REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

Sunday 21 August 2011

CSU 27

CINTA SEORANG USTAZ 27

16 DISEMBER 2010
“EXAM dah habis. Apa perancangan kamu berdua?” soal Iskandar setelah mereka duduk di kerusi batu yang berdekatan dengan air terjun mini. Terdapat beberapa orang pelajar sedang mengambil gambar di air terjun mini tersebut. Mungkin sebagai kenangan indah setelah mereka melangkah meninggalkan sekolah ini sebentar lagi.
“Tak tahulah lagi ustaz. Mungkin sementara menunggu keputusan, kami nak kerja.” Jawab Laila. Najwa mengangguk mengiakan. Kerja sekadar untuk mengisi masa lapang dan menghilangkan kebosanan.
“Kalau awak nak kerja, saya boleh tolong. Ada seorang pengurus di pejabat daddy saya, dah nak bersalin. Tak silap saya, minggu depan due datenya. Jadi, tempat dia akan digantikan oleh penolongnya. Tapi, penolong dia ni... lelaki. Kelam-kabut sepanjang masa. Kalau nak fotostat, faks... semua dia suruh setiausaha dia. Setiausaha pun kadang-kadang ada banyak kerja jugak.
Hari tu daddy saya ada cakap dengan saya. Dia nak cari budak perempuan untuk buat kerja-kerja pejabat. Macam fotostat, hantar faks, susun fail. Pendek kata, kerja-kerja am pejabat. Sebulan dapat empat, lima ratus pun jadilah. Boleh juga simpan untuk sambung belajar nanti.” Ujar Iskandar. Mereka berdua mengangguk faham.
“Nanti kami tanya mak ayah kami dulu. Kalau jadi, Laila akan telefon ustaz.” Jawab Najwa. Laila mengangguk setuju dengan cadangan kawan baiknya.
“Yalah. Saya cuma bagi lorong untuk awak cari kerja. Nanti saya cakaplah dengan daddy saya. Manalah tahu, untung-untung terus dapat kerja kat situ. Murah rezeki awak berdua.” Tambah Iskandar sambil tersenyum.
            “Terima kasih ustaz. Kami hargai sangat pertolonga ustaz ni.” Ujar Laila. Iskandar hanay tersengih.
            “Tak apa. Rezeki ALLAH, sama-sama kita bahagikan. Selagi saya boleh bantu, Insya-ALLAH saya akan cuba bantu seboleh yang mungkin. Hari ni, saya tolong awak berdua. Manalah tahu esok lusa, saya susah. Awak berdua pulak yang tolong saya. Betul tak?” Iskandar berhujah. Kedua-dua anak muridnya tersenyum tanda setuju.
            “Oklah ustaz, kami pulang dulu.” Ujar Najwa sabil berdiri.
            “Eh, tak apa. Biar saya hantarkan kamu berdua.” Ajak Iskandar. Laila menggeleng
            “Isy... tak payah susah-susahlah ustaz. Kami boleh tunggu bas.” Laila menolak. Iskandar tergelak perlahan.
            “Lagipun, laluan rumah ustaz di tempat lain. Nanti, puas pulak ustaz nak patah-balik, semata-mata nak hantar kami.” Sanggah Najwa pula.
            Iskandar tersengih sekai lagi. “Kebetulan saya nak ke rumah kawan saya sekejap. Kampung kamu dalam laluan untuk ke sana jugak. Jadi, apa salahnya kalau saya hantar? Sudah, tunggu sini sekejap. Saya nak kemas barang saya. Lepas tu nak punch card.” Jawab Iskandar. Akhirnya, kedua-dua sahabat karib itu mengangguk.

“BETUL ke ni, Najwa?” soal Mak Munah kepada anak jirannya yang paling rapat. Najwa mengangguk.
            “Betul, Mak Munah. Demi ALLAH, Wawa sanggup bersumpah atas Al-Quran.”jawab Najwa dengan bersngguh-sungguh. Mak Munah hanya tersenyum mendengar olah Najwa. Sesungguhnya, dia memang seorang ramaja yang periang.
            “Habis tu, Wawa dah beritahu mak?” tanya Mak Munah lagi. Najwa mengangguk.
            “Wawa dah tanya mak, ayah dengan abang. Mereka bagi Wawa kerja kat sana. Yalah, sementara nak tunggu keputusan SPM. Lagipun, sampai bila Wawa nak harapkan duit dari mak, ayah dengan abang. Betul tak makcik?” Mak Munah mengangguk tanda setuju.
            “Kalau gitu, kau tunggu ayah kau balik dari kebun dulu, Laila. Nanti, kita bincang dengan dia elok-elok.” Ujar Mak Munah. Dia tahu, Mohd. Lazim pasti menyetujuinya.


VILLA JANNAH

“DADDY ingat, hujung minggu ni daddy nak lawat granddad kamu. Kamu nak ikut?” soal Datuk Alexander ketika mereka sedang menikmati makan malam.
“Ikut tu memanglah nak. Tapi masalahnya, Is ada kerja yang masih belum selesai. Macam nilah daddy, bila Is dah mula cuti... Is akan beritahu daddy tarikhnya dan kita akan lawat granddad sama-sama.” Iskandar membuahkan cadangan. Datuk Alexander mengangguk setuju.
“Boleh jugak.”
“Kelmarin daddy ada cakap nak ajak mereka bercuti di London. Apakata masa kita pergi nanti, kita ajaklah mereka sekeluarga.” Natasha tiba-tiba teringat percutian yang pernah disebut oleh Datuk Alexander suatu ketika dahulu.
Datin Aminah memandang Natasha. Lalu dia memandang suaminya. “Betul jugak, abang. Apa salahnya kalau kita ajak mereka bercuti sekali?” Datin Aminah menyokong cadangan anaknya. Datuk Alexander mengangguk. Tetapi tiba-tiba menggeleng pula.
“Abang takut nanti kalau orang kata macam-macam pulak.”  Ulas Datuk Alexander. Datin Aminah mengeluh.
“Kita bukannya nak bawa mereka ke tempat maksiat bang. Kita nak bawa mereka ke negara abang. Bumi ciptaan ALLAH  jugak. Nanti bila Is kahwin dengan Laila, tiap-tiap minggu pergi pun tak apa.” Ujar Datin Aminah. Datuk Alexander hanya tergelak perlaha. Macam-macam bini aku ni.
“Yalah. Nanti bulan 19 haribulan ni kita pergi. Kamu tentu dah mula cuti kan?” soal Datuk Alexander kepada anak lelakinya. Iskandar mengangguk.
“Nanti kita datng ke rumah dia. Beritahu hal ini.” Ujar Datuk Alexander. Semua mengangguk setuju.

“AYAH tak kisah, Laila. Asalkan kamu pandai jaga diri.” Ujar Mohd Lazim ketika Laila sedang menyiram bunga.
“Wawa ada sekali?” soal mohd Lazim.
“Ada ayah.” Jawab Laila. Ayahnya mengangguk.
“Kalau ada, tak apa. Sekurang-kurangnya kamu ada kawan. Tak jadi kera sumbang. Tapi ingat, jaga sopan santun kamu berdua. Jaga adab dan tingkah laku.” Mohd Lazim berpesan.
“Insya-ALLAH, Laila sentiasa ingat.”jawab Laila.

“ABANG nak ke Midsomer minggu hadapan. Nak lawat dad. Kamu mahu ikut?” soal Datuk Alexander kepada adiknya, William Brown. Dia memandang sekeliling pejabat adiknya. Tidak besar tetapi selesa.
“You want to visit dad or your old girlfriend?” William menyindir. Datuk Alexander mendengus geram. Tentu William menyangka yang bukan-bukan tentang pertemuan antara dia dan Stephanie di Charcoal Grill yang terletak di tepi jalan High Street. Dia tidak tahu sama ada adiknya memang kebetulan ada di situ atau mengintipnya hingga ke pekan Midsomer Norton.
 “You go with your family?” soalnya. Datuk Alexander mengangguk.
“Including with my future in-laws parents.” Tambah abangnya.
“I just visited him in the previous month.” Jawab William acuh tidak acuh. Tangannya tidak lepas dari menandatangani beberapa dokumen penting yang diserahkan oleh Naim pagi tadi.
“Macam mana keadaan daddy?” soalnya. Datuk Alexander tahu, adiknya faham Bahasa Melayu tetapi susah untuk menuturkannya.
“He’s fine. Nothing serious about his disease.” Jawab William, langsung tidak memandang abangnya. Dia harap abangnya faham bahawa kedatangannya tidak dialu-alukan.datuk Alexander yangh faham akan maksud adiknya, terus bangun dan beredar dari pejabat agensi pelancongan itu.
William tersenyum sinis selepas melihat Datuk Alexander keluar dari pejabatnya dengan muka yang bengang. Sengaja dia tidak mahu melayan abangnya. Lagipun, memang hari ini dia terlalu sibuk. Langsung tidak ada masa untuk perkara-perkara remeh yang dibawa oleh Datuk Alexander.
Selepas siap menandatangani beberapa dokumen penting, dia memanggil setiausahnya melalui interkom dan wanita itu membawa dokumen tersebut untuk difotostat.
Tiba-tiba, pintu pejabatnya dibuka kasar. William mengangkat muka.
“Abang nak bagi amaran. Don’t you dare to destroy my family!” selepas memberi amaran keras, Datuk Alexander menghempas pintu pejabat adiknya.

ALEXIS-AMINA HOLDINGS CORPORATION

DATUK ALEXANDER memerhatikan semua stafnya yang sudah ebrkumpul di dalam bilik mesyuarat. Kemudian, dia memulakan ucapannya.
“Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih saya ucapkan kepada anda semua kerana sudi hadir ke mesyuarat ringkas pagi ini. Saya cuma ingin mengenalkan kamu semua kepada dua pekerja sementara kita, iaitu Laila Mohd Lazim dan Najwa Abdullah. Mereka akan membuat kerja-kerja am pejabat seperti fotostat, menjawab telefon, menghantar faks, dan yang sewaktu dengannya. Saya berharap agar awak semua dapat memberi kerjasama yang baik dengan mereka.” Ucap Datuk Alexander. Masing-masing mengangguk, tanda patuh pada arahan tersebut.
“Laila, sila perkenalkan diri awak.” Arah Datuk Alexander.
Laila yang duduk di sebelah Datuk Alexander berdiri perlahan-perlahan.
“Nama saya ialah Laila binti Mohd. Lazim. Saya berasal dari Melaka.  Saya baru saja tamat SPM.” Laila memperkenalkan diri. Sejurus kemudian, Najwa puyla bangun untuk memperkenalkan dirinya.
“Nama saya najwa binti Abdullah. Saya berasal dari Melaka, sekampung dengan Laila. Saya juga baru tamat SPM.” Datuk Alexander mengangguk puas hati.
“Ok, ada apa-apa soalan?” soalnya kepada semua staf.  Seorang staf lelaki mengangkat tangan.
“Saya nak tanya. Macam mana kamu berdua boleh dapat kerja di sini?” soalnya. Datuk Alexander tersenyum.
“Anak saya, Iskandar yang tanya saya kalau-kalau ada kerja kosong. Yalah, sementara nak menunggu keputusan SPM.” Jawabnya.

“MACAM mana kerja? Elok?” soal Iskandar ketika dia sedang berehat di perpustakaan mini.
“Ustaz buat apa kat sini?” soal Laila ketika dia dan Najwa sedang menyusun buku-buku yang bersepah di situ.
“Sejak akhir-akhir ni, daddy saya selalu mengadu sakit kepala. Sebab itulah habis saja waktu sekolah, saya balik rumah untuk sembahyang dan makan sebelum datang ke sini. Yalah, nak perhatikan daddy saya. Adik saya tu asyik kena jumpa klien saja. Itu yang tak dapat nak pantau daddy saya sepenuhnya.” Jawab Iskandar. Mereka berdua mengangguk.
“Alah biasalah ustaz, orang tua.” Balas Najwa. Iskandar tersengih.
“Tak payah kata orang tua. Kita yang muda ni pun, hari-hari sakit kepala.” Ujar Laila. Mengekek-ngekek Najwa ketawa.
“Saya bukan apa Laila, Najwa... saya  takut kalau-kalau dia dapat darah tinggi ataupun sakit kronik yang lain. Payah jugak nanti.” Balas Iskandar. Kedua-dua anak muridnya itu mengangguk tanda setuju. Zaman sekarang, perlu berhati-hati. Dari sakit kepala, bermacam-macam jenis penyakit yang boleh kita ketahui. Contohnya tekanan darah tinggi, tekanan darah rendah, migrain, mengandung dan lain-lain lagi.
“Kalau awak berdua nak pinjam buku dalam perpustakaan ni pun, boleh jugak.” Ujar Iskandar.
“Macam mana caranya?” tanya Najwa.
“Sama saja macam di sekolah.” Iskandar jawab dengan ringkas.
“Oh.” Sahut kedua-dua anak muridnya.
“Laila, saya ada benda nak diberitahu pada awak.” Iskandar memulakan langkahnya.
“Apa dia?” soal Laila. Kekusyukan Najwa membaca sebuah buku resipi di rak belakang membuatkan dia leka dan tidak menumpu kepada perbualan serius di antara iskandar dan Laila.
“Daddy saya nak lawat ayah dia di Midsomer. Kami sekeluarga akan berangkat ke sana 19 haribulan nanti. Hari tu, daddy dan mummy saya ada terfikir untuk bawa awak sekeluarga ke Midsomer untuk bercuti. Jadi kami ingat, dah alang-alang kami ke sana, baik kami terus bawa keluarga awak.” Terang Iskandar.
Laila melepaskan nafas berat. “Ustaz, kalau saya ada duit, dah lama saya terbang ke sana dengan mak dan ayah saya tahu!” Laila berkias. Ke luar negara, siapa tidak mahu? Sekali Iskandar mengajak, satu trillion kali dia sudi. Tetapi, segala keputusan terletak di tangan emak dan ayahnya.
“Awak jangan risau. Segala urusan tambang penerbangan, serahkan kepada kami. Kalau boleh... esok, awak dengan ibu ayah awak ikut saya ke Jabatan Imigresen untuk buat pasport. Ok?” tambah Iskandar lagi.
“Saya kena tanya mak ayah saya dulu.” Laila beralasan.
Iskandar mengangguk-angguk, tanda mengerti. Anak yang baik selalunya akan sentiasa merujuk kepada ibu bapanya. “Baiklah. Kalau macam tu, jam 10 malam ni, saya akan telefon awak, nak tahu jawapannya.” Iskandar memberi kata putus.

“JAUHNYA! Bila nak ke sana?” soal Mohd. Lazim.
“Ustaz kata, 19 haribulan kita bertolak.” Jawba Laila. Mohd Lazim mengira dengan jarinya. Maknanya, lagi dua hari lagi? Mana nak cari duit untuk tambang penerbangan?
“Mana ayah nak cari duit banyak-banyak untuk buat tambang kapal terbang?” Mohd Lazim menyoal dirinya sendiri. Laila dan Mak Munah hanya mengangkat bahu.
Telefon bimbit Laila yang terletak di atas meja sofa berbunyi. Lantas, mdia mengerling pada skrin telefon. Dia mengeluh setelah membaca sebaris nama itu.
“Assalamualaikum.” Iskandar memberi salam setelah Laila menekan butang hijau. Laila menjawab salam dengan seadanya.
“Macam mana, dah dapat keputusan?” tanya Iskandar. Laila menjawab nafas berat.
“Ustaz cakaplah sendiri dengan ayah saya.” Jawab Laila sambil menyerahkan telefon bimbitnya kepada Mohd. Lazim. Ayahnya menyoal ‘siapa’ dengan mengangkat sedikit kepalanya.
“Ustaz.” Bisik Laila.
“Assalamualaikum ustaz.” Mohd Lazim memberi salam.
“Waalaikumsalam. Pakcik sihat?” sempat Iskandar bertanya khabar ayah Laila.
“Sihat walafiat, alhamdulillah. Ustaz?” Mohd Lazim berbasa-basi sebelum ke tajuk utama.
“Sama jugak. Sihat walafiat. Alhamdulillah.” Iskandar menelan air liur seketika sebelum dia menyambung kata-katanya.
“Sebenarnya, saya nak bertanya tentang percutian ke Midsomer. Jadi ke tidak?” soalnya.
“Biar pakcik berterus terang sajalh. Yalah, siapa tak nak ke luar negara? Sekali-sekala tengok alam ciptaan ALLAH yang indah. Tetapi pakcik harap ustaz fahamlah, kami ni tak cukup du...”
“Tak apa. Daddy saya sponsor semua. Yalah, selama ini... asyik dia saja yang tengok tempat kelahiran kita. Kali ni, dia nak kita pulak yang tengok tempat kelahiran dia. Lagipun, sekarang ni tentu musim sejuk. Seronok.” Ujar Iskandar.
“Kalau dah musim sejuk, mesti kena beli baju sejuk banyak-banyak!” Mohd. Lazim masih berdalih.
“Tak apa. Pakcik beli seorang dua helai. Di rumah datuk saya, ada banyak lagi baju sejuk  macam tu.”
Mohd. Lazim berfikir seketika. Budak ni bersungguh-sungguh betul.
“Kalau dah itu kata ustaz, kami ikut sajalah. Nanti kalau apa-apahal, Laila akan telefon ustaz.” Mohd. Lazim membuat keputusan.
“Yalah pakcik. Terima kasih, assalamualaikum.”
“Kata tadi tak nak pergi?” Mak Munah meminta kepastian. Mohd. Lazim melepaskan nafas berat.
“Itulah, tapi bila tengok Iskandar bersungguh-sungguh nak ajak ke kampung daddy dia, kita ikut sajalah. Rezeki jangan ditolak. Musuh jangan dicari. Betul tak?” Mak Munah dan Laila mengangguk.
“Habis tu, kerja banag?” Mak Munah baru teringat.
“Kan abang cakap, mungkin sampai bulan dua abang tak bawa lori. Barang tak ada.” Mohd. Lazim memberitahu sekali lagi.
“Habis, bertolaknya tetap 19 haribulan ni jugak?” soal laila. Mohd. Lazim mengangguk lagi.

No comments:

Post a Comment