REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

Wednesday 20 July 2011

WUC 22

WAKE UP CALL 22

“AWAL kau sampai?” soal Fahem setelah Nizam tiba di dalam pejabatnya. Nizam tersengih sambil duduk di hadapannya.
            “Tak ada apa. Saja nak datang awal.” Jawab Nizam dengan nada selamba. Fahem merenung wajah kawan baiknya itu.
            “Kau jangan sampai pistol aku melekat kat kepala kau kejap lagi. Baik kau cakap betul-betul!” Fahem sengaja buat-buat naik angin. Dia tahu, mesti ada sesuatu yang disembunyikan oleh kawannya itu. Nizam tergelak.
            “Aku nak tengok adik kau. Takkan itupun tak boleh?” sahutnya. Fahem akhirnya tertawa. Dia menoleh ke arah jam tangannya. Manalah dia tidak kata awal? Jam 8.15 sudah tiba di pejabat orang.
            Fahem mengambil suratkhabar Utusan yang terletak di atas meja sofa. Dibaca dahulu muka hadapan. Kemudian, diselak sehelai demi sehelai sehinggalah tiba di ruangan Forum. Dia membaca ruangan kartun pada bahagian bawah. Sambil membaca ruangan kartun itu, dia tersengih-sengih sendirian.
            “Eh, hari tu kau kata dengan aku, daddy kau balik 23 haribulan. Tapi, kenapa dia sampai 27 haribulan pulak?” soal Nizam. Entah kenapa, tiba-tiba saja dia bertanya.
            “Tak tahulah. Daddy aku kata, kapal terbang delay. Tapi yang peliknya, takkan sampai empat hari? Lama jugak!” Fahem juga pelik. Tetapi bila difikirkan semula, biarkan saja. Asalkan daddy dan mummynya sudah selamat tiba.
            “Kesian aku tengok polis ni. Dalam dia nak jalankan tugas, dia yang terkena balik.” Ujar Fahem sambil membaca berita yang bertajuk ‘Motosikal Dihimpit Kereta Aminulrasyid’.
            “Siapa?” soal Nizam. Kepalanya diangkat.
            “Alah. Kes Aminulrasyid nilah. Aku bukannya apa, Zam. Kau bayangkanlah. Kalau betul-betul polis ni kena hukum, siapa nak bagi makan anak bini dia?” Fahem meluahkan rasa tidak puas hatinya. Nizam mengangguk setuju.
            “Itulah. Mak bapak budak ni pun, satu. Pantaulah sikit anak tu. Aku ni, bukannya nak salahkan mak bapak dia seratus peratus. Tapi, bila dah jadi macam ni, siapa yang kena? Kalau aku jadi hakim, perkara pertama yang akan aku lakukan bila kes ni dah dikemukakan kat mahkamah... aku akan perintahkan saman ke atas mak bapak dia dulu.” Nizam berhujah.
            “Kenapa pulak?” Tanya Fahem.
            “Kau fikirlah. Pertama, dia tak pantau anak dia. Kedua, bila dah jadi macam ni, dia nak salahkan Koperal Jenain Subi dengan pihak polis seratus peratus. Kau cuba fikir, kalau anak dia tak bawak kereta macam tu, kau ingat polis tu ada masa nak kejar dia sambil tembak-menembak? Macam team CSI New York kejar suspek? Takdenya! Kalaupun koperal tu dengan rakan setugas dia tahu pemandu kereta tu bawah umur dan cuba nak tahan mereka supaya berhenti, dia takkan sampai nak tembak budak tu sampai mati. Betul tak??” tambah Nizam. Fahem mengangguk setuju.
            “Yalah. Kalau aku jadi koperal ni pun, bila dah nampak kereta macam tu, mestilah aku tembak. Pertama, takut akan mendatangkan bahaya pada kenderaan lain. Kedua, dah tentu aku akan syak pemandu kereta tu adalah penjenayah yang cuba melarikan diri sejauh yang mungkin dari polis, orang awam, atau sesiapa saja yang mengejar dia.” Ujar Fahem.
            Nizam mengangguk-angguk setuju dengan kata-kata Fahem. “Itulah dunia zaman sekarang, Fahem. Di bahagian forum, ramai orang yang mengutuk keluarga Aminulrasyid. Yalah. Kau cuba fikir. Kau sebagai polis, sanggup tinggalkan anak bini tiga empat pagi semata-mata nak buat kerja kau. Kau bukannya buat kerja haram. Kau buat kerja halal. Kau sedaya upaya yang boleh, cuba memberikan keselamatan yang terbaik untuk orang awam. Tapi bila dah jadi hal macam ni, ibu bapa mangsa salahkan kau. Yalah, kalau aku jadi mereka pun, mungkin sedikit sebanyak aku salahkan kau jugak. Tapi, cubalah check diri sendiri. Kenapa tak pantau anak kau sampai dia boleh terlepas bawa kereta? Padahal, dia bawah umur. Bertambah pelik, kenapa keluar jam satu, dua pagi?
 Kau sebagai polis, mesti kau tembak kereta yang cara pemanduannya akan mendatangkan bahaya pada orang lain, betul tak? Takkanlah kau nak biarkan saja? Kalau berlaku accident, macam mana? Lagipun, polis tu ada hak untuk menembak berdasarkan pada Standard Operating Procedure (SOP) diorang. Kau ingat, kalau dia tahu yang memandu tu adalah budak bawah umur, dia nak menembak sesuka hati? Paling teruk pun, mesti dia tembak roda supaya kereta tu dapat berhenti dan tak mendatangkan bahaya kepada orang lain. Kalau tak kena pada roda, mungkin pada bahagian-bahagian lain. Entahlah... aku pun dah tak tahu nak cakap apa pasal orang kita ni. Mentaliti orang Malaysia ni masih teruk, belum boleh dianggap dalam keadaan bagus.” Nizam menutup hujahnya.
Fahem mengangguk. Dibaca lagi suratkhabar tersebut. Habis seksyen pertama, dia beralih ke segmen Luar Negara. Selesai saja membaca tajuk-tajuk berita sukan, dia melipar surat khabar tersebut dan beralih ke seksyen terakhir. Memang begitulah susunan setiap kali dia membaca suratkhabar. Fahem tidak suka membaca suratkhabar yang bermula dari seksyen terakhir. Jika ada yang sedang membaca Muka Hadapan ketika dia ingin membaca, Fahem setia menunggu.
“Aku rasa kita dah boleh mula bincang.” Ujar Fahem. Nizam mengangguk. Mereka sedang mengusahakan satu projek rumah kos rendah dua tingkat. Sasaran mereka adalah kaum Bumiputra.
“Jadi, berapa kos barang-barang binaan untuk projek ni?” soal Nizam. Fahem meneliti kertas-kertas di dalam sebuah fail hitam yang berlabel ‘Projek Kos Rendah’.
“Dalam RM 3 juta. Kalau diikut pada perjanjian kedua-dua belah pihak, untung rugi, harga barang... semuanya perlu dibahagi dua. Maknanya, syarikat kau perlu membayar RM1.5 juta pada syarikat aku untuk mengeluarkan bahan-bahan binaan yang berkualiti.” Terang Fahem.
            “Okey. Kalau macam tu, setiap dua minggu aku akan lawat kilang kau untuk melihat perkembangan bahan binaan yang akan kita guna nanti.” Balas Nizam.
Fahem tertawa. “Nak lawat bahan binaan atau nak lawat adik aku?” Fahem mengusik. Nizam mula tertawa kuat.
“Dua-dua sekali!” makin galak dia melayan usikan Fahem.
“So, macam mana dengan tapak bina?” Tanya Fahem. Dia kembali serius. Nizam berdehem dua tiga kali.
“Orang-orang aku dah bersihkan kawasan tapak bina. Kami dah ukur setiap kawasan. Untuk sementara waktu, kami telah memacakkan batang kayu sebagai sempadan antara satu bahagian dengan bahagian lain.” jawab Nizam. Fahem mengangguk. Mereka diam seketika. Kedengaran seseorang mengetuk pintu. Lekas Fahem memberi arahan masuk. Wajah serius milik Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin menghiasi pandangan Fahem dan Nizam.  Dengan langkah tegap, lelaki berusia 56 tahun itu mendekati Fahem.
“Apa ni?” soal Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin sambil mencampakkan beberapa keeping gambar. Fahem sudah terkedu. Perlahan-lahan, diambil gambar yang dicampakkan di atas meja itu. Terbeliak biji matanya apabila melihat gambar projek pembinaan yang telah terbakar sedikit.
“Apa yang kamu nak jelaskan sekarang?” Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin menekan anaknya.
“Erm... sebenarnya, Fahem tak tahu siapa punya angkara ni. Tapi, Fahem dapat agak... tentu Mark punya kerja.” Jawabnya dengan tenang. Nizam hanya menjadi pemerhati kepada pertengkaran dua beranak itu.
Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin mendengus kuat. “Daddy tak peduli siapa musuh kamu! Tapi, jangan sampai projek-projek dan segala harta benda syarikat... musnah!” selepas memberi amaran, Tan Sri Tuan Ahmad Izzuddin keluar setelah menghempas pintu dengan kuat. Bunyi dentuman pintu mengejutkan semua staf.
“So, apa rancangan kau?” soal si kawan baik. Fahem hanya mampu menghembus nafas berat.
“Aku tak peduli! Aku kena jumpa Mark malam ni jugak. Kau ikut aku sekali, eh?” Nizam mengangguk.
 “Aku nak ‘sekolah’kan Mark habis-habis!” tekan Fahem.  

“ADA apa kau mahu jumpa aku ni?” soal Mark setelah Fahem dan Nizam duduk di hadapannya. Konco-konco mereka berdiri mengelilingi mereka.
“Aku nak bagi warning pada kau! Lepas ni, kalau tak puas hati sangat dengan aku, jangan nak babitkan syarikat aku! Faham?!” Fahem memberi amaran. Mark bersama konco-konconya tertawa.
“Seramnya aku!” senda Mark sambil memeluk tubuhnya dalam keadaan menggigil, konon-kononnya terlalu takut dengan amaran Fahem.
“Kau main-mainkan amaran aku ya?” Fahem berdiri sambil menendang meja di hadapannya, menyebabkan hentakan kuat pada kepala lutut Mark.
“Sial!” Mark berdiri sambil mengacukan pistol tepat pada mata kanan Fahem.
“Jangan kau berani nak mengugut aku, tahu!” tekan Mark. Fahem tergelak sambil menolak perlahan pistol Mark.
“Kau ingat aku takut dengan kau?” balas Fahem dengan suara yang paling dalam. Berdasarkan kajiannya, seseorang itu akan lebih takut apabila dimarahi dengan suara yang perlahan dan paling dalam. Sasaran pistolnya masih tidak lari dari dahi Mark.
Matanya yang dalam membuatkan Mark tiba-tiba menggigil. Lebih menakutkan apabila renungan mata Fahem tidak berkelip-kelip. Fahem memicing telinganya. Dia tahu, ada salah seorang dari konco Mark menarik picu. Sepantas kilat, dia menghalakan pistolnya ke udara dan melepaskan tembakan amaran. Semuanya terundur ke belakang.
Fahem menarik kolar baju Mark. “Ingat ni, aku datang bukan nak cari pasal. Aku cuma nak bagi warning saja dengan kau. Sekali lagi kalau pekerja aku nampak kau di mana-mana saja kawasan bina syarikat aku... nahas kau! Kau yang akan aku bakar hidup-hidup nanti!” sepantas kilat, Fahem, Nizam dan konco-konco mereka bangun untuk beredar dari situ.
“Kau ingat aku yang bakar kawasan pembinaan syarikat kau tu?” Mark berteka-teki dengan Fahem. Ayat itu membuatkan Fahem dan Nizam duduk semula.
“Kau kata apa ni? Kau jangan nak berdalihlah! Kalau bukan kau, siapa lagi? Musuh aku cuma kau saja, faham!” jerkah Fahem. Mark tergelak sinis.
“Kalau aku kata keluarga kau sendiri yang buat, macam mana?” Mark masih berteka-teki. Fahem mendengus geram. Sepantas kilat, dia meluru ke arah Mark dan menarik kolar baju lelaki itu.
“Keluarga aku, orang baik-baik! Takkan ada yang tikam aku dari belakang!” jerit Fahem ke telinga kiri Mark. Lelaki itu masih tergelak walaupaun telinga kirinya ditarik kuat oleh Fahem. Dahi Fahem berkerut seribu. Tak sakit ke telinga dia? Siap boleh senyum lagi!
“Kalau aku kata... Xian Jie, macam mana?” sebaris nama yang disebut oleh Mark membuatkan Fahem diam membatu. Mana mungkin sepupunya sanggup buat begitu?
“Kau jangan nak menipu aku! Ding Xian Jie tak pernah buat macam tu pada aku tahu!” Fahem masih belum mahu percaya. Mark terus tergelak sinis.
“Kalau aku kata, aku ada komplot dengan dia untuk bakar kawasan bina syarikat kau, macam mana?” sekali lagi Mark berteka-teki. Oleh kerana terlalu marah, Fahem menumbuk Mark. Hidung lelaki itu berdarah. Sepantas kilat, Fahem, Nizam serta orang-ornag mereka segera meninggalkan kelab malam milik Mark itu.

“APA ni, Xian Jie? Dengan sepupu sendiri pun sanggup kau buat macam ni!” marah Fahem kepada sepupunya. Anak kepada adik mummynya hanya mendiamkan diri. Makciknya, Tan Cheng Lan berkahwin dengan ahli perniagaan dari China yang bernama Ding Xue Fat. Mereka mempunyai lima orang anak. Ding Xian Jie adalah anak mereka yang keempat.
“Aku cuma jalankan tugas aku. Mark upah aku. Aku dapat deposit, buat kerja. Habis kerja, dia bayar lagi separuh.” Jawab Xian Jie dengan tenang. Fahem menahan nafas. Celaka punya sepupu.
“Son of b*****d!” Fahem menyumpah. Ditendang meja sofa di hadapnnya sehingga terbalik meja itu. Nizam cuba menenangkan sahabat baiknya dengan mengurut belakang lelaki itu.
“Xian Jie, aku bagi warning pada kau! Sekali lagi kalau kau terima upah untuk kacau harta-harta serta kawasan binaan syarikat aku, kau tahulah nasib kau nanti!” selepas saja memberikan amaran, Fahem, Nizam serta orang-orang mereka terus beredar dari situ.

“SIAL punya sepupu! Tak guna! Kalaulah tak ada hukuman kepada pembunuh, memang aku dah tembak kepala Xian Jie tu sampai pecah!” Fahem menyumpah-nyumpah. Nizam di sebelahnya hanya menyepikan diri.
“Habis, kau nak buat apa sekarang?” soal Nizam setelah 15 minit mereka diam. Sambil memandu, Fahem berkata-kata.
“Aku akan tengok keadaan macam mana. Kalau Xian Jie masih kacau harta dan tapak projek syarikat, alamatnya memang aku ‘sekolah’kan dia! Aku akan beritahu pada polis tentang perniagaan dia!” Fahem menyimpan dendam.
Nizam mengangguk-angguk, faham dengan rancangan kawan baiknya.
“Sabar sajalah, Fahem. Kesabaran kau tu pasti ALLAH akan balas dengan sesuatu yang amat baik.” Nasihat Nizam. Fahem mengangguk, mengakui kenyataan tersebut.
“Jom, aku belanja kau orang makan dulu.” Ajak Fahem. Dua buah kereta di belakang hanya mengikutm arah pemanduan Fahem. Akhinrya, mereka tiba di sebuah restoran tepi jalan.
“Kau orang duduk saja mana-mana meja kau orang nak. Lepas tu, suruh pelayan tu bagi bil pada aku, ok?” arahnya pada orang-orangnya dan orang-orang Nizam. Mereka mengangguk faham.
Setelah makanan yang dipesan sampai, dengan laju mereka menyuap ke dalam mulut setelah membaca bismillah.
“Masa kau balik dari pejabat tadi, daddy kau ada tanya lagi pasal kes tu?” Tanya Nizam. Fahem menggeleng.
“Macam mana nak Tanya? Aku tak balik rumah tadi. Aku terus balik apartmen.” Jawab Fahem dengan ringkas.
“Awek kau tunggu ke?” usik Nizam. Dia tahu, Fahem sedang dalam usaha untuk berhenti dari menjadi buaya darat. Fahem tersengih sambil menggeleng.
“Mana ada. Aku bukan apa. Aku malas nak menjawab dengan mummy aku nanti. Kau tahu sajalah mummy aku tu. Bila aku berperang dengan daddy aku, mana dia pernah sebelahkan aku?” jawab Fahem sambil tersengih lagi. Nizam tergelak perlahan.
“Sumayyah apa cerita?” Tanya Nizam. Makanan di dalam sudah licin. Mereka sedang menyedut air sejuk masing-masing.
“Hmm... aku dah cakap dengan daddy aku. Daddy aku kata, empat haribulan dua belas ni, dia nak merisik. Aku harap-harap, mak bapak dia tak tolak aku.” Ujar Fahem walaupun dia tahu penerimaan emak dan ayah Nur Sumayyah terhadap dirinya.
“Insya-ALLAH, mereka akan terima kau. Lagipun, kau kan dah lama couple dengan dia? Cuma aku harap, kau tak akan mensia-siakan Sumayyah. Perempuan macam tu, bila sekali bercinta... mereka akan bercinta dengan sepenuh hati. Jangan pulak bila dah kahwin, kau buat perangai lama kau balik!” Nizam memberi nasihat.
Fahem tersenyum “Insya-ALLAH, aku akan elakkan diri dari terjebak semula dalam perangai lama aku tu.” Balas Fahem. Selesai saja makan, Fahem ke kaunter untuk membayar semua bil. Kemudian, mereka terus beredar.

“ADA masalah ke?” soal Nur Sumayyah selepas menjawab salam Fahem. Waktu tengah malam adalah waktu yang sesuai untuk mereka lebih saling mengenali dan mendalami masalah bersama. Mereka mahu sama-sama senang, sama-sama susah. Kebanyakan pasangan bercinta hanya pandai berkata begitu. Tetapi, apabila salah seorang dari mereka menghadapi masalah berat, yang lagi seorang buat tidak peduli saja. Itulah yang dinamakan ‘cakap tak serupa bikin’.
“Sumayyah ingat tak kawasan pembinaan syarikat Fahem yang terbakar tu?” Fahem memulakan perbualan.
“Oh, yang tu. Sumayyah ingat lagi. Kenapa?” soalnya. Fahem mengeluh.
“Sepupu Fahem yang bakar projek syarikat tu.” Jawab Fahem lambat-lambat.
“Hah! YA ALLAH, betul ke ni?” soal Nur Sumayyah. “Masakan pula sepupu Fahem smabut buat macam tu?” tambahnya.
“Ya!Sumayyah, dia gangster. Sekarang punya zaman, zaman duit tahu! Ada duit, kerja jalan! Lagipun, dia peduli apa dengan pertalian saudara? Orang cina macam dia, mana dia hairan dengan semua tu!” Fahem mengutuk sepupunya sendiri.
“Habis, Fahem nak buat apa sekarang?” soal Nur Sumayyah setelah marah Fahem reda.
“Fahem tengok keadaan macam mana. Kalau dia masih nak kacau harta dan projek-projek syarikat, Fahem akan berpakat dengan polis untuk hancurkan bisnes dia!”
“Teruk sangat ke kebakaran tu?” Tanya Nur Sumayyah.
“Teruk tu, tak adalah. Tapi Fahem takut dinding tu retak nanti. Semalam, Fahem ada ajak Nizam lawat semula tempat tu. Dia kata, memang dinding tu tak terbakar. Tapi, bila diteliti, dia ada Nampak kesan retakan kecil-kecilan. Kalau dibiarkan, retakan pada dinding akan berlaku dalam kuantiti yang banyak.” Jawab Fahem.
“Macam mana dia tahu?”
“Diakan jurutera. Dia tahulah. Retak dah satu hal! Nak kena cover balik retakan tu. Fahem bimbang bila retakan menjadi besar, bangunan tu berkemungkinan akan runtuh. Fahem yang terpaksa menanggung kerugian.” Fahem meluahkan keresahannya.
“Sabar sajalah. Fahem cuba bincang dengan Nizam macam mana nak cover balik retakan tu. Diakan jurutera, mesti dia tahu.” Nur Sumayyah memberi nasihat.
“Betul juga. Kenapalah Fahem tak terfikir?”
“Oklah Fahem. Sumayyah dah mengantuk ni. Assalamualaikum.” Selepas Fahem menjawab salam, mereka mematikan talian.

No comments:

Post a Comment