REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

Friday 10 December 2010

CSU 18

CINTA SEORANG USTAZ 18

SMK TAMAN INDAH

“APA yang kamu semua tahu tentang dakwah?” soal Iskandar. Hari ini, dia sengaja membincangkan tentang isu-isu semasa secara bebas. Sekali-sekala, fikiran para pelajar perlu dibuka seluas-luasnya dengan dunia luar. Tidak boleh asyik berlajar, buku teks dan silibus saja. Iskandar memandang lagi kesemua pelajarnya.
       “Apa yang saya tahu, tugasan dakwah biasanya dilakukan oleh kumpulan-kumpulan arqam yang bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.” Jawab Siti Musliha. Iskandar menggeleng.
       “Salah tanggapan awak tu.” Balas Iskandar. Semua pelajar di dalam kelasnya sudah menggelakkan Siti Musliha. Laila dan Najwa hanya tersenyum.
       “Kenapa awak gelakkan dia, Armand?” soal Iskandar kepada Armand. Anak kepada musuhnya itu hanya tersengih-sengih.
       “Dah dia bagi jawapan salah. Saya gelakkanlah.” Jawab Armand sambil tersengih lagi.
       “Walaupun salah, sekurang-kurangnya dia berani memberikan jawapan dia. Okey saya akui, jawapan dia dah betul sebenarnya tapi masih belum tepat. Awak jangan salah faham. Sebenarnya, tugasan dakwah ni terpikul di bahu setiap umat Islam. Bukan hanya pada kumpulan-kumpulan arqam saja.” Terang Iskandar. Tiba-tiba seorang budak laki mengangkat tangan.
       “Ustaz, apa maksud berdakwah?” soal Kamarul. Sekali lagi, Armand mengetuai upacara mentertawakan rakan sekelasnya. Iskandar menggeleng lagi. Anak dengan mak sama saja! Suka buat orang! Detiknya dalam hati.
       “Armand, awak ni suka sangat gelakkan kawan awak. Apa salah dia?” Armand memandang guru kelasnya itu.
       “Soalan dia tu macam orang bodoh.” Jawab Armand. Masuk kali ini, entah sudah berapa kali Iskandar menggelengkan kepalanya.
       “Sebab dia tak tahulah, dia tanya. Kalau dia tahu apa maksud dakwah, dia takkan tanya. Faham? Sekarang, saya nak pindahkan soalan tu pada awak. Kalau awak pandai sangat, apa maksud dakwah?” Iskandar menguji anak ‘seteru utama’nya. Armand terkebil-kebil mencari jawapan.
       “Dakwah tue... erm, erm... mengajar orang sesuatu benda yang baik.” Jawab Armand teragak-agak. Iskandar sudah tergelak kecil. Pelajar lain sudah ikut gelak.
       “Itulah, lain kali jangan nak menggelakkan orang sesuka hati. Jawapan awak tue, pada saya... betul dalam lima atau enam peratus saja. Atau dalam bahasa yang lebih ringkas, jawapan awak tu kurang betul dan kurang tepat. Dakwah sebenarnya bererti mengajak, menyeru, memanggil, menjemput  kepada Islam.
      Baiklah, tujuan dakwah ni sebenarnya adalah untuk menjemput orang yang Islam dan bukan Islam, untuk memahami penyembahan Tuhan seperti disebutkan dalam al-Quran, dan juga untuk memberitahu mereka berkaitan Muhammad S.A.W.” terang Iskandar.
      “Habis tu ustaz, macam mana kita nak berdakwah?” soal Laila. Iskandar memandang bakal isterinya itu sambil tersenyum.
      “Nak berdakwah ni, kena ada caranya. Masa saya belajar di Maahad Tahfiz, tok guru saya ada mengajar beberapa kaedah untuk berdakwah. Antara yang saya ingat ialah dakwah melalui ziarah, pendidikan, pergaulan, dakwah bil hal, dan mempermudahkan dan kelonggaran yang diberikan.” Iskandar berhenti seketika.
       “Ustaz, kalau berdakwah melalui perkahwinan, tak boleh ke?” soalan yang terkeluar dari mulut Najwa menyebabkan kelas 5 Emas bergema dengan hilai tawa lagi.
       “Awak ni Najwa. Itu saja yang awak ingat, ya?” Iskandar tahu, tentu Laila sudah bercerita kepada Najwa tentang mereka berdua. Nak kenakan akulah tu!
        “Tapi betul jugak soalan Najwa tu. Mengapa tidak? Kalau pasangan kita tu dahulunya seorang yang panas baran, tangan pantas, kita boleh berdakwah kepada mereka. Tapi, mestilah kena dengan caranya. Janganlah nak menengking tak tentu pasal. Cakaplah elok-elok. ‘Abang, cara abang ajar anak kita ni salah. Dengan budak-budak, tak boleh panas baran. Kena sentiasa lembut.’ Jadi, barulah dengan hati yang terbuka, pasangan kita akan mengikut dakwah kita tu.” Semua pelajar diam.
        “Ustaz terangkanlah kaedah-kaedah dakwah tadi.” Pinta Siti Musliha. Iskandar mengangguk setuju.
        “Baiklah. Yang pertama, mempermudahkan dan kelonggaran yang diberikan. Kaedah ini bermaksud, bila awak dah berdakwah dengan seseorang atau sekumpulan orang yang non-Muslim, awak tak perlu memaksa mereka. Jika mereka kata tak mahu, maka tak usahlah dipaksa. Ingat, tiada paksaan dalam agama kita. Dari penerangan kita, sudah tentu mereka boleh menilai betapa mulianya agama kita. Jika mereka ingin masuk, kita alu-alukan. Ajarkan dua kalimah syahadah. Bawa mereka ke pejabat agama. Jika dia tidak mahu, tak apa. Biarkan mereka. Sekurang-kurangnya ucapkan terima kasih kepada mereka kerana sudi mendengar dakwah kita. Jangan pula bila mereka kata tak mahu, awak mengugut mereka. ‘Tak nak masuk ya, tak apa. Nanti kat akhirat, jadi kayu api nerakalah kau. Mamposlah kau di sana!’ Janganlah kata begitu.
         Memanglah orang-orang kafir akan menjadi kayu api neraka di akhirat nanti. Tapi kalau mula-mula berdakwah awak dah memaksa mereka, awak boleh bayangkan tak, kalau mereka masuk agama Islam, mesti mereka akan merasa terpaksa. Terpaksa sembahyang, terpaksa berpuasa, terpaksa berzakat. Kita tak mahu mereka ‘terpaksa’ tetapi kita mahu mereka ‘rela hati’. Kita ni kalau berdakwah, kita nak orang tengok yang baik-baik tentang Islam. Maksud saya, first impression kita macam mana. Biar orang berpuas hati dengan first impression kita. Kalau first impression kita, kita dah tunjuk perangai dengan memaksa mereka, sudah tentu mereka takut untuk masuk Islam.
        “Oh macam tu.” Sahut pelajar kelas itu.
       “Kaedah yang kedua pula. Dakwah bil hal. Maksudnya, tentang perilaku kita. Apa yang ktia lakukan hari-hari akan sentiasa menjadi perhatian mereka yang non-Muslim unutk dinilai sebelum menerima Islam. Setiap perilaku dan amalan harian yang kita lakukan hendaklah mencerminkan kesucian Islam  yang menjamin kesejahteraan dan ketenteraman sejagat. Tetapi awas, tingkah laku mestilah berasaskan nilai tauhid, mengikut syariat Islam serta berbentuk ajakan kepada kesempurnaan Islam.
        Yang ketiga adalah dakwah melalui pendidikan. Melalui pendidikan, kita akan menyalurkan segala maklumat berkenaan dengan Islam. Tak kiralah, dari segi perbankan, cara hidup, perkahwinan, pemakanan, pendidikan jasmani dan rohani, sahsiah dan motivasi diri, dan... senang cerita, tentang seluruh hidup kita.
       Pendidikan Islam sendiri merupakan proses mendidik akal, jasmani, dan rohani manusia berasaskan nilai-nilai fitrah insaniah. Proses  ini akan membina akhlak dan membawa kepada kehidupan yang sempurna. Dakwah secara ini perlu merujuk kepada cara dakwah Rasulullah S.A.W semasa di peringkat awal Islam yang lebih memberi penekanan kepada psikologi, rohani dan perasaan.
       Yang keempat adalah melalui pergaulan. Islam telah menggesa kepada umat Islam umumnya dan para pendakwah khususnya supaya mewujudkan suasana pergaulan yang baik dan menunjukkan jalan yang lurus kepada masyarakat yang non Muslim. Para pendakwah harus mengenali latar belakang masyarakat yang hendak diseru itu terlebih dahulu supaya dapat melicinkan pergaulan dan proses bermuamalah dengan mereka.
       Dan yang terakhir adalah melalui ziarah. Ziarah merupakan satu usaha mendampingkan diri dengan non Muslim yang digalakkan oleh Islam terutama di waktu-waktu yang diperlukan seperti apabila mereka sakit, bermasalah, mahukan pertolongan dan seumpamanya. Ziarah boleh melapangkan dada mereka dan memberi ketenangan.” Selesailah ceramah Iskandar.
.........................................

“HOW’s your work?” soal William setelah Naim masuk ke dalam biliknya.
        “We’re doing very well. You will like with the result.” Jawab Naim. William sudah tersenyum panjang. Dijeling Nancy yang sudah nyenyak di sebelahnya.
        “Tok bomoh tu cakap, kebanyakan orang takkan nampak kawasan tersebut, kecuali pengamal-pengamal ilmu hitam dan ilmu perubatan Islam.” Tambah Naim.
        William terus tersenyum lagi. Hatinya puas. Sangat puas. Dia berjaya menjatuhkan abangnya sendiri. Sejak ekcil, mereka memang selalu berkelahi. William memang mencemburui Alexander. Alexander sentiasa menjadi perhatian daddynya. Sedangkan dirinya, seperti dianaktirikan saja. Sakit hati William makin bertambah setelah Alexander mengkhabarkan kepada Brown bahawa dia mahu mengahwini seorang perempuan Melayu ketika dia ke Tanah Melayu. Pada William, perkara itu amat memalukan. Jika difikirkan secara logik, memang sungguh memalukan kerana anak seorang ketua paderi ingin mengahwini seorang wanita bragama Islam yang dijajah. Seperti sudah tidak ada wanita lain lagi di Midsomer. Tiba-tiba William teringat kepada Stephanie, cucu  kepada Andy Taylor, seorang pemilik kedai muzik di Causton. Stephanie benar-benar mencintai Alexander. Dia yang selalu di hadapan mata langsung tidak dipandangnya.
         Satu hari Alexander mengutus surat untuk daddy dan mummynya. Di dalam surat berkenaan dia menyatakan bahawa dia telahpun berkahwin dengan wanita Melayu tersebut. Daddynya tidak memberi reaksi apa-apa. Cuma mengucapkan syukur dan mendoakan agar anak lelaki sulungnya itu mendapat kebahagiaan yang mutlak bersama isterinya.
         Satu hari, Alexander pulang ke Midsomer membawa isteri dan anak-anaknya. William mula merancang sesuatu. Pada mulanya, dia ingin membunuh ketiga-tiga anak mereka dan Aminah tetapi oleh kerana tiba-tiba dia teringat bagaimana kurang ajarnya Iskandar Ariffin dan Iskandar Izuddin terhadap dirinya, dia membuat keputusan yang dia akan membunuh anak Alexander yang pertama dan kedua itu. Untuk jangka masa panjang, dia mahu Aminah dan Iskandar Zulkarnain bersama-sama dengan abangnya menderita sepanjang hayat. Biar mereka tahu siapa William Brown yang sebenarnya.


VILA JANNAH

“ASSALAMUALAIKUM. Sayang abang sihat?” itulah soalan pertama yang diajukan kepada Laila setelah Iskandar mendengar Laila menjawab salamnya.
        “Sihat aje. Takde dapat sakit apa-apa pun hari ni cuma sakit hati saja.” Laila menjawab acuh tak acuh. Dijeling jam dinding dalam biliknya. 2.45 petang. Aku dahlah ngantuk, nak tidur ni. Bisiknya dalam hati.
        “Sakit hati? Astaghfirullah-al-azim. Sakit juga tue. Nak abang datang sekarang ke? Kita pergi klinik ya?” makin galak Iskandar menyakat Laila. Wanita itu mengeluh. Keluhannya dapat didengari dalam corong telefon.
        “Ustaz, jangan nak memain boleh tak?” Laila bersuara tegas. Terdengar dekah ketawa Iskandar di sebelah sana.
        “Sayang lupa ni. Kan kita dah janji, bila berdua sayang mesti panggil abang, ‘abang’? Ni mesti...”
        “Tapi kita tak deal untuk perbualan dalam telefon kan?” Laila membalas. Iskandar tergelak lagi.
        “Memang kita tak deal tapi dalam keadaan kita telefon macam ni, kita tetap berdua juga kan? Berdua di talian, dan bukannya berdua di sesebuah tempat.” Iskandar berhujah. Malas mahu bertengkar, Laila hanya mengiakan saja. Belum sempat dia membuka mulut untuk bertanya sesuatu kepada Iskandar, pintu biliknya dibuka dari luar. Mohd Lazim dan Mak Munah sudah tercegat di muka pintu dengan senyuman yang membawa sejuta makna.
        “Laila bercakap dengan siapa tu?” soal Mak Munah sambil memandang suaminya. Sekali lagi, belum sempat Laila membuka mulut, Mohd Lazim sudah merampas telefon bimbit Nokia 3110 daripada genggamannya.
        “Assalamualaikum. Siapa di sana?” Mohd Lazim memulakan perbualannya dengan nada lembut.
        “Waalaikumsalam. Saya Iskandar. Guru kelas Laila. Saya minta maaflah pakcik. Saya cuma nak tanya dia pasal jamuan kelas a...”
       “Nanti Sabtu ni datang rumah ya, nak. Pakcik nak ajak kamu makan kat rumah pakcik ni. Itupun, kalau kamu sudilah.” Mohd Lazim mempelawa. Laila sudah membulatkan biji matanya sambil kedua-dua tangan menggaru kepala, seperti seekor monyet. Abah nie betul ke tidak? Soalnya dalam hati.     
        Seperti tahu saja persoalan di dalam hati anaknya, Mak Munah terus duduk di sisi anak daranya itu.
       “Abah kamu tu, waras lagi. Cuma dia saja jemput ustaz kamu makan kat sini. Alah, lagipun dia bukannya selalu ada dengan kita. Sekali-sekala makan besar dengan ahli keluarga, apa salahnya?” Mak Munah terus tersenyum. Laila mengerutkan dahinya.
       “Ahli keluarga? Mak, dia tu bu...”
       “Alah, bila dah kahwin dengan dia nanti, bukan ahli keluarga namanya tu?”  soal Mak Munah. Malas mahu melayan, akhirnya Laila hanya menundukkan kepalanya.
       “Insya-Allah pakcik, saya akan datang. Yalah, jemputan orang ni, tak elok kita nak hampakan.” Sahut Iskandar. Mohd Lazim sudah mengekek-ngekek ketawa. Laila menjeling abahnya. Entah apa yang kelakar sangat pun, tak tahulah dia.
       “Is jangan lupa ya, Sabtu ni pukul 12.30 tengah hari. Datang, jangan tak datang.”
       “Ya pakcik, saya akan datang.”
       “Okey. Assalamualaikum.” Mohd Lazim menamatkan perbualan. Setelah Iskandar menjawab salam, terus ditekan butang merah. Dia memandang wajah anaknya yang sudah keruh itu. Dia memandang Mak Munah pula. Bila bertatapan, mereka saling berbalas senyuman.


No comments:

Post a Comment