REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

Thursday 30 December 2010

WUC 11

WAKE UP CALL 11


 “DADDY dengan mummy dah terima surat dari Tabung Haji.” Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin memulakan perbualan. Fahem mengangkat kepala, memandang daddynya.
       “Surat pergi haji ke, daddy?” Fahem mengagak. Dengan senyuman, daddy dan mummynya mengangguk. Pak Razak dan Mak Kiah turut tersenyum.
       “Syukur Alhamdulillah.” Ucap Fahem. Dia pun sebenarnya ada juga pasang niat untuk mengerjakan haji dan umrah tetapi niatnya itu ingin dilaksanakan setelah berkahwin nanti. Dia berhajat untuk membawa isterinya ke sana.
        “Nanti bila mummy dengan daddy kat sana, jaga adik-adik kamu ni! jangan asyik nak merayap saja kerjanya. Pak Razak dengan Mak Kiah penat. Takkanlah dia pula nak jaga adik-adik kamu nanti? Ingat tu, Fahem!” Puan Sri Sharifah menasihati Fahem yang sudah tersengih.

MYDIN MITC

“DAH habis masuk barang?” soal Nur Syuhadah kepada Fatimah yang berada di bonet kereta. Fatimah mengangguk. Zahra menolak troli itu ke tempat pengumpulan troli selang tiga kereta dari kereta Nur Syuhadah. Dia kembali semula ke kereta Nur Syuhadah. Setelah semua berada di dalam kereta, Nur Syuhadah megundurkan kereta. 
        “Ada, anak murid kau punya abang, apa cerita?” soal Safiyyah.  Nur Syuhadah menjeling seketika.
        “Kau jangan nak buat gosip-gosip yang tak senonoh eh!” Nur Syuhadah memberi amaran.
        “Alamak, Safiyyah... aku takutlah! Ada orang nak mula mengamuk!” Zahra mengusik. Fatimah hanya tergelak perlahan. Dengan bengang, Nur Syuhadah meneruskan pemanduannya di Lebuh SPA ( Sungai Udang – Paya Rumput – Ayer Keroh). Tiba di simpang empat di Kampung Gangsa, lampu merah menonjolkan dirinya. Nur Syuhadah memberhentikan keretanya.
        “Eh, bila kau rancang nak kahwin dengan dia?” soal Fatimah, sengaja menyimbah minyak tanah ke badan Nur Syuhadah.
        “Kau orang jangan nak main-main, boleh tak?” Nur Syuhadah mula marah. Mereka bertiga tergelak lagi. Lampu hijau sudah menyala. Nur Syuhadah mula memecut. Tiba-tiba, dia telefon bimbitnya berdering banyak kali. Keadaan itu membuatkan Nur Syuhadah memberi signal untuk menghimpit ke kiri.
        “Ala, kau janganlah marah, Ada. Aku gurau saja tadi.” Pujuk Safiyyah. Nur Syuhadah tersenyum.
        “Aku okeylah. Tak ada apa-apa.  Kau jangan risaulah. Tapi ingat... jangan cakap macam tu lagi. Kalau tak, aku tak mahu kawan dengan kau orang lagi!” Nur Syuhadah sempat mengugut sebelum panggilan tersebut.
        “Assalamualaikum, Syuhadah.” Fahem memberi salam.
        “Waalaikumsalam. Ada apa, Fahem?” soal Nur Syuhadah. Kalau boleh, dia tidak mahu rakan-rakannya mendengar dia menyebut nama Fahem.
        “Tak ada apa-apa. Cuma Fahem nak jemput Syuhadah datang ke rumah Fahem nanti.” Beritahu Fahem. Ketika itu, dia sedang duduk di tepi kolam renang sambil merendamkan kakinya ke dalam kolam, mengocak-ngocakkan air kolam. Lakunya tidak ubah seperti anak-anak kecil yang bermain air.
       “Datang ke rumah Fahem? Bila? Ada apa?” soal Nur Syuhadah tidak sabar. Tanpa disedari, ketiga-tiga rakannya sedang memasang telinga mendengar perbualannya.
       “Ohh... daddy dengan mummy akan mengerjakan haji. Jadi, mereka nak buat sedikit kenduri. Tapi... tarikhnya kami belum bincang lagi.” Jawab Fahem. Tanpa dia sedari, Fateeha dan Zariff sedang bersembunyi di belakang pasu besar berhampiran kolam renang.
       “Insya-ALLAH, nanti Syuhadah da...” belum habis ayatnya, enjin kereta Nur Syuhadah tiba-tiba mati Nur Syuhadah cuba memutarkan kunci beberapa kali namun masih gagal.
       “Syuhadah... Syuhadah... awak masih ada di situ ke?” soal Fahem sedikit cemas.
       “Ah?...Aah... oh... aaa.... ya... Syuhadah ada di sini.” Nur Syuhadah menjawab dengan cemas. Keadaan itu membuatkan Fahem tidak sedap hati.
       “Syuhadah, awak ok ke? Fahem dengar dari suara Syuhadah, Syuhadah macam cemas saja. Syuhadah kat mana ni?” soal Fahem algi.
       “Ermm... Syuhadah di Lebuh SPA ni. masa Fahem telefon tadi, Syuhadah berhentikan kereta kat tepi sekejap tapi tak mati enjin. Ni, tiba-tiba saja enjin mati. Syuhadah tak tahu nak buat apa. Dah banyak kali cuba start enjin tapi masih begitu juga.” Jawab Nur Syuhadah.
       Fahem berfikir seketika. “Ok, takpe. Fahem ada kawan mekanik. Nanti Fahem telefon dia. Tapi... Syuhadah ada di mana sekarang?” soal Fahem.
       “Lebuh SPA. Arah ke Sungai Udang. Depan sedikit dari persimpangan Kampung Gangsa.”  Nur Syuhadah memberi arah. Fahem berfikir seketika.
       “Okey. Syuhadah tunggu sampai Fahem datang. Nanti Fahem telefon Mukhriz, mekanik tu. Syuhadah jangan risau, ok? Duduk saja dalam kereta. Jangan keluar. Takut pulak kalau-kalau ada penyamun ke, apa ke... ok?” Fahem memberi arahan. Nur Syuhadah hanya menjawab ok.
      Setelah Fahem menjawab salamnya, Nur Syuhadah menekan butang merah. Tiba-tiba dia terdengar ketiga-tiga rakannya mentertawakannya.
      “Abang Fahem nak datang tolong adik Syuhadah ke?” Zahra menyakat. Pantas tangan Nur Syuhadah ingin mencubit paha Zahra namun wanita itu menepis-nepis tangannya.
      “Kau orang jangan nak menyakat aku boleh tak?” pinta Nur Syuhadah.
      “Tak boleh!” ketiga-tiganya jawab serentak. Malas mahu melayan mereka, Nur Syuhadah hanya mendiamkan diri. Dia menjeling jam di pergelangan tangannya. 8.55 malam. Tiba-tiba, ada orang mengetuk cermin keretanya. Mereka berempat menjerit seketika. Bila melihat muka si pengetuk cermin tadi, Nur Syuhadah menarik nafas lega.
      “Laju dia sampai Syuhadah, macam superhero!” Safiyyah mengusik lagi.
      “Diamlah kau. Aku korek biji mata tu karang, baru tahu!” Nur Syuhadah menjeling Safiyyah yang duduk di sebelahnya.
      “Assalamualaikum.” Ucap Nur Syuhadahsetelah menurunkan cermin kereta. Fahem menjawab salamnya dengan senyuman manis.
      “Syuhadah tunggu dulu. Kejap lagi kawan Fahem sampai.” Beritahu Fahem. Nur Syuhadah tersenyum sambil mengangguk.
      “Awak semua dah makan?” soal Fahem sambil dia membongkok sedikit badannya supaya dia dapat melihat gerangan-gerangan manusia yang ada di dalam kereta.
      “Belum!” belum Nur Syuhadah menjawab apa-apa, mereka bertiga sudah menjawabnya.
      Ada peluang ni. Fahem tersenyum nakal.
      “Kalau macam tu, apa kata kita makan di kedai Nasi Ayam Singapura. Lepas tu, saya akan hantar awak semua balik ke rumah. Setuju?”
      “Kitaorang boleh saja, Encik Fahem. Tapi, Encik kenalah tanya buah hati Encik Fahem ni.” jawab Safiyyah dengan selamba. Nur Syuhadah menjegilkan matanya. Senyap-senyap, dia mencubit pinggang Safiyyah.
      “Auwww.” Safiyyah menjerit perlahan.
      “Kau jangan cakap macam tu boleh tak? Sekali lagi aku dengar kau orang cakap macam tu, teruk kau orang aku kerjakan.” Nur Syuhadah memberi amaran. Ketiga-tiga rakannya hanya tergelak-gelak kecil. Fahem ketika itu sudah berdiri di bahagian depan kereta nur Syuhadah. Matanya dihalakan ke arah jalanraya. Dia menyelak sedikit jaket hitamnya sambil bercekak pinggang.
      “Eh, Syuhadah, biar betul si Fahem tu?” soal Fatimah setelah dia ternampak sesuatu.
      “Biar betul apanya?” soal Nur Syuhadah.
      “Kau tengok kat pinggang kanan dia tu. Ada pistollah!” ujar Safiyyah. Nur Syuhadah melihat pinggang Fahem.
      “Alah, kalau dah mafia... apa nak diherankan?” balas Nur Syuhadah. Ternganga ketiga-tiga rakannya itu. Tak lama kemudian, sebuah kereta Nissan Sentra dan sebuah trak penunda muncul. Trak tersebut berhenti di belakang kereta Nur Syuhadah.
      “Ni kereta yang rosak?” soal Mukhriz setelah berjabat tangan dengan Fahem. Fahem mengangguk. Mukhriz mengarahkan dua orang pekerjanya membuat kerja-kerja yang patut. Tak lama kemudian, Nur Syuhadah dan rakan-rakannya keluar dari kereta.
      “Erm, kami nak ambil barang kami di bonet kereta.” Mukhriz mengangguk. setelah mereka memunggahkan kesemua barang-barnag mereka, Fahem segera membuka bonet keretanya dan mengarahkan mereka meletakkan kesemua barang tersebut di dalam bonet. Mukhriz memandang Nur Syuhadah.
        “Jadi buat sementara waktu, kereta awak akan berada di bengkel saya. Bia dah siap, nanti saya akan telefon boyfriend awak ni. Awak kerja apa?” sempat Mukhriz menyoal.
       “Guru.” Jawab Nur Syuhadah malu-malu. Mana tidaknya, lelaki mekanik itu mengatakan Fahem adalah boyfriendnya. Mahu tak bengang hatinya?
       “Awak dah ambil semua barang-barang awak yang penting?” soal Mukhriz lagi. Nur Syuhadah mengangguk saja.
       “Kalau macam tu, pekerja saya akan bawa kereta awak ke bengkel, ok?” Nur Syuhadah mengangguk lagi.

“CEPAT awak sampai tadi?” soal Nur Syuhadah setelah Fahem memulakan pemanduannya. Fahem hanya tersenyum.
       “Alah, dah malam. Kereta tak banyak. Bolehlah racing.” Jawab Fahem. Dijeling jari Nur Syuhadah yang panjang dan putih itu. Terasa seperti ingin diramas saja. Fahem membawa kereta terlalu laju sehingga sebuah majalah tiba-tiba terjatuh di atas riba Nur Syuhadah. Dia menjerit kecil.
       “Kenapa?” soal Fahem.
       “Tak ada apa cuma majalah ni tibat-tiba jatuh dari dashboard.” Jawab Nur Syuhadah. Tanpa melihat cover majalah, dia terus membuka helaian demi helaian. Tangannya terhenti apabila melihat beberapa gambar lucah. Ditutup majalah tersebut dan ditatap seketika nama majalah itu. Playboy? Pantas Fahem mengambil majalah itu dari riba Nur Syuhadah dan mencampakkannya di bawah kerusinya.
       “Lelaki... suka sangat dengan benda-benda macam tu.” Nur Syuhadah menempelak.
       “Tak... majalah tu bukan Fahem punya. Kawan Fahem tertinggal. Hari tu dia pinjam kereta ni.” jawab Fahem untuk membela diri.
       “Alasan. Habis tu, kenapa ada lagi kat pintu kereta ni?” soal nur Syuhadah. Fahem sudah terkedu. Akhirnya, mereka sampai juga di kedai Nasi Ayam Singapura.
       “Ok, jom. Kita dah sampai.” Segera Fahem membuka pintu kereta. Juga untuk mengelakkan pertanyaan dari Nur Syuhahdah. Setelah semua keluar, dia menekan alarm untuk mengunci keretanya. Mereka melangkah menuju ke dalam kedai tersebut. Seorang pelayan datang.
       “Encik nak makan apa?”
       “Nasi ayam lima. Air... saya nak jus oren.” Jawab Fahem.
       “Syuhadah?” soal Fahem.
       “Sirap limau.”
       “Teh o ais.” Fatimah memberitahu.
       “Laici dua.” Safiyyah pula memberitahu. Sausana di dalam kedai itu amat tenang.
       “Zariff macam mana?” soal Nur Syuhadah.
       “Macam mana apa?” Fahem menoleh ke kiri. Tadi ketika duduk, Safiyyah, Fatimah dan Zahra sengaja membiarkan Nur Syuhadah duduk di sebelah Fahem.
       “Yalah... sejak kejadian gaduh tu.” Tambah Nur Syuhadah.
       “Oh. Dia okey saja. Cuma Fahem yang tak beritahu pada sesiapa. Lagipun, dia tak cedera apa-apa cuma hidung dia berdarah sikit saja.” Jawab Fahem. Nur Syuhadah mengangguk.
       Tak lama kemudian, hidingan sudah tiba. Pelayan tadi menghulurkan pinggan-pinggan tersebut kepada mereka. selepas itu, dia menuju ke dapur semula dan keluar sambil menatang sedulang air yang dipesan.
       “Fahem harap, Syuhadah tolong tengok-tengokkan Zariff di sekolah ya?” pinta Fahem. Nur Syuhadah mengangguk. mereka mula menjamu selera.

“TERIMA kasih sebab sudi bantu Syuhadah tadi.” Uap Nur Syuhadah. Fahem hanya tersenyum.
       “Alah, kata kawan. Apa gunanya kawan kalau tak boleh membantu?” Nur Syuhadah tersenyum mendengar jawapan Fahem.
       “Ermm Syuhadah, lepas ni... boleh tak kalau Fahem ajak Syuhadah keluar?” Fahem cuba menjadi berani. Dia takut sebenarnya. Bukan kerana dia tidak pernah keluar dengan perempuan selama ini tetapi Nur Syuhadah lain.
       “”Boleh memang boleh tapi Fahem kena bawa Zariff. Jadi, hilanglah fitnah. Assalamualaikum.” Terus saja Nur Syuhadah masuk ke dalam rumahnya. YES!!! Jerit Fahem di dalam hati.

No comments:

Post a Comment