REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

Friday 22 October 2010

CSU 13

CINTA SEORANG USTAZ 13

SMK TAMAN INDAH

PAGI Rabu yang indah. Dengan semangat baru, Iskandar memasuki kelasnya dengan penuh semangat. Kisah dukanya bersama Sandra cuba dilupakan. Dia ingin member tumpuan kepada kerjayanya sekarang. Dia akan cuba untuk menjadi seorang pendidik tercontoh, seorang pendidik yang bertindak mengikut hokum-hakam agama dan rasional, cuba menjauhi diri dari bertibdak mengikut nafsu serakah dan paling penting… dia akan cuba untuk menjadi putera terbaik di hati Laila. Mengekeh-ngekeh hatinya mentertawakan dirinya.
        “Baiklah, sebenarnya silibus Pendidikan Islam dah habis saya ajar. Mulai hari ini, saya akan sentiasa membuat kuiz dan ujian setiap kali masuk kelas supaya awak dapat ingat apa yang pernah saya ajar. Lagipun, tak berapa bulan lagi, awak nak SPM kan? Saya harap agar awak semua rajin-rajinlah baca buku dan buat study group dengan rakan-rakan, ok?” Iskandar memandang semua anak muridnya yang setia memandang muka hensemnya. Perasan saja!
       Sejenak biji matanya memandang Laila.  Cantik pulak dia hari ini! Hatinya mengakui.
       Iskandar berdehem beberapa kali sebelum meneruskan kata-katanya.
       “Saya bagi awak masa 15 minit untuk awak kuasai Bab 1. Lepas ni kita adakan kuiz. Saya akan bahagi kepada empat kumpulan. Kumpulan pertama… baris pertama dan kedua. Kumpulan kedua… baris tiga dan empat. Yang ketiga… lima dan enam. Keempat… baris ketujuh dan kelapan.” Mudah. Sementara menunggu 15 minit yang diberi tamat, Iskandar bermain mesej dengan Hamka, kawan baiknya. Hamka menjemputnya untuk ke rumahnya kerana ingin meraikan hari jadi adiknya, Hamiza yang berusia 5 tahun. Padanya, Hamka dan keluarganya memang baik dan penyayang. Walaupun  Hamiza adalah OKU, namun mereka menjaganya dengan sepenuh hati. Iskandar tahu Hamka sebenarnya berdarah raja dari emak dan ayahn ya. Kedua-dua emak dan ayahnya adalah dua pupu. Tetapi rakannya lebih suka meletak nama Hamka saja di dalam kad bisnesnya. Katanya, dia lebih suka low profile. Manalah tahu bila diletak ‘Tengku’ di hadapan, orang jahat akan memburunya? Orang zaman sekarang bukan boleh dipercaya.

HOSPITAL PANTAI
AYER KEROH, MELAKA

OLEH kerana terlalu risau, Datuk Alexander menghantar Simon ke hospital.
     “Kau tolong pastikan ayah aku ni betul-betul sihat, tau!” Datuk Alexander melahirkan kebimbangan kepada kawan baiknya, Dr. Fattah. Lelaki itu hanya tersenyum.
     “Alex, aku hanya mampu berusaha. Sama-samalah kita berdoa supaya ALLAH SWT panjangkan umur daddy kau dan berikan hidayah kepada dia.  Aku dan team aku akan cuba sedaya-upaya kami, ok?” jawab Dr. Fattah sambil menepuk beberapa kali bahu Datuk Alexander.  Dia melihat jam tangannya. Sudah 2 petang.cepat-cepat dia menelefon Iskandar.
     “Assalamualaikum.” Datuk Alexander memberi salam. Iskandar yang sedang membuat perbincangan bersama Laila dan Najwa segera menjawab salam.
    “Daddy... ada apa?” soalnya.
    “Is... atuk kamu masuk hospital. Daddy yang hantar.daddy risau tengok datuk kamu batuk dari hari tu tak elok-elok.” Terang Datuk Alexander.
   “Hospital mana daddy?” soal Iskandar. Hatinya tidak keruan. Dialah cucu kesayangan Simon.
   “Hospital Pantai.” Jawab daddynya.
   “Ok. Is ke sana sekarang.” Jawab Iskandar. Taman perbualan, dia memandnag Laila dan Najwa.
   “Err... Laila dengan Najwa, awak boleh teman saya?”
     “Teman ke mana ustaz?” soal Laila. Dia memandang Najwa. Kawannya sudah tersenyum sumbing.
     “Ke Hospital Pantai. Atuk saya masuk hospital.” Iskandar segera mengemaskan barang-barangnya.
Laila memandang Najwa. Dia mengharapakn agar teemannya bersama-sama ke sana.
     “Err... ustaz pergilah dengan Laila. Saya dah janji dengan ayah saya. Balaik sekolah, kami nak ambil abang kami di Melaka Sentral.” Jawab Najwa. Muka Laila sudah bertukar.
     “Ohh, kalau macam tu, saya tumpangkan awak sampai kat bus stop depan tu.” Iskandar mengajak. Najwa mengangguk. Laila lega. Walaupun sekejap, sekurang-kurangnya dia tak terasa janggal.

“APA yang awak jeling-jeling dari tadi? Apasal? Muka saya dah tukar jadi hantu?” Iskandar bergurau. Dia tahu Laila tidak selesa berdua begini. Hisy ustaz ni...boleh main-main pulak! Ingat orang nak gelak agaknya? Mukanya terus masam.
     “Sayang, janganlah buat muka macam tu. Takut abang tengok.” Iskandar semakin seronok mempermainkan Laila.
     “Ustaz ni kenapa?” soal Laila dengan muka geram. Nasib baiklah dia cikgu kelas aku. Kalau tak, makan penumbuk jugak kejap lagi. Kenyang sampai malam.
     “Bila kita nak kahwin ni, sayang? Abang dah tak tahan ni!” Iskandar sengaja buat-buat menggoda Laila. Laila menepuk dahi. Kenapalah dengan ustaz aku ni??? Astaghfirullah-al-azim!
     “Ustaz... beristighfarlah bebanyak! Ustaz dah hilang akal ke, apa? Saya ni... SPM pun tak amek lagi!” Laila memuncung. Iskandar meledakkan tawa dengan kuat.
     “Isy... dah gila agaknya ustaz ni!” Laila terus membebel.

ISKANDAR terus saja ke tingkat yang diberitahu oleh daddynya ketika dia menelefon tadi. Ketika duduk di kawasan menunggu, Datin Aminah bersama-sama Natasha dan pemandu daddynya muncul. Pantas dia mencium tangan Datin Aminah. Laila juga begitu. Natasha menghulurkan tangan sambil tersenyum memandang Laila. Dijeling-jeling abangnya yang sedang merenung pintu lif berhampiran.. Iskandar tidak perasan.
       “Siapa ni, Is?” soal Datin Aminah. Berkenan dia melihat Laila. Wajahnya tidaklah putih sangat. Biasa saja. Tetapi kelihatan bersih. Iskandar hanya tersenyum mendengar pertanyaan Datin Aminah.
       Tak lama kemudian, Datuk Alexander berjalan ke arah mereka. Dia merenung Laila seketika.
       “Siapa ni Is? Makwe kamu ke?” pertanyaan Datuk Alexander menyebabkan Laila dan Iskandar terdiam tetapi tidak lama. Iskandar terus tersenyum sambil mengangguk. Laila menjeling.
       “Makwe merangkap pelajar. Is ni, guru kelas dia lah.” Jawab Iskandar. Sengihnya tetap ada.
       Ustaz ni... boleh sengih-sengih pulak! Namun untuk tidak menjatuhkan air muka Iskandar, dia hanya tersenyum. Manis. Datuk Alexander memuji dalam hati.
        “Nanti bawa dia makan petang kat rumah. Lepas tu baru hantar balik.” Datuk Alexander memberi cadangan.
        “Err... tak payahlah Datuk. Nanti susahkan ustaz saja.” Balas Laila. Dia sebenarnya tidak selesa berada di kalangan mereka. Keluarga Iskandar tidak sombong  tetapi... memang dia benar-benar tidak selesa sekarang.
       “Tak apa. Abang Is awak tak kisah. Dan lagi satu, jangan panggil saya Datuk. Panggil saja uncle. Dan isteri saya, panggil saja auntie.” Jawab Datuk Alexander. Lagi sekali Laila terdiam. Namun, dia mengangguk.
       “Err... ustaz...”  
       “Apa pulak nak berustaz-ustaz? Bila kat luar, panggillah Abang Is. Barulah sedap telinga dia dengar.” Pantas Datuk Alexander memintas. Laila terasa seperti ada simen dalam mulutnya dan bibirnya digam dengan gam gajah. Dia sudah tidak tahu untuk berkata apa lagi. Dijeling Iskandar sekilas. Hisy... ustaz ni memang tak boleh diharap. Sma saja dengan bapa dia... suka kenakan orang! Geram hatinya melihat Iskandar tersenyum-senyum bagai orang tak berapa betul di tepi jalan.

“GRANDDAD, are you feeling better now?” soal Iskandar ketika mereka semua masuk ke dalam wad. Datuknya mengangguk. Tersentuh hati Simon melihat Iskandar mengusap-usap kepalanya. Lebih mengharukan apabila Iskandar mencium ubun-ubunnya.
      “Is...” Simon kehilangan kata-kata. Suaranya yang perlahan menyebabkan Iskandar terpaksa mendekatkan telinganya ke bibir Simon. Untuk mendengar butir percakapan lelaki tua itu.
      “Islam is a beautiful religion which encourages their believer to inculcate the nature of love to all of human. I love that.” Simon melepaskan nafas berat seketika. Kemudian, dia terpandang Laila yang berdiri di hujung katil.
     “Who’s that girl?” mata Simon tidak lepas dari memandang wajah Laila. Tamn wanita Is agaknya kot?
     “Granddad akan tahu nanti.” Jawab Iskandar. Cukuplah daddy, mummy dan Natasha saja yang tahu. Kepada Simon, dia akan memberitahu kemudian.

WILLIAM berang. Dia terlalu berang kerana tidak dapat menembusi langsung tubuh badan keluarga abangnya, apatah lagi Iskandar. Apa ilmu yang mereka guna agaknya. Dia mintak tolong jin jaga ke? Sudahlah penghuninya tak dapat ditembus, rumahnya pun tak dapat dtembus jugak! Kuat betul ilmu mereka. apa, dia guna mantera ke?

No comments:

Post a Comment