REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

Tuesday 7 December 2010

WUC 8

WAKE UP CALL 8

KETIKA membaca buku ‘Indahnya Hidup Bersyariat’ terbitan Telaga Biru sambil berbaring, Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin menoleh seketika ke wajah  isterinya yang sedang membaca majalah i.
     “Abang risau dengan Fahem, Pah.” Luahnya. Bacaan Puan Sri Sharifah terhenti seketika.
     “Apa yang abang nak risaukan? Dia dah besar panjang, pandailah dia jaga diri.” Jawab Puan Sri Sharifah. Suaminya menggeleng.
     “Sebab dia dah besar panjanglah, buat abang makin risau. Abang takut kalau-kalau dia buat benda tak senonoh belakang kita.” Balas Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin. Puan Sri Sharifah memandang suaminya. Betul jugak. Detik hatinya. Dimandang suaminya lagi.
     “Maksud abang?” dia dapat meneka sesuatu namun dia tetap inginkan kepastian dari suaminya.
     “Yalah... manalah tahu kalau-kalau dia dah tebuk mana-mana teman wanita dia. Abang risau sangat, takut kalau-kalau mana-mana makwe dia mengandungkan anak dia ke, apa ke... risau abang.” Luah suminya lagi. Paun Sri Sharifah melepaskan keluhan panjang.
     “Bang... apa kata kalau kita pasang spy untuk mengintip dia, nak?” Puan Sri Sharifah memberikan idea. Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin mengangguk setuju.
     “Bagus jugak tapi... awak pun tahu kan, anak awak tu... mafia. Abang takut kalau dia dapat tangkap budak tu dan bunuh budak tu. Tak pasal-pasal jadi kes pulak nanti.” Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin memandang isterinya.

“ENCIK, kalau macam ni punya rosak, memang kami boleh buat tapi kereta encik ni jenis kereta mahal. Kami takut kalau makin teruk  jadinya.” Beritahu mekanik muda itu.
      “Takkanlah ketuk sikit pun tak boleh?’ soal Fahem lagi. Ini semua si Mark punya pasallah! Sengaja dia langgar belakang kereta aku malam tadi! Rungutnya dalam hati. Mekanik tadi menggeleng. Fahem menggarukan kepalanya. Ditoleh ke kanan. Macam aku kenal saja kereta Wira ni? Oh... ada peluang nie. Dia tersenyum. Nur Syuhadah yang kebetulan menolehkan kepalanya ke kiri terkejut apabila melihat Fahem sedang tersenyum kepadanya. Lalu Fahem mendekatinya.
       “Kenapa dengan kereta?’ soalnya sambil melihat-lihat kereta Nur Syuhadah. Wanita itu tersenyum. “Tak ada apa, cuma pedal minyak tu asyik berbunyi bila dipijak.” Terang Nur Syuhadah. Fahem mengangguk faham. Fahem kembali semula ke keretanya. Dia bercakap sesuatu dengan mekanik muda itu. Akhirnya, mekanik itu bersetuju untuk mengetuk sedikit kemek di keretanya. Fahem mendekati semula Nur Syuhadah.
       “Lama lagi ke nak siap ni?” soal Fahem. Nur Syuhadah mengangguk.
       “Lama jugak. Haji Madun tu kata, adalah nak dekat setengah jam.” Jawab Nur Syuhadah. Fahem tersenyum.
       “Syuhadah dah makan?” soal Fahem. Nur Syuhadah mengangguk. Sebenarnya, dia memang belum makan tetapi dia dapat agak, Fahem mahu mengajaknya makan.
       “Syuhadah tak payahlah nak tipu Fahem. Syuhadah tak makan lagi tapi Syuhadah sengaja cakap yang Syuhadah dah makan, kan untuk mengelak dari Fahem.” Bulat mata Nur Syuhadah apabila mendengar kata-kata Fahem. Dia jadi malu sendiri.
       “Kereta ni lambat lagi nak siap. Jom kita makan dulu kat restoran depan tu.” Ajak Fahem. Nur Syuhadah memang keberatan tetapi apabila Fahem beria-ia mengajak, dia akur akhirnya.

“BOLEH Syuhadah tanya sesuatu?” Nur Syuhadah meminta izin setelah pelayan yang mengambil pesanan mereka pergi.
      “Tanya apa?” soal Fahem semula dengan senyuman. Nur Syuhadah menarik nafas seketika.
      “Kenapa Fahem pilih jadi mafia?” soal Nur Syuhadah dengan berhati-hati. Fahem tersenyum tawar.
      “Syuhadah, saya tak berdoa pun pada TUHAN supaya jadi mafia.” Jawab Fahem dengan tenang. Nur Syuhadah mengerutkan wajah.
      “Maksud Fahem?” soalnya kemudian. Tak lama kemudian, pesanan mereka tiba. Aroma bihun tomyam benar-benar membuatkan Fahem bertambah lapar. Nur Syuhadah meneguk sedikit teh o suamnya sebelum makan. Setelah mengaminkan doa, Fahem mula menjamah bihun tomyamnya. Nur Syuhadah menyuap Nasi Pattayanya perlahan-lahan ke dalam mulut.
      Setelah separuh tomyamnya dimakan, Fahem berhenti seketika. Dihirup sedikit Nescafe suamnya.
      “Ada sejarahnya sendiri kenapa tiba-tiba saya jadi macam ni.” Fahem mula membuka cerita tiga tahun lalu.

“KAN aku dah cakap dengan kau? Jangan percaya sangat dengan si Fahem tu. Tapi kau degil. Bila dia dah sedap pakai kau, dia buat endah tak endah saja bila kau cakap kau pregnant. Itu yang kau kata baik?” Diyya memarahi Mazidah. Mazidah hanya terkaku si atas sofa sambil menonton Chapalrela.
        “Yalah, sekurang-kurangnya bila aku cakap aku pregnant, dia tak pecat aku atau tinggalkan aku terus. Walaupun dia suruh aku gugurkan kandungan, itu maknanya dia masih ambil berat pasal aku. Kira baiklah tu.” jawab Mazidah. Diyya membulatkan biji matanya.
        “Jantan macam tu yang kau cakap baik? Dahlah Mazidah. Kalau aku jadi kau, aku cari saja jantan lain. Tak pun, tinggalkan saja dia tu. Apa yang kau gila sangat dengan si Fahem tu, aku tak tahulah. Ni aku nak tanya kau. Apa yang dia ada? Sampai kau betul-betul gilakan dia.”
       Mazidah mengerutkan dahinya seketika. “ Dia ada Ijazah Perniagaan dari Univeristi Al-Azhar Kaherah, Mesir. Dia anak kepada Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin dan Puan Sri Sharifah. Dia jadi CEO dalam syarikat daddy dia. Dia bakal pewaris atau bakal pemilik syarikat Izzuddin Supplier Holdings apabila daddy dia menyerahkan semuanya kepadanya. Dia ada kereta Valkswagen The Eos dan BMW X5. Dia ada apartmen sendiri, Apartmen Casa Lago. Dia ada hotel sendiri, Sunset Hotel. Dan... dia adalah mafia yang digeruni.” Selamba saja Mazidah memberikan jawapannya.  Diyya makin naik angin.
       “Hisy, tak faham aku dengan kau ni. Habis, kau memang betul-betul gugurkan kandungan kau ke?” soal Diyya. Dengan perlahan, Mazidah mengangguk. Diyya menutup mulutnya yang sudah ternganga.
       “Aku memang tak nak. Tapi, Fahem yang paksa. Dia yang bawa aku ke rumah bidan kat Merlimau.” Jawab Mazidah.
       “Tapi, dia dah janji yang dia akan kahwin dengan aku.” tambah Mazidah. Diyya mencebik.
       “Kau percaya sangatlah dengan janji jantan playboy mata keranjang macam dia tu. Habis, makwe dia yang si Fiona tu mana dia nak humbankan?” bentak Diyya. Mazidah hanya mengangkat bahu.  Diyya menggelengkan kepalanya.
       “Kau cuba fikir. Kau tak takut ke bila dah kahwin dengan dia nanti? Yalah... dia kan mafia, tentu ramai musuh.” Diyya sengaja memprovokasi Mazidah. Mazidah mengangkat bahu.
       “Sebenarnya dia langsung tak mahu jadi macam tu. Keadaan yang menyebabkan dia terpaksa menjadi mafia.” Terang Mazidah. Diyya mengerutkan kening.
       “Maksud kau?” soal Diyya dengan bingung.
       “Dia ada cerita pada aku.” jawab Mazidah. Perlahan-lahan, dia menceritakan kepada Diyya apa yang pernah diceritakan oleh Fahem kepadanya dahulu.

.................................

FAHEM berjalan-jalan di sebuah lorong belakang rumah kedai. Keadaan di situ memang senyap sunyi. Entahlah... dia seperti tidak percaya dengan kata-kata mummnya. ‘Daddy kamu ada betina lain’. Fahem tidak percaya. Dia sengaja tidak memberitahu untuk pulang hari itu. Dia ingin membuat kejutan untuk keluarganya. Tiba di rumah, hatinya makin berdebar. Namun alangkah sedihnya hati seorang anak apabila melihat daddy dan mummnya bertengkar di hadapan Zariff dan Syazwan Afiq. Ini bukan dia yang memberi kejutan, tetapi dia yang menerima kejutan.
       “Abang  jangan nak tipu dengan Pah. Perempuan mana yang cium baju abang ni? Abang cakap dengan Pah!” Puan Sri Sharifah terjerit-jerit bagai orang hilang akal. Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin menggelengkan kepala. Ya, memang bekas ciuman di kemejanya adalah dari seorang wanita. Namun, itu tidak bermakna dia ada skandal dengan perempuan di luar.
       “Berapa kali abang nak cakap. Ia cuma kemalangan. Perempuan tu langgar abang. Katanya sebab ada orang kejar dia. Dia terlanggar abang dan terjatuh atas abang. Akibatnya, dia tercium baju abang. Dan abang tolong bawa dia ke balai polis.” Terang Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin. Puan Sri Sharifah terus menumbuk-numbuk dada suaminya.
       “Abang jangan nak tipu dengan Pah. Memang abang ada perempuan lain.” Puan Sri Sharifah terus mengamuk. Fahem terus tepaku di pintu utama.
       “Daddy, mummy...” Fahem sudah kehilangan kata-kata. Tanpa apa-apa ucapan, dia terus naik ke biliknya sambil membawa beg bajunya. Tak lama kemudian, dia turun semula dengan jeans dan t-shirt hitam. Diambil kunci kereta Honda Civic Type R berdekatan tv. Tanpa menunggu lebih lama, Fahem melangkah keluar dan menghidupkan enjin kereta. Tak lama kemudian, dia mengundurkan kereta keluar dari kawasan rumahnya.


FAHEM ternampak dua biji Pajero Mitsubishi di tepi lorong tersebut. Kemudian, dia ternampak ada sekumpulan anak muda duduk berbual-bual di belakang kedai. Tiba-tiba, dia terdengar seperti orang sedang bergaduh.
          “Kau jangan nak main-main dengan aku! Mana pergi pendrive tu?” soal Mark dengan kasar. Tanpa menghiraukan keselamatannya, Fahem terus menendang dari belakang lutut lelaki yang sedang memegang tangan si mangsa. Sekumpulan anak muda yang duduk berbual tadi terus membantu Fahem untuk membebaskan si mangsa. Lelaki yang ditendang tadi terus jatuh terlentang.
          “Kau siapa?” soal Mark dengan marah. Dia cukup pantang apabila ada orang mencampuri urusannya. Tanpa sebarang kata, Fahem menumbuk muka Mark dan menyebabkan sebatang gigi di bahagian dalamnya patah. Mark terundur-undur ke belakang. Dia meraba-raba bibirnya yang sudah pecah. Darahnya makin membuak di dada. Dengan tenaga luar biasa yang tiba-tiba hadir, dia menghayunkan penumbuk padunya ke belakang kepala Fahem namun lelaki berusia 25 tahun itu seperti dapat membaca gerak-gerinya. Dengan pantas, dia menunduk dan menyebabkan tumbukan itu terkena muka Jimmy, pengikut Mark. Mark hanya terdiam apabila tumbukannya tidak mengena sasaran. Hatinya makin panas. Diliarkan pandangannya ke sekeliling kawasan tersebut. Kesemua orangnya sudah rebah kecuali dia seorang saja. Tiba-tiba, Fahem dan kumpulan pemuda tadi membuat bulatan di sekeliling Mark untuk mengepungnya. Oleh kerana terlalu takut, dia merempuh bulatan tersebut dan melarikan diri selaju mungkin.
        Fahem bersama kumpulan pemuda tadi membantu mendirikan si mangsa.
        Belum sempat Fahem bertanya apa-apa, si mangsa tadi sudah memeluknya.
        “Terima kasih encik kerana sudi selamatkan saya.” Ucap si mangsa. Fahem menguntum senyum.
        “Encik ni, siapa nama?” soal Fahem. Mereka berdua dan sembilan orang pemuda tadi sudah duduk di tepi longkang dalam bentuk bulatan.
         “Nama saya Razif. Sebenarnya, saya memang pengikut Mark, orang kanan dia. Tapi, saya ada kawan baik dengan seorang pegawai polis ni. Dia minta saya berikan maklumat sebanyak yang mungkin tentang Mark dan dia berjanji pihak polis akan memberikan ganjaran lima ribu ringgit dan keselamatan saya akan sentiasa terjamin sebab mereka memang mengkehendaki sangat Mark hidup-hidup.” Jawab Razif. Fahem mengangguk.
        “Dia mintak apa dengan awak sebenarnya?” soal Zaki, salah seorang pemuda tadi. Razif mengangkat bahu.
        “Dia nakkan pendrive dari saya. Pendrive tu sebenarnya ada maklumat pasal diri dia dan perniagaan haram dia. Melibatkan judi, ahli kongsi gelap, sindiket pelacuran, dadah... dan macam-macam lagi.” Jawab Razif. Fahem dan lain-lain mengangguk faham.
         “Kalau macam tu, apa kata kita jadi satu geng?” Fahem mengutarakan pandangannya.
        “Maksud awak?” soal Zaki.
        “Saya dapat rasa yang mereka akan mencari kita suatu hari nanti. Jadi sebelum terlambat, saya rasa elok kalau kita jadi geng. Apa-apahal, kita akan sentiasa bersama.” Terang Fahem. Mereka bersetuju. Sejak dari itu, mereka memang satu geng. Orang ramai sering menggelarkan mereka mafia. Mungkin kerana kelincahan Fahem  dan Zaki dalam silat. Mungkin juga kerana raut muka mereka yang sentiasa serius.  Tetapi mereka bukan geng mafia seperti Mark. Mereka tidak membuat kerja-kerja kongsi gelap, maksiat dan perjudian. Matlamat mereka hanya satu... untuk membantu sesiapa saja yang dalam kesusahan. Mereka tidak memerlukan wang perlindungan di setiap tempat. Kawasan yang mereka kuasai, akan sentiasa selamat dari samseng dan mafia.


“ITULAH yang terjadi. Saya langsung tak bermaksud macam tu. Saya cuma nak kami sama-sama saling melindungi. Dan mereka sepuluh orang, kekal bersama saya sehingga kini. Niat kami baik, kami cuma mahu membantu orang yang dalam kesusahan.” Jelas Fahem dengan tenang. Nur Syuhadah mula faham. Mereka segera menuju ke kauter setelah menghabiskan makanan. Selepas membayar semuanya, Fahem dan Nur Syuhadah menuju semula ke bengkel kereta tadi.

FAHEM hanya merenung siling biliknya. Dia memang tidak dapat tidur sebenarnya. Pak Razak, Mak Kiah, daddy dan mummynya masih belum tidur. Mereka sedang menonton drama di TV3. Fahem tidak tahu mahu buat apa. Tiba-tiba dia teringatkan Mazidah. Dengan pantas, dia membuat panggilan.        
        “Hello, sayang.” Ucap Fahem selepas Mazidah menjawab telefon.
        “Apa sayang-sayang?! Hei Fahem, kau jangan berani-berani nak telefon Mazidah lagi!” tanpa memberi Fahem peluang untuk bercakap, Diyya terus menamatkan perbualan. Terkulat-kulat Fahem apabila dirinya dimarahi. Untuk menenangkan diri, dia menekan butang 855 pada remote astro, siaran radio Mix. Dengan mendengar lagu, mungkin boleh meredakan kemarahannya. Diambil sekotak susu Dutch Lady Low Fat dari dalam peti aisnya. Peti ais di dalam biliknya itu memang dipenuhi dengan air kotak, air tin dan air mineral. Dicucukkan straw dan disedut sedikit. Kemudian, dia menelefon semula Mazidah. Tak lama kemudian suara Mazidah menyapa telinganya.
       “Helo. You nak apa?” soal Mazidah acuh tak acuh. Malas dia mahu melayan Fahem.
       “Err... dah lama kita tak keluar. Apa kata... esok kita keluar sehari suntuk? Habiskan masa bersama, nak?” Fahem mengajak.
      “Malaslah! I tak ada mood nak keluar dengan you.” Jawab Mazidah. Fahem mengeluh hampa.
      “Janganlah macam ni sayang. You tak sayangkan I ke?” Fahem terus memancing Mazidah. Mazidah sudah mendengus.
      “Sayang tu memanglah sayang. Tapi buat masa sekarang, I tak ada mood nak keluar dengan you.” Jawab Mazidah. Belum sempat Fahem bersuara, dia sudah mematikan talian. Sekali lagi, lelaki itu terkulat-kulat.
      Malas mahu memikirkan apa-apa tentang wanita itu, dia terus tidur.
        

JAM 2.30 pagi. Fahem terjaga setelah telefon bimbitnya berbunyi. Dipejam-celikkan matanya beberapa kali. Ditenung sejenak skrin telefon bimbitnya. Private number? Dia meneka-neka di dalam hati. Siapa agaknya? Dengan hati yang berat, dia menjawab juga panggilan tersebut.
       “Assalamualaikum.” Suara seorang lelaki tua memberi salam.
       “Wa’alaikumsalam.” Jawab Fahem seadanya.
       “Nak, dengarlah cakap pakcik. Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan. Dan betaubatlah kamu selagi pintu taubat masih terbuka untukmu. Ingatlah, kasih sayang Allah mendahului kemurkaanNya. “ ujar lelaki tua itu. Fahem sudah menggigil.
       “Wei orang tua, kau siapa?” walaupun air-cond di dalam biliknya sejuk, Fahem tetap berpeluh.
       “Assalamualaikum.” Tanpa menjawab soalan Fahem, si pemanggil terus menamatkan panggilan. Sejenak, tubuh badan Fahem terasa menggigil. Siapa orang tua tu? Hatinya masih tidak tenang selagi misteri lelaki tua itu belum terjawab. Tapi suara itu seakan-akan...
       Fahem bingkas bangun dari katil dan menuju ke almari pakaiannya. Pintu ruang almari yang pertama itu memang sudah lama tidak dibukanya. Dibelek-belek sekejap beberapa helai jubah putih dan kopiah yang disusun rapi. Serta-merta dia teringatkan seseorang.
       “Atok Din.” Spontan, dia menyebut nama datuk sebelah daddynya, Haji Izzuddin. Diangkat baju dam kopiah yang diberikan oleh arwah datuknya itu. Kemudian, dia terlihat beberapa serban bermacam-macam warna yang dilipat rapi, bersebelahan dengan kopiah-kopiahnya. Ditarik serban itu. Dia melipat secara memanjang. Jubah itu disarungkan ke tubuhnya. Kopiah tadi dipakai. Serban putih yang sudah digulung memanjang mula dililitkan di kepala. 2-3 saat, lilitan tersebut sudah siap. Dia melangkah ke cermin. Ditenung tubuhnya di dalam cermin itu. Dia mula teringatkan pesan arwah Atok Din. Dia seperti terlihat figura datuknya di sebelahnya. Spontan dia teringat pesanan arwah datuknya, beberapa hari sebelum dia berangkat ke Mesir.

“FAHEM, bila Fahem balik dari Mesir nanti, atok nak tengok sangat cucu atok ni jadi manusia yang elok-elok. Jangan  buat benda-benda tak elok yang ditegah agama. Jadilah manusia yang bertimbang rasa dan sentiasa bersifat mahmudah. Dan yang paling penting, jangan terlalu mengejar wanita. Kelak, akan memakan diri kamu nanti.” Pesan Tok Din. Tanpa diminta, air mata Fahem mengalir laju.

No comments:

Post a Comment