REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

Tuesday 12 October 2010

CSU 8

CINTA SEORANG USTAZ 8

VILLA JANNAH

“KENAPA ni atuk?” soal Iskandar ketika melihat Simon terbatuk-batuk di sinki. Simon menggeleng.
       “Nothing. May be I get ordinary cough only.” Jawab Simon. Kemudian, dia beredar ke ruang tamu. Dari dapur, Iskandar mendengar batuk datuknya makin menjadi. Tak boleh jadi ni! Ada yang datuk aku mati nanti!
       “Granddad, siaplah. Is bawa granddad pergi klinik.” Simon menggeleng. Namun Iskandar berkeras. Walau berlainan agama, tak bermakna dia perlu membiarkan sakit datuknya melarat.

.......................................

SMK TAMAN INDAH

ANGGOTA Kadet Polis terkejut apabila mendengar bunyi tayar berdecit di atas jalan. Kelihatan Honda Stream warna kelabu gelap tersadai di tapak perhimpunan.
         “Siapa agaknya tu?” soal Najwa kepada Laila. Iskandar dan Simon keluar dari kereta. Mereka menuju ke belakang. Iskandar muncul semula sambil membawa sekotak air mineral dan Simon menjinjit dua buah plastik merah besar.
        “Cikgu Narita, ni saya bawakan nasi lemak dengan air mineral untuk budak-budak ni.” Jawab Iskandar. Mata mereka tertembung secara tak sengaja. Iskandar tak tahu mengapa matanya susah untuk lari dari menatap wajah manis itu. Sandra yang dia dalam kereta pantas keluar apabila melihat adegan tersebut.
        “Is, kata nak amek adik you. Cepatlah sayang!” semua mata mencari-cari suara itu. Sandra berdiri di sebelah Simon.
        “Ni paderi mana awak bawak ni, Iskandar?” soal Cikgu Ainah yang entah dari mana datangnya.
        “Awak nak suruh budak-budak ni masuk Kristian ya? Apa punya ustaz awak ni?” bebelnya lagi. Iskandar menarik nafas berapi.
        “Cikgu, kalau tak tahu apa-apa jangan nak main tuduh aje!” Iskandar menempelak.
        “Main tuduh konon! Habis tu, siapa paderi ni?” Cikgu Ainah menjeling Simon sekilas. Walaupun Simon berbaju kemeja, rantai salib di lehernya sudah cukup membuktikan dia agama apa.
        “Datuk saya sebelah daddy. Kenapa?” semua mulut ternganga. Sandra sudah tersenyum sinis.
        Malas melayan Cikgu Ainah, Iskandar kembali merapati Cikgu Narita. Bimbang kejadian tadi berlaku, pantas Sandra berdiri di sisi Iskandar.
        “Nanti cikgu hantar kedatangan pelajar pada saya Isnin depan ya.” Pinta Iskandar.
        “Isnin depan saya terpaksa naik ke Selangor. Ada hal penting.” Jawab Cikgu Narita. Iskandar berfikir seketika namun matanya tak lepas dari memandang Cikgu Narita. Dilirikkan pula matanya ke Sandra. Wanita itu menggetap bibir sambil membulatkan matanya. Iskandar tersengih. Tahu teman wanitanya tidak suka dia memandnag wanita lain.
        “Kalau macam tu, nanti cikgu bagi kedatangan tu pada Laila.”
        “Surat-surat yang ustaz minta saya buatkan tu?” Tanya Cikgu Narita.
        “Dah siap?” laju Cikgu Narita menggeleng.
        “Tinggal sikit lagi. Saya ingat lepas ni saya nak siapkan.”
        “Kalau macma tu, kejap lagi awak siapkan dan bagi pada Laila.” Pantas dia memandang Laila.
        “Laila, nanti hari Isnin awak bagi pada saya apa yang Cikgu Narita serahkan, ok?” Laila mengangguk faham.
        Spontan mata Sandra turut melihat Laila. Macam familiar je muka betina nie? Pantas diingatnya perbualan dengan temannya, Tania.

LEBUHRAYA PLUS
NILAI

“YOU cakap betul-betul siapa betina tu, sayang!” Sandra sudah naik angin. Tangannya tak lepas memukul-mukul bahu Iskandar.
        “Siapa?” soal Iskandar. Dia cuba meraih tangan Sandra yang memukulnya namun Sandra pantas menepis. Perempuan ni nak mula Perang Dunia III dengan aku ke?
        “Yang you panggil Laila tu! Siapa? Cakap cepat!” Sandra mencubit paha Iskandar.
        “Auwww!” Iskandar menejrit kecil. “Sakitlah sayang. Janganlah cubit macam tu. I tengah driving nie.” Iskandar menggosok paha yang dicubit. Macam kena gigit dengan Raja Semut Api! Berapi-api!
        “Cakap cepat, siapa?!” desak Sandra lagi. Hatinya sudahlah terbakar melihat Iskandar bermain mata dengan Cikgu Narita tadi. Lebih bertambah rentung apabila teringatkan gambar yang ditunjukkan oleh Tania. Gambar Iskandar memeluk Laila dengan penuh kegembiraan.
        Perlahan-lahan Simon membuka mata. Dipandang ke kiri dan ke kanan.
        “Where I am?” Simon menggosok-gosokkan matanya. Iskandar menoleh tiga saat ke belakang. Dia menepuk dahinya.
        “Granddad, sorry granddad. Is lupa nak hantar granddad balik.” Iskandar memohon maaf. Dijeling Sandra seketika. Sandra yang berkemeja putih dan berjeans hitam hanya mendiamkan dirinya. Matanya masih meneroka kecantikan alam semulajadi di luar kereta.
        “Jadi, Is nak bawa granddad ke mana?” Tanya Simon. Dia cuba mempelajari Bahasa Malaysia.
        “Kita angkat Tasha kat KLIA. Dia kata, pukul 1 nanti tibalah flight dia.” Jawab Iskandar.

“SIAPA tu Abang Is?” soal Natasha sambil menolak trolinya.
        “Makwe abang. Kenapa?” Iskandar memandang adiknya. Natasha mencebik.
        “Hmm... tak padan dengan ustaz. Nak makwe yang seksi-seksi! Carilah yang sepadang dengan Abang Is.” Natasha memberi komen. Iskandar memanndag adiknya. Macam rancangan reality tv pulak. Banyak benar komen.
        “Suka hati abanglah. Pada abang, kalau orang macam tu yang kita pilih, takkan ada masalah. Maksudnya, kalau kita tahu hatinya macam mana, nawaitunya macam mana, kita pasti boleh menerimanya. Kalau setakat dari segi fizikal yang menjadi bandingan, abang gerenti memang abang akan boleh ubah dia nanti. Kadnagkala, tak semua ustaz-ustazah betul.”
        “Maksud abang?”
        “Yelah. Kadangkala ada orang yang menutup aurat ni, kadangkala perangai mereka lagi teruk dengan orang yang berpakaian macam takde duit nak beli kain. Lihat saja dunia sekang, ada juga ustazah yang sanggup buat maksiat dengan bekas teman lelainya ketika suaminya mengerjakan umrah.” Natasha menggelengkan kepala. Apa punya manusia  tu?
       “Yelah Abang Is. Tasha tak kasha. Tapi daddy denagn mummy tahu tak Abang Is couple dengan Kak Sandra tue?” Iskandar mengangguk.
       “Tapia bang tahu dia nak berubah. First time kami jumpa secara tak sengaja, dia dah menyesal dengan hidupnya yang dulu. Dna abnag tanpa segan silu terus menghulurkan bantuan. Abang tak rasa benda tue salah.” Jawab Iskandar.
       Natasha tahu abangnya pasti akan memlih yang terbaik untuk dirinya. Dia tahu walaupun abangnya seorang ustaz, dia masih liar dengan mengunjngi kelab-kelab malam. Dan yang paling menghairankan, abangnya adalah KETUA KUMPULAN MAFIA!

No comments:

Post a Comment