REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

Monday 27 April 2015

Tuesday 21 April 2015

WUC 39


WAKE UP CALL 39

 

BLUE NITE CLUB, BANDAR MELAKA

 

BERDEKAH-dekah tawa Mark dan Fiona tatkala mendengar sesuatu dari mulut Habib. Pandangan mereka bertiga bertaut seketika.

            “Selamat datang ke era Dunia Gelap, Tuan Fahem Izzuddin.” Ucap Mark. Konco-konconya turut sama dalam ‘parti ketawa’ itu.

            “Akhirnya… jatuh juga jantan tu! Dan… yang lebih menggembirakan…” Fiona sengaja menggantungkan ayatnya, membiarkan Mark menyambung kenyataan yang tidak habis.

            “Jeng jeng jeng…” Mark pula sengaja tidak mahu melengkapkan ayat itu. Sedang mereka enak bergelak ketawa meraikan kejatuhan musuh utama Mark, orang yang ditunggu dari tadi sampai jua akhirnya.

            “Kenapa lambat sangat?” soal Fiona dengan nada suara yang sedikit keras. Semua mata menala kepada wajah lelaki yang baru tiba itu.

            “Alah, aku ada hallah kat rumah tadi,” lelaki itu beralasan. Tersembur sedikit coca-cola yang diminum oleh Fiona.

            “Ada hal ke atau mendodoikan  ‘hal’ yang kat rumah tu?” makin seronok Fiona menggiat rakan sekutu mereka. Mark sudah melambakkan tawanya, manakala lelaki itu hanya tersengih busuk!

            Mereka tahu sangat maksud ‘hal’ lelaki itu – perlu menunggu mak datin di rumah tidur dahulu, baru berani keluar malam! Tipikal lelaki takut bini, tetapi masih berani-berani buat perangai di belakang isteri!

            Wanita yang menempel di sebelah lelaki itu segera menyepit beberapa ketul ais dari mangkuk ais dan dimasukkan ke dalam sebuah gelas panjang. Kemudian dituang pula coca-cola ke dalam gelas tersebut dan dihulurkan kepada ‘lelaki kesayangannya’.

            “Apacer?” Gabungan dua perkataan – apa cerita. Dia suka mengikut bahasa mudah segelintir anak-anak muda zaman sekarang yang kurang mementingkan kualiti Bahasa Melayu. Satu keterbalikan budaya! Sepatutnya anak-anak muda yang mengikut bahasa orang-orang tua tetapi dia mengikut bahasa anak-anak muda zaman sekarang!

            “Musuh kita dah jatuh…” jawab Mark sambil sibuk menyalakan api di hujung rokok. Baru sahaja pemetik api ingin didekatkan pada hujung rokok, ‘simbol lelaki macho’ itu sudah ditarik oleh seseorang. Ditolehkan kepalanya ke kanan. Fiona menggerakkan jari telunjuknya ke kiri, ke kanan. Isyarat kepada ‘no’. Mark mengeluh.

            “Apa maksud kau orang dah jatuh?” soal lelaki itu.

            “Hubungan dia dengan isteri dia dah mula kucar-kacir,” dengan bangga Fiona membentangkan hasil kerjanya.

            Lelaki itu mencebik. “Aku ingat kau orang nak cakap yang dia muflis habis! Hilang segala pangkat, segala harta! Setakat kucar-kacirkan rumahtangga dia, aku pun boleh buat!” tempelak lelaki itu sambil matanya meliar ke segenap sudut di dalam kelab malam itu.

            “Eleh, cakap besar nampak! Tapi, kau minta tolong kita orang gak untuk jatuhkan dia! Cakap je berdegak-degak! Hasil kerja, satu habuk pun tarak!” bagai M16 mulut Fiona menembak lelaki di hadapannya.

            “Relakslah, Datuk. Konsep mudahnya begini. Bila hubungan suami – isteri mula retak, dia akan hilang fokus pada kerja dan perniagaannya. Lama-lama, lingkuplah dia.” Mark membentangkan keyakinannya.

            Okay, I’ll take your word. Both of you have my trust. But if it’s  doesn’t work…” lelaki itu membuat isyarat leher dipotong. Tanpa pamitan, dia dan wanita di sebelahnya melangkah meninggalkan Fiona dan Mark serta konco-konco mereka.

 

 

D’SUFI RESORT, PANTAI PUTERI

 

MASUK kali ini, dia tidak ingat sudah berapa batang rokok dihisapnya. Inilah Tuan Fahem Izzuddin pasca Al-Azhar. Entah sejak bila rokok menjadi rakan sejatinya, dia sendiri pun tidak tahu dan tidak faham. Apa yang pasti jika dia mengalami tekanan yang teramat sangat, sekotak rokok Dunhill bersaiz king mampu dihabiskan dalam masa dua hingga tiga jam!

            Dia bangun dari duduknya dan merapatkan diri pada railing balkoni yang menggunakan tempered glass. Lengannya direhatkan pada stainless steel handrail yang bersambung dengan stainless steel yang lain pada setiap sisi kiri dan kanan panel kaca agar ianya saling terikat rapat. Jari-jemarinya saling bertaut rapat.

            Kaca jenis tempered glass telah melalui suatu proses pemanasan pada tingkat suhu tertentu dan kemudian didinginkan seketika sehingga ia menghasilkan kaca yang mempunyai kekuatan dan kelenturan yang baik terhadap tekanan pada kedua sisi permukaan kaca. Kaca jenis ini juga  memiliki kekuatan dan kelenturan lima kali lebih baik daripada kaca biasa dengan ketebalan yang sama. Selain di balkoni, tempered glass sesuai juga digunakan sebagai railing tangga, pintu shower room di dalam kamar mandi dan skylight.

            Pandangannya dihalakan ke arah kolam mandi yang terletak di bawah. Air yang beralun perlahan ditambah pula dengan pencahayaan yang samar-samar pada malam hari memberikan sedikit ketenangan di dalam dirinya. Sudah  tiga minggu dia bertapa di sini. Hanya Razif sahaja yang tahu di mana dia mendiamkan diri sekarang. Kelopak mata dipejamkan serapat-rapatnya. Air matanya menitis perlahan-lahan, mengingati semula kemarahan daddynya pada malam tersebut.

 

“FAHEM IZZUDDIN!” Kerancakan berbual sesama mereka terbantut. Semua kepala menoleh ke arah seraut wajah – Tan Sri Tuan Haji Ahmad Izzuddin.

            Tanpa amaran, tangan kanannya menampar kuat pipi kiri si anak sulung. Terkedu mereka seketika. Fahem yang menerima ‘hadiah’ tersebut mengusap-usap pipinya. Perlahan-lahan dia mengangkat kepala, memberanikan diri memandang daddynya.

            “Kenapa ni, bang?” soal Puan Sri Sharifah. Tidak pernah dia melihat suaminya naik angin sebegini rupa. Digosok-gosok belakang badan suaminya.

            Naik bulu roma Fahem tatkala matanya bertembung dengan renungan penuh amarah daddynya. Bagaikan renungan si belang yang bila-bila masa menerkam mangsa di tengkuk untuk dijadikan santapan.

            “Aku tak hantar kau ke Al-Azhar untuk jadi perosak anak dara orang! Aku hantar kau ke sana supaya kau timba ilmu agama sebanyak mungkin. Ini yang kau balas pada aku?!” jerkah Tan Sri Tuan Haji Ahmad Izzuddin. Gambar-gambar di tangannya dilemparkan, tepat mengenai wajah si anak. Fahem hanya membiarkan gambar-gambar itu jatuh di atas lantai.

            Tuan Mokhtar, Puan Mahira dan Nizam terus membatu. Mereka tidak mahu masuk campur di dalam urusan keluarga. Jika keadaan melarat, barulah Tuan Mokhtar melibatkan diri.

            “Sabar, bang. Jangan ikutkan sangat marah tu. Cuba bawa bertenang,” lembut Puan Sri Sharifah memujuk suaminya. Tan Sri Tuan Haji Ahmad Izzuddin menalakan pandangannya ke wajah si isteri.

            “Sabar awak kata? Macam mana saya tak mengamuk, kalau dah berani sentuh anak dara orang sampai mengandung?!” ternganga Puan Sri Sharifah mendengar butir-butir kata yang keluar dari mulut suaminya.

            Fahem mengutip gambar-gambar yang dilemparkan kepadanya. Diteliti gambar-gambar tersebut satu per satu. Tidaaaakkk! Siapa yang mengintipnya selama ini? Semua gambar-gambar tersebut adalah gambar dia dan Mazidah. Gambar mereka ke rumah Mak Bidan Senah, gambar mereka ‘melepaskan rindu’, gambar mereka bercuti di Fraser’s Hill, dan tidak ketinggalan beberapa keping gambar mereka ke Klinik Dr. Amri. Walaupun kandungan Mazidah baru mencecah dua bulan, perutnya nampak memboyot sedikit.

            “Aku nak kau kemas kain baju kau sekarang, berambus dari rumah aku! Bawa anak-anak dengan bini kau sekali! Jangan kau orang berani-berani nak jejakkan kaki ke rumah ni lagi!” akibat terlalu kecewa, Tan Sri Tuan Haji Ahmad Izzuddin menghalau Fahem anak beranak. Nur Sumayyah yang baru sahaja ingin ke ruang tamu hadapan terkejut mendengar arahan bapa mertuanya itu.

            “Din, jangan macam ni, Din. Semua masalah boleh selesai elok-elok. Jangan halau anak kamu. Nanti merajuk dia,” Akhirnya… Tuan Mokhtar terpaksa mencampuri urusan keluarga mereka. Nizam bangun dan menepuk-nepuk bahu kawan baiknya – isyarat yang diberi supaya sabar banyak-banyak.

            “Rajuk dia yang aku kena fikir? Rajuk aku? Rajuk aku sebagai orang tua dia, siapa nak fikir? Dah, aku tak mahu cakap banyak! Aku cuma nak dia berambus dari rumah ni. Jangan berani-berani nak datang sini lagi!” keputusannya muktamad. Bergenang air matanya mengenangkan balasan yang diberikan oleh si anak kepadanya.

            Tanpa berlengah Fahem menarik Nur Sumayyah agar naik ke atas. Sebelum itu Fahem sempat meminta tolong kepada Zariff untuk perhatikan Fahmi dan Farhan sebentar. 45 minit kemudian, mereka keluar dari bilik. Fahem dan Nur Sumayyah menarik beberapa buah luggage berwarna hitam.

            Fahem menarik dua buah luggage  untuk dimasukkan ke dalam keretanya. Nizam menghalangnya di pertengahan jalan.

            “Betul ke apa yang kau buat ni, Fahem? Daddy kau tengah marah, jangan diikut sangat permintaan dia,” Nizam cuba memberikan nasihat untuk sahabat baiknya yang satu ini. Tanpa disedari, perilakunya yang sedang memujuk itu diintai oleh seseorang. Oh my sweetheart, you’re so cool! Auuuwww! Sempat lagi Fateeha berangan di saat suasana masih genting!

            Diam Fahem membuatkan Nizam faham sangat. Keputusannya sudah tetap. Akhirnya dia membantu Fahem sama-sama menarik semua luggage tersebut menghampiri Volkswagen Fahem. Seketika kemudian, mereka masuk semua.

            Sebagai anak yang salah, Fahem mara ke hadapan daddynya. Dia menghulurkan tangan untuk bersalaman namun si ayah buat-buat tidak nampak.

            “Fahem minta maaf banyak-banyak sebab dah lukakan hati daddy,” Bergenang sedikit air mata Fahem. Tahu yang daddynya tidak akan memberi respon, dia beralih pula kepada Puan Sri Sharifah.

            Lebat air mata wanita itu tatkala hidung Fahem mencium belakang tangannya. Diusap-usap kepala dan belakang anaknya. Kemudian dipeluk pula ketat-ketat.

            “Sabar nak, inshaa – ALLAH, nanti mummy pujuk daddy,” janji mummynya. Fahem hanya mengangguk.

            “Fahem minta maaf banyak-banyak pada mummy dengan daddy. Inshaa – ALLAH ada umur, kita pasti jumpa lagi.” Sekali lagi Fahem meminta maaf.

            Kemudian dia bersalaman dengan Tuan Mokhtar dan Nizam. Mereka memberikan kata-kata semangat – sabar, jangan putus asa. Nur Sumayyah juga turut melakukan perkara yang sama.

            Dengar sahaja deruman enjin kereta Fahem yang makin menjauh, hati Tan Sri Tuan Haji Ahmad Izzuddin bergetar sayu. Luarannya marah, dalamannya… hanya ALLAH sahaja yang tahu.

            Hai la anak…

 

“SEBENARNYA, Sumayyah dah dapat dah gambar tu sebelum daddy lagi.” Kata-kata itu membuatkan kerja-kerja Fahem di laptop terhenti seketika. Segera dia memandang si isteri yang sedang menyusukan Fahmi.

            “Apa maksud Sumayyah?” Semenjak dihalau, dia bertapa semula di rumah mertuanya. Sudah dua malam mereka di sini. Ingin pulang ke Bukit Katil, dia risaukan isterinya yang masih dalam pantang. Kesudahannya, dia mengambil keputusan untuk mendiami rumah pencen polis ini buat sementara waktu.

            “Abang nak tahu tak kenapa Sumayyah dingin dengan abang seminggu dua ni? Semuanya sebab Sumayyah tengok gambar tu. Frankly speaking, Sumayyah sebenarnya tak hairan sangat gambar-gambar abang tu semua. Sebab semuanya terjadi sebelum kita kahwin. Lagipun masa tu Sumayyah faham sangat dengan perangai buaya abang. Tapi, ada sekeping dua gambar yang buat Sumayyah sakit hati,” dia berhenti seketika. Menepuk-nepuk punggung Farhan yang tiba-tiba tersedar. Sejurus, dia mengalihkan pandangannya ke wajah suami yang sabar menanti kata-kata seterusnya.

            “Gambar abang keluar dari klinik dengan perempuan tu. Abang cuba peluk perempuan tu tapi dia tepis tangan abang. Lagi satu gambar, perempuan tu dok usap-usap perut dia. Dua-dua gambar tu buat Sumayyah sakit hati!”

            Fahem terdiam. Hanya merenung kosong corak bunga pada karpet. Renungannya sungguh dalam. Jika matanya berkuasa menghasilkan baja bunga, rasanya ketika itu juga bunga-bunga pada karpet tersebut boleh beranak-pinak!

            “Boleh Sumayyah minta sesuatu pada abang?” soal si isteri. Fahem tidak memberikan jawapan.

            “Boleh ke tak, bang?” soal Nur Sumayyah sekali lagi tatkala melihat Fahem sunyi sepi.

            “Apa dia?” tanya Fahem sambil menuang air suam yang tersedia di dalam labu sayung ke dalam gelas kosong.

            Can you marry her?” tersembur air kosong yang sedang diteguk oleh Fahem. Dia mengambil tisu di atas meja solek dan mengelap mulut serta meja kerja yang sedikit basah. Kemudian, dia mendekati isterinya dan duduk di birai katil.

            “Sumayyah merepek apa ni? Jangan minta yang bukan-bukan dengan abang boleh tak?” Bini aku ni buat lawak ke apa tengah-tengah malam ni?

            “Sumayyah tak merepek, bang.”

            “Habis, kalau tak merepek… apa? Berseloka di malam hari?” Fahem tergelak perlahan, cuba menutup gundah di hati yang bagaikan mahu meletup.

            “Tuan Fahem Izzuddin, I’m serious!” Nur Sumayyah menjeling suaminya. “Just do it without saying anything!

            “Tapi…”

            “Kahwin dengan dia. Kalau tak, ceraikan Sumayyah! Abang beli cincin, nanti Sumayyah pinangkan dia untuk abang.” bulat mata Fahem memandang wajah Nur Sumayyah tatkala kata-kata itu keluar dengan lancar dari mulut mongel isterinya.

            Fahem melangkah ke meja kerja. Niat di hati ingin menyambung semula kerjanya, namun keraana terlalu bengang dengan permintaan Nur Sumayyah, dia mengemas segala kertas dan laptop. Tanpa sebarang kata, dia terus merebahkan diri ke atas katil dengan membelakangkan isterinya.

            Air mata Nur Sumayyah menitis perlahan melalui pipinya. Dia tahu dia seperti membunuh diri sendiri apabila meminta Fahem berkahwin lagi, tetapi dia tiada jalan lain lagi.

            ‘Maafkan Sumayyah, bang. Sumayyah cuma nak abang bertanggungjawab dengan apa yang abang dah buat.’ Sayu hatinya berkata-kata.

 

“KAHWIN dengan dia. Kalau tak, ceraikan Sumayyah!” terus terbuka kelopak matanya tatkala permintaan Nur Sumayyah sentiasa bergema di kepalanya.

            Ceraikan Sumayyah!

            Ceraikan Sumayyah!

            Ceraikan Sumayyah!

            Gemaan tersebut membuatkan kepalanya sakit. Lantas dia masuk ke dalam bilik. Pintu gelangsar dibiarkan terbuka, manakala dia membaringkan dirinya di atas katil kayu jati.

 

Didn’t they always say we were he lucky ones

I guess we were once, babe, we were once

But luck will leave you cursed, it is a faithless friend

And in the end, when life got you down

You’ve got someone here that you can wrap your arms around

 

So hold on to me tight

Hold on to me tonight

We are stronger here together

Than we could ever be alone

So hold on to me

Don’t you ever let me go

 

There’s a thousand ways for things to fall apart

But it’s no ones fault, no it’s no my fault

Maybe all the plans we made might not work out

But I have no doubt, even though it’s hard to see

I’ve got faith in us, and I believe in you and me

 

So hold on to me tight

Hold on, I promise it will be alright

Cuz it’s you and me together

And baby all we’ve got it’s time

So hold on to me

Hold on to me tonight

 

There’s so many dreams that we have given up

Take a look at all we’ve got

And with this kind of love

And what we’ve got there here is enough

 

So hold on to me tight

Hold on, I promise it will be alright

Cuz we are stronger here together

Than we could ever be alone

Just hold on to me

Don’t you ever let me go

Hold on to me, it’s gonna be alright

Hold on to me, tonight

They always say we were the lucky ones

 

            Nyanyian Michael BublĆ© diulang-ulang beberapa kali di dalam telefon bimbitnya. Dia terus mendengar tanpa jemu.

            So hold on to me tight – Sayang, bertahan teguh pada abang

            Hold on, I promise it will be alright - Sayang… bertahanlah, abang berjanji, semuanya akan seperti sediakala.

            Cuz we are stronger here together  Kerana kita kukuh bersama-sama di sini

            Than we could ever be alone – Daripada kita bersendirian

            Just hold on to me – Sayang, bertahan saja pada abang

            Don’t you ever let me go – Jangan biarkan abang pergi

            Hold on to me, it’s gonna be alright – Bertahanlah pada abang, ia akan baik-baik saja

            Hold on to me, tonight – Bertahanlah pada abang, malam ini

            They always say we were the  lucky ones – Mereka selalu berkata, kita adalah yang bertuah

            Sayang, bertahanlah pada abang. Percaya pada abang. Kita telah berjanji untuk mengharungi semuanya bersama-sama…

 

“BILA Fahem pulang?” soal Abdul Ghani sambil mencedok kangkung goreng belacan ke dalam pinggannya. Suapan Nur Sumayyah terhenti seketika

            “Katanya lagi dua hari,” sebetulnya, Nur Sumayyah tiada jawapan yang tepat.

            “Banyak sangat ke kerjanya? Orang lain pun, suaminya kerja juga. Tak adalah sampai tinggal anak bini lama-lama.”

            Rafeah menjeling sinis suaminya. “Amboi abang bercakap, tak pandang kiri kanan! Diri sendiri pun dulu kerja, tinggal jugak anak bini lama-lama! Tak ada pun mak bapak saya bising awak asyik operasi saja!”

            “Abang ni, polis. Dah tentulah tinggal anak bini lama untuk operasi. Lagipun abang ni kan, menantu kesayangan mak ayah awak,” Abdul Ghani mengeluarkan kenyataan membela diri.

            Rafeah mencebikkan bibirnya, meluat dengan kenyataan dari suaminya! “Macam tu juga menantu awak! Lagipun dia tengah nak majukan diri dia, bisnes sana-sini. Tengah-tengah muda nilah keringat diperah. Bukan untuk orang lain, untuk isteri dengan anak-anak juga. Esok bila dah tua, ada juga simpanan kut la kalau apa-apa jadi.”

            Tercetus tawa kecil dari bibir Nur Sumayyah mendengar perbalahan emak dan abahnya. 

            Nur Sumayyah membantu emaknya mengemas meja sementara abahnya pula sibuk mengacah-acah dua orang Hang Tuah kecil di dalam rumah itu.

            Sedang mereka sedang menonton televisyen, kedengaran suara orang memberi salam. Abdul Ghani bangun dan menjenguk.

            Tak lama kemudian…

            “Tak ada yang mengganggu, Tan Sri. Bukan ada sesiapun, kami anak beranak saja. Duduklah, Tan Sri, Puan Sri,” Abdul Ghani menjemput besannya duduk.

            Nur Sumayyah bangun untuk bersalaman dengan emak dan bapa mertuanya.

            Tatkala dia menyalami Puan Sri Sharifah, lantas tubuhnya dipeluk kuat.

            “Mummy dengan daddy duduklah dulu, Sumayyah buatkan air,” Nur Sumayyah meminta diri untuk ke dapur.

            “Alah, tak usahlah susah-susah, Sumayyah. Lagipun awak tu tengah berpantang, tak elok gerak sana-sini banyak sangat. Bentan nanti.” Puan Sri Sharifah menegah.

            “Betul cakap mak mertua kamu tu. Dah, kamu duduk aje, biar mak yang ke dapur,”

            Nur Sumayyah ingin membantah namun emaknya laju sahaja mengorak langkah ke dapur.

            “Encik Ghani apa khabar, sihat?” soal Tan Sri Tuan Haji Ahmad Izzuddin.

            Abdul Ghani tersenyum kecil. “Sihat macam gini ajelah, Tan Sri. Sihat kita orang tua ni, tahu-tahu ajelah.”

            “Selagi boleh gerak ke sana sini, kira dah cukup sihatlah tu, ya tak Encik Ghani?” sampuk Puan Sri Sharifah pula. Mereka tergelak kecil seketika.

            Tan Sri Tuan Haji Ahmad Izzuddin dan isteri menapak ke tilam bayi yang terletak tidak jauh dari televisyen. Mereka mengagah dan mengacah si kembar Farhan dan Fahmi. Terserlah sepasang lesung pipit menghiasi wajah kedua-dua bayi comel itu tatkala mereka tersenyum.

            Rafeah tiba di ruang tamu dengan menatang sebuah dulang berwarna putih dan diletakkan di atas meja. Setelah menuang air ke dalam semua cawan, Rafeah memanggil besannya. “Marilah minum dulu Tan Sri, Puan Sri.” Ajak Rafeah. Pasangan suami isteri itu bangun dan duduk semula di sofa.

            Mendengar sahaja anaknya merengek-rengek, lekas Nur Sumayyah bangun dan duduk di sebelah tilam bayi itu. Farhan diriba dan diberikan susu badan.

            “Sumayyah,” lembut si bapa mertua memanggil namanya.

            “Ya daddy,” Nur Sumayyah menyahut.

            “Daddy datang ni sebenarnya nak minta maaf dengan kamu tentang kejadian hari tu,” dengan merendah diri, Tan Sri Tuan Haji Ahmad Izzuddin memohon maaf.

            “Betul tu, Sumayyah. Sebenarnya masa tu daddy kamu terlalu kecewa sangat, sebab itulah dia terus cakap macam tu,” Puan Sri Sharifah membela suaminya.

            Nur Sumayyah terdiam seketika. “Tak apalah daddy, mummy… Sumayyah tak apa-apa.” Jawabnya jujur. Dia langsung tidak menyimpan dendam terhadap Tan Sri Tuan Haji Ahmad Izzuddin. Sedangkan dia sebagai isteri pun benar-benar terkilan dan kecewa dengan perangai Fahem, apatah lagi daddynya yang sudah mendidik serta membesarkan Fahem dan menyumbatkan segala ilmu-ilmu berguna kepada anaknya itu? Sudah pastilah jawapannya, lelaki itu benar-benar terluka dan kecewa apabila mendapat tahu perangai tidak semenggah anaknya!

            Abdul Ghani dan Rafeah sudah tercengang-cengang. “Kenapa Tan Sri?” soalnya tidak sabar-sabar.

            “Sumayyah tak cerita pada Encik Ghani ke?” soal Tan Sri Tuan Haji Ahmad Izzuddin sebelum dia bercerita lanjut. Risau juga dia. Mungkin Nur Sumayyah tidak mahu kecoh-kecoh kepada orang tuanya, tiba-tiba dia pula memandai-mandai bercerita bagai ahli kumpulan gosip di pejabatnya!

            Pantas kepala pencen polis itu menggeleng laju. Dua tiga kali dia memberikan pandangan tajam kepada anak tunggalnya. Manakala Nur Sumayyah yang sedar dirinya asyik diperhatikan, hanya menundukkan kepala. Dalam diam, dia merelakan apa sahaja yang bakal bapa mertuanya ceritakan.

            “Macam ni sebenarnya…” dengan khusyuk Abdul Ghani mendengar cerita daripada besannya. Kadangkala dahinya berkerut. Seketika kemudian, dia menggenggam kedua belah tangannya hingaa timbul urat-urat di lengannya, akibat terlalu marah. Selepas itu pula, matanya merenung tajam wajah menantunya pada potret perkahwinan anak tunggal mereka yang digantung pada dinding di ruang tamu.

            “Saya langsung tak berniat nak menghalau Sumayyah, jauh sekali nak menghalang dia dari datang ke rumah saya lagi. Tapi, Encik Ghani tahu sajalah… bila hati manusia tu mula diselaputi marah, dia akan hilang pertimbangan. Maafkanlah kesalahan saya ni,” tidak cukup dengan Nur Sumayyah, kini besan Abdul Ghani itu meminta maaf kepada dia dan isterinya pula.

            Kelopak mata Rafeah sudah digenangi air mata. Sungguh, dia benar-benar terkilan dengan perangai menantu tunggalnya. Tidak hairanlah jika besannya itu menghalau Fahem sekeluarga! Lantas dia memaut lengan suaminya, meminjam kekuatan dari peneman hidupnya itu.

            “Mak bapak mana yang tak marah bila tahu anak buat perangai tak senonoh macam tu? Itu yang saya geram sangat, Encik Ghani. Hati saya ni sebenarnya masih sakit. Tapi, mengenangkan menantu saya baik sangat, sebab itulah kami laki bini datang untuk minta maaf.” Perlahan-lahan air mata yang dari tadi hanya bergenang di mata, laju menuruni pipi Tan Sri Tuan Haji Ahmad Izzudin. Air mata yang sarat dengan rindu namun disulami kekecewaan.

            Abdul Ghani menepuk-nepuk bahu Tan Sri Tuan Haji Ahmad Izzuddin, menenangkan hati besannya itu. “Sudahlah Tan Sri. Benda dah jadi, nak diapakan lagi, betul tak? Cuma kita mampu sama-sama berdoa agar Fahem membuang perangai lamanya tu. Moga rumahtangga mereka kekal hingga akhir hayat.” Dalam diam Abdul Ghani mengakui peribadi Tan Sri Tuan Haji Ahmad Izzuddin yang terlalu tinggi. Sanggup meredah malam bertemu menantunya semata-mata mahu memohon maaf.

            Suasana sunyi kembali. Yang kedengaran hanyalah esakan-esakan kecil pada hati-hati warga tua yang benar-benar terluka.

            “Fahem mana, Sumayyah?” Puan Sri Sharifah baru teringat tentang anaknya.

            “Dia ada kerja luar.” Nur Sumayyah tidak tahu alasan apa lagi yang patut diberikan. Itu kata-kata Fahem, itulah juga yang disampaikan bila orang bertanya perihal suaminya.

            Puan Sri Sharifah bangun dan memeluk menantunya itu sambil menangis.

            “Dia anak mummy, Sumayyah. Mummy tahu dia bukan ada kerja, tapi dia merajuk.” Makin kuat esak tangis Nur Sumayyah tatkala mendengar kata-kata ibu mertuanya. Dia tahu permintaannya yang membuatkan Fahem meninggalkan dia dan anak-anak.