REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

REAL MADRID CHAMPION OF UEFA CHAMPION LEAGUE

Friday 15 October 2010

WUC 2

WAKE UP CALL 2

FAHEM masih merenung malam yang pekat dari balkoni. Empat orang bodyguardnya sentiasa berjaga empat penjuru di balkoni itu. Hidup Fahem sebagai seorang mafia memang banyak musuh. Pagi tadi sebelum keluar dari kelas Zariff, dia sempat mengambil gambar Nur Syuhadah secara curi-curi. Dia ingin sangat mengetahui siapakah wanita itu yang sebenar. Rupanya saling tak tumpah dengan Nur Sumayyah, kekasih yang ditembak oleh ejen Mossad.
         “Zaki, mari sekejap.” Laungnya dari luar. Zaki cepat menuju kepadanya. Dia menghantar gambar tersebut ke telefon bimbit Zaki.
         “Ada apa tuan?” soal Zaki.
         “Buka handset kau. Aku ada hantar gambar sorang perempuan. Aku nak, kau intip dia dan cari maklumat mengenai diri dia dan keluarga dia. Cari dia asal dari mana, belajar kat mana, dan semua tentang dirinya.” Tegas Fahem memberi arahan. Tanpa banyak cakap, Zaki patuh.
         “Kau boleh mula esok.” Tambah Fahem apabila dia melihat Zaki tergesa-gesa mahu keluar. Ditolehkan kepalanya ke dalam. Fiona masih menonton tv. Di waktu begini, Fahem lebih suka duduk dibalkoni sambil dikawal rapi oleh bodyguard-bodyguardnya. Jika Fiona mahu, dia akan meminta awal. Dan Fiona tahu seleranya. Bila mereka bersama, Fiona akan menaikkan berahinya dengan menonton filem-filem lucah di tv.
         Sungguh, Fahem tak mengerti apa yang terjadi dengan dirinya. Semasa kecilnya, dia bukan tak diberi didikan agama. Jika dia atau adik-adiknya tak datang sekolah kerana sakit dan kebetulan hari itu ada subjek agama, daddynya aklan memanggil ustaz berkenaan datang ke rumahnya. Ajarkan kepada mereka apa yang diajarkan di sekolah hari itu.
        “Sayang…” Fiona berjalan menuju kepadanya. Dia terus duduk di atas riba Fahem.
        “Kenapa dengan you ni. Dari petang tadi sampai sekarang, I tengok you asyik termenung. Kenapa?” Fahem mengangkat bahu. Dia tidak mahu Fiona tahu dia sedang memikirkan seorang wanita ketika ini. Jika tak, akan meletuslah World War III.
       “You kata you nak bawa I bercuti. Bila?” jari Fiona terus berdansa di muka Fahem.
       “Tengoklah, lepas sebulan daddy dengan mummy I balik, nanti I bawaklah.” Jawab Fahem sambil menyalakan hujung rokok. Dia sebenarnya lemas jika Fiona datang kepadanya ketika dia sedang memikirkan sesuatu. Merokok adalah salah satu cara psikologi untuk menghalau wanita itu. Fiona benci dengan asap rokok. Pantas dia bangun. Namun tangan kirinya pantas menampar manja pipi Fahem.
       “Nak halau I lah tue!” Fahem hanya menyoroti lenggok wanita itu dengan matanya.


“ANTARA maklumat yang saya dapat, ayah wanita tersebut sebenarnya ialah seorang bekas pegawai polis. Bersara saja, dia menjadi agen MIA.” Zaki menyerahkan gambar seorang lelaki segak beruniform dan berpangkat ASP. Fahem meneliti gambar tersebut.
      “Tak nampak tua pun ayah dia? Takkanlah macam ni punya muda, umur dah 56?” soal Fahem.
      “Sebenarnya dia yang mintak bersara awal. Salah seorang bekas ketuanya dulu sekarang ni dah jadi ejen MIA juga. Oleh sebab masa dia dalam pasukan undercover, dia antara penyamar terbaik, jadi bekas ketua dia rekomenkan dia pada orang atasan MIA. Umur dia sekitar 45 tahun.” Jawab Zaki.
      Diteliti lagi gambar tersebut. Macam pernah tengok saja muka polis ni? Gambar tersebut disimpan. Dia tahu, Zaki mesti ada yang lain. Sekurang-kurangnya, fotostat hitam putih.
      “Awak cari lagi maklumat mengenai lelaki ni. Dapat saja, terus bagi pada saya.” Arah Fahem.


“KENAPA tak balik lagi, Zariff?” soal Nur Syuhadah ketika dia melalui sebuah wakaf. Kelihatan Zariff sedang meneguk air gas Sarsi.
      “Saya takutlah cikgu.” Ujarnya perlahan. Nur Syuhadah ikut gelak.
      “Kenapa pulak nak takut? Awak kan lelaki. Apa yang nak ditakutkan?” Nur Syuhadah merenung lagi muka itu.
      “Saya nampak ada kumpulan gangster kat luar tu. Saya takut kalau diorang apa-apakan saya.” Zariff terus menundukkan muka. Nur Syuhadah tergelak sambil menggelengkan kepala.
      “Zariff... Zariff... kalau awak tak kacau mereka, mereka takkan kacau awak.”
      “Cikgu tak faham. Sebenarnya, abang saya yang datang hari tu, dia mafia. Saya takut kalau kumpulan tu musuh dia.” Terkejut juga Nur Syuhadah.
      “Takkanlah abang awak yang baik tu, mafia?” Nur Syuhadah inginkan kepastian.
      Zariff memandang cikgu kelasnya. “ Cikgu, budak bodoh kalau sekali imbas dia pandamg abang saya tu pun, tentu dia dapat agak yang abang saya orang jahat.”
      “Kalau macam tu, awak telefonlah abang awak, biar dia yang ambil awak.”
      “Saya dah telefon tapi dia tak angkat!”  Nur Syuhadah mengeluarkan Sony Ericcson Aino berwarna hitam dan dihulurkan kepada Zariff.
      “Awak tekan nombor telefon abang awak dan biar saya yang bercakap.” Zariff setuju. 019-6554330. Bila mendengar Caller Ringtone ‘What I’ve Done’ nyanyian Linkin Park, terus diserahkan kepada cikgunya.
      “Assalamualaikum, Encik Fahem. Saya Nur Syuhadah, cikgu kelas Zariff Izuddin."
      “Waalaikumsalam. Ada apa cikgu?” soal Fahem.
      “Sebenarnya macam ni. Zariff nak balik tapi dia takut. Katanya ada kumpulan gangster kat depan sekolah. Dia takut kalau kumpulan tu apa-apakan dia. Jadi saya mintak...”
      “Cikgu cakap dengan dia, kejap lagi saya sampai. Sebenarnya, saya jumpa klien saya tadi.”

“TERIMA kasih sebab sudi temankan adik saya.” Ucap Fahem. Zariff  juga mengucapkan terima kasih kepada Nur Syuhadah. Sekilas, Fahem memandang geng tersebut. Dia tahu itu geng siapa. Dia malas mahu layan. Setakat ikan bilis yang begitu, dia tak heran. Dia nakkan ikan paus yang di atas mereka. Bila yang di atas sudah dibunuh, yang dibawah sudah kucar-kacir.
      “Sama-sama.” Jawab Nur Syuhadah.
      “Memang pagi tadi saya dah janji nak ambil dia. Driver daddy saya tak sihat. Tu yang saya suruh dia rehat hari ni. Tengah hari tadi, saya  jumpa klien sampai terlupa yang Zariff balik pukul dua.” Fahem memberitahu. Nur Syuhadah baru tahu. Ingatkan dia sengaja lambat.
      “Kami balik dulu, cikgu.” Pantas Zariff meloloskan diri ke dalam kereta.

“ABANG dengan Kak Fiano kan? Duga Zariff. Jelingan tajam Fahem membuatkan dia terdiam.
      “Aah... abang memang dengan dia kat kondo tadi. Terlupa pulak nak amek kau. Bila cikgu kau telefon, abang baru teringat.” Dua orang bodyguardnya  terus senyap di hadapan.
      “Lepas ni, bodyguard abang akan amek kau. Pakai kereta ni. Tapi telefon dulu. Kau kan dah nak PMR. Takut kau balik lambat ke, apa ke!”  kereta Fahem terus laju meluncur di atas jalanraya.

NUR SYUHADAH tiba di rumah sekitar 6.00 petang. Keluar dari sekolah, dia ke JJ sekejap. Membeli beberapa helai pakaian. Tiba di rumah, dia melihat emaknya sedang mengiringi ayahnya ke kereta Nissan X-Trail.
     “Ayah out-station lagi ke?” soal Nur Syuhadah setelah bersalaman dengan ibu bapanya. Ayahnya mengangguk.
     “Berapa lama pulak kali ni?” dia menjeling dua buah bagasi besar milik ayahnya.
     “Adalah dalam empat bulan. Itupun bergantung pada keadaan.” Jawab ayahnya.
     “Kali ni ayah ke mana pulak?”tanya Nur Syuhadah lagi.
     “Indonesia.” Emaknya hanya melihat dua beranak itu bersoal-jawab.
     “Ayah nak siasat kes apa pulak?” desak Nur Syuhadah. Emak dan ayahnya sudah tergelak.
     “Ayah mana boleh beritahu butir-butir kerja ayah. Nanti kalau kamu bocorkan pada orang lain, macam mana? Ni etika kerja tau!” ayahnya masih tergelak lagi. Nur Syuhadah memuncung. Emak dan ayahnya saling berpeluk tangan. Hanya Nur Syuhadahlah buah hati mereka. Itulah buah hati, itulah penawar. Tidak sanggup dia melihat Nur Syuhadah berduka seperti suatu ketika dahulu. Dalam dia mereka berharap kejadian seperti itu takkan berulang.

1 comment: