REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

Thursday 1 December 2011

Selamat Tinggal Temanku

Ketika membaca Harian Metro ketika Isnin (2 Muharram), saya membacanya dari belakang. Sengaja ingin membaca tentang kekalahan Skuad Harimau Muda kepada Bahrain walaupun sudah menontonnya malam tadi. Saya ingin tahu apa yang dikatakan oleh jurulatih mereka, Ong Kim Swee. Kemudian, saya selak
sedikit ke berita sukan yang lain. Apabila pasti tiada berita sukan yang menarik minat saya (sbg cth: tentang real madrid), saya pergi kem muka hadapan. Kemudian saya selak di muka 2. Tiba-tiba, sebuah gambar menarik minta saya. Dalam hati, saya sempat berkata, 'Eh, ni macam si Nizam saja'. Untuk mengetahui berita sebenar, saya membaca berita tersebut. Sah, memang lelaki itu adalah kawan rapat saya. Kawan rapat ketika kami di Politeknik Kota Melaka. Sepantas itu, saya hubungi teman sekelas saya, Kak Ita(nama penuhnya Zurita Giman) dan menceritakan tentang kematian taman rapat saya ini.
Jika tidak kerananya, pasti kawan-kawan saya hanyalah di kalangan pelajar Kejuruteraan Awam saja. Dan kepadanya, saya banyak meluahkan segala perasaan yang terpendam di hati, segala masalah yang melanda. Salah satunya adalah ketika di sem 1, kawan saya sanggup memberikan softcopy assignment agama group saya(padahal kawan saya yang bagi tu adalah dr. group saya juga) kepada pelajar SKA 1A. Akibatnya, kami dipanggil oleh ustaz dan saya menjelaskan perkara yang sebenar. Esoknya, saya terus berjumpa dengannya (Nizam - nama samarannya) untuk meluahkan perasaan sakit hati saya. Dia kata boleh dan kami berjumpa di kedai mamak  berdekatan poli. Tetapi, dia suruh mengingatkan saya apabila jam 9 nanti kerana katanya dia ada kuiz. Masa terus berlalu, dia bercerita tentang pengalamannya bertekak dengan pelajar ketika di sekolah menengah. Saya menjadi pendengar yang kusyuk. Saya sedar masa sudah tepat pada 9 pagi. Namun, saya lihat dia masih leka dengan ceritanya serta banyak menasihatkan saya, akhirnya saya membiarkan dirinya bercerita. Sehinggalah dia tersedar sendiri ketika jam sudah 9.30. 'Eh, kenapa awak tak ingatkan saya pukul 9 tadi?' katanya. Saya pun jawab yang saya tidka sedar. Dia pun kata. 'Alah, dah lambat. Tak apalah.'
Saya akui, kerana dia, saya bergaul dengan pelajar-pelajar meki(Kejuruteraan Mekanikal) kerana dia sendiri pun adalah pelajar meki. Saya akui, kerana dia jugalah, saya terlibat dnega pertandingan Bahtera Merdeka, persatuan pengakap, dan belajar silat.
Sahabatku, al-fatihah dan tahlil telah kuserahkan kepadamu. Semoga kau tidur dengan aman di alam sana.
Al-Fatihah.

No comments:

Post a Comment