REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

Tuesday 12 October 2010

CSU 9

CINTA SEORANG USTAZ 9

HQ ALEXIS-AMINA HOLDINGS CORPORATION

DATUK ALEXANDER merenung Iskandar. Aku kena cakap Bahasa Jerman ni. Tak faham-faham langsung!
       “Kau masih nak kahwin jugak dengan Sandra tue?’ soalnya. Datuk Alexander mengeluh bila Iskandar mengangguk. Dia tidak memerlukan wanita seperti itu untuk menjadi menantunya. Dia tahu sejarah silam Sandra. Dia tahu hubungan Sandra dengan William.
       “Kan daddy dah cakap, daddy tak mahu bermenantukan dia. Daddy mahu Is cari orang lain.”
       “Tapi daddy, Sandra tu ba…”
       “Full stop! Daddy tak mahu dengar apa-apa lagi pasal dia!” Datuk Alexander sudah muak untuk mendengar nama Sandra walaupun satu huruf.
       “Daddy, Is takkan ubah keputusan Is selagi daddy tak menyatakan alasan kenapa daddy bencikan Sandra!” Iskandar seperti mengugut daddynya. Mata Datuk Alexander yang biru ditenung lama.
       “Is tak malukah? Is seorang ustaz. Takkanlah nak berbinikan wanita yang macam tu? Is takkan tak ada perasaan langsung?” Datuk Alexander cuba menyedarkannya. Iskandar merenung permaidani biru dalam pejabat ayahnya
       “Daddy, tolonglah. Is tahu apa yang Is buat. Tak semestinya wanita yang begitu tak boleh dijadikan isteri. Tapi kalau tak kita yang beri mereka peluang untuk berubah dan mengubah mereka, siapa lagi? Daddy, benda-benda macam ni terpulang pada setiap individu. Contoh, kalau seorang lelaki nak kahwin dengan pelacur yang sudah bertaubat dan berusaha untuk menjauhkan diri wanita itu dari kerja-kerja pelacuran dan ingin membahagiakannya, bukankah itu sebuah kerja yang baik? Sudahlah mendirikan masjid, kemudian membantu saudara seIslam sendiri daripada terus terjebak dengan benda-benda tak berfaedah. Melainkan jika wanita itu masih belum ingin bertaubat, maka diharamkan berkahwin. Daddy, don’t judge the book by its cover, ok! Is tahu, peribahasa tu datang dari bangsa daddy sendiri. Daddy tentu lebih faham apa maksudnya kan?” malas bertengkar dengan Datuk Alexander, Iskandar mencium tangan daddynya dan keluar. Pantas dia mengeluarkan telefon bimbit dan menelefon Sandra.

…………………………………….

“I tak tahu kenapa daddy I sanggup buat macam ni.” Iskandar menghembus nafas berat sebelum menyedut limau ais.
        “I tahu sayang. Daddy you dah tentu nakkan yang terbaik untuk you. Takkanlah dia nak tengok wanita seksi macam I ni jadi menantu pada anak dia? Anak dia bukan calang-calang orang. Seorang ustaz! Kalau difikir secara logic, padankah seorang ustaz  nak beristerikan wanita macam I?” Sandra memujuk. Dia mengelus perlahan tangan Iskandar. Iskandar membalas.
        “I tak kisah wanita yang jadi isteri I tu wanita seksi atau tak. Jika sebelum berkahwin dengan I dia sanggup berubah kerana ALLAH dan kerana menyesal dengan perbuatannya yang dulu, kenapa I harus nak tolak wanita yang macam tu? I tahu, you nak berubah. Pada I, soal aurat memanglah I utamakan. Tapi kalau you cuba belajar untuk berpakaian dengan lebih sopan sebelum kita kahwin, kenapa I harus tinggalkan you?
       You dah bersumpah dengan nama ALLAH dan atas Quran bahawa memang you nak berubah. Cuma you masih belum jumpa dengan orang yang boleh membantu you untuk berubah. Dan pada you, bila you dah jumpa orang yang macam I untuk mengubah diri you dan cara hidup you, kenapa you perlu nak tolak diri I? Pada I, I rasa you menolak tuah bila you tolak diri I untuk hidup dengan you.” Iskandar mula berhujah. Sandra cuba memahami hujah teman lelakinya.
       “Sabarlah sayang. You doakanlah moga-moga satu hari nanti hati daddy you terbuka untuk menerima I.” Sandra membalas. Tanpa mereka sedari, ada sepasang mata yang mengawal pergerakan mereka sejak Iskandar keluar dari HQ Alexis-Amina Holdings Corporation. Jeng jeng jeng…..

…………………………………….

MELAKA SENTRAL

“CEPATLAH Najwa, dah nak hujan ni!” Laila menggeletar. Dia masih menunggu Najwa yang sedang menghulur not RM 100 kepada tauke kedai telefon. Setelah membalikkan baki, segera mereka keluar. Ketika mereka mahu ke terminal, tiba-tiba dua orang lelaki menarik  tangan mereka lalu menekup muluat mereka berdua dengan tangan.
        “Ikut kami cepat!” ugut lelaki yang menekup mulut Najwa. Dalam diam, Laila mendapat akal. Ditolak sedikit tangan lelaki itu ke atas dan dia menggigit tepi tapak tengan itu sambil menjerit.    
        “Tolong!!!” dua tiga kali dia menjerit perkataan yang sama.
     
“NANTI sekejap!” Iskandar tidak jadi masuk ke dalam X-Trail orang kanannya.  Dia mendengar ada orang menjerit-jerit meminta tolong. Matanya dikecilkan ke satu arah. Pantas dia dan empat orang lagi gengnya menuju ke situ.
       Dua orang lelaki itu tak sedar dengan kehadiran mereka.
       “Jangan berani-berani nak usik makwe aku!” ugut Iskandar kepada dua orang lelaki itu. Dua orang lelaki itu ingin menumbuk perut Iskandar tetapi bila terlihat muka Iskandar, mereka menikus.
       “Dua-dua ni makwe bos ke?” soal lelaki yang menekup mulut Laila tadi. Iskandar terus mengangguk.
       “Ya! Memang dua-dua ni makwe aku!” tanpa rasa bersalah dia terus berdiri antara Laila dan Najwa dan memaut pinggang mereka. Sepuluh langkah berjalan, Iskandar berhenti.
       “Ingat, jangan ganggu lagi awek-awek aku ni!”

“BILA masa kitorang jadi makwe ustaz!?” Laila dan Najwa menjerit serentak bila masuk dalam X-Trail. Iskandar di tengah-tengah menutup telinganya.
       “Aku dah selamatkan kau dorang dah kira baiklah tu! Kalau tak, kau orang jadi mangsa rogol dia. Kau nak?” Iskandar memandang Najwa dan Laila bersilih ganti. Melihat diam mereka, Iskandar tersengih.
      “Aku pernah pukul diorang sebab nak ragut gelang emas ada sorang makcik ni. Sebab tu tadi bila diorang nampak aje muka aku, diorang terus menikus!” Iskandar bercerita.  Laila mencebik.
     “Ada kitaorang tanya ustaz ke? Tak ada kan? Sibuk je nak bercerita!” Iskandar memandang Laila.
     “Ohhh... sibuk? Kau tak ucap terima kasih kat aku, sebaliknya kau kata sibuk eh? Nanti kau! Kat sekolah esok siap aku kerjakan kau!” Iskandar sudah merangka satu strategi untuk mengenakan Laila.

............................
VILLA JANNAH

ISKANDAR terpaksa memaksa fikirannya membuat shift malam sehingga tiga pagi. Kata-kata daddynya masih berpusing-pusing di telinganya.
      “Ingat apa yang daddy cakap. Ni dah bulan berapa? Kalau tak dapat jugak wanita tu sampai hujung bulan ni, biar daddy yang carikan.”
      “Daddy kata daddy bagi tempoh sampai tarikh lahir Is tahun depan. Ni, hujung tahun pun belum lagi. Daddy ni mungkir janjilah!”
     “Bila daddy tengok kau asyik keluar dengan Sandra je dua tiga malam ni, tu yang membuatkan daddy cepatkan tarikh pencarian. Faham!” Datuk Alexander terus naik ke atas tanpa menghiraukan muka Iskandar yang bagaikan manusia berak batu belah batu bertangkup.

“JUAN dah makan?” soal Natasha ketika dia masuk dalam bilik Iskandar. Iskandar hanya memandang Natasha yang mengusap Juan. Pandangannya melekat semula pada kartun Shaun The Sheep.
       “Abang Is dah bulat nak kahwin dengan Kak Sandra?” soal Natasha. Dia dengar perbualan daddynya dengan Iskandar tadi.
       “Abang sayangkan Sandra tapi abang tak tahu kenapa daddy benci sangat dengan dia.” Iskandar mengeluh kecil.
       “Cakaplah terus-terang dengan daddy.”
       “Abang dah cakap terus terang dah. Tapi daddy maca buat tak paham bahasa je!” Iskandar terus menonton kartun Shaun The Sheep.







No comments:

Post a Comment