REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

Thursday 26 May 2011

The Princess(Luerd Kattiya) - Drama Thailand

Saya tengok cerita ni masa saya di ting. 3(2004). Saya tak tengok mula-mula. Saya cuma tengok tengah saja. Itupun sebab bila saya jalan kaki pulang dari sekolah, dua org kawan saya selalu bercerita pasal drama ni.Sejak tu, setiap kali balik sekolah saja, lepas sembahyang zohor mesti tercongok depan tv sambil makan nasi. Yalah... nak tengok cerita favourite. Last-last, iklan episod akhirnya muncul di kaca tv. Masa saya tengok iklan tu, saya bisik dengan diri saya.. alamak, esok ada paper agama, kenapalah paper tu x buat pg? Sebab saya ingat, cerita tu last episode hari Isnin, hari yg sama saya ada paper agama. Hati saya memang merungut giler2 masa tu. Kalau boleh, saya tak nak amek paper agama tu. Bayangkanlah, begitu sekali obsesnya saya dengan drama ni. Bukannya apa, saya rasa sedih dan kecewa sebab masa iklan, saya tengok tiba2 Anothai dah kat dalam keranda. Saya nak tahu jugak apa sebabnya. Betapa frustnya hati saya. Bila saya dengan dua orang lagi kawan saya jalan kaki ke sekolah, saya pun ceritakanlah perasaan saya tentang drama tu. Kawan saya kata 'dah...dah. Ni nak periksa. Tak payah nak tengok2 tv!'
        Kini, setelah beberapa tahun, saya sengaja search 'The Princess' di youtube. Jadi, tolonglah jangan marah saya wahai peminat novel2 saya (CSU & WUC) sebab saya busy sangat nk tengok citer nie. Manalah tahu kalau2 ada. sekali ada! Saya pun tengoklah satu persatu. siap download dengan real player. Simpan dalam hard disk. Tapi yang sedihnya, dlm youtube tu hanya lapan episod aje. rasa nak nangis aje!
         Kemudian, saya search 'Anothai'(nama heroin dlm filem ni- seorang panglima tentera) dan saya jumpa stu blog yg menceritakan tentang sinopsis drama ni. Di bawah ni, saya copy sinopsis cerita tu.



Cinta anothai pada dara tak pernah berubah.....namun begitu misteri kedalaman hati seorang wanita tak terduga dalamnya......boleh berubah sekelip mata.....apakah anothai harus menerima layanan yang sebegitu daripada dara....apakah salah untuk anothai menjadikan dala seorang permaisuri membolehkan dala memperlakukan anothai sedemikian.....layanan yang tidak mesra dan wajah yang tidak ceria apabila bertemu....adakah kerana keterbezaan darjat di antara anothai dan dara...kasihan pada anothai...sekiranya cerita ini berdasarkan realiti kehidupan seorang insan adakah pengorbanan yang dibuat oleh anothai berbaloi....berbaloikah.....

Dara yang dikenali sebelum ini lembut dan manis sekali wajahnya .....tetapi apabila dilantik sebagai puteri mahkota yang bakal mewarisi takhta yasothorn....dara sentiasa marah2...bermasam durja.....sedangkan usaha anothai menjadikan dara waris tunggal takhta yasothorn adalah sesuatu yang sepatutnya menjadi milik dara selepas kematian kedua ibubapanya.....walaupun layanan yang diberikan dara begitu dingin namun anothai terus menunaikan janjinya pada dara untuk sentiasa berada di belakang dara bagi membolehkan kerja mentadbir yasothorn berjalan lancar walaupun nyawanya melayang.....begitulah ketulusan hati anothai yang berkhidmat sebagai pegawai turus tentera yasothorn.....

Segala pengorbanan anothai bagaikan tidak berharga lagi pada dara.....namun apabila anothai sanggup bergadai nyawa menyelamatkan dara semasa cubaan membunuh dala pada suatu pesta keramaian...dara seakan2 tersentak dan memohon maaf kepada anothai terhadap keterlanjuran tingkah laku dan tutur katanya pada anothai selama ini.....maklumlah anothai kena tembak di dada...walaupun tabib istana telah merawatnya tapi anothai tak bangun2 dari pengsannya.....sedih giler nih.....norachit telah pergi memberitahu bapa anothai yang kemudiannya datang melawat anothai di klinik istana....semasa bapa anothai nak balik rumah dia bertembung dengan puteri dara yang datang melawat anothai setelah diberitahu oleh dayangnya bahawa anothai telah sedarkan diri.....

Anothai yakin bahawa putera chaiyan mempunyai kaitan dengan komplot ingin membunuh puteri dara.....anothai telah menghantar norachit untuk mengadap putera chaiyan untuk memberitahu putera chaiyan yang anothai sudah tahu siapakah dalang sebenarnya...putera chaiyan terkejut mendengar berita tersebut lalu menghalau norachit...putera chaiyan dan puteri khaekhaijaras yang tidak puas hati telah bertindak dengan pergi ke istana yasothorn....pada masa yang sama anothai telah meminta puteri dara berjumpanya untuk memberitahu siapakah dalang tersebut....sesampainya di wad di mana anothai berada....puteri dara masuk ke dalam dan meminta dayangnya phakka dan seorang tentera menjaga pintu.....puteri merasa kasihan akan anothai....tuan puteri duduk sambil mendengar anothai berbicara...memandangkan mereka nih sepasang kekasih dan dah lama tak jumpa.....anothai telah memegang tangan dala sambil mengusap2 dipipinya.....pada masa mereka bermadu kasih ada seorang tua melintasi phakka dan tentera yang menjaga pintu....kasihan melihat makcik tua itu mereka pun membantu makcik yang hendak ke wad lain.....dijadikan cerita putera chaiyan pun tiba di wad anothai dan menyelak pintu bilik tersebut dan ternampak anothai dan puteri dara sedang bermanja- manjaan....putera chaiyan membuat keputusan untuk menyebarkan khabar angin bahawa anothai dan puteri dara adalah sepasang kekasih untuk menjatuhkan maruah tuan puteri... jahatnya.....

Putera chaiyan pulang ke Kemmerat dan memangggil menteri kewangan yasothorn yang talam dua muka....menteri nih pantang orang bagi duit sikit semua keje pun dia buat.....dia pun menyebarkan kisah percintaan anothai dan puteri dara....khabar angin ini tersebar dengan begitu cepat sehingga sampai ke pengetahuan puteri dara....puteri dara telah berusaha memulihkan keadaan dan berjaya mengatasinya.....namun putera chaiyan masih tidak puas hati lalu menyuruh isterinya puteri khaekhai menyusup masuk ke istana yasothorn untuk mencari bukti yang boleh digunakan untuk menjatuhkan puteri dara dan anothai....dijadikan cerita puteri dara pula keluar berjumpa rakyat di pedalaman dan ini memudahkan puteri khaekhai menyelinap masuk ke serata ceruk istana yasothorn.....misi puteri khaekhai berjaya apabila dayangnya, Kranda menjumpai dua pucuk surat yang dihantar oleh anothai kepada puteri dara....surat ini telah dibawa pulang kepada putera chaiyan untuk tindakan selanjutnya...sekali lagi menteri kewangan dipanggil untuk menyerahkan surat2 tersebut kepada maharaja yasothorn atas tujuan hendak memalukan puteri dara dan anothai.....

Walaubagaimanapun pada kali ini khabar angin yang dibawa adalah lebih dasyat iaitu anothai akan membuat pemberontakkan dan akan mengambil alih takhta yasothorn dan menjadikan puteri dala maharaninya.....khabar angin tersebar dengan jayanya...anothai tidak dapat menahan kesabarannya dan memerangkap menteri kewangan tersebut.....anothai telah menyeksa menteri kewangan supaya mengaku bahawa dia bertanggungjawab dan memberitahu siapakah yang menyuruhnya berbuat demikian....puteri dara telah mendapat tahu akan tindakan anothai dan berangkat bersama menteri pertahanan untuk berjumpa anothai di kem tentera yasothorn....puteri dara meminta anothai melepaskan menteri kewangan dan ingin menyelesaikan masalah ini sendiri.....puteri dara sedaya upaya memujuk anothai agar tidak bertindak sesuka hati.....maklumlah nak marah pun kekasih hati.....mesti tak sampai hati....sayang lagi adalah.....

Puteri dara telah menahan menteri kewangan di istana yasothorn...menteri kewangan tidak mengaku bersalah....putera chaiyan telah mengarah orangnya menyamar sebagai tentera yasothorn untuk mengeluarkan menteri kewangan dan kemudian membunuhnya....tidak lama selepas itu istana yasothorn menjadi kelam kabut disebabkan menteri kewangan telah didapati hilang dari penjara...puteri dara telah pergi berjumpa anothai kerana khuatir anothai yang menculiknya.... tetapi sebenarnya tidak....puteri dara merasa lega dan melarang anothai daripada pergi mencari menteri kewangan kerana bimbang anothai akan hilang pertimbangan....puteri dara telah mengarahkan sesiapa yang keluar untuk mencari menteri kewangan selain tentera yang ditugaskan akan dikenakan hukuman mati tanpa boleh membela diri.....puteri dara tahu yang anothai bertindak demikian kerana hendak melindungi dirinya namun puteri dara tidak mahu anothai sampai kehilangan nyawa dalam mempertahankannya...

Setelah puteri dara berlalu...anothai membuat keputusan untuk keluar mencari menteri kewangan seorang diri...dalam masa yang sama tentera istana juga keluar mencari menteri kewangan juga....anothai terdengar suara orang menjerit meminta tolong di dalam hutan dan mendapati ada orang cuba membunuh menteri kewangan...anothai menyerang pembunuh tersebut dan semasa berlaku pergelutan menteri kewangan telah terkena beberapa tikaman..dan apabila pembunuh itu mati tentera istana pun tiba di tempat kejadian dan membuat kesimpulan bahawa anothai telah cuba membunuh menteri kewangan dan anothai telah ditangkap....anothai telah dimasukkan ke penjara yasothorn...sedihnya...nih yang tak tahan nih.....oleh kerana terlalu takut menteri kewangan telah membuat keputusan menggantung diri dalam penjara sampai mati....ini menjadikan anothai kehilangan saksi penting dalam kes ini.....

Puteri dara telah pergi melawat anothai di penjara....sedih puteri dara melihat kekasih hati di penjara ...tapi apakan daya nasi telah menjadi bubur....puteri dara telah menawarkan anothai kebebasan dan tidak perlu dibicarakan jika dia bersetuju dilucutkan kesemua jawatan yang dipegangnya sekarang.....namun anothai lebih rela dihukum mati jika dalang disebalik kejadian yang berlaku di yasothorn dapat dihukum dan maruah puteri dara dapat diselamatkan..... anothai cuma meminta puteri dara supaya tidak mengaku menerima surat daripadanya untuk menjaga maruahnya.....sebelum itu putera chaiyan dan ketua negara yang lain telah bersetuju untuk menghakimi perbicaraan anothai termasuk lah putera chaiyan dari negara kemmerat itu.....

Di dalam perbicaraan tersebut isteri menteri kewangan telah menunding jari kepada putera chaiyan yang menyuruh suaminya melakukan kerja2 menyebarkan khabar angin...putera chaiyan telah mengaku tidak bersalah.....putera chaiyan memmbangkitkan isu berkenaan surat anothai kepada puteri dala....anothai dengan machonya mengaku dia ada mengirim surat pada dara dan memcintainya......dan puteri dara juga mengaku bahawasanya dia menerima surat daripada anothai kerana tidak sampai hati membiarkan kekasihnya menanggung penderitaan seorang diri namun puteri dara tidak menyatakan yang mereka memang sepasang kekasih.....
        Setelah perbicaraan ke atas Anothai tamat....hukuman ke atas semua yang terlibat pun dibaca....hakim perbicaraan yang juga Maharaja Yasothorn telah mendapati putera chaiyan dan isterinya puteri khaekhai bersalah kerana merancang pembunuhan puteri dara dan menyebarkan khabar angin dengan tujuan untuk menjatuhkan puteri Dara.....putera chaiyan telah dilucutkan semua pangkat dan gelaran termasuk jajahan yang sedia ada begitu juga dengan puteri khaekhai....lebih teruk lagi puteri khaekhai telah dihukum tidak boleh kembali ke yasothorn untuk tempoh 10 tahun.....menteri kewangan pula telah dibuang negeri dan yang sedih sekali ialah hukuman ke atas anothai yang dituduh cuba merampas kuasa....anothai dijatuhkan hukuman bunuh.....anothai dengan tenang mendengar hukuman yang dijatuhkan ke atasnya.....

Keesokan harinya menteri pertahanan telah datang berjumpa puteri Dara untuk menandatangani arahan hukuman ke atas anothai....puteri dara merasa tidak sanggup untuk menandatangani arahan tersebut....puteri dala meinta pandangan menteri pertahanan sekiranya ada jalan keluar yang lain demi untuk menyelamatkan anothai...namun jawapan menteri pertahanan sangat mengecewakan puteri dara kerana sudah termaktub dalam undang2 yasothorn bahawa hukuman ke atas mereka yang cuba merampas kuasa ialah hukuman mati.....dengan hati yang sedih puteri dara menurunkan tandatangan bersama2 cop rasmi puteri mahkota ke atas arahan tersebut.....puteri dala cuba menahan air mata dan berpaling menahan tangis...menteri pertahanan pula melangkah keluar dengan hati yang pilu kerana terpaksa melaksanakan hukuman ke atas seorang tentera yang begitu setia terhadap negara..... masakan tidak sedih...anothai akan dijatuhi hukuman bunuh pada jam 6.03 petang pada hari yang sama puteri dara akan dimahsyhurkan sebagai maharani yasothorn....hari hukuman dijatuhkan telah dipilih sendiri oleh anothai.....

Sejurus selepas itu puteri dara bermesyuarat dengan ketua2 negara2 kesatuan yang dengan sebulat suara telah memilih puteri dara untuk menjadi ketua negara2 kesatuan setelah melihat cara yasothorn mengendalikan masalah dalaman negara dengan begitu baik sekali.....di dalam mesyuarat ini mereka telah mempersetujui untuk menabalkan puteri dara sebagai maharani yasothorn dengan rasminya pada jam 6 petang pada hari yang sama anothai akan dihukum mati..... walaupun puteri dara telah berjaya mewarisi takhta yasothorn namun dia tidak gembira kerana disebalik kejayaannya terdapat pengorbanan yang besar oleh seorang rakyat yang juga kekasihnya.....

Anothai telah di tempatkan di penjara istana.....semasa anothai sedang berehat...anothai telah di beritahu oleh pengawal penjara ada seorang kawan lama ingin berjumpa.....puteri dara telah datang bersama dayangnya, Phakka untuk berjumpa anothai buat kali terakhir.....puteri dara telah mengarahkan pakka pulang kerana dia mungkin akan lama bertemu anothai....setelah phakka pergi ....puteri dara masuk berjumpa anothai.....anothai merasa gembira kerana dara datang menemuinya sebelum dia dijatuhi hukuman.....banyak perkara yang diceritakan... dari bagaimana mula perkenalan mereka sehinggalah apa yang berlaku....puteri dara telah memohon anothai untuk melarikan diri ke wilayah lain untuk mengelak dari hukuman bunuh namun anothai tetap dengan pendiriannya....dia tidak mahu dikatakan pengecut.....kerana bagi dirinya sudah mencukupi dia mengorbankan dirinya buat dara yang tidak dapat dimilikinya.... walaupun kegembiraan yang mereka kecapi tidak lama namun semua kenangan ini tidak mudah dilupakan oleh dara dan anothai kerana bagi mereka kenangan inilah yang akan membantu dara meneruskan sisa2 kehidupannya selepas kematian anothai.....anothai memeluk erat dara dalam dakapannya dan mengucup dahinya buat kali terakhir...puteri dara telah menghabiskan sepanjang malam di penjara bersama anothai.....puteri dara mengharapkan malam yang panjang supaya dia mempunyai banyak masa untuk bersama anothai....namun pagi menjelma jua dan puteri dala terpaksa pulang ke istana kerana tidak mahu ketiadaannya disedari..... anothai memakaikan puteri dara selendang dan memeluknya buat kali terakhir sebelum mereka berpisah....apabila pintu penjara ditutup anothai masih lagi memegang erat jari jemari dala .... puteri dara melangkah pergi dengan hati yang sayu.....

Pagi itu ibu puteri dara datang ke kamarnya untuk bertemunya namun puteri dara tidak ada di situ....ibunya bertanya pada phakka yang mengatakan puteri dara pergi berjalan2 di taman bunga.... apabila puteri dara sampai ibunya memarahinya kerana berjalan2 di taman bunga pada awal pagi....ibunya sekali lagi memarahinya kerana puteri dara tidak mencuba baju yang akan dipakai pada hari permasyhurannya....perasaan puteri dara yang tidak keruan membuatkannya meninggikan suara pada ibunya dan meminta pakaian serba hitam untuk permasyhurannya.... ibunya tidak bersetuju namun puteri dara memberikan alasan bahawa baju hitam itu untuk menunjukkan dia juga berada dalam kesedihan sebagaimana rakyat yasothorn....ibunya akhirnya mengalah dengan puteri dara dan berlalu....namun kebenarannya ialah puteri dara memakai serba hitam adalah sebagai penghormatan terakhir terhadap kekasihnya anothai.....

Waktu yang dinanti2kan telah tiba.....puteri dara telah bersiap2 dalam pakaian serba hitam untuk majlis permasyhurannya...anothai juga telah disiapkan oleh norachit dalam pakaian panglima turus tentera untuk menghadapi hukuman bunuh.....setelah anothai siap, bapanya telah datang berjumpa anothai buat kali terakhir...anothai dipeluk bapanya dengan erat sambil berkata bahawa dia merasa sangat bangga kerana anaknya dihukum bunuh kerana berbakti kepada yasothorn.....setelah bapanya berlalu anothai di datangi oleh menteri pertahanan yang akan mengiringi sendiri anothai untuk hukuman bunuh.....menteri pertahanan bertanya akan permintaan terakhir kepada anothai.....anothai meminta agar hukuman bunuh dijalankan setelah dia melihat bendera yasothorn dinaikkan dan meletakkan tangan kirinya yang mempunyai cincin di atas dadanya setelah hukuman dilaksanakan....menteri pertahanan berjanji akan melaksanakan semua permintaan anothai sebaik mungkin.....pada masa yang sama puteri dara telah diiringi masuk ke balairung untuk permahsyhurannya.....setelah di masyhurkan oleh maharaja yasothorn....puteri dara telah memberikan titahnya....daripada wajahnya kelihatan perasaan sedih yang tidak terhingga namun dia telah berjanji dengan anothai yang dia tidak akan menangis.....namun begitu air mata bertakung dalam matanya mengenangkan beberapa minit lagi kekasihnya anothai akan dihukum bunuh dan dia tidak dapat berbuat apa2.....

Menteri pertahanan telah memnggil nama anothai dan anothai berjalan ke arah palang di mana dia akan berdiri untuk menerima hukuman bunuh.....apabila bendera yasothorn dinaikkan... menteri pertahanan mengarahkan tenteranya untuk menutup mata anothai namun anothai meminta untuk memandang bendera yasothorn sehingga ke nafasnya yang terakhir....menteri pertahanan memberikan arahan untuk penembak bersedia......sebagai penghormatan terakhir kepada anothai semua tentera yang berada di tempat hukuman bunuh dijalankan telah mengangkat pedang sambil melaungkan kata2 semangat kepada anothai......suasana menjadi begitu hening dan hiba....arahan tembak telah diberikan dan anothai telah ditembak di dada..... anothai masih mampu berdiri tegak sebelum rebah ke bumi dengan perasaan gembira. puteri dara akhirnya menjadi waris takhta yasothorn dan pengorbanan dirinya tidaklah sia2......

Mayat anothai telah diletakkan ke atas pengusung dan menteri pertahanan telah melaksanakan permintaan terakhir anothai untuk meletakkan tangannya yang mempunyai cincin ke atas dadanya sebelum dikebumikan......mayat anothai telah dikebumikan di pulau dimana anothai dan dara selalu bertemu....puteri dara telah mengarahkan phakka untuk menjaga kebersihan dan kecantikan kubur anothai dan sekitar pulau serta mebuat jalan bawah tanah yang menghubungkan istana dengan pulau itu untuk memudahkannya menziarahi kubur anothai....di akhir cerita, puteri dara telah mengunjungi pusara anothai sambil memakai mahkota yang di perbuat daripada bunga liar yang pernah dipakainya semasa anothai masih hidup.....puteri dara meminta anothai agar menunggunya di sana....mereka pasti akan bertemu jua suatu masa nanti......puteri dara merebahkan dirinya di atas pusara anothai sambil kenangan manis bersama anothai berlegar2 dalam fikirannya.....

Begitulah berakhirnya sebuah kisah cinta antara anothai dan puteri dara yang penuh dengan liku2 kehidupan.....

Sedih kan citer ni... Kalau ada sesapa yg di Melaka Tengah tahu kat mana ada jual DVD or VCD citer nie, tolonglah beritahu saya. Just send via my email.... mazmalaysia@yahoo.com.my. Saya nak sangat tengok citer nie sampai habis.

 

pasangan yang secocok...
princess dara n anothai


     tengok aksi mereka.... sweet sangat kan???

Tuesday 17 May 2011

I AM FAN OF...

                                                             
               
  
                MALAYSIA                                                  BRAZIL
(klu ada rezeki masuk WC, aku lagi suka!)           (1st choice int the World Cup)

                                                         

                                                            

                         


                SPAIN                                                                 ITALY
  (2nd choice in the World Cup)                             (3rd choice in the World Cup)





FOOTBALL CLUB




REAL MADRID

(always be my choice)





Saturday 14 May 2011

WUC 20

WAKE UP CALL 20

SEJAK dari hari itu, hubungan Fahem Izzuddin – Nur Syuhadah atau nama asalnya Nur Sumayyah, semakin rapat. Jika satu hari Fahem tidak mendengar suara Nur Sumayyah, hatinya bagai tidak keruan. Begitu juga Nur Sumayyah. Jika satu hari Fahem tidak menelefon atau mengirim mesej kepadanya, hidupnya terasa sunyi. Begitulah resam dan adat orang bercinta. Sejak dari hari itu juga, Fahem akan menjadi pemanggil tetap. Tepat jam 11.50 malam, dia akan menelefon Nur Sumayyah. Jika ketika itu dia sedang menonton televisyen, Nur Sumayyah akan membawa telefonnya naik ke atas selepas diizinkan oleh kedua orang tuanya.

 SATU malam, Fahem mengajak Nur Sumayyah keluar. Pada mulanya, Nur Sumayyah berkeras supaya Zariff dibawa bersama. Tetapi Fahem mahukan privasi. Akhirnya, Nur Sumayyah akur.
          Nampak sahaja Volkswagen The Eos biru gelap bernombor pendaftaran TF 2282, Nur Sumayyah terus saja mencium tangan emak dan ayahnya sebelum keluar dari rumah.
          “Kita nak ke mana ni, Fahem?” soal Nur Sumayyah setelah masuk ke dalam kereta. Fahem hanya tersenyum manis sambil memecutkan larian keretanya.
          “Sumayyah tunggulah. Dalam 15 minit lagi, kita sampailah.” Ujar Fahem. Akhirnya, setelah 15 minit, Fahem memarkir keretanya berdekatan Pizza Hut di Plaza Pandan Malim. Setelah membayar pesanannya, dia dan Nur Sumayyah keluar dan masuk semula ke dalam kereta.
          Nur Sumayyah pelik. Mana pulak dia ni nak bawa aku? Dia bertanya kepada dirinya sendiri.
          “Sumayyah tunggu saja. Kejap saja. Lebih kurang dalam 20 minit, sampailah kita.” Jawab Fahem. Dia seperti tahu saja persoalan yang sentiasa berpusing di dalam otak kekasihnya.
          “Yalah.” Balas Nur Sumayyah. Entah kat manalah dia nak bawa aku agaknya.
          Akhirnya, Fahem menghentikan Valkswagen The Eoc kesayangannya di tepi Lebuh Ayer Keroh. Nur Sumayyah menoleh ke kiri. Dataran MBMB menarik minatnya. Fahem hanya tersengih melihat keterujaan Nur Sumayyah. “Jom.” Ajaknya.
Dengan pantas, Nur Sumayyah keluar sambil menyangkut tali beg tangannya pada bahu kanan. Mereka mengorak langkah menuju ke tempat duduk yang disediakan. Nur Sumayyah dan Fahem duduk di hujung tempat duduk. Di tengahnya, Fahem meletakkan bungkusan Pizza Hut serta minumannya. Nur Sumayyah meletakkan meletakkan beg tangan di sebelah kirinya, berdekatan dengan bungkusan Pizza Hut.
          Mereka leka melihat pancut yang sekejap turun dan naik bagai music equalizer.
          “Eh, marilah makan dulu. Nanti sejuk pulak pizza ni.” Ajak Fahem. Nur Sumayyah mengangguk. Fahem mengeluarkan kotak pizza dari plastik. Kemudian, dihulurkan sebotol F&N strawberi kepada Nur Sumayyah dan sebatang penyedut air. Dia membuka penutup air vanilla coke dan menyedutnya sedikit. Selepas itu, dia menarik sepotong pizza. Selepas membaca bismillah, barulah dia mengunyah pizza tersebut.
          Sekali imbas, Nur Sumayyah melihat penampilan Fahem. Berbaju kemeja kotak-kotak warna putih berjalur biru cair yang tidak di tuck-in, dipadankan dengan jeans hitam. Topi biru gelap lambang Adidas menutupi kepala lelaki itu.
          “Sumayyah tahu tak, Fahem rasa gembira sangat bila Sumayyah dah ingat siapa diri Fahem yang sebenarnya.” Ujar Fahem setelah sepotong pizza sudah habis dikunyah. Dia menyedut sedikit air minumnya. Nur Sumayyah hanya tersenyum.
          “Sumayyah harap, Fahem tolonglah Sumayyah. Sumayyah masih lagi hilang ingatan.” Balas Nur Sumayyah. Fahem tersenyum senang hati.
          “Sebab itulah Fahem bawa album Fahem yang ada gambar-gambar Sumayyah.” Jawab Fahem sambil membuka zip beg sandang tepi warna hitam Beverly Hills Polo Club. Dikeluarkan album yang dibawanya dan diberikan kepada Nur Sumayyah. Wanita itu segera mengelap tengannya dengan tisu poket. Kemudian, tisu itu dihulurkan kepada Fahem. Lelaki itu menyambutnya dengan senyuman manis.
          Nur Sumayyah membelek satu per satu gambar-gambar itu. Dia tertawa kecil apabila melihat aksi mereka di dalam gambar itu. Antaranya adalah ketika mereka melakukan lawatan di Piramid Giza. Selepas itu, mengambil gambar bersama-sama dengan unta yang berada di sekitar kawasan tersebut. Ada juga gambar Fahem bersama Perdana Menteri ketika itu ( sekitar 2003), Tun Dr. Mahathir Mohamed yang membuat lawatan ke Mesir. Ada juga gambar Fahem bersama-sama dengan Dr. Yusuf Qardhawi. Tak ketinggalan juga gambar para pelajar yang sekuliah dengan Fahem.
         Nur Sumayyah akui, Fahem kelihatan segak dengan jubah putih serta kopiah yang dililit serban. Memang macho habis.
         Fahem mengeluarkan sesuatu dari kocek seluar jeansnya. Dia memandang Nur Sumayyah yang leka melihat air pancut di hadapannya.
          “Sumayyah.” Panggil Fahem. Nur Sumayyah menoleh ke kiri sambil tersenyum.
          “Setelah lama kita berpisah, akhirnya dengan ketentuan ALLAH... kita bertemu juga.” Fahem bermukadimah. Nur Sumayyah mengangguk setuju.
          “Sumayyah, sudikah Sumayyah menjadi kekasih hati Fahem seperti dulu?” soal Fahem dengan penuh berani. Nur Sumayyah tersenyum sambil mengangguk. Yes! Feham menjerit di dalam hati.
          “Walaupun Sumayyah masih hilang ingatan, tapi Sumayyah tahu, cinta Fahem pada Sumayyah tetap tidak akan luntur sehingga akhir hayat kita.” Balas Nur Sumayyah.
          “Sumayyah harap, Fahem janganlah main-mainkan perasaan Sumayyah. Dan lagi satu, Sumayyah masih hilang ingatan. Jadi, Fahem tolonglah imbas-imbaskan kepada Sumayyah tentang cinta kita yang dulu.” Serentak dengan itu, Fahem menghulurkan sebentuk cincin platinum kepada Nur Sumayyah. Wanita itu mengerutkan dahinya.
          “Cincin apa ni?” soalnya. Takkanlah cincin tunang pula?
          Fahem tersenyum.” Ini adalah cincin tanda. Tanda bahawa Sumayyah bersetuju untuk menyambung cinta kita yang lama, dan juga tanda bahawa Sumayyah telah mencuri hati Fahem. Sesiapapun takkan boleh mengambil Sumayyah dari Fahem. Hanya ajal maut saja yang memisahkan kita.”
          Nur Sumayyah membelek-belek cincin itu. Dia ternampak sebuah perkataan yang diukir di tengah-tengah cincin itu. Di sekeliling cincin itu dihias dengan berlian putih berbentuk love.
          “Sufi?” Nur Sumayyah membaca perkataan tersebut dengan muka yang berkerut. Fahem tersenyum lagi.
          “SUFI. SU untuk Sumayyah dan FI untuk Fahem Izzuddin.” Jawab Fahem.
          Nur Sumayyah tersenyum malu.
          “Yang ni, Fahem punya.” Jawab Fahem sambil menunjukkan cincin perak dengan ukiran nama yang sama seperti kepunyaan Nur Sumayyah.
          Fahem mengeluarkan MP4 dari begnya. Ditekan butang ‘on’. Setelah mencari folder Music, dia membukanya. Dia mencari-cari sebuah lagi. Setelah mendapat lagu tersebut, dia menekan butang ‘play’. Suasana sunyi menyapa mereka seketika. Lagu I Finally Found Someone nyanyian Bryan Adams dan Barbara Streisand berkumandang dari MP4, menyemarakkan lagi suasana romantis di antara mereka berdua.

I finally found someone
That knocks me off my feet
I finally found the one
That makes me feel complete
It started over coffe
We strated out as friends
It's funny how from simple things
The best things begin

This time is different
And it's all because of you
It's better than it's ever been
'Cause we can talk it though
My favouite line was
"Can I call you sometime"
It's all you had to say
To take my breath away

This is it, oh I finally found someone
Someone to share my life
I finally found the one
To be with every night
'Cause whatever I do
It's just got to be you
My life has just begun
I finally found someone

Did I keep you waiting? I didn't mind
I apologise, baby that's fine
I would wait forever just to know you were mine

You know I love your hair
Are you sure it looks right?
I love what you wear
Isn't it too tight?
You're exceptional
I can't wait for the rest of my life

This is it, oh I finally found someone
Someone to share my life
I finally found the one
To be with every night
'Cause whatever I do
It's just got to be you
My life has just begun
I finally found someone
And whatever I do
It's just got to be you
My life has just begun
I finally found someone


         “Nanti, bila daddy dan mummy balik dari Mekah, Fahem nak mintak mereka merisikkan Sumayyah untuk Fahem.” Fahem mengutarakan rancangannya. Nur Sumayyah hanya tersenyum.
          “Suka hati Fahemlah. Tapi, Fahem datanglah ke rumah, cakap elok-elok dengan ayah.” Cadang Nur Sumayyah.
          “Iyalah.” Jawab Fahem. Mereka terus menikmati malam itu dengan meliarkan mata ke sana sini, melihat suasana Ayer Keroh yang disimbahi lampu-lampu neon yang berwarna warni.
          “Fahem makan sepotong, Sumayyah makan sepotong. Habiskan pizza ni.” Ujar Fahem. Nur Sumayyah mengangguk setuju. Selesai saja makan, mereka mengemaskan barang-barang mereka. Fahem membuang sampah di tong sampah berdekatan. Kemudian, mereka menuju ke kereta.

“BUKAN main lagi I tengok you punya ex. Dah dapat awek baru ke?” Mark menyakat Fiona. Fiona menjeling lelaki kecukan Cina-Inggeris itu.
         “You ni kenapa? Suka sangat nak menyakitkan hati I?” Fiona menempelaknya. Mark hanya tersengih-sengih.
         “Tak adalah. Eh, lupakanlah pasal dia! I ada satu planning. You tahu tak, I sakit hati sebab dia ni suka rampas tempat I. Peniaga di kawasan Banda Hilir, semua dah tak takut pada I. Diorang semua dah beralih arah! Berpaling tadah pada Fahem! I dah planning untuk bakar kawasan pembinaan syarikat dia. Apa macam? Setuju tak?” Mark meminta pandangan buah hatinya.
         Fiona mendengus. “Kalau you rasa dengan cara tu dapat melunaskan dendam you pada dia, just go on!” balas Fiona seperti acuh tak acuh. Dengan pantas, dia masuk semula ke dalam kereta Mark setelah mengintip Fahem yang bersama seorang wanita bertudung dari jauh. Mark dan konco-konconya segera masuk ke dalam kereta dan bergerak meninggalkan Dataran MBMB.
         “You kata nak pergi Mexico. Bila?” soal Fiona. Mark menyalakan api di hujung rokoknya. Fiona menjeling.
         “You tahu I tak suka dengan rokok, tapi you nak jugak hisap rokok depan biji mata I kan!” Fiona merungut namun dengan nada yang keras. Sama saja macam Fahem, suka sangat hisap rokok! Bentak hatinya.
         “Alah, I bukannya selalu hisap rokok. Tak macam ex you! Masa you couple dengan dia, agak-agak satu hari berapa batang dia ambil?” soal Mark, sengaja ingin tahu tentang Fahem.
         Fiona berfikir seketika. “Rasanya kadang-kadang dua hari sekali kot. Kalau dia dah betul-betl stres, kadangkala satu hari tu dia boleh habiskan sekotak rokok!” jawab Fiona. Dalam diam dia akui, walaupun Fahem kuat merokok, giginya kelihatan putih bersih. Kadangkala bila bercakap dengannya, mulut Fahem langsung tiada bau rokok walaupun dia baru saja habis merokok. Dia tidak tahu apakah rahsia lelaki itu.
         “Sayang, you boleh tolong I tak?” pinta Fiona. Mark yang sedang meliarkan matanya melihat kawasan sekeliling, segera menoleh ke kiri.
         “Apa dia?” soalnya. Fiona tersneyum.
         “Boleh tak you suruh orang you intip Fahem?” pintanya. Dengan senang hait, Mark mengangguk. Suasana sepi seketika. Tiba-tiba, telefon bimbit Mark berdering.
         “Helo.” Sapa Mark. Fiona melihat teman lelakinya itu mengangguk-anggukkan kepalanya beberapa kali.
         “Bagus! Nanti aku beri upah pada kau seperti yang dijanjikan.” Ujar Mark. Sejurus kemudian, perbualan ditamatkan.
         “Siapa tu?” soal Fiona. Mark tersenyum.
         “Orang-orang I. Mereka beri repot, mengatakan yang mereka dah bakar kawasan pembinaan syarikat Fahem tu.” Fiona terkejut.
         “Bakar semua ke?” soalnya. Mark menggeleng.
         “Bahagian depan tu saja. Itu hanya amaran. I tahu, dia takkan serahkan kawasan Banda Hilir pada I.” Luah Mark. Fiona hanya mencebik.

“WHAT?” hampir gugur jantung Nur Sumayyah mendengar jeritan Fahem.
         “Okey. Kau orang tunggu situ. Sekarang juga aku ke sana!” balas Fahem. Serta-merta, talian ditamatkan.
         “Kenapa Fahem?” soal Nur Sumayyah dengan lembut. Fahem menoleh ke kiri untuk seketika.
         “Ada orang bakar kawasan pembinaan syarikat. Macam mana Fahem nak jawab dengan daddy? Tak lama lagi, dia nak balik.” Luah Fahem. Dalam diam, dia mencongak sendiri. Dia memang tiada musuh kecuali...
         Shit!!! Nanti kau!
         YA ALLAH, aku ni... naik fun fair atau kereta? Nur Sumayyah bermonolog di dalam hati apabila melihat cara pemanduan Fahem yang terlalu laju. Tahulah kereta mahal, tapi kalau nak mati pun, janganlah bawa aku sekali! Jerit hatinya.
         “Fahem, perlahanlah sikit bawa kereta. Sumayyah dah takut semacam ni.” Luah Nur Sumayyah dengan muka yang berkerut-kerut.tiba-tiba Fahem tergelak kecil.
         “Sorry. Fahem terpaksa hantar Sumayyah lambat sikit sebab ada masalah di tapak bina, okey?” ujar Fahem. Mahu tak mahu, Nur Sumayyah terpaksa bersetuju.
         Akhirnya, mereka tiba juga di kawasan tapak bina itu. Fahem terus menuju ke pondok pengawal yang dikerumuni oleh ramai orang. Nur Sumayyah hanya mengikut dari belakang.
         “Dhar, kau okey tak?” soal Fahem kepada pengawal keselamatan itu. Lelaki itu menggeleng perlahan.
         “Awak nampak tak siapa yang pukul awak?” soal Fahem lagi. Dharma menggeleng.
         “Saya tak kenal tuan tapi saya macam pernah perasan muka orang tu.” Jawab Dharma. Fahem ingin bertanya lanjut tetapi Dharma tiba-tiba saja muntah darah.
         “Bawa dia ke klinik sekarang.” Arah Fahem. Razif dan Zaki mengangguk laju. Mereka segera memapah Dharma untuk dibawa masuk ke dalam kereta mereka namun ditegah oleh Fahem.
         “Biar Faizal dengan Najib yang bawa. Kau berdua, ikut aku.” fahem mengarah lagi. Mereka menuju ke pejabat sementara pada bahagian depan bangunan yang sedang dibina itu. Razif dan Zaki mengangguk patuh.

“AKU suruh kau orang pantau kawasan sini kan? Kau orang buat kerja ke tidak?” soal Fahem. Hatinya sudah tidak boleh bersabar lagi. Nur Sumayyah tersengguk-sengguk menahan ngantuknya.
         “Tuan, memang kami dah pantau.” Jawab Razif. Fahem mendengus.
         “Habis tu, macam mana dia boleh tembus?” soal Fahem. Razif dan Zaki mengangkat bahu, tanda tidak tahu.
         “Mungkin dia menyamar?” Zaki mengagak. Fahem mengangguk-anggukkan kepala. Ada betula juga.
         “Kau orang rasa, siapa punya kerja?” soal Fahem, inginkan kepastian.
         “Siapa lagi tuan, kalau bukan Mark?” Razif membuat kesimpulan. Fahem mengangguk setuju. Selesai saja perbincangan mereka, Fahem mengejutkan Nur Sumayyah yang sudah tertidur dalam keadaan menongkat dagu di atas meja. Selepas saja menghantar Nur Sumayyah, dia pulang ke rumahnya. Macam mana aku nak cover balik semua tu? Tak lama lagi, daddy dah nak balik! Jenuhlah aku nak menjawab! Hati Fahem mengeluh.

Saturday 7 May 2011

CSU 25

CINTA SEORANG USTAZ 25


BEBERAPA BULAN KEMUDIAN

PEPERIKSAAN Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan bermula sehari saja lagi. Hari ini, Iskandar telah menasihati para pelajar tingkatan 5 setelah mereka selesai mengikuti ceramah bertajuk ‘Cara Menangani Perasaan Takut Menghadapi SPM’ yang disampaikan oleh penceramah terkenal, Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah.
        “Esok, kamu akan menghadapi SPM. Berdoalah banyak-banyak supaya kamu mendapat ketenangan hati, kelapangan dada dan fikiran, serta agar tidak gugup bila menjawab peperiksaan. Ingat pesanan Dato’ tadi,  jangan terlalu lekas nak menjawab semua soalan. Jangan bazirkan banyak masa dalam satu soalan. Kalau kita tak tahu nak fikir apa jawapan untuk sesuatu soalan, pindah ke soalan lain, jawab soalan lain dulu. Bila dah selesai, barulah kita semak semula soalan-soalan yang masih belum dijawab. Dan lagi satu pesanan saya, jangan lupa untuk minta maaf pada mak dan ayah kamu sebelum pergi ke sekolah. Cakap pada mak dan ayah, ‘Mak, ayah, tolong doakan saya supaya dapat jawab peperiksaan dengan tenang, moga fikiran saya penuh dengan ilm-ilmu yang telah diajarkan oleh para guru’. Ingat tu. Saya nak pesan banyak-banyak pun, Dato’ dah berceramah tadi. Jadi, ingatlah pesan Dato.” Iskandar menamatkan pesanannya. Kemudian, dia mempersilakan Tuan Pengetua berucap. Bapa saudaranya itu mengucapkan ribuan terima kasih kepad Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah kerana memberikan nasihat-nasihat yang amat berguna kepada para pelajar.

“ADA apa ustaz panggil kami?” soal Laila. Dia dan Najwa saling berpandangan. Iskandar memandang kedua-dua pelajarnya itu.
         “Awak nak pinjam buku Munakahat saya kan, Najwa?” soal Iskandar. Najwa mengangguk. Dia mengeluarkan buku munakahat dari dalam beg kerjanya lalu dihulurkan kepada Najwa. Sebelum Najwa menyambut, dia sempat meliarkan matanya di dalam bilik guru itu. Kemudian dia memandang Najwa.
         “Dalam buku ni ada surat. Awak jangan bagi pada orang lain buku ni.” Beritahu Iskandar.
         “Surat?” Najwa mengerutkan dahinya. Iskandar hanya mengangguk. Kemudian, dia mengeluarkan buku tajwidnya dari dalam beg dan diserahkan kepada Laila.
         “Dalam tu pun ada surat jugak ke?” Najwa menyakat. “Ustaz nak menduakan Laila ya?” tambahnya lagi. Iskandar dan Laila sudah membulatkan mata sambil merenung wajah Najwa yang seperti ‘tidak ada perasaan’.
         “Siapa punya surat?” soal Najwa. Iskandar menuding jari ke arahnya.
         “Siapa yang bagi?” soalnya lagi. Budak ni macam-macam soalanlah! Jerit hati Iskandar.
         “Awak bacalah sendiri. Ok, saya ada kerja sikit. Awak jangan buang surat tu.” Ujar Iskandar. Najwa mengangguk. Setelah memberi salam, mereka beredar dari bilik guru. Sambil berjalan menuju ke kelas, mereka berbual-bual kosong.
         “Tak sangka pula aku, sepupu Ustaz Iskandar boleh tersangkut pada kau.” Usik Laila. Najwa mengerutkan dahinya.
         “Apa maksud kau?”
         “Tu, yang bagi surat tu, mesti dia.” Laila mengagak. Najwa menarik muka masam.
         “Mana kau tahu?” soal Najwa.
         “Aku agaklah. Lagipun kau ingat tak, masa dia nak angkat gambar dengan kau, bukan main gembira lagi bila kau berdiri sebelah dia!” Laila terus mengusik. Oleh kerana terlalu geram, Najwa mencubit paha Laila.
         “Auwww, sakitlah!” Laila menjerit kesakitan sambil menggosok-gosok paha kirinya.
         “Lain kali, jangan suka nak mengutuk aku tak tentu pasal eh! Tambah-tambah pulak, kau nak gosipkan aku dengan mat salih rambut perang tu... tak ingin aku!” Najwa memberi amaran. Laila hanya tergelak.
         “Baru kau tahu macam mana sakitnya hati kena kutuk! Habis yang selama ni kau kutuk aku dengan ustaz, kau tak rasa bersalah pulak!” Laila menempelak. Najwa mengebil-ngebilkan biji matanya meminta simpati agar tidak dimarahi. Akhirnya, mereka berdua tergelak sama.


HARI Sabtu yang cerah. Iskandar mengajak rakan-rakannya... Hamka, Andy dan Black serta Haji Nik Majid yang baru tiba dari Kelantan semalam, menuju ke tapak projek perumahan Datuk Alexander. Ketika dalam perjalanan, Datuk Alexander menelefonnya.
           “Kenapa daddy?” soal Iskandar setelah menjawab salam.
           “Kamu ambil daddy di pejabat. Daddy nak ikut kamu ke sana.” Beritahu Datuk Alexander.
           “Okey.” Jawab Iskandar. Sejurus selepas itu, mereka menamatkan perbualan.
           “Siapa tu?” soal Haji Nik Majid. Iskandar tersenyum.
           “Daddy, dia suruh saya ambil di pejabat dia. Dia nak ikut ke sana sekali.” Beritahu Iskandar. Haji Nik Majid mengangguk.
           Lima belas minit kemudian, Iskandar tiba di bangunan yang menempatkan syarikat Datuk Alexander. Nampak saja Honda Stream milik anaknya, Datuk Alexander terus keluar dari lobi dan menuju ke kereta anaknya.
           “Apa khabar, haji?” soal Datuk Alexander smabil berjabat nmenghulurkan tangan. Haji Nik Majid yang duduk di hadapan segera menoleh. Dia tersenyum sambil menyambut huluran tangan lelaki Inggeris itu.
           “Sihat, alhamdulillah.” Jawabnya.
           “Anak bini semua, sihat?” soal Datuk Alexander lagi.
           “Sihat.” Jawab Haji Nik Majid. Iskandar yang sedang memandu hanya mendengar perbualan di antara Haji Nik Majid dan daddynya.
           Hampir satu jam perjalanan, akhirnya mereka tiba juga di tapak projek itu. Datuk Alexander adalah orang pertama yang keluar dari kereta. Dia memerhatikan kawasan sekeliling. Memang sunyi sepi bagai tanah perkuburan. Sememangnya Iskandar tidak berbohong.
           “Astaghfirullah-al-azim.” Ucap Haji Nik Majid. Yang lain-lain turut beristighfar. Haji Nik Majid mula membaca Al-Fatihah, Surah Al-Baqarah ayat satu hingga enam, ayat 255-257, dan ayat 284-286. Nik Haji Majid memandnag kawasan sekeliling sambil menggeleng-gelengkan kepala. Kemudian dia memandang Datuk Alexander.
           “Berat ni Datuk. Orang yang buat ni memang betul-betul dengki dengan Datuk. Tapi tak apalah, saya akan cuba pagarkan dulu kawasan ni.” Ujar Haji Nik Majid. Iskandar menoleh.
           “Bukankah kalau nak pagar kawasan ni, seelok-eloknya dilakukan pada Hari Jumaat?” taanya Iskandar. Haji Nik Majid hanya tersenyum.
           “Itulah. Tapi tak apa, pakcik ada seminggu di sini. Pakcik datang ke sini pun sebab nak rawat sepupu pakcik.” Jelas Haji Nik Majid. Mereka mengangguk faham.
           “Sepupu haji, tinggal di mana?” soal Datuk Alexander.
           “Dia tinggal di Taman Bukit Beruang.” Ringkas jawapannya.
           “Dia sakit apa?” soal Hamka. Haji Nik Majid tersenyum.
           “Ayah dia nak turunkan saka pada dia sebelum dia meninggal bulan lepas. Tapi sepupu pakcik ni, tak mahu. Tu yang dia asyik kena ganggu saja. Anak-anak dia yang belajar di asrama dan kolej pun, habis kena ganggu juga. Itulah sebab dia mintak tolong dengan pakcik.” Haji Nik Majid bercerita. Mereka mengangguk-angguk lagi, tanda faham.
           “Nasib baik dia tak mahu kan, haji? Kalau tak, haru hidup dia nanti.” Andy yang mendiamkan diri dari tadi, mula bersuara. Haji Nik Majid mengangguk.
           “Kamu semua bayangkanlah. Hanya disebabkan saka, dia dan ayah dia selalu bertegang urat. Banyak kali jugak ayah dia memaksa dia untuk terima saka tu tapi dia tetap tak mahu.” Haji Nik Majid bercerita lagi.
           “Sebab itulah, orang kata saka ni menyusahkan. Tengok sajalah macam yang haji cerita. Agaknya kalau tak bincang betul-betul pasal saka ni, bunuh-membunuh mungkin boleh terjadi.” Black membuat kesimpulan. Mereka semua mengangguk setuju.
           “Macam nilah, Datuk. Saya rasa, saya mungkin masih lama lagi di Melaka ni. Jadi, apakata nanti kita pagarkan dulu diri kita. Kemudian, kita buat solat hajat supaya ALLAH memudahkan urusan kita untuk memagar kawasan ni. Hari Jumaat lepas Maghrib, barulah kita boleh datang semula ke sini dan pagar kawasan ni.” Haji Nik Majid membuat keputusan. Mereka semua sekali lagi mengangguk setuju.
           “Haji ada nampak tak gerai di depan tu?” soal Iskandar ketika dia mengundurkan keretanya. Haji Nik Majid menoleh ke kanan dan dapat melihat dengan jelas warung using itu.
           “Kenapa?” soalnya.
           “Saya ingat, bila kita dah bersihkan dan pagar rumah ni, saya nak tolong makcik tu bersihkan pulak kawasan warung dia tu. Kedian saya tengok.” Ujar Iskandar. Haji Nik Majid mengangguk setuju.

ANGIN sepoi-sepoi bahasa menampar lembut wajah Laila dan Najwa yang sedang khusyuk mengulangkaji subjek Matematik tambahan di sebuah pondok yang berhadapan dengan sawah padi yang luas.
          Jari-jemari Laila ligat menekan-nekan kalkulator saintifiknya. Najwa pula seringkali menyelak halaman-halaman buku teks, buku tulis dan buku latihannya. Oleh kerana tertekan, dia terlentang seketika untuk merehatkan diri.
          “Kau agak-agak, senang tak soalan SPM nanti?” soal Najwa. Laila memandang seketika kawan baiknya itu.
          Laila mengangkat bahu. “Entahlah. Aku tak tahulah.” Laila mengakui. Sejujurnya, dia tidak dapat mengagak sejauh manakah senang atau susahnya soalan-soalan SPM itu nanti.
          Najwa mengerutkan dahi mendengar jawapan Laila. “Kalau nak straight A, kita kena hafal semua subjek yang berfakta.” Balas Najwa sambil mengeluh. Laila tergelak perlahan.
          “Tak payahlah kau nak hafal sangat.” Jawab Laila. Najwa yang mendengar jawapan rakannya itu segera duduk.
          “Habis tu, macam mana nak jawab soalan nanti kalau tak hafal semua?” Najwa melahirkan kegusarannya. Laila menggeleng. Dungu betul kawan aku ni.
          “Bukan macam tu maksud aku. maksud aku ialah, contohnya macam sejarah. Kau hanya perlu ingat tarikh, peristiwa yang terjadi pada hari itu, dan siapa yang terlibat di dalam peristiwa itu. Senang cakap, kau ambil point saja. Takkanlah kau nak hafal satu buku teks tu?” Laila membebel.
          “Ya tak ya jugak.” Najwa akui.
          “Kalau macam soalan yang perlukan kira-kira macam Matematik, Add Maths, Prinsip Akaun dan Ekonomi Asas,  kau kenalah ingat cara-cara pengiraan dia. Itu saja kunci untuk kita jawab dengan mudah dan senang.” Laila memberi tips lagi.
          “Tapi... bukankah PA dengan EA ada teori?” Najwa semakin bingung. Laila menepuk dahi. Nak kena penampar jugak budak sorang ni!
          “Teori dia, kau hafallah!”  Najwa ketawa mengekek-ngekek apabila melihat cara Laila menjawab soalannya.
          “Yang kau gelakkan aku kenapa?” soal Laila dengan baran.
          “Kelakarlah aku tengok kau dalam keadaan marah tadi. Cute! Ini kalau ustaz mat salleh tu nampak, mesti dia tenung kau tak habis-habis!” Najwa makin galak mengutuk sahabat baiknya itu. Laila mendengus geram. Tak guna punya kawan!
          “Eh, kau dah baca ke belum surat yang sepupu ustaz bagi tu?” tanya laila. Najwa menggeleng.
          “Setiap kali aku pasang niat untk baca, asyik terlupa aje!” jawab Najwa sambil membuka zip kecil pada bahagian depan beg galasnya. dia mengeluarkan sepucuk surat dan membuka lipatannya.
          “Kau baca sama-sama dengan aku tau.” Pinta Najwa. Laila mengangguk.

          Kepada saudari Najwa.

Seumur hidup saya, inilah kali pertama saya merasai perasaan cinta. Selama ini, cinta saya hanyalah kepada diri saya, kedua ibu bapa saya, agama saya, saudara-mara saya, bangsa saya dan negara saya.
          Sejak pertama kali melihat wajah awak, hati saya cukup bergetar   rasanya. Saya akui, awak tidaklah secantik dan seseksi wanita-wanita di Britain. Tetapi saya tahu, kecantikan awak adalah asli. Terlalu asli. Mungkinkah kecantikan yang asli itu membuatkan saya mula tergila-gilakan awak?
          Saya seperti dapat merasakan bahawa jodoh di antara kita terlalu kuat. Mungkin selepas ini, wajah awak akan sentiasa menghiasi laman otak saya. Yang pastinya, saya takkan mencari wanita lain di Britan.

Sekian, terima kasih.

Darren Brown.

          Kertas A4 yang bertinta itu dilipat semula. Najwa mengeluh halus. Kenapalah dalam banyak-banyak lelaki, mat salleh jugak yang tersangkut dengan aku?! jerit hatinya. Dia menoleh ke kiri apabila mendengar tawa halus yang keluar dari mulut Laila. Lantas dia menepuk kuat bahu kanan Laila.
          “Seronok gelakkan aku?” sindir Najwa sambil biji matanya membulat. Laila menggeleng-gelengkan kepalanya.
          “Mana ada aku gelakkan kau?” dia cuba menahan tawanya tetapi terlalu sukar.
          “Habis yang kau gelak tadi tu, apa? Kau gelakkan siapa? Setan yang duduk kat atas kepala aku?”
          Laila meredakan gelaknya. “Kau ni. Aku bukannya apa. Aku bukannya gelakkan kau tapi aku gelakkan orang yang tulis surat tu. Bukan main lagi. Ayat-ayat dia tu, tak tahan! Mengalahkan ayat dalam surat si Armand!” Laila mengutuk lagi. Najwa mencebik.
          “Tapi pandai pulak dia tulis Bahasa Melayu.” Ujar Najwa. Laila mula terfikir.
          “Agaknya dia rangka surat tu dalam Bahasa Inggeris. Lepas tu dia suruhlah ustaz transfer ke Bahasa Melayu.” Laila mengagak. Najwa mengangguk setuju.
          “Dahlah! Kita asyik cakap pasal dia saj. Jomlah, kita sambung ulangkaji subjek. Lagi bagus. SPM pun nak dekat.” Ajak Najwa setelah rimas dengan cerita mengenai surat dari Darren Brown.
Laila mengangguk setuju.

“ASSALAMUALAIKUM.” Sapa Iskandar setelah Laila menekan punat hijau.
           “Waalaikumsalam.” Jawab Laila.
           “Sihat?” soal Iskandar.
           “Alhamdulillah, sihat walafiat. Ada apa ustaz telefon saya ni?”
           “Saja telefon awak. Nak tahu, awak dah study ke belum. Minggu depan dah SPM.” Balas Iskandar. Kalua boleh, dia ingin melihat pelajar harapannya itu mendapat 9 A1.
          “Dah. Saya dah study dengan Najwa petang tadi. Tiap-tiap petang, kitaorang akan study dekat pondok di tepi sawah. Dapat angin yang nyaman, baru seronok nak belajar.” Laila bercerita dengan seronok. Iskandar di sebelah sana sudah tersenyum.
          “Awak cakap nama Najwa, baru saya teringat. Dia dah baca ke belum, surat yang sepupu saya bagi tu?” soal Iskandar.
          “Dah. Kami baca sama-sama masa kat pondok tadi.” Jawab Laila.
          “Oh.”
          “Ermm, ustaz ke yang ajar sepupu ustaz tulis Bahasa Melayu?” tanya Laila. Kedengaran Iskandar tertawa perlahan.
          “Dia karang dalam Bahasa Inggeris. Kemudian, saya terjemahkan. Kemudian, dia terus tulis ayat terjemahan saya tu ke dalam surat yang nak diberi pada Najwa.” Iskandar menjawab secara terperinci.
          “Ohhh.” Laila memberi reaksi.
          “Oklah, Laila. Saya nak tanya tentang tu saja. Bukannya apa, sepupu saya tu... setiap kali kitaorang YM, dia asyik tanya soalan yang sama saja. Saya jawablah tak tahu. Awak tahu dia kata apa? Dia suruh saya telefon awak dan tanya tentang hal tu! Itu yang saya telefon awak ni.” Iskandar bercerita.
           “Oh, begitu ceritanya.”
           “Oklah, saya ada kerja sikit. Assalamualaikum.” Iskandar meminta diri.
           “Waalaikumsalam.” Laila menjawab salam ustaz muda itu.


MYDIN MITC, MELAKA
         
ISKANDAR meliarkan matanya ke sekeliling kawasan kedai karpet itu. Datin Aminah dan Datuk Alexander sibuk membelek-belek karpet yang ditunjukkan oleh pekerja kedai tersebut. Cantik jugak karpet-karpet ni. Bisik hatinya.
          Kelihatan pasangan suami isteri itu sedang berbincang dengan pekerja kedai tersebut. Bosan dengan keadaan sebegitu, Iskandar menuju kea rah daddy dan mummnya.
          “Lama lagi ke daddy dengan mummy kat kedai ni?” soal Iskandar. Datuk Alexander mengangguk.
          “Lamalah jugak. Kenapa?” soal Datin Aminah.
          “Is nak ke kedai frame Mutiara Egypt tu. Nak tengok frame sekejap.” Iskandar meminta izin. Bukan kerana dia seperti kanak-kanak kecil yang sentiasa dipantau oleh kedua orang tua. Jika ada apa-apa, sekurang-kurangnya daddy dan mummynya tahu ke mana dia menghilang.
         “Oklah. Tapi, Is... mummy ingat nak beli satu karpet yang besar sikit untuk letak dalam bilik kamu. Kamu pilihlah karpet mana yang kamu nak.” Ujar Datin Aminah. Iskandar berfikir seketika. Boleh jugak. Karpet dalam bilik aku tu pun dah berburai bulunya. Romeo, Juliet dengan Juan punya pasallah ni! Dicakar-cakarnya karpet tu sampai dah tak rupa karpet.
         “Is nak karpet yang itulah.” Jawab Iskandar sambil menunjuk ke arah karpet yang diminatinya. Datuk Alexander, Datin Aminah, Iskandar dan pekerja kedai tadi segera bergerak kea rah yang ditunjuk.
         “Ini karpet concord. Karpet ni memang kebiasaannya bercorak Parsi. Tebal karpet ni, lebih kurang dalam satun centimetre dengan corak timbul pada setiap lekukan gambar. Motifnya pula didominasi bunga dengan bulu yang tebal. Kalau encik pakai karpet ni, memang nampak mewah dan elegan.” Jelas pekerja kedai itu. Iskandar memilih karpet corak berpetak-petk ditengahnya. Warna yang dipilih adalah warna berber, supaya petak-petak pada bahagian tengah karpet tidak terlalu menonjol. Jika dia memilih warna yang terlalu garang seperti merah atau hijau, biji matanya tentu akan berpinar apabila melihat corak petak-petak pada karpet itu.
         “Ini warna yang kamu nak?” Datin Aminah menyoal untuk kepastian. Iskandar mengangguk. Kemudian, Iskandar meminta izin untuk beredar dari situ dan melangkah ke kedai Mutiara Egypt.

“SANDRA! Dah lama I tak jumpa you!” sapa Iskandar apabila melihat Sandra, bekas teman wanitanya sedang membelek-belek beberapa frame berisi Ayat Kursi. Sandra pantas menoleh ke kiri. Iskandar! Dia segera ingin berlalu namun Iskandar menghalangnya. Beberapa kali biji matanya naik turun melihat figura Sandra.
        YA ALLAH, cantiknya dia. Hanya dengan seluar slack hitam, dipadankan dengan balus hitam berbunga merah, serta tudung sarung bersaiz besar dipin belakang, Sandra kelihatan anggun. Mekapnya juga sudah berubah. Yang Iskandar nampak, dia hanya berbedak, secalit gincu, dan memakai sedikit celak serta eyebrow liner yang menampakkan keningnya seperti lebat.
        “Sandra, janganlah macma ni. Kalaupun kita dah tak couple lagi, takkanlah kita langsung tak boleh jadi sahabat?” soal Iskandar. Sandra hanya menundukkan wajahnya.
        “I tak nak ganggu hubungan yang terjalin antara you dengan student you. Kalu benar itulah jodoh you, I doakan agar you bahagia sehingga ke akhir hayat bersama dia.” Ucap Sandra dengan tenang. Iskandar tersentak. Macam mana dia tahu tentang aku dan Laila?
        “Macam...”
        “Hari tu, I terserempak dengan Hamka dan Isha di A&W. Hamka cerita pasal you. Tapi you jangan risau. Ia tak cemburu dan takkan cemburu.” Pantas Sandra meminta percakapan Iskandar.
        Iskandar mengangguk-angguk faham. “Kalau macma tu, tak salah kalau kita saling bersahaabt kan?” Iskandar meminta kepastian. Sandra hanya mengangkat bahu. Tanda ‘no comment’.
        “I ada beberapa barang yang nak dibeli. Assalamualaikum.” Dengan tenang, Sandra meminta diri. Iskandar pula dibiarkan termangu-mangu seorang diri.