REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

Tuesday 12 October 2010

CSU 10

CINTA SEORANG USTAZ 10

VILLA  JANNAH

IS… Is… kau sendiri pun tak betul, nak betulkan orang lain konon! Piraaahh!!! Iskandar tergelak mendengar luahan hatinya. Memang, sebelum ini dia tidak pernah berani memegang mana-mana wanita yang bukan muhrimnya. Kecuali dalam hal kecemasan. Tetapi dia sendiri tak tahu mengapa dengan dirinya. Sejak berkenalan dengan Sandra, dia sudah berani untuk memegang tangan wanita itu, berpeluk sana sini. Dia sendiri tidak tahu dari mana dia mewarisi kesemua perangai itu. Nak kata daddynya? Datuk Alexander tidak suka buat begitu walaupun dia sebenarnya orang barat. Arwah-arwah abangnya? Lapan tahun Iskandar hidup dengan mereka, perangai mereka amat menyenangkannya.
        Aku kena berubah! Aku tak boleh macam ni! Aku seorang ustaz! Aku kena jaga maruah aku! Ketika dia syok melayani hatinya sambil menonton CSI NY, Natasha masuk.
       “Kau nak apa?” datang malam-malam macam ni, nak kacau si Juan tu tidurlah agaknya! Tekaannya tepat apabila Natasha terus ke toto kecil Juan. Diusap-usap kulit Juan yang kasar. Tangannya beralih pula pada kucing Parsi abangnya, Kelam dan dua ekor anaknya, si jantan – Romeo dan betinanya – Juliet.  Macam dah takde nama lain!
       “Jangan kacau dialah! Aku hentak kepala kau dengan LCD tu karang!” ugut Iskandar. Natasha hanya memuncung.
       “Nama saja ustaz, tapi bukan main… oh lupa. Abang  kan, mafia?” Natasha berkata dengan perlahan. Iskandar merenung adiknya. Budak ni nak kena sambah asid ke apa?
       “Bila masa abang jadi mafia?” suaranya masih keras. Takkanlah sebab aku berkawan dengan diorang, dia dah panggil aku mafia? Ni semua buat aku nak kerat 100 badan dia ni!
       “Ala Abang Is ni, gurau pun tak boleh!” Natasha mencebik. Dijelingnya Iskandar yang kusyuk menonton CSI NY.
       “Abang Is, Tasha nak...”

Kasih sayang itu titi
Kasih sayang penghubung hati
Kasih sayang itu tani
Kasih sayang pengikat diri
Dari kasih timbul simpati
Dengan sayang ada persaudaraan
Kerana kasih ngin berbakti
Saling sayang
Maaf memaafkan

Ringtone Kasih Sayang nyanyian Raihan membuatkan Iskandar cepat-cepat menjawab telefon.
       “Waalaikumsalam. Ada apa sayang?” terus lembut nada suaranya. Lembutnya suara!
      Tengah hari esok? I tak pasti lagi. Lagipun  I ni kerja kerajaan. Bukan swasta. Esok tengah hari I ada kelas. Nanti malamlah, ok?” Iskandar diam sambil mendengar butir bicara Sandra.
      “Hal penting apa?” diteliti lagi butir percakapan wanita itu.
      “Kalau gitu esok petang kita jumpa. Esok I balik pukul 3. Terus I ambil you nanti.”
     Sandra mahu menyambung sedikit lagi namun ditegah Iskandar.
 “TAK mungkin Mak Cik tu nak tipu I!” muka Sandra yang serius menyebabkan Iskandar terdiam.
        “Tapi bukan salah you. Dah takdir ALLAH nak you hidup di dunia ni. Takkanlah sebab hal ni, you nak jauhkan diri dari...”
        “I memang tak layak untuk you! I ni hanya anak...”
        “I tak pedulikan semua tu. You nak tahu sesuatu? Sebenarnya, I tak mementingkan taraf you. Kalau you anak orang miskin, jual nasi lemak kat tepi highway ke, I tak kisah. Asalkan hati you...”
        “Tak! Macam maan suci pun hati I, you takkan mungkin boleh bersama dengan I! You mesti jijik dengan I! You memang takkan layak dengan I! Memang patut pun daddy you bencikan I! I tak setaraf dengan you! I ni...” iar mata Snadra sudah mula mengalir.
       “Stop it! Sandra, jangan begini I...”
       “I anak luar nikah! You takkan sanggup untuk hidup dengan I! I rasa lebih baik I bunuh diri! Selamat tinggal Iskandar Zulkarnain bin Datuk Alexander Al-Hafiz!” pantas Sandra bangun dari duduknya. Tanpa dijemput, airmata Iskandar menitis perlahan-lahan. YA ALLAH, kau berilah aku kekuatan dalam menghadapi ujianMU ini. Dengan langkah yang longlai dia bangun meninggalkan restoran itu.

..........................................

SMK TAMAN INDAH

“USTAZ, takkanlah saya yang kena? Mana hilangnya makwe ustaz?” soal Laila. Mana mungkin dia sanggup menerima ustaznya sendiri sebagai suaminya kelak? Apa yang mahu diberitahu kepada ibunya? Mahu mengamuk sekampung orang tau tu! Sudahlah tinggal beberapa bulan saja lagi, dia akan mengahdapi SPM. Ada yang tak tenang juga nanti nie!
       Iskandar hanya merenung Majalah Solusi yang baru dibelinya tadi. “Dia dah tinggalkan saya. Dia kata, dia tak sesuai lagi untuk diri saya. Dia kata, dirinya kotor. Tak sesuai dengan saya yang bergelar ustaz! Saya tak faham kenapa Laila? Mungkin inilah balasan ALLAH terhadap saya kerana merendahkan maruah diri sendiri!” Iskandar berhenti seketika.
       “Merendahkan maruah diri sendiri? Saya tak pahamlah! Cuba ustaz cerita sedikit.” Laila meminta.
       Iskandar menarik nafas dengan panjang. “Awak fikir, selama ni, ada ke ustaz yang pergi disko, pergi kelab malam? Ada ke?” Iskandar menyoal Laila.
       “Apa pulak takde? Yang ustaz-ustaz JAIM datang kat disko nak buat tangkapan tu, apa?” Iskandar menepuk dahi. Budak ni, ada melayang jugak majalah ni kat muka dia nanti!
       “Bukan itu maksud saya! Maksud saya di sini ialah, yang untuk seronok-seronok! Awak faham tak?” Iskandar melepaskan nafas berat. Oh, cakaplah macam tue!
       “Tak ada rasanya.” Laila memberi jawapan.
       “Mungkin inilah balasan ALLAH terhadap saya kerana merendahkan maruah diri sendiri sebagai ustaz dengan mengunjungi tempat-tempat yang tak sepatutnya.” Iskandar menundukkan kepala. Laila terdiam. Dah tahu diri tu ustaz, siapa suruh pergi ke tempat-tempat macam tu? Buat perhabis airliur aku je menjawabnya. Huh! Laila pergi ke soalan utama.
       “Takkanlah ustaz tak boleh nak bincang langsung dengan dia? Ustaz sayangkan dia?” soal Laila. Kenapalah aku bodoh sangat tanya soalan begitu! Iskandar mengangguk.
      “Saya sayangkan dia Laila. Sayang sangat-sangat! Dialah cinta hati saya. Saya tahu, tentu akan ada orang yang menganggap saya gila bilamana seorang ustaz sanggup mengambil wanita yang begitu untuk dijadikan isteri. Dia rela berkorban demi saya! Dia tak mahu saya mendapat malu! Dia tak mahu menjejaskan reputasi saya! Itulah apa yang dikatakannya kepada saya. Saya pun dah tak tahu nak buat apa lagi. Jadi...” Iskandar memandang Laila seketika. “Awak kena tolong saya sebelum daddy saya mencari orang lain untuk saya!” terkebil-kebil biji mata Laila memandnag Iskandar.

.....................

VILLA JANNAH

ISKANDAR masih berteleku di atas tikar sejadah walaupun jarum pandek hampir ke nombor tiga. Selepas membuat Solat Tahajjud, dia membuat Solat Sunat Taubat pula. Seterusnya, dia membaca surah-surah yang sudah dihafaz selama dia belajar di Maahad Tahfiz.
       YA ALLAH, kenapalah kau menjadi begini? Kenapalah aku liar sedangkan aku adalah seorang ustaz? YA ALLAH, kenapalah aku terlalu mengikut hasutan iblis laknatullah? Tangisannya perlahan namun boleh didengari dalam ruang solat musollah itu.
      “Nak, walaupun anak seorang ustaz, anak tetap seorang manusia. Anak tetap tidak boleh melarikan diri dari melakukan sebarang kesilapan. Anggap sajalah apa yang terjadi itu sebagai ujian. Dan sebagai manusia yang kerdil, kita kena sentiasa bermuhasabah diri. Jangan terlalu mengikut hawa nafsu yang melampau.” Teguran dari seorang pakcik berjubah putih dan berketayap mengejutkannya.
Iskandar mengangkat kepala.
      “Abah?” Haji Abdullah Fahim mengangguk. Iskandar menenyehkan lagi biji matanya. Mana mungkin?
      “Abah, ke...” Haji Abdullah Fahim mengangkat tangan.
      “Abah cuma nak kata sesuatu saja dengan Is. Jaga-jagalah dengan semua manusia di muka bumi ini. Walau sebaik manapun dirinya, kita kena sentiasa berwaspada dan sentiasa bersedia. Dan lagi satu abah nak pesan... buat sementara waktu ni, Is jangan keluar malam untuk ke tempat yang bukan-bukan. Ada sesuatu benda yang mahu masuk ke dalam badan Is.” Serentak dengan ucapan itu, Haji Abdullah Fahim meghulurkan tangannya agar disalam Iskandar. Selepas Iskandar mencium tangannya yang putih bersih, Haji Abdullah Fahim mula menapak ke muka pintu. Tiba di pintu, figura lelaki itu terus hilang.
      “Abah!” sungguh, Iskandar merindui lelakit tersebut. Semenjak kematian Haji Abdullah Fahim, Iskandar seperti sudah hilang semangat. Semangatnya seperti turut pergi bersama-sama dengan kematian orang tua itu.
    















No comments:

Post a Comment