REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

Thursday 10 March 2011

WUC 17

WAKE UP CALL 17


Beberapa bulan kemudian

Puasa sudah. Aidilfitri pun sudah. Hari ini 25 September 2010, Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin membuat kenduri doa selamat. Dia juga berhajat untuk membuat tahlil buat ayahanda tercintanya, Tuan Haji Izzuddin yang telah lama kembali ke rahmatullah. Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin telah menjemput jemaah surau dan masjid berdekatan untuk tahlil dan bacaan doa selamat.
         
DI dapur, kaum hawa sibuk memasak, memotong bawang, mencuci pinggan mangkuk dan macam-macam pekerjaan lagi. Nur Syuhadah juga tidak terkecuali membantu. Dalam hati, Nur Syuhadah bersyukur sangat-sangat. Baru saja berkenalan, ibunya Puan Rafeah dan Puan Sri Sharifah sudah boleh bergelak ketawa dan bergurau mesra. Lagak mereka tak ubah seperti sahabat yang tidak bertemu selama berdekad-dekad.
         Dari ruang tamu, Fahem hanya  merenung wajah Nur Syuhadah yang sakan berbual dengan sepupunya, Tan Siew Lan sambil mengelap pinggan mangkuk yang sudah dibasuh. Walaupun Puan Sri Sharifah telah lama memeluk Islam, mummynya tidak pernah melupakan keluarga asalnya. Puan Sri Sharifah pernah mengadu dengannya. ‘Jika mummy tak jumpa daddy kamu, entah macam manalah hidup mummy sekarang. Entah-entah, sudah jadi pelacur tua agaknya. Tak pun, mungkin dijual entah di mana-mana Negara.’
        “Apa yang kamu renung tu, Fahem?” soal Tan Mei Ling, neneknya. Fahem tersenyum.
        “Tak ada apalah, nenek.” Jawab Fahem sambil terus menyusun beg-beg kertas yang berisi ke dalam kotak.
         “Kamu jangan mahu menipu sama nenek tau! Nenek tahu apa yang kamu pandang. Kamu sukakan perempuan yang sedang berbual dengan Siew Lan, kan?” duga Tan Mei Ling.
         Fahem hanya tergelak perlahan. Tiba-tiba bahunya dicuit seseorang dari arah belakang. Bila ditoleh, Puan Sri Sharifah hanya menghadiahkan senyuman manis untuknya.
         “Mama jangan percaya sama ini budak tahu. Hari tu, dia sendiri yang cakap dengan Pah yang dia nak pikat ustazah Zariff tu.” Puan Sri Sharifah mula menyakat Fahem. Membulat biji mata anak sulungnya itu.
         “Apa mummy ni... cakap macam tu pulak.” Fahem menempelak mumynya. Puan Sri Sharifah dan Tan Mei Ling sudah tergelak.
         “Mama mahu tahu tak? Cucu mama ni cuba nak menipu mama. Mama janganlah percaya dengan cakap dia. Tapi kan mama, kalau dia jadi kahwin dengan itu perempuan, orang yang paling gembira sekali adalah Pah.” Puan Sri Sharifah tetap mahu menegakkan kebenaran.
         “Sudahlah! Nenek tak usah percaya cakap mummy. Sejak akhir-akhir ni, mummy memang selalu melalut bukan-bukan.” Pintas Fahem. Tan Mei Ling hanya menggelengkan kepala apabila melihat ulah dua beranak itu.

BETUL ke tak mamat ni? Detik hati Nur Syuhadah. Dia nak pikat aku? Nur Syuhadah menelan air-liurnya berkali-kali. Tak naklah aku dengan jantan gila betina tu! Gumam hatinya lagi.
        Nur Syuhadah cuba membayangkan situasi setelah perkahwinan dia dengan Fahem. Mesti tiap-tiap malam keluar pergi night club. Pergi berjoli dengan betina-betina tak senonoh kat sana! Lepas tu, balik mabuk-mabuk, ada kesan gincu sana-sini. Kalau dia saja tak apa. Kalau dia dera aku nanti, lagi teruk!
       Tepukan di tangan kirinya membuatkan dia tersedar. Cepat Nur Syuhadah mengangkat kepala.
       “Kakak amoi aa, apa lu menung ma?” soal Tan Siew Lan sambil tersenyum.
       “Tak ada apa-apalah Siew Lan. Kakak cuma fikirkan tentang keputusan PMR si Zariff nanti. Entah dapat 8A ke, tidak ke.” Nur Syuhadah berdalih.
        “Ya ke?” duga Tan Siew Lan. Nur Syuhadah sudah menjeling.
        “Habis tu, Siew Lan ingat, saya fikirkan apa?” Tan Siew Lan sudah tergelak dengan jawapan Nur Syuhadah itu.
        “Kakak tidak usah tipu sama saya ooo. Saya tahu, kakak tengah fikirkan Abang Fahem. Betul tak?” Tan Siew Lan mula memasang jerat. Nur Syuhadah tergelak sekali lagi.
       “Mana a...”
       “Mana ada apa, Syuhadah?” soal Fahem sambil duduk melutut. Matanya merenung wajah Nur Syuhadah yang mula resah dan terus diam dengan kehadirannya.
       Nur Syuhadah terus merenung lantai. Tak menyangka bahawa orang yang menjadi topik perbualan mereka tiba-tiba muncul di depan biji mata.
       “Erm, tak ada apa-apalah. Kami saja berbual kosong.” Jawab Nur Syuhadah. Waktu-waktu macam ni lah dia sibuk kat dapur ni. Duduk diam-diam kat depan tu, sudahlah! Bentak hatinya.
       “Fahem ke dapur ni sebab nak angkat pinggan-pinggan yang dah dilap untuk dibawa ke depan. Bakal mentua Syuhadah yang suruh.” Dalam memberi jawapan, Fahem sempat mengusik buah hatinya. Muka Nur Syuhadah sudah merah menyala. Kurang asam jawa punya jantan!

SELESAI saja bacaan tahlil dan doa selamat, Fahem mengajak Nizam duduk di gazebo. Jemaah masjid dan surau yang dijemput oleh daddynya terlalu ramai.  Jadi, sementara menunggu keadaan di dalam khemah reda, Fahem mengajal Nizam duduk di situ dahulu.
       “Apasal Ahad lepas kau tak pergi Aloha? Kan aku ajak kau ke sana. Aku buat parti hari jadi untuk Dahlia.” Soal Nizam setelah menyalakan sebatang rokok di mulutnya.
       Fahem hanya tersenyum hambar. “Aku busy. Lagipun, aku dah malas dengan semua tu. Kenapa kau tak buat kat kondo? Kan senang, privacy sikit.” Fahem membalas. Nizam tergelak.
       “Sengaja aku nak buat lain dari yang lain. Lagipun, dah berapa kali dia mintak aku buat birthday party dia kat situ. Nak tak nak, aku ikut ajelah.” Nizam memberikan jawapan. Fahem hanya tergelak perlahan.
       “Aku nak stop semua tu, Zam. Umur aku ni dah 28 tahun. Lagi dua tahun, dah  masuk 30. Aku rasa, dah tiba masanya untuk aku hentikan semua ni dan lakukan perubahan. Kalau betul nak hari-hari, aku perlu bernikah dengan seorang perempuan yang boleh melahirkan anak-anak yang comel untuk aku.” Fahem berhujah. Nizam terdiam. Dalam hati, dia mengakui. Kata-kata Fahem ada benarnya. Sampai bila mereka ingin begini. Memang selama ini, dia memakai kondom apabila bersama dengan wanita. Tapi manalah tahu, takdir ALLAH... tak siapa yang boleh jangka. Buatnya kalau kondom tu bocor, tak ke haru hidupnya. Dia tidak mahu jadi seperti Fahem. Dia tahu, Mazidah pernah mengandungkan anak Fahem. Lelaki itu ada menceritakan kepadanya.
       “Nasib baiklah masa tu Mazidah tak sampai sebulan, kan?” soal Nizam, sedikit perlahan. Dia takut, jika ada orang mendengar soalannya. Fahem hanya tersengih sambil mengangguk.
       “Tapi, dia mengamuk gila bila aku suruh abort. Aku paksa jugak. Apa nak buat Zam, aku kena jaga reputasi. Nak tak nak kenalah aku buat macam tu. Lagipun, satu office dah tahu aku ada affair dengan dia. Kalau perut dia memboyot nanti, staf aku takkan fikir orang lain. Mesti diorang akan tuding jari pada aku. Sebelum berlaku lebih teruk, baik aku ambil langkah macam tu.” Fahem memberikan jawapan yang panjang namun dengan nada berbisik.
       Mata Fahem memerhatikan suasana di dalam khemah. Masih ramai lagi. Matanya tiba-tiba terlekat pada Nur Syuhadah yang sedang makan bersama-sama Puan Rafeah, Tan Siew Lan dan Tan Mei Ling. Ayah Nur Syuhadah, Encik Abdul Ghani sedang makan bersama jemaah masjid dan surau. Fahem mencuit bahu Nizam yang sibuk bermesej entah dengan siapa.
       “Apa?” soal Nizam sambil menjongketkan keningnya. Fahem menudingkan jarinya.
       “Kau nampak tak perempuan bertudung warna ungu yang duduk dekat sebelah nenek aku tu?” Nizam mengikut hala tudingan jari Fahem. Melihat wajah lembut Nur Syuhadah, hatinya mula terbuai.
       Fahem yang perasan dengan renungan Nizam, terus menepuk kuat bahu kawannya.  “Kau jangan nak potong line eh. Dia aku punya.” Fahem memberi amaran. Nizam hanya tersengih.
       “Eh, kau dengan Fiona apa cerita?” Tanya Nizam. Fahem merenung wajahnya.
       “Kenapa?” dia tidak segera menjawab pertanyaan itu.
       “Takdelah. Hari tu aku nampak dia dengan Mark. Tu yang aku pelik.” Luah Nizam.
       “Kami dah break. Orang-orang aku pernah nampak diorang. Jadi, dia tangkap gambar dan terus tunjukkan pada aku. Hari masa aku baru balik dari Thailand, malam tu aku dapat tangkap dia dengan Mark dekat kondo aku. Aku pun apalagi, terus usir dia waktu tu jugak!” tanpa menunggu lama, Nizam sudah menghamburkan gelaknya.
       “Apa yang kau gelakkan?” soal Fahem seperti tidak puas hati.
       “Aku bukan gelakkan cerita kau tapi sebab cara kau bercerita tu.” Jawab Nizam lalu terus menyambung gelaknya. Fahem hanya menggelengkan kepala.
       “Dah. Jom makan. Aku tengok orang kat khemah tu pun dah surut.” Ajak Fahem. Nizam terus bangun  dan mengikut langkah laju Fahem itu.
   
“BILA kamu bertolak?” soal Hajjah Zakiah sambil setelah meneguk sedikit air anggur. Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin tersenyum sambil memandang emak kesayangannya. “Insya-ALLAH, 20 haribulan Oktober nanti. Kami dapat penerbangan pertama.” Jawabnya. Nur Syuhadah mengangguk-angguk.
        “Mesti pakcik dengan makcik rasa seronok kan?” duga Nur Syuhadah.
        Puan Sri Sharifah memandang suaminya sambil tersenyum. “Memang kami seronok sangat Syuhadah. Tak terkata rasanya.” luah Puan Sri Sharifah. Suasana sunyi seketika. Tiba-tiba, Fahem muncul bersama-sama Nizam sambil membawa sepinggan kuih. Dia terus duduk di tempat neneknya, Hajjah Zakiah yang bangun untuk mengambil makanan. Nur Syuhadah yang sedang berbual-bual bersama Fateeha yang baru saja duduk di sebelahnya sudah terkedu. Apahal pulak mamat ni duduk depan aku? Bukan tadi nenek dia ke yang duduk situ? Bila masa pulak nenek dia hilang?
         “Awak sibuk sangat berbual dengan adik saya. Sebab tulah awak tak perasan bila nenek saya bangun.” Fahem menjawab soalan Nur Syuhadah. Wanita berbaju kurung itu terkedu sekali lagi. Bila masa aku tanya apa-apa pada dia? Hatinya semakin pelik.
         “Syuhadah dah makan ke belum?” soal Fahem setelah habis mengunyah kuih koci. Nizam yang duduk di sebelah kanannya sudah tersengih. Nak jual minyaklah tu.
         “Abang Fahem tak nampak ke? Kan Fateeha tengah berbual dengan Kak Syuhadah ni. Sibuk aje!” Fateeha memberontak. Fahem mencebik.
         “Oh... kau ‘tengah’ berbual dengan dia ya? Sekarang kau ke tepi! Biar abang pulak yang berbual dengan dia!” perli Fahem. Fateeha mendengus geram. Fahem tersenyum riang kerana berjaya menaikkan marah adiknya. Fateeha menjeling.
        “Emm... Syuhadah terasa nak ke Mekah tak?’ soal Fahem. Nizam menjelingnya. Lain macam aje cara nak mengurat? Nur Syuhadah tersenyum.
       “Kalau Fahem tanya sekali, sejuta kali Syuhadah jawab yang Syuhadah nak ke sana. Memang Syuhadah terlalu mengimpikan sangat nak ke sana.” Jawab Nur Syuhadah. Senyuman di bibirnya masih lagi berkuntum.
       Fahem tergelak perlahan. “Fahem pun nak ke sana jugak. Yalah... dalam agama ni, kalau orang yang tak mampu, nak pergi boleh, tak pergi pun tak apa. Tapi kalau orang berada macam Fahem, wajib pergi.” Perlahan saja nada suara Fahem.
       “Bila nak pergi ke sana?” Nur Syuhadah mengajukan soalan.  Fahem tersengih.
       “Fahem nak ke sana bersama-sama isteri Fahem. Itulah hadiah dari Fahem untuk isteri tercinta.” Beritahu Fahem. Nur Syuhadah tersenyum lagi.
       “Tentu beruntung isteri Fahem nanti, kan? Dapat suami sebaik Fahem. Menghadiahkan pakej haji untuk isteri tersayang. Semoga berbahagialah hidup Fahem nanti.” Doa Nur Syuhadah. Fahem tersenyum. Fahem merenung wajah bersih milik daddynya yang sedang melayan seorang rakan dari kampungnya. Dia menjeling mummynya yang sedang berbual-bual bersama jiran-jiran dan sahabatnya. Fahem merenung dirinya sendiri. Dia memang mengimpikan untuk hidup bahagia. Dia tahu, sudah tiba masanya untuk dia meninggalkan dunia foya-foyanya. Perempuan untuk berhibur memanglah terlalu ramai. Sukar untuk dibilang. Silap-silap, guna kalkulator pun masih belum mampu untuk mendapat jumlah sebenarnya.  Dia sedar, dia memerlukan wanita sebaik Nur Syuhadah untuk membimbing dirinya ke jalan yang benar. Dia tidak mahu kejadian Mazidah mengandungkan anak haramnya berlaku pada wanita lain yang pernah disetubuhinya. Dia memandang Nur Syuhadah yang sudah berbual semula dengan Fateeha. Nizam yang duduk di sebelahnya sudah habis makan. Lelaki itu sedang meneguk air anggur beberapa kali sambil menghisap rokok.
        “Kak Syuhadah, bila keputusan PMR keluar?” Fahem terdengar soalan yang keluar dari mulut Fateeha. Dia juga ingin tahu.
        “Hmm, kalau tak silap Kak Syuhadah, 23 haribulan 12 nanti. Kenapa?” soalnya.
        “Kami risau. Takut juga kalau-kalau si Zariff tu tak dapat 8A. Kami mengharapkan pada dia.” Sampuk Fahem. Fateeha menjeling abangnya.
        “Abang ni sibuklah. Suka menyampuk tau!” Fateeha menarik muka. Nur Syuhadah dan Fahem sudah tergelak. Nizam hanya tersengih. Cantik juga adik Fahem ni! Bisk hatinya.
       “Abang bukannya apa, Fateeha. Abang takut juga tunggu keputusan dia. Sebab masa dia tingkatan tiga ni, dia banyak main-main. Hari tu dia bertumbuk dengan budak tingkatan lima. Lepas tu, dia suka lempang mana-mana budak laki yang kacau makwe dia, si Zafirah tu.” Jelas Fahem. Fateeha mengangguk-angguk. Tiba-tiba dia membulatkan biji matanya.
       “Dia bergaduh? Bila? Fateeha tak tahu pun!” Fateeha mula hairan. Fahem tersengih.
       “Saja abang tak mahu bagitahu. Nanti kau bocorkan apda daddy dengan mummy.” Fahem memberi alasan. Fateeha menjeling abangnya. Nur Syuhadah dan Nizam hanya menjadi saksi kepada pertengkaran dua beradik susuan itu.
       “Abang bohong eh?” Fateeha cuba menyedapkan hatinya. Selama ini, Zariff seorang yang cukup penyabar. Mana mungkin dia bertumbuk tak tentu pasal?
       Fahem menggeleng. “Kalau kau tak percaya, kau tanya pada Syuhadah. Dia sendiri yang telefon abang, mintak dileraikan pergaduhan tu.” Fateeha memandang Nur Syuhadah.
       “Betul ke Kak Syuhadah?” Fateeha inginkan kepastian. Nur Syuhadah mengangguk.
       “Teruk tak cedera dia?” tanyanya lagi. Fahem menggeleng.
       “Nasib baik budak tu tumbuk perut dia saja. Tapi, dia yang tumbuk biji mata budak tu. Lebam sebelah biji mata budak tu!” Fahem bercerita.
       “Apa puncanya, Kak Syuhadah?” Fateeha menyoal Nur Syuhadah semula. Nur Syuhadah mula menceritakan apa yang terjadi. Fateeha mula tergelak sambil menggeleng-gelengkan kepala. Zariff... Zariff...
       Sedang mereka berempat berbual dengan seronok., tiba-tiba Nizam mencuit siku Fahem.
       “Ada apa?” soalnya dengan perlahan. Nizam memuncungkan bibirnya ke satu arah. Fahem mengikut arah muncung Nizam. Terbeliak biji matanya melihat Mazidah yang membaluti tubuhnya dengan sepasang baju kurung berwarna biru cair. Ya ALLAH, cantiknya! Pujinya dalam hati. Kebetulan, Mazidah memandangnya juga. Pandangan mereka bertaut. Fahem cuba senyum namun Mazidah buat tidak tahu. Wanita itu melangkah. Fahem mengagak, Mazidah tentu menuju kepadanya. Namun dia silap. Mazidah dan Diyya sedang melangkah ke tempat mummynya bersembang.
        Puan Sri Sharifah melayan Mazidah dan Diyya dengan penuh mesra. Mereka dijemput menjamu selera. Fahem ingin melangkah ke tempat yang diduduk oleh Diyya dan Mazidah tetapi apabila melihat jelingan maut Diyya, dia terus membatukan dirinya.

“AGAKNYA, semua staf dah balik kot. Aku tak nampak pun staf syarikat.” Ujar Mazidah setelah menghabiskan makanannya. Diyya mengangguk.
        “Yalah tu. Kita aje yang datang lambat. Lagipun, dah nak dekat 10.30. mesti diorang dah balik.” Balas Diyya. Mazidah menganggukkan kepala tanda setuju dengan kata-kata Diyya.
        Diyya perasan lirikan mata Mazidah yang sesekali menjeling Fahem. Lelaki itu kelihatan seronok berbual bersama dua orang wanita dan seorang lelaki. Diyya menghembuskan nafasnya.
        “Sudahlah Mazidah. Kau lupakan jelah jantan tak guna tu.” Diyya memberi nasihat. Mazidah merenung wajahnya.
        “Kau tahu tak, sejak aku tahu dia ke Thailand adalah untuk bercuti dan berhibur dnegan makwe siam dia tu, aku dah tak ada masa nak layan dia. Aku dah muak dengan janji-janji manis dia yang mengalahkan sarang semut tu. Tak kuasa aku nak layan dia lagi!” Mazidah membaut keputusan. Dia akan minta putus dengan Fahem. Ini adalah keputusan muktamadnya.







No comments:

Post a Comment