak?” ketika lampu merah, Fahem mengurut-urut bahunya yang sengal-sengal.
         “I tak peduli! Macam mana pun, kita kena kahwin! Dalam masa sebulan dua ni. Kalau perut I dah memboyot, lagi susah you nanti!” Mazidah membuat keputusan. Dia tidak suka mendesak Fahem seperti yang sering dilakukan oleh Fiona. Namun dalam keadaan begini, hanya itu saja jalan untuk menyelamatkan dirinya.
         “Kahwin? Takkan takde jalan lain?” soal Fahem sambil memandu. Dia ingin memiliki Nur Syuhadah. Mazidah bukanlah keutamaannya. Tidak dinafikan memang dia sayang sangat dengan Mazidah tetapi mereka belum berbincang tentang itu. Mazidah menjeling lelaki itu. Jantan tak guna betul!
         “Ohh... you nak jalan lain ya? Baik. Esok, awal pagi I akan bagitahu daddy you tentang kandungan ni. So, keputusan daddy you akan I anggap muktamad!” Mazidah mengugut. Muka Fahem berubah pucat. Dipandang seketika wajah Mazidah sebelum pandangannya beralih ke hadapan semula.
        “Janganlah macam tu. Daddy I baru keluar hospital. I tak mahu dia sakit dada lagi. I tak mahu dia tahu tentang hal ni. Okey sayang? You are my love. Jadi, tolonglah jangan beritahu daddy I.” Fahem cuba memujuk. Diramas lembut tangan kiri Mazidah namun wanita itu pantas menarik tangannya.    
        “Itu I tak peduli! Apa nak jadi dengan you, jadilah. I don’t care! I cuma nak anak kita selamat dilahirkan! Daddy you nak sakit dada ke, sakit apa ke, I tak peduli! I tak mahu tahu semua tu!” Mazidah menghamburkan marahnya lagi. Fahem sudah terkulat-kulat. Tiba-tiba dia mendapat idea. Pantas dihubungi Razif.
        “Aku nak kau carikan sorang bidan.” Jawab Fahem setelah Razif menjawab salamnya.
        “Untuk apa tuan?” soal Razif.
        “Alah... aku suruh cari tu, cari sajalah. Jangan banyak tanya. Kalau boleh, dalam area Melaka. Dalam seminggu ni aku nak kau cari. Jumpa saja, terus telefon aku. faham!” arah Fahem.     
        “Faham tuan.” Razif menerima arahan. Pantas dimatikan perbualannya. Mazidah yang mendengar terus memandang Fahem.
        “You nak buat apa dengan bidan?” soalnya.
        “Senang cerita... you gugurkan sajalah. Habis cerita. Lagipun, mesti tak sakit. You pregnant pun baru seminggu nak masuk dua minggu. Kalau dah dua tiga bulan tu, yelah... memang sakit.” Selamba saja Fahem memberikan jawapannya. Tanpa diduga, Mazidah menampar Fahem setelah lelaki itu di parking kereta apartmennya.
        Fahem mengurut-urut pipi kirinya. Ini kalau si Mark tu nampak, orang-orang aku nampak, confirm aku kena gelak. Muka saja nampak bengis, mafia konon, tapi kena sepak dengan pompuan! Buat malu saja! Hilang macho! Hatinya berdetik.
        “Kenapa pulak you tampar I?” soalnya seperti orang bodoh.
        “Yang tadi tu sebab you tak nak mengaku salah you!” jawab Mazidah. Fahem terkulat-kulat.
       “Salah apa?” pertanyaannya dijawab dengan satu lagi tamparan di pipi kanannya. Dia semakin keliru.
       “Yang itu pulak sebab you suruh I gugurkan kandungan ni!” jawab Mazidah sambil bercekak pinggang. Sambil beriringan, mereka menuju ke lif. Sebaik saja pintu lif dibuka, segera mereka masuk.

“TOLONGLAH faham I. Please... you sayangkan I. I sayangkan you. Takkanlah you tak boleh ikut cakap I kali ni? I kena jaga reputasi I. Please...” Fahem merayu lagi. Mazidah perlu mendengar katanya.
       “Reputasi you? Habis maruah I? Mana you nak letak? Atas tanah? I tak peduli. I nak kita kahwin! Walau apapun yang terjadi... I nak kita kahwin. Kalau tak, siaplah you!” ugut Mazidah. Malas mahu melayan Fahem, dia melangkah ke bilik yang lain. Jika selama ini dia beradu katil bersama Fahem, biarlah seminggu dua ni dia duduk berasingan. Kepalanya berserabut. Fahem sudah terduduk di atas sofa. Mana boleh macam ni? Dia kena ikut cakap aku! Ketika dia mahu membaringkan dirinya di sofa panjang, handsetnya berbunyi.
       “Hello tuan. Saya dah jumpa bidan yang tuan suruh cari.” Beritahu Razif.
       “Bagus. Kat mana?” soal Fahem dengan pantas.
       “Area Merlimau. Tak silap saya nama kampung tue... Kampung Aman.” Jawab razif.
       “Okey. Terima kasih.” Ucap Fahem sebelum mematikan perbualannya. Fahem bingkas bangun dan menuju ke bilik yang terletak berhadapan dengan biliknya. Dipulas tombol pintu namun ia berkunci dari dalam.
       “Sayang... okey. I ikut cakap you.” Fahem bermain psikologi. Dia berharap dengan jawapan yang diberikan, Mazidah akan membuka pintu. Tekaannya tepat. Mazidah membuka pintu dengan muka yang berseri. Tanpa kata, dia menarik tangan wanita itu keluar dari bilik. Mazidah yang terpinga-pinga ingin merentap tangannya namun pegangan Fahem terlalu kuat.
       “You nak bawak I pergi mana?” soalnya dengan kasar.
       “Alah... jangan banyak cakap. Ikut je.” Arah Fahem. Diambil beg tangan Mazidah yang terletak di atas meja.


TAMAN BUKIT BERUANG HEIGHTS

“TADI ada pekerja abang cakap dengan abang yang Fahem balik awal. Dia nak bawak Mazidah ke klinik sebab budak tu pengsan kat pantry. Tapi takde pulak si Fahem telefon abang, cakap pasal budak tu. Entah kena tahan ke, sakit teruk ke, nak jugak abang tahu. Pekerja.” Luah Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin kepada isterinya ketika mereka sama-sama menonton Buletin Utama setelah selesai solat Maghrib berjemaah bersama Mak Kiah dan diimamkan oleh Pak Razak.
        “Hairan. Abang yang balik pukul 6.45 pun, dah tiba. Dia yang lagi awal dari abang... tak tiba-tiba jugak? Heran betul Pah.” Puan Sri Sharifah melahirkan kegusarannya.
        “Tak apa. Biar abang cuba telefon dia.” Lalu diambil telefon bimbitnya di atas meja.
        Beberapa saat menunggu, akhirnya Fahem menjawab panggilannya.
        “Fahem, daddy ni.” Ujar Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin setelah memberi salam.
        “Ada apa daddy?” soal Fahem. Ketika itu, Mazidah bersama Mak Bidan Senah di dalam sebuah bilik. Sedang menggugurkan kandungan anaknya.
        “Fahem kat mana? Dah pukul berapa ni, Fahem tak balik-balik lagi?” soal Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin dengan lembut.
        “Fahem ada hal sekejap. Nanti...” belum habis Fahem menjawab, terdengar Mazidah menjerit kuat dari dalam bilik.
        “Sakit! Fahem, I sakit sangat Fahem! Mak bidan, saya sakit!” Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin terdengar jeritan setiausaha anaknya.
        “Siapa yang terjerit tu Fahem?” soal Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin. Mesti daddy dengar. Pantas Fahem bangun dari kusyen dan menuju ke beranda luar. Tidak ada apa yang perlu ditakutkan. Rumah Mak Bidan Senah dengan jiran-jirannya memang rapat. Hampir semua rumah di situ membuka lampu di beranda.
         “Tak ada apalah daddy. Fahem kat hospital. Ada hal sikit.” Jawab Fahem terketar-ketar. Janganlah daddy syak yang bukan-bukan.
        “Kenapa?” soal daddynya.
        “Tak... kawan lama Fahem masuk hospital. Dia sakit jantung.” Bohong Fahem.
        Belum sempat Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin membuka mulut, sayup-sayup dia antara dengar dan tidak jeritan yang memanggil-manggil nama anaknya.
        “Fahem!!! Sakit Fahem! I nak anak kita Fahem!” Fahem sudah berpeluh-peluh. Janganlah daddy syak. Pantas dia turun menuju ke keretanya pula.
        “Oh... jadi Fahem kat hospitallah ya? Hmm... tak apalah, dah habis nanti Fahem terus balik rumah. Haa... Mak Kiah ada masakkan lauk kesukaan Fahem. Ikan keli sira sambal dengan sup sayur. Fahem balik ya, nak?” Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin seperti merayu pada anaknya.
        “Yalah daddy, nanti Fahem balik.” Jawabnya. Tak sampai hati bila mendengar intonasi daddynya yang seperti merayu kepadanya. Setelah dia menjawab salam daddynya, Fahem terus mematikan talian telefon. Tangga didaki sepantas mungkin. Tiba saja di ruang tamu, dia melihat Mak Bidan Senah yang berselendang sedang membawa sejag air untuk mereka.
        “Susah-susah saja Mak Bidan ni.” Fahem sekadar berbasa-basi. Mak Bidan Senah tersenyum.
        “Tak ada yang susahnya Fahem. Setakat air teh ni. Bukannya susah nak buat.” Jawab Mak Bidan Senah sambil tersenyum.
        Wanita berusia 52 tahun itu menghulurkan secawan teh kepada Mazidah yang duduk di sebelah Fahem. Kemudian secawan lagi dihulurkan kepada Fahem pula.
         “Terima kasih.” Ucap mereka berdua. Mak Bidan Senah hanya tersenyum.
         “Fahem belajar kat mana dulu?” soal Mak Bidan Senah. Fahem terkedu.
         “Err... dekat...”
         “Mesir kan? Yang unibesiti apa? Zahar? Al-Zahar?” Mak Bidan Senah mencari-cari nama betul universiti itu. Terkejut juga Fahem. Belum disebut wanita itu sudah mengetahuinya. Namun dia buat-buat tenang.
         “Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir.” Jawab Fahem lambat-lambat. Mak Bidan Senah menghela nafas panjang.
         “Terkenal unibesiti tu. Banyak ulama’-ulama’ yang belajar kat sana, kan? Beruntunglah Fahem dapat belajar kat situ. Fahem amek bidang apa kat sana?” soal Mak Bidan Senah Lagi.
         “Perniagaan.” Jawab Fahem. Dihirup lagi teh itu sehingga habis.
         “Kami pulang dululah, Mak Bidan Senah.” Ujar Fahem. Dia dan Mazidah pantas berdiri.
         Dikeluarkan enam keping not RM50 lalu dihulurkan kepada Mak Bidan Senah namun wanita itu menolak.
         “Ambillah, Mak Bidan Senah. Saya ikhlas ni.” Ujar Fahem. Mak Bidan Senah menolak.
         “Banyak sangat ni, Fahem.” Malas mahu bertengkar, Fahem memegang tangan kanan Mak Bidan Senah dan meletakkan duit itu di atas tapak tangan Mak Bidan Senah. Setelah itu, digenggamkannya tangan wanita itu. Mak Bidan Senah sudah tidak dapat mengelak.

“YOU sakit lagi ke?” soal Fahem sambil memandu. Mazidah menjeling.
        “You jangan tanya soalan bodoh, boleh tak? You dengar I terjerit-jerit tadi, kan?” Mazidah malas mahu melayan Fahem. Sudahlah hatinya membara. Ditambah dengan kesakitan yang dialami pada rahimnya. Dan ditambah lagi pula dengan soalan Fahem yang dirasakan terlalu bodoh.
        “Sayang... yang you marah sangat ni kenapa?” soalnya lagi. Tangan kirinya masih mencari-cari tangan Mazidah. Baru saja tangannya mendarat dipaha wanita itu, tangannya sudah ditepis kuat.
        “Kenapa ni?” soalnya lagi. Malas mahu melayan kerenah Fahem yang entah apa-apa, dia melelapkan mata.
        “Okey. I tahu you marahkan I. Tapi you jangan bimbang, kita tetap akan kahwin. Cuma masanya mungkin I akan fikir kemudian.” Beritahu Fahem. Dengan lembut, dia meletakkan tangannya di atas paha Mazidah. Diramas lembut tangan kanan wanita itu.
        “I sayangkan you. You jangan risau, kita akan sentiasa bersama. I takkan sia-siakan you.” Tambahnya lagi. Mazidah hanya merenung jalanraya yang kosong. Fahem juga sama. Suasana di dalam Volkswagen The Eos sunyi sepi. Hanya lagu Michael Buble bertajuk Lost di MIX. FM yang kedengaran. Mereka berdua mula menghayati lagu tersebut.

I can't believe it's over
I watched the whole thing fall
And I never saw the writing that was on the wall
If I'd only knew
The days were slipping past
That the good things never last
That you were crying

Summer turned to winter
And the snow it turned to rain
And the rain turned into tears upon your face
I hardly recognize the girl you are today
And God I hope it's not too late
It's not too late

       Tiba di Chorus, Fahem turut sama menyanyikannya.
       “I tujukan lagu ni untuk you. Tolong dengar chorus ni betul-betul.” Mazidah hanya mendengar. Suaranya tidaklah semerdu Michael Buble, tapi... okeylah. Sedap telinga mendengarnya. Tak sengau.
            

'Cause you are not alone
I'm always there with you
And we'll get lost together
Until the light comes pouring through
It's when you feel like you're done
And the darkness has won
Babe, you're not lost
When your world's crashing down
And you can't bear the cross
I said, babe, you're not lost

         Mazidah terkedu. Dia memang bertuah. Sekurang-kurangnya, Fahem mahu membantunya dan tidak terus meninggalkan dirinya atau memecatnya. Mazidah menghayati lagi lagu tersebut.


Life can show no mercy
It can tear your soul apart
It can make you feel like you've gone crazy but you're not
Things have seemed to change
There's one thing that's still the same
In my heart you have remained
And we can fly fly fly away

'Cause you are not alone
And I am there with you
And we'll get lost together
Until the light comes pouring through
It's when you feel like you're done
And the darkness has won
Babe, you're not lost
And the world's crashing down
And you can not bear the cross
I said, baby, you're not lost






Sunday 21 November 2010

CSU 16

CINTA SEORANG USTAZ 16

HOSPITAL PANTAI

“MACAM mana dengan daddy aku, Fattah?” soal Datuk Alexander ketika dia bertemu Dr. Fattah. Sahabat baiknya tersenyum.
        “Kami dah check. Daddy kau cuma batuk biasa saja. Tapi, yalah... dia kan biasa duduk di negara sejuk. Kita duduk di negara bermusim panas. Mungkin tak serasi. Dan kami telah memasukkan wayar di dalam hidung daddy kau supaya kahak yang terkumpul di paru-parunya akan keluar. Dan... Alhamdulillah, semua kahak tersebut Berjaya dikeluarkan.” Terang Dr. Fattah.
       “Jadi, aku dah boleh bawa keluar daddy aku?” soal Datuk Alexander. Dr. Fattah mengangguk.
       “Cuma aku nak membuat pemeriksaan dulu pada daddy kau. Kalau tak ada apa-apa, kau boleh bawa pulang kejap lagi. Kalau ada masalah, kau boleh bawa pulang petang atau malam ni.” Sambung doktor itu lagi. Datuk Alexander menarik nafas lega sambil mengucapkan Alhamdulillah.


BANDAR MELAKA

“MANA si Black dengan Andy  ni? Lambat betullah!” Iskandar merungut. Hamka hanya tersengih. Sekali-sekala, Hamka menghirup rootbeer bercawan besar yang dikongsi bersama dengan Isha. Sementara menanti Black dan Andy, Iskandar membaca Majalah i yang baru dibelinya tadi. Ketika dia membelek-belek majalah tersebut, dia terpandang perkataan ‘Paderi’. Tiba-tiba dia teringatkan Simon Brown, datuknya.
       Bukankah paderi tak boleh berkahwin? Iskandar menyoal dirinya sendiri. Otaknya mula memikirkan sesuatu. No... tak mungkin! Kepalanya digeleng-gelengkan beberapa kali.
       Hamka dan Isha yang asyik berpegangan tangan sambil berbual mesra memandang Iskandar yang seperti orang gila.
       “Kau kenapa, Is?” soal Hamka. Dia bangun dan terus duduk di sebelah Iskandar.
       Iskandar menggelengkan kepala, mengisyaratkan yang dia okey. Hamka mengeluh.
       “Is, kita kawan baik. Bila kau ada masalah, aku tahu reaksi kau macam mana.” Iskandar memandang rakannya itu.
       “Apa yang kau tahu tentang paderi Roman Katolik?” saol Iskandar. Hamka hanya mengangkat bahu.
      “Yang aku tahu... paderi tak boleh kahwin. Sebabnya... untuk menjaga kesucian mereka. Pada aku, tu semua menolak fitrah manusia. Dan kerana hal inilah, terjadinya kes-kes pencabulan seks ke atas kanak-kanak yang dilakukan oleh para paderi sendiri.” Jawab Hamka. Tidak menjadi ustaz tidak bermakna dia tidak tahu tentang agama lain. Iskandar mengangguk. Dia akui. Dia pun tahu tentang itu.
      “Kenapa?” tanya Hamka. Dia pasti, ada sesuatu yang berat bermain di fikiran rakan baiknya. Belum sempat Iskandar memandang mukanya, dia dapat memikirkan perkara yang mungkin sama sedang difikirkan oleh Iskandar. Seperti tahu saja jalan fikiran mereka sama, Iskandar mengangguk.
     “Kau fikir dad...”
     “Ya. Aku terfikir macam tu tapi hati aku berat untuk mengakui apa yang aku fikirkan. Kau faham, kan?” Iskandar merenung kawan baiknya. Hamka mengangguk. Baru saja Hamka ingin membuka mulut, Black dan Andy bersama teman wanita masing-masing sudah muncul di muka pintu.
     “Takpelah, kita bincang lain kali.” Putus Iskandar. Sebaik sahaja melihat mereka, mereka berempat terus menapak ke meja yang dihuni Iskandar.

“MACAM mana dengan plan kita? Jadi tak?” soal Iskandar setelah menghabiskan separuh daripada Double Cheeseburger. Andy yang sedang menyedut Famous Floats segera memandang Iskandar.
         “Jadi tu memanglah. Tapi, kita orang ni kerja swasta. Kau tu, kerajaan. Boleh ke nak ponteng sesuka hati?" sindir Andy. Iskandar menjeling.
         “Apalah bengap benar kau ni, Andy? Kita pergi Jumaat petang. Ahad tengah hari, kita baliklah!” balas Iskandar pula. Andy tersengih-sengih. Ya tak ya jugak! Black menggeleng kepala melihat Andy yang seperti orang tidak betul.
         “Kita lalu jalan mana?” soal Hamka yang menyepi sejak tadi.
         “Kita lalu Asahanlah.” Jawab Black. Dia selalu bercamping, jadi dia tahu mana-mana jalan shortcut.
         “Perempuan, siapa yang ikut?” soal Iskandar pula. Dia tidak kisah jika bercamping lelaki dan wanita. Tapi, janganlah sampai ada yang buat maksiat pula.
         “Kami.” Donny, Watie dan Isha mengangkat tangan hingga ke paras bahu. Iskandar memandang seorang demi seorang.
         “Womens, sorry sikit ya, aku terpaksa cakap benda ni.” Iskandar memulakan mukadimah. Ketiga-tiga wanita itu mengangguk faham.
         “Mungkin aku kurang biadab sebab nak memberitahu tentang sesuatu yang kotor di meja makan ni tapi... yalah, aku terpaksa.” Iskandar berhenti seketika.
         “Apa benda, Is?” soal Hamka.
         “Kalau bolehlah... aku harap Isha, Donny dan Watie tak period time kita nak camping nanti.” Satu meja sudah tergelak apabila mendengar ayat Iskandar.
         “Kitaorang ingat apalah tadi. Kau jangan risaulah, Is. Perempuan biasanya kena pada tengah ke akhir bulan. Ni baru 9 haribulan Oktober. Lagipun, aku baru habis semalam.” Jawab Isha.
         “Aku pula sekarang dah tinggal sikit. Petang ni, mungkin dah sucilah.” Jawab Donny pula.
         “Aku pula biasanya kena dalam 20, 21, 22. Lebih kurang macam tulah.” jawab Watie.
 Iskandar mengangguk.
         “Sorry, women.” Iskandar memohon maaf.
         “Kitaorang tak kisah. Tapi, kenapa kau tanya macam tu? Berdosa ke kalau pergi camping time period?” soal Donny. Kaum lelaki di situ sudah tergelak.
         “You ikut mazhab mana ni, sayang? Mana ada dalam agama, hukum yang begitu? You ni nak buat ajaran sesat ke apa?” Black menyindir teman wanitanya. Donny menjeling.
         “Sebab I tak tahulah, I tanya!” Donny menjawab dengan marah. Iskandar hanya tersenyum.
         “Mazhab mana you ikut ni Donny? Mana ada hukum macam tu dalam agama? I tanya sebab I tak mahu... macam nilah. Senang cerita, I tak mahu kita diganggu benda-benda tak elok semasa kita camping. Masa camping, kita ke tempat ‘mereka’. I harap you all semua faham siapa ‘mereka’. Dan macam biasalah. Kita tetamu. Bila dah tiba tempat orang, takkanlah kita nak sepahkan tempat orang tu. Dia dah kasi kita tumpang tidur pun, dah cukup elok. I tak mahu dia ganggu kita. Mungkinlah... manalah tahu kalau-kalau darah haid you bocor ke, then terkena di tempat mereka. Lepas tu, mereka akan ganggu you. Ikut you sampai kat rumah. You pun kena sampuk... I tak nak macam tu. So, faham kan?” semua mengangguk bila Iskandar mula menerangkan. Masing-masing sudah besar. Pandai-pandailah fikir sendiri.
          “Kami faham, Is.” Jawab Isha. Baguslah. Detik hati Iskandar.
          “And, one more thing. Aku tak mahu kau orang terjerit-jerit macam beruk mak ye, macam tak pernah tengok air terjun masa kat sana. Mereka pun nak duduk dengan aman kat sana. Manalah tahu, bila kau orang terjerit-jerit, mahu terkena sakit jantung ‘diorang’. Dan lagi satu aku nak ingatkan, tolonglah... jangan buat maksiat di sana. Kalau orang ke tempat kita dan kemudian dia buat maksiat, kita mesti marah kan? Jadi, ‘mereka’ pun begitu juga.” Selesailah caramah ringkas Iskandar.



VILLA JANNAH

“BERAPA hari kau nak camping?” soal Datuk Alexander apabila melihat tangan Iskandar yang ligat menyusun itu dan ini di dalam beg galasnya. Iskandar mendongak memandang daddynya.
       “Tiga hari dua malam.” Ringkas jawapan Iskandar. Terus dia menyambung kerjanya tadi. Diambilnya kompas kiblat yang disimpan di dalam laci dan terus dimasukkan ke dalam begnya. Kopiahnya juga diambil. Habis mengemas, dia turun ke bawah.
       “Dah siap semua barang kau, Is?” soal Datin Aminah ketika menonton Majalah 3. Iskandar mengangguk.
       “Terima kasih Mak Jah.” Ucap Iskandar sambil tersenyum selepas Mak Jah menghulurkan segelas jus oren kepadanya.
       “Bila nak bertolaknya, Iskandar?” soal Mak Jah setelah duduk di sebelah Datin Aminah.
       “Jumaat ni.” Jawab Iskandar. Mereka mengangguk faham.
       “Yalah. Daddy harap, kau selamat pergi dan balik.” Doa Datuk Alexander. Iskandar mengangguk.
       “Jaga diri bila kat sana, Is. Jangan buat benda yang ‘diorang’ larang. Faham?” pesan Datin Aminah. Iskandar mengangguk faham.

SMK TAMAN INDAH

“ESOK saya nak ke Gunung Ledang. Camping dengan kawan-kawan. Awak nak ikut?” Iskandar sengaja mengenakan Laila. Mata Laila diliarkan di sekeliling bilik guru.
       “Nasib baiklah ustaz ni, ustaz saya dan ada ramai orang kat sini. Kalau tak, dah lama saya  tumbuk muka ustaz.” Laila memberi amaran dengan suara yang amat perlahan. Iskandar tergelak perlahan.
      “Okeylah... awak nak apa-apa tak? Cincin tunang ke?” usik Iskandar lagi. Muka Laila sudah merah membara.
      “Ustaz ingat lawak sangat agaknya?” Hati Laila makin membengkak.
      “Takpelah. Nanti abang tempahkan cincin. Sepasang. Cincin emas putih. Sayang satu, abang satu, ok?” makin galak Iskandar mengusik. Malas mahu bertekak dengan anak mat salih ini, dia terus keluar selepas memberi salam. Iskandar tergelak lagi. Takpelah... nanti aku belikanlah apa-apa untuk dia. Bisik hatinya.